bab 1 pengenalan 1.1 pendahuluan 1-315724296665538.pdf · pengenalan 1.1 pendahuluan kereta sorong...

32
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga bidang binaan sebagai perkakas penting. Alatan ini merupakan sahabat kepada petani dan juga pekerja dalam pembinaan untuk memudahkan kerja kerja pengangkutan. Barang yang berat dapat diringankan dengan menggunakan kereta sorong dan ditolak atau ditarik menggunakan tangan manusia. Kereta sorong meringankan beban berat barang atau bahan yang diangkat kerana bebanan tersebut dialihkan kepada sistem roda dan pemegang. Kereta sorong mempunyai kompenan satu roda sepasang pemegang sepasang kaki dan bekas pengisian. Pada masa kini, penggunaan kereta sorong sangat meluas, kebanyakan nya dicipta dengan pelbagai bentuk yang luas ataupun besar dan rupa yang berbeza. Terdapat bentuk yang besar sehingga boleh membawa 3 ke 4 guni simen dalam satu masa. Proses mengangkat dan membawa beban ini bertujuan memudahkan pengguna dan menjimatkan masa pengguna.

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

56 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang

pertanian dan juga bidang binaan sebagai perkakas penting. Alatan ini merupakan

sahabat kepada petani dan juga pekerja dalam pembinaan untuk memudahkan kerja

kerja pengangkutan. Barang yang berat dapat diringankan dengan menggunakan kereta

sorong dan ditolak atau ditarik menggunakan tangan manusia. Kereta sorong

meringankan beban berat barang atau bahan yang diangkat kerana bebanan tersebut

dialihkan kepada sistem roda dan pemegang. Kereta sorong mempunyai kompenan satu

roda sepasang pemegang sepasang kaki dan bekas pengisian. Pada masa kini,

penggunaan kereta sorong sangat meluas, kebanyakan nya dicipta dengan pelbagai

bentuk yang luas ataupun besar dan rupa yang berbeza. Terdapat bentuk yang besar

sehingga boleh membawa 3 ke 4 guni simen dalam satu masa. Proses mengangkat dan

membawa beban ini bertujuan memudahkan pengguna dan menjimatkan masa

pengguna.

Page 2: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

2

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

Kereta sorong atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai ‘wheel barrow’ telah

wujud sejak zaman yunani kuno lagi. Alat ini merupakan sahabat kepada petani,

pekebun dan juga pekerja buruh sama ada bidang pembinaan atau pertanian untuk

memudahkan kerja-kerja pengangkutan beban. Di mana beban yang berat dapat

diringankan dengan menggunakan kereta sorong yang ditolak atau ditarik

menggunakan tenaga manusia. Kereta sorong meringankan berat barang atau bahan

yang diangkat kerana bebanan tersebut dialihkan kepada sistem roda dan pemegang.

Kereta sorong mempunyai komponen satu roda, sepasang pemegang, sepasang kaki dan

bekas pengisian. Roda kereta sorong biasanya berukuran 2-2.5 kaki diameter yang

terdiri daripada rim besi dan tayar getah berwarna hitam sama ada mempunyai tiub

angin atau tayar mati. Jika menggunakan tayar angin kereta sorong agak ringan tetapi

mudah bocor.

Manakala jika menggunakan tayar mati ianya agak berat dan kelebihannya tidak

mudah bocor dan tahan lama. Komponen struktur utama kereta sorong terdiri daripada

besi berongga (besi hollow) yang kuat dengan sepasang pemegang pada hujung besi

tersebut. Pemegang biasanya dibalut dengan getah rambut agar selesa dan mempunyai

