jangan jadi orang muflis - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2019/khutbah/khutbah jangan...

7
1 No. Tel : 04-7745400 No. Faks : 04-7338333 Jangan Jadi Orang Muflis Dikeluarkan Oleh : Bahagian Dakwah JHEAIK

Upload: others

Post on 07-Nov-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jangan Jadi Orang Muflis - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2019/khutbah/Khutbah Jangan Jadi Orang... · 04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440 Khutbah Jumaat 2019. 4 Allah

1

No. Tel : 04-7745400

No. Faks : 04-7338333

Jangan Jadi Orang Muflis

Dikeluarkan Oleh :

Bahagian Dakwah JHEAIK

Page 2: Jangan Jadi Orang Muflis - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2019/khutbah/Khutbah Jangan Jadi Orang... · 04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440 Khutbah Jumaat 2019. 4 Allah

2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440

*Khutbah : Jangan Jadi Orang Muflis*

ا نستج سيب لع ك جفس ة تي، ال د هلل اىعل اىهتي، اليطيف ال ،ال

يج، ا ع ا ة جازى ل ال ل واليم ل، أ إال اهلل وحده ال ش ن ال اىـ

د أ ش

أ

ي مر تتارك اهلل رب اىعاليق واأل ل، . ال دا ختده ورس ن سيدا م

د أ ش

وأ

يا اجا وس ا وذيرا، وداخيا إل اهلل ةإذ بش دا و شا صو . بعث الي

ي م ال ةإحسان إل ي حتع و صحاةد ولع آل وأ لع سيدا م .وسي

ى اهلل فلد فاز وإياي ةخل وصيكا اهلل أ ل ا بعد، فيا عتاد اهلل، ات

أ

ن خل .ال

ٹ ٹ ڃ ڃ ڃ چ چ

ڤ ڤٹ ٹ ٹڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹچ

٨١: الش چڤ ڤ ڦ ڦ ڦ

Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah

(dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah

setiap kamu melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk mengha-

dapi hari esok (hari Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah

amat mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”.

Khutbah Jumaat 2019

Page 3: Jangan Jadi Orang Muflis - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2019/khutbah/Khutbah Jangan Jadi Orang... · 04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440 Khutbah Jumaat 2019. 4 Allah

3

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita ber-

taqwa kepada Allah SWT dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam

masa yang sama kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Mudah-mudahan

kita diberikan kejayaan dan keselamatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

وسي ل اهلل صل اهلل عيي كال كال رس ريرة رض اهلل خ ب أ ا : "خ حدرون

أ

فيس؟ ا " ال خاع، فلال : كال ل وال ال در ا فيس في ت : "ال أ فيس إن ال

ذا، ال كو ذا، وأ ذا، وكذف ت كد شخ

ث ةصالة وصيام وزكة، ويأ م اىليا ت ي

يأ

فإن فيج اح حس ذا ، و اح حس ذا ذا، فيعط ب ذا، وض وسفم دم طرح ف انلار ث فطرحج عيي خطايا خذ

أ ا عيي ن حلض

قتو أ اح .حس

.1852: رواه مسنه، رقه

Maksudnya,

"Tahukah kamu semua siapakah orang-orang yang muflis?", lalu jawab para sahabat,

"orang yang muflis di kalangan kami ialah mereka yang tidak memiliki wang dan juga

harta". Lalu kata Nabi SAW, "sesungguhnya mereka yang muflis di kalangan umat aku ia-

lah mereka yang datang pada hari kiamat kelak membawa pahala dari solatnya, puasa

dan zakatnya. Namun dalam masa yang sama dia juga membawa dosa memaki hamun

sesama manusia, dosa menuduh seseorang dengan tuduhan yang jahat, dosa memakan

harta orang lain dengan zalim, dosa menumpahkan darah sesama manusia, dosa memu-

kul atau mencedera sesama manusia. Maka diberikan pahalanya kepada mereka yang

dizaliminya ketika di dunia dahulu, maka jika habis pahalanya sedangkan belum selesai

tuntutan manusia ke atasnya maka diambil dosa-dosa manusia tersebut lalu ditanggung-

kan ke atasnya dan akhirnya dia dihumban ke dalam api neraka".

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440

Khutbah Jumaat 2019

Page 4: Jangan Jadi Orang Muflis - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2019/khutbah/Khutbah Jangan Jadi Orang... · 04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440 Khutbah Jumaat 2019. 4 Allah

4

Allah SWT menyuruh kita mencari bekal sebanyak mungkin untuk dibawa balik ke akhi-

rat sana, dan sebaik-baik bekalan itu ialah ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Maka kita

disuruh beramal dan melakukan kebajikan sebanyak mungkin, mudah-mudahan semua

itu akan menjadi bekalan untuk kita hidup di akhirat sana.

Namun di sana akan terdapat satu golongan manusia yang pahala amal kebajikan yang

diusahakannya di dunia tidak diberikan kepadanya, tetapi diberikan kepada orang lain.

Bahkan lebih dahsyat dari itu, dia terpaksa pula menanggung dosa-dosa yang dilakukan

oleh orang lain. Golongan ini yang digelar oleh Baginda Nabi SAW sebagai golongan yang

muflis di akhirat sana.

