isu sains sem3

19
SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik Isu – isu Semasa dalam Kurikulum Sains dan Pembudayaan Sains dan Teknologi di Malaysia Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains yang semakin kritikal mencetuskan satu polemik baru dunia pendidikan negara yang selama ini mensasarkan hala tuju sebuah negara maju. Penurunan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan pelbagai pihak selain persoalan mengapa aliran dianggap berprestij itu semakin kurang mendapat perhatian? Biarpun tidak bersikap lepas tangan dan pelbagai usaha giat dilaksanakan bagi melonjakkan kembali peningkatan kepada 60 peratus pelajar aliran sains, keadaannya masih samar. Justeru, timbul persoalan, adakah subjek yang dulunya menjadi simbol status pelajar sudah semakin tidak gah? Mengapakah pelajar drastik menukar ‘corak’ pemilihan pengajian? Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Husin Wagiran, berkata rasa ingin bebas daripada belenggu aliran sains yang sukar serta menganggap aliran sastera mempunyai lebih peluang dalam kejayaan akademik menjadi faktor kemerosotan aliran berkenaan. Beliau berkata, biarpun sains dikategorikan aliran berprestij, ‘pulangannya’ yang tidak konsisten menyebabkan pelajar lebih rela bertukar aliran. Dalam dunia persaingan hari ini, nilai prestij aliran tidak memainkan peranan penting sebaliknya jaminan yang mampu diberikan menjadi faktor tarikan utama. Sebagai golongan yang berada dalam situasi itu, tentu mereka membuat pemilihan aliran yang mampu memberikan pulangan selepas belajar. Pada

Upload: ishak-ismail

Post on 25-Jul-2015

40 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Isu – isu Semasa dalam Kurikulum Sains dan Pembudayaan Sains dan Teknologi di

Malaysia

Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains yang semakin kritikal mencetuskan satu

polemik baru dunia pendidikan negara yang selama ini mensasarkan hala tuju sebuah negara

maju. Penurunan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan pelbagai pihak selain persoalan

mengapa aliran dianggap berprestij itu semakin kurang mendapat perhatian?  Biarpun tidak

bersikap lepas tangan dan pelbagai usaha giat dilaksanakan bagi melonjakkan kembali

peningkatan kepada 60 peratus pelajar aliran sains, keadaannya masih samar. Justeru, timbul

persoalan, adakah subjek yang dulunya menjadi simbol status pelajar sudah semakin tidak

gah? Mengapakah pelajar drastik menukar ‘corak’ pemilihan pengajian? Timbalan Dekan

Akademik Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Husin Wagiran, berkata

rasa ingin bebas daripada belenggu aliran sains yang sukar serta menganggap aliran sastera

mempunyai lebih peluang dalam kejayaan akademik menjadi faktor kemerosotan aliran

berkenaan. Beliau berkata, biarpun sains dikategorikan aliran berprestij, ‘pulangannya’ yang

tidak konsisten menyebabkan pelajar lebih rela bertukar aliran.

Dalam dunia persaingan hari ini, nilai prestij aliran tidak memainkan peranan penting

sebaliknya jaminan yang mampu diberikan menjadi faktor tarikan utama. Sebagai golongan

yang berada dalam situasi itu, tentu mereka membuat pemilihan aliran yang mampu

memberikan pulangan selepas belajar. Pada pendapat mereka, apalah ada pada sains kalau

kerjayanya terbatas. Masyarakat mungkin melihatnya dari perspektif berbeza, pelajar juga

begitu. Rasionalnya, mereka memilih bidang diingini biarpun pemilihan itu akan

menyebabkan sasaran ditetapkan tidak tercapai,” katanya. Sejak 2007, kemerosotan pelajar

aliran sains ketara, sekali gus memperlahankan sasaran Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains

dan Teknologi 2020 yang memerlukan 60 peratus pelajar aliran sains dan selebihnya sastera.

Senario itu berterusan ke tahap universiti apabila pelajar yang memasuki institusi pengajian

tinggi melihat pembelajaran dalam bidang sains tidak berbaloi selain sukar dan

membosankan. Beliau mengakui sains memang subjek sukar dan membosankan selain

menjadi milik pelajar pandai, namun jika golongan itu turut tidak meminatinya, pasti ada

sebabnya. Mengapa tidak mahu meneruskan pengajian dalam aliran itu sebaliknya memilih

sastera? Adakah aliran ini tidak menjanjikan masa depan biarpun diiktiraf kerana statusnya?

Banyak sebab perlu dikaji bagi menyelesaikan isu sedia ada. Sudah tentu kita tidak mahu

Page 2: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

mengorbankan masa depan mereka hanya kerana dibelenggu dengan masalah yang boleh

diselesaikan.

