bab 1 pengenalan 1.1 pendahuluan 1 - bab... · 2.4 jenis – jenis troli bot fiber jadual 2.1 :...

24
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Dalam bab ini kami akan menerangkan tentang pengenalan bagi sebuah Troli Bot Fiber. Namun, dalam bab ini kami dapat mengetahui masalah dengan penyataan masalah, objektif kajian serta skop kajian. 1.2 PENYATAAN MASALAH Penyataan masalah, projek ini merupakan masalah yang timbul dihadapi oleh nelayan dalam proses mengangkat atau menyimpan bot mereka ditempat yang selamat. Proses penyimpanan dan pengangkutan bot fiber adalah rumit dan sukar, sekiranya tiada troli bot yang boleh membantu. Keadaan ini menyukarkan orang ramai terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli atau memiliki troli bot. Troli bot yang berada di pasaran selalunya menggunakan komponen yang mahal, dan ditawarkan dengan harga yang tinggi. Selain itu, Troli bot yang berada di pasaran mempunyai masalah dari segi pengangkutan bot keatasnya. untuk menaikkan bot fiber ke atasnya. Ini kerana rekabentuk troli bot fiber yang digunakan pada masa kini tidak sesuai. Oleh itu, sebuah rekabentuk troli bot dicipta bagi memudahkan kerja-kerja menggangkut dan menyimpan bot fiber. Ini memudahkan nelayan yang hendak melakukan aktiviti seperti memancing, menahan bubu, menjala ataupun memukat ikan di sungai mahupun di pesisiran pantai. Semoga rekabentuk troli ini dapat menyelesaikan masalah nelayan untuk menaikkan dan menurunkan bot fiber mereka di sungai ataupun di persisir pantai. Troli bot yang berada di pasaran memerlukan kepakaran untuk dibaikpulih atau di selenggara jika mengalami kerosakan. Industri pengeluaran troli bot juga

Upload: duongtuyen

Post on 15-Mar-2019

380 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini kami akan menerangkan tentang pengenalan bagi sebuah Troli

Bot Fiber. Namun, dalam bab ini kami dapat mengetahui masalah dengan penyataan

masalah, objektif kajian serta skop kajian.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Penyataan masalah, projek ini merupakan masalah yang timbul dihadapi oleh

nelayan dalam proses mengangkat atau menyimpan bot mereka ditempat yang

selamat. Proses penyimpanan dan pengangkutan bot fiber adalah rumit dan sukar,

sekiranya tiada troli bot yang boleh membantu. Keadaan ini menyukarkan orang ramai

terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli atau memiliki troli

bot. Troli bot yang berada di pasaran selalunya menggunakan komponen yang mahal,

dan ditawarkan dengan harga yang tinggi.

Selain itu, Troli bot yang berada di pasaran mempunyai masalah dari segi

pengangkutan bot keatasnya. untuk menaikkan bot fiber ke atasnya. Ini kerana

rekabentuk troli bot fiber yang digunakan pada masa kini tidak sesuai. Oleh itu,

sebuah rekabentuk troli bot dicipta bagi memudahkan kerja-kerja menggangkut dan

menyimpan bot fiber. Ini memudahkan nelayan yang hendak melakukan aktiviti

seperti memancing, menahan bubu, menjala ataupun memukat ikan di sungai

mahupun di pesisiran pantai. Semoga rekabentuk troli ini dapat menyelesaikan

masalah nelayan untuk menaikkan dan menurunkan bot fiber mereka di sungai

ataupun di persisir pantai.

Troli bot yang berada di pasaran memerlukan kepakaran untuk dibaikpulih

atau di selenggara jika mengalami kerosakan. Industri pengeluaran troli bot juga

kebiasaannya mengeluarkan troli yang agak besar dan berat. Kos penghasilan juga

mahal dan menyukarkan nelayan kecil untuk memilikinya. Selain itu, troli bot amat

penting bagi nelayan kecil untuk mencari pendapatan. Kebiasaannya, nelayan

menggunakan bot fiber bersaiz kecil dan sederhana serta perlu diangkut menggunakan

troli yang bersesuaian untuk proses penyimpanan. Jadi agak sukar bagi mereka

mendapatkan troli bot yang berada di pasaran kerana tidak mempunyai siaz yang

sesuai untuk bot mereka. Kebiasaannya bot mereka di ikat di tiang-tiang kayu atau jeti

yang berada di kuala sungai atau tepi pantai. Ini boleh menimbulkan masalah jika air

pasang besar atau surut. Kemungkinan besar bot fiber mereka akan mengalami

kerosakan dan mereka tidak akan turun ke laut untuk melakukan aktiviti. Sehubungan

dengan itu, troli bot adalah salah satu jalan penyelesaian bagi nelayan untuk mengatasi

masalah ini.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut:-

Merekabentuk sebuah troli bot yang boleh dilaras dan bersesuaian bagi

penggunaan nelayan kecil.

