jenis2 pghidup

7
JENIS-JENIS PENGHIDUP MOTOR 1. DIRECT ON LINE ( DOL) Ia juga disebut sebagai Penghidup Terus ke Talian atau Direct On Line Starter ( D.O.L starter ). Penghidup ini kebiasaannya disambungkan pada motor yang kecil iaitu keupayaan 0.373kw hingga 3.73kW. ( ½ h.p hingga 3 h.p ) Susunan komponen pada litar kawalan ada umum dan boleh diubah kemana-mana kedudukan dengan syarat semua komponen tersebut dalam keadaan siri di antara satu sama lain. Arus mula bagi motor yang menggunakan penghidup jenis ini adalah 6 hingga 8 kali ganda daripada arus kendalian. Jika sesebuah motor mempunyai arus kendalian normal 8 amp maka arus mula yang akan wujud pada motor adalah 48 amp hingga 64 amp dan ini berlaku hanya beberapa saat sahaja. Penghidup Talian terus biasanya digunakan bagi beban-beban seperti motor penghawa dingin, penghembus udara dan sebagainya. Beban tersebut mestilah tidak melebihi 3 k.k. Beban tidak boleh melebihi kerana arus mulanya adalah besar iaitu 6 hingga 8 kali ganda arus kendalian dan boleh mengganggu sumber bekalan ke beban yang lain. Tetapi kes ini tidak terdapat di stesen janaelektrik dimana motor-motornya adalah berkeupayaan hingga beratus kali kuasa kuda masih digunakan. Ia adalah kerana sumber bekalan yang banyak boleh didapati dalam stesen itu sendiri dan tidak mengganggu bekalan yang lain. Penghidup Talian Terus adalah dimana sistem bekalan dikenakan terus pada motor tanpa apa-apa alat perantaran untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor. Dalam sistem penghidup motor kendalian automatik, alat digunakan untuk menggantikan suis tiga kutub adalah sesentuh-sesentuh dari penyentuh. Pada penghidup ini geganti haba digunakan untuk melindungi motor daripada lebihan beban / beban lampau.

Upload: mazlini-yusof

Post on 25-May-2015

11.022 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis2 pghidup

JENIS-JENIS PENGHIDUP MOTOR

1. DIRECT ON LINE ( DOL)

Ia juga disebut sebagai Penghidup Terus ke Talian atau Direct On Line Starter ( D.O.L starter ). Penghidup ini kebiasaannya disambungkan pada motor yang kecil iaitu keupayaan 0.373kw

hingga 3.73kW. ( ½ h.p hingga 3 h.p ) Susunan komponen pada litar kawalan ada umum dan boleh diubah kemana-mana kedudukan

dengan syarat semua komponen tersebut dalam keadaan siri di antara satu sama lain. Arus mula bagi motor yang menggunakan penghidup jenis ini adalah 6 hingga 8 kali ganda

daripada arus kendalian. Jika sesebuah motor mempunyai arus kendalian normal 8 amp maka arus mula yang akan wujud

pada motor adalah 48 amp hingga 64 amp dan ini berlaku hanya beberapa saat sahaja. Penghidup Talian terus biasanya digunakan bagi beban-beban seperti motor penghawa dingin,

penghembus udara dan sebagainya. Beban tersebut mestilah tidak melebihi 3 k.k. Beban tidak boleh melebihi kerana arus mulanya adalah besar iaitu 6 hingga 8 kali ganda arus

kendalian dan boleh mengganggu sumber bekalan ke beban yang lain. Tetapi kes ini tidak terdapat di stesen janaelektrik dimana motor-motornya adalah

berkeupayaan hingga beratus kali kuasa kuda masih digunakan. Ia adalah kerana sumber bekalan yang banyak boleh didapati dalam stesen itu sendiri dan tidak

mengganggu bekalan yang lain. Penghidup Talian Terus adalah dimana sistem bekalan dikenakan terus pada motor tanpa apa-

apa alat perantaran untuk mengurangkan arus atau voltan ke motor. Dalam sistem penghidup motor kendalian automatik, alat digunakan untuk menggantikan suis

tiga kutub adalah sesentuh-sesentuh dari penyentuh. Pada penghidup ini geganti haba digunakan untuk melindungi motor daripada lebihan beban /

beban lampau. Motor 3 fasa yang sesuai bagi penghidup jenis ini adalah motor jenis sangkar tupai( squirrel cage

motor ) Mengikut peraturan 25 kaedah elektrik 1949, penghidup talian terus hanya digunakan bagi

motor yang mempunyai keupayaan tidak melebihi 3 kuasa kuda atau 2.2 k.k

Page 2: Jenis2 pghidup

PRINSIP KENDALIAN

Apabila punat tekan hidup ditekan,arus akan mengalir masuk litar kawalan penghidup talian terus.