Pada asalnya banyak pahala yang dibawa balik ke akhirat sana sama ada pahala dari so-

latnya, puasanya, zakatnya dan juga kebajikan-kebajikan yang lain. Namun semuanya

habis diberikan kepada orang lain disebabkan dosa-dosa yang dia lakukan terhadap

mereka. Manusia semua akan menuntut pembalasan daripadanya di atas setiap kezali-

man yang dilakukannya ketika di dunia dahulu.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Antara dosa sesama manusia sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Nabi tadi ia-

lah dosa yang disebabkan oleh lidah. Lidah yang tidak bertulang ini kadang-kadang dis-

alahgunakan untuk memaki hamun, mencela, memfitnah, dan menuduh orang lain den-

gan tuduhan yang jahat. Begitu juga mengadu domba, mengumpat dan yang seum-

pamanya.

Dosa sesama manusia yang kedua pula ialah mengambil hakmilik orang lain tanpa ke-

benaran atau dengan cara yang salah dan zalim, sama ada mencuri, menipu, merampas,

meragut, menyamun dan sebagainya. Walaupun nilai yang diambil itu mungkin sedikit

sahaja, namun tetap akan dituntut oleh tuannya di akhirat kelak. Mungkin di dunia kita

terlepas daripada hukuman, tetapi di akhirat kelak tidak akan ada ruang untuk seseo-

rang yang bersalah melarikan diri daripada hukuman Allah SWT.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440

Khutbah Jumaat 2019

Page 5: Jangan Jadi Orang Muflis - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2019/khutbah/Khutbah Jangan Jadi Orang... · 04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440 Khutbah Jumaat 2019. 4 Allah

5

Dosa ketiga sesama manusia ialah menumpahkan darah atau membunuh ataupun me-

mukul dan mencederakannya. Berapa banyak kes-kes pukul dan bunuh yang kita dengar

dan baca saban hari berlaku di dalam dunia hari ini termasuklah di dalam negara kita.

Pembunuhan berlaku secara berleluasa seolah-olah nyawa sudah tidak bernilai lagi, se-

hinggakan nyawa mereka yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Kadang-kadang si

pembunuh mungkin terlepas daripada hukuman dunia mungkin disebabkan kelemahan

undang-undang ciptaan manusia, mungkin juga disebabkan pengaruh kuasa atau wang

ringgit dan sebagainya. Namun yakinlah di akhirat sana mereka sama sekali tidak akan

dapat melepaskan diri daripada hukuman dan balasan Allah SWT yang sudah tentunya

jauh lebih dahsyat daripada hukuman dunia.

Buat mereka yang bersekongkol atau merelakan kezaliman yang berlaku juga tidak akan

terlepas daripada balasan Allah SWT. Keadilan wajib ditegakkan lebih-lebih lagi apabila

kita berkuasa. Maka jangan sekali-sekali kita membiarkan diri kita termasuk dalam

kalangan mereka yang bersekongkol dengan sebarang bentuk kezaliman.

Firman Allah SWT,

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڻ چ

١١١: ود چۀ ۀ ہ ہ ہ

Maksudnya,

"Dan janganlah kamu cenderung (memihak atau bersekongkol) dengan orang-orang

yang berlaku zalim, maka (jika kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar

kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian

(dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440

Khutbah Jumaat 2019

Page 6: Jangan Jadi Orang Muflis - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2019/khutbah/Khutbah Jangan Jadi Orang... · 04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440 Khutbah Jumaat 2019. 4 Allah

6

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Allah SWT mengharamkan kezaliman ke atas diriNya, dan Allah SWT juga mengharam-

kan kezaliman sesama makhlukNya. Oleh sebab itulah, jika seseorang itu dizalimi pasti

dia akan dibela oleh Allah SWT sekalipun tidak ada seorang pun manusia yang mahu

membelanya. Sudah tentulah pembelaan dari Allah lebih mulia. Maka jangan sekali-kali

kita melakukan kezaliman terhadap sesama manusia, kerana doa orang yang dizalimi

tidak akan ditolak oleh Allah SWT dan sudah pastinya dia akan dibela oleh Allah, maka

orang yang menzaliminya tidak akan dapat lari daripada hukuman dan balasan dari Al-

lah SWT. Sabda Nabi SAW,

خ جتو إل ال عاذ ب بعد وسي ل اهلل صل اهلل عيي ن رس ختاس أ

اة

ا وبي اهلل حجاب : فلال ا ىيس ةي م، فإج ظي ة ال .احق دع

Maksudnya, "Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi. Maka sesungguhnya tidak

ada hijab atau penghalang di antara doa orang yang dizalimi dengan Allah SWT".

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ چ

٤٤: األغراف چ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ٹٿ ٿ ٿٺ ٿ

Maksudnya : Dan (apabila ahli-ahli syurga itu berada di tempat masing-masing), berse-

rulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa

yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. maka Adakah

kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya

betul?". mereka menjawab: "Benar ada". kemudian berserulah penyeru (malaikat) di

antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas

orang-orang yang zalim".

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440

Khutbah Jumaat 2019

Page 7: Jangan Jadi Orang Muflis - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2019/khutbah/Khutbah Jangan Jadi Orang... · 04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440 Khutbah Jumaat 2019. 4 Allah

7

وي بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امػظيه ، ونفػن وإياكه بىا فيىيع و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذل

األ

ستغفر اهلل امػظيه ل ومكه ولسائر . امػنيه ذا وأ قول قول

أ

ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا فوز الىسنىني والىسنىات والىؤو .الىستغفريي ويا ناة اتلائبني

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2019

04 Januari 2019/27 Rabiul Akhir 1440