jenis-jenis pendidikan pemulihan

17
Jenis-Jenis Pendidikan Pemulihan Kuliah 2

Upload: rohani

Post on 01-Oct-2015

325 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pendidikan PemulihanBMM3106

TRANSCRIPT

Slide 1

Jenis-Jenis Pendidikan PemulihanKuliah 2 Pemulihan KBSRAktiviti KBSR yang dijalankan dalam kelas biasa untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

KIA2MProgram yang dikendalikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk membantu. murid tahun satu menguasai kemahiran asas 2M. Murid-murid yang gagal ujian penapisan akan dilatih khusus untuk menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Murid-murid ini dikehendaki menduduki ujian Pelepasan sebelum dilepaskan tetapi bagi murid yang gagal ujian Pelepasan tiga, mereka akan dimasukkan ke kelas pemulihan pada tahun berikutnya.

PROTIMProgram pemulihan 3M yang dirancang untuk membantu murid tahun enam menguasai kemahiran asas 3M. Program ini dijalankan selepas murid tahun enam menduduki peperiksaan UPSR.Objektif pengajaran pemulihan pula adalah seperti berikut :membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaranmemupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran

Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA)Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai kemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani program Tahun Pemulihan selepas Tahun 2.

Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan kurikulum Bahasa Melayu Tahun Pemulihan seperti berikut : 1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan 2. Modul Buku Aktiviti 3. Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet).Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masingPEMULIHAN KELAS BIASAProgram pendidikan pemulihan dalam kelas KBSRProgram pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggung jawab guru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran sepatutnya menilai pencapaian murid pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut guru membuat analisis terhadap pencapaian murid dan seterusnya menentukan adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang diajar. Sekiranya terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telah diajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah dengan segera agar murid tersebut tidak ketinggalan dan jika dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasainya.Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebih berfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada waktu tersebut. Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan mata pelajaran KBSR. Jika murid yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas KBSR masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran maka guru boleh mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalam program pendidikan pemulihan khas.Proses Pengajaran PemulihanJejak - kenal pasti muridRancang perancangan yang sesuai dari segi objektif, kemahiran, kaedah dan teknik, aktiviti, pemilihan bahan serta proses penilaianLaksana melaksanakan langkah-langkah pengajaran dengan berkesan supaya objektif dapat dicapaiNilai menilai pencapaian murid dan keberkesanan P &PLANGKAH PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN DALAM KELAS BIASADijalankan selepas pembelajaran berlangsung untuk murid bermasalah sahajaBimbingan individuDijalankan semasa murid-murid lain menjalankan aktiviti biasaBoleh dilaksankan secara berkumpulanBimbingan rakan sebaya digalakkanMurid yang telah menguasai kemahiran boleh menjaklankan aktiviti pengayaan.Kelebihan Pemulihan Kelas biasaMenjimatkan masaKaedah kumpulan menggalakkan pembelajaranMembentuk semangat kerjasama dan saling membantuMenggalakkan persaingan dalam kalangan muridPEMULIHAN KHASPendidikan pemulihan khas bermaksud murid yang lemah akan ditempatkan dalam kelas yang disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan Jenis-jenis :Kelas khasMurid pemulihan yang telah dikenal pasti akan ditempatkan dalam kelas secara sepenuh masa. Mereka hanya akan dihantar balik ke kelas biasa apabila telah mencapai tahap prestasi yang ditentukan atau telah menguasai kemahiran asas 3M.

PEMULIHAN KHAS

Sistem penarikan keluar (Withdrawal system)Murid pemulihan yang telah dikenal pasti akan datang ke kelas pemulihan pada waktu-waktu yang ditentukan untuk belajar bahasa melayu dan matematik sahaja. Mereka akan dihantar balik ke kelas (tidak perlu datang lagi) apabila telah menguasai kemahiran asas yang ditentukan.

Tujuan Pemulihan KhasMasa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaranSuasana pembelajaran lebih menggalakkanDapat merancang pembelajaran dengan lebih berkesanKemudahan yang disediakan dapat digunakan secara efektif.Cara untuk mengadakan Kelas PemulihanDisyorkan tiga alternatif seperti berikut:Sekolah-sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya tiga atau empat orang.Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas sahaja bagi satu darjah, muridmurid untuk kelas pemulihan boleh juga diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi lima belas orang.Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi enam orang.

Perhatian :Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan antara guru pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas