jabatan farmasi hospital raja perempuan zainab ......hospital raja perempuan zainab ii kota bharu,...

31
JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan: 09-7452000 ext 4029 Farmasi Pesakit Luar ACC 09-7452472/2469 Farmasi Pesakit Dalam 09-7452480/2485 Farmasi Satelit 1 09-7452483/2793 Farmasi Satelit 2 09-7452453/2557 Farmasi Satelit 3 09-7452000 ext 4102 Farmasi Satelit 4 (ACC) 09-7452478 PRIC 09-7452492 Farmasi Logistik EDISI 1/2020

Upload: others

Post on 03-Sep-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II

KOTA BHARU, KELANTAN

Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan: 09-7452000 ext 4029 Farmasi Pesakit Luar ACC 09-7452472/2469 Farmasi Pesakit Dalam 09-7452480/2485 Farmasi Satelit 1 09-7452483/2793 Farmasi Satelit 2 09-7452453/2557 Farmasi Satelit 3 09-7452000 ext 4102 Farmasi Satelit 4 (ACC) 09-7452478 PRIC 09-7452492 Farmasi Logistik

EDISI 1/2020

Page 2: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:
Page 3: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

ISI KANDUNGAN

Mukasurat

FARMASI PESAKIT LUAR

1.0 PENGENDALIAN PRESKRIPSI PESAKIT LUAR ………………………………………… 1

2.0 ARAHAN KHUSUS BERKAITAN PEMBEKALAN UBAT PESAKIT LUAR …………….. 1

2.1 Preskripsi Ubat-Ubatan List A ……………………………………………………… 1

2.2 Preskripsi Paracetamol (PCM) …………………………………………................. 2

2.3 Preskripsi Bila Perlu (PRN) …………………………………………………………. 2

2.4 Preskripsi Jabatan Kecemasan Dan Trauma …………………………………….. 2

2.5 Preskripsi Klinik Warga ……………………………………………………………… 2

2.6 Preskripsi Pesara …………………………………………………………................ 2

2.7 Preskripsi Anti-Neoplastik …………………………………………………………... 3

2.8 Preskripsi “Self-Prescribe” dan “Self-Countersign” ………………………………. 3

2.9 Keperluan Mencatatkan Tarikh Temujanji Klinik Pada Preskripsi ……………… 3

2.10 Pematuhan Status Ubat dalam Formulari Ubat HRPZ II ………………………… 4

2.11 Pematuhan Kategori Preskriber berdasarkan FUKKM ………………………….. 4

3.0 UBAT-UBAT KAWALAN KHAS ……………………………………………………………... 5

3.1 Ubat Kelulusan Khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) atau Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) ……………………………………………………..

