jabatan kehakiman syariah terengganusyariah.terengganu.gov.my/files/doc...

36
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

Upload: others

Post on 02-Sep-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

Page 2: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

"TAATILAH PARA PEMIMPIN"

Firman Allah Taala:

"Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah

Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu".

(An-Nisa : 59)

Page 3: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

PELAN STRATEGIK

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH

TERENGGANU

2019-2023

Page 4: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu - Fasal 49A (1)

49A (1) Maka hendaklah ditubuhkan

dalam Negeri sebuah Mahkamah

Rayuan Syariah, sebuah Mahkamah

Tinggi Syariah dan seberapa banyak

Mahkamah Rendah Syariah

sebagaimana yang boleh ditubuhkan

melalui undang-undang.

Enakmen Mahkamah Syariah

(Terengganu) 2001, Bahagian II, Seksyen 4

Penubuhan Mahkamah Syariah

4. (1) Duli Yang Maha Mulia Sultan,

atas nasihat Majlis, boleh melalui

pemberitahuan dalam Warta

menubuhkan Mahkamah-mahkamah

Rendah Syariah bagi Negeri

Terengganu di tempat-tempat yang

difikirkannya patut.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas

nasihat Majlis, boleh melalui

pemberitahuan dalam Warta

menubuhkan Mahkamah Tinggi

Syariah bagi Negeri Terengganu.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas

nasihat Majlis, boleh melalui

pemberitahuan dalam Warta

menubuhkan Mahkamah Rayuan

Syariah bagi Negeri Terengganu.

(4) Duli Yang Maha Mulia Sultan,

selepas berunding dengan Ketua

Hakim Syarie, boleh menetapkan

secara bertulis suatu kod etika yang

mesti dipatuhi oleh semua Hakim

Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan

Syariah.

Page 5: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

BAB 1 PENDAHULUAN

………RINGKASAN EKSEKUTIF

………LATAR BELAKANG

………CARTA ORGANISASI

………LAKARAN KECEMERLANGAN

………FUNGSI DAN PERANAN

………PUNCA KUASA

BAB 2 SENARIO PERSEKITARAN

………PEMEGANG TARUH, PELANGGAN DAN RAKAN STRATEGIK

KATA-KATA ALUAN

BAB 3 HALA TUJU STRATEGIK

………VISI DAN MISI

………SLOGAN DAN NILAI-NILAI BERSAMA

Page 6: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

BAB 4 STRATEGI DAN FORMULASI TINDAKAN

………TERAS STRATEGIK

………PELAN TINDAKAN

________________Strategi-Strategi

________________Program

________________Indikator

________________Sasaran dan Tahun Sasaran

________________Strategi-Strategi

BAB 5 IMPLEMENTASI KE ARAH KEJAYAAN

………MEKANISME PELAKSANAAN

………PEMANTAUAN & PENILAIAN

………ELEMEN PENENTU KEJAYAAN & THE WAY FORWARD

BAB 6 PENUTUP

Page 7: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

PERUTUSAN

KETUA HAKIM SYARIE

Alhamdulillah, saya merafakkan

kesyukuran kepada Allah S.W.T atas

limpah perkenan-Nya yang memberi

kemudahan dan keizinan-Nya bagi

menyempurnakan dokumen Pelan

Strategik 2019-2023 bagi Jabatan

Kehakiman Syariah Terengganu

(JKSTR).

Sebagai permulaan, terlebih dahulu

saya merakamkan ucapan terima

kasih dan tahniah kepada Ketua

Pendaftar dan Pengarah Khidmat

Pengurusan yang telah mengambil

inisiatif dan bekerjasama dengan

Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU) bagi mengadakan Bengkel

Pembangunan Pelan Strategik 2019-

2023 di Cameron Highland, Pahang.

Bengkel ini turut disertai oleh

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

Kedah, Jabatan Kehakiman Syariah

Pahang dan Jabatan Kehakiman

Syariah Sarawak. Pendekatan

usahasama dan perkongsian pintar

antara negeri-negeri telah banyak

menyumbang input dalam

penyediaan dokumen ini.

Setiap warga kerja semestinya

mengetahui JKSTR ditubuhkan

dengan objektif yang berikut:

a) Mengurus pengendalian kes-

kes mal dan jenayah secara

tepat dan tertatur mengikut

hukum syarak dan undang-

undang mengikut masa yang

ditetapkan;

b) Menguatkuasa dan

melaksanakan pengurusan

penghakiman secara teratur

dan berkesan;

c) Memberi perkhidmatan

penyelesaian kes secara

alternatif yang berkesan;

d) Menyedia, merancang dan

membangunkan modal insan

yang mencukupi, terlatih dan

kompeten; dan

e) Melaksanakan tadbir urus

jabatan mengikut arahan dan

peraturan dari masa ke masa

berdasarkan keperluan

sesebuah Mahkamah Syariah

Secara akademiknya, pengurusan

adalah proses merancang,

mengorganisasi, memimpin dan

mengawal daya usaha ahli organisasi

dan menggunakan sumber lain

dalam organisasi bagi mencapai

matlamat organisasi. Manakala

strategik pula adalah seni untuk

Page 8: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

memilih sesuatu kaedah terbaik bagi

tujuan masa depan.

