jabatan meteorologi malaysia pengenalan latar
TRANSCRIPT
1
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
PENGENALAN Latar Belakang Jabatan
Tarikh Penubuhan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang pada mulanya dikenali sebagai
Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 9
Ogos 1965. Sejak penubuhannya, JMM diletakkan di bawah Kementerian
Pengangkutan dan seterusnya dipindahkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar pada tahun 1984. Mulai tahun 2004, Kementerian Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar telah ditukar nama kepada Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) memandangkan skop tugas yang semakin luas dan menjurus ke
arah pembangunan sains dan teknologi.
Selaras dengan skop dan bidang tanggungjawab yang telah bertambah dan meluas,
JMM telah menambahbaik struktur organisasi jabatan pada tahun 2004 dan
seterusnya nama Jabatan telah ditukar kepada Jabatan Meteorologi Malaysia pada
28 September 2006.
Perkhidmatan Utama/Teras
Membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, seismologi dan tsunami yang
berkesan bagi memperbaiki perlindungan nyawa, harta benda dan
persekitaran.
Fungsi-Fungsi jabatan
a. Mengekalkan rangkaian stesen pencerapan yang berteknikal maju bagi
membantu pemantauan keadaan cuaca dan aktiviti seismik negara.
2
b. Mengeluarkan maklumat dan ramalan cuaca bertepatan masa bagi penerbangan awam dan tentera, pelbagai aktiviti marin dan orang awam.
c. Menyediakan amaran awal tentang kemungkinan berlakunya fenomena
cuaca buruk dan keadaan laut bergelora di rantau Malaysia kepada orang awam dan agensi berkaitan yang terlibat dalam menangani bencana.
d. Menyediakan maklumat segera yang menjejaskan negara kepada orang
awam, media dan agensi kerajaan yang terlibat dalam menangani bencana.
e. Menyediakan maklumat seismologi kepada pelbagai industri
kejuruteraan awam dan pembinaan. f. Menyusun data kajiklim, kandungan atmosfera dan seismologi yang
berkualiti di samping menyediakan statistik kajiklim. g. Menyediakan pelbagai khidmat kajiklim dalam semua sektor ekonomi
atas permintaan pengguna. h. Memonitor kandungan atmosfera di Malaysia dan menyediakan
maklumat dan nasihat teknikal dalam pelbagai aspek meteorologi pencemaran udara.
i. Menjalankan operasi pembenihan awan bagi meningkatkan sumber air
untuk pertanian dan pelbagai tujuan lain. j. Menyertai program antarabangsa dalam penyelidikan , pengumpulan
dan pertukaran data dan pelbagai aktiviti lain meteorologi. k. Menerbitkan pelbagai laporan dan buletin meteorologi. l. Menyediakan latihan dalam bidang meteorologi. m. Mempromosikan kesedaran awam tentang kepentingan dan kegunaan
maklumat meteorologi dan seismologi.
n. Menggalakkan kemajuan bidang sains meteorologi dan seismologi melalui penyelidikan.
3
Carta Organisasi
4
Personel
BIL. NAMA JAWATAN GRED GAJI
BIL. JAWATAN
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
1 Gred Utama C VU7 VU 7 1
Jumlah PT 1
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
2 Pegawai Meteorologi C54 6
3 Pegawai Meteorologi C52 20
4 Pegawai Tadbir dan Diplomatik M52 1
5 Pegawai Meteorologi C48 33
6 Pegawai Tadbir & Diplomatik M48 2
7 Pegawai Teknologi Maklumat F48 1
8 Pegawai Meteorologi C44 52
9 Pegawai Tadbir & Diplomatik M44/M41 4
10 Pegawai Teknologi Maklumat F44 1
11 Pegawai Meteorologi C41 113
12 Pegawai Teknologi Maklumat F41 1
Jumlah P&P 234
Kumpulan Sokongan
13 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F38 1
14 Penolong Pegawai Meteorologi C38 9
15 Penolong Pegawai Tadbir N36 1
16 Penolong Pegawai Meteorologi C32 16
17 Penolong Pegawai Tadbir N32 1
18 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29/F32 6
19 Penolong Pegawai Meteorologi C27/C32 48
20 Penolong Pegawai Tadbir N27/N32 3
21 Penolong Akauntan W27/W32 1
22 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N26 3
23 Pembantu Tadbir (Kewangan) W26 1
24 Pembantu Meteorologi C26 43
25 Pembantu Meteorologi C22 118
26 Pembantu Perpustakaan S22 1
27 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 6
28 Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N32/N22/N17 1
29 Pembantu Meteorologi C17/C22 422
30 Pembantu Tadbir (Kewangan) W17/W22 12
31 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17/N22 46
5
BIL. NAMA JAWATAN GRED GAJI
BIL. JAWATAN
31 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (KUP)
N17/N22 3
32 Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17/N22 6
33 Pegawai Khidmat Pelanggan N17/N22 4
34 Pembantu Penerbitan N17/N22 3
35 Pembantu Perpustakaan S17/S22 1
36 Juruteknik Komputer FT17/FT22 5
37 Penjaga Jentera Elektrik R17/R22 1
38 Operator Mesin Prosesan Data F14 0
39 Operator Mesin Prosesan Data F11/F14 0
40 Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip) N11/N14 0
41 Pembantu Am Pejabat N4 6
42 Pembantu Am Pejabat N1/N4 23
43 Pencari Fail N1 1
44 Pemandu Kenderaan R6 4
45 Pemandu Kenderaan R3/R6 18
46 Pekerja Awam R1/R4 34
Jumlah Sokongan 848
JUMLAH KESELURUHAN 1083
6
INOVASI 1 : PENJANAAN PRODUK RAMALAN SYARIKAT CARIGALI DENGAN
MENGGUNAKAN APLIKASI GrADS DAN VBE
BAHAGIAN : PUSAT RAMALAN CUACA , JABATAN METEOROLOGI
MALAYSIA
______________________________________________________________________
PENGENALAN RINGKAS PROJEK
Pejabat Ramalan Pusat (CFO), di Ibu Pejabat Meteorologi di Petaling Jaya, telah
ditubuhkan pada 15 Jun 1997. CFO beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun,
dan membekal perkhidmatan ramalan cuaca am yang menyeluruh kepada media
massa dan orang awam. CFO dikendalikan oleh sejumlah 20 orang kakitangan
bertugas giliran.