Definisi sains sebagai ilmu mengenai alam semula jadi juga boleh berperanan

membina pengukuhan minat terhadap sains kerana masyarakat sering mengaitkannya dengan

subjek sukar seperti matematik, biologi, kimia dan fizik. Benar, subjek berkenaan terutama

Matematik sukar namun tidak bermakna pelajar tidak boleh menguasainya. Rasa tidak minat

boleh didorong dengan penjelasan terperinci. Ada pelajar meminati subjek Sains tapi tidak

Matematik, justeru ia boleh mengganggu proses pemilihan aliran, katanya. Menurutnya, sains

memang rumit berbanding sastera yang lebih menekankan konsep pemahaman. Budaya

pelajar juga lebih suka menghafal daripada melakukan analisis. Ini menyebabkan minat

terhadap aliran itu tidak berkembang kerana sesiapa pun mahu memilih aliran mudah yang

boleh menjamin mereka lulus cemerlang, katanya. Ditanya adakah senario ini boleh

menggugat usaha serta perancangan ditetapkan, katanya ia masih boleh diperbaiki meskipun

sukar mencapai sasaran 60 peratus ditetapkan. Selama ini, kita disogokkan bahawa sains

susah, tidak menarik, boleh mengakibatkan keputusan merudum dan sebagainya. Ini

menyebabkan pelajar takut. Apa salahnya, tanggapan itu ditukar kepada perspektif berbeza

seperti sains membantu melonjakkan imej seseorang, menyeronokkan atau boleh menjawab

pelbagai persoalan. Saya percaya, jika ditekankan dengan konsep pemikiran ini, minat

terhadap sains dapat berkembang, katanya.

Beliau berharap sekolah dapat mewujudkan kembali Minggu Sains dan Matematik sebagai

peringkat asas menerapkan minat terhadap aliran itu. “Program ini satu berkesan mencambah

minat pelajar kerana sudah didedahkan dengan ‘kecantikan’ sains pada peringkat rendah,”

katanya. Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains, Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, Shamim Salimon, berkata minatnya terhadap

aliran sains dipupuk menerusi pembacaan serta kejayaan individu terutama saintis

antarabangsa. Dia dulunya kurang meminati sains, tetapi pendekatan menarik diguna pakai

guru menjadikan ia terus bercambah hingga mengambil keputusan melanjutkan pengajian

dalam aliran itu. “Sains memerlukan pelajar gigih mengulang kaji kerana semua aspek saling

berkaitan. Cara guru mendidik juga penting. “Alasan enggan kerana takut keputusan tidak

cemerlang, sangat goyah kerana aliran sastera juga susah dan memerlukan usaha untuk

berjaya.  “Pendapat saya, individu sendiri yang perlu mencabar diri dan menetapkan

matlamat sama ada untuk berjaya atau tidak,” katanya.

Page 3: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan

pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam

konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada

abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk

memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan

perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan

peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas

sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran

Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan

hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan

khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.

Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau

bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan

berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung

sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar;

ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum

yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak

isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi

pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur

pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:

Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan

kebanyakan negara lain di dunia;

Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

disebabkan wujudnya pelbagai haluan;

Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM); dan

Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Page 4: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)

dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah

melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama

penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha

penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut

adalah berkaitan dengan:

pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar;

perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;

latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang

kurang berkesan;

penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan

bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan

memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan

di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur

yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum

yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan

dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah

bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan

sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-

2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu

banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang

dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau

peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang

amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya

sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber

pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Page 5: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam

pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan

oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran

Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM

menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman

dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang

berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku

ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah

keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru

yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan

Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan

pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu

kepada pelajar mula dipertikaikan.

Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM

juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai

pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat.

Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan

sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar.

Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam

pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan

internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh

dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui

komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-

nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini

disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan

nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan

materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan.

Page 6: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu

dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah

menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah

yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama.

Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng

sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan

pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:

Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin

pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;

Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu

sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan,

keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program

pendidikan sendiri;

Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah

mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;

Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;

Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara

maju adalah terhad;

Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan

penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;

Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek

pemberian bantuan; dan

Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Akhir sekali, jelaslah negara masih mempunyai pelbagai halangan dan isu dalam

merealisasikan pembudayaan sains dan teknologi di Malayasia dalam bergerak ke arah

sebuah negara maju.

Page 7: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

PERKARA HURAIAN/CATATAN

1.Tempat pengajaran

sains dijalankan.

Saya telah memilih bilik sains sebagai tempat untuk menjalankan

penyiastan tersebut. Ini kerana bilik sains mempunyai perlalatan

yang lengkap, keselesaan dan pengudaraan yang baik.