Syariah menggambarkan kelakuan

organisasi yang cekap dan berkesan

merangkumi konsep ihsan atau

kecemerlangan mengambilkira

tujuan utama untuk mencapai berkat

Allah S.W.T. Shaddad ibn Aws

mengaitkan, dalam Sahih Muslim,

Hadith No. 4810, bahawa Nabi

Muhammad S.A.W. mengajarkan

bahawa, "Tuhan telah menetapkan

kecemerlangan dalam segala

hal.....".

Dalam merealisasikan pembentukan

Pelan Strategik 2019-2023 JKSTR ini,

jabatan telah berusaha

menggabungkan nilai Islam dalam

perancangan mengikut garis

panduan Syariah.

Oleh itu, jabatan telah menetapkan

dua prinsip utama bagaimana Pelan

Strategik 2019-2023 JKSTR dapat

dilakukan. Pertama, prinsip Syariah

yang memberi penekanan pada

peraturan-peraturan Ilahi di dalam

aspek kehakiman dan perundangan,

didorong oleh nilai-nilai spiritual Al-

Quran dan Hadis, yang mana setiap

warga kerja harus memerhatikan

bersama-sama dengan aspek urusan

duniawi. Kedua, prinsip Syariah yang

memberi kecenderungan kepada

perkembangan dan pelaksanaan

sifat-sifat luaran pentadbiran dan

proses pengurusan kes berasaskan

teknik kepakaran dan keilmuan.

Setiap tingkah laku apabila

melaksanakan perancangan strategik

akan dilakukan secara profesional,

integriti serta adil dan saksama yang

menjadi teras kepada nilai-nilai

murni jabatan.

Ringkasnya, Pelan Strategik 2019-

2023 JKSTR ini meletakkan harapan

tinggi atas tiap-tiap tindakan

terancang terhadap sumber yang

dimiliki bagi mencapai atau dicapai,

dan meneruskan usaha dengan

keberkatan ke arah kecemerlangan

jabatan secara kreatif dan inovatif.

Untuk merealisasikan dan

melaksanakan pelan startegik ini

bukan suatu tugas yang mudah.

Komitmen tinggi dan usaha serius

yang diberikan oleh pegawai

pengurusan dan kakitangan menjadi

satu turning point bagi memastikan

kejayaan dan kecemerlangan

perkhidmatan jabatan dapat

mengekalkan persaingan dalam

persekitaran untuk mencapai

matlamat organisasi.

Akhir sekali, saya berharap Pelan

Strategik 2019-2023 JKSTR akan

menjadi satu dokumen penting ke

arah pelaksanaan tanggungjawab

yang lebih fokus, terancang,

sistematik dan mampu memberi

perkhidmatan kehakiman terbaik

kepada mereka semua yang

berkepentingan.

“SYARIAH ASAS KEADILAN”

( Y.A.A. TUAN HAJI WAN MOHD

ZAKRI BIN WAN MOHD )

KETUA HAKIM SYARIE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH

TERENGGANU.

Ogos 2018.

Page 9: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

BAB 1

PENDAHULUAN

………RINGKASAN EKSEKUTIF

………LATAR BELAKANG

………CARTA ORGANISASI

………LAKARAN KECEMERLANGAN

………FUNGSI DAN PERANAN

………PUNCA KUASA

Page 10: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

RINGKASAN

EKSEKUTIF Jabatan kehakiman Syariah

Terengganu (JKSTR) sentiasa

berusaha memperkasakan

perkhidmatan kehakiman syariah

melalui pelbagai pendekatan dan

usaha bertujuan memastikan bahawa

masyarakat sedar dan faham

ketinggian syiar Islam dan ajarannya.

Pendekatan memperkasakan

perundangan syariah melalui

penyemakan dan penggubalan

undang-undang, memperkasakan

sistem penyampaian perkhidmatan

melalui penggunaan teknologi

maklumat, memperkasakan kreativiti

dan inovasi melalui pembudayaan

inovasi di kalangan warga kerja dan

memperkasakan modal insan melal ui

pelan latihan komprehensif

merupakan pendekatan yang

menjadi teras jabatan.

Pelan Strategik ini mengandungi Visi,

Misi, Objektif Strategik, Nilai

Bersama dan Pelan Tindakan yang

memastikan pendekatan tersebut

dapat direalisasikan dengan wajar

dan patut. Jabatan telah membuat

semakan dan menyusun semula

pendekatan sedia ada kepada bentuk

baharu melalui visi, misi dan pelan

tindakan yang lebih jelas dan fokus.

Jabatan telah menetapkan visi dan

misi baharu yang akan menjadi hala

tuju baharu yang perlu dicapai

dengan tindakan-tindakan yang telah

dirancang dalam tempoh lima (5)

tahun. Moto / Slogan jabatan

diselaraskan dan diseragamkan

dengan Jabatan Kehakiman Syariah

Malaysia iaitu “Syariah Asas Keadilan”

dengan menzahirkan bahawa Hukum

Syarak merupakan asas keadilan

sejagat.