Arus ini akan mengalir melalui gegelung seterusnya gegelung ini akan menghasilkan medan magnet/bertenaga.

Medan magnet ini akan menarik semua sesentuh tambahannya c1 dari keadaan terbuka kepada keadaan tertutup.( off-on )

Apabila sesentuh tambahan ini menjadi tertutup ia akan membenarkan arus dalam talian fasa melaluinya terus ke motor seterusnya ke talian neutral dan motor terus berputar.

Apabila punat tekan hidup dilepaskan, motor masih lagi berputar kerana gegelung masih menghasilkan medan magnet kerana adanya sesentuh tambahan yang selari dengan punat tekan hidup.

Sesentuh tambahan ini membenarkan arus talian melalui litar kawalan ini walaupun punat tekan hidup dilepaskan.

Apabila punat tekan henti dilepaskan,arus tidak dapat memasuki litar kawalan dan litar utama terutama gegelung seterusnya tidak dapat menghasilkan medan magnet.

Ini akan menyebabkan motor tidak berputar kerana sesentuh tambahan pada talian telah menjadi seperti asal iaitu sentiasa terbuka.

Motor juga berhenti berputar sekiranya beban lampau.Semasa beban lampau arus meningkat dan meyebabkan suis beban lampau terbuka .Ini akan menyebabkan seluruh litar tidak berfungsi.

Kadaran peratus arus hendaklah disetkan pada beban lampau iaitu 125% daripada arus kendalian motor.

Punat tekan hidup dan punat tekan henti boleh dipasang seberapa banyak yang boleh tetapi hendaklah mengikut konsepnya.

Punat tekan hidup – dipasang selari diantara satu sama lain. Punat tekan henti – dipasang sesiri diantara satu sama lain.

Page 3: Jenis2 pghidup

2. STAR- DELTA STARTER

Ia juga dikenali sebagai Star-Delta starter. Terdapat empat jenis asas Penghidup Bintang Delta yang dapat diadakan bersama-sama dengan

alat bantu tambahan iaitu :i. Penghidup bintang delta tanpa perintang.ii. Penghidup bintang delta tanpa perintang. ( kendalian mara dan songsang )iii. Penghidup bintang delta berperintang.iv. Penghidup bintang delta berperintang. ( kendalian mara dan songsang )

Alat bantu tambahana adalah seperti suis penghad,suis aras/terapung, suis tekanan, geganti-geganti dan sebagainya.

Kaedah menghidup motor secar bintang-delta bermula dengan bintang dan kemudian bertukar ke delta semasa kendalian.

Arus pada masa sambungan bintang adalah dikecilkan sehingga 58% atau 1/Ö 3 dari arus mula. Mengikut peraturan 25 kaedah elektrik 1949, penghidup cara ini hanya digunakan bagi motor

yang mempunyai keupayaan 10 k.k. Penghidup ini biasanya didapati :

i. Injap motorii. Pam elektrik iii. Pengangkut panggul ( converyor belt )iv. Sistem penghawa dingin dan sebagainya.

Bagi penghidup motor bintang-delta berperintang , perintangnya disambungkan ke bahagian delta dan tidak dibahagian bintang.

Tujuannya adalah bagi mengecilkan arus sebaik sahaja ia bertukar ke sambungan delta. Kebaikan penghidup bintang-delta berperintang daripada penghidup tanpa perintang ialah ia

dapat mengurangkan enjutan ( jerking ) ketika penukaran daripada bintang ke delta.

