jenis-jenis pendahuluan

Upload: aelyn-azlan

Post on 14-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

moga bermanfaat

TRANSCRIPT

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

Pendahuluan Jenis DefinisiTajuk/Tema: Berjimat cermatSkop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. Sejak kebelakangan ini, negara kita mengalami krisis ekonomi dan masalah kejatuhan nilai mata wang. Bagi mengatasi keadaan ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat. Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakni satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barang dan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. Sikap borong dilarang oleh Tuhan. Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama , tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, langkah-langkah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya.

Pendahuluan Jenis Pendapat TokohTajuk/Tema: Hubungan ibu bapa dengan sekolahSkop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan hubungan ibu bapa dengan sekolah renggang. Pakar motivasi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama gagal mewujudkan hubungan rapat dengan pihak sekolah terutamanya guru yang sepatutnya boleh membantu mereka memantau kegiatan pelajar terbabit di asrama. Ketika mengulas tentang kejadian seorang pelajar yang mati dipercayai selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior , Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, ibu bapa sepatutnya menjadikan perjumpaan dengan guru dan pihak sekolah sebagai rutin untuk mendapatkan pandangan positif serta memantau perkembangan anak-anak., terutamanya yang belajar di sekolah berasrama. Sekiranya ibu bapa dan guru saling berhubungan serta mengenali antara satu sama lain, ibu bapa akan mendapat laporan yang terus daripada guru mengenai pencapaian atau kegiatan terbabit di sekolah. Oleh itu, untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah supaya anak-anak yang tinggal di asrama mendapat perhatian, maka semua pihak haruslah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Pendahuluan Jenis PersoalanTajuk/Tema: Kemalangan jalan rayaSkop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspress berbanding dengan kenderaan lain.? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan jalan raya kita dapat mengawal kemalangan jalan raya? Mungkin ada antara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya disifatkan sebagai takdir daripada Tuhan. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku?

Pendahuluan Jenis PeribahasaTajuk/Tema: Semangat KejirananSkop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Sejak belakangan ini, semangat kejiranan dan amalan gotong-royong semakin tipis dalam masyarakat kita. Jikalau dahulu peribahasa seperti ringan sama dijinjing, berat sama dituruni, dan hati gajah sama dilapah sama dilapah, hati kuman sama dicecah menjadi pegangan hidup masyarakat. Dalam zaman yang serba canggih dengan teknologi yang tinggi, manusia tidak lagi mementingkan semangat kejiranan. Bagi mereka amalan gotong-royong dianggap kerja yang membuang masa dan sia-sia sahaja. Mereka hidup seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan masing-masing perahu, masing-masing kayuh. Jadi, bagaimanakah kita hendak memupuk semangat kejiranan dalam sanubari setiap warganegara kita?

Pendahuluan Jenis GabunganTajuk/Tema: Kesesakan lalu lintasSkop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas

Kini, kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang masih cuba diatasi oleh pihak berkuasa. Kesesakan lalu lintas telah menjadi satu fenomena yang bukan sahaja menyusahkan para pengguna jalan raya, tetapi boleh menimbulkan masalah sosial, pencemaran alam sekitar, dan psikologi kepada penghuni bandar-bandar besar. Kesesakan lalu lintas menjadi cabaran kepada pihak berkuasa tempatan sehingga segala tumpuan dan tenaga telah dicurahkan untuk menangani masalah ini. Keadaan ini bertambah buruk apabila bilangan penduduk serta kenderaan seperti kereta, bas, dan lori bertambah seperti kedatangan kelkatu selepas hujan di kawasan tersebut. Menurut satu rencana yang disiarkan dalam majalah Dewan Siswa menunjukkan Kuala Lumpur telah dilanda sindrom kesesakan lalu lintas yang amat parah. Banyak kenderaan tersadai di jalan raya dan menimbulkan kekucar-kaciran dalam sistem perhubungan dan pengangkutan. Apakah langkah-langkah yang wajar dan drastik perlu diambil untuk membanteras masalah ini? Kempen kongsi kereta yang dilancarkan oleh kerajaan tidak membawa sebarang kesan. Oleh itu, setiap pihak haruslah mengambil inisiatif dan memberi komitmen supaya kesesakan lalu lintas yang semakin menjadi-jadi dapat dikurangkan atau dibendung.

Pendahuluan Jenis PuisiTajuk/Tema: Kepentingan ilmuSkop/Fokus Soalan: Faedah-faedah menuntut ilmuBerburu ke padang datar,Dapat rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.

Bintang tujuh sinar berseri,Bulan purnama datang menerpa;Ajaran guru hendak di cari,Mana yang dapat janganlah lupa.

Daripada pantun dua rangkap di atas, kita dapat melihat bahawa ilmu sangat penting dan setiap orang digalakkan menuntut ilmu. Hal ini demikian kerana ilmu dapat diibaratkan seperti obor yang dapat menerangi malam yang terang, bahkan ilmu dikatakan menjadi teman ketika keseorangan, dijadikan teman ketika keseorangan, dijadikan teman ketika diperantauan, dan menjadi penyuluh dalam kegelapan. Kini, kita mendapati bahawa orang yang berilmu mencapai kejayaan dalam hidup mereka, manakala orang yang jahil terkial-kial entah di mana. Oleh itu, setiap orang digalakkan menuntut ilmu kerana ilmu mempunyai pelbagai faedah dan manfaatnya.

Jenis-Jenis Perenggan Isi1) PERENGGAN JENIS DEDUKTIF2) PERENGGAN JENIS INDUKTIF3) PERENGGAN JENIS DEDUKTIF+INDUKTIF

Contoh Perenggan Deduktif

Dalam usaha melahirkan masyarakat yang menyayangi tanah air, generasi kini perlumengambil inisiatif untuk menganjurkan program-program dan pelbagai kempen yang bertemakan nilai patritismeagar generasi muda dapat mengenali negara Malaysia dengan lebih mendalam.Isi

Mereka mesti menyokong apa-apa aktiviti malah giat menyertai program dan kempen yang dianjurkan oleh kerajaan pada peringkat kebangsaan.Huraian

Sebagai contoh,kempen Gerakan Cintailah Tanah Air yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri , Tun Dr.Mahathir Mohamad pada 29 Disember 1998.Contoh

Contoh Perenggan Induktif

Ambang 2011, kita telah dikejutkan dengan statistik 5 kes pembuangan bayi dilaporkan di negara kita.Contoh

Bayangkan betapa tergamaknya seorang ibu membuang bayi tanpa sedetik pun rasa peri kemanusiaan. Sedangkan binatang menyayangi anaknya, apatah lagi kita manusia. Tepatlah ungkapan yang berbunyi dalam masyarakat haiwan, tiada manusia, tetapi dalam masyarakat manusia, banyak haiwan berkeliaran Huraian

Hakikatnya,ketandusan nilai kasih sayang dalam jiwa insanimerupakan faktor dominan yang menyumbang kepada jenayah pembuangan bayi ini. Isi(kesimpulan)

Contoh Perenggan Gabungan Deduktif + Induktif

Banyak faktor yang dapat mempengaruhi kecemerlangan.Antaranya termasuklahmatlamat dan jati diri yang tinggi.Andainya faktor tersebut gagal dikelolakan dalam kehidupan seseorang, maka sudah pastilah kehidupan akan terumbang-ambing.Isi

Oleh yang demikian, untuk memastikan kejayaan menjadi kenyataan, pegangan hidup harus disematkan di lubuk hati.Huraian

Ibnu Qaiyum Al-Jauzy iaitu ulama Islam tersohor pernah menyatakan bahawa ujian terbesar terhadap seseorang terletak pada matlamat dan cita-cita yang tinggi.Contoh

Hakikat ini jelas menunjukkan bahawa kejayaan terletak pada matlamat hidup seseorang.Jika seseorang itu berjaya mencapai matlamatnya tanpa menggugat jati dirinya, maka sudah pastilah dia akan berjaya dalam kehidupannya.Kesimpulan