isu penculikan kanak-kanak

4
ISU 2 : KES PENCULIKAN KANAK-KANAK Masalah kanak-kanak yang hilang bukanlah sesuatu perkara yang baru. Kes kanak-kanak hilang sesungguhnya sering "meniti dari bibir ke bibir" kebanyakkan anggota masyarakat di negara kita. Hal ini membuktikan bahawa nilai murni dan akhlak dalam diri manusia yang terlibat dalam penculikkan kanak-kanak semakin terhakis. Oleh itu, perhatian yang serius harus diambil dan langkah penyelesaian perlu dicari sehingga ke "akar umbi" agar wujud kesedaran masyarakat untuk membasmi gejala ini. Persoalan yang sering timbul apabila terdapat kes kanak-kanak hilang adalah kenapakah masalah ini masih lagi timbul pada alaf ini? Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kes kanak-kanak hilang ini berlaku. 1) Penculik menculik untuk memuaskan nafsu Realitinya, memang tidak dinafikan bahawa kehilangan kanak-kanak ini adalah disebabkan oleh sifat manusia yang kejam dan "tidak berhati perut". Orang yang melakukan penculikan kebanyakkannya bertujuan semata- mata untuk memuaskan nafsunya. Terdapat berita kehilangan kanak-kanak diculik dan dirogol oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Apakah dosa kanak-kanak ini sehingga ada orang yang sanggup melakukan perkara yang keji ini. 2) Kelalaian ibu bapa Faktor lain yang menyebabkan kehilangan kanak-kanak ini berlaku disebabkan oleh kelalaian ibu bapanya sendiri. Sikap ibu bapa yang tidakmengambil berat tentang keselamatan anak-anak mereka amat menyedihkan kita. Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang asyik sibuk

Upload: ceceliajeylus

Post on 24-Nov-2015

179 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Isu mengenai penculikan kanak-kanak

TRANSCRIPT

ISU 2 : KES PENCULIKAN KANAK-KANAK

Masalah kanak-kanak yang hilang bukanlah sesuatu perkara yang baru. Kes kanak-kanak hilang sesungguhnya sering"meniti dari bibir ke bibir" kebanyakkananggota masyarakat di negara kita. Hal ini membuktikan bahawa nilai murni dan akhlak dalam diri manusia yang terlibat dalam penculikkan kanak-kanak semakin terhakis. Oleh itu, perhatian yang serius harus diambil dan langkah penyelesaian perlu dicari sehingga ke"akar umbi" agar wujud kesedaran masyarakat untuk membasmi gejala ini. Persoalan yang sering timbul apabila terdapat kes kanak-kanak hilang adalah kenapakah masalah ini masih lagi timbul pada alaf ini?Sebenarnya, terdapat beberapafaktor yang menyebabkan kes kanak-kanakhilang ini berlaku.

1) Penculik menculik untuk memuaskan nafsu Realitinya, memang tidak dinafikan bahawa kehilangan kanak-kanak ini adalah disebabkan oleh sifat manusia yang kejam dan"tidak berhati perut".Orang yang melakukan penculikan kebanyakkannya bertujuan semata-mata untuk memuaskan nafsunya. Terdapat berita kehilangan kanak-kanak diculik dan dirogol oleh manusia yang bertopengkan syaitan.Apakah dosa kanak-kanak ini sehingga ada orang yang sanggup melakukanperkara yang keji ini.

2) Kelalaian ibu bapaFaktor lain yang menyebabkan kehilangan kanak-kanak ini berlaku disebabkan oleh kelalaian ibu bapanya sendiri. Sikap ibu bapa yang tidakmengambil berat tentang keselamatan anak-anak mereka amat menyedihkankita. Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang asyik sibuk dengan kerjaya,sanggup membiarkan anak-anak mereka pergi dan pulang ke rumah seorangdiri dari sekolah. Selain itu, sikap ibu bapa yang leka dengan membiarkananak-anak menunggu lama di hadapan sekolah seorang diri mendedahkanmereka kepada bahaya. Perkara sebegitu boleh mengundang kepadaberlakunya penculikan ini.