Pusat Ramalan Pusat bertanggungjawab di atas pembekalan semua
perkhidmatan ramalan cuaca am kepada orang awam dan media massa. Disamping itu,
CFo juga berperanan dalam mengeluarkan nasihat dan amaran keadaan cuaca dan
laut seluruh Negara. Pencerapan permukaan, udara atas, imej radar dan gambar satelit
merupakan sumber maklumat utama yang digunakan untuk memantau keadaan cuaca
seluruh negara. Disamping itu, CFO juga merujuk kepada model-model ramalan cuaca
dalam dan luar negara untuk membuat ramalan serta mengeluarkan nasihat dan
amaran cuaca. Amaran cuaca buruk yang dikeluarkan akan difaks kepada agensi-
agensi pengurusan bencana, media serta orang awam untuk persediaan menghadapi
sebarang bencana yang bakal berlaku. Ini mampu untuk meminimumkan impak
bencana terutamanya dalam meningkatkan tahap keselamatan nyawa dan harta benda.
Selain itu, Pusat Ramalan Cuaca juga terlibat di dalam kempen kesedaran awam
bagi bencana yang berkaitan dengan cuaca ekstrem yang dialami di negara ini seperti
banjir monsun. Kempen-kempen dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN)
diadakan di beberapa tempat diseluruh negara dihadiri oleh pelbagai peringkat
mesyarakat.
7
MATLAMAT INOVASI
Inovasi yang dijalankan adalah bertujuan untuk menambahbaik cara
penyampaian disamping meningkatkan kepercayaan pelangganterhadap produk yang
dibekalkan.
SEBELUM INOVASI
a) Pengeluaran produk ramalan
Pengeluaran produk ramalan kepada syarikat carigali dibuat secara
manual. Data-data berkaitan dianalisis dan dimasukkan kedalam format sediada
secara manual dan ini memerlukan masa yang panjang dan kemungkinan
berlaku kesilapan adalah tinggi. Kaedah ini juga menyebabkan ramalan tidak
konsisten kerana analisis bergantung kepada kepakaran pegawai masing-
masing. Produk yang dihasilkan akan dicetak dan dihantar kepada pelanggan
dengan menggunakan mesin faks.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Memandangkan permintaan terhadap produk syarikat carigali yang semakin
meningkat dari tahun ke tahun, CFO telah menggunakan aplikasi Grid Analysis Display
System (GrADS) dan Visual Basic for Excel (VBE) untuk menjana produk. Skrip
tertentu telah ditulis di dalam aplikasi GrADS, Rajah 1 supaya membolehkannya
membaca data-data dari model ombak NOAA Wave Watch Third Generation (NWW3)
dan United State for Global Ocean Data Assmilation Experiment (USGODAE),
seterusnya menjana text file untuk menjana produk ramalan. Skrip pada VBE pula
diperlukan untuk membaca text file dan memasukkannya kedalam format produk
ramalan yang telah disediakan. Pegawai bertugas hanya perlu melakukan run macros
untuk menjana produk. Prouduk yang dijana sentiasa seragam dan konsisten dari segi
analisis data.
Inovasi ini telah mula digunapakai secara sepenuhnya di Pusat Ramalan Cuaca
(CFO), Jabatan Meteorologi Malaysia pada tahun 2008. Hasilnya, inovasi ini telah
menghasilkan produk yang mempunyai format seragam, ramalan yang konsisten serta
meningkatkan keyakinan pelanggan. Disamping itu kos untuk menghasilkan produk
8
juga dikurangkan, masa untuk menjana produk dikurangkan dan pengarkiban produk
secara elekronik memudahkan untuk pencarian apabila diperlukan.
Rajah 1: Skrip yang ditulis dalam GrADS untuk membaca data angin dan ombak
dan seterusnya menjana text file.
SELEPAS INOVASI
Selepas inovasi diperkenalkan di CFO, penjanaan produk ramalan kepada
syarikat carigali dengan menggunakan aplikasi GrADS dan VBE telah mengurangkan
masa untuk menjana satu produk, produk lebih konsisten dan mengurangkan kesilapan
pegawai semasa memasukkan data. Disamping itu kos untuk menghasilkan satu
produk telah dikurangkan dengan ketara kerana semua produk dihantar kepada
pelanggan dengan menggunakan emel. Produk juga diarkib secara elektronik dan
memudahkan untuk pencarian semula jika diperlukan.
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Inovasi yang dilaksanakan telah berjaya memberikan faedah-faedah berikut :-
a) Kreativiti
9
Inovasi berdasarkan pertambahan permintaan terhadap produk
merupakan pencetus kepada Pusat Ramalan Cuaca (CFO) untuk menggunakan
aplikasi GrADS dan VBE untuk menjana produk ramalan. Kepakaran untuk
menulis skrip-skrip tertentu diperlukan dalam inovasi ini.
b) Tahap Pelaksanaan
Inovasi ini telah dilaksanakan di Pusat Ramalan Cuaca CFO secara
percubaan mulai tahun 2008 dan sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa
bergantung kepada permintaan pelanggan.
c) Replicability
Inovasi ini boleh digunapakai oleh mana-mana pejabat ramalan yang
mempunyai capaian kepada KABUS dengan memuaturun semua aplikasi
GrADS dan VBE ke komputer peribadi (PC) pejabat. Walau bagaimanapun,
sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan pada skrip mengikut tempat komputer
peribadi tersebut berada.
d) Penjimatan Masa
Inovasi ini telah menjimatkan masa penyediaan setiap produk berbanding
dengan sebelum inovasi. Selain itu, keseragaman format produk, kejituan dan
konsistensi data ramalan adalah memuaskan.
e) Peningkatan Produktiviti
Inovasi ini memberikan impak yang besar terhadap perkhidmatan Jabatan
Meteorologi Malaysia dalam menangani pertambahan pemintaan produk
ramalan dari syarikat carigali dari semasa ke semasa. Melalui inovasi ini, masa
untuk menjana produk dapat disingkatkan, konsistensi produk dikekalkan dan
kos dapat dijimatkan.
