teknik pembinnaan cerun

9
KEJURUTERAAN JALAN RAYA PENGENALAN Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Tanah runtuh Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain: Hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat Gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction) Letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah. Gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah. Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil

Upload: zaim-zakwan

Post on 21-Jun-2015

8.240 views

Category:

Documents


34 download

TRANSCRIPT

Page 1: teknik pembinnaan cerun

PENGENALAN

Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.

Tanah runtuh

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain:

Hakisan oleh sungai, glasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat Gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh

(lihat pencairan (liquefaction) Letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah. Gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan

keruntuhan cerun lemah. Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau

bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain

Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil Pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium

kepada batu asas.

Oleh hal demikian, pembinaan penstabilan cerun harus dilakukan bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh terus terjadi.

Page 2: teknik pembinnaan cerun

CERUN

Pembentukan cerun adalah disebabkan oleh lereng semulajadi atau lereng buatan manusia.

Cerun yang curam ialah cerun yang tidak stabil. Ketidakstabilan ini boleh menyebabkan

pergerakan tanah kebawah lereng yang dikenali sebagai kegagalan cerun. Kegagalan boleh

menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Page 3: teknik pembinnaan cerun

TEKNIK-TEKNIK UNTUK MENSTABILKAN

CERUN

A- MEMBINA TEMBOK PENAHAN (RETAINING WALL)

Untuk menyokong tanah supaya berada dalam keadaan stabil di samping mengelakkan

gelinciran tanah berlaku pada cerun.

Kaedah untuk membina tembok penahan:

1. Potong bahagian cerun yang runtuh.

2. Bersihkan bahagian yang telah dipotong.

3. Ratakan bahagian yang telah dibersihkan.

4. Bina acuan untuk asas tembok penahan.

5. Letakkan tetulang bagi asas dan tuang konkrit kedalamnya.

6. Pastikan asas cukup keras sebelum dibuang acuannya.

7. Kemudian bina acuan untuk dinding tembok penahan.

8. Letakkan acuan di atas asas tembok penahan.

9. Masukkan kerangka tetulang dinding tembok penahan dan masukkan lubang leleh

pada dinding tembok.

10. Disekeliling laluan masuk lubang leleh diletakkan bahan berbutir tergred untuk

memudahkan pergerakan air.

11. Lubang leleh hendaklah tidak tersumbat.

12. Tuangkan konkrit kedalam acuan dan hendaklah memastikan ia cukup kuat dan keras

sebelum dibuang acuannya.

13. Buangkan acuan dan timbus semula dengan tanah.

14. Akhir sekali, tanam rumput diatasnya untuk menambahkan lagi kekuatan.

Page 4: teknik pembinnaan cerun

B- MEMBINA TEMBOK GABION

1. Buangkan bahagian tanah yang runtuh.

2. Bersihkan kawasan tanah runtuh dan ratakannya.

3. Kemudian sangkar jaring dibina.

4. Kaki cerun dipotong bersesuaian dengan saiz tapak tembok dan sangkar jaring

disusun diatasnya sebelum batu granit dimasukkan.

5. Tembok gabion disusun bertangga atau berbentuk hamparan.

6. Ia lebih kukuh dan stabil.

7. Kemudian batu granit yang mempunyai ketebalan antara 300mm-600mm digunakan.

8. Masukkan batu granit kedalam sangkar jaring dan dipadatkan.

9. Ia dimasukkan dengan menggunakan jentera.

10. Sangkar jaring ditutup dengan sempurna diatasnya.

11. Bersihkan kawasan tersebut sebelum jalan dapat digunakan.

Page 5: teknik pembinnaan cerun

C- MEMBINA SISTEM PENAMBAT

1. Bersihkan kawasan cerun yang runtuh.

2. Ratakan cerun mengikut kaedah penstabilan yang ingin digunakan.

3. Kemudian bina tetulang bagi pembinaan sistem penambat.

4. Letakkan

tetulang di

dinding

cerun.

5. Masukkan

penambat di

dalam tanah

yang dikenali

sebagai

tendom.

6. Hujungnya

ditanam di

dalam tanah

dengan

menggunakan turapan simen atau tanah berturap.

7. Hujung satu lagi ditambat pada plat galas di atas struktur yang akan disokong.

8. Kemudian konkrit dituang di atas cerun menggunakan kaedah hamparan.

9. Konkrit biasanya ditutup dengan menggunakan plastik putih.

10. Untuk mengelakkan konkrit gelongsor dan supaya konkrit keras secara rata.

11. Akhir sekali, plastik putih dibuang.

Page 6: teknik pembinnaan cerun

D- MENANAM RUMPUT

Penanaman rumput atau tanaman tutup bumi merupakan kaedah yang paling mudah

dilaksanakan di cerun-cerun. Selain menstabilkan cerun, rumput yang ditanam juga mampu

menghalang hakisan tanah di samping mengurangkan kelajuan air larian permukaan. Pelbagai

kaedah penanam rumput di laksanakan. Antaranya ialah penampalan rumput pada permukaan

cerun.

Kaedahnya:

I. Buangkan cerun yang runtuh.

II. Bersihkan cerun dan ratakan.

III. Rumput yang hendak digunakan hendaklah masih

segar.

IV. Rumput yang digunakan mestilah tidak pecah.

V. Rumput hendaklah ada tanah di bawahnya.

VI. Rumput ditanam.

VII. Jarak antara setiap keping rumput lebih kurang 5cm.

VIII. Akhir sekali, rumput dibiarkan disitu sehingga ia

tumbuh.

Selain itu, kaedah yang terkini juga di gunakan seperti hidro

pembenihan melalui semburan benih pada permukaan cerun

atau semburan benih pada hamparan bahan gentian.

RUMPUT

Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan

(tiada pangkat)

Monocots

(tiada pangkat)

Commelinids

Order: Poales

Keluarga: Poaceae

Genus: Axonopus

Spesies: A. fissifoliusNama binomial Axonopus fissifolius(Raddi) Kuhlm. Sinonim

Page 7: teknik pembinnaan cerun

E- MEMASANG GEOSINTETIK

Fungsi utama geosintetik adalah untuk mengukuhkan tanah semulajadi dan menstabilkan

binaan geoteknik seperti asas, subgred dan cerun. Antara istilah geosintetik yang paling awal

dan meluas digunakan ialah geotekstil.

Geoteknik merupakan fabrik berliang yang bertindak sebagai penuras, pemisah, tetulang dan

pengawal hakisan. Bila digunakan sebagai bahan pemisah, geotekstil diletakkan di antara dua

jenis bahan yang berbeza. Contohnya tanah dan batu baur yang berfungsi untuk menghalang

percampuran antara keduanya. Penuras geotekstil digunakan sebagai batu berliang di

sekeliling paip bawah tanah, di bawah struktur pengawal hakisan, belakang tembok penahan

dan khususnya sebagai pengganti batu berbutir tergred dalam projek pembinaan kerja tanah

seperti empangan.

Memandangkan tanah mempunyai tegasan mampatan, kekuatan jisim tanah boleh

dikukuhkan dengan menggunakan tetulang tegasan regangan. Tetulang di letakkan dibawah

tanah tambak yang digunakan untuk membina tembok penahan berfabrik.