5

3.2 Ubat Case by Case (CBC) ………………………………………………................ 5

3.3 Ubat Standard Berkuota …………………………………………………................ 6

FARMASI PESAKIT DALAM

4.0 PENGENDALIAN PRESKRIPSI PESAKIT DALAM DAN INDEN STOK WAD/UNIT …. 7

4.1 Jadual Hantar Troli dan/atau Bekas Ubat …………………………………………. 7

4.2 Hari Inden …………………………………………………………………………….. 7

4.3 Penghantaran Preskripsi ke Farmasi ……………………………………………… 7

4.4 Pengisian Borang ARF, 72Hrs ARF, Blood Product dan Case by Case(CBC) .. 8

5.0 PEMBEKALAN UBAT PESAKIT DALAM ………………………………………………….. 9

5.1 Pembekalan Ubat oleh Farmasi Pesakit Dalam ………………………………….. 9

5.2 Penerimaan Ubat oleh Wad/Unit …………………………………………………… 10

FARMASI PENGELUARAN

6.0 PARENTERAL NUTRISI …………………………………………………………………….. 11

6.1 Permohonan Larutan Nutrisi Parenteral (PN) …………………………………….. 11

6.2 Pembekalan Larutan Nutrisi Parenteral (PN) …………………………………….. 11

6.3 Pengendalian Larutan Nutrisi Parenteral (PN) …………………………………… 12

Page 4: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

Mukasurat

7.0 ADMIKSTUR INTRA-VENA / IV ADMIXTURE…………………………………………….. 12

7.1 Permohonan Sediaan IV Admixture ………………………………………………... 12

7.2 Pembekalan Sediaan IV Admixture ………………………………………………… 12

7.3 Pengendalian Sediaan IV Admixture ……………………………………………….. 12

8.0 REKONSTITUSI UBAT SITOTOKSIK ……………………………………………………… 13

8.1 Permohonan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik ………………………………………... 13

8.2 Penyediaan, Pembekalan Dan Pemulangan Ubat Sitotoksik …………………… 14

FARMASI LOGISTIK

9.0 PEMBEKALAN LARUTAN CECAIR SUNTIKAN INTRAVENA/ INTRAVENOUS DRIP SOLUTION (IV DRIP) …………………………………………………………………………

15

9.1 Unit Yang Menguruskan Pembekalan Larutan Cecair Suntikan Intravena ……. 15

9.2 Masa Pembekalan Larutan Cecair Suntikan Intravena ………………………….. 15

9.3 Lokasi Pembekalan Larutan Cecair Suntikan Intravena ………………………… 15

9.4 Kaedah Pembekalan Larutan Cecair Suntikan Intravena ……………………….. 16

Page 5: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 1

FARMASI PESAKIT LUAR

1.0 PENGENDALIAN PRESKRIPSI PESAKIT LUAR a) Semua preskripsi ubat dari Hospital Raja Perempuan Zainab II perlu

berdasarkan Formulari Ubat Hospital Raja Perempuan Zainab II.

b) Preskripsi yang diterima adalah preskripsi janaan Sistem Pengurusan Pesakit (SPP) kecuali semasa sistem menghadapi masalah dan perlu dilakukan berdasarkan “Business Continuity Plan (BCP)” yang telah ditetapkan.

c) Tempoh maksima preskripsi adalah enam (6) bulan. d) Semua ubat bagi preskripsi jangka panjang hanya akan dibekalkan bagi

tempoh sebulan sahaja dan bekalan susulan akan diberikan sehingga tempoh preskripsi tamat.

e) Bekalan susulan akan dibuat melalui Sistem Pendispensan Ubat-ubatan

Bersepadu (SPUB) atau Perkhidmatan Tambah Nilai Pendispensan (Value Added Service - VAS) yang ditawarkan di hospital ini mengikut persetujuan pesakit.

f) Pengendalian preskripsi ubat psikotropik hendaklah mematuhi akta dan

peraturan yang berkaitan. g) Semua preskripsi bagi pesakit discaj untuk rawatan lanjut di fasiliti KKM

lain perlu diuruskan mengikut Garispanduan Pembekalan Ubat Kepada Pesakit Yang Telah Didiscaj Melalui Surat Rujukan Bagi Meneruskan Rawatan Di Fasiliti KKM.

h) Preskripsi “Walk-In” tanpa rujukan SPUB dari mana-mana fasiliti lain,

samada fasiliti KKM atau bukan KKM TIDAK DITERIMA dan perlu dirujuk kepada Pegawai Perubatan (Kecemasan) terlebih dahulu.

2.0 ARAHAN KHUSUS BERKAITAN PEMBEKALAN UBAT PESAKIT LUAR

2.1 Preskripsi Ubat-Ubatan List A

2.1.1 Semua preskripsi yang mengandungi ubat-ubatan List A WAJIB

mempunyai tandatangan timbal dari pakar.

2.1.2 Kelonggaran hanya diberikan kepada preskripsi susulan (tanpa sebarang pindaan dos) dengan syarat dicatatkan NAMA PAKAR yang memulakan ubat List A tersebut.

Page 6: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 2

2.2 Preskripsi Paracetamol (PCM) 2.2.1 Preskripsi PCM dari Pain Clinic dan Klinik Ortopedik (bukan

PRN) sahaja dibekal penuh sepertimana dalam preskripsi.

2.2.2 Preskripsi PCM dari Unit / Jabatan lain hanya dibekalkan secara “one off” sebanyak dua (2) strip bersamaan dua puluh (20) tablet sahaja.

2.3 Preskripsi Dos Bila Perlu (PRN) 2.3.1 Bagi preskripsi ubat yang dipreskrib sebagai “Dos Bila Perlu”

(PRN), semua prescriber DIWAJIBKAN untuk menyatakan KUANTITI ubat yang perlu dibekalkan.

2.3.2 Pihak farmasi akan membekalkan ubat berdasarkan kuantiti yang dinyatakan.

2.4 Preskripsi Jabatan Kecemasan Dan Trauma 2.4.1 Tempoh maksima bagi preskripsi dari Jabatan Kecemasan Dan

Trauma hanyalah SEMINGGU sahaja.

2.5 Preskripsi Klinik Warga 2.5.1 Tempoh maksima bagi preskripsi dari Klinik Warga hanyalah

DUA MINGGU sahaja.