Nilai-nilai Bersama seperti

Profesional, Berintegriti, Adil dan

Saksama sentiasa dipupuk dan diberi

perhatian di kalangan pegawai dan

kakitangan pada sepanjang masa

perkhidmatan.

Pelan Strategik JKSTR 2019-2023

meletakkan dua teras utama. Dua

Teras Utama ini dilaksanakan melalui

lapan (8) strategi dengan 26 Program

/ Projek yang dinilai melalui 39

Indikator / Sasaran mulai tahun

2019-2023.

Pelan Strategik ini seterusnya akan

melalui tempoh Pelaksanaan

Pengurusan Strategik bermula tahun

2019 hingga 2023 yang perlu dibuat

Pemantauan & Pengukuran Pretasi

termasuk Penilaian & Semakan

Semula Program Strategik mengikut

tempoh yang ditetapkan.

Jabatan Kehakiman Syariah

Terengganu (JKSTR) perlu

melaksanakan penilaian pelaksanaan

dari masa ke masa bagi memastikan

pencapaian visi melalui misi yang

dibuat mengikut objektif-objektif

yang ditetapkan. Pencapaian

tersebut dapat dilihat melalui tahap

kepuasan pelanggan dan pemegang

taruh disamping tahap keberkesanan

penyampaian perkhidmatan

kehakiman syariah di Terengganu.

Page 11: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

LATAR BELAKANG JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH

TERENGGANU

Jabatan Kehakiman Syariah

Terengganu (JKSTR) ditubuhkan

mengikut Kebenaran Perjawatan

Negeri Terengganu Bil. 2/1988; dan

mula berkuatkuasa pada 1 Januari

1988, di bawah Kepala Bekalan B

027-Negeri Terengganu.

Sebelum ditubuhkan, sebahagian

besar fungsi Jabatan Kehakiman

Syariah Terengganu telah

dikendalikan di bawah Bahagian

(Aktiviti) “Mahkamah (Qadi)” di

Jabatan Hal Ehwal Agama

Terengganu. Berdasarkan Kebenaran

Perjawatan Negeri Terengganu Bil.

2/1988, mulai 1 Januari 1989

Jabatan Kehakiman Syariah

Terengganu (JKSTR) telah diasingkan

pengurusan dan pentadbirannya

daripada Jabatan Hal Ehwal Agama

Terengganu (JHEAT).

Pada 4 Disember 1994, mesyuarat

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

mempertimbangkan cadangan

membina Bangunan Baharu

Mahkamah Syariah Terengganu. Pada

2 Mei 2000, Mahkamah Syariah

Terengganu telah beroperasi di

Bangunan Mahkamah Syariah

Terengganu, di Jalan Sultan

Mohamad, 21100 Kuala Terengganu,

iaitu bersebelahan Kompleks

Mahkamah (Sivil) Kuala Terengganu.

Bangunan ini dirasmikan oleh DYMM

AI-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan

Zainal Abidin Ibni AI-Marhum Al-

Sultan Mahmud AI-Muktafi Billah

Shah.

Mengikut peruntukan di dalam

Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal

Agama Islam (Terengganu) 1986,

[Enakmen Terengganu Bil.

12/1986], Mahkamah Syariah di

dalam negeri ini diwujudkan dalam

tiga peringkat, iaitu Mahkamah

Rayuan Syariah; Mahkamah-

Mahkamah Tinggi Syariah; dan

Mahkamah Rendah Syariah Daerah-

Daerah (7 daerah).

Enakmen Terengganu Bil. 12/1986

itu kemudiannya digantikan dengan

Enakmen Mahkamah Syariah

(Terengganu) 2001, berkuatkuasa

mulai 1 haribulan Ogos 2002 dan

masih mengekalkan tiga peringkat

Mahkamah Syariah tersebut yang

diurustadbir melalui Jabatan

Kehakiman Syariah Terengganu

(JKSTR). Kemudian, organisasi

Jabatan Kehakiman Syariah

Terengganu yang sedia ada

dipecahkan kepada beberapa

bahagian / Unit.

Tiap-tiap Mahkamah mempunyai

dua bahagian iaitu Bahagian

Kehakiman Mahkamah dan Bahagian

Pengurusan Mahkamah.

Struktur organisasi JKSTR seterusnya

berlaku perubahan dari aspek

pengukuhan perjawatan dan

perkhidmatan dari masa ke masa.

Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) Bil.

N21 Tahun 2017 diluluskan dengan

penyusunan semula organisasi

mengikut model JKSM.