3) Sikap kanak-kanak tidak dilatih untuk meminta kebenaran bila keluarFaktorlain yang menyebabkan berlakunya keskehilangan kanak-kanak, iaitu sikap kanak-kanak itu sendiri yang suka keluar seorang diri tanpa memberitahu ibu bapa mereka terlebih dahulu. Mereka menganggap bahawa mereka boleh menjaga diri apabila berada diluar dan berani berhadapan dengan sesiapa sahaja. Kanak-kanak ini hanyatahu keseronokan di luar tanpa mengetahui risikonya. Selain itu, kanak- kanak ini terlalu mudah dan cepat mempercayai orang yang baru dikenalioleh mereka. Mereka juga berani mengikut orang yang tidak dikenali kerana disogokkan dengan ais krim dan gula-gula. Perkara sebegini memudahkankanak-kanak itu diculik.

Apakahlangkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kanak-kanak hilangini? Antara langkah yang perlu diambil adalah dengan:

1) Penguatkuasaan undang-undang. Pihak kerajaan perlulah mengambil inisiatif denganmengenakan hukuman yang berat dan denda yang tinggi terhadap pesalah. Sebagai contohnya, hukuman gantung sampai mati perlu dikenakan kepadapesalah itu. Perkara ini akan menakutkan pesalah dan sedikit sebanyak dapat menginsafkan orang yang hendak melakukan penculikan. Dengan cara itu, masalah ini dapat dikurangkan dan rakyat Malaysia dapat hidupdengan aman tanpa rasa takut untuk memberikan kebenaran kepada anakmereka untuk bermain di luar rumah.

2) Peranan ibu bapaIa adalah amat penting untuk mengurangkankes ini. Ibu bapa haruslah sentiasa menasihati dan mengajar anak-anaksupaya tidak mengikut orang yang tidak dikenali walaupun diberikan gulagula atau sebarang pemberian. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak supayamenjerit dan menangis dengan sekuat hati apabila dipaksa mengikut arahanorang yang tidak dikenali. Selain itu, ibu bapa harus menasihati anak-anakmereka supaya tidak keluar rumah seorang diri. Dengan perkataan lain, ibubapa harus memainkan peranan dengan menemani anak-anak ke mana-mana sahaja mereka pergi untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

3) Peranan media massaDalam konteks ini, peranan media massa juga penting untuk menangani masalah ini. Media massa harus memaparkan iklan-iklan tentang kanak-kanak ini untuk dijadikan pedoman oleh ibu bapa supaya mengawasi anakanak mereka. Media massa perlu memaparkan hukuman yang akan dijalani oleh pesalah yang melakukan penculikan kanak-kanak ini supaya merekatakut dan kembali ke pangkal jalan. Hal ini demikian kerana, penculik iniakan sentiasa menonton televisyen untuk mendapatkan perkembangan danberita tentang penculikan ini tersebar supaya mereka dapat menyembunyikandiri di tempat yang tidak diketahui oleh orang. Jadi, mahu tidak mahu,mereka akan menonton iklan tentang usaha untuk membenteras kegiatanpenculikan kanak-kanak yang sedikit sebanyak dapat menakutkan mereka.

4) Penerapan nilai-nilai murni di kalangan masyarakatMasalahjenayah ini mencerminkan kerapuhan pegangan nilai-nilai murni dan etika masyarakat kita. Oleh itu, iltizam. yang tinggi amat diperlukan oleh anggota masyarakat bagi menjayakan usaha-usahakerajaan untuk memerangi dan menghapuskan masalah penculikan kanak-kanak yang berlaku di negara kita agar perkara ini tidak menjejaskan imejmasyarakat Malaysia. Sekiranya langkah ini tidak dititikberatkan sudah tentu masalah penculikan kanak-kanak ini sukar untuk dibanteras. Olehitu, semua pihak perlu"berganding bahu"untuk memastikan keselamatankanak-kanak sentiasa terjamin.