powerpoint hospital

19
Tajuk….. TAJUK…………………….

Upload: saya-hamba

Post on 02-Nov-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PANDUAN UNTUK PENJAGA PESAKIT

TRANSCRIPT

1. HUKUM MENZIARAHI DAN MENJAGA ORANG SAKIT Hukum menziarahi orang sakit adalah SUNAT sementara menjaga orang sakit adalah Fardhu Kifayah

Tajuk..

TAJUK.

1. HUKUM MENZIARAHI DAN MENJAGA ORANG SAKIT Hukum menziarahi orang sakit adalah SUNAT sementara menjaga orang sakit adalah Fardhu Kifayah

2. ADAB-ADAB MENJAGA ORANG SAKITAspek rohani:memberikan kata-kata yang boleh merangsang pesakit untuk sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT.

Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah

Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktuAspek emosi Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut Tidak mengambil gambar mereka dalam keadaan tidak terurus dan menyebar atau meletakkan di laman sosial tanpa pengetahuan mereka.Memahami keperitannya menanggung kesakitanMelayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis supaya pesakit tidak merasakan diri sebagai bebanan dan akhirnya tidak redha dengan ujian yang Allah berikan kepada mereka.Aspek fizikal :

Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat

Menghantar pesakit ke tempat/bilik rawatan yang sesuai

Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan

3. HIKMAH BERADAB KETIKA MENJAGA ORANG SAKIT Mewujudkan silaturrahim sesama Islam

Meringankan beban dan penderitaan yang dialami pesakit

Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga, sahabat dan jiran yang sakit

Melahirkan sifat prihatin kepada golongan yang lemah

4. Kelebihan menziarahi dan menjaga pesakitRasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. [Hadith Riwayat At-Tirmizi]5. AKIBAT TIDAK MENJAGA ORANG SAKITMenambahkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggungMenyebabkan orang sakit berputus asa untuk terus hidup Perbuatannya akan dikutuk dan dihina oleh masyarakat sekeliling6. Peranan orang yang menjaga pesakitI) Bersifat tenang Bercakap dengan nada yang menenangkan dan tidak meninggikan suara sehingga menyebabkan orang yang sakit merasa diri adalah beban kepada yang menjaganya. Ketenangan adalah perkara yang didambakan oleh pesakit, apatah lagi mereka yang telah lama sakit dan terlantar tidak dapat bergerak.Suasana yang tenang dan damai memberikan ketenangan dalam jiwa pesakit dan sedikit sebanyak menolong pesakit untuk sembuh dengan lebih cepat

Pengurus pesakit juga perlu menjangka atau mengetahui apakah situasi yang bakal berlaku berdasarkan pengalaman orang lain supaya boleh berhadapan dengan situasi tersebut dengan cara yang berbeza, iaitu dengan cara yang lebih baik. ii)SabarOrang yang menjaga pesakit juga perlu sabar dan berlapang dada dengan kerenah mereka. Amat penting untuk mengetahui tentang peribadi pesakit sama ada seorang yang ego, pemarah, pendengus atau sebagainya. Dengan ini orang yang menjaga mengetahui apakah bentuk nasihat, teguran atau cara mengurus yang boleh diberikan kepada pesakit dan sekaligus dapat menjangka tindakbalas pesakit apabila diberi teguran, nasihat ataupun cara mengurus yang tidak bertepatan.Jadikanlah pesakit itu sebagai peluang untuk menyampaikan dakwah dan jangan mudah berputus asa dengan kerenah atau sikap yang ditunjukkan oleh mereka yang sedang sakit.

Luangkan lebih masa kepada pesakit dan peruntukkan masa beribadat berhampiran dengan pesakit. Pendekatan emosi atau kerohanian akan menyembuhkan jiwa pesakit dan sekaligus memudahkan proses penyembuhan pesakitiii)menjaga kebersihan-Bagi memberikan keselesaan dan penjagaan emosi kepada pesakit, pengurus pesakit perlu memastikan tahap kebersihan pesakit dan persekitaran, contohnya :

menukar cadar dan pakaian dengan kerap, memandikan pesakit setiap hari membersihkan persekitaran pesakit.iv) Ingatkan Tentang AllahUntuk memberi rangsangan kepada jiwa dan fizikal pesakit, pengurus pesakit perlu mempunyai kesabaran dan kekuatan yang berterusan. Bayangkan pesakit yang dijaga itu menuju kepada kematian, dan jadikanlah saat-saat terakhir mereka sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT. Jangan jadikan kata-kata kita sebagai pendorong kepada pesakit untuk bersangka buruk terhadap Allah SWT.-Setiap ujian sakit daripada Allah adalah untuk memberikan keampunan terhadap dosa yang telah dilakukan dan mengembalikan hamba kepada Pencipta, iaitu kembali ke jalan yang benar.

-Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 156 yang bermaksud,(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembaliv) menjaga solat dan syariat pesakitAllah SWT memudahkan urusan solat kepada orang yang sakit, namun janganlah pula ia dipermudahkan dengan tidak melaksanakan rukun Islam kedua ini atas alasan sakit dan tidak berdaya. Solat merupakan terapi penyembuhan yang sangat baik, terutamanya untuk mencegah Alzheimer. Saat diuji sakitlah seseorang itu sepatutnya lebih meningkatkan tahap komunikasinya dengan Allah SWT serta menghubungkan diri dan hatinya dengan Allah SWT. pengurus pesakitlah sepatutnya menjadi pemudahcara kepada pesakit untuk mendekatkan diri kepada Allah serta bersangka baik terhadap Allah dengan ujian yang Allah berikan kepada mereka.Panduan solat bagi pesakitPdf document by JAKIM

JANJI ALLAHAllah SWT merahmati orang yang mengurus dan menjaga pesakit dengan seikhlas hati. Manusia hanya melihat dari sudut zahir sahaja, iaitu kesusahan menjaga dan mengurus orang sakit, tetapi lupa untuk melihat dari sudut rahmat yang merupakan nikmat dan barakah yang Allah SWT berikan kepada mereka yang mengurus pesakit, Yakinlah bahawa apa sahaja kebaikan dan kebajikan yang akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Alangkah beruntung mereka yang menjadi pengurus kepada orang yang sakit kerana mereka dipilih oleh Allah SWT untuk diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda.Amatlah rugi sekiranya dengan menjaga orang yang sakit, tidak menjadikan pesakit bersangka baik dan redha terhadap Allah SWT, malah menjadikan mereka lebih kecewa dan pasrah. Ini adalah satu kekurangan, kelemahan dan kegagalan dalam menjaga serta mengurus orang yang sakit