‘grip’ yang kuat serta tidak licin. Peranan pemegang penting untuk menstabilkan kereta

sorong ketika membawa bebanan yang berat melalui kawaan jalan yang tidak rata. Di

bahagian bawah kereta sorong juga terdapat sepasang kaki yang diperbuat daripada besi

leper yang berfungsi menstabilkan kereta sorong. Tinggi kaki biasanya kira-kira 1-1.2

kaki dimana tidak akan tersentuh tanah ketika kereta sorong ditolak. Bahagian penting

kereta sorong adalah bekas pengisian (container) yang diletakkan di antara tayar dan

sepasang pemegang yang diisikan dengan beban. Bekas pengisian ini juga terbahagi

kepada dua iaitu bekas pengisian plastik dan bekas pengisian besi. Bekas pengisian

plastik bersifat lebih ringan dan tidak berkarat maka bekas pengisian besi pula bersifat

mudah karat dan berat. Bekas ini biasanya diperbuat daripada zink tebal yang dicat

supaya tahan dan ringan.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

3

Terdapat pelbagai jenis dan kualiti kereta sorong di Malaysia bergantung kepada

spesifikasi pengilang. Harga seunit bergantung kepada jenis dan kualiti di antara RM

80.00 – RM 150.00 satu unit. Kereta sorong yang murah biasanya mempunyai bekas

yang menggunakan zink yang nipis, pemegang mudah patah, dan kaki yang mudah

bengkok serta tidak sesuai untuk bebanan berat. Oleh hal yang demikian,

penambahbaikan perlu diperkenalkan bagi memberi keselesaan dan kemudahan yang

maksima kepada pengguna. Di samping untuk mengetahui kegunaan, kekuatan,

kelebihan serta kekurangan projek ini dan membantu menyelesaikan permasalahan

projek ini. Oleh itu, inovasi terhadap kereta sorong amat penting dalam era modenisasi

kini agar ia dapat meringankan dan memudahkan kerja-kerja harian pengguna.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Permasalahan yang sering timbul ketika proses mengalihkan dan mengangkat

barang ialah :

I. Kereta sorong yang sedia ada tidak mempunyai kecekapan yang cukup

ketika digunakan untuk melalui tangga atau laluan yang sempit.

II. Kereta sorong diperlukan dalam membantu meringankan berat beban

yang diangkat untuk dibawa ke lokasi atau destinasi yang dituju dengan

mudah.

III. Boleh menjimatkan masa yang diambil untuk mengangkat beban dan

mengurangkan tenaga buruh.

IV. Penggunaan bagi kereta sorong masa kini juga sangat terhad kerana reka

bentuknya sukar untuk pengguna membawa muatan besar seperti pasu

bunga dan almari kasut.

V. Reka bentuk bagi kereta sorong sedia ada menggunakan bahan yang

tidak tahan dengan faktor cuaca.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

4

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam mereka bentuk dan mencipta alat ini, objektif kajian perlu diberi lebih

perhatian agar dicapai dan membuahkan hasil. Antara objektif kajian alat ini ialah:

I. Mereka bentuk alat yang mampu memudahkan urusan pekerjaan.

II. Mereka bentuk dan membina kereta sorong pelbagai guna.

III. Membina alat yang mampu mengurangkan beban atau daya.

IV. Menguji alat supaya dapat menampung beban sehingga 120kg – 140kg

(3 beg simen).

1.5 SKOP KAJIAN

Dalam menyiapkan projek ini, beberapa skop telah ditetapkan agar projek ini

dapat disiapkan dan tidak melanggar mana-mana garis panduan yang telah ditetapkan.

Antaranya ialah:

I. Boleh membawa menampung berat/beban sebanyak 120kg – 140kg (3

beg simen).

II. Mengangkat atau membawa barangan mengikut kesesuaian kereta

sorong yang digunakan.

III. Boleh digunakan semasa berada di permukaan yang tidak rata “off road”

contohnya di kawasan kebun dan kawasan pembinaan.

IV. Mengfokuskan kepada sektor pembinaan, pertanian dan penternakan.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

5

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kereta sorong ini dapat memudahkan pengguna untuk mengendalikannya bagi

kerja-kerja pelepasan dan penyelenggaraan kerana beban dipindahkan ke sistem roda

dan pemegang. Penggunaan hanya perlu menolak kereta sorong tersebut tanpa perlu

mengangkatnya semasa melakukan kerja. Secara tidak langsung, ia dapat

mengurangkan risiko sakit bahu dan tulang belakang. Selain itu, dengan adanya enjin

serbaguna pada kereta sorong ini dapat menjimatkan masa untuk pengguna

mengalihkan atau memindahkan barang dari suatu tempat ke tempat yang lain

.

