jenis pemuat

3
Jenis Pemuat Komponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa bentuk dan saiz. Walau bagaimanapun kesemua kapasitor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah. Pemuat tetap Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap. Pemuat jenis ini ada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik. Anda perlu pastikan pemuat berkutub disambung pada kekutupan yang betul. Pemuat tetap jenis tidak berkutub seperti pemuat seramik, mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkira kekutupan sambungannya. Pemuat boleh ubah Pemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. Nilai kemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat. Kemuatan Kemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dinyatakan dalam kemuatan, C. Unit bagi kemuatan ialah farad, F. Nilai kemuatan sesuatu pemuat dinyatakan pada badan pemuat itu dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut: Nilai sebenar dicetak terus pada badan pemuat Nilai dinyatakan menggunakan kod warna Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga digit Cara menterjemah nilai pemuat yang dinyatakan dengan kod nombor ditunjukkan dalam contoh berikut: Kod nombor bagi pemuat dalam rajah 5 ialah 102. Dua digit pertama kod ini adalah nombor asas dan digit ketiga ialah pendarab. Jadi, nilai yang dinyatakan oleh 102 dalam rajah 5 ialah: Rajah 5: Kod nombor

Upload: muhamad-hafiza

Post on 20-Jan-2016

216 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kemahiran hidup

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Pemuat

Jenis Pemuat

Komponen kapasitor atau pemuat boleh didapati dalam banyak rupa bentuk dan saiz. Walau bagaimanapun kesemua kapasitor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah.

Pemuat tetap

Pemuat tetap ialah pemuat yang nilai kemuatannya tetap. Pemuat jenis ini ada yang berkutub seperti pemuat elektrolitik. Anda perlu pastikan pemuat berkutub disambung pada kekutupan yang betul. Pemuat tetap jenis tidak berkutub seperti pemuat seramik, mika dan kertas pula boleh disambung tanpa mengambilkira kekutupan sambungannya.

Pemuat boleh ubah

Pemuat boleh ubah ialah jenis pemuat yang nilai kemuatannya boleh dilaras. Nilai kemuatan dapat diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat.

Kemuatan

Kemampuan sesuatu pemuat untuk menyimpan cas dinyatakan dalam kemuatan, C. Unit bagi kemuatan ialah farad, F. Nilai kemuatan sesuatu pemuat dinyatakan pada badan pemuat itu dengan menggunakan salah satu daripada cara berikut:

Nilai sebenar dicetak terus pada badan pemuat Nilai dinyatakan menggunakan kod warna Nilai dinyatakan menggunakan kod nombor tiga digit

Cara menterjemah nilai pemuat yang dinyatakan dengan kod nombor ditunjukkan dalam contoh berikut:

Kod nombor bagi pemuat dalam rajah 5 ialah 102. Dua digit pertama kod ini adalah nombor asas dan digit ketiga ialah pendarab. Jadi, nilai yang dinyatakan oleh 102 dalam rajah 5 ialah:

10 X 102 = 1000 piko Farad = 10 nano Farad = 0.001 mikro Farad.

Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat ialah:

luas permukaan plat – jika luas permukaan plat bertambah, nilai kemuatan juga bertambah;

jarak di antara dua plat – jika jarak di antara plat bertambah, nilai kemuatan akan berkurangan;

jenis bahan dielektrik – bahan dielektrik yang berbeza mempengaruhi nilai kemuatan sesuatu pemuat

Rajah 5: Kod nombor

Page 2: Jenis Pemuat

Penggunaan pemuat :

Jenis Litar Penggunaan pemuatLitar Penapis Mengurangkan voltan riak atau meratakan gelombang untuk

mendapatkan voltan malarLitar motor Pembaik faktor kuasa litar

Mengurangkan kesan gangguan hingar kepada alatan lainLitar penalaan Menentukan kadaran frekuensi penjana dan frekuensi radio

Spesifikasi pemilihan pemuat

Semasa memilih sesuatu pemuat untuk menyediakan sesuatu projek elektronik, spesifikasi berikut perlu diberi perhatian:

Spesifikasi KeteranganNilai kemuatan Nilai kemuatan dinyatakan samada dengan menggunakan

kod tercetak atau kod warna pada badan pemuatHad terima pemuat Had terima menunjukkan kejituan julat nilai sebenar

pemuat iaitu nilai kemuatan minimum dan maksimumVoltan kerja Voltan kendalian maksimum yang mampu diterima oleh

pemuat sebelum pecah tebat dielektrik dilampaui.

Pearuh / Gelung / Induktor

Pearuh dibina daripada dawai pengalir yang dililit dalam bentuk gegelung. Rajah 6 menunjukkan simbol skematik pelbagai jenis pearuh. Nilai kearuhan sesuatu pearuh disukat dalam unit Henry, H. Kebanyakan pearuh mempunyai rintangan yang rendah. Pearuh menentang arus ulang-alik. Penentangan ini dinamakan regangan induktif, XL. Ianya biasa digunakan untuk menghasilkan voltan aruhan.

Rajah 6: Simbol skematik jenis-jenis pearuh

Teras ferit Teras besi Pearuh boleh ubah Pearuh prasetTeras udara