jenis falasi

Upload: ahmad-khalilul-hameedy-nordin

Post on 02-Jun-2018

2.419 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Jenis Falasi

    1/2

    FALASI

    Falasi merupakan hujah yang lemah dan mengandungi kesalahan. Terbahagi kepada falasiformal dan falasi tidak formal. Falasi formal ialah sesuatu hujah yang lemah keranastrukturnya salah. Misalnya kesalahan struktur hujah Silogisme. Falasi tidak formal pula

    merupakan kesalahan fakta yang digunakan ketika berhujah.

    Antara falasi tidak formal:

    Falasi sebab salahCth: pelajar ilmu kemanusiaan menduduki peperiksaan pemikiran kritis, dan selepasitu gempa bumi melanda Pulau Pinang.

    Falasi Divisi- berhujah dari keseluruhan ke bahagianCth: Kereta Mercedes Benz ialah sejenis kereta yang sangat mahal. Oleh itu setiapbahagian daripada kereta itu haruslah sangant mahal juga

    Falasi komposisi- berhujah dari bahagian ke keseluruhanCth: Diego Maradonna, seorang pemain bola sepak yang handal dan terkenal diseluruh dunia telah mengakui bahawa dia mengambil dadah. Jadi jelaslah bahawasemua pemain-pemain bola sepak yang handal di dunia ini mengambil dadahsupaya mereka bertenaga untuk bermain dengan cekap dan berkesan.

    Falasi Dilema PalsuCth: Anda harus belajar bersungguh-sungguh ataupun anda akan gagal dalam

    kursus pemikiran kritis ini. Agak jelas bahwa anda tidak ingin gagal dalam kursuspemikiran kritis ini, jadi anda patut belajar bersungguh-sungguh.

    Falasi Analogi PalsuCth: Alasan bahwa merokok menjejaskan kesihatan, memakai kasut tumit tinggimenjejaskan kesihatan. Maka kita harus melarang wanita memakai kasut tumittinggi.

    Falasi merujuk kepada pihak berkuasa/ merayu kepada autoriti

    Cth: Kita hendaklah bersetuju dengan pendapat Dr. Korbell bahawa orang yangselalu menggunakan sabun wangi lux akan menghidap penyakit barah kulit. Sebagaiseorang yang telah memperolehi ijazah PhD Dr. Korbell tentu tidak akan memberipendapat yang salah tentang perkara ini.

  • 8/10/2019 Jenis Falasi

    2/2

    Falasi mengkritik sifat penghujah (argumentum ad hominen)Cth: kita harus menolak cerita Pak Tam tentang sejarah pendudukan Jepun keranadia seorang yang sudah tua nyanyuk dan kurang berfikiran jelas.

    EkuivokasiCth: sebagai pensyarah dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan kita harus bersikapberperikemanusiaan dengan memberi gred A kepada setiap pelajar yang mengikutikursus kita.

    Generalisasi tergesa-gesaCth: saya telah membeli jam tangan jenama adidas dan dalam masa dua hari sahajaia telah rosak. Jadi, janganlah membeli jam tangan jenama Adidas kerana iamemang akan rosak dalam tempoh dua hari sahaja.

    Penggunaan JargonCth: gunakanlah minyak Shell untuk memberi lebih banyak kuasa Vroom kepadakereta dan motosikal anda.

    Falasi Kejahilan 1 Cth: Oleh kerana tiada bukti yang menunjukkan sesuatu itu benar, maka ia mestitidak benarOleh kerana tiada bukti yang menunjukkan sesuatu itu wujud, maka ia mesti tidakwujud.

    Falasi Kejahilan 2 Cth: Oleh kerana tiada bukti yang menunjukkan sesuatu itu benar, maka ia mestibenarOleh kerana tiada bukti yang menunjukkan sesuatu itu wujud, maka ia mesti wujud.

    Falasi DominoCth: Tabiat merokok akan membawa kepada pengambilan ganja dan dadah yangakhirnya membawa maut kepada perokok tersebut.