1.7 RUMUSAN

Kesimpulannya, kajian awal yang dilakukan ini sangat penting dalam

menjayakan sesuatu produk. Kajian ini adalah penting untuk mendapatkan butir-butir

yang perlu dikaji, dibaik pulih dan diambil kira untuk menjayakan projek ini. Projek ini

tertumpu kepada semua pengguna di kawasan pertanian, pembinaan, mahupun di

kawasan perumahan. Tujuan projek ini adalah untuk memudahkan lagi urusan kerja dan

mampu mengurangkan beban. Hal ini amat bersesuaian dengan keperluan para

pengguna yang mana mereka memerlukan kemudahan untuk menyiapkan tugasan

dengan cepat dan pantas. Ini selaras dengan perkembangan teknologi dan infrastruktur

yang dibangunkan pada masa kini.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

6

BAB 2

KAJIAN LITERATURE

2.1 PENGENALAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap produk inovasi yang telah

dicipta yang memberi impak lebih kurang sama dengan projek yang dihasilkan ini,

beberapa kriteria yang dititikberatkan supaya projek ini tidak terbeban dengan masalah

yang lebih rumit. Ciri-ciri yang lebih mudah dan tanpa menggunakan sumber tenaga

luar diberi keutamaan. Namun begitu, konsep yang telah diketengahkan menjadi

panduan dalam penghasilan produk ini. Terdapat beberapa produk inovasi yang

menampilkan ciri-ciri yang sangat efisien dan dapat memenuhi keperluan produk di

dalam situasi tertentu. Sungguhpun skop kajiannya mungkin berbeza tetapi secara

keseluruhannya tujuan utamanya sama iaitu menggulung wayar secara automatik.

Inovasi terdahulu juga dapat membantu dalam proses pemilihan konsep, alatan

yang digunakan, rekabentuk, dan sebagainya bagi memastikan sebarang kelemahan

dalam menghasilkan “Wheel Barrow Inovation Cluster” dapat diminimumkan

sebaiknya.

Page 7: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

7

2.2 KAJIAN AWAL

Kajian dimulakan dengan mengkaji sejarah kewujudan kereta sorong. Kajian

awal menunjukkan kereta sorong telah wujud semenjak zaman yunani kuno lagi iaitu

dalam bentuk kereta beroda tunggal. Mereka menggunakan kereta sorong ini sebagai

medium untuk mengangkat beban sama seperti kegunaan kereta sorong di zaman ini.

Rajah 2.1 Kereta sorong zaman yunani kuno

Pada masa lalu juga, orang tradisional cina telah menggunakan kereta sorong yang

dibantu dengan dorongan angin yang menggunakan layar yang dipasang di atas kereta

sorong serta mempunyai satu roda besar di tengah yang menampung keseluruhan beban

yang diangkat.

Rajah 2.2 Kereta sorong angin tradisional cina

Page 8: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

8

Akhir sekali, kereta sorong ini ialah pada abad ketujuh belas Eropah sekitar tahun 1170

dan 1250 yang secara umumnya mempunyai satu roda di bahagian hadapan.

Rajah 2.3 Kereta sorong Eropah

2.2.1 KERETA SORONG DI MALAYSIA

Terdapat banyak kereta sorong di Malaysia dimana kereta sorong ini dibezakan

mengikut bahan yang digunakan. Antara bahan yang digunakan ialah jenis tayar mati

atau tayar hidup, bekas pengisian jenis plastik mahupun besi dan perbezaan rangka

kereta sorong itu sendiri. Selain itu, ciri-cirinya yang berlainan warna, diameter lebar

dan tinggi juga turut berbeza.

Kepentingan reka bentuk dan bahan kereta sorong adalah untuk mengurangkan

kos mahupun menjimatkan tenaga. Maka untuk mendapatkan konsep dan reka bentuk

yang sesuai adalah penting untuk mengatasi masalah jika berlaku kecacatan pada reka

bentuk malah boleh juga mengenal pasti kelebihan dan kekurangan reka bentuk yang

telah dihasilkan.

Page 9: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

9

Jadual 2.1 Komponen kereta sorong

BEKAS PENGISIAN TAYAR RANGKA

Plastik Mati Plastik

Besi Hidup Besi Berongga

Rajah 2.4 Contoh kereta sorong yang berada di Malaysia.

