jabatan laut malaysia€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang...

13
1 JABATAN LAUT MALAYSIA __________________________________________________________________ PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) BERHUBUNG KEHADIRAN KE PEJABAT SELEPAS TAMAT TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) ________________________________________________________________ 1. TUJUAN Prosedur Operasi Standard (SOP) ini bertujuan untuk menggariskan langkah-langkah bersifat pencegahan yang perlu dipatuhi oleh semua pegawai/ kakitangan Jabatan Laut Malaysia (JLM) yang akan hadir ke pejabat selepas tamatnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 2. LATAR BELAKANG Penularan wabak COVID-19 telah menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat. Dalam usaha untuk memelihara kebajikan pegawai/kakitangannya, maka JLM akan melaksanakan beberapa tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan JLM dalam menangani isu wabak COVID-19 khususnya selepas tempoh PKP tamat. Umumnya, SOP terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu ketika hadir ke pejabat, semasa berada dipejabat dan ketika pulang

Upload: others

Post on 26-Jul-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

1

JABATAN LAUT MALAYSIA __________________________________________________________________

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

BERHUBUNG KEHADIRAN KE PEJABAT SELEPAS

TAMAT TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

________________________________________________________________

1. TUJUAN

Prosedur Operasi Standard (SOP) ini bertujuan untuk

menggariskan langkah-langkah bersifat pencegahan yang perlu

dipatuhi oleh semua pegawai/ kakitangan Jabatan Laut Malaysia

(JLM) yang akan hadir ke pejabat selepas tamatnya tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. LATAR BELAKANG

Penularan wabak COVID-19 telah menimbulkan kebimbangan di

kalangan rakyat. Dalam usaha untuk memelihara kebajikan

pegawai/kakitangannya, maka JLM akan melaksanakan beberapa

tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang

selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan

panduan kepada semua pegawai/kakitangan JLM dalam

menangani isu wabak COVID-19 khususnya selepas tempoh PKP

tamat. Umumnya, SOP terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu

ketika hadir ke pejabat, semasa berada dipejabat dan ketika pulang

Page 2: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

2

dari pejabat. SOP ini juga menggariskan tanggungjawab yang perlu

digalas oleh semua pegawai/kakitangan JLM dan juga oleh Ketua-

Ketua Jabatan.

3. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL PENULARAN JANGKITAN

COVID-19

Bagi mengekang penularan Covid19 selepas tamat tempoh PKP,

maka pengurusan JLM telah menggariskan langkah-langkah berikut

yang wajib dipatuhi oleh semua pegawai/kakitangan JLM.

3.1 KETIKA HADIR KE PEJABAT

Pegawai/kakitangan yang akan memasuki pejabat selepas tamat

tempoh PKP perlulah:

i) Menandatangani Borang Pengisytiharan Maklumat

Kesihatan seperti di Lampiran 1. Borang pengisytiharan ini

adalah untuk memastikan pegawai/kakitangan yang hadir ke

pejabat tidak mempunyai gejala Covid-19 dan tidak

mempunyai kontak dengan pengidap atau disyaki pengidap

Covid-19. Borang ini cuma diisi pada hari pertama hadir

ke pejabat selepas tamat PKP;

ii) Menjalani imbasan suhu badan bagi memastikan pegawai

sentiasa sihat;

iii) Apabila imbasan suhu badan dibuat dan didapati bacaan di

bawah 38 darjah celcius maka kebenaran akses boleh

diberikan. Namun sekiranya bacaan melebihi 38 darjah

celcius, maka pegawai/kakitangan tidak akan dibenarkan

Page 3: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

3

mengakses bangunan pejabat dan secara automatik

menjadi Person Under Investigation (PUI).

iv) Mereka yang tidak melepasi bacaan perlu segera ke Klinik

Kesihatan atau Hospital berdekatan.

v) Tatacara pengendalian PUI boleh dirujuk kepada cabutan

Garis Panduan Pengendalian Isu-Isu Berhubung Penularan

Jangkitan Wabak Covid-19 Di Premis Kerajaan yang telah

dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sepertimana

di Lampiran 2;

vi) Memakai topeng muka (face mask) semasa memasuki

kawasan pejabat; dan

vii) Merekodkan waktu kehadiran ke pejabat di dalam Buku Log

Kedatangan yang telah disediakan. Buat sementara waktu ini,

rekod kedatangan dibuat secara manual bagi menggantikan

sistem kedatangan elektronik yang digunakan sekarang.

