jenis tanggam

26
Penggunaan sistem tanggam sangat popular dalam masyarakat tradisi kerana tidak perlu pengunaan bahan sokongan yang lain seperti paku dan skru. Manakala bagi jenis tanggam moden pula, telah mula menggunakan bahan pengikat sampingan mengikut kesesuaian untuk mengukuhkan lagi struktur pembinaan kerangka bangunan.Antara bahan pengikat yang dapat dikenalpasti adalah paku, skru, gam kayu, bolt dan nat serta dawai kokot. Dengan penggunaan bahan- bahan pengikat tersebut, proses penyambungan tanggam lebih kukuh dan tahan lama. Daripada jenis-jenis tanggam tradisional dan

Upload: nurul-ezatie-ezerae

Post on 02-Dec-2015

424 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

jenis tanggam yg digunakan

TRANSCRIPT

Penggunaan sistem tanggam sangat popular dalam masyarakat tradisi kerana tidak perlu

pengunaan bahan sokongan yang lain seperti paku dan skru. Manakala bagi jenis tanggam moden

pula, telah mula menggunakan bahan pengikat sampingan mengikut kesesuaian untuk

mengukuhkan lagi struktur pembinaan kerangka bangunan.Antara bahan pengikat yang dapat

dikenalpasti adalah paku, skru, gam kayu, bolt dan nat serta dawai kokot. Dengan penggunaan

bahan-bahan pengikat tersebut, proses penyambungan tanggam lebih kukuh dan tahan lama.

Daripada jenis-jenis tanggam tradisional dan moden yang telah dikaji dapat disenaraikan disini

mengenai jenis-jenis tanggam yang masih digunakan sehingga kini dalam sektor pembinaan.

Kepentingan Tanggam

Dalam pembinaan Rumah Melayu Tradisi, kepentingan sistem tanggam sudah tidak dapat

dinafikan lagi kerana tanpa tanggam, bangunan tersebut tidak dapat didirikan. Sistem tanggam

telah memainkan peranan yang penting dimana ia merupakan satu-satunya cara untuk

menyambungkan setiap elemen bangunan untuk membentuk satu komponen bangunan yang

lengkap.Oleh kerana hasil pembuatannya yang telah dirancang dengan baik dan begitu berhati-

hati, komponen bangunan yang telah lengkap dan siap dipasang, boleh dibuka atau ditanggalkan

setiap satu untuk tujuan pengubahsuaian dan boleh dipasang semula setiap satu. Ini adalah

bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat Melayu Tradisi sejak azali. Sistem tanggam juga

telah direka bentuk supaya dapat mengukuhkan keseluruhan kerangka bangunan. 

          'Pemeting' atau nama panggilan lain 'cemat penetap' yang digunakan pada sistem tanggam

adalah bertujuan sebagai 'pengunci sambungan' supaya tidak tanggal. Kadangkala pemeting tidak

perlu digunakan kepada setiap tanggam kerana susunan pemasangan setiap elemen bangunan

atau objek telah disusun dan mengikatkan keseluruhan tanggam pada bangunan tersebut.

Jenis-jenis Tanggam

Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-

bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek siap dibina.

Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu:

1.) Tanggam melebar

2.) Tanggam siku

3.) Tanggam pemidang

4.) Tanggam memanjang

1.) Tanggam Melebar

Tanggam melebar digunakan untuk menyambung beberapa keping papan kecil untuk

dijadikan kepingan papan yang lebar bagi kegunaan seperti membuat pintu, permukaan

perabot, dinding dan lantai. Penyambungan beberapa papan kecil itu dilakukan secara

tepi ke tepi dengan menggunakan bahan pelekat seperti glu. Antara jenis tanggam

melebar adalah:

i) Tanggam penetap

Tanggam ini yang menggunakan pin dipanggil tanggam penetap. Tanggam ini sama dengan

tanggam temu tetapi bezanya ialah antara papan-papan kecil dipasangkan penetap untuk

menambahkan kekuatan pegangan.

Penetap-penetap ini dipasangkan dengan menggerudi lubang-lubang ditepi papan mengikut jarak

yang ditentukan, diglu dan diapit. Penetap adalah sejenis pin yang diperbuat daripada

kayu ,plastik atau keluli yang mana memadankan kepada dua lubang yang sesuai.