2.5.2 Preskripsi Klinik Warga yang mengandungi Ubat List A perlu mematuhi “Memo Kelulusan Terhad Menggunakan Ubatan List A untuk Klinik Warga” yang dikeluarkan pada 1 Ogos 2019.

2.6 Preskripsi PESARA

2.6.1 Preskripsi PESARA KERAJAAN hendaklah dicop

“PESARA/TANGGUNGAN” agar proses pembekalan ubat pesara terutamanya ubat-ubat kawalan khas tidak terganggu.

2.6.2 Preskripsi PESARA yang mengandungi ubat kawalan khas perlu disertakan dengan Borang JF (Lampiran 1) berserta Salinan Kad Pesara

Page 7: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 3

2.7 Preskripsi Anti-Neoplastik

2.7.1 Semua Preskriber yang mempreskriskrib ubat-ubatan anti-

neoplastik perlu merujuk surat dari TKSU Kewangan KKM bertarikh 30 Mei 2019 berkaitan “Pengemaskinian Garis Panduan Pengenaan Caj bagi Rawatan Anti-Neoplastik berdasarkan Bahagian 4, Rawatan Radioterapi dan Onkologi, Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

2.7.2 Preskripsi yang mengandungi Ubat-ubatan Antineoplastik perlu dicop dengan MERAH “Rawatan Anti-Neoplastik”, dan tandakan pilihan anti-neoplastik berkaitan dan disertakan dengan tandatangan Pakar sebelum diserahkan kepada pesakit.

2.7.3 Pihak wad/klinik perlu memaklumkan kepada pesakit untuk ke

Unit Hasil untuk bayaran dan pastikan ada cop JELAS pada preskripsi, atau bagi kes PERCUMA, pastikan ada cop PERCUMA pada preskripsi.

2.7.4 Selepas ke Unit Hasil, pesakit boleh ke farmasi untuk

mendapatkan ubat-ubatan.

2.8 Preskripsi “Self-Prescribe” dan “Self-Countersign” 2.8.1 Amalan “self-prescribing” dan “self-countersign” adalah TIDAK

DIBENARKAN.

2.8.2 Pihak farmasi berhak untuk tidak membekalkan ubat bagi kes preskripsi “self-prescribe” dan “self-countersign”

2.9 Keperluan Mencatatkan Tarikh Temujanji Klinik (TCA) Pada Preskripsi 2.9.1 Semua preskripsi jangka panjang WAJIB dicatatkan Tarikh

Temujanji Klinik (TCA)

2.9.2 Tarikh ini perlu dicatatkan agar ubat yang diterima oleh pesakit adalah mencukupi dan tidak berlaku pembaziran

2.9.3 Pihak farmasi akan membekalkan ubat sehingga Tarikh TCA

yang dicatatkan tersebut.

Page 8: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 4

2.10 Pematuhan Status Ubat dalam Formulari Ubat HRPZ II 2.10.1 Terdapat catatan STATUS ubat dalam Formulari Ubat HRPZ II

yang perlu di patuhi oleh semua preskriber

STATUS HURAIAN

Standard Boleh dipreskrib oleh preskriber dari semua Jabatan / Unit

Standard Jabatan Hanya boleh dipreskrib oleh preskriber dari Jabatan / Unit berkenaan sahaja

Case by case Hanya boleh dipreskrib oleh preskriber dari Jabatan / Unit tertentu sahaja berdasarkan keputusan dan kelulusan dalam Mesyuarat JKUT. Perlu disertakan dengan Borang JF (Lampiran 1) yang lengkap

Kuota Jabatan Hanya boleh dipreskrib oleh preskriber dari Jabatan/Unit berkenaan sahaja berdasarkan kuota yang diluluskan dalam Mesyuarat JKUT. Permohonan kuota hendaklah dibuat menggunakan Borang JF (Lampiran 1)

2.10.2 Kegagalan mematuhi status ubat sepertimana yang tercatat

dalam formulari ubat HRPZ II akan menyebabkan gangguan pada proses pembekalan ubat kepada pesakit.

2.11 Pematuhan Kategori Preskriber berdasarkan FUKKM

2.11.1 Pematuhan Kategori preskriber berdasarkan FUKKM adalah

sangat penting bagi memastikan kelancaran proses pembekalan ubat kepada pesakit.