2.Kaedah pengajaran

yang digunakan.

Inkuiri

Seperti kaedah penemuan, kaedah inkuiri menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam proses menemui jawapan atau rumusan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis. Kaedah ini adalah secara induktif.

Guru membimbing murid-murid sepanjang mereka menemui makna baru, mengamalkan kemahiran dan memperolehi pengalaman yang membantu pembelajaran mereka.

Umumnya, kaedah inkuiri berpusatkan murid dan kurang eksplisit berbanding dengan kaedah yang lain.

Kaedah inkuiri merupakan penemuan berpandu. Satu kebaikan kaedah ini ialah isi kandungan dan proses penyiasatan diajar pada masa yang sama.

Persediaan Sebelum

Menjalankan Aktiviti

Sebelum memulakan aktiviti, saya telah merancang satu

penyiasatan tentang ketumpatan cecair yang berbeza. Apa masalah

ini timbul maka saya cuba mencari aktiviti yang sesuai untuk di

jalankan bagi mencari jawapan tentang perbezaan ketumpatan

cecair yang berlainan. Sebelum penyelesaian masalah dijalankan,

saya telah memberi penerangan ringkas kepada murid tentang cara-

cara menjalankan eksperimen untuk menyelesaikan masalah yang

dikemukan kepada mereka dalam kertas aktivit

yang disediakan agar murid faham apa yang patut mereka lakukan

kemudian. Saya telah memilih dua orang murid sahaja bagi

menyiasat perkara di atas. Murid tersebut ialah Iffah Afiqah bt

Mohd Sukri dan Nur Amira bt Abd Mutalib dari kelas 5 Cerdik

Aktiviti yang AKTIVITI : DUA CECAIR BERTUKAR TEMPAT

Page 8: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

dijalankan

1.Apa yang diperlukan hanya dua jenis cecair yang berlainan

ketumpatan. Jika kedua – dua cecair tidak bercampur (seperti air

dan minyak), ia boleh menampakkan kesan pengasinan dengan

lebih jelas. 

2. Bahan – bahan yang diperlukan dua gelas yang sama, air,

minyak dan satu kad yang kalis air. 

3. Isikan satu gelas dengan air dengan penuh. 

4. Isikan gelas yang kedua dengan cecair yang dipilih (minyak)

sampai penuh. 

5. Tempatkan kad di atas gelas yang mengandungi air. Pegang kad

dan kemudian terbalikkan gelas berisi air di atas gelas yang kedua. 

6. Sebariskan kedua – dua gelas dan gerakkan kad secara perlahan

sehingga terdapat bukaan pada hujung gelas. 

7. Dalam lebih kurang beberapa minit, kedua – dua cecair akan

bertukar tempat. Minyak akan naik ke atas sementara air akan

bergerak tenggelam ke dasar gelas. 

Kedua – dua cecair mempunyai ketumpatan yang berbeza – beza.

Asasnya, cecair yang lebih ringan akan terapung sementara cecair

yang lebih berat akan tenggelam. Anda akan mendapat keputusan

yang sama jika anda mengalihkan kad sepenuhnya, tapi cara yang

ini akan nampak lebih magika.

Page 9: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

Sebelum, Semasa dan

Selepas Menjalankan

Aktiviti

Sebelum menjalankan aktiviti guru telah mencari maklumat

tentang ketumpatan cecair melalui sumber rujukan seperti buku,

jurnal dan laman sesawang. Apabila semua bahan tersebut di

kumpul, maka guru merancang aktiviti penyiasatan ketumpatan

cecair mengikut jenis iaitu air dan minyak.

Guru hanya bertanggungjawab sebagai fasilitator. Sebelum

penyelesaian masalah dijalankan, saya telah memberi penerangan

ringkas kepada murid tentang cara-cara menjalankan eksperimen

untuk menyelesaikan masalah yang dikemukan kepada mereka

dalam kertas aktivitiyang disediakan agar murid faham apa yang

patut mereka lakukan kemudian. Semasa menjalankan eksperimen,

saya perhatikan ada sikap ingin tahu pada murid tersebut. Selain

itu, sikap kerjasama juga di tunjukkan semasa mereka menjalankan

eksperimen di atas. Ada juga masalah yang timbul semasa

menjalankan eksperimen seperti tumpahnya bahan cecair sebelum

selesainya eksperimen. Selepas mengikut arahan eksperimen,

murid berasa teruja dengan hasil tindak balas eksperimen tersebut.

Murid dapat mengukur ketumpatan cecair yang berbeza mengikut

jenis cecair.