Membuat analisa data tentang berat bot yang mampu ditampung

1.2 SKOP KAJIAN

Setiap projek dan konsep yang hendak dihasilkan memerlukan penghasilan yang

berinovasi, efektif dan bermutu tinggi dari segi rekabentuk dan fungsinya. Bagi

mencapai objektif ini, kami telah menetapkan beberapa skop projek seperti dibawah:

Had pelaksanaan projek dikatakan sebagai skop perlu dibuat sebagai rujukan

bagi memastikan setiap perlaksaan projek tidak terkeluar dari objektif yang

ingin dicapai.

Menghasilkan suatu troli yang boleh dilaras mengikut saiz bot dan pergerakan

nelayan mengalihnya ke tempat yang lain. Troli bot ini hanya menampung

berat

BAB 2

KAJIAN ILMIAH

2.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini kami akan menerangkan tentang kajian ilmiah dan sejarah yang

dijadikan sebagai panduan kepada kami untuk menjayakan projek ini. Selain itu, kami

telah membuat kajian dengan mengadakan sesi temu bual dengan nelayan dan

pengeluar troli bot.

2.2 PENGENALAN

Troli bot fiber yang pertama telah direka oleh Frank W. Hawley pada tahun

1893 di Erie Canal. Penggunaan enjin elektrik yang digunakan dapat mengerakkan

troli bot tersebut. Jarak pergerakan troli bot ini adalah sejauh 2 km. Selain itu, Oregon

telah melakukan inovasi dalam penyediaan troli bot. Troli bot tersebut dapat

mengangkut bot yang lebih besar.

Di Perancis, troli bot yang pertama telah diuji pada tahun 1895 oleh M. Galliot

di Bourgogne Canal. Troli bot itu dipanggil sebagai, “Trolleytruck” kerana bentuk

yang digunakan seakan truck dan mempunyai tiga roda. Ia juga boleh dipandu di atas

jalan dengan menggunakan roda logam dan tanpa memerlukan bagi mengangkut

berbagai jenis bot.

Pada tahun 1890, kerajaan Jerman menjalankan eksperimen dengan

menggunakan lokomotif wap bagi menghasilkan troli bot. Keputusan yang diterima

oleh mereka mendapat hasil yang memberangsangkan iaitu berjaya menunda tujuh

buah bot fiber yang bersaiz besar. Walau bagaimanapun, troli ini memerlukan

penggunaan tenaga yang amat tinggi dan sistem yang tidak ekonomik

Rajah 2.1 : Troli Bot Pertama

2.3 TROLI

Troli merupakan sesuatu kemudahan untuk mengangkat atau memindahkan

barang dari satu tempat ke tempat yang lain. Troli mempunyai banyak jenis dan

kegunaanya seperti troli yang boleh mengangkat gas, barang-barang keperluan dan

lain-lain. Dengan adanya troli, kita tidak perlu lagi memikul barang-barang. Ini

memudahkan pengguna untuk mengangkat barang dalam kuantiti yang banyak dan

berat. Troli pertama dicipta adalah untuk mengangkat barang-barang keperluan di

pasaraya. Ianya dicipta oleh Sylvan Nathan Goldman yang terhasil diinovasikan

daripada kereta mainan kanak-kanak. Ianya berkembang dari semasa ke semasa

sehinggakan banyak troli yang mempunyai pelbagai bentuk dan fungsi yang berbeza.

2.4 JENIS – JENIS TROLI BOT FIBER

Jadual 2.1 : Jenis – Jenis Troli Bot

Bil Gambar Troli Bot Kelebihan Kekurangan

1

Rajah 2.2

Troli Bot Kayu

Boleh digunakan

untuk mengangkut bot

di tepi pantai

Kayu troli bot

cepat reput dan

patah.

2

Rajah 2.3

Troli Bot Berkaki Lima

Boleh mengangkut

bot fiber bersaiz 20

kaki.

