jenis struktur perpautan

6
LAMAN WEB AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Laman blog yang kami hasilkan ini merupakan satu laman yang memuatkan pelbagai bahan pengajaran khusus untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Laman ini mengandungi nota-nota, latihan interaktif dan bahan-bahan multimedia yang lain untuk tujuan murid murid dapat melakukan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Semoga bahan-bahan yang terdapat pada laman ini akan dapat membantu adik-adik untuk belajar dengan lebih mudah, seronok dan berkesan. Gambar 1.1 Laman blog yang dihasilkan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Upload: sarimah-emabella

Post on 18-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

perpautan

TRANSCRIPT

LAMAN WEB AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYULaman blog yang kami hasilkan ini merupakan satu laman yang memuatkan pelbagai bahan pengajaran khusus untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Laman ini mengandungi nota-nota, latihan interaktif dan bahan-bahan multimedia yang lain untuk tujuan murid murid dapat melakukan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Semoga bahan-bahan yang terdapat pada laman ini akan dapat membantu adik-adik untuk belajar dengan lebih mudah, seronok dan berkesan.

Gambar 1.1 Laman blog yang dihasilkan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran

STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYUDalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, struktur perpautan merupakan asas kepada percambahan ilmu lain. Bagi memudahkan proses pautan berlaku, guru hendaklah mahir dalam membina struktur pautan yang memenuhi ciri dan prinsip rekaannya. Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu :1. Struktur LinearSistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.

Gambar rajah 1.1 Struktur Linear

2. Struktur Hierarki Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.

Gambar rajah 1.2 StrukturHierarki3. Struktur KompositStruktur komposit lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Struktur ini sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

Gambar rajah 1.3 Struktur

4. Struktur RangkaianStruktur rangkaian menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel. Struktur rangkaian akan menjadi lebih berkesan sekiranya setiap laman itu mempunyai perpautan antara satu sama lain. Dengan mengklik, sesuatu paparan itu akan diperolehi dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hiper pautan

Gambar rajah 1.4 Struktur Rangkaian

JENIS STRUKTUR PERPAUTAN YANG DIGUNAKAN DALAM LAMAN WEB (BLOGSPOT)Berdasarkan laman web yang kami hasilkan jenis struktur perpautan yang kami gunakan adalah lebih menjurus kepada :1. Struktur LinearSistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. Bahan 2Bahan 1

Bahan 1 dan bahan 2 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan. Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 . Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.