10
f) Komitmen Pegawai Terlibat
Inovasi ini mendapat komitmen berterusan dari pegawai-pegawai di Pusat
Ramalan Cuaca (CFO) yang terlibat kerana didapati memudahkan pegawai
bertugas untuk menjana setiap produk ramalan. Inovasi ini terbukti berkesan
mempertingkat dan memantapkan operasi pembekalan produk kepada
pelanggan. Satu rutin kerja telah ditetapkan dalam menjalankan proses
menghasilan produk untuk rujukan setiap pegawai bertugas. Selain itu, pegawai
yang membangunkan aplikasi ini sentiasa memastikan ianya beroperasi pada
tahap yang baik pada setiap masa.
11
INOVASI 2 : INTEGRATED DATABASE MANAGEMENT SYSTEM (IDMS) –
PANGKALAN DATA PERMODELAN TSUNAMI
BAHAGIAN : BAHAGIAN GEOFIZIK DAN TSUNAMI, JABATAN METEOROLOGI
MALAYSIA
______________________________________________________________________
PENGENALAN RINGKAS PROJEK
Bahagian Seismologi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah ditubuhkan
pada tahun 1974. Pada awalnya, bahagian ini ditubuhkan dengan tujuan menjadi pusat
pemantauan aktiviti gempa bumi di Malaysia dan di sekitar rantau ini. Pada akhir tahun
2007, bahagian ini dengan secara rasminya telah ditukarkan namanya dan dikenali
sebagai Bahagian Geofizik dan Tsunami.
Bahagian Geofizik dan Tsunami bertanggungjawab memantau, menganalisa dan
menghebahkan aktiviti-aktiviti gempa bumi dan tsunami yang dikesan di Malaysia serta
serantau. Maklumat stesen seismologi serta data-data seismik dan tsunami yang
dicerap dan dikumpul merupakan elemen yang penting dalam proses mengeluarkan
maklumat gempa bumi dan amaran awal tsunami yang cepat dan tepat dalam tempoh
12 minit selepas kejadian gempa bumi. Maklumat gempa bumi dan amaran awal
tsunami yang dikeluarkan kepada kepada agensi-agensi pengurusan bencana, media
serta orang awam ini mampu untuk meminimumkan impak bencana terutamanya dalam
meningkatkan tahap keselamatan nyawa dan harta benda.
Selain itu, Bahagian Geofizik dan Tsunami juga membekalkan maklumat dan
khidmat nasihat serta kepakaran gempa bumi dan tsunami kepada agensi-agensi
kerajaan, institusi-institusi penyelidikan dan pihak swasta dalam merancang,
menyelaras dan melaksanakan penyelidikan serta aplikasi kejuruteraan dalam
pengurusan risiko gempa bumi dan tsunami untuk projek pembangunan negara.
12
MATLAMAT INOVASI
Inovasi yang dijalankan adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan
dan memantapkan operasi pembekalan maklumat seismik dan pengeluaran amaran
awal tsunami.
SEBELUM INOVASI
b) Pengeluaran nasihat atau amaran tsunami
Pengeluaran nasihat atau amaran tsunami yang berdasarkan kepada
Jadual 1 yang merujuk kepada magnitud gempa bumi merupakan kaedah
manual yang kurang berkesan dalam menentukan potensi berlakunya tsunami.
Ini juga dilihat tidak banyak membantu pegawai-pegawai di Pusat Amaran Awal
Tsunami Nasional dalam mempertingkatkan kejituan, kepantasan serta kualiti
pengeluaran nasihat atau amaran tsunami.
Jadual 1. Kriteria pengeluaran nasihat dan amaran tsunami berdasarkan magnitud
Magnitud (Mw) Potensi tsunami
6.5-7.0 Berkemungkinan berlaku tsunami tempatan kecil dalam
lingkungan 100 km dari titik episenter.
7.1-7.5 Berkemungkinan berlaku tsunami tempatan dalam lingkungan
100 km dari titik episenter.
7.6-7.8 Berkemungkinan berlaku tsunami wilayah dalam lingkungan
1000 km dari titik episenter.
> 7.8 Berkemungkinan berlaku tsunami global.
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Integrated Database Management System (Rajah 1) merupakan satu aplikasi
analisa dan paparan hasil permodelan tsunami pelbagai senario yang telah dijana
terlebih dahulu. Capaian ke IDMS ini adalah melalui laman web bagi memudahkan
akses kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam menjalankan operasi pemantauan,
analisis dan hebahan amaran awal tsunami.
13
Inovasi ini telah mula digunapakai secara sepenuhnya di Bahagian Geofizik dan
Tsunami, Jabatan Meteorologi Malaysia pada Jan 2010. Hasilnya, inovasi ini telah
meningkatkan keupayaan menganggarkan masa ketibaan dan ketinggian ombak
tsunami serta kategori amaran di kawasan pantai yang berisiko kepada bencana.
Inovasi ini juga diakui telah membantu pegawai-pegawai di Jabatan ini dalam membuat
keputusan pengeluaran waspada atau amaran bencana tsunami yang boleh
mengancam kawasan pantai negara dan serantau.
Rajah 1. Paparan menu utama laman web IDMS
SELEPAS INOVASI
Selepas inovasi diperkenalkan, pangkalan data tsunami boleh dicapai melalui
aplikasi laman web IDMS dalam masa yang singkat.
a) Pengeluaran nasihat atau amaran tsunami
14
Pengeluaran nasihat atau amaran bencana tsunami adalah berdasarkan
kepada hasil senario permodelan tsunami seperti di Rajah 2 yang telah dijana
terlebih dahulu. Pangkalan data tsunami ini mengandungi maklumat tsunami
seperti masa ketibaan, ketinggian ombak (Rajah 3) dan ramalan grafik terhadap
tsunami sebagai sistem penyokong keputusan. Maklumat-maklumat ini
digunapakai oleh para pegawai di Jabatan ini dalam membuat keputusan
pengeluaran waspada atau amaran bencana tsunami dalam masa 12 minit
dengan lebih jitu dan berkulaiti di samping mengurangkan kejadian false alarm.
Dalam 10 bulan yang pertama tahun 2010, Jabatan ini telah mengeluarkan 4
nasihat tsunami kepada penduduk-penduduk di kawasan pantai Malaysia.