Dowel atau jalur penetap diperbuat daripada kayu cengal atau kayu getah. Ianya bergaris pusat

3mm –35mm dan 25mm – 75mm panjang. Panjang penetap yang berkesan hendaklah tidak

kurang daripada enam kali diameternya supaya dimasukkan kedalam tepi kedua-dua papan.

Tebal papan yang sesuai untuk tanggam ini hendaklah tidak kurang daripada 12mm.

Penetap kayu atau plastik yang kecil biasanya dibuat lurah bepintal dan meruncing dikedua-dua

hujungnya. Lurah ini akan membolehkan gelu bergerak bebas dan memberi angin

keluar.Kekuatannya ditambah oleh penetap yang digelu kedalam kedua-dua belah lubang ditepi

papan yang hendak disambung. Garis pusat penetap hendaklah lebih kurang 1/3atau tidak lebih

½ daripada tebal kayu.

Contoh Kegunaan : tempat penyandar kerusi

ii) Tanggam glu gesel

Tanggam ini dibuat dengan menyediakan tepi kedua kepingan papan secara lurus dan bersegi

tepat dan diglukan. Untuk memastikan lekatan yang semmpurna antara papan-papan, proses ini

dilakukan dengan bantuan apit panjang. Semua papan yang hendak di sambung itu disediakan

dan disapu dengan glu disebelah tepinya, kemudian semuanya diapitkan sekaligus. Glu yang

berlebihan akan keluar apabila papan-papan diapitkan. Tanggam ini dibuat dengan menyambung

beberapa papan jalur supaya menjadi sekeping papan yang lebar dan dgunakan untuk membuat

permukaan meja,tempat duduk, pintu, panel dan sebagainya. Untuk membuat tanggam ini, kayu

yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu dan juga lebih tebal daripada tebal yang dikehendaki

supaya memudahkan untuk diketam(diratakan).Kedua-dua tepi kepingan kayu diluruskan kepada

empat segi dan ditemukan beberapa kepingan dengan dipegang diantara tepi oleh gelu atau paku.

- apabila kepingan yang diglu,ianya hendaklah diperah keluar ( digesel diantara kedua

tepi dan diapit dengan apit panjang). Cantuman ini banyak digunakan bagi muka atas

meja.

- digunakan bagi pekerjaan yang murah dan biasanya digunakan untuk barang-

barang seperti peti- peti barang murah, yang mana dipaku denganpaku berkedut.

Pekerjaan ini jarang digunakan pada pekerjaan – pekerjaan perabut.

Contoh Kegunaan : Permukaan pintu perabot

iii) Tanggam lidah dan lurah

Tanggam ini adalah tanggam lebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai papan,

lapisan dinding kayu dan panel. Tanggam ini boleh dibuat sama ada dengan alat-alat

tangan ataupun mesin. Pada tiap-tiap kepingan papan, dibuat lidah disatu tepid an lurah

ditepi yang lain. Ia dipasang dengan diapit dan diserong bagi papan lantai dan pelapis

dinding. Bagi kerja-kerja perabot, tanggam ini boleh digunakan kerana kuat dan teguh.

Contoh Kegunaan : permukaan lantai rumah dan perabot

iv) Tanggam tetingkat

Tepi kedua-dua papan dibuatkan tinggat dan dipasang dengan glu dan pengapit. Fungsi

tingkat ini ialah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan. 

Contoh Kegunaan : tempat pemegang kerusi Adirondack

2.) Tanggam Siku

Tanggam siku dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama ada

pada penjuru ataupun pada pertengahannya. Contohnya dapat dilihat dalam pembinaan kotak

dan laci serta bingkai gambar. Di antara jenis tanggam dalam kategori tanggam siku adalah :

i) Tanggam temu

Ia dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu

secara bersudut tepat. Ia boleh diglukan dan dipakukan atau diskrukan.

Contoh Kegunaan : binaan kotak atau peti biasa yang dibuat secata tepat.

ii) Tanggam temu tetingkat

Ia juga dikenali sebagai tanggam penjuru hujung litup. Hujung salah satu kepingan

kayu dipotong lurus dan dimasukkan kedalam tingkat melintang dikepingan kayu

kedua. Tetingkat ini menambah luas permukaan kayu yang diglukan serta

mengukuhkan kedudukannya apabila dipakukan seperti tanggam temu.