2.3 PENGENALAN DOMAIN PRODUK SEDIA ADA

Produk alat penggulung wayar automatik yang digunakan untuk mengangkat

barang. Kebanyakan konsep utama kereta sorong adalah mengangkut barang dari suatu

tempat ke tempat yang lain dan digunakan dalam pelbagai industri diluar.

Terdapat banyak konsep kereta sorong yang digunakan di pasaran mengikut

kesesuaian tertentu. Walaupun konsepnya seakan sama, akan tetapi berbeza cara untuk

menggunakan kereta sorong tersebut agak berbeza dan berkemungkinan penggunaan

alatan juga akan berbeza. Bermaksud alat yang digunakan juga berbeza berdasarkan

objektif penciptaan. Sebagai contoh; kereta sorong yang digunakan di luar negara yang

dijual pasaran amazon. Harga sebuah unit kereta sorong mencecah ratusan dolar. Hal

ini kerana sistem yang digunakan dalam alatan tersebut berbeza dan bahan-bahan yang

digunakan juga turut berbeza.

Page 10: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

10

Rajah 2.5 Contoh kereta sorong yang berada di luar negara.

Gambar di atas menunjukkan kereta sorong automatik yang digunakan diluar negara

dimana harganya mencecah ratusan dolar . Hal ini kerana, sistem yang digunakan

adalah “self propelled pneumatic 10” agar lebih cekap dalam melakukan sesuatu

pekerjaan. Manakala alatan besi yang digunakan adalah “Heavy duty steel frame”

Rajah 2.6 Contoh kereta sorong di luar negara yang hampir sama di Malaysia.

Page 11: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

11

Gambar di atas menunjukkan kereta sorong di luar negara yang hampir sama di

Malaysia tetapi memakan kos yang agak mahal. Hal ini kerana spesifikasi yang

digunakan Bucket keluli tahan lama dan dibawahnya menggunakan “leg stabilizer”.

Selain itu, keluli tahan karat mengendalikan dengan genggaman keselesaan.

Rajah 2.7 Contoh kereta sorong pekebun yang digunakan diluar negara.

Diatas adalah contoh pekebun yang digunakan di luar negara. Kereta sorong ini amat

memudahkan pekerja untuk digunakan semasa mengumpul dedaun yang berguguran di

tanah. Peralatan yang digunakan amat mudah untuk dicari seperti contoh adalah kain

kanvas yang tebal dan tayar yang bersaiz 14. Kain canvas yang digunakan ini bertujuan

memudahkan pekerja agar mudah dilipat supaya dapat menjimatkan ruang semasa

menyimpan

2.4 CIRI-CIRI KONSEP YANG DIGUNAKAN

Kajian juga menemui bahawa kereta sorong merupakan sebuah mesin ringkas.

Mesin ringkas di sini adalah peralatan mekanikal yang memudahkan kita

mengangkat atau menggerakkan beban dengan mengubah arah pergerakkan atau

meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang

lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi lebih

mudah. Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan

Page 12: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

12

kerja ke atas beban. Mesin ringkas boleh dikelaskan kepada beberapa kategori.

Mesin ringkas yang terdapat pada kereta sorong terdiri daripada roda dan gandar,

tuas kelas kedua dan satah condong. Dibawah adalah kategori tersebut:

i. Tuas

ii. Takal

iii. Roda dan Gandar

iv. Satah Condong

v. Banji

vi. Skru

vii. Gear

Rajah 2.8 Kedudukan mesin ringkas pada kereta sorong

Pertama, roda dan gandar merupakan mesin ringkas yang terdiri daripada dua

objek yang berbentuk bulatan yang berlainan saiz dimana kedua-duanya bercantum

antara satu sama lain. Roda bersaiz lebih besar memutarkan objek yang lebih kecil atau

sebatang rod yang dinamakan sebagai gandar. Roda dan gandar membantu kita

mengangkat atau menggerakkan objek dengan mudah.