3.2 KETIKA BERADA DI PEJABAT

Pegawai/kakitangan yang telah memasuki pejabat perlulah

memastikan perkara-perkara berikut:

i) Sentiasa memakai topeng muka (face mask);

ii) Ruang kerja dan peralatan kerja seperti telefon, keyboard

komputer dan meja pejabat perlulah sentiasa bersih;

iii) Jarakkan diri sejauh satu (1) meter dari pegawai lain

termasuk tempat duduk di pejabat (social distancing);

iv) Perlu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti

kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun

selama 20 saat atau bahan cecair pencuci tangan (hand

sanitizer);

Page 4: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

4

v) Dilarang makan di ruang pantri dan mengurangkan

pengendalian makanan serta mengelakkan perkongsian

makanan;

vi) Elakkan berkongsi utensil di ruang pantri;

vii) Disyaratkan pemakaian sarung tangan bagi mereka yang

menguruskan surat-menyurat atau hantaran dari luar;

viii) Kurangkan pergerakan di ruang kerja atau perjumpaan

dengan pegawai/pelanggan. Penggunaan telefon atau tele-

conference amatlah digalakkan;

ix) Mesyuarat perlu dilaksanakan secara online/ video

conferencing. Mesyuarat bersemuka yang tidak dapat

dielakkan perlu mengikut tatacara berikut:

a. Bilik mesyuarat dibuka sebelum mesyuarat dan dikunci

selepas akhir mesyuarat;

b. Mereka yang menjaga bilik mesyuarat perlulah

memastikan bilik mesyuarat tersebut dinyahkuman

sebelum dan selepas mesyuarat; dan

c. Aturan kedudukan pegawai di bilik mesyuarat perlulah

dijarakkan sejauh satu (1) meter.

x) Elakkan bersalaman dengan pegawai lain; dan

xi) Sebarang perhimpunan/perjumpaan berskala besar adalah

tidak dibenarkan sehingga dimaklumkan kemudian.

3.3 KETIKA PULANG DARI PEJABAT

Selepas tamat waktu bekerja, pegawai/kakitangan perlulah

mengikuti tatacara berikut:

Page 5: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

5

i) pastikan jarak sekurang-kurangnya satu (1) meter semasa

pegawai/kakitangan mengisi waktu balik di dalam Buku Log

Kedatangan;

ii) Pastikan tangan dibersihkan dengan menggunakan sabun

atau hand sanitizer; dan

iii) elakkan dari berkumpul di tempat letak kenderaan atau di

tempat-tempat lain di premis pejabat.

4. TATACARA DI RUANG UMUM (LOBI, KAFETERIA (JIKA ADA) DAN SEBAGAINYA Pegawai/kakitangan hendaklah :

i) Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing)

sekurang-kurangnya satu (1) meter dari orang lain;

ii) Menggunakan cecair hand sanitizer yang telah diletakkan di

lokasi-lokasi sekitar pejabat sebelum menyentuh peralatan

premis seperti tombol pintu, railing tangga besi dan

sebagainya;

iii) Mematuhi waktu operasi kafeteria bermula jam 7.00 pagi

hingga 3.00 petang;

iv) Beratur dengan tertib apabila membeli makanan di kafeteria

atau memasuki bilik mesyuarat/perbincangan; dan

v) Hanya kaedah bungkusan dibenarkan bagi menjual

makanan dan minuman di kafeteria. Pegawai/kakitangan

digalakkan membawa bekas makanan dan minuman sendiri

semasa membeli di kafeteria bagi mengurangkan

penggunaan bungkusan plastik.

