it daripada sudut pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam

4
PRINSIP PENGGUNAAN IT DARIPADA SUDUT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAB 2 PRINSIP PENGGUNAAN IT Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu menjadi pemagkin munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru. Fenomena ini terjadi kerana teknologi itu sebenarnya muncul hasil daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah kecanggihan ini seterusnya mendorong manusia untuk mengembangkan lagi ilmu teknologi tersebut. Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang atau mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh 1

Upload: alisetan

Post on 23-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Ilmu pengetahuan dan teknologi

TRANSCRIPT

APLIKASI IT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

PRINSIP PENGGUNAAN IT DARIPADA SUDUT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

BAB 2 PRINSIP PENGGUNAAN ITIlmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ialah sumber teknologi yang mampu menjadi pemagkin munculnya berbagai-bagai penemuan, reka cipta dan idea baru. Fenomena ini terjadi kerana teknologi itu sebenarnya muncul hasil daripada aplikasi ilmu yang ditunjukkan dalam bentuk nyata yang lebih canggih. Malah kecanggihan ini seterusnya mendorong manusia untuk mengembangkan lagi ilmu teknologi tersebut.Menerusi hakikat inilah membuktikan bahawa Islam tidak menghalang atau mengharamkan teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan. Menurut pandangan Islam, hukum asal segala sesuatu itu adalah mubah (harus) termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada yang lama ataupun yang baru. Dalam Islam tidak ada hukum sesuatu itu haram kecuali jika terdapat nas atau dalil yang terang dan jelas yang menyatakan sesuatu itu haram. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang sempit. Dalam hal ini, penggunaan IT seharusnya digunakan untuk kepentingan sejagat dan bukannya untuk kerosakan. Walaupun dijelaskan bahawa Islam bukan agama yang sempit, tetapi kegunaan alat teknologi masih tertakluk kepada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. Tujuan ciptaan dan hadarah (kemajuan) serta objektif Islam untuk kesejahteraan manusia supaya dengan itu manusia mampu mengagungkan Allah S.W.T. Dengan kesejahteraan itu mampu membina sebuah tamadun. Namun tamadun itu perlulah memenuhi prinsip Islam. Tamadun yang bertentangan dengan idea tamadun Islam perlulah dihapuskan dari pemikiran dan hati umat IslamHakikat yang perlu diketahui ialah penemuan teknologi seperti televisyen ,video, alat komunikasi dan yang terkini ledakan IT seperti perkembangan komputer dan internet menuntut masyarakat berpegang kepada nilai dan etika murni serta tidak terpesong daripada ajaran Islam. Contohnya, komputer dan internet yang mempunyai manfaat yang besar dalam bidang pendidikan dan dakwah Islamiah tidak seharusnya dicemari dengan perkara yang menyalahi ajaran Islam serta sumbang seperti pornography dan kebebasan hidup tanpa agama tajaan barat.Sebenarnya, dalam al-Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung dalamnya digali, diteliti dan direnungi kerana al-Quran ialah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar. Keterangan mengenai ilmu pengetahuan dan teknologi banyak dikupas dalamal-Quran. Islam juga amat menggalakkan kajian atau penelitian untuk mencari penemuan baru dalam bidang teknologi serta memggunakannya dalam kehidupan seharian. Islam juga menuntut supaya umatnya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah S.W.T yang tidak dapat ditandingi oleh segala makhluk yang ada di langit dan di bumi. Ringkasnya, Islam menetapkan bahawa sesuatu perkara itu tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh al-Quran dan sunnah. Begitu juga dengan ilmu dan teknologi. Oleh itu, islam tidak pernah menghalang atau menolak kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi. Malah Islam juga tidak anti kepada peralatan teknologi dalam bidang dalam hal ini dapat dimanfaatkan dan bertepatan dengan teori dan objektif tamadun Islam.

1