Page 13: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

13

Rajah 2.9 Roda dan Gandar

Kedua, sistem tuas yang digunakan untuk mengangkat barang atau beban dalam

membantu memudahkan kerja. Tuas yang digunakan membolehkan daya yang besar

pada jarak yang kecil pada satu hujung digerakkan oleh daya yang kecil pada jarak yang

besar pada hujung satu lagi. Tuas dikelaskan kepada tiga kelas iaitu tuas kelas pertama,

tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga. Ketiga-tiga kelas tuas ini dibezakan melalui

bahagian antara fulkrum, daya dan beban yang berada di tengah-tengah sistem. Prinsip

tuas diwakili oleh formula berikut :

Beban(N) x Jarak beban dari fulkrum(m) = Daya(N) x Jarak daya dari

fulkrum(m)

Kereta sorong merupakan Tuas kelas kedua, iaitu fulkrum berada pada satu hujung

menentang daya. Beban berada di tengah-tengah dan daya berada pada hujung satu lagi.

Rajah 2.10 Tuas kelas kedua

Page 14: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

14

Akhir sekali ialah penggunaan satah condong. Satah condong merupakan sebarang

permukaan condong atau bersudut yang memudahkan kita untuk mengalihkan objek

dari tempat yang rendah ke tempat yang tinggi. Kelebihan utama dalam menggunakan

satah condong ialah memerlukan daya yang sedikit untuk menolak objek melalui satah

condong daripada ia diangkat secara menegak. Tambahan lagi, satah condong

memudahkan kerja dengan hanya perlu mengenakan daya yang sedikit.

Rajah 2.11 Satah condong

2.5 PEMILIHAN KOMPONEN

Pemilihan komponen yang tepat sangat penting dalam mereka bentuk

wheelbarrow innovation cluster untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan bahan

atau komponen yang digunakan. Antara komponen yang digunakan ialah:

Page 15: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

15

2.5.1 Tayar mati.

Istilah 'tayar mati' yang merujuk kepada tayar basikal kanak-kanak yang tidak

perlu diisi angin kerana tayar jenis ini sememangnya tidak akan pancit. Itulah tayar

tanpa angin yang diperbuat daripada material getah atau sintetik padu, dan bukan dalam

bentuk tiub atau berongga seperti mana tayar biasa.

Rajah 2.12 Contoh tayar mati yang ingin digunakan.

Penggunaan tayar mati ini adalah kerana ia sesuai digunakan untuk pekerja buruh yang

bekerja di struktur tanah yang rata, tidak berbukit mahupun gambut kerana tayar ini

mempunyai kelebihannya yang keras dan tidak mudah bocor.

Page 16: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

16

2.5.2 Besi berongga

Besi hollow lebih tepat digambarkan berbentuk seperti pipa panjang berongga

dengan penampang berbentuk segi empat sehingga sering juga disebut dengan ‘pipa

kotak’.

Rajah 2.13 Contoh besi berongga

Besi Berongga bersifat lebih ringan amat sesuai digunakan pada rangka projek

yang mampu menjadikan ia lebih mesra pengguna

2.5.3 Bekas pengisian besi.

Bekas ini terbuka di bahagian atas dan mempunyai reka bentuk yang sesuai untuk

kerja-kerja mengisi dan menuang keluar isi dalamnya. Bekas ini biasanya diperbuat

daripada zink tebal yang dicat supaya tahan dan ringan. Ada juga wheelbarrow yang

menggunakan bekas dari bahan plastik dan kayu.

Rajah 2.14 Contoh bekas pengisian besi

Page 17: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

17

Bekas pengisian besi lebih sesuai digunakan untuk projek kami kerana ia kuat dan

kukuh bagi menampung beban yang berat berbanding bekas plastik atau bekas kayu

yang lembut dan mudah pecah.

2.5.4 Enjin Serbaguna

Enjin yang bertujuan menghasilkan output tenaga kinetik dari sumber bahan

api dipanggil penggerak utama pula dengan motor yang menghasilkan tenaga kinetik

dari "bahan api" yang diproses terlebih dahulu (seperti elektrik, aliran bendalir hidraulik

atau udara mampat).