Hampir 75% daripadanya dikeluarkan dalam jangka masa 12 minit.
Rajah 2. Titik simulasi tsunami yang telah dijana dan dimasukkan ke dalam IDMS
15
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Inovasi yang dilaksanakan telah berjaya memberikan faedah-faedah berikut :-
g) Kreativiti
Inovasi berdasarkan gabungan pangkalan data seismik dan tsunami
melalui capaian Internet merupakan idea asal dari Bahagian ini dalam mengurus
maklumat-maklumat hasil permodelan tsunami dengan lebih sistematik dan
efisien. Sistem ini dibangunkan hasil daripada gabungan perisian-perisian web
PHP, MySQL dan Apacer.
h) Tahap Pelaksanaan
Inovasi ini telah dilaksanakan secara percubaan mulai Jun 2009 dan
seterusnya dilaksanakan di Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia,
Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi Malaysia mulai Jan 2010.
Rajah 3. Hasil yang dipaparkan oleh IDMS berdasarkan kriteria potensi tsunami yang telah ditetapkan
16
i) Replicability
Inovasi ini boleh digunapakai oleh mana-mana pusat amaran gempa bumi
dan tsunami di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, India, Thailand,
Myammar, Filipina, Vietnam dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sedikit
pengubahsuaian perlu dilakukan berdasarkan kepada sistem prosedur dan
keperluan pusat amaran tersebut.
j) Penjimatan Masa
Inovasi ini telah menjimatkan masa penyediaan dan pembekalan data
seismik dalam masa yang singkat. Selain itu, kejituan dan kualiti serta masa
pengeluaran nasihat atau amaran tsunami juga disingkatkan dari 30 minit ke 12
minit.
k) Peningkatan Produktiviti
Inovasi ini memberikan impak yang besar terhadap perkhidmatan Jabatan
Meteorologi Malaysia dalam mengurus pengeluaran amaran awal tsunami.
Melalui inovasi ini, kaedah mendapatkan diperolehi dalam masa yang singkat di
mana jua kerana dibangunkan berdasarkan laman web. Keadaan ini
membolehkan maklumat yang dipohon oleh pelanggan dikeluarkan dalam masa
kurang 5 hari bekerja. Selain itu, Inovasi ini juga berupaya mengeluarkan nasihat
atau amaran tsunami yang tepat kepada orang awam dalam masa 12 minit.
IDMS ini berupaya menggangarkan maklumat tsunami seperti masa ketibaan
dan ketinggian ombak serta kategori amaran di kawasan-kawasan pantai yang
berisiko tinggi seperti di Lautan India, Lautan Pasifik, Laut China Selatan, Laut
Sulu, Laut Celebes dan Laut Banda.
l) Komitmen Pegawai Terlibat
Inovasi ini mendapat komitmen berterusan dari pegawai-pegawai di
Bahagian Geofizik dan Tsunami yang terlibat kerana sistem ini terbukti berkesan
17
mempertingkat dan memantapkan operasi pembekalan maklumat seismik dan
pengeluaran amaran awal tsunami. Satu rutin kerja telah ditetapkan dalam
menjalankan proses mengenalpasti gempa bumi, menjalankan permodelan
tsunami, memasukkan maklumat gempa bumi dan tsunami serta
menentusahkan setiap gempa bumi dan hasil permodelan tsunami. Selain itu,
pegawai yang membangunkan aplikasi IDMS sentiasa memastikan ianya
beroperasi pada tahap yang baik pada setiap masa. Melalui proses dan rutin
yang ditetapkan ini, ianya telah meningkatkan budaya kerja positif di kalangan
pegawai-pegawai di Bahagian Geofizik dan Tsunami.
18
INOVASI 3: PENINGKATAN KEBOLEHAN PEGAWAI DALAM PELAKSANAAN
MODEL RAMALAN CUACA NUMERIKAL
BAHAGIAN : SEKSYEN PEMBANGUNAN RAMALAN CUACA NUMERIKAL,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
______________________________________________________________________
PENGENALAN
Seksyen Pembangunan Ramalan Cuaca Numerikal (NWP) bermula sebagai
sebuah unit di bawah Bahagian Penyelidikan pada 1 Disember 2001. Seterusnya ia di
naik taraf kepada sebuah bahagian pada 1 Januari 2004. Pada 16 Julai 2007, bahagian
ini dinamakan sebagai Seksyen Pembangunan Ramalan Cuaca Numerikal.
Pada penghujung tahun 2002, model Limited Area Forecasting System (LAFS)
telah dilaksanakan secara operasi dengan bantuan pakar dari China Meteorological
Administration (CMA). Pada penghujung tahun 2005, NWP memperolehi 40-processor
High Performance Computing Cluster (HPCC) untuk melaksanakan model MM5
(Pennsylvania State University / National Center for Atmospheric Research Fifth-
Generation Mesoscale Model). Semenjak tahun 2007, NWP memiliki dua unit lagi
Sistem High Performance Computing (HPC) yang digunakan untuk melaksanakan dua
model secara operasi iaitu MM5 dan WRF masing-masing.
Model MM5 dan WRF dijalankan dua kali sehari iaitu pada 00UTC dan 12UTC
untuk ramalan sehingga 72 jam. Resolusi bagi model-model tersebut adalah 36km yang
merangkumi rantau Asia Tenggara, 12km (Malaysia) dan 4km ( Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak).
Produk-produk yang dihasilkan ialah histogram hujan bagi Stesen-stesen
Meteorologi Utama; suhu; angin; kelembapan relatif dan geopotential height pada paras
1000hPa, 850hPa, 700hPa, 500hPa and 200hPa; min tekanan paras laut; suhu 2m;
angin 10m; dan jumlah hujan terkumpul setiap satu, tiga, enam, 12 dan 24 jam.
Kesemua produk tersebut hanya boleh diperolehi daripada intranet Jabatan Meteorologi
Malaysia (JMM) sahaja.
19
MATLAMAT INOVASI
Inovasi yang dijalankan adalah bertujuan untuk menambahbaik mutu ramalan
cuaca numerikal serta meningkatkan kepakaran kakitangan NWP.