Page 6: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

6

5. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI/KAKITANGAN

Pegawai/kakitangan adalah bertanggungjawab untuk :

i) Memastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang baik

dan tiada gejala-gejala tidak sihat seperti demam, batuk,

selsema atau sesak nafas sebelum datang ke pejabat;

ii) Sekiranya disyaki, disahkan positif atau dikenakan arahan

kuarantin di rumah akibat Covid-19, pegawai/kakitangan

bertanggungjawab melaporkan kepada penyelia/Ketua

Jabatan masing-masing dan Unit Pengurusan Sumber

Manusia dengan serta-merta sebaik sahaja disahkan oleh

Pegawai Perubatan dan mematuhi peraturan yang diberikan;

iii) Memastikan menyimpan maklumat sejarah kesihatan dan

perjalanan 14 hari sebelum sekiranya terdapat gejala-gejala

tidak sihat bagi tujuan pemakluman kepada petugas

kesihatan;

iv) Memastikan topeng muka (face mask) sentiasa dipakai;

v) Memastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum

mengendalikan dokumen secara fizikal atau sebelum

membuat edaran;dan

vi) Pegawai/kakitangan hendaklah mengamalkan nilai

berintegriti seperti yang digariskan dalam, di mana berkaitan:

a. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993; dan

b. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) (Pindaan) 2002.

vii) Pegawai/kakitangan diingatkan untuk tidak

menyalahgunakankan peruntukan di dalam SOP ini untuk

tidak hadir ke pejabat secara tidak wajar. Mereka yang

Page 7: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

7

didapati ingkar akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut

peruntukan peraturan yang terpakai.

6. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk :

i) Memastikan pegawai/kakitangan yang hadir ke pejabat dalam

keadaan tidak sihat agar segera mendapatkan rawatan di

Klinik Kesihatan/Hospital;

ii) Memastikan pegawai/kakitangan berstatus Person Under

Investigation (PUI) tidak hadir ke pejabat;

iii) Melaksanakan imbasan suhu kepada semua

pegawai/kakitangan dan pelanggan di semua pintu masuk

premis;

iv) Menghadkan bilangan dan pergerakan pelanggan di dalam

premis Kerajaan;

v) Memastikan penyediaan kemudahan cecair hand sanitizer di

lokasi-lokasi strategik;

vi) Melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala dengan

menggunakan disinfectant terutamanya di tempat yang selalu

di sentuh orang ramai seperti tombol/pemegang pintu, railing

tangga besi, suis lampu, kepala paip dan sebagainya; dan

vii) Memberi peringatan kepada pegawai/kakitangan secara

lisan, elektronik, cetak dan lain-lain untuk mematuhi saranan

penjagaan kebersihan dan langkah pencegahan yang

dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari

semasa ke semasa.

Page 8: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

8

7. PEMAKAIAN DAN TARIKH KUATKUASA

i) Prosedur ini berkuat kuasa mulai tarikh tamat PKP

dikeluarkan dan perlu dibaca bersama dengan arahan atau

peraturan lain yang berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak

berkuasa dari semasa ke semasa.

ii) Jabatan Laut Wilayah hendaklah menggunakan SOP ini

dengan membuat beberapa pengubahsuaian mengikut

kesesuaian tempat masing-masing.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(DATO’ HJ. BAHARIN BIN DATO’ ABDUL HAMID) Ketua Pengarah Laut Jabatan Laut Malaysia 21 April 2020

Page 9: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

1

Lampiran 1

BORANG PENGISYTIHARAN MAKLUMAT KESIHATAN

JABATAN LAUT MALAYSIA

MAKLUMAT INDIVIDU

1. Nama : ________________________________________________________

2. Bahagian/Unit: __________________________________________________

3. Nombor Kad Pengenalan: _________________________________________

4. Jantina: _______________________________________________________

5. Alamat Rumah: _________________________________________________

6. No. Telefon: ____________________________________________________

7. Bacaan Suhu: __________________________________________________

PENGISYTIHARAN

1. Pernahkah anda melawat negara-negara yang mengalami Covid-19 seperti

diisytiharkan oleh WHO dalam tempoh masa 14 hari yang lepas?

Ya [ ] Tidak [ ]

Jika anda menjawab Ya, sila nyatakan negara tersebut:

_____________________________________________________________

2. Adakah anda mempunyai sebarang gejala berikut, sila tandakan petak yang

berkenaan.

Demam [ ]

Sakit tekak [ ]

Batuk [ ]

Sesak nafas [ ]

Lain-Lain. Sila nyatakan:

______________________________________________________________

Page 10: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

2

3. Adakah anda berhubung rapat dengan individu yang disyaki/disahkan

mempunyai Covid-19?

Ya [ ] Tidak [ ]

4. Adakah anda dimasukkan ke hospital dalam tempoh masa 14 hari yang

lepas?

Ya [ ] Tidak [ ]

Sekiranya Ya, sila nyatakan sebab kemasukan tersebut:

________________________________________________________________

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa maklumat di atas adalah tepat dan benar.

Tandatangan:

Nama :

Tarikh :

Page 11: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

1

Lampiran 2

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ISU-ISU BERHUBUNG PENULARAN JANGKITAN WABAK COVID-19 DI PREMIS KERAJAAN

Setelah melaksanakan imbasan suhu badan terhadap pegawai,

Ketua Jabatan boleh mengarah mana-mana pegawai yang

disyaki untuk menjalani ujian COVID-19. Tindakan selanjutnya

adalah bergantung kepada situasi seperti yang berikut:

(a) sekiranya ujian COVID-19 telah dilakukan oleh

Pengamal Perubatan, pegawai boleh menikmati

kemudahan seperti yang berikut:

Bil Situasi Kemudahan/Peraturan Sedia Ada

1. Pegawai disahkan positif COVID-19 dan diberi sijil sakit oleh Pengamal Perubatan

Cuti Sakit di bawah Perintah Am 17, Bab C (Cuti)

2. Pegawai dikategorikan sebagai Patient Under Investigation (PUI)

Pegawai dibenarkan tidak hadir atas Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di atas Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]

Page 12: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

2

3. Pegawai menunggu keputusan ujian COVID 19

Pelepasan khas daripada bertugas sehingga keputusan ujian COVID-19 diperolehi

4. Pegawai diberi perakuan oleh Pengamal Perubatan untuk self quarantine di rumah

Pelepasan khas daripada bertugas selama 14 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am)

(b) sekiranya Pengamal Perubatan mendapati pegawai

tidak perlu menjalani ujian COVID-19 tetapi Ketua

Jabatan masih mahu mengambil langkah-langkah

pencegahan, maka Ketua Jabatan boleh

mempertimbangkan salah satu tindakan seperti yang

berikut:

Bil Situasi Kemudahan/Peraturan Sedia Ada/Tindakan

1. Pegawai diarah untuk self quarantine di rumah

Pegawai boleh diberi pelepasan khas daripada bertugas selama 7 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am)

2. Pegawai diarahkan untuk bekerja dari rumah

Arahan Ketua Jabatan

Page 13: JABATAN LAUT MALAYSIA€¦ · tindakan bagi memastikan wujudnya persekitaran tempat kerja yang selamat dan kondusif. SOP ini dikeluarkan sebagai rujukan dan panduan kepada semua pegawai/kakitangan

3

Walau apapun, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk

memastikan bilangan pegawai yang mencukupi berada di

abatan masing-masing, bagi memastikan kualiti penyampaian

perkhidmatan tidak terjejas.