jenis kegagalan cerun

Upload: ustaziyatul-alam

Post on 06-Apr-2018

462 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 jenis kegagalan cerun

    1/7

    PENGKELASAN KEGAGALAN CERUN

    Kegagalan cerun boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:

    a.Kegagalan Cerun Tanahb.Kegagalan Cerun Batuanc. Kegagalan Khas

    Kegagalan Cerun Tanah

    Kegagalan ini terbahagi kepada 5 kumpulan utama

    a.Gelinciranb.Gelongsoranc. Alirand.Rayapane.Kompleks Gelinciran

    Gelinciran boleh berlaku pada semua jenis tanah. Kejadiannya sangatberkait rapat dengan penepuan muka cerun akibat hujan lebat yang

    berlaku secara berterusan.Gelinciran merupakan jenis kegagalan cerun

    yang utama di Malaysia. Bergantungkepada ketebalan profil luluhawa

    dan sifat homogeny tanah, gelinciran boleh berlaku pada zon yang nipis

    (kurang daripada 2m) yang dinamakan gelinciran cetek dan pada

    zonlebih tebal yang dinamakan gelinciran dalam.

  • 8/2/2019 jenis kegagalan cerun

    2/7

    GelonsoranGelonsoran berbeza dengan kegagalan gelinciran kerana biasanya ia

    berlaku pada tanah berjelekit. Ia boleh terjadi di sepanjang satu ataubeberapa satah lingkaran yangkhusus, mengekalkan tekstur tanah

    selepas mengelonsor. Gelonsoran boleh juga terjadi pada bahan

    tambak yang padat sekiranya lapisan dasarnya secara relatif adalah

    lemah.Kegagalan gelosoran mempunyai kaitan yang rapat dengan

    pengaruh air bawah tanah.

    AliranKegagalan jenis ini terjadi apabila lapisan bahan bumi yang tepu air

    berubah sifat menjadi cecair dan bergerak sepanjang cerun. Kejadian

    aliran tanah atau puing jarang dilaporkan tetapi kesan yang dapat

    dilihat melalui topografi dan fotografi udara menunjukkan kegagalan

    jenis ini terutama yang bersaiz kecil ada berlaku di

    kawasan pergunungan. Bahan bumi yang terlibat biasanya bersifat

    peroi.

  • 8/2/2019 jenis kegagalan cerun

    3/7

    RayapanRayapan merupakan fenomena kegagalan cerun yang sangat pelahan.

    Purata pergerakan mungin hanya beberapa millimeter setahun dan

    hanya melibatkan zon lapisan atas cerun. Rayapan pada lapisan tanah

    hasil luluhawa batuan boleh diperhatikan padaanjakan struktur lapisan

    tanah. Pada lapisan tanah homogen, pergerakan ini hanya dapat

    dikesan berdasarkan anjakan yang terjadi pada struktur atau tumbuhan

    yang berada diatasnya.

    Kompleks

    Kegagalan cerun tanah jenis kompleks merupakan gabungan dua atau

    lebih kegagalan-kegagalan di atas. Jenis yang biasa dijumpai ialah

    gelinciran-aliran atau gelonsoran-aliran. Mekanisma kegagalan dan

    faktor penyebab utama bersesuaian dengan pertambahan rongga pada

    tekstur tanah menyebabakan pertambahan air yangseterusnya

    mengubah sifat tanah menjadi cecair dan gagal secara aliran.

  • 8/2/2019 jenis kegagalan cerun

    4/7

  • 8/2/2019 jenis kegagalan cerun

    5/7

    Kegagalan Cerun Batuan

    Kegagalan ini boleh dikategorikan kepada 4 komponen utama iaitu:

    a.Kegagalan Lingkaranb.Kegagalan Satahc. Kegagalan Bajid.Jatuhan Kegagalan Lingkaran

    Ianya hampir sama dengan bentuk kegagalan gelonsoran pada cerun

    tanah. Cerunyang gagal pada sepanjang satah bentuk lingkaran akibat

    daripada faktor keselamatan yang rendah. Kegagalan seperti ini berlaku

    pada kawasan batuan lemah atau pada zon batuan hancur

    Kegagalan SatahKegagalan berlaku sepanjang satah lemah dimana gelinciran boleh

    berlaku disepanjang satah perlapisan, satah sesar, kekar atau jenis zon

    lemah yang lain. Kegagalan jenis ini berkait rapat dengan orientasi zonlemah(ketakselanjaran) dan ciri-cirinya.Kegagalan jenis ini mudah

    diramal.

    Kegagalan BajiKegagalan bentuk baji berpunca dari sifat jasad batuan yang sama,

    Cuma gelinciran berlaku sepanjang dua atau lebih satah lemah

  • 8/2/2019 jenis kegagalan cerun

    6/7

    Jatuhan.Kegagalan Jatuhan bongkah, piung dan terbalikan terjadi pada cerun

    batuan yang sangat curam. Orientasi ketidakselajaran juga berperanan

    menyebabkan jatuhan tanah terbalikan. Kehadiran beberapa set kekar

    pada jasad batuan sering menghasilkan bongkah atau piung. Bongkah

    ini boleh jatuh apabila ketidakstabilan berkurangan akibat pengaruh air

    bawah tanah, gegaran dan sebagainya.

    Kegagalan KhasKegagalan Khas yang biasanya berlaku pada kawasan beriklim tropikaialahkegagalan hakisan. Kegagalan hakisan merupakan di antara yang

    terpenting di sepanjang lebuhraya di Malaysia. Kegagalan boleh terjadi

    akibat hakisan keping dan hakisan air laluan. Kegagalan akibat hakisan

    air ini meninggalkan kesan yang lebih ketara berbanding hakisan

    keping. Hakisan air laluan membentuk alur, takar atau baji dan

    memindahkan bahan daripada permukaan cerun lebih banyak daripada

    kesan kegagalangelinciran, gelonsoran atau jatuhan. Kegagalan jenis ini

    sering dijumpai pada cerun batuan terluluhawa tetapi lebih mudahterjadi pada cerun tanah sekiranya tidak dikawal.

  • 8/2/2019 jenis kegagalan cerun

    7/7

    Rajah 3.4.2 Jenis-Jenis Kegagalan Cerun Batuan dan Kegagalan Khas