Page 12: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

CARTA ORGANISASI

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU S.K.P. N21/2017

PEJABAT KETUA HAKIM SYARIE

INSTITUSI KEHAKIMAN

PENDAFTARAN DAN

PENGURUSAN

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

UNIT PENGURUSAN MAHKAMAH

RENDAH SYARIAH

UNIT PENGURUSAN MAHKAMAH

TINGGI SYARIAH DAN RAYUAN

SYARIAH

UNIT SULH

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

DAERAH HULU TERENGGANU

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

DAERAH KEMAMAN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

DAERAH BESUT

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH DUNGUN

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH MARANG

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

DAERAH SETIU

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH

DAERAH KUALA TERENGGANU

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

Page 13: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

Pengauditan Pengurusan

Kew

angan Indeks A

kauntabiliti

(A

I) 2012

4 Bin

tang

APIC

2013

Bukit G

am

bang R

eso

rt C

ity,

Pahang

Anugerah Em

as 3 Bin

tang

IC

QC

C 2013 T

aip

ei

Internatio

nal C

onventio

n

Center, T

aip

ei, T

aiw

an

Excelle

nce A

ward

IC

QC

C 2014

Keio

Pla

za H

otel, Shin

juku,

To

kyo

, Jepun

Go

ld A

ward

Penilaia

n A

nugerah IC

T K

etua Pengarah

JK

SM

Tem

pat Pertam

a

Katego

ri Ibu Peja

bat

Tem

pat Pertam

a

Katego

ri M

ahkam

ah R

endah Syaria

h

Daerah

Konvensyen APIC 2015

Sunway Pyramid Convention

Centre (SPCC)

Anugerah Emas 3 bintang

Mini Konvensyen ICC Wilyah

Timur 2015

TH Hotel & CC, Terengganu

Anugerah Emas

Konvensyen ICC Wilayah

Pantai Timur 2015

The Zenith Hotel, Kuantan

Anugerah Emas

Pengauditan Pengurusan

Kew

angan Indeks A

kauntabiliti

(A

I) 2016

5 Bin

tang

Pensijilan Eko

sistem

K

ondusif

Sekto

r A

wam

(EK

SA

)

ole

h

MA

MPU

IC

QC

C 2016

Central Pla

za Ladprao

Bangkok H

otel, T

hailand

Go

ld A

ward

Penubuhan M

ahkam

ah T

inggi

Syaria

h di Besut &

K

em

am

an

Diw

artakan pada 26 M

ac 2015

Anugerah Ino

vasi Perin

gkat

Agensi di Baw

ah K

erajaan

Negeri Terengganu 2015

Anugerah Ino

vasi 2015

APIC 2016

Putrajaya International

Convention Centre (PICC)

Anugerah Emas 3 Bintang

Konvensyen ICC Wilayah

Utara 2016

De Baron Resort Langkawi

Anugerah Emas

APIC 2018 Sunway Pyramid Concention

Centre (SPCC)

Anugerah Emas 4 Bintang

Ko

nvensyen IC

C W

ilayah

Pantai Tim

ur 2017

Perm

ai H

otel, K

.Terengganu.

Anugerah Em

as

Perla

ntik

an Panel H

akim

W

anita pertam

a

Mahkam

ah R

ayuan Syaria

h Terengganu -

Y. Bhg. Pro

feso

r D

ato

’ Sri D

r. Zale

ha

binti K

am

arudin

, R

ekto

r U

niv

ersit

i Isla

m

Antarabangsa M

alaysia

(U

IA

M)

ICQ

CC

201

7

Ok

ada

Man

ila,

Par

añaq

ue

Cit

y,

Met

ro M

anil

a, P

hil

ipp

ines

Anugerah Em

as

AP

IC 2

017

Gentin

g I

nte

rnatio

nal

Conventio

n C

entr

e (

GIC

C)

Anugerah Em

as 3 Bin

tang

Pelantikan 3 orang Hakim

Wanita pertama di Negeri

Terengganu.

APIC

20

12

Kuala

Lum

pur C

onventio

n C

entre

(K

LC

C)

Anugerah Em

as 3 B

intang

10

K

um

pula

n T

erbaik

Sekto

r A

wam

IC

QC

C 20

15

Changw

on Exhib

itio

n &

Co

nventio

n C

enter, G

yeo

ngnam

,

Ko

rea

Silver Illum

inatio

n

Konvensyen KIK Negeri

Terengganu Kali ke 27/2015

Wisma Darul Iman

Tempat Ketiga

Kategori Pengurusan

Anugerah Ino

vasi Isla

m T

ahun 20

16

Dew

an A

ud

ito

riu

m M

asjid Putra,

Putraja

ya

Tem

pat K

etig

a

Katego

ri Perkhid

matan

Konvesyen ICC Wilayah Pantai

Timur 2018

Bukit Gambang Resort City,

Anugerah Emas

ICQCC 2018

Resort World Sentosa, Singapura

Anugerah Emas

2013..........

.......2015......

..........2017......................

KECEMERLANGAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

Page 14: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

FUNGSI DAN PERANAN

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

Melaksanakan tadbir urus

jabatan mengikut arahan dan

peraturan dari masa

ke masa berdasarkan keperluan sesebuah

Mahkamah

Syariah

Menyedia, merancang dan membangunkan

modal insan yang mencukupi,

terlatih dan

kompeten

Memberi perkhidmatan

penyelesaian kes secara alternatif

yang berkesan

Menguatkuasa dan

melaksanakan pengurusan

penghakiman secara teratur dan

berkesan

Mengurus pengendalian

kes-kes mal dan jenayah secara

tepat dan teratur berlandaskan hukum syarak dan undang-

undang mengikut masa yang

ditetapkan

Page 15: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

PUNCA KUASA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH

TERENGGANU

Surat Kebenaran

Perjawatan Negeri

Terengganu Bil. 2/1988

Perlembagaan

Persekutuan

Undang-Undang Bagi

Diri Kerajaan

Terengganu 1911

Enakmen Mahkamah

Syariah Terengganu

2001

Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam (Terengganu)

