jenis- jenis disleksia

3
JENIS- JENIS DISLEKSIA Disleksia Bawaan / Congenital Disleksia Congenital dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sejak mereka dilahirkan, akibat jangkitan kuman pada sistem saraf otak atau kecederaan akibat kemalangan semasa proses perkembangan. Kanak-kanak yang sering demam selesema dan kepala yang sering terhantuk boleh menyebabkan gangguan pada perkembangan sistem saraf otak. Sistem saraf otak yang terganggu secara berterusan boleh mengakibatkan kanak- kanak gagal menguasai pemerolehan bahasa. Disleksia Pemerolehan Disleksia pemerolehan terjadi apabila seseorang kanak-kanak itu dewasa. Biasanya terjadi akibat penyakit yang mengganggu pusat bahasa pada bahagian otak. Namun demikian, bilangan kes kejadian adalah lebih kecil berbanding disleksia perkembangan. Disleksia Perkembangan Disleksia perkembangan sering ditemui. Biasanya terjadi sejak kecil lagi dan disebabkan oleh kelainan genetik. Beberapa penyelidik telah menemui gen yang menjadi penyebab terjadinya disleksia. Pengidap disleksia biasanya memiliki saudara jauh yang mengalami disleksia juga. Penelitian pada saudara kembar juga membuktikan hal yang serupa. Pada kanak-kanak disleksia, gen yang mengatur perkembangan otak mengalami gangguan. Akibatnya, otak tidak berkembang pada jalur yang seharusnya. Gangguan perkembangan tersebut hanya terjadi pada daerah otak yang berhubungan dengan bahasa khususnya jalur membaca, iaitu jalur yang menghubungkan antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa. Walaupun perkembangan pada pusat bahasa terganggu, lazimnya otak membuat penggantian dengan perkembangan pada pusat yang lain. Disleksia Trauma

Upload: fikri-sazali

Post on 01-Jul-2015

250 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS- JENIS DISLEKSIA

JENIS- JENIS DISLEKSIA

Disleksia Bawaan / Congenital

Disleksia Congenital dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sejak mereka

dilahirkan, akibat jangkitan kuman pada sistem saraf otak atau kecederaan akibat

kemalangan semasa proses perkembangan. Kanak-kanak yang sering demam

selesema dan kepala yang sering terhantuk boleh menyebabkan gangguan pada

perkembangan sistem saraf otak. Sistem saraf otak yang terganggu secara

berterusan boleh mengakibatkan kanak-kanak gagal menguasai pemerolehan

bahasa.

Disleksia Pemerolehan

Disleksia pemerolehan terjadi apabila seseorang kanak-kanak itu dewasa. Biasanya

terjadi akibat penyakit yang mengganggu pusat bahasa pada bahagian otak. Namun

demikian, bilangan kes kejadian adalah lebih kecil berbanding disleksia

perkembangan.

Disleksia Perkembangan

Disleksia perkembangan sering ditemui. Biasanya terjadi sejak kecil lagi dan

disebabkan oleh kelainan genetik. Beberapa penyelidik telah menemui gen yang

menjadi penyebab terjadinya disleksia. Pengidap disleksia biasanya memiliki

saudara jauh yang mengalami disleksia juga. Penelitian pada saudara kembar juga

membuktikan hal yang serupa. Pada kanak-kanak disleksia, gen yang mengatur

perkembangan otak mengalami gangguan. Akibatnya, otak tidak berkembang pada

jalur yang seharusnya. Gangguan perkembangan tersebut hanya terjadi pada

daerah otak yang berhubungan dengan bahasa khususnya jalur membaca, iaitu jalur

yang menghubungkan antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa. Walaupun

perkembangan pada pusat bahasa terganggu, lazimnya otak membuat penggantian

dengan perkembangan pada pusat yang lain.

Page 2: JENIS- JENIS DISLEKSIA

Disleksia Trauma

Disleksia Trauma ialah trauma di otak atau kecederaan di kawasan otak yang

melibatkan kemahiran membaca dan menulis.

Disleksia Utama

Disleksia Utama ialah kerosakan pada otak kiri dan tidak berubah sepanjang hayat.

Kemungkinan besar masalah ini diwarisi dari keluarga.

Disleksia Berkembang / Kedua

Masalah ini berlaku akibat perubahan hormon semasa dari peringkat kecil lagi.

Kemungkinan berlaku penderaan, kemiskinan ibu bapa, pemakanan kurang sihat

sejak dari umur 0 hingga 5 tahun.

Dispraksia

Dispraksia ialah kesukaran pembelajaran berasaskan sensori motor. Kanak-kanak

dispraksia biasanya lemah dalam koordinasi mata dan tangan serta pergerakan otot

halus dan juga otot kasar. Mereka juga sering membuat pergerakan yang pelik.

Disleksia Fonologi ( Auditori)

Disleksia Fonologi ialah kesukaran pembelajaran berasaskan proses auditori.

Masalah ini melibatkan kesukaran mengamati bunyi huruf dan kumpulan huruf.

Seperti Disleksia Visual, proses mendapat maklumat dari alat auditori ke otak

mengalami masalah.

Page 3: JENIS- JENIS DISLEKSIA

Disleksia Visual

Disleksia visual ialah kesukaran pembelajaran berasaskan visual. Masalah ini bukan

hanya melibatkan mata sahaja, malah proses mendapat maklumat dari mata ke

otak. Masalah kanak-kanak disleksia visual ini ialah pembalikan huruf atau nombor

dan ketidakbolehan menulis simbol mengikut turutan yang betul.

Disgrafia

Disgrafia ialah kesukaran memegang sesuatu khususnya alat tulis. Masalah

disgrafia ini boleh dikesan dengan keburukan tulisan yang dibuat.

Diskalkulia

Diskalkulia ialah kesukaran untuk menjawab soalan berasaskan matematik. Kanak-

kanak diskalkulia mengalami masalah di dalam pengiraan arimetik, dan operasi

asas.

Disleksia Ortografik

Disleksia Ortografik ialah kesukaran untuk mengenal Huruf-huruf. Kanak-kanak

disleksia ortografik sering bermasalah di dalam tulisan cina, jepun dan arab yang

mempunyai banyak huruf dan pelbagai simbol.