Rajah 2.15 Enjin serbaguna

Enjin ini mudah dihidupkan, bahan bakar yang efisien, enjin tidak terlalu bising menjadi

kelebihan dan faktor yamg utama enjin ini dipilih

Page 19: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

19

Sistem takal dan tali sawat boleh digunakan untuk menukar dan memindahkan kelajuan

tinggi kepada kelajuan rendah dan sebaliknya.

a) Kelajuan rendah

Tali sawat pada takal dipacu akan dipasang pada takal yang berdiameter besar.

b) Kelajuan tinggi

Tali sawat pada takal dipacu akan dipasang pada takal yang berdiameter kecil.

2.5.7 Bolt dan nat.

Bolt merupakan suatu batang atau silinder dengan alur heliks pada permukaannya.

Penggunaan utamanya adalah sebagai pengikat untuk menahan dua objek bersama, dan

sebagai pesawat sederhana untuk mengubah tork menjadi gaya linear.

Rajah 2.18 Bolt dan Nat

BOLT

Digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua

atau lebih komponen bahagian enjin dan tayar .

Bolt yang digunakan ialah bol kepala segi empat dan segi enam.

Saiz bolt ditentukan oleh panjang dan diameter batang.

Page 20: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

20

NAT

Nat mempunyai ulir dalam dan digunakan bersama bolt atau stad.

Saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir.

Nat heksagon, nat kota, nat telinga, nat segi empat.

2.6 RUMUSAN

Sebagai rumusan, bab ini mengulas tentang sejarah awal kereta sorong.

Selain itu, kita juga dapat mengetahui jenis-jenis kereta sorong yang ada di luar

Negara dan di Malaysia. Seterunya, pemilihan komponen-komponen sangat

penting bagi sesebuah kereta sorong bagi memastikan ia kukuh dan kuat untuk

digunakan. Oleh itu, konsep yang diaplikasikan pada kereta sorong juga sangat

penting supaya dapat memudahkan pengguna semasa ia digunakan

Page 21: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

21

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul,

menganalisa data supaya dapat menghasilkan bukti yang menyokong sesuatu kajian.

Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah dikaji dan sesuatu masalah itu dapat

diselesaikan serta menerangkan tentang prosedur yang dilakukan untuk memudahkan

proses pelaksanaan projek ini.

Rekaan wheelbarrow innovation cluster ini adalah direka sendiri berdasarkan

cadangan dan perbincangan ahli kumpulan. Inovasi yang dilakukan ini mesti

mengambil kira aspek dan teori asal dalam membina wheelbarrow innovation cluster

ini. Reka bentuk yang dihasilkan mestilah tidak begitu rumit, ringan dan mudah dibawa.

Pemilihan komponen adalah berlandaskan kajian dan ujian supaya wheelbarrow

innovation cluster ini dapat berfungsi dengan sempurna. Malah aspek keselamatan dan

keselesaan juga diutamakan.

Page 22: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

22

3.2 CARTA ALIR PROJEK

Untuk menjayakan projek ini, beberapa langkah perlu dilakukan dan juga perlu

dipatuhi untuk memastikan projek yang akan dilakukan itu lancar dan berjaya. Jika

terdapat masalah, carta aliran ini perlu dirujuk kembali untuk membantu sebelum atau

semasa projek dijalankan. Dengan adanya carta alir ini ianya menggalakkan

penggunaan masa yang lebih teratur serta sistematik kerana dapat mengikut segala

arahan dengan begitu tepat dan sempurna. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti

adalah seperti berikut:

Page 23: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

23

PENGUJIAN

3.2.1 CARTA ALIR LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN PROJEK

MULA

PERMASALAHAN

PERCAMBAHAN IDEA

PEMILIHAN IDEA

PEMILIHAN BAHAN

LAKARAN DAN REKA BENTUK

PENGHASILAN PRODUK

PEMASANGAN GAGAL

LULUS

Rajah 3.1 Carta alir langkah-langkah pelaksanaan projek

TAMAT

Page 24: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

24

3.2.2 PENERANGAN CARTA ALIR

a) Penyataan masalah: Mengetahui mengapa dan bagaimana projek ini dipilih.

b) Memilih tajuk yang bersesuaian: Memilih tajuk yang sesuai untuk projek dengan

membuat perbincangan dalam kumpulan bersama penyelia.

c) Membuat kajian mengenai projek: Mencari bahan yang bersesuaian seperti bekas

pengisian, enjin dan tayar.

d) Pengujian: Bahan yang telah siap dipasang perlu diuji untuk mengetahui ketahanan

bahan tersebut kuat atau lemah.

e) Laporan: Apabila selesai projek dijalankan, laporan akhir adalah wajib disediakan

oleh setiap kumpulan.

f) Tamat: Menghantar laporan dan membuat persediaan untuk pembentangan projek.

