jenis

3
JENIS-JENIS SENAMAN SENAMAN adalah alat bantu kecergasan yang mempunyai peranan besar dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Malah, dengan bersenam ia mampu membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan meningkatkan motivasi rohani dan jasmani. Ada empat asas senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan dan riadah. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna dan mengelak daripada kecederaan tulang, sendi dan otot. Namun, harus diingatkan senaman mempunyai manfaat yang berbeza-beza dan ia harus dilakukan secara perlahan-lahan dan mengikut teknik yang betul bagi mengelakkan sebarang kemudaratan pada kesihatan tubuh. Empat asas senaman ialah: 1. Senaman KetahananAktiviti kecergasan yang dikategorikan dalam senaman ini berkesan melancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung selain meningkatkan kesihatan paru-paru dan sistem peredaran darah. Ketahanan tinggi bukan saja baik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan anda melakukan aktiviti seperti menaiki tangga. Mengamalkan senaman jenis ini melindungi diri daripada penyakit yang disebabkan faktor usia seperti kencing manis, strok, sakit jantung dan kanser kolon. Antara yang tergolong dalam senaman ini adalah aktiviti berjalan kaki, joging dan berenang. 2. Senaman Keseimbangan

Upload: muhamad-syafiq

Post on 11-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS

JENIS-JENIS SENAMAN

SENAMAN adalah alat bantu kecergasan yang mempunyai peranan besar dalammengekalkan tahap kesihatan seseorang. Malah, dengan bersenam ia mampumembina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya danmeningkatkan motivasi rohani dan jasmani.

Ada empat asas senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan danriadah. Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidup yanglebih sempurna dan mengelak daripada kecederaan tulang, sendi dan otot.Namun, harus diingatkan senaman mempunyai manfaat yang berbeza-beza dania harus dilakukan secara perlahan-lahan dan mengikut teknik yang betul bagimengelakkan sebarang kemudaratan pada kesihatan tubuh. Empat asassenaman ialah:

1. Senaman KetahananAktiviti kecergasan yang dikategorikan dalam senaman ini berkesanmelancarkan sistem pernafasan dan degupan jantung selain meningkatkankesihatan paru-paru dan sistem peredaran darah. Ketahanan tinggi bukan sajabaik untuk kesihatan malah memberi stamina konsisten bagi memudahkan andamelakukan aktiviti seperti menaiki tangga. Mengamalkan senaman jenis inimelindungi diri daripada penyakit yang disebabkan faktor usia seperti kencingmanis, strok, sakit jantung dan kanser kolon. Antara yang tergolong dalamsenaman ini adalah aktiviti berjalan kaki, joging dan berenang.

2. Senaman KeseimbanganSenaman jenis ini membantu melindungi masalah biasa yang dialami golongandewasa misalnya, terjatuh. Bagi, warga tua terjatuh mampu menyebabkan sendidan bahagian badan tidak berfungsi dengan baik dan keadaan ini menyebabkanmereka terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melakukan sesuatuperkara. Sebahagian daripada senaman keseimbangan ini mampu menguatkanotot kaki dan memberi jangka hayat panjang kepada tubuh dan sendi untuk kekalberfungsi. Senaman jenis ini adalah tekan tubi dan lompat tali.

3. Senaman FleksibilitiIa adalah senaman regangan. Mempraktikkan senaman regangan padabahagian otot dan tisu akan membuatkan tubuh menjadi mudah lentur dan bebasmelakukan pelbagai posisi dan gerakan. Ahli terapi fizikal dan pakar kesihatanmenggunakan teknik senaman regangan bagi membantu pesakit melakukanpemulihan sendi akibat kecederaan. Antara contoh senaman jenis ini ialah yoga,gimrama dan aerobik.

4. Senaman KekuatanSenaman jenis ini bertujuan membina otot tubuh bagi memberi kelebihan kepada

Page 2: JENIS

diri melakukan sesuatu pekerjaan. Senaman kekuatan membantu meningkatkankadar metabolisme serta mengawal berat badan dan gula dalam darah. Iapenting kerana penyakit seperti kencing manis dan obesiti adalah masalahkesihatan yang paling banyak berlaku di kalangan orang dewasa. Malah,senaman jenis ini mampu mengurangkan risiko asteoporosis. Angkat beratadalah jenis kekuatan.

Justeru, pilihlah senaman yang tepat dan bersesuaian dengan kemampuananda. Pilihan senaman yang tepat penting bagi mengelak kecederaan. Senamanperlu dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat.Ramai yang terlalu tergesa-gesa ketika melakukan senaman, sekiranya aktivitikecergasan dilakukan secara mengejut tanpa melakukan pemanasan ringan iamampu menyebabkan tisu dan otot badan cedera. Kecederaan ini kadang kalamengambil masa lama untuk pulih.

INFOTip senaman yang baik Pilih aktiviti senaman yang menyenangkan dan menghiburkan hati anda bukansebaliknya. Bagi golongan yang mempunyai penyakit berbahaya anda disaran bertemudoktor bagi mendapatkan nasihat senaman yang bersesuaian. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan senaman yang dilakukan bagimengelak ketidakselesaan dan kecederaan Pilih waktu dan tempat yang sesuai supaya anda berasa lebih selesa danjadikan senaman satu tabiat yang fleksibel Jika perlu gunakan muzik untuk mendapatkan mood senaman anda Lakukan aktiviti riadah dengan orang yang paling disenangi seperti keluarga,jiran dan rakan bagi meningkatkan tahap psikologi dan motivasi diri.