jenis

6
JENIS-JENIS LOGAM YANG MEMERLUKAN RAWATAN HABA. Terdapat beberapa logam yang perlu dibuat proses pra panas sebelum mengimpal boleh dilakukan bagi menghindarkan daripada berlakunya kekaratan logam. Di antara jenis-jenis logam yang perlu melalui proses pra panas ialah:- 1. Besi tuangan. 2. Keluli berkarbon tinggi. 3. Keluli berkarbon sederhana. 4. Keluli spring. 5. Keluli tahan karat. 6. Aluminium aloi. 7. Magnesium aloi. 8. Keluli mata alat. Penghasilan Besi Cair Menggunakan Relau Bagas Besi tulen cair terhasil daripada proses penurunan bijih oksida kepada besi tulen. Antara kaedah terbaik adalah dengan menggunakan relau bagas. Pertama tangki relau bagas diisi penuh dengan besi oksida (bijih, penabur, sinter), batu kapur atau dolomit dan bahan bakar ( arang kok) di bahagian corong atas. Seterusnya gas oksigen disuntik ke dalam tangki untuk membantu pembakaran. Gas oksigen akan bertindak balas dengan arang kok dan menghasilkan gas karbon dioksida. Kemudian gas karbon dioksida yang terhasil tadi akan bertindak balas pula dengan arang kok menghasilkan gas karbon monoksida. Gas monoksida yang dihasilkan pula digunakan untuk bertindak balas dengan besi oksida untuk menghasilkan besi cair tulen dan gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida ini tidak diperlukan dan dikeluarkan melalui corong atas. Hasilnya dua produk diperolehi dari relau ini ialah besi tulen lebur yang mana ia terkumpul di dasar relau (perdiangan) kerana jisimnya yang lebih berat dan cecair jermang (slag) terapung di atas besi lebur. Proses ini dijalankan pada suhu 1500C. Besi

Upload: ahmad-fadzil

Post on 02-Jul-2015

962 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JENIS

JENIS-JENIS LOGAM YANG MEMERLUKAN RAWATAN HABA.

Terdapat beberapa logam yang perlu dibuat proses pra panas sebelum mengimpal boleh dilakukan bagi menghindarkan daripada berlakunya kekaratan logam. Di antara jenis-jenis logam yang perlu melalui proses pra panas ialah:-

1. Besi tuangan.2. Keluli berkarbon tinggi.3. Keluli berkarbon sederhana.4. Keluli spring.5. Keluli tahan karat.6. Aluminium aloi.7. Magnesium aloi.8. Keluli mata alat.

Penghasilan Besi Cair Menggunakan Relau Bagas

Besi tulen cair terhasil daripada proses penurunan bijih oksida kepada besi tulen. Antara kaedah terbaik adalah dengan menggunakan relau bagas. Pertama tangki relau bagas diisi penuh dengan besi oksida (bijih, penabur, sinter), batu kapur atau dolomit dan bahan bakar ( arang kok) di bahagian corong atas. Seterusnya gas oksigen disuntik ke dalam tangki untuk membantu pembakaran. Gas oksigen akan bertindak balas dengan arang kok dan menghasilkan gas karbon dioksida. Kemudian gas karbon dioksida yang terhasil tadi akan bertindak balas pula dengan arang kok menghasilkan gas karbon monoksida. Gas monoksida yang dihasilkan pula digunakan untuk bertindak balas dengan besi oksida untuk menghasilkan besi cair tulen dan gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida ini tidak diperlukan dan dikeluarkan melalui corong atas.

Hasilnya dua produk diperolehi dari relau ini ialah besi tulen lebur yang mana ia terkumpul di dasar relau (perdiangan) kerana jisimnya yang lebih berat dan cecair jermang (slag) terapung di atas besi lebur. Proses ini dijalankan pada suhu 1500C. Besi cair tulen akan keluar melalui corong yang paling bawah manakala slag keluar pada bahagian corong atas sedikit iaitu pada bahagian terdapatnya slag cair.

'Slag'(jermang) adalah cairan yang terhasil semasa proses penurunan bijih besi, di mana ianya mengandungi silika dan alumina yang terhasil dari tindak balas oksida besi batu kapur dan magnesium oksida. 'Slag' ini sesuai digunakan untuk penghasilan simen untuk bahan binaan terutama pembuatan konkrit dan jalanraya.

Page 2: JENIS

RELAU CARA UNTUK HASILKAN KELULI DARI BESI JONGKONG

Mangkuk Pijar Skrap keluli dan besi jongkong dimasukkan kedalam mangkuk pijar yang bergaris pusat 0.3 meter dan tingginya 0.2 meter. Karbon juga dimasukkan bersama-sama bahan mentah tadi ke dalam mangkuk pijar kemudian ditutup dengan kemas dan dimasukkan ke dalam relau yang telah dipanaskan. Apabila bahan ini telah lebur, ia akan bercampur dengan karbon dan dijadikan jongkong keluli.

Relau Bessemer Diasaskan oleh Sir Bessemer di England pada tahun 1856.Dijalankan dengan membakar besi jongkong untuk mengurangkan kandungan karbon dan memisahkan bahan asing yang terlalu banyak.Menggunakan oksigen bercampur dengan nitrogen yang disalurkan dari bawah.Kandungan karbon kurang daripada 3% hingga 5% kepada 0.02% hingga 1.4%.Berbentuk sebuah tempayan besar yang diperbuat daripada batu bata dan disalut dengan keluli.Tingga antara 4 hingga 6 meter dan boleh memuatkan 30 tan logam.Relau ini disangga untuk membolehkan dikilas semasa keluli cair yang telah diproses dicurahkan ke dalamnya.Besi jongkong cair dari relau bagas dicurahkan ke dalam relau Bessemer.Oksigen yang dikenakan tekanan yang yang tinggi disalurkan melalui saluran udara yang terdapat dibahagian bawah relau.Apabila oksigen mengenai besi cair proses pembakaran berlaku dengan maraknya. Ia mengeluarkan asap putih dan meledak keluar dari bahagian mulut.Cecair keluli dituang ke dalam acuan segi 4 tepat dan disejukkan.Ia dinamakan jongkong keluli. ia digunakan untuk membuat paku, skru, dawai, spindal, dan bahan-bahan logam.

Page 3: JENIS

Relau Oksigen Bes

Hampir sama dengan relau Bessemer.Bezanya ialah menggunakan oksigen tulen dan di salurkan dari atas, sementara kaedah relau Bessemer, menggunakan oksigen bercampur dengan nitrogen yang disalurkan dari bawah.Proses pembakaran lebih cepat kerana menggunakan oksigen tulen. Proses ini lebih baik dan keluli di hasilkan lebih baik.Batu kapur turut digunakan bagi mempercepatkan pembakaran bahan asing. Lebih cepat dan mampu menghasilkan 0 tan keluli dalam masa 1 jam.Cecair keluli biasanya dijadikan jongkon keluli.

Relau Dedah Kebanyakan keluli ihasilkan dengan kaedah ini.Kandungan karbon dapat di kawal dengan tepat. Dengan menambah atau mengurangkannya semasa proses berjalan.Berbentuk seakan-akan sebuah dapur pembakar roti. Boleh memuatkan 200 tan logam.Mempunyai 2 kebuk tempat meleburkan yang digunakan secara bergilir. Apabila salah satu kebuk digunakan kebuk satu lagi dipanaskan.Bahan api yang digunakan ialah udara dan gas panas.Bila bahan api lalu dibahagian atas bahan mentah gas bertindak memarakkan pembakaran dan terus meleburkan bahan mentah tersebut.Sebaik bahan mentah cair. Contoh bahan diambil untuk diuji kandungan karbonnya.Mutu keluli yang telah telah dicapai, bahan dikeluarkan dari relau dan disejukkan untuk dijadikan jongkong keluli.Keluli yang dihasilkan digunakan untuk membuat bahan binaan jambatan, landasan boit, skru, spinal dan sebagainya.

Relau Elektrik Kaedah yang lebih moden.Banyak kelebihannya berbanding relau lain, antaranya ialah suhu dan bahan campuran dapat dikawal dengan lebih cepat.Bebas daripada asap dan kotoran.Bahan mentah yang digunakan ialah besi jongkong dan skrap keluli terpilih. Bahan-bahan dileburkan oleh arka elektrik.Terdapat 3 batang elektrod yang membekalkan arka elektrik.Kedudukan elektrod hendaklah hamper kepada bahan mentah supaya arka mengenai bahan tersebut yang akhirnya menjadi cair dan dituangkan kedalam acuan untuk membentuk jongkong keluli.Sesuai menghasilkan keluli alat atau keluli aloi, kerana

Page 4: JENIS

pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan berkesan.Untuk membuat keluli aloi, unsur-unsur kromium, nikel, dan tungsten dicampurkan.Memakan masa antara 4 jam hingga 12 jam.

Kebaikan-kebaikan menggunakan relau berikut ialah :-

Relau KebaikanRelau Dedah Kebanyakan keluli dihasilkan dengan kaedah ini.

Kandungan karbonnya dapat dikawal dengan tepat dengan cara menambahkan atau menggurangkannya semasa proses dijalankan.Boleh memuatkan 200 tan logam.Mempunyai 2 kebuk tempat melebur yang digunakan secara bergilir-gilir . Apabila salah satu kebuk digunakan, kebuk satu lagi dipanaskan.Bahan api yang digunakan ialah udara dan gas panas.Sesuai digunakan untuk membuat bahan binaan jambatan, landasan boit (keretapi), skru, spindle dan sebagainya.

Relau Elektrik Kaedah menggunakannya lebih moden.Suhu dan bahan campuran dapat dikawal dengan lebih cepat.Bebas dari asap dan kekotoran apabila menggunakannya.Bahan mentah yang digunakan ialah besi jongkong dan skrap keluli terpilih. Bahan-bahan dileburkan oleh arka elektrik.Sesuai menghasilkan keluli alat dan keluli aloi kerana pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan berkesan.Digunakan untuk membuat keluli aloi, unsure-unsur kromium, nikel, dan tungsten dicampurkan.

Page 5: JENIS

Relau Oksigen Bes Menggunakan oksigen tulen dan disalurkan dari atas.Proses pembakaran lebih cepat kerana menggunakan oksigen tulen, proses ini lebih baik kerana keluli yang dihasilkan adalah lebih baik mutunya Kandungan kimia dapat dikawal dengan lebih sempurna.Lebih cepat dan mampu menghasilkan 80 tan keluli dalam masa 1 jam.Cecair keluli biasanya dijadikan jongkong keluli.Digunakan untuk membuat pisau, jarum, peralatan acuan, spindal, mesin gear dan bahagian mesin.