Pindaan 2017

Enakmen Keterangan

Mahkamah Syariah

(Terengganu) 2001

Enakmen Tatacara

Jenayah Syariah

(Terenggganu) 2001

Enakmen Tatacara Mal

Mahkamah Syariah

(Terengganu) 2001

Enakmen Pentadbiran

Hal Ehwal Agama Islam

(Terengganu) 2001

Enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah (Hudud dan Qisas)

(Terengganu) 2002

Enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah (Takzir)

(Terengganu) 2001 (Pindaan

2017

Arahan Amalan

Kaedah-Kaedah

Pekeliling Ketua Hakim

Syarie

Page 16: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

BAB 2

SENARIO

PERSEKITARAN

………PEMEGANG TARUH,

PELANGGAN DAN RAKAN

STRATEGIK

Page 17: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

PEMEGANG TARUH

PELANGGAN & RAKAN STRATEGIK JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

PEMEGANG

TARUH

PELANGGAN

RAKAN

STRATEGIK

o D.Y.M.M Sultan Terengganu

o Menteri Besar Terengganu o Setiausaha Kerajaan

Terengganu o Jabatan Kehakiman

Syariah Malaysia (JKSM) o Majlis Agama Islam Negeri

Terengganu o Exco Agama Negeri

Terengganu o Penasihat Undang-undang

Negeri o Exco Pelaksanaan Syariah

o Jabatan Bantuan Guaman o Jabatan Hal Ehwal Agama

Terengganu o Jabatan Pendakwaan

Negeri Terengganu o Peguam Syarie

Terengganu o Orang Awam

o Mahkamah Syariah Negeri-

negeri o Ketua Pendaftar Nikah Cerai

dan Rujuk o Jabatan Pengangkutan Jalan o Jabatan Penjara o Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja o Jabatan Kebajikan

Masyarakat o Yayasan Pembangunan

Keluarga Terengganu o Pejabat Pembangunan

Wanita o MAIDAM o Persatuan Ibu Tunggal o CLJ/MLJ o PDRM o Jabatan Undang-undang dan

Pendakwaan o Jabatan Mufti Terengganu o Pusat Perlindungan Wanita

Baitul Ehsan o Kedutaan Arab Saudi di

Malaysia o Malaysia Productivity Corp. o Pusat Pemulihan Akidah,

Baitul Iman o Institut Pengajian Tinggi

Page 18: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

………VISI & MISI

………SLOGAN

………NILAI-NILAI BERSAMA

BAB 3

HALA TUJU

STRATEGIK

Page 19: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

Melaksanakan Pengurusan Kehakiman

Syariah Berlandaskan Hukum Syarak Dan

Undang-Undang Secara Profesional Demi

Keadilan Dan Kesejahteraan Ummah Melalui

Pendekatan Inovatif Dan Strategik

Memartabatkan Institusi Kehakiman Dan

Perundangan Syariah Bertaraf Antarabangsa

Menjelang 2023

VISI

SLOGAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

ديلناة أ ساس كعيرشع

MISI

pro

fesi

on

al • memaparkan

sifat fleksibel (murunah), kompeten,

cekap, berilmu,

bertanggung jawab dan pendorong

serta berterusan

menunjukkan sikap positif

ber

inte

grit

i • mengekalkan kualiti

amanah dan kejujuran

serta menyamarata

-kan nilai prinsip moral yang kukuh

pada tiap masa

adil

dan

sak

sam

a • meletakkan keutamaan prinsip Syariah dan undang-undang pada penekanan yang wajar di dalam lingkungan (boundaries) yang sekata

NILAI-NILAI BERSAMA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

VISI & MISI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

Page 20: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

………TERAS STRATEGIK

………PELAN TINDAKAN

________________Strategi-Strategi

________________Program

________________Indikator

________________Sasaran dan Tahun

Sasaran

BAB 4

STRATEGI DAN

FORMULASI

TINDAKAN

Page 21: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

TERAS STRATEGIK

&

PELAN TINDAKAN

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

Berdasarkan visi dan misi, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah

membentuk dua teras strategik yang digubal mengikut beberapa strategi untuk

dilaksanakan bagi tempoh 2019 – 2023. Strategi-strategi berkenaan turut

terkandung program-program dan indikator-indikator yang akan menjadi kayu

ukur kepada perlaksanaan dan pemantauan strategi-strategi tersebut.

