hakim wanita di mahkamah syariah: isu dan · pdf filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja...

17
HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN CABARAN YA Noor Huda binti Roslan PENDAHULUAN Suatu ketika dahulu wanita Melayu khususnya dilihat berperanan di rumah dan melakukan kerja-kerja asas wanita selaku ibu dan isteri dalam rumah tangga, di samping terlibat sama dalam kerja-kerja di luar rumah bagi membantu ekonomi keluarga seperti membanting beras, mengait guni, mencari timah dan emas, menoreh getah dan lain-lain. 1 Emansipasi wanita di Malaysia khususnya boleh dikesan dalam tahun 1950-an apabila wanita kelas atasan yang mendapat peluang pendidikan bersuara memperjuangkan peluang dan hak sama rata untuk bersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau bagaimanapun, perjuangan ini berbeza dengan perjuangan bangsa yang telah bermula lebih awal yang melibatkan ramai wanita sejak tahun 1920-an dan 1930-an, tetapi ia tidak meletakkan isu-isu wanita dalam kerangka atau agenda perjuangan mereka. 2 Keperluan kepada khidmat wanita dan peranan mereka semakin berkembang seiring zaman apabila wanita turut terlibat dan tenaga mereka diperlukan di pelbagai sektor dan lapangan. Hakikatnya, pada masa kini wanita Malaysia sebenarnya telah mula mendapat peranan dan hak mereka, sama ada dari segi pendidikan mahu pun peluang pekerjaan. Merujuk kepada statistik kadar literasi di Malaysia yang dikeluarkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), kadar literasi di kalangan wanita dewasa mencatat 93.11 peratus, manakala, belia wanita pula mencatat kadar literasi yang agak tinggi iaitu 98.5 peratus. 3 Pada tahun 2014, kadar penyertaan tenaga buruh di kalangan wanita adalah sebanyak 53.6 peratus berbanding pada tahun 1990 hanya sebanyak 47.8 peratus. Namun demikian, Malaysia masih lagi menduduki tangga ke-111 berdasarkan Indeks Jurang Gender Global bagi Asean dan Negara-negara Terpilih pada tahun 2015 berbanding rakan-rakan negara Asean lainnya seperti Brunei (88), Indonesia (92) dan Singapura (54). 4 1 Richard 0. Winstedt, Malaya and its History, 5th ed., London: Hutchinson, 1958, muka surat 50. 2 Ng, Cecilia; Leng, Chee Heng. Asian Journal of Women's Studies; Seoul 2 (Oct 31, 1996): 192. Muka Surat 4. 3 Laman Web UNESCO. http://en.unesco.org/countries/malaysia . Diakses pada 15 Mei, 2017 4 Jadual 9.5, Indeks Jurang Gender Global Bagi Asean Dan Negara-Negara Terpilih,2015, Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2015.pdf, muka surat 133

Upload: dangdung

Post on 04-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN CABARAN

YA Noor Huda binti Roslan

PENDAHULUAN

Suatu ketika dahulu wanita Melayu khususnya dilihat berperanan di rumah dan

melakukan kerja-kerja asas wanita selaku ibu dan isteri dalam rumah tangga, di samping terlibat

sama dalam kerja-kerja di luar rumah bagi membantu ekonomi keluarga seperti membanting

beras, mengait guni, mencari timah dan emas, menoreh getah dan lain-lain.1 Emansipasi wanita

di Malaysia khususnya boleh dikesan dalam tahun 1950-an apabila wanita kelas atasan yang

mendapat peluang pendidikan bersuara memperjuangkan peluang dan hak sama rata untuk

bersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau bagaimanapun, perjuangan ini

berbeza dengan perjuangan bangsa yang telah bermula lebih awal yang melibatkan ramai

wanita sejak tahun 1920-an dan 1930-an, tetapi ia tidak meletakkan isu-isu wanita dalam

kerangka atau agenda perjuangan mereka.2

Keperluan kepada khidmat wanita dan peranan mereka semakin berkembang seiring

zaman apabila wanita turut terlibat dan tenaga mereka diperlukan di pelbagai sektor dan

lapangan. Hakikatnya, pada masa kini wanita Malaysia sebenarnya telah mula mendapat

peranan dan hak mereka, sama ada dari segi pendidikan mahu pun peluang pekerjaan. Merujuk

kepada statistik kadar literasi di Malaysia yang dikeluarkan oleh United Nations Educational,

Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), kadar literasi di kalangan wanita dewasa

mencatat 93.11 peratus, manakala, belia wanita pula mencatat kadar literasi yang agak tinggi

iaitu 98.5 peratus.3 Pada tahun 2014, kadar penyertaan tenaga buruh di kalangan wanita adalah

sebanyak 53.6 peratus berbanding pada tahun 1990 hanya sebanyak 47.8 peratus. Namun

demikian, Malaysia masih lagi menduduki tangga ke-111 berdasarkan Indeks Jurang Gender

Global bagi Asean dan Negara-negara Terpilih pada tahun 2015 berbanding rakan-rakan negara

Asean lainnya seperti Brunei (88), Indonesia (92) dan Singapura (54).4

1 Richard 0. Winstedt, Malaya and its History, 5th ed., London: Hutchinson, 1958