ithink

6
iTHINK iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK Peta Pemikiran Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan. 1. Circle Map (Peta Bulatan) Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

Upload: nurainihayati

Post on 04-Jan-2016

244 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ithink notes

TRANSCRIPT

Page 1: Ithink

iTHINK

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk

mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar

ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah

hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi

Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum

diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

Peta Pemikiran

Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta

pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi

kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta

pemikiran yang boleh digunakan.

1.  Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan

sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti

Page 2: Ithink

atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau

huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

Page 3: Ithink

4. Tree Map (Peta Pokok) 

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah

nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian

utama.

Page 4: Ithink

6. Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab

dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting.

Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian

sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

Page 5: Ithink

8. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk

mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.