TERAS

STRATEGI

PROGRAM

/ PROJEK

INDIKATOR

2 8 26 39

Page 22: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

TERAS

KLUSTER UTAMA / TERAS STRATEGIK

KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH

Memacu Institusi Mahkamah Dan

Perundangan Syariah Secara Holistik

Meningkatkan Jaringan Kerjasama Strategik

Dengan Agensi-Agensi Yang Berkaitan

Memperkasakan Penyelesaian Alternatif (ADR)

Melalui Sulh Dalam Kes-Kes Syariah

Menyebarluaskan penghakiman Mahkamah

Syariah ke peringkat Antarabangsa

Teras strategik 1 mengetengahkan usaha-usaha memantapkan

pembangunan pentadbiran Islam dalam memperjuangkan keadilan

dan meningkatkan tahap kualiti yang berkesan di dalam

penghakiman kes di Mahkamah Syariah berasaskan hukum syarak

dan undang-undang. Tumpuan adalah meneliti implementasi

jawapan kepada beberapa masalah dan isu yang membelenggu

pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang; serta

memikirkan tindakan lanjutan ke arah keselesaian yang inovatif

dan kreatif. Pendekatan memperkasakan perundangan Syariah

sentiasa diutamakan agar dikenal dan dijadikan contoh terbaik

sehingga di peringkat global.

S T R A T E G I

Page 23: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

STRATEGI PROGRAM

INDIKATOR SASARAN

(KUANTITI/ KUALITI)

SASARAN

(BILANGAN/ PERATUSAN)

TAHUN/ TEMPOH

SASARAN

BAHAGIAN BERTANGGU

NGJAWAB

1. Memacu institusi mahkamah dan perundangan syariah secara holistik

a) Menggubal undang-undang yang diperlukan secara khusus

Jawatan kuasa penggubalan undang-undang / kaedah

1 jawatankuasa ditubuhkan

2019 – 2023 Pejabat Ketua Pendaftar

b) Program literasi undang-undang

Bilangan latihan

i. 10xsetahun

ii. 50x5 tahun

2019 – 2023

Ketua Hakim Syarie

Penglibatan Pegawai kehakiman

c) Mewujudkan tribunal kehakiman bagi memantau isu backlog cases yang melebihi 3 tahun

Bilangan tribunal

1 tribunal 2019 – 2023

Ketua Hakim Syarie

Penglibatan Pegawai dan kakitangan kehakiman

d) Program inisiatif mengadakan bicara jenayah pada hari minggu melibatkan tangkapan dalam masa 24 jam berpusat di Kuala Terengganu

Bilangan kes

Kes backlog 2019 – 2023 Ketua Hakim Syarie

Bilangan inisiatif

1 inisiatif

2. Meningkatkan jaringan kerjasama strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan.

a) Mesyuarat Penyelarasan / libat urus antara agensi-agensi lain

Bilangan Mesyuarat

i. 2x setahun ii. 10x5 tahun

2019 - 2023 Pejabat Ketua Pendaftar

Penglibatan AADK, PDRM, Penjara, JPJ, MAIDAM, KWSP, ARB, Pejabat Tanah

b) Mengadakan perundingan antara jabatan/agensi

Bilangan rundingan

1 rundingan setahun

2019 – 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan

Page 24: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

3) Memperkasa penyelesaian alternatif (ADR) melalui sulh dalam kes-kes syariah.

a) Menghantar pegawai syariah ke kursus mediasi asas dan lanjutan

Bilangan latihan

1x setahun 2019 – 2023

Bahagian Latihan

Bilangan kehadiran

Pegawai sulh 3 orang

b) Unit sulh / BSK mengadakan Klinik Sulh / BSK di lokasi terpilih

Bilangan program

6x setahun

2019 – 2023

Unit Sulh / BSK

Penglibatan Orang Awam

c) Mengadakan program kesedaran masyarakat kepada ADR

Bilangan program

2x setahun 2019 - 2023 Unit Sulh / BSK

Penglibatan Orang Awam

4. Menyebar luaskan penghakiman Mahkamah Syariah ke peringkat Antarabangsa

a) Membangunkan Alasan Penghakiman yang bermutu

Bilangan program

2x setahun

2019 – 2023

Pejabat Ketua Pendaftar

b) Mewujudkan medium melalui jalinan kerjasama dengan agensi berkaitan

Penglibatan

i. Hakim

ii. Pegawai Penyelidik

2019 - 2023 Unit ICT

Bilangan jalinan kerjasama

1x setahun

Penglibatan Pengurusan kehakiman

Page 25: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

TERAS

KLUSTER UTAMA / TERAS STRATEGIK

PENGURUSAN DAN TADBIR URUS

Teras strategik 2 menggariskan strategi tertentu dalam usaha

untuk mempertingkatkan pengurusan modal insan warga kerja,

menambahbaik usaha-usaha berteraskan inovatif dan kreatif,

pemantapan pengurusan sumber manusia, pembudayaan kerja

berprestasi tinggi, meyakinkan pelanggan kepada sistem

penyampaian perkhidmatan yang dilaksanakan, meningkatkan

jaringan kerjasama dengan pihak berkepentingan, memantau dan

mengemaskini maklumat berkaitan ICT, dan memantapkan

pengurusan kewangan serta mempertingkatkan pengurusan dan

penyelenggaraan aset. Keberkesanan tadbir urus yang baik

dititikberatkan bagi menghadapi cabaran yang pelbagai.