SEBELUM INOVASI
Selain pengetahuan teori berkenaan cuaca seperti dinamik atmosfera, bidang
ramalan cuaca numerikal juga memerlukan pengetahuan berkenaan sistem komputer
seperti sistem operasi computer dan software yang terlibat. Pengetahuan berkenaan
dinamik atmosfera dan teori-teori fizikal atmosfera lain telah banyak dipelajari oleh
pegawai-pegawai di Seksyen NWP semasa kursus asas bagi pegawai meteorologi
yang sememangnya wajib bagi setiap pegawai yang baru melaporkan diri. Namun
demikian, kursus ini tidak meliputi secara mendalam berkenaan sistem komputer dan
ilmu-ilmu tambahan yang berkaitan yang diperlukan dalam membangunkan ramalan
cuaca numerikal dalam Jabatan Meteorologi Malaysia.
Sebelum ini, kontraktor dilantik bertanggungjawab dalam proses pemasangan
model cuaca numerikal dan perjalanan model secara operasi disebabkan pegawai-
pegawai tidak mempunyai kepakaran untuk dalam mengendalikan HPC dan menulis
skrip operasi. Walaupun begitu, kaedah ini mendatangkan risiko kepada seksyen NWP
dan JMM sekiranya model menghadapi masalah dalam pengoperasian hariannya. Jika
perjalanan model tergendala, seksyen perlu memanggil semula kontraktor terlibat untuk
membaikinya dan ini sudah tentu memakan masa. Jadi amatlah penting supaya
pengetahuan sistem komputer dan pengetahuan yang terlibat dapat dikuasai oleh para
pegawai bagi mengurangkan kebergantungan kepada kontraktor luar yang
sememangnya berteraskan keuntungan semata-mata.
20
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Menghantar pegawai-pegawai menjalani latihan kepakaran secara kerjasama di
Korea Meteorological Administration (KMA) dan Japan Meteorological Agency (JMA).
Kursus dijalankan untuk jangkamasa 2 minggu. Ianya banyak memberi pendedahan
kepada para pegawai berkenaan pengoperasian model cuaca numerikal.
Latihan di sana tidak hanya menekankan aspek teori sahaja, ianya turut
merangkumi latihan amali yang memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang
langkah-langkah yang perlu dalam melaksanakan model cuaca numerikal.
Selain dari latihan di dalam bilik komputer, pegawai juga dibawa melawat High
Perfomance Computing System yang digunakan oleh agensi-agensi tersebut dalam
menjana model cuaca numerikal secara operasi. Lawatan ini memberi gambaran
mengenai alatan atau sistem yang diperlukan oleh seksyen NWP dalam menjalankan
fungsinya dan memberi idea bagaimana untuk menaiktarafkan sistem yang sedia ada
JMM.
Latihan seperti ini juga memberi ruang untuk pegawai bersemuka secara
langsung dengan pakar-pakar dalam bidang cuaca numerikal agensi-agensi tersebut.
Interaksi sebegini penting dalam pembentukan sikap profesional para pegawai dan
secara tidak langsung turut juga mengeratkan hubungan kerjasama antara JMM dan
agensi-agensi luar yang berkaitan.
SELEPAS INOVASI
Pegawai dapat memasang model sendiri dan dapat menghasilkan skrip operasi
supaya model dapat beroperasi secara automatik. Dengan pengetahuan scripting ini,
pegawai dapat mengubahsuai skrip yang sedia ada bagi menjadikan model operasi
lebih selamat daripada terhenti secara tiba-tiba. Sekiranya berlaku masalah dalam
perjalanan model, pegawai dapat mengenalpasti bahagian skrip yang menyebabakan
berlakunya masalah tersebut dan seterusnya membaikinya hingga beroperasi seperti
biasa.
Latihan ini juga memberi pendedahan kepada pegawai tentang proses tuning
yang boleh dilakukan bagi tujuan eksperimen ke atas model. Model-model numerikal
mempunyai pelbagai option yang boleh dicuba bagi menentukan kesesuaiannya
21
dengan kawasan negara kita. Tuning yang betul dapat meningkatkan ketepatan
ramalan dan sekaligus menaikkan mutu output model.
Melalui latihan seperti ini juga, pegawai dapat mengikuti perkembangan teknik
ramalan cuaca numerikal terkini yang dipelopori oleh negara-negara maju. Bidang ini
sentiasa berkembang sejajar dengan kepesatan perkembangan teknologi komputer.
Sekarang ini JMM hanya menjalankan regional model, dan suatu hari nanti tidak
mustahil JMM dapat menjalankan secara operasi global model dengan penurunan
harga high performance computing (HPC) system pada masa akan datang. Ini
memastikan kita tidak ketinggalan dalam teknik ramalan cuaca numerikal dari negara-
negara lain.
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Inovasi yang dilaksanakan telah berjaya memberikan faedah-faedah berikut :-
a) Kreativiti
Pegawai dapat menghasilkan skrip bagi perjalanan model secara operasi.
b) Tahap Pelaksanaan
Inovasi ini telah dilaksanakan di Seksyen NWP secara percubaan mulai
tahun 2007 dan seterusnya sehingga sekarang.
c) Penjimatan Masa
Inovasi ini telah menjimatkan masa trouble shooting bila model cuaca
numerikal mengalami masalah.
d) Peningkatan Produktiviti
Inovasi ini memberikan impak yang besar terhadap perkhidmatan Jabatan
Meteorologi Malaysia dalam menangani pertambahan pemintaan produk
ramalan cuaca numerikal. Melalui inovasi ini, produk dapat dipelbagaikan bagi
rujukan pegawai-pegawai terlibat.
22
e) Komitmen Pegawai Terlibat
Inovasi ini mendapat komitmen berterusan dari pegawai-pegawai di
Seksyen NWP yang terlibat kerana didapati memudahkan pegawai bertugas
untuk menjana setiap produk ramalan cuaca numerikal. Inovasi ini terbukti
berkesan mempertingkat dan memantapkan operasi pembekalan produk kepada
rangkaian intranet dalaman. Selain itu, pegawai yang membangunkan aplikasi ini
sentiasa memastikan ianya beroperasi pada tahap yang baik pada setiap masa.
23
INOVASI 4: PENINGKATAN SISTEM RAMALAN LAUTAN - RAMALAN OMBAK,
LURUAN RIBUT DAN TRAJEKTORI TUMPAHAN MINYAK
BERESOLUSI TINGGI
BAHAGIAN: BAHAGIAN METEOROLOGI LAUTAN DAN OSEANOGRAFI,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
______________________________________________________________________
PENGENALAN
Bahagian Meteorologi Lautan dan Oseanografi (BMLO) telah ditubuhkan pada
tahun 1975 dan beroperasi di Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia di Petaling
Jaya sehingga 27 Oktober 2010 apabila keseluruhan pentadbiran dan operasinya
dipindahkan ke Pejabat Meteorologi Labuan di W.P. Labuan. BMLO diterajui oleh
seorang Pengarah dan dibantu oleh 5 orang pegawai serta 8 orang kakitangan
sokongan.
Bahagian Meteorologi Lautan dan Oseanografi(BMLO) bertanggungjawab untuk
memantau keadaan laut dan cuaca terutamanya di kawasan Zon Ekonomi Esklusif
(ZEE) Malaysia di kawasan perairan Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulu dan
Laut Sulawesi. Selain daripada itu, pemantauan keadaan laut dan cuaca di luar
kawasan ZEE Malaysia dilakukan untuk mengenalpasti fenomena-fenomena cuaca dan
oseanografi yang berpotensi menjejaskan keadaan cuaca di kawasan ZEE dalam
tempoh beberapa hari yang akan datang. Tugas pemantauan BMLO dilaksanakan
semasa waktu pejabat dan Bahagian Ramalan (CFO) mengambilalih peranan tersebut
di luar waktu pejabat.
Antara perkhidmatan yang dibekalkan BMLO ialah maklumat meteorologi marin
dan oseanografi khususnya ramalan dan amaran awal keadaan cuaca dan laut. untuk
kegunaan nelayan pesisir pantai dan laut dalam, industri perkapalan, operasi cari gali
minyak, kegiatan ekonomi pesisir pantai, aktiviti rekreasi dan sukan laut. Di samping itu
juga, maklumat keadaan cuaca dan laut semasa dikeluarkan semasa bencana alam
dan operasi mencari dan menyelamat apabila perlu, meliputi seluruh kawasan perairan
negara.
24
Selain daripada itu, BMLO juga mengekalkan rangkaian stesen pencerapan
yang berteknikal maju bagi membantu pencerapan keadaan cuaca dan laut dan
mengoperasikan model-model ombak MMD-WAM dan MMD-MRI III dan model luruan
ombak MMD-JMA Storm Surge Model serta model tumpahan minyak MMD-JMA Oil
Spill Model. Output-output daripada model-model MMD-WAM, MMD-MRI III dan MMD-
JMA Storm Surge merupakan sumber rujukan utama jabatan bagi pengeluaran ramalan
dan amaran ombak dan luruan ribut manakala output MMD-JMA Oil Spill digunakan
untuk menentukan trajektori tumpahan minyak.
MATLAMAT INOVASI
Inovasi yang dijalankan adalah bertujuan untuk menambahbaik produk-produk
daripada segi ketepatan dan kecekapan serta mempelbagaikan produk-produk yang
dihasilkan bagi memenuhi keperluan dan meningkatkan kepercayaan pelanggan
terhadap produk yang dibekalkan.
IMPLIKASI KEWANGAN
Sebanyak enam buah pelayan komputer (computer server) telah diperolehi dengan
harga RM144,000.00 pada tahun 2002. Kempat-empat model tersebut telah dipasang
secara berperingkat-peringkat bermula dengan MMD-WAM pada 2003, MMD-JMA
Storm Surge pada 2005, MMD-MRI III dan MMD-JMA Oil Spill pada tahun 2009. Dua
buah server digunakan untuk tujuan back-up dan pasca pemprosesan.
SEBELUM INOVASI
c) Pengeluaran Produk Ramalan Ombak
Jabatan Meteorologi Malaysia menggunapakai model ombak generasi kedua
GONO (golven nordzee atau North Sea Waves) sejak Oktober 1983. Model ini
dilaksanakan pada resolusi 2O( 222 km) untuk kawasan yang dibatasi oleh 0-18O
utara dan 100-118 timur. Model ini menggunakan input data angin semasa
yang diekstrak secara manual daripada carta sinoptik permukaan. Andaian yang
digunakan ialah keadaan angin tidak berubah untuk tempoh 48 jam yang akan
datang.
25
Kekangan kawasan, resolusi dan andaian bahawa keadaan angin tidak berubah
menyebabkan GONO mempunyai beberapa kelemahan seperti berikut:
i. Output ombak yang dihasilkan pada amnya agak ketinggalan(lag/out of
phase) berbanding dengan nilai sebenar khususnya di dalam situasi di
mana terdapat ribut tropika berhampiran dan semasa berlakunya luruan
sejuk(cold surge).
ii. Di kawasan air cetek, kedalaman kurang daripada 15 meter, pembiasan
(refraction) dan kesan air cetek(shoaling) tidak diambil kira oleh GONO.
iii. Ramalan ombak cuma dapat dihasilkan untuk tempoh 48 jam yang
akan datang dengan resolusi yang rendah (222km). Oleh itu, ramalan
untuk tempoh yang lebih panjang dan kawasan yang lebih spesifik tidak
dapat dilakukan.
iv. Kekangan kawasan (0-18O utara dan 100-118 timur) menyebabkan
output model tidak dapat digunapakai untuk kawasan di luar lingkungan
ini seperti di Selat Melaka dan Laut Sulu.
26
Rajah 1: Paparan Grafik Ramalan Ombak Maksimum dari Model GONO
STEP 1 STEP 2
0000 1200 0000 1200 0000 1200 0000 UTC
Day –1 Today Day +1 Day +2
Keseluruhan proses di atas mengambil masa dua jam untuk disempurnakan kerana proses
ekstraksi data dilakukan secara manual
Rajah 2: Proses Kerja Penghasilan Ramalan Ombak Menggunakan GONO
b) Pengeluaran Produk Luruan Ribut dan Trajektori Tumpahan Minyak
BMLO tidak memiliki model-model Luruan Ribut dan Trajektori Tumpahan
Minyak. Oleh yang demikian, luruan ribut atau peningkatan paras laut akibat
angin kencang dan/atau kehadiran ribut tropika/taufan diramalkan berpandukan
kepada jadual
pertalian kekuatan angin dan/atau penurunan tekanan dengan kenaikan paras
laut . Trajektori tumpahan minyak diramalkan berdasarkan kekuatan dan arah
tiupan angin dengan andaian bahawa kelajuan pergerakan tumpahan minyak
ialah 3% daripada kelajuan angin manakala arahnya ialah 45 ke kanan
daripada arah tiupan angin.
The previous
day’s sea-
state
The current
day’s sea-
state
24-hour
sea-state
forecast
48-hour
sea-state
forecast
Wind
input
Wind
input
Wind
input
Arah
tiupan
angin
Arah pergerakan tumpahan
minyak dengan kelajuan 3%
daripada kelajuan angin
45O
27
Rajah 3: Proses Kerja Penghasilan Ramalan Pergerakan Tumpahan Minyak
Kelajuan angin pada sudut 90o dengan garisan pantai (km/j)
Luruan Ombak (meter)
30 - 40 0.1 – 0.2
40 – 50 0.3 – 0.5
50 – 60 0.5 – 0.7
60 – 70 0.7 – 0.9
Penurunan tekanan atmosfera sebanyak 1 hPa menyebabkan kenaikan paras laut sebanyak 1 cm.
Jadual 1: Proses Kerja Penghasilan Ramalan Luruan Ombak Berdasarkan
Pertalian Empirikal
INOVASI YANG DILAKSANAKAN
i) Pengoperasian model MMD-WAM dan MMD-MRI III masing-masing telah
dilaksanakan sejak Mac 2003 dan Jun 2009. MMD-WAM dan MMD-MRI III
dioperasikan menggunakan input angin sehingga 7 hari daripada model-model tersohor
dunia seperti National Center for Environmental Prediction Global Forecasting System
(NCEP-GFS) dan Naval Operational Global Atmospheric Prediction System (NOGAPS).
Data bathymetri yang digunakan ialah ETOPO5(Earth Topographic pada resolusi 5’
atau 10 km). Dua kali sehari, skrip Linux dan Perl dijalankan bagi memuat turun data
terkini ke server BMLO. Pra pemprosesan data angin dilakukan dengan menggunakan
skrip-skrip Linux dan Fortran90. Seterusnya, program-program utama akan dijalankan
menggunakan input angin yang telah diproses. Pasca pemprosesan dilakukan dengan
menggunakan perisian open source yang amat popular di kalangan komuniti
meteorologi GrADS.
28
Model ini dijalankan dalam dua mod: grid beresolusi rendah 0.5o(coarse-grid) dan grid
beresolusi tinggi 0.25o(fine-grid) masing-masing merangkumi kawasan yang dibatasi
oleh 30 Utara -20 Selatan dan 85-135 Timur dan 15 Utara -10 Selatan dan 95-120
Timur. Output bagi mod coarse-grid digunakan sebagai input kepada mod fine-grid.
Antara output yang dijana adalah ramalan ombak maksimum, signifikan, arah dan
tempoh purata sehingga 7 hari yang akan datang. Proses penjanaan output mengambil
masa 50 minit di server berkapasiti dual processor (3.06 GHz) dan RAM 4 GB.
29
Rajah 4: Paparan Grafik Ramalan Ombak Signifikan dari Model MMD-WAM dan
MMD-MRI III
Rajah 5: Proses Kerja Penghasilan Ramalan Ombak Menggunakan MMD-WAM
Pada jam 8.00 malam dan 8.00 pagi setiap hari, data angin dimuat
turun menggunakan skrip Linux dan Perl serta protokol curl/http
dan ftp ke dalam server secara automatik
Data angin dalam format grib ditukar kepada bentuk binari
menggunakan skrip Linux dan Fortran90
Program-program utama dalam Fortran77 dijalankan
untuk menghasilkan output
Skrip GrADS dijalankan untuk dalam Fortran77 dijalankan untuk
menghasilkan output-output. Sebanyak 240 carta ombak dihasilkan
untuk ramlan setiap 3 jam sehingga 180 jam yang akan datang
Carta-carta ombak dimuat naik ke laman web
dalaman dan luaran jabatan
08:00/
20:00
08:10/
20:10
08:50/
20:50
08:51/
20:51
08:52/
20:52
30
ii) Pengoperasian model MMD-JMA Storm Surge telah dilaksanakan sejak September
2005. Model ini menggunakan input angin dan tekanan atmosfera paras laut daripada
model-model jabatan MMD-MM5, MMD-WRF serta model-model tersohor dunia seperti
National Center for Environmental Prediction Global Forecasting System (NCEP-GFS)
dan Naval Operational Global Atmospheric Prediction System (NOGAPS). Data
bathymetri yang digunakan ialah GEBCO blend(pada resolusi 1’ atau 1.85 km). Dua kali
sehari, skrip Linux dan Perl dijalankan bagi memuat turun data terkini ke server BMLO.
Pra pemprosesan data angin dilakukan dengan menggunakan skrip-skrip Linux, perl, C
dan Fortran90. Seterusnya, program-program utama yang ditulis dalam Fortran77 dan
C akan dijalankan menggunakan input angin yang telah diproses. Pasca pemprosesan
dilakukan dengan menggunakan perisian open source yang amat popular di kalangan
komuniti meteorologi GrADS.
Model ini dijalankan dalam dua konfigurasi grid beresolusi 1’ dan 2’ merangkumi
kawasan yang dibatasi oleh 0-25 Utara dan 90-124 Timur. Output yang dijana adalah
ramalan kenaikan paras laut sehingga 7 hari yang akan datang. Proses penjanaan
output mengambil masa 20-30 minit di server berkapasiti dual processor (3.06 GHz)
dan RAM 4 GB.
31
Rajah 6: Paparan Grafik Ramalan Kenaikan Paras laut dari Model MMD-JMA Storm
Surge
32
Rajah 7: Proses Kerja Penghasilan Grafik Ramalan Kenaikan Paras laut dari Model
MMD-JMA Storm Surge
Pada jam 8.00 malam dan 8.00 pagi setiap hari, data angin dimuat
turun menggunakan skrip Linux dan Perl serta protokol curl/http
dan ftp ke dalam server secara automatik
Data angin dalam format grib1 diproses menggunakan skrip
Linux, C dan Fortran90
Program-program utama dalam Fortran77 dijalankan
untuk menghasilkan output
Skrip GrADS dijalankan untuk dalam Fortran77 dijalankan untuk
menghasilkan output-output. Sebanyak 240 carta kenaikan paras
laut setiap 3 jam sehingga 180 jam yang akan datang
Carta-carta kenaikan paras laut dimuat naik ke
laman web dalaman dan luaran jabatan
08:00/
20:00
08:10/
20:10
08:30/
20:30
08:31/
20:31
08:31/
20:31
33
iii) Model MMD-JMA Oil Spill telah dipasang di server jabatan pada bulan Jun 2009.
Model ini dijalankan mengikut keperluan sekiranya berlaku kejadian tumpahan minyak
atau kejadian bot atau objek hanyut. Input utama model ini ialah data angin, arus lautan
dan ombak. Selain daripada itu, data mengenai jenis tumpahan minyak juga perlu
dimasukkan bagi mengetahui berkenaan dengan kesan cuaca ke atas tumpahan
minyak daripada segi pemeruapan dan pembauran.
Rajah 8: Paparan Grafik Ramalan Pergerakan Tumpahan Minyak dari Model MMD-
JMA Oil Spill
34
SELEPAS INOVASI
Selepas inovasi diperkenalkan di BMLO beberapa penambahbaikan telah dapat
dicapai seperti berikut:
i) Produk ramalan ombak dapat dipertingkatkan ketepatan dengan paparan
grafik ynag lebih menarik. Kawasan liputan juga dapat diperluaskan. Pelbagai
output berkaitan ombak dapat dihasilkan seperti tempoh dan arah ombak.
ii) Produk ramalan luruan ombak yang jauh lebih tepat dan dalam paparan
grafik yang lebih menarik dapat dihasilkan menggunakan model numerikal
berbanding kaedah manual yang dilakukan sebelum ini.
iii) Produk ramalan trajektori tumpahan minyak yang jauh lebih tepat dan dalam
paparan grafik yang lebih menarik dapat dikeluarkan.
iv) Keyakinan pelanggan bertambah berdasarkan maklumbalas yang diterima
seperti semasa Latihan Melawan Tumpahan Minyak di Kerteh Terengganu
v) Pertambahan permintaan daripada pelanggan seperti TLDM, Jabatan Laut,
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Taman Laut Malaysia,
syarikat-syarkat feri dan pihak berkuasa pelabuhan.
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN
Inovasi yang dilaksanakan telah berjaya memberikan faedah-faedah berikut :-
a) Kreativiti
Kepakaran pegawai-pegawai dalam penulisan dan pengubahsuaian skrip
Linux, Fortran77, Fortran90, GrADS, GMT, Perl dan C diperlukan. Selain
daripada itu, pegawai-pegawai perlu memiliki kemahiran dalam beberapa
protokol seperti ftp, http dan curl serta pemasangan sistem pengoperasin Linux.
Kesemua kerja-kerja pengubahsuaian dan pengoperasian model-model
dilakukan secara in-house setelah pegawai menjalani latihan asas dalam
permodelan marin.
35
b) Tahap Pelaksanaan
Inovasi ini telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di BMLO
bermula dengan model MMD-WAM pada Mac 2003, MMD-JMA Storm Surge
pada September 2005, MMD-MRI III dan MMD-JMA Oil Spill pada Jun 2009.
Paparan produk bagi model MMD-WAM dapat diakses melalui laman web luaran
jabatan manakala kesemua produk tersebut dimuat naik ke laman web dalaman
jabatan untuk rujukan pegawai semasa menyediakan ramalan dan amaran
marin.
c) Replicability
Kesemua model ini boleh dipasang di sebarang komputer atau server
Linux yang memiliki compiler open source Fortran77, Fortran90, Perl, C, GMT
dan GrADS. Cuma sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan pada skrip mengikut
susunan sistem file Linux iaitu home directory. Kelebihan utama inovasi ini ialah
kesemua model menggunakan source code bersifat open source dan boleh
dipasang dengan pengubahsuaian yang minimum di server Linux sama ada 32-
bit atau 64-bit seperti Fedora, CentOS, SuSE, Ubuntu dan sebagainya. Oleh
yang demikian biarpun perkakasan komputer menjadi usang dan perlu
penggantian, model-model tersebut boleh diadaptasi , dipasang dan
dioperasikan di dalam komputer atau server yang baru.
d) Penjimatan Masa
Inovasi ini telah menjimatkan masa penyediaan setiap produk berbanding
dengan sebelum inovasi kerana sebelum ini banyak pengiraan dan penyediaan
data dilakukan secara manual. Jika sebelum ini, output model ombak pada
resolusi rendah dan kawasan liputan yang kecil memerlukan masa dua jam
setengah untuk dihasiakan secara manual, kini dalam masa kurang daripada
satu jam paparan yang menarik dapat dikeluarkan secara automatik.
36
e) Peningkatan Produktiviti
Inovasi ini memberikan impak yang besar terhadap perkhidmatan Jabatan
Meteorologi Malaysia dalam menangani pertambahan pemintaan produk
ramalan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta dari semasa ke semasa.
Melalui inovasi ini, masa untuk menjana produk dapat disingkatkan, paparan
produk diperkemaskan dan kos dapat dijimatkan.
f) Komitmen Pegawai Terlibat
Inovasi ini mendapat komitmen berterusan dari pegawai-pegawai di
Bahagian Meteorologi Lautan dan Oseanografi(BMLO) yang terlibat kerana
produk-produk yang dihasilkan lebih tepat dan prosedur untuk menjalankan
program dan skrip amat mudah. Selain daripada itu, produk-produk tersebut
dijadikan rujukan pegawai jabatan dalam penyediaan ramalan marin dan agensi-
agensi lain untuk kegunaan operasi. Pemantauan penghasilan produk dapat
dilakukan dari sebarang tempat yang ada kemudahan Internet bagi kerja-kerja
trouble shooting sekirannya perlu.