3.3 MENGENAL PASTI MASALAH

Terdapat beberapa kaedah bagi mengenal pasti masalah dalam projek ini

antaranya adalah masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan antara

ahli kumpulan serta kata sepakat mahupun pandangan dari pihak ketiga. Selain itu,

pengumpulan maklumat dan data berkaitan dengan spesifikasi yang terperinci tentang

projek yang dirancang perlu dibuat supaya projek yang dibuat berjalan lancar tanpa

mempunyai sebarang masalah. Seterusnya, kajian dan rujukan yang diperolehi daripada

pensyarah, ahli-ahli kumpulan dan laman web yang berkaitan dengan peralatan kereta

sorong ini juga membantu dalam mengatasi dan mengenal pasti masalah yang timbul

apabila menghasilkan rekaan tersebut.

Page 25: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

25

3.4 PERANCANGAN RANGKA DAN PELAKSANAAN KERJA

Proses mereka cipta merupakan kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi

menghasilkan suatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas suatu projek. Antara

langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam proses merekacipta ialah:

3.4.1 MENCARI MAKLUMAT

Proses mencari maklumat dan menganalisis bahan rujukan mengenai

komponen-komponen dan peralatan-peralatan yang perlu digunakan sepanjang projek

ini dihasilkan. Peralatan yang telah dikenalpasti akan disenaraikan untuk diambil

tindakan seterusnya.

3.4.2 MEMBUAT LAKARAN SECARA KASAR

Lakaran secara kasar dilakukan di dalam tiga pandangan utama iaitu pandangan

hadapan, belakang dan sisi kiri atau kanan. Lakaran secara kasar ini menggunakan

imaginasi. Lakaran yang telah dilakukan di atas kertas dilaksanakan sebelum diadaptasi

menjadi lebih berkualiti dan mantap tanpa sebarang permasalahan.

3.4.3 PROSES PENGUJIAN

Melakukan proses pengujian peralatan dan kompenen dari segi kesesuaian.

Pengujian dilakukan untuk menentukan peralatan dan kompenen tersebut dapat

beroperasi dengan baik.

Page 26: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

26

3.4.4 KHIDMAT PENYELIAAN DAN INDIVIDU YANG BERKENAAN

Membincangkan projek yang akan dilaksanakan dengan penyelia projek dan

individu berkenaan untuk megembangkan idea bagi membaiki kelemahan dan

menambahkan kecekapan projek tersebut.

3.5 ANGGARAN KOS PROJEK

Jadual dibawah menunjukkan anggaran kos yang diprlukan untuk penghasilan

projek “Wheel Barrow Inovation Cluster”. Dalam jadual ini menunjukkan bahan-bahan

yang digunakan dengan harga yang lengkap beserta bilangan unit.

Jadual 3.1 Kos penghasilan projek

BIL BAHAN KOS

1 Tayar mati RM 130

2 Besi berongga Disediakan pihak poli

(Percuma)

3 Bekas pengisian besi Percuma

4 Enjin Disediakan pihak poli

(Percuma)

5 Pulley dan Belting RM 60

Jumlah kos RM 190

Page 27: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

27

3.6 PELAKSANAAN PROJEK

Setelah kami mengenal pasti keperluan dan kriteria yang perlu ada dalam projek

kami, melakar bagi reka bentuk projek. Lukisan projek yang dijalankan dibuat secara

manual grafik iaitu lukisan tangan dan menggunkan perisian inventor. Proses

pelaksanaan projek dijalankan mengikut jadual perancangan mengikut GANT CHART.

3.7 LUKISAN INVENTOR

Rajah 3.2 Lukisan Inventori

Page 28: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

28

3.8 LANGKAH-LANGKAH FABRIKASI PROJEK

Jadual 3.2 Menunjukkan langkah-langkah fabrikasi projek.

Proses memotong besi hollow kepada

bahagian-bahagian yang diperlukan

Proses menebuk lubang pada setiap

dua besi hollow bagi tujuan untuk

meletakkan enjin

Mengimpal besi hollow menjadi

kepada reka bentuk konsep yang telah

dipilih berdasarkan analisis konsep

reka bentuk

Page 29: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

29

Melarik besi bulat untuk dijadikan

batang shaft. Larik sehingga

berdiameter 16 mm

Di bahagian ‘bucket’ terdapat

beberapa lubang. Disebabkan itu

kami menampal beberapa ‘plat’

besi untuk menutup bahagian

berlubang

‘Wheelbarrow’ yang telah siap

dan sedia untuk diuji kebolehan

dan keberkesanan projek tersebut.

Page 30: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

30

3.9 KAEDAH PENYELENGGARAAN

Kereta sorong tidak mahal, dan lebih banyak daripada peralatan kebun atau

pembinaan anda yang lain. Alat yang berguna ini juga memerlukan penjagaan dan

penyelenggaraan. Penyelenggaraan kereta sorong adalah penting untuk memastikan ia

berfungsi dengan baik dan sentiasa berada dalam keadaan selamat semasa digunakan

1. Pemegang.

Anda tidak pernah berfikir tentang pemegang kereta sorong anda sehingga ia

pecah atau mendapat begitu kasar yang memberikan anda pecahan. Menjaga kereta

sorong bermula dengan pegangan yang sering diabaikan. Banyak kereta sorong

mempunyai pemegang kayu dan untuk mengekalkannya, mula-mula menjaga

mereka bersih. Lap mereka dengan kain selepas setiap penggunaan.

Sekiranya pemegang kereta sorong kayu anda mendapat sedikit kasar di

sekeliling tepi, gunakan kertas pasir untuk membersihkannya sekali-sekala. Sekali

menggosok ke bawah dengan minyak biji rami atau minyak jenis lain juga

merupakan cara yang baik untuk mengekalkannya dengan baik. Biarkan mereka

kering sebelum menyimpan kereta sorong anda.

Page 31: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

31

2. Bekas Pengisi

Rajah 3.3 Bekas pengisi

Baldi, atau barrow, kereta sorong anda menjadi kotor apabila anda

bekerja di taman dan juga merupakan bahagian penting dalam menjaga kereta

sorong. Bersihkannya dengan kerap, memberikannya sekurang-kurangnya satu

pembersihan asas selepas setiap penggunaan, mengikis mana-mana kotoran atau

mulsa yang tinggal. Kemudian, setiap beberapa kegunaan, berikannya lebih

bersih.

Gunakan berus dawai untuk menggosok ia bersih dan pastikan ia kering

sebelum anda meletakkannya. Ini akan membantu mengelakkan karat jika anda

mempunyai barrow logam.

Page 32: BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1-315724296665538.pdf · PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Kereta sorong merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian dan juga

32

3. Mengekalkan Roda dan Gandar.

Rajah 3.4 Roda dan gandar

Penjagaan kereta sorong mesti termasuk penyelenggaraan untuk roda

dan gandar atau alat anda mungkin berhenti bergolek. Menjaga perjalanan

gandar adalah semudah memberikan muncung yang baik dengan meletakkan

minyak gris setiap beberapa bulan. Untuk tayar, gunakan pam untuk

memastikan angina di dalam tayar sentiasa mencukupi.

Mengetahui bagaimana untuk menjaga kereta sorong tidak sukar, tetapi

anda perlu meletakkan langkah-langkah ini ke dalam tindakan untuk

memastikan kereta sorrong anda tetap dalam keadaan yang baik dan akan

melayani anda untuk tahun yang akan datang.

3.10 RUMUSAN

Metodologi dalam penghasilan projek merupakan aspek terpenting bagi

memastikan projek yang dibangunkan dan dilaksanakan mengikut langkah secara

tersusun dan sistematik. Ianya wajar dipatuhi bagi memastikan proses yang

dirancang berjalan dengan lancar. Seterusnya, bab ini juga membincangkan

kepentingan penyelenggaraan kereta sorong. Oleh itu, sepanjang kajian metodologi

hendaklah sentiasa dirujuk supaya segala proses adalah mengikut perancangan.