2.11.2 Kategori preskriber berdasarkan FUKKM adalah sepertimana berikut :

KATEGORI KUMPULAN PRESKRIBER

A* Pakar / Pakar Perunding untuk indikasi spesifik

A Pakar / Pakar Perunding

A/KK Pakar / Pakar Perunding / Pakar Perubatan Keluarga

B Pegawai Perubatan

C Paramedik

C+ Paramedik yang menjalani “midwifery”

Page 9: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 5

3.0 UBAT-UBAT KAWALAN KHAS

3.1 Ubat Kelulusan Khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) atau Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) 3.1.1 Terdapat dua (2) kategori bagi Ubat Kelulusan Khas Ketua

Pengarah Kesihatan (KPK) atau Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) iaitu kategori pertama adalah Kelulusan Khas kepada pesakit menggunakan borang BPF/103-KPK01 (Pindaan 4.0) (Lampiran 2) dan yang kedua adalah Kelulusan Khas sebagai simpanan stok hospital menggunakan borang BPF/103-KPK01S (Lampiran 3)

3.1.2 Bagi kategori pertama, ubat tersebut hanya diberikan kepada pesakit yang telah mendapat kelulusan khas daripada KPK/PKPF. Pembelian ubat tersebut hanya akan dibuat setelah kelulusan diterima.

3.1.3 Bagi kategori kedua iaitu kelulusan khas untuk simpanan stok

hospital, pembekalan ubat KPK boleh dilakukan sekiranya preskripsi tersebut adalah dari Unit/Jabatan yang memohon kelulusan tersebut.

Contohnya, Tab Clonidine 25 mcg adalah simpanan stok bagi Jabatan Paediatrik. Sekiranya terdapat preskripsi yang mengandungi Tab Clonidine 25 mcg dari Jabatan Paediatrik, pembekalan boleh dilakukan. Sekiranya ubat tersebut dipreskrib oleh preskriber dari jabatan yang lain, ubat KPK TIDAK BOLEH dibekalkan.

3.1.4 Borang yang lengkap diisi perlu dihantar ke unit PRIC untuk

diproses dan akan dihantar ke Program Perkhidmatan Farmasi untuk mendapatkan kelulusan KPK/PKPF

3.2 Ubat Case by Case (CBC)

3.2.1 Setiap preskripsi baru yang mempunyai ubat CBC disaring

dengan memastikan preskripsi disertakan dengan Borang JF (Borang permohonan Case by Case) (Lampiran 1)

3.2.2 Borang JF hendaklah diisi dengan lengkap berserta tandatangan

pakar yang memohon dan Ketua Jabatan. Borang yang tidak lengkap akan dikembalikan semula.

3.2.3 Tempoh sah maksimum bagi permohonan CBC adalah enam

(6) bulan.

Page 10: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 6

3.2.4 Borang JF yang telah lengkap akan dihantar ke Farmasi Logistik

untuk proses perolehan. Satu salinan borang JF akan disimpan sebagai rujukan oleh unit farmasi yang mengawal ubat berkenaan.

3.2.5 Memo Ketibaan Ubat CBC akan dikeluarkan kepada Pakar yang memohon dan pegawai farmasi yang menjaga CBC.

3.2.6 Pemantauan stok ubat CBC akan dilakukan secara berkala bagi memastikan stok ubat CBC sentiasa mencukupi dan tidak melebihi tarikh luput.

3.3 Ubat Standard Berkuota

3.3.1 Preskripsi yang mengandungi ubat standard berkuota hanya

boleh dibekalkan kepada Unit/Jabatan yang memohon kuota tersebut, selagimana tidak melebihi kuota yang ditetapkan.

3.3.2 Unit/Jabatan yang memohon diminta untuk memantau kuota ubat-ubatan masing-masing. Bagi kes ubat-ubatan yang telah melebihi kuota, pihak farmasi akan membuat intervensi dan preskriber perlu menggunakan ubat alternatif yang lain.

3.3.3 Sekiranya Unit/Jabatan berhasrat untuk menambah kuota ubat,

perlu mengisi Borang JF (Lampiran 1) dan dihantar ke PRIC untuk dibawa ke Mesyuarat JKUT

3.3.4 Bagi ubat-ubatan kategori Direct Oral Anticoagulants (DOACs),

borang “Checklist on Prescribing DOACs” (Lampiran 4) harus dilengkapkan dan dikepilkan bersama preskripsi pesakit. Borang checklist hanya perlu diisi sekali sahaja bagi setiap pesakit.

Page 11: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 7

FARMASI PESAKIT DALAM

4.0 PENGENDALIAN PRESKRIPSI PESAKIT DALAM DAN INDEN STOK WAD/UNIT

4.1 Jadual Hantar Troli dan/atau Bekas Ubat

4.1.1 Penghantaran Troli dan/atau bekas ubat adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Farmasi (Lampiran 5) bagi membolehkan bekalan ubat-ubatan dibuat dalam masa 4 jam selepas terima preskripsi/inden tanpa sebarang masalah/kuiri, sebagaimana Piagam Pelanggan Unit Farmasi Pesakit Dalam.

4.1.2 Semua inden dihantar melalui Sistem PhIS (Pharmacy

Intergrated System) kecuali ubat yang mana datanya belum dimasukan dalam sistem

4.2 Hari Inden

4.2.1 Hari Ahad, Selasa dan Khamis bagi item biasa 4.2.2 Hari Ahad dan Rabu bagi Bahan Psikotropik

a) Inden perlu disertakan dengan buku rekod pergerakan

bahan psikotropik beserta bekas bahan psikotropik berkunci.

b) Bagi ubat selain tablet, ampul/vial/container kosong perlu

dikembalikan ke Farmasi bersama bekas bahan psikotropik sebagai bukti ubat telah digunakan.

4.2.3 Jika ada inden di luar waktu inden, wad/unit perlu

memaklumkan Farmasi terlebih dahulu. 4.3 Penghantaran Preskripsi ke Farmasi

4.3.1 Setiap pagi, wad perlu menghantar:

a) Senarai Pesakit Terkini Dalam Wad.

b) Preskripsi lengkap: Nama penuh pesakit, nombor kad

pengenalan penuh, nama wad, no katil, nama ubat, dose dan frekuensi yang betul beserta tandatangan preskriber/Pakar (jika berkaitan ubat List A/A* @ A/KK)

Page 12: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 8

4.3.2 Pengendalian preskripsi ubat pakar adalah sepertimana berikut:

a) Ada tandatangan dan cop pakar – Ubat dibekalkan.

b) Ada tulis nama pakar & jawatan, TETAPI tiada

tandatangan & cop pakar – Ubat dibekal maksimum 3 hari. Preskripsi dikembalikan dan perlu di Tandatangan dan Cop Pakar serta dikembalikan semula ke Farmasi dalam tempoh 3 hari

c) Tiada tulis nama pakar & jawatan, Tiada tandatangan & cop pakar – Preskripsi akan dikembalikan tanpa bekalan ubat.

4.3.3 Preskripsi pediatrik perlu ditulis berat badan pesakit untuk

tujuan pengiraan dos yang tepat.

4.3.4 Preskripsi tidak lengkap akan dikembalikan ke wad berserta Nota Intervensi / Nota Kawalan Ubat Pakar (Lampiran 6).

4.3.5 Tempoh sah preskripsi adalah 7hari. Jika terima preskripsi yang sama sebelum cukup 7 hari, secara automatik preskripsi lama terbatal. Double prescription yang diterima hari yang sama akan dibatalkan.

4.3.6 Bagi preskripsi yang diterima selepas 9.00 malam, hanya

preskripsi urgent akan disaring/diproses. (Urgent bermaksud pesakit BARU/ubat URGENT/STAT dose tapi BUKAN ubat stok wad)

4.4 Pengisian Borang ARF, 72Hrs ARF, Blood Product dan Case by Case (CBC)

4.4.1 Bagi jenis antibiotic tertentu seperti dalam Borang ARF

(Antibiotic Request Form) / Borang 72Hrs ARF (Antibiotic Review Form) (Lampiran 7)

a) Borang ARF perlu diisi bagi pesakit yang pertama kali

menggunakan ubat tersebut

b) Borang 72Hrs ARF (Antibiotic Review Form) perlu diisi jika

preskriber meneruskan penggunaan antibiotik tersebut pada

hari ke 3 dan seterusnya

4.4.2 Borang Blood Product (Lampiran 8) perlu lengkap diisi dan

bertandatangan Pakar (jika berkaitan). Bekalan ubat (menggunakan stok yang dibekalkan oleh pihak Pusat Darah Negara) hanya dibuat jika indikasi ubat seperti yang tersenarai

Page 13: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 9

dalam borang sahaja. Bagi penggunaan di luar indikasi tersenarai, preskriber perlu mohon kelulusan KPK (Ketua Pengarah Kesihatan) untuk proses pembelian seterusnya.