Tidak

mempunyai

roller dan

batang syaf.

3

Rajah 2.4

Troli Bot Berkaki 20

Troli bot ini juga

boleh ditarik dengan

menggunakan

kenderaan dan tidak

memerlukan tenaga

manusia untuk

menggerakkanya.

Komponen yang

banyak

menyebabkan

kos nya sangat

mahal.

4

Rajah 2.5

Troli Bot Berkaki 30

Troli bot ini boleh

digunakan di tempat

seperti pelabuhan dan

di kawasan lain.

Troli ini tidak

boleh

digerakkan

dengan

kenderaan biasa

dan perlukan

kenderaan berat

kerana saiznya

yang besar.

5

Rajah 2.6

Troli Bot Berkaki 9

Boleh digerakkan

dengan menggunakan

kenderaan biasa

walaupun saiznya

sederhana besar.

Kos

pembuatannya

amat mahal

kerana

memerlukan

komponen yang

banyak untuk

direka.

6

Rajah 2.7

Troli Bot Tirus

Boleh juga digunakan

di tempat pelabuhan

dan kawasan lain

untuk mengangkut bot

fiber bersaiz 14 kaki.

Susah untuk

menyimpan di

kawasan

tertutup seperti

garaj kerana

saiznya yang

besar.

7

Rajah 2.8

Troli ”Speedboat”

Troli bot hidraulik jek

mempunyai alat

hidraulik jek yang

boleh melaraskan

ketinggian troli bot.

Kos yang mahal

kerana

menggunakan

komponen yang

banyak

contohnya alat

hidraulik jek.

8

Rajah 2.9

Troli Bot Fiber Berkaki

24

Kos yang murah

kerana hanya

menggunakan kayu

serta roda.

Kayu yang

digunakan troli

bot ini mudah

reput serta cepat

patah

9

Rajah 2.1.1

Troli Bot Kapal

Mempunyai besi yang

kuat untuk

mengangkut bot dan

tidak mudah berkarat

kerana besi berkualiti

tinggi.

Memerlukan

kenderaan yang

berat untuk

mengangkut

bot. Kos yang

tinggi dari segi

perbaiki troli

bot.

10

Rajah 2.1.2

Troli Bot Kayu Berkaki

10

Dibina dengan kayu

Memerlukan

tenaga manusia

11

Rajah 2.1.3

Troli Bot Berkaki 32

Mempunyai lebih

pada empat roda yang

dapat menggerakkan

troli bot dengan stabil

dan mudah mahupun.

Memerlukan

kenderaan yang

berat untuk

menggerakkan

troli.

12

Rajah 2.1.4

Troli Bot Berkaki 16

Diperbuat daipada

kayu yang

bercampuran dengan

bahan yang kuat.

Memerlukan

kenderaan yang

berat untuk

menggerakkan

troli.

13

Rajah 2.1.5

Troli Bot Kapal

Dapat mengangkut

kapal dan bot bersaiz

besar.

Memerlukan

kenderaan yang

berat untuk

mengangkut.

Komponen alat

ganti sukar

untuk dapat di

pasaran.

Tidak sesuai

untuk kegunaan

nelayan.

14

Rajah 2.1.6

Troli Bot Berkaki 30

Tidak mempunyai had

pengangkut bot.

Tiada

penyesuian

untuk kegunaan

nelayan.

15

Rajah 2.1.7

Troli Bot Fiber Berkaki

12

Dapat mengangkut

bot fiber secara

songsang dan

memudahkan nelayan

melakukan kerja

dengan mudah.

Kos yang mahal

dari segi bahan

yang digunakan

untuk mencipta

troli tersebut.

16

Rajah 2.1.8

Troli Bot Berkaki 26

Mempunyai roller

yang boleh

memudahkan nelayan

menolak bot naik ke

atas troli.

Kos troli amat

mahal kerana

memerlukan

komponen yang

banyak untuk

mereka troli bot

itu.

17

Rajah 2.1.9

Troli Bot Kenderaan

Dapat mengangkut

bot bersaiz besar.

Memiliki lebih pada

empat roda yang

dapat menstabilkan

gerakkan troli.

Kos yang mahal

dari segi alat

ganti dan

pasaran.

Memerlukan

krain untuk

mennaikkan bot

ke atas troli.

2.5 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

2.5.1 Besi Berongga

Rajah 2.2.1 : Besi Berongga

Besi berongga, galvanin kebiasaan digunakan dalam konstruksi bangunan,

terutamanya pagar, kanopi atau pintu gerbang. Besi berongga juga dapat digunakan

untuk menampung pada pemasangan platfom.

Kelebihan :

Tidak berkarat dan berkalis air.

Dapat menampung pasangan platform.

Kekurangan :

Kos yang agak mahal.

Perjualan pasaran adalah terhad.

2.5.2 Roda Tahan Lasak

Rajah 2.2.2 : Roda Tahan Lasak

Untuk tayar hadapan, kami menggunakan roda tahan lasak. Pemilihan ini

adalah kerana roda ini mampu membuat pusingan 360 darjah.

Kelebihan :

Dapat memusing sebanyak 360 darjah.

Kekurangan :

Tayar mudah pecah

Kos agak mahal.

2.5.3 Roda Kenderaan

Rajah 2.2.3 : Roda Kenderaan

Tayar belakang, kami memilih tayar kereta kerana ianya lebih murah dan

tahan lasak serta mampu menampung beban.

Kelebihan :

Tiada had menampung berat

Dapat bergerak dengan lancar

Kekurangan :

Penjualan pasaran adalah terhad.

Diperbuat daripada plastik dan mudah lebur.

2.5.4 Shaft Pemegang Roda Belakang

Rajah 2.2.4 : Shaft Pemegang Roda Belakang

Ia digunakan untuk mengikat dua roda yang digunakan. Ia boleh ditanggalkan

dengan mudah berbanding ikatan kimpalan.

Kelebihan:

Pengikat yang kuat dan tidak mudah longgar.

Shaft tidak mudah patah.

Kekurangan :

Bahan mudah berkarat.

2.5.5 Bearing Pemutar Roda

Rajah 2.2.5 : Bearing Pemutar Roda

Suatu komponen yang berfungsi untuk mengurangkan geseran pada mesin

atau komponen-komponen yang bergerak dan saling menekan antara satu dengan yang

lain.

Kelebihan :

Roda dapat bergerak dengan lancar.

Tiada geseran yang berlaku.

Kekurangan :

Kos yang mahal.

Sukar dijual di pasaran.

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini membincangkan proses kerja yang telah dijalankan bagi

pelaksanaan kerja, peralatan dan bahan yang digunakan. Ianya berkaitan dengan

perhasilan atau pengunaan troli bot fiber. Ketepatan ukuran merupakan aspek utama

yang diambil kira bagi menghasilkan projek yang tepat mengikut ukuran. Antara

kaedah kerja yang dijalankan semasa pelaksanaan projek ini ialah melakar rekabentuk

troli bot. Metodologi sangat penting bagi membantu projek berjalan dengan lancar.

Metodologi juga dapat memudahkan untuk mengetahui tentang projek yang

sedang dijalankan. Di awal projek, penyelidikan dibuat tentang projek troli bot sedia

ada dan disitulah tercetusnya idea untuk menghasilkan inovasi troli bot. Hasil dari

penyelidikan kami, memilih untuk mengunakan besi berongga kerana ianya kukuh

dan mempunyai kos yang rendah. Selain itu, kami menggunakan roda kenderaan

untuk bahagian belakang dan roda tahan lasak pada bahagian hadapan untuk

memastikan troli dapat bergerak dengan lancar dan selamat digunakan.

3.2 CARTA ALIRAN METODOLOGI PENYELIDIKAN

Carta alir adalah rajah yang mewakili suatu proses di mana ia ditunjukkan

dalam pelbagai bentuk dan susunannya dihubungkan dengan anak panah. Gambaran

rajah dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara selangkah

demi selangkah. Operasi proses diwakili bentuk kotak dan anak panah yang mewakili

aliran kawalan data. Carta alir telah digunakan dalam menganalisis, merekabentuk,

mendokumentasi atau menguruskan proses. Pemilihan projek ini, berdasarkan

permasalahan yang berlaku dipersekitaran yang mendatangkan kepayahan atau

kesusahan pada seseorang. Selepas banyak idea yang diperkenalkan dan dibincangkan

dengan penyelia. Kami telah membuat keputusan untuk membangunkan sebuah Troli

Bot Fiber.

Selepas itu, skop dan objektif di cari bagi penghasilan projek. Skop dan

objektif dibuat, berdasarkan permasalahan yang berlaku. Apabila selesai mengenal

pasti skop dan objekif, proses pemilihan komponen dijalankan untuk mengenalpasti

komponen-komponen yang ingin digunakan untuk menghasilkan projek ini.

Pembentangan projek satu, melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek,

skop, objektif, penyataan masalah, kajian literasi, metodologi, dan lukisan berbantu

komputer seperti Autodesk Inventor. Selepas projek diluluskan dan diterima,

pelaksanaan aktiviti projek seperti proses merekabentuk dibuat untuk penghasilan

projek. Apabila projek telah siap, semakan projek dilakukan oleh penyelia supaya

projek yang dilakukan berfungsi seperti yang dirancangkan. Penghasilan laporan

projek untuk menganalisis data-data yang terdapat pada projek yang dicipta. Selepas

penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk mengetahui tentang pelaksanaan

projek. Penyerahan projek dan laporan akhir adalah proses akhir selepas

pembentangan kedua.

3.3 CARTA ALIR PROJEK

TAMAT

PEMILIHAN KOMPONEN

PENGHASILAN PROJEK

ANALISIS

DATA

KEPUTUSAN DAN

KESIMPULAN

PROJEK

TIDAK

PENCARIAN MAKLUMAT

DAN MENGENALPASTI

MASALAH

YA

MULA

PEMILIHAN TAJUK

OBJEKTIF DAN PENENTUAN

SKOP PROJEK

Rajah 3.1 : Carta Alir

3.4 KONSEP REKA BENTUK

Jadual 3.1 : Konsep Reka Bentuk

Konsep Huraian

Rajah 3.2

Troli kayak

Konsep ini tidak sesuai dalam menggangkut bot

fiber dan memerlukan tenaga manusia.

Penggunaan bahan bagi konsep ini adalah besi

berongga dan dapat digunakan dengan jangka

masa yang lama.

Kelebihan:-

Dapat melipatkan troli

Dapat mengangkut pelbagai jenis objek

Kekurangan:-

Tidak sesuai untuk mengangkut bot

fiber

Saiz troli amat kecil

Rajah 3.3

Troli Bot Berkaki Lima

Troli bot fiber ini diperbuat daripada besi

berongga yang dapat menggangkut

berpanjangan kurang daripada lapan kaki serta

mempunyai tiga roda yang dapat bergerak

dengan mudah pada persisiran pantai.

Kelebihan:-

Troli bot diperbuat menggunakan

“Porclain”.

Bot fiber dapat diangkut dengan selamat

agar terdapat tempat pemegang bot

fiber.

Troli ini diperbuat daripada kayu dan digunakan

Rajah 3.4

Troli Bot Kayu

untuk menggangkut bot fiber yang

berpanjangan lebih daripada dua puluh kaki dan

mudah direput agar air masin yang diheret

semasa menggangkut bot fiber akan

menyebabkan troli ini mereput.

Kelebihan:-

Dapat mengangkut bot fiber yang

berpanjangan 20 kaki.

Digunakan di persisiran pantai.

Kekurangan:-

Mudah direput akibat air masin di

pantai.

Kos pembinaan yang tinggi.

Rajah 3.5

Troli Bot Fiber

Troli ini yang direka oleh kami merupakan troli

bot fiber inovasi yang terdapat iaitu troli ini

boleh dilaras dan dapat mengangkut bot yang

berlainan saiz.

Kelebihan:-

Dapat melaraskan kepada panjangan

minima kaki iaitu 8 sehingga panjangan

maksima iaitu 14 kaki.

3.5 CADANGAN REKA BENTUK PROJEK

Rajah 3.6 : Lakaran Troli Bot Fiber

Berdasarkan lakaran rekabentuk yang telah kami cadangkan, kami telah

mendapatkan spesifikasi ukuran saiz Troli Bot Fiber yang akan kami buat.

3.6 ANGGARAN KOS

Jadual dibawah menunjukkan kos untuk penghasilan projek Troli Bot Fiber. Dalam

jadual ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dengan harga yang lengkap

beserta unit

Jadual 3.2: Kuantiti Beserta Kos

Bil Item Unit Kos seunit Jumlah 1 Plat keluli 1 50.00 50.00

2 Besi berongga 2 90.00 180.00

3 Roda bahagian belakang 2 50.00 100.00

4 Roda bahagian hadapan (heavy duty) 1 40.00 40.00

5 Spray 2 7.60 15.20

6 Skru dan pengikat 7 2.00 14.00

7 Bearing roda 2 50.00 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM499.20