Contoh Kegunaan : pembuatan kotak, penjuru perabot dan laci

iii) Tanggam tetingkat lidah berparit

Satu daripada hujung kayu dibuat lidah berbahu sebelah dan pada hujung kayu kedua

pula dibuatkan parit untuk menerima lidah tersebut. Dibandingkan dengan tanggam

temu tetingkat, tanggam ini adalah lebih kuat.

Contoh Kegunaan : kotak, perabot dan laci.

iv) Tanggam rencong biasa

Tanggam ini adalah cara yang paling senang untuk menghasilkan sedut kotak yang

tidak menunjukkan keratan kayu. Kedua-dua kepingan kayu hendaklah sama tebal.

Sambungannya dilekatkan dengan glu dan dikukuhkan dengan sekeping lidah yang

dimasukkan kedalam lurah yang digergajikan dipenjurunya secara melintang.

Contoh Kegunaan : bingkai gambar

v) Tanggam bajang tunggal

Tanggam ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang pertama dan soket pada

hujung kayu yang kedua. Ia merupakan tanggam siku yang paling kuat. Pin ini

dibuat mengikut ekor punai. Curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut kadar

1 : 6. Contoh Kegunaan : pembinaan rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang.

vi) Tanggam bajang biasa

Tanggam ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai.

Keratan hujung kayu boleh dilihat pada kedua-dua belah muka tanggam. Curam

pada tepi bajang diserongkan mengikut kadar 1:6.

Contoh Kegunaan : pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti

belakang laci dan pemidang dulang.

vii) Tanggam bajang hujung litup

Pembinaan tanggam ini adalah serupa dengan tanggam bajang biasa kecuali soketnya

tidak ditembuskan supaya menutup ira hujung kayu pin. Litup dihujung soket ini

biasanya satu per tiga hujung kayu.

Contoh Kegunaan : digunakan untuk menyambung diantara gelegar lintang dengan

gelegar sambut, sambungan antara papan tepi dengan hadapan laci dan sebagainya.

3.) Tanggam Pemidang

Tanggam pemidang digunakan untuk kerja-kerja penyambungan pepenjuru atau dalam

pembinaan kerangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada

hujung dari tepi ke tepi. Contohnya adalah pada pintu berpanel pemidang gambar serta

pembuatan kerangka meja, kerusi, pintu dan tingkap. Tanggam pemidang terdiri daripada:

i) Tanggam lekap

Tanggam ini dibuat dengan menorah kedua-dua bahagian kepingan kayu yang akan

dilekapkan. Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan

permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu :

a) Tanggam Lekap Siku / Berpenjuru

Contoh Kegunaan : digunakan pada sudut pemidang yang kecil.

b) Tanggam Lekap Penjuru Rencong

Contoh Kegunaan : digunakan untuk membuat kumai seperti pada rangka gambar

dan sebagainya kerana pelitupanya dapat melindungi ira hujung kayu.

c) Tanggam Lekap ‘T’

Contoh Kegunaan : digunakan dalam pembinaan pemidang pada lintang bertemu

dengan pemidang tegak secara bersilang dan jauh dari hujungnya.

d) Tanggam Lekap Bajang T – ia adalah serupa dengan lekap T, tetapi ia lebih kuat

menahan tarikan dari sebelah luar.

e) Tanggam Lekap Palang

Contoh Kegunaan : ia digunakan pada dua permukaan kayu yang bersilang.

ii) Tanggam kekang penjuru biasa

Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan putting.

Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian pin dan cabang. Pin dan cabang ini dibuat

dari 1/3 tebal kayu. Terdapat 3 bentuk tanggam kekang yang digunakan iaitu :

a) Tanggam Kekang T

Contoh Kegunaan : ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan

putting biasa pada pertemuan kedua-dua bahangian kayu jauh dari hujungnya

b) Tanggam Kekang Penjuru – nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang dan

putting terbuka.

Contoh Kegunaan : digunakan pada penjuru pemidang.

c) Tanggam Kekang Penjuru Rencong – cabang tanggam ini direncongkan pada

kedua-dua belah atau sebelah sahaja.