Page 4: Jenis2 pghidup

3. PENGHIDUP ALATUBAH-AUTO

Ia juga dikenali sebagai Auto-transformer starter. Penghidup pengubah-auto adalah penghidup yang popular digunakan bagi menghadkan voltan

bagi sesebuah motor semasa dimulakan. Voltan yang tersambung di gegelung stator boleh dihadkan sehingga beberapa peratus apabila

ia disambung dalam sambungan bintang. Semasa permulaan alatubah auto yang mempunyai had yang rendah adalah pada lilitan utama

yang disambungkan pada bekalan dan lilitan bahagian sekunder disambung pada gelung stator.Dengan ini ia dapat mengurangkan supaya semasa mula dihidupkan , arus mengalir kepada motor adalah pada tatah 70% alatubah-auto

Iaitu hanya 70% dari voltan penuh dikenakan pada motor tersebut dimana arus mula telah dapat dikurangkan kepada nilai yang berpatutan.

Ketika ini, perhatian hendaklah diberikan pada alatubah auto, dimana ia hendaklah berada didalam sambungan bintang dan tidak berlakunya litar terbuka di bahagian sambungan bintangnya.

Jika terdapat litar terbuka disambungan bintangnya pada ketika ia mula dihidupkan, alatubah auto akan mengalami kesan voltan tinggi yang membahayakan.

Kemudiannya ia akan dikendalikan tanpa alatubah -auto iaitu alatubah- auto akan dipintaskan melalui penyetuh secara kawalan automatik.

Mengikut peraturan 25 kaedah Elektrik 1949, penghidup cara ini hanya digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan 3 k.k. hingga 10 k.k.

Alatubah-auto yang digunakan boleh terdiri dari tiga alatubah-auto satu fasa atau alatubah-auto tiga fasa.

Bagi penghidup jenis ini, alatubah-auto boleh ditatahkan kepada nilai peratus yang berlainan dan boleh diadakan lebih dari satu tatah bergantung kepada jenis beban.

Penghidup ini digunakan apabila kita memerlukan pelarasan daya kilas permulaan bagi motor tiga fasa yang membawa beban-beban yang berlainan keupayaannya.

Pelarasan daya kilas permulaan ini dapat dilakukan dengan mengurangkan voltan yang dibekalkan ke motor.

Iaitu melalui tatah-tatah alatubah auto yang di padankan dengan keupayaan beban yang hendak dipusingkan.

Secara tidak langsung cara ini dapat mengurangkan arus permulaan motor dan motor akan berputar dengan selamat mengikut keupayaan beban.

Setelah motor berputar dan kelajuannya hampir mencapai kelajuan penuh, alatubah auto akan diputuskan dari motor tersebut dan motor akan mendapat voltan bekalan sepenuhnya

Biasanya belitan tatah alatubah-auto mempunyai tiga tatah iaitu 40 %, 60 % dan 75 % daripada voltan talian

Page 5: Jenis2 pghidup

4. PENGHIDUP MOTOR RINTANGAN ROTOR

Penghidup ini juga dipanggil penghidup motor rotor berperintang. Ia hanya digunakan untuk motor jenis rotor berlilit (Slip ring). Pada asasnya bahagian stator disambung terus kepada penghidup talian terus sementara

bahagian rotornya disambung melalui gelang gelincir ke alat rintangan. Apabila motor dihidup rintangan rotor berada pada nilai maksima. rintangan ini akan akan mengurangkan arus mula di rotor secara beransur ansur Penurunan nilainya adalah selaras dengan pertambahan kelajuan sahingga apabila motor

mencapai kelajuan maksima dan ketiga tiga lilitan dilitar pintaskan. Ia biasanya digunakan di rumah pam, pemampat udara, sistem hawa dingin (kerja berat) dan

sebagainya. Iaitu motor-motor yang terdiri lebih daripada 25 k.k . Mengikut peraturan Elektrik ( Bekalan Lembaga ) 1949, Penghidup secara rotor berperintang

boleh digunakan untuk motor-motor melebihi 25 k.k. Bagi penghidup secara rotor berperintang,ia perlu menggunakan perintang yang sesuai dan

dilengkapi dengan pelepas tiada- voltan. Fungsi perintang di rotor ialah untuk mengurangkan arus mula di rotor. Ia juga boleh digunakan untuk mengawal kelajuan motor.