pulau batu puteh, isu pertikaian hak kedaulatan antara malaysia dan singapura

Upload: khairul-ridhwan

Post on 14-Apr-2018

347 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Pulau Batu Puteh, Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia Dan Singapura

    1/9

    Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat

    Pulau Batu Puteh: Isu pertikaian hak kedaulatan antara Malaysia dan Singapura1

    WAN SITI ADIBAH BT WAN DAHALAN

    ABSTRAKPada bulan Disember 1979, Malaysia telah membentangkan peta wilayah negara(peta yang menunjukkan secara spesijik sempadan perairan wilayah dan pelantarbenua Malaysia) yang memasukkan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Pulau BatuanTengah (Middle Rock) dan Pulau Tubir Selatan (South Ledge) ke dalam wi/ayahMalaysia. Isu pemetaan Malaysia menyebabkan bermulanya pertikaian hakkedaulatan pulau-pulau tersebut di antara Malaysia dan Singapura. Pembahagiansempadan maritim itu membolehkan Malaysia menguatkuasakan undang-undang danperaturan-peraturannya di dalam penggunaan laut dan mengeksplotasi sumbersumber galian di dalam pera,iran wilayahnya. Malaysia melakukan pemetaanmemasukkan Pulau Batu Puteh ke dalam wilayahnya kerana Kesultanan lohor tidakpernah menyerahkan pulau tersebut kepada British pada tahun 1824. Singapuramendakwa lelah mentadbir Pulau Batu Puteh dan menguruskan Rumah ApiHorsburgh sejak 1851, iaitu setelah Singapura diperintah oleh British berikutanPerjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824. Pertikaian hak kedaulatan pulaupulau tersebut lelah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (mahkamah) diHague, Belanda melalui Perjanjian Khas yang telah ditandatangani pada 9 Februari2003. Tujuan artikel ini ditulis ialah untuk mengkaji penghakiman yang telahdiputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai perebutan Pulau BatuPuteh yang telah diputuskan pada 23 Mei 2008.

    ABSTRACTIn December 1979, Malaysia has published a map ascertained her territory seaboundary (the map has shown specijically the maritime delimitation of Malaysiaterritorial sea and continental shelf) which includes Pulau Batu Putih, Pulau BatuanTengah and Pulau Tubir Selatan into Malaysia's territory. The issue of Malaysiaterritory claim on the map was the starting point of sovereignty dispute of thoseislands between Malaysia and Singapore. The maritime boundary enables Malaysiato enforce its law and regulations in managing and exploiting the mineral resourcesin the territorial sea. Malaysia ascertained Pulau Batu Putth into her territory1 Kupasao meogeoai isu ioi dibuat sebelum laporao peoghakitnao dikeluarkan oleh Mahkatnah KeadilanAntarabaogsa.

  • 7/30/2019 Pulau Batu Puteh, Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia Dan Singapura

    2/9

    Jumal Undang-Undang Dan Masyarakat

    llllt/ma,re of Johore has never g'iven the island to British Crown in 1824.' ()lU:/ffI

  • 7/30/2019 Pulau Batu Puteh, Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia Dan Singapura

    3/9

    94

    i'" I. . ,

    Pulau Batu Puteh : lsu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia dan Singapuranegara perairan pantai dan peraturan-peraturan lain yang melibatkan penggunaan laul

    s e p ~ r t i pelaya:an ~ a ~ a l - k a p a . l , .perikanan, perlindungan dan p e m u l ~ h a r a a n persekitaranmann dan lam-lam. DefimsI "pulau" terkandung dalam Article 121 Regime ofIslands (UNCLOS 1982)

    1. An island is a naturally formed area of land, surrounded by water, which isabove water at high tide.2. Except as provided for in paragraph 3, the territorial sea, the contiguouszone, the exclusive economic zone and the continental shelfof an island aredetermined in accordance with the provisions of this Convention applicableto other land territory.1 Rocks which cannot sustain human habitation or economic life of their ownshall have no exclusive economic zone or continental shelf.