Contoh Kegunaan : Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada

tanggam lekap rencong dikehendaki seperti pada pemidang kaca dan sebagainya.

\

iii) Tanggam penetap

Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar

1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameter.  Tanggam ini

terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja.

Contoh Kegunaan : digunakan pada perabot yang dihasilkan yang dipasang sendiri.

iv) Tanggam lubang dan putting

Tanggam ini adalah kategori paling kuat dalam kategori tanggam emidang. Ia

mempunyai pelbagai bentuk dan tiap-tiap bentuk pula mempunyai fungsi yang

tertentu. Antara bentuk yang biasa digunakan ialah :

 

a) Tanggam Lubang Dan Putting Biasa – kedua-dua keping kayu yang akan

disambungkan hendaklah sama tebal. Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan

pemidang tegak. Bahagian putting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya

ialah lebih kurang 1/3 daripada tebal kayu berkenaan. Lebar puting tidak sepatutnya

melebihi 6 kali tebalnya. Jika lebar pemidang lintang tersebut lebar, maka eloklah dibuat

dua putting. Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting. Seberapa

boleh, gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk lubang.

Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembusi muka pemidang tegak dan putting

untuk menguatkannya. Akan tetapi, kayu pasak yang digunakan itu akan mencacatkan

rupa permukaan pemidang tegak terutamanya jika tanggam ini digunakan untuk membuat

perabot.

Contoh Kegunaan : Perabot, sofa meja dan sebagainya

b) Tanggam Lubang Dan Putting Berjanjang

 Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak.

Pemidang pada hujungnya seperti pada kali meja dan kerusi. Ukuran panjang janjang ini

sama dengan tebal putting. Fungsi janjang ini adalah untuk mengelakkan pemidang

lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut.

Contoh Kegunaan : Meja dan kerusi

c) Tanggam Lubang Dan Putting Berbahu Tinggi Rendah – sebelah bahu dikerat

panjang sedikit untuk menerima tetingkat pada pemidang tegak. Tanggam ini digunakan

apabila pemidang dibuat bertingkat seperti pada panel pintu

Contoh Kegunaan : panel pintu .

d) Tanggam Lubang Dan Putting Berbahu Sebelah

Tanggam ini digunakan apabila kayu pemidang lintah lebih nipis daripada kayu

pemidang tegak seperti dalam pembinaan kaki meja biasa. Putting ini Cuma mempunyai

sebelah bahu sahaja dan tebalnya ialah ½ tebal kayu melintang.

Contoh Kegunaan : kaki meja biasa

4.) Tanggam Memanjang

Tanggam memanjang digunakan apabila menyambung dua batang kayu atau beroti untuk

menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan

bangunan. Ada empat jenis tanggam memanjang yang sering digunakan, iaitu :

i) Tanggam skaf

Tanggam ini banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-

gulung dan juga gelegar. Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 21/2  kali ukuran

lebarnya. Ditengah-tengah tanggam ditebuk lubang untuk menerima baji lipat dan

dikukuhkan dengan memasang 2 atau 4 bolt bersama nat.

Contoh Kegunaan : Tempat pemegang tangga

ii) Tanggam sambung jari

Tanggam ini biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang

diproses dengan mesin. Panjang sambungan tanggam ini ialah 2 kali lebar kayu.

Sambungan jari biasanya dilekarkan dengan glu.

Contoh Kegunaan : boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sesebuah tangga.

iii) Tanggam sambung lekap

Pada hujung kedua-dua keeping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekatkan

sepanjang dua kali lebar kayu. Ia digunakan dalam pembinaan perabot yang

tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan. Tanggam ini boleh

dikukuhkan dengan bolt dan nat.

Contoh Kegunaan : Kotak simpan barang

iv) Tanggam plat sambung

Sebagai ganti kepada tanggam skaf kedua-dua keeping kayu. Dikerat lurus pada

hujungnya dan disambungkan bersama dua keping logam. Plat kayu juga digunakan

di kedua-dua belahnya dengan bolt dan nat. Panjang plat biasanya ialah 4 kali lebar

kayu yang berkenaan. 

Contoh kegunaan : Bingkai Tingkap