Page 10: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

REFLEKSI

Secara lumrahnya, setiap kanak-kanak mempunyai kemahuan dan naluri untuk

meneroka setiap perkara yang berlaku. Naluri semulajadi ini telah membantu mereka dalam

pembelajaran mereka. Melalui pengetahuan sedia ada murid ini saya cuba merancang satu

penyiasatan ringkas mengenai ketumpatan cecair yang berbeza iaitu air dan minyak. Saya

cuba mengumpul sebanyak mana bahan yang membantu saya dalam menghasilkan satu

ujikaji ringkas tetapi penuh bermakna untuk pengetahuan semua. Apabila semua bahan telah

di perolehi maka saya telah memilih kaedah eksperimen atau penyiasatan dalam tugasan

saya. Oleh kerana ia perlu di jalankan secara individu atau dalam kumpulan kecil sahaja,

maka saya hanya memilih dua orang murid iaitu Iffah Afiqah bt Mohd Sukri dan Nur Amira

bt Abd Mutalib dari kelas 5 Cerdik. Ini kerana saya perlu merakam aktiviti maka pemilihan

murid yang betul berkeyakinan dalam bercakap di hadapan kamera video amat penting dalam

menyelesaikan tugasan ini.

Cara belajar ini sebenarnya bukan sahaja memberikan mereka kebebasan untuk

meneroka, malah membuatkan mereka lebih seronok dalam mengikuti proses pembelajaran.

Rasa ingin tahu yang membuak-buak menjadikan mereka begitu aktif untuk belajar dan

memberikan respon yang baik didalam kelas. Apabila semua bahan tersebut di kumpul, maka

guru merancang aktiviti penyiasatan ketumpatan cecair mengikut jenis iaitu air dan minyak.

Guru hanya bertanggungjawab sebagai fasilitator. Sebelum penyelesaian masalah

dijalankan, saya telah memberi penerangan ringkas kepada murid tentang cara-cara

menjalankan eksperimen untuk menyelesaikan masalah yang dikemukan kepada mereka

dalam kertas aktivitiyang disediakan agar murid faham apa yang patut mereka lakukan

kemudian. Semasa menjalankan eksperimen, saya perhatikan ada sikap ingin tahu pada murid

tersebut. Selain itu, sikap kerjasama juga di tunjukkan semasa mereka menjalankan

eksperimen di atas. Ada juga masalah yang timbul semasa menjalankan eksperimen seperti

tumpahnya bahan cecair sebelum selesainya eksperimen. Selepas mengikut arahan

eksperimen, murid berasa teruja dengan hasil tindak balas eksperimen tersebut.

Pembelajaran cara ini juga lebih bermakna kepada murid kerana mereka dapat

melakukan sendiri dan menyiasat sendiri apa yang mereka perlu ketahui. Soalan-soalan yang

membantu para pelajar dalam memberi pemahaman dan menimbulkan minat menyiasat juga

adalah sangat berkait rapat. Guru yang memahami dunia pelajarnya akan mencuba pelbagai

Page 11: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

cara supaya para pelajar dapat melakukan sendiri dan merasai betapa seronoknya belajar. Ini

bukan sahaja memberikan kefahaman kepada murid, malah akan memotivasikan mereka

untuk terus belajar dan meneroka.

Dari pengalaman saya sendiri, cara belajar ini memberikan saya lebih kefahaman dan

lebih mudah untuk diingati. Setelah melakukan sendiri penyiasatan dalam pembelajaran

seperti melakukan eksperimen dalam subjek sains, saya lebih mudah untuk mengingati

langkah-langkah, tindak balas yang berlaku dan sebagainya. Ingatan terhadap pelajaran ini

juga lebih lama dan mendalam.

Akhir sekali, melalui tugasan ini saya dapat menghasilkan satu penyiasatan yang

ringkas mengenai ketumpatan cecair yang berlainan. Selain itu, murid juga dapat

menyelesaikan tugasan dengan baik dan semangat kerja sama yang kuat di anyara

mereka.Saya yakin bahawa cara belajar ini dapat memberikan lebih kefahaman, memupuk

minat belajar malah dapat memotivasikan murid dalam pembelajaran.

Page 12: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik

RUJUKAN

Barrow, Lehtinen, Orrill. (2002). Teaching Primary Science. New York:

TransAtlantic Pubns.

Finkle, Torp. (1985). Infusing critical and Creative Thinking. New jersey:

Grove press.

Lester. (1985). Science, an involvement approach to elementary science methods. New York:

Pacific press.

Schoenfeld. (1985).Teaching in science. Columbush:

The Ohio State University press.

Piaget, J. 91972). Intellectual evolution from adolescence to adulthood.

Human development, 5, 1-12.

Wynee Harlen. (1985). Changing approaches to teaching: a relational perspective.

Studies in Higher education, 21(3), 275-284.

Page 13: Isu sains   sem3

SCE 3106:Berfikir dan Bekerja Secara Saintifik