cempaka putih untukmu

Upload: badrulmunir-zaidi

Post on 18-Jul-2015

118 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PUISI MODEN(SAJAK) KATA-KATA

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

MAKSUD RANGKAPRANGKAP 1 Kita perlulah mempertahankan maruah diri dengan menggunakan kebijaksanaan berhujah sekiranya dihina orang. RANGKAP 2 Apabila diherdik,kita mestilah berusaha untuk mempertahankan diri.

RANGKAP 3 Martabat bangsa dan kedaulatan negara dapat kita pertahankan dengan menggunakan kebijaksanaan berhujah dan berfikir. RANGKAP 4 Kemerdekaan yang kita kecapi ialah hasil kebijaksanaan para pemimpin kita berhujah dan berunding.Negara kita mencapai kemerdekaan bukannya melalui pertumpahan darah.

RANGKAP 5 Penyajak menyeru generasi muda agar menggunakan kebijaksanaan berhujah jika menginginkan kehidupan merekalebih terjamin.

TEMA TEMA SAJAK INI IALAH MARUAH DAN JATI DIRI YANG PERLU DIPERTARUHKAN DENGAN KEBIJAKSANAAN KATA-KATA

PERSOALANa)

b)

c)

d)

Kebijaksanaan berhujah amat diperlukan agar tidak mudah ditewaskan musuh. Perundingan dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Kebijaksanaan berhujah mampu mengangkat martabat bangsa dan negara. Keberanian berdebat secara bijak.

BENTUKa)

b)c)

d)

Berbentuk bebas. Terdiri daripada lima rangkap. Bilangan katanya dua hingga lima patah kata sebaris. Terdiri daripada empat hingga lima belas suku kata sebaris.

UNSUR-UNSUR BUNYIa)

b)

Asonansi(pengulangan vokal .Contohnya:lawan kata dengan kata Aliterasi(pengulangan konsonan h) Contohnya:Pertahankanlah maruah kita.

GAYA BAHASAAnafora(pengulangan kata pada awal baris). Contohnya,kata ini pada rangkap ketiga baris 1 dan 2;frasa kita merdeka pada rangkap keempat baris 1 dan 2. b) Epifora.Contohnya,kata kata pada rangkap pertama baris 1,2 dan 4;kata kita pada rangkap ketiga baris 1 dan 2. c) Sinkope.Contohnya, tak.a)

NILAIa)

b)

c)

d)

Keberanian. Contohnya, berani dalam mempertahankan hujah. Kebijaksanaan. Contohnya, bijak berfikir dan berhujah. Kegigihan. Contohnya, tidak mudah berputus asa. Patriotisme. Contohnya, mempertahankan martabat dan kedaulatan bangsa.

PENGAJARANa)

b)

c)

Kita hendaklah bijak dan berani mempertahankan hujah. Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri dan maruah negara. Kita perlulah berhujah dengan cara bijaksana.