4.4.3 Preskripsi baru ubat CBC perlu disertakan dan disaring dengan

Borang JF (Borang Permohonan Case by Case) (Lampiran 1)

a) Borang JF hendaklah diisi dengan lengkap berserta tandatangan pakar yang memohon dan Ketua Jabatan. Borang yang tidak lengkap akan dikembalikan semula.

b) Tempoh sah maksimum permohonan CBC adalah

selama enam (6) bulan.

c) Borang JF yang telah lengkap akan dihantar ke Farmasi Logistik untuk proses perolehan. Satu salinan borang JF akan disimpan sebagai rujukan oleh Unit Farmasi yang mengawal ubat berkenaan.

d) Pakar yang memohon dan Pegawai Farmasi yang

menjaga CBC akan menerima memo dari Farmasi Logistik. e) Pemantauan stok ubat CBC akan dilakukan secara berkala

bagi memastikan stok ubat CBC sentiasa mencukupi dan tidak melebihi tarikh luput

5.0 PEMBEKALAN UBAT PESAKIT DALAM

5.1 Pembekalan Ubat oleh Farmasi Pesakit Dalam

5.1.1 Bekalan ubat pesakit dibuat secara Sistem Unit Dos menggunakan Troli Pengubatan / Sampul Plastik dan / atau Bekas Ubat Psikotropik.

5.1.2 Preskripsi ubat Psikotropik (bukan item Floor Stock) dibekal seminggu sekali (dikenali sebagai Floor Stock Sementara). Baki ubat perlu dikembalikan semula jika pesakit telah dihentikan penggunakan ubat tersebut.

5.1.3 Tempoh maksimum bekalan preskripsi adalah 7 hari kecuali

beberapa jenis ubat dibekalkan terus untuk tempoh 1 minggu seperti sediaan sirap, suspension, solution, mixture, cream, ointment, enema, suppository, eye/ear drop/ointment, Insulin, Tablet Glycerin Trinitrate dll.

5.1.4 Bekalan tambahan 1 dos (kecuali dos malam) diberikan untuk

kegunaan esok pagi jika berkaitan.

Page 14: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 10

5.1.5 Semua bekalan ubat juga tertakluk kepada peraturan dalam Polisi Pembekalan Ubat bawah Farmasi Ambulatori :

i. 2.10 Pematuhan Status Ubat dalam Formulari Ubat HRPZ II ii. 2.11 Pematuhan Kategori Preskriber berdasarkan FUKKM iii. 3.0 Ubat-Ubat Kawalan Khas

5.2 Penerimaan Ubat oleh Wad/Unit

5.2.1 Penerimaan ubat hanya boleh dibuat oleh Jururawat Terlatih

sahaja.

5.2.2 Jika melibatkan Ubat Rangkaian Sejuk, COOLER BOX BERSAMA ICE PACK perlu dIbawa semasa mengambil ubat.

5.2.3 Jururawat Terlatih perlu semak dan menandatangani kolum pengesahan penerimaan ubat pada preskripsi.

Page 15: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 11

FARMASI PENGELUARAN Pembekalan ubat-ubatan di Farmasi Pengeluaran adalah melibatkan ubat-ubatan yang disediakan dengan menggunakan teknik aseptik. Farmasi Pengeluaran melibatkan unit Farmasi Parenteral Nutrisi (PN) dan Unit Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR). 6.0 PARENTERAL NUTRISI

6.1 Permohonan Larutan Nutrisi Parenteral (PN)

6.1.1 Borang permohonan PN Dewasa / kanak-kanak untuk pesakit yang memerlukan bekalan PN perlu diisi dengan lengkap dan di hantar ke Farmasi PN sebelum pukul 10.00 pagi setiap hari.

6.1.2 Permohonan bag PN dewasa (ready-mix) adalah berdasarkan senarai bag yang tersenarai di dalam Borang Permohonan PN Dewasa, HRPZ II yang telah mendapat kelulusan bersama oleh Ketua Jabatan Klinikal berkaitan dan Ketua Jabatan Farmasi.

6.1.3 Permohonan bag PN bayi dan kanak-kanak (compounded)

adalah berdasarkan pengisian borang permohonan PN bayi/kanak-kanak mengikut dos berkaitan.

6.1.4 Cop Pegawai Perubatan Pakar yang memohon PN diperlukan

untuk permohonan kali pertama dan permohonan PN perlu dibuat setiap hari bagi setiap pesakit dan pembekalan bag PN akan dibuat setiap hari.

6.2 Pembekalan Larutan Nutrisi Parenteral (PN) Pembekalan dibuat setiap hari termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum. Jadual pembekalan adalah seperti berikut:

HARI MASA BEKAL LOKASI

Ahad – Rabu 2.30 petang - 5.00 petang

Kompleks Steril Khamis 2.30 petang - 3.30 petang

Jumaat – Sabtu 12.00 tengahari - 2.00 petang Hari Kelepasan Am

Page 16: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 12

6.3 Pengendalian Larutan Nutrisi Parenteral (PN)

6.3.1 Larutan nutrisi parenteral adalah produk rangkaian sejuk (cold-chain item), pihak wad perlu memastikan penggunaan ice box yang bersesuaian semasa mengambil sediaan tersebut.

6.3.2 Pengendalian larutan nutrisi parenteral perlu mematuhi teknik aseptik.

6.3.3 Salinan borang permohonan PN pesakit yang dikembalikan ke

wad harus disimpan di dalam Bed Head Ticket (BHT).

7.0 ADMIKSTUR INTRA-VENA / IV ADMIXTURE

7.1 Permohonan Sediaan IV Admixture

7.1.1 Permohonan sediaan IV Admixture boleh dilakukan dengan mengisi lengkap Buku Rekod IV Admixture dan menghantar ke Farmasi PN sebelum pukul 8.30 pagi (Ahad dan Rabu).

7.1.2 Permohonan sediaan IV Admixture adalah berdasarkan senarai IV Admixture yang telah mendapat kelulusan bersama oleh Ketua Jabatan Klinikal berkaitan dan Ketua Jabatan Farmasi.

7.2 Pembekalan Sediaan IV Admixture

Jadual pembekalan IV Admixture adalah seperti berikut kecuali jika cuti umum akan dibekalkan sehari awal/lewat berdasarkan permohonan:

HARI MASA BEKAL LOKASI

Ahad & Rabu 12.00 tengah hari -

1.00 petang Kompleks Steril

7.3 Pengendalian Sediaan IV Admixture

7.3.1 Sediaan IV Admixture adalah produk rangkaian sejuk (cold-chain item), pihak wad perlu memastikan penggunaan ice box yang bersesuaian.

7.3.2 Pengendalian IV Admixture hendaklah mematuhi teknik aseptik.

Page 17: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 13

8.0 REKONSTITUSI UBAT SITOTOKSIK

8.1 Permohonan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik

8.1.1 Semua preskripsi ubat sitotoksik yang diterima adalah melalui Borang Pesanan Ubat Sitotoksik HRPZII/JF/001/2017.

8.1.2 Rekonstitusi ubat sitotoksik akan dilakukan didalam bilik bersih pada setiap hari, bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang bagi pesakit di HRPZ II dan semua pesakit di hospital daerah seluruh Kelantan.

8.1.3 Jadual penghantaran borang pesanan adalah berdasarkan jadual

berikut:

WAD MASA PENGHANTARAN

BORANG PESANAN LOKASI

Wad Paliatif sahaja

a) Wad 26 b) Wad Mawar

Sehari sebelum hari ubat diperlukan, sebelum jam 2.00 petang

Kaunter Farmasi

CDR

Wad yang lain Pada hari ubat diperlukan, sebelum jam 10.00 pagi

Klinik Rawatan Harian

a) Medical b) Surgical c) Respiratory d) Nephrology e) Dermatology

Pada hari ubat diperlukan, sebelum jam 10.00 pagi

Klinik Rawatan Harian

a) Ophthalmology

Sehari sebelum hari ubat diperlukan, sebelum jam 2.00 petang

Hospital Daerah Pada hari ubat diperlukan, sebelum jam 10.00 pagi

8.1.4 Borang Pesanan Ubat Sitotoksik perlu diisi bagi pesakit baru dan

juga pesakit lama (setiap kali kitaran kimoterapi) dan dihantar ke Unit Farmasi CDR.

8.1.5 Pengecualian diberikan kepada wad paliatif 26 (Breast Cancer & Colon Cancer) iaitu Borang Pesanan Ubat Sitotoksik perlu diisi bagi pesakit baru sahaja.

8.1.6 Sediaan ubat sitotoksik dilakukan pada hari bekerja sahaja, iaitu

pada hari Ahad – Khamis setiap minggu.

Page 18: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 14

8.1.7 Penerimaan Borang Pesanan Ubat Sitotoksik diluar waktu yang telah ditetapkan dan juga diluar waktu pejabat adalah tidak diterima.

8.1.8 Permintaan baru pada hari minggu (Jumaat – Sabtu) dan cuti

umum hanya untuk kes kecemasan sahaja, iaitu

a) IV Cyclophosphamide (Paraquat Poisoning) b) IM Methothrexate (Ectopic Pregnancy atau Gestational

Throphoblastic Disease)

8.2 Penyediaan, Pembekalan Dan Pemulangan Ubat Sitotoksik

8.2.1 Sediaan ubat sitotoksik (Intravenous, Subcutaneous, Intrapleural, etc) dilakukan menggunakan teknik aseptik didalam Biological Safety Cabinet (BSC), dan dikendalikan oleh pegawai farmasi dan penolong pegawai farmasi terlatih.

8.2.2 Penerimaan sediaan ubat sitotoksik perlu diterima dan ditandatangani oleh Pegawai Perubatan / Jururawat terlatih / Pemandu kenderaan terlatih (bagi hospital daerah).

8.2.3 Prosedur aliran kerja untuk pengambilan sediaan sitotoksik perlu

mematuhi Manual for Sterile Preparations 2010, KKM dan Garis Panduan Pengendalian Semasa Pengangkutan Sediaan Steril.

8.2.4 Pembekalan ubat oral sitotoksik secara UDS kepada pesakit di

farmasi pesakit dalam dan sebulan bagi farmasi pesakit luar, ataupun bergantung kepada keadaan semasa stok.

8.2.5 Bagi sediaaan ubat sitotoksik yang perlu dilupus atas sebab-

sebab tertentu, borang Returned and Cancellation of Cytotoxic Drugs Preparation Form, Pharmacy Department HRPZ II perlu diisi dan dihantar ke Unit Farmasi CDR berserta dengan ubat yang perlu dilupuskan.

8.2.6 Ubat oral sitotoksik bagi pesakit yang telah discaj atau meninggal

dunia perlu dipulangkan semula ke Unit Farmasi CDR.

Page 19: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 15

FARMASI LOGISTIK 9.0 PEMBEKALAN LARUTAN CECAIR SUNTIKAN INTRAVENA/

INTRAVENOUS DRIP SOLUTION (IV DRIP)

Pembekalan Larutan Cecair Suntikan Intravena / Intravenous Drip Solution (IV Drip) adalah berdasarkan senarai Floor Stock wad / unit yang telah mendapat kelulusan bersama oleh Ketua Jabatan Klinikal berkenaan dan Ketua Jabatan Farmasi.

9.1 Unit Yang Menguruskan Pembekalan Larutan Cecair Suntikan Intravena

Pembekalan IV Drip dibuat oleh Farmasi Logistik kepada wad / unit yang memesan.

9.2 Masa Pembekalan Larutan Cecair Suntikan Intravena

Pembekalan IV Drip dibuat berdasarkan jadual pembekalan yang telah ditetapkan seperti berikut:

HARI MASA INDEN MASA BEKAL

Ahad Inden sehari sebelum / paling lewat

9.00 pagi pada hari jadual 10.30 pagi –

12.00 tengahari

Isnin Inden sehari sebelum / paling lewat

9.00 pagi pada hari jadual 10.30 pagi –

12.00 tengahari

Selasa Inden sehari sebelum / paling lewat

9.00 pagi pada hari jadual 10.30 pagi –

12.00 tengahari

Jika hari jadual jatuh pada hari kelepasan am, servis pembekalan tetap berjalan seperti biasa. Kepatuhan kepada masa inden adalah amat dititikberatkan bagi memastikan keberkesanan proses kerja.

9.3 Lokasi Pembekalan Larutan Cecair Suntikan Intravena

Pembekalan IV Drip adalah dibuat di lokasi Stor IV Drip yang terletak di hadapan klinik Perubatan Respiratori.

Page 20: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

POLISI PEMBEKALAN UBAT HRPZ II 16

9.4 Kaedah Pembekalan Larutan Cecair Suntikan Intravena

Proses pembekalan dimulai dengan pihak wad / unit memasukkan inden melalui PHIS mengikut jadual dan pihak Farmasi Logistik akan meluluskan nota pengeluaran melalui sistem yang sama. Pembekalan dibuat berdasarkan kuantiti yang diluluskan pada nota pengeluaran yang mengambilkira paras baki semasa item IV Drip berkenaan.

Page 21: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

LAMPIRAN 1

Page 22: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

LAMPIRAN 1

Page 23: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:
Page 24: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:
Page 25: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:
Page 26: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:
Page 27: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

LAMPIRAN 5

Page 28: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

LAMPIRAN 6

NOTA KAWALAN UBAT PAKAR

NOTA INTERVENSI

Page 29: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

LAMPIRAN 7

Page 30: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:
Page 31: JABATAN FARMASI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB ......HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II KOTA BHARU, KELANTAN Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi talian yang berkenaan:

LAMPIRAN 8