    Menurut definisi pulau di dalam UNCLOS 1982 ialah sekeping tanah yang dikelilingioleh air laut ketika air laut pasang. Pulau yang membolehkan manusia hidup diatasnya adalah dibenarkan oleh UNCLOS 1982 untuk melakarkan sempadan maritimseperti sempadan laut wilayah8 (territorial sea), sempadan laut berdampingan(contiguous zone), sempadan Zon Ekonomi Eksklusif (Exclusive Economic Zone) danPelantar Benua (Continental Shelf) di sekeliling pulau terse but.Apa yang menarik perhatian ialah pulau yang terbentuk dari batu hanyadibenarkan oleh UNCLOS 1982 untuk: melakar sempadan laut wilayah9 (territorialsea) dan sempadan laut berdampingan sahaja (contiguous zone)lQ.Walaubagaimanapun UNCLOS 1982 tidak membenarkan pulau yang terbentuk: daribatu melakar sempadan maritim Zon Ekonomi Eksklusifl l dan sempadan PelantarBenua I2 . Ini berrnakna Pulau Batu Puteh (pulau yang terbentuk dari batu) dibenarkanmelalui UNCLOS 1982 untuk melakar sempadan maritim laut wilayah dan sempadanlaut berdampingan sahaja.

    1 Malaysia telah rneratifikasi UNCLOS 1982 pada 14 Oktober 1996.8 Menurut Artikel 3 UNCLOS 1982 setiap negara perairan pantai berhak untuk rnelakar sernpadan perairanwilayah tidak melebihi jarak 12 batu nautika dari garis pangkaL Perrnulaan pembahagian sempadanmaritim dimulakan dengan lakaran garis pangkal bagi negara pesisir panlai yang mempunyai bentuk

    muka bumi yang lurus dan tidak berlekuk.9 Perairan wilayah memberikan hak kedaulatan mutlak kepada sesebuah negara persisiran panlai melepasitanah daralan, perairan dalaman dan telmasuk ruang udara dan tanah dasar laut.10 Dalam perairan berdampingan, negara pesisir panlai boleh menguatkuasakan dan menghukumperlanggaran undang-undang kastam, fiscal, immigresen dan undang-undang mengenai perlindungankesihatan yang dilakukan dalam perairan wilayah. Had kepanjangan perairan berdampingan ialah 12balu nautika (ke arah laut) dari perairan wilayah.II Dalam lon Ekonomi Eksklusif (lEE) pula, negara pesisir pantai mempunyai kepanjangan (ke arah laut)200 batu nautika dari garis pangkal. Dalam lEE, negara mempunyai hak dan bidang kuasa dalam

    menjelajahi dan mengeksplotasi, memulihara dan menguruskan sumber-sumber asli yang hidup danyang tidak hidup. Antaranya terrnasuk bidang kuasa menjelajahi dan mengeksplotasi penghasilan tenagadari air, ombak dan angin di samping pengendalian penggunaan pulau buatan manusia, melakukanpenyelidikan sains marin dan perlindungan serta pemuliharaan persekitaran marin.12 Pelantar Benua pula ialah terdiri dari (anah dasar lau( berrnula dari 200 batu nautika dari garis pangkal

    perairan wilayah ke arah laut. Negara pesisir panlai mempunyai hak kedaulatall terhad dalammenjelajahi dan mengeksplolasi sumber-sumber semulajadi (mengandungi mineral, bahan semulajaditidak hidup dan organisma hidup yang terdiri dari spesis yang menetap di situ).

  • 7/30/2019 Pulau Batu Puteh, Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia Dan Singapura

    4/9

    Jumal Undang-Undang Dan Masyarakat95Manakala Pulau Tubir Selatan terbentuk dari batu dan hanya dapat dilihatketika air laut surut. Menurut peruntukan UNCLOS 1982, Pulau Tubir Selatan tidakboleh dianggap pulau memandangkan definisi pulau ialah sekeping tanah yang dikelilingi air laut ketika air laut pasang. Namun begitu terdapat peruntukan lain dalam

    UNCLOS 1982 yang boleh dimasukkan dalam kategori Pulau Tubir Selatan iaitu; Alow -tide elevation is a naturally formed area of land which is surrounded by andabove water at low tide but submerged at high tideH Peruntukan ini bermaksud a lowtide elevation atau drying rocks adalah 'pulau' yang dikelilingi air l a : ~ t ketika airsurut tetapi 'pulau' tersebut tenggelam ketika air laut pasang. Peruntukap ini jelasmenggambarkan spesifikasi Pulau Tubir Selatan. Lakaran ;pembahagian sempadanbagi pulau sebegini ialah jika pulau tersebut termasuk dala,m perairan wilayah daritanah besar (main land), maka takat air surut pulau berkenaan boleh dijadikan sebagaitakat sempadan perairan wilayah. Jika pulau tersebut terletak melebihi sempadanperairan wilayah dari tanah besar (main land), maka mengikutperuntukkan UNCLOS1982 pulau tersebut tidak boleh melakar perairan wilayahnya di sekeliling pulautersebut. Pada asasnya negara perairan pantai berhak untuk memilih lakaran garispangkal (baselines) sebagai pennulaan lakaran maritim asalkan mengikut bentukmuka buminya14. Jika negara perairan pantai mempunyai pulau-pulau di perairanpantainya, lakaran garis pangkal boleh dimulakan dengan... the method of straightbaselines joining appropriate points may be employed in drawing the baseline fromwhich the breadth of territorial sea is measurei5 Malaysia telah mempunyai rangundang-undang garis pangkal zon maritim 2006 16

    HUJAH-HUJAH YANG DIKEMUKAKAN DI MAHKAMAH KEADILANANTARABANGSA

    Isu-isu berkaitan pertikaian hak kedaulatan Pulau Batu Puteh semasa berlakunyaperbicaraan di mahkamah ialah pertamanya, Singapura mendakwa Pulau Batu Putihterra nullius atau tidak bertuan pada tahun 1847 17. Malaysia menyangkal hujahSingapura dan Pulau Batu Puteh ialah pulau yang mempunyai tuan dan pemiliknyaialah Kesultanan Johor. Keduanya, Singapura mendakwa membuktikan pada tahun1847 sehingga 1851, Britain mempunyai pemilikan ke atas Pulau Batu Puteh tanpaperlu mendapat kebenaran sebarang Sultan tempatan. Malaysia menyangkal hujahSingapura, Sultan dan Temenggong Johor memberi kebenaran kepada British melaluisurat bertarikh 1844 kepada Gabenor Butterworth untuk membina dan mentadbirrumah api di pulau tersebut. Ketiganya, Singapura mendakwa berjaya membuktikandalam tempoh 1847 sehingga 1851, British memperolehi bak kedaulatan ke atas'Pulau Batu Puteh dengan memenuhi syarat dua criteria, iaitu niat dan kegiatan yangmenggambarkan British mempunyai hak kedaulatan. Malaysia tidak perlu

    IJ Artike113, UNCLOS 1982. 14 Artikei14, UNCLOS 1982. )' Artikel7, UNCLOS 1982.16 Rang Undang-Undang Garis Pangkai Maritim 2006. Akta ini mengandungi 9 seksyen dan

    memperuntukkan bagaimana lakaran garis pangkal dibuat bagi menentukan zon maritim Malaysia.11 Khairul Babri BasaI:!lddin.2007. Hujah dakwa Batu Puteh tak bertuan 'longgar'. Berifa Harian, 22November: 8.

  • 7/30/2019 Pulau Batu Puteh, Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia Dan Singapura

    5/9

    Pulau Balu Puteh : Isu Pertikaian Hak Kedaulalan Amara Malaysia dan Singapura 96mengemukakan sebarang bukti effectivites atau pentadbiran berkesan ke atas pulau?kerana Malaysia mempunyai hak milik asal ke atas pulau tersebut. Keempatnya,Singapura mendakwa pemangku setiausaha kerajaan lohor telah menulis surat rasmikepada Singapura bahawa lohor tidak menuntut hak milik pulau tersebut. Malaysiaberhujah tindak-tanduk pegawai kerajaan itu dari segi undang-undang antarabangsatidak meninggalkan kesan, kuasa dan kepentingan dalam kes inL

    KEPUTUSAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA

    Mahkamah Keadilan Antarabangsa (mahkamah) dalam penghakimannya memutuskanSingapura mempunyai hak ke atas Pulau Batu Puteh dan Malaysia mempunyai hak keatas Pulau Batuan Tengah

    18 Manakala hak milik Pulau Tubir Selatan akan ditentukanmengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya 19 Mahkamahmemberikan keputusan berdasarkan dua perkara20 :Dalam penghakiman tersebut, tuntutan Kesultanan lohor terhadap hakkedaulatan keatas Pulau Batu Puteh, Pulau Batuan Tengah dan Pulau Tubir Selatandiikhtiraf tetapi hakim mengambil kira bahawa lebih daripada 100 tahun Malaysiatidak berbuat apa-apa untuk menunjukkan haknya keatas pulau itu 21 Mahkamahmenerima hujah Malaysia bahawa Kesultanan lohor mempunyai hak kedaulatan keatas Pulau Batu Puteh bermula sebelum 1800 hingga 1840. Kenyataan ini disokongserta disahkan melalui tindakan Sultan lohor ke atas Orang Laut yang tinggal di

    kepulauan Selat Singapura termasuk Pulau Batu Puteh serta menjadi kawasan marinitu tempat penginapan mereka. Seterusnya hak kedaulatan pulau tersebut terus beradadi bawah Kesultanan lohor melalui perjanjian British-Belanda1824, Triti Crawford1824 dan apabila Sultan lohor bersetuju menyerahkan Singapura kepada SyarikatHindia Timur. Mahkamah menimbang fakta kedudukan perundangan ke atas pulautersebut selepas 1840, iaitu melihat kepada kegiatan atau tindakan yang dilakukanoleh pihak terbabit dalam tempoh tersebut. Kegiatan Malaysia dalam prosespembinaan rumah api serta sistem lampu selat, perkembangan perlembagaanMalaysia dan Singapura serta peraturan perikanan lohor pada 1860, tidak dapatmembantu memuktamadkan kes depan mahkamah. Sebaliknya mahkamah menerimakegiatan atau tindakan Singapura seperti penyiasatan Singapura berhubung kapalkaram dalam perairannya, permohonan kebenaran pegawai Malaysia membuat kerjaukur di perairan pulau itu, tindakan Malaysia mendiamkan diri apabila Singapuramengibarkan benderanya di Pulau Batu Puteh, pemasangan alat komunikasi tenterapada 1977, polisi dan cadangan kerja penambakan laut serta peta. Berdasarkan faktafakta yang dinyatakan itu mahkamah memutuskan Singapura sudah mempunyai hakkedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh sejak 1980 Jagi.

    18 Penghakiman setebal 81 halaman dibacakan oleh Naib Presiden leJ, Hakim Avm Shawkat Alkhasawneh.Keputusan berhubung Pulau Batu Putih, 12 hakim memihak Singapura dan 4 hakim (dari Venezuela,Jennan, Peranchis dan Afrika Se1atan) memihak Malaysia. Keputusan berhubung Pulau Batuan Tengah,15 hakim memihak Malaysia dan seorang hakim memihak Singapura.

    19 Keputusan berhubung Pulau Tubir Selatan, 15 hakim memihak pulau tersebut hak negara perairarUlya.20 Khairul Bahri Basaruddin.2008. Batu Puleh hak Singapura. Berita Harian, 24 Mei: I21 Palmas Island Arbitration (RIAA, VoL2 (1949) ha1.1105, !l08 "pulau yang tidak didiami hanya perlumemenuhi syarat .. .effectiveness ofoccupation was satisfied by rather minimal aels ofstate authority

  • 7/30/2019 Pulau Batu Puteh, Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia Dan Singapura

    6/9

    Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat

    " Selain dari itu, hakim merujuk surat Penolong Setiausaha kerajaan Johorpada 21 September 1953 kepada Singapura yang Johor tidak menuntut hak milik keatas Pulau Batu Puteh, dianggap oleh mahkamah pengakuan penyerahan kedaulatanpalau tersebut kepada Singapura. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Teknikalyang dibentuk oleh kedua-dua negara tersebut akan mengkaji hasil keputusan itu danmemulakan perbincangan untuk mencari kaedah penyelesaian kedudukan Pulau TubirSelatan yang tidak diputuskan pemiliknya dan hal-hal lain yang berkaitan dalampenghakiman tersebut. '.

    \ANALISIS KEPUTUSAN P E N G H A K I M ~ MAHKAMAH KEADILANANTARABANGSAPenghakiman mahkamah dalam kes ini cenderung kepada isu-isu kegiatan atautindakan yang telah dilakukan oleh Singapura selepas tahun 1840. Mahkamahmengaplikasikan isu a titre de souverain (tindak-tanduk yang menunjukkan sesebuahnegara mempullyai kedaulatan), jika gagal dipenuhi boleh menyebabkan sesebuahnegara terlepas kedaulatan keatas jajahmmya22 . Namun penulis berpendapat sebarangtindakan atau aktiviti yang dilakukan oleh Singapura (seperti mentadbir rumah api,pengibaran bendera Singapura, memasang peralatan komunikasi perkapalan,merancang penambakan laut dan lain-lain seperti dinyatakan diatas) tidak sepatutnyamengubah hak asal pemilik pulau tersebut (Malaysia). Ini kerana Mahkamah padadasamya bersetuju bahawa Pulau Batu Puteh di bawah kedaulatan kesultanan Johorbagi tempoh 1800-1840. Tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Singapura terhadappulau tersebut tidak boleh dibuat tafsiran sebagai menunjukkan Malaysia melepaskanPulau Batu Puteh kepada Singapura. Mahkamah menolak fakta Singapura bahawapulau itu terra nullius (tidak bertuan). Malaysia tidak melakukan apa-apa terhadapPulau Batu Puteh kerana menghormati status quo Singapura yang mentadbir rumahapi Horsburgh. Penibinaan radar dan pendaratan helikopter oleh Singapura di pulauitu juga telah dibantah oleh kerajaan Malaysia menerusi nota bantahan, namunSingapura tetap melaksanakannya. Tetapi yang nyata Mahkamah memberi fQkuskepada kegiatan Singapura sebagai menunjukkan kawalan eksklusif dan hakkedaulatan Singapura.Mahkamah dalam kes ini tidak memberikan keputusan berdasarkanpertimbangan kepada jarak pulau tersebut yang ternyata paling hampir kepadaMalaysiajika dibandillgkan dengan Singapura. Sebaliknya Pulau Batuan Tengah yangjaraknya tidak sampai satu kilometer dari Pulau Batu Puteh pula diberikan milikanhak kepada Malaysia. Keputusan mahkamah dalam kes ini akan menimbulkanmasalah berkaitan lakaran pembahagian laut bagi sempadan perairan Malaysia danSingapura dalam konteks Pulau Batu Puteh dan Pulau Batuan Tengah.Surat dari pemangku Setiausaha Kerajaan Johor yang mengatakan Johortidak menuntut hak milik Pulau Batu Puteh sepatutnya tidak meninggalkan kesan dantidak mengubah fakta pulau tersebut jatuh kepada Singapura. lni kerana secaraasasnya surat dari seorang pegawai kerajaan tidak mengikat kerajaan dalam soalmenyerahkan kedaulatan wilayah sesebuah negara kepada negara luar. Tambahan lagi

    22 Noraini Abd Razak.2008. Bukall hUang maruah. Mingguan Malaysia, 25 Mei:6

  • 7/30/2019 Pulau Batu Puteh, Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia Dan Singapura

    7/9

    Pulau Batu Puteh : Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia dan Singapura 98pada tarikh itu Johor berada dalarn Persekutuan Tanah Melayu dan surat yangdihantar oleh seorang pegawai kerajaan tidak mengikat Malaysia kerana ia bersifatsatu tindakan berdasarkan undang-undang persendirian dan bukan undang-undangantarabangsa. Menurut kenyataan Peguam Negara "cara surat-menyurat itudijalankan menyalahi prosedur dan silap kerana hanya Pesuruhjaya Tinggi British atasnasihat dan persetujuan MajIis Perundangan Persekutuan boleh membuat undang_undang mengenai hal ehwalluar serta pertahanan".23

    Adalah penting bagi Malaysia untuk bersiap sedia dalarn perbincanganmelalui satu jawatankuasa teknikal di antara Malaysia dengan Singapura hasil dari. keputusan mahkarnah. Semua pakar undang-undang antarabangsa, pakar sejarah,pegawai dari kementerian dalam dan luar negeri dan lain-lain pihak yang berkaitanperlu menggembeIing tenaga untuk mendapatkan satu resolusi bagi menjaga danmelindungi hak kedaulatan dan perairan Malaysia24. Pernbahagian pulau-pulautersebut oleh mahkamah akan rnenimbulkan kesan lakaran perairan wilayah(territorial sea) dan sempadan-sernpadan perairan lain yang kompleks terutamanyakedudukan Pulau Batu Putih yang agak hampir dengan Malaysia tetapi menjadiwilayah Singapura. Lakaran perairan wilayah dan sempadan maritim yang lain akanmenjadi rumit sebab Pulau Batuan Tengah yang jaraknya I kilometer dari Pulau BatuPuteh menjadi milik Malaysia.Perincian tentang perairan Malaysia di kawasan Pulau Batuan Tengah adalahperlu bagi rnernberi panduan kepada nelayan Malaysia mengenai kawasan tangkapannelayan tempatan. Disarnping itu, isu laluan kapal terbang juga perlu diberi perhatianketika perbincangan jawatankuasa teknikal dilakukan. Melalui perbincangan inijugalah seharusnya ditentukan Pulau Tubir Selatan samada akan menjadi milikMalaysia atau Singapura.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, penghakirnan Mahkamah Keadilan Antarabangsa adalah muktamaddan mengikat Malaysia dan Singapura. Malaysia perlu akur dengan keputusanmahkarnah meskipun pahit kerana telah kehilangan Pulau Batu Puteh.Walaubagairnanapun Malaysia diberikan hak rnilik Pulau Batuan Tengah dan hakrnilik bagi Pulau Tubir Selatan bergantung samada pulau tersebut terrnasuk di dalamperairan negara Malaysia atau Singapura.Berikut ialah komen penulis mengenai pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar daripengalaman kehilangan sebuah wilayah negara kita iaitu Pulau Batu Puteh;i) Malaysia perlu menyenaraikan sernua pulau yang termasuk dalamperairan negara dan perlu melakukan aktiviti yang sesuai dansewajamya di atas pulau itu untuk menunjukkan kedaulatan negaraMalaysia ke atas pulau tersebut Sebarang tindakan kita perludidokurnenkan untuk menjadi bukti hak kita terhadap wilayah tersebut

    untuk kepentingan sekarang dan mas a hadapan (sebagai contohdokumen perjanjian pentadbiran rurnah api di Pulau Pisang, Johor

    23 Khairul Bahri Basaruddin.2007. 2 bukti barn Malaysia. Berita Harian, 22 Novemher: 124 Kenyataan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi TV I , dalam rancangan , Isu

    Semasa dan Palitik Semasa, 26 Mei 2008, pukul 2100.

  • 7/30/2019 Pulau Batu Puteh, Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia Dan Singapura

    8/9

    Jurnai Undang-Undang Dan Masyarakat9kepada Singapura). Sewajarnya kita perIu menyimpan semua dokumenpenting tersebut di dalam Arkib Negara. Meskipun agak malang keranamahkamah mengambilkira surat dari pegawai kerajaan Johor yang tidakmelepaskan Pulau Batu Puteh kepada Singapura sebagai bukti, kita jugaperIu berhati-hati di masa hadapan di dalam mengeluarkan kenyatanbertulis dan perIu mendapatkan nasihat dari pakar undang-undang didalam sebarang isu penting melibatkan kedaulatan negara. "

    Ii) Jawatankuasa . Teknikal dari Malaysia akan menggalas satutanggungjawab yang berat sebab Jawatankuasa inilah yang terIibat untukmencari jalan penyelesaian mengenai pembahagian sempadan maritimIaut yang bertindan dengan Singapura. Keputusan mahkamah yangmemberikan Pulau Batu Puteh kepada Singapura meskipun pulautersebut lebih hampir dengan Malaysia dan kedudukan Pulau BatuanTengah yang menjadi milik Malaysia akan menimbulkan satupembahagian sempadan maritim yang sukar, tidak jelas dan agakjanggal. Walaupun Pulau Tubir Selatan adalah terbentuk dari batu ketikaair Iaut surut (dan pulau tersebut tidak kelihatan ketika air laut pasang)namun kita mesti memperjuangkan untuk mendapatkan pulau tersebutdemi maruah negara dan untuk mengurangkan kuasa maritim Singapuradi kawasan tersebut. Dalam perbincangan jawatankuasa teknikaltersebut, Malaysia perlu memasukkan isu polisi dan rancanganpenambakan Iaut oleh Singapura di Pulau Batu Puteh. Singapura tidakboleh dibenarkan menambak laut sewenang-wenangnya di Pulau BatuPutih kerana kesan dari penambakan laut disekitar Pulau Batu Putihkelak akan menjejaskan dan mengubah pembahagian sempadan maritimyang telah dipersetujui. Pada asasnya tidak ada pemntukan dalamUNCLOS 1982 mengenai penambakan Iaut dan keadaan ini sudah pastimemberikan kedudukan yang tidak begitu memihak kepada Malaysiajika di bandingkan dengan Singapura25 Malaysia juga wajar untukmemastikan dan membantah apa juga aktiviti yang dilakukan olehSingapura di Pulau Batu Puteh yang akan. mengganggu aktiviti kita diPulau Batuan Tengah. Sebagai contoh, aktiviti yang perIu dipantau olehMalaysia ialah apabila Singapura telah memasang radar komunikasiperkapalan di Pulau Batu Puteh.iii) Kerajaan juga perIu membela nasib nelayan-nelayan Johor ketikamencari rezeki di Iaut. Mereka perIu diberitahu kawasan perairannegara di mana mereka boleh mencari ikan terutama setelahpembahagian maritim yang bam telah dipersetujui. Kapal perondaMalaysia perIu melakukan perondaan di kawasan tersebut untukmenjaga perairan yang bertindan dengan perairan Singapura.

    25 Pertikaian mengenai penambakan laut seCaJ"d agresif oleh Singapura di Pulau Tekong dan Tuas te\ahmenyebabkan pencemaran ekosistem marin, mengganggu laluan pelayaran Malaysia dan kelak memberikesan kepada pembahagian sempadan yang telah dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura. KeputusanTribunal Undang-Undang Laut Antarabangsa pada 8 Oktober 2003 telah bersetuju bahawa Singapuraperlu mengubah suai penambakan laut di Pulau Tekong dan Singapura perlu menggorek kawasan Iautyang dikenal pasti di samping membayar RM 374,400 kepada nelayan Malaysia sebagai pampasan.

  • 7/30/2019 Pulau Batu Puteh, Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia Dan Singapura

    9/9

    100ulau Batu Puteh : Isu Pertikaian Hak Kedaulatan Antara Malaysia dan Singapuraiv) Pada asasnya, Malaysia adalah sebuah negara perairan pantai yangmempunyai selat antara bangs a yang sib uk, kedudukan sempadanmaritim yang bertindan dengan negara-negara jiran yang berdekatan,

    memiliki laut yang kaya dengan sumber asli, ikan dan lain-lain.Sehubungan dengan itu Malaysia pedu mengumpulkan pakar-pakartempatan dari undang-undang laut antarabangsa, pakar dari undang.undang antarabangsa, pakar dari sains marin, pakar dari ahli sejarahdan pihak lain yang berkaitan untuk menjalankan penyelidikan danmenambahkan kepakaran mereka untuk b e r s i a p ~ s e d i a dan setandingdengan negara luar demi untuk menjaga maruah negara.v) Sudah sampai masanya bagi Malaysia untuk melakar danmengemaskinikan semua sempadan maritim untuk menunjukkan danmelaksanakan aktiviti yang sewajarnya di perairan kita dan melaporkankedudukan sempadan maritim itu kepada Bangsa-Bangsa Bersatu sepertiyang disarankan dalam UNeLOS 1982. Adalah menjadi kewajipansemua pihak yang berkaitan untuk memastikan peristiwa kehilanganPulau Batu Puteh tidak berulang lagi. Sewajarnya Kerajaan tidak bolehmemandang remeh dan tidak mengambil berat mengenai wilayah dalamMalaysia kerana pihak luar sentiasa bersedia untuk mengambilkesempatan kerana kealpaan ini.

    Wan Siti Adibah Wan DahalanFakulti Undang-UndangUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi,Selangor Darul EhsanMalaysiaEmel : [email protected]

    mailto:[email protected]:[email protected]