Meningkatkan Kapasiti Pengurusan

Fasiliti dan Tadbir Urus Jabatan

Membangunkan Pelan Pembangunan

Modal Insan yang Kompehensif bagi Jabatan

S T R A T E G I

Memantapkan Pengurusan Kualiti,

Inovasi dan Kreativiti Jabatan

Meningkatkan Kesedaran Masyarakat berkaitan Isu Perundangan Syariah

melalui Penggunaan Teknologi dan Kerjasama dengan Rakan Strategik

Page 26: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

STRATEGI PROGRAM

INDIKATOR SASARAN

(KUANTITI/ KUALITI)

SASARAN

(BILANGAN/ PERATUSAN)

TAHUN/ TEMPOH

SASARAN

BAHAGIAN BERTANGGU

NGJAWAB

1. Memantapkan Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kreativiti Jabatan

a) Projek Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) yang berterusan tiap-tiap tahun

Bilangan projek

i. 1 projek setahun

ii. 5 projek 5 tahun

2019 – 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Ketua Pendaftar

b) Menganjurkan/mengadakan seminar dan bengkel inovasi (peserta atau pembentang)

Bilangan seminar dan bengkel

i. 3 kali setahun

ii. 15 kali 5 tahun

2019 – 2023

Pejabat Ketua Pendaftar

Bilangan peserta

Minima 3 orang

c) Pengemaskinian e-sharing (pustaka maya)

Bilangan bahan seminar dan bengkel (dalaman dan luaran)

i. 5 kali muatnaik setahun

ii. 25 bahan 5 tahun

2019 – 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Ketua Pendaftar, Unit Rekod, Unit ICT

2. Meningkatkan Kapasiti Pengurusan Fasiliti dan Tadbir Urus Jabatan

a) Menaiktaraf infrastruktur dan bangunan Mahkamah Syariah

Jumlah bangunan yang dibina

1 bangunan 5 tahun

2019 - 2023 Ketua Hakim Syarie, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Ketua Pendaftar

b) Pelan penggantian peralatan ICT yang melebihi 7 tahun

Bilangan PC/Laptop

20 PC/Laptop setahun

2019 - 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit ICT

3. Membangun Pelan Pembangunan Modal Insan yang Kompehensif bagi Jabatan

a) Pengambilan kakitangan on job training atau kontrak/sementara atau penyelidik dari mana-mana IPT

Bilangan pelatih/ pekerja sementara/kontrak/penyelidik

5 orang setahun

2019 – 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Ketua Pendaftar

Page 27: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

b) Mengadakan latihan bagi memantapkan kompetensi kakitangan

Bilangan latihan

i. Minima 10 latihan setahun

ii. 50 latihan dalam 5 tahun

2019 – 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Ketua Pendaftar

c) Membangunkan Pelan Komprehensif Sumber Manusia

Pelan Komprehen-sif Sumber Manusia

Sedia satu pelan tindakan

2019 Bahagian Khidmat Pengurusan

d) Penggunaan khidmat penyumberluaran (outsourcing)

Bilangan khidmat penyumber-luaran

Kekerapan program khidmat penyumber-luaran

i. Maksima 5x setahun

ii. 5 program

setahun

2019 - 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan

e) Pemanfaatan sistem dan kemahiran teknologi maklumat

Bilangan bengkel

3 kali setahun 2019 - 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit ICT, Bahagian Latihan

f) Program pembacaan undang-undang

Bilangan program

2X setahun 2019 - 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Ketua Pendaftar

Penglibatan Hakim, Penolong Pendaftar

g) Pembacaan dan pemahaman mengenai dokumen ISO 9001:2015

Bilangan program

2X setahun 2019-2023 Bahagian Latihan

Penglibatan Semua kakitangan

h) Latihan memantapkan penggunaan teknologi maklumat

Bilangan Latihan

2x setahun

2019-2023 Bahagian Latihan, Unit ICT

Page 28: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

Penglibatan Hakim, Pembantu Hakim, FO

i) Melaksanakan program lawatan penanda aras kerja

Bilangan latihan

1x setahun 2019-2023 Bahagian Khidmat Pengurusan

Penglibatan Pegawai dan kakitangan kehakiman

4. Meningkatkan Kesedaran Masyarakat berkaitan Isu Perundangan Syariah melalui Penggunaan Teknologi dan Kerjasama dengan Rakan Strategik

a) Membangunkan aplikasi semakan kes untuk kegunaan awam

Bilangan aplikasi

Satu aplikasi dalam 5 tahun

2019 – 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit ICT

b) Membangunkan portal intensif

Bilangan portal

Satu portal 2019 - 2023 Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit ICT

Page 29: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

………MEKANISME PELAKSANAAN

………PEMANTAUAN & PENILAIAN

………ELEMEN PENENTU KEJAYAAN

& THE WAY FORWARD

BAB 5

IMPLEMENTASI

KE ARAH

KEJAYAAN

Page 30: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

MEKANISME PELAKSANAAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

Membangunkan pelan

operasi atau jadual

pelaksanaan yang

terperinci terhadap

setiap strategi dan

program

PELAKSANAAN PELAN

STRATEGIK Menyelaraskan SKT

Bahagian sejajar

dengan Pelan

Strategik sebagai

panduan pelaksanaan

program bahagian-

bahagian

Melaksanakan

kesedaran pengurusan

strategik melalui

laman web secara

berkala, seminar dan

mesyuarat

pengurusan tertinggi

Membuat hebahan

status

pencapaian

pelaksanaan pelan

strategik melalui

portal khas pelan

strategik

Pemantauan Pelan Perancangan Strategik

Penilaian Pencapaian

Penilaian Keberkesanan dan

Kajian Semula Pelan Perancangan Strategik

SETIAP 6

BULAN

SETIAP TAHUN

SETIAP 2

TAHUN

DIPANTAU DAN DINILAI OLEH JAWATANKUASA PENGURUSAN

STRATEGIK YANG DIBANTU PASUKAN TASKFORCE

Page 31: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

MO

VE F

ORW

ARD

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

ELEMEN

Komitmen Pengurusan

Atasan Kapasiti

Organisasi

Peranan Unit Teknologi Maklumat

(ICT)

Peningkatan Pengurusan

Ilmu dan Pembangunan

Sumber Sokongan

Kajian Semula Perancangan

Strategik

Infrastruktur dan

Infostruktur

Pemuafakatan Dalaman dan

Luaran dengan Pelbagai

Organisasi

MENSASARKAN PERATUSAN

PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK JKSTR 2019-2023 SEBANYAK 85%

MENYEDIAKAN SEMUA PERKHIDMATAN TERAS

DAN SOKONGAN SECARA ATAS TALIAN

MENJADI SEBUAH INSTITUSI KEHAKIMAN

SYARIAH YANG TERUNGGUL DI MATA

DUNIA

Page 32: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

BAB 6

PENUTUP

Page 33: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

TUTUP TIRAI

Pelan Strategik 2019-2023 Jabatan

Kehakiman Syariah Terengganu

(JKSTR) mengutarakan beberapa

cabaran utama serta menggariskan

usaha-usaha berbentuk strategi dan

program yang telah dirancang

untuk menangani pelbagai cabaran

jabatan.

Adapun pengurusan strategik

merupakan proses gerak kerja

secara sistematik, ia tidak lain

hanyalah seni mengurus warga

kerja dengan cara memaksimumkan

keupayaan mencapai objektif

jabatan.

Pendekatan Pelan Strategik 2019-

2023 JKSTR adalah mewujudkan

sebuah organisasi yang bertindak

secara aktif bagi menghadapi

sebarang perubahan dan seterusnya

pula memimpin perubahan

tersebut. Fokusnya adalah untuk

membentuk strategi yang paling

sesuai, efektif dan berkesan dengan

menggunakan sumber secara

efisien bagi mempertingkatkan

kualiti perkhidmatan kehakiman

syariah di Terengganu.

Bergantung pada perancangan yang

ditetapkan di dalam Pelan Strategik

2019-2023 JKSTR, warga kerja

hendaklah menyerap nilai-nilai

murni supaya lebih dipercayai, lebih

komited dan lebih puas kerana

mereka dapat mengaitkan diri

dengan baik dengan setiap tugas

jabatan. Dari segi memahami tindak

balas perubahan, warga kerja juga

hendaklah peka terhadap

persekitaran jabatan dan memberi

respons yang mungkin untuk

jabatan. Malah, memahami

bagaimana tugas mereka sesuai

dengan keseluruhan pelan dan

bagaimana ia berkaitan dengan

setiap warga kerja yang lain.

Seterusnya, setiap warga kerja

boleh menilai impak perubahan-

perubahan tersebut terhadap

pekerjaan mereka sendiri dan dapat

menghadapi perubahan secara

efektif. Warga kerja juga mesti

melakukan perkara-perkara yang

sesuai dengan cara yang sesuai.

Mereka perlu berdaya maju dan

berkesan.

Melalui pembentukan Pelan

Strategik 2019-2023 JKSTR ini

dapatlah berperanan

menggabungkan pelbagai bidang

fungsional jabatan sepenuhnya, dan

juga untuk memastikan bidang-

bidang fungsional ini harmoni dan

berkumpul dengan baik, seiring

dengan matlamat dan objektif

jabatan.

Maka, dalam konteks kehakiman

dan perundangan serta pengurusan

dan tadbir urus, JKSTR berharap

dapat mengekalkan dan

memantapkan lagi penyediaan

perancangan, hala tuju masa depan,

objektif dan sasaran, program dan

pelan tindakan serta penglibatan

setiap lapisan dan peringkat dalam

organisasi jabatan.

Page 34: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

ARAS 5, BANGUNAN MAHKAMAH SYARIAH

JALAN SULTAN MOHAMAD

21100 KUALA TERENGGANU

TERENGGANU DARUL IMAN

NO. TELEFON : 09-6232323

NO. FAKS : 09-6241510

EMEL : [email protected]

WEB : http://syariah.terengganu.gov.my

Page 35: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

Page 36: JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANUsyariah.terengganu.gov.my/files/doc jkstr/pelanstrategikjkstr.pdf · Struktur organisasi JKSTR seterusnya berlaku perubahan dari aspek pengukuhan

PELAN STRATEGIK 2019-2023 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU

SYARIAH ASAS KEADILAN

PELAN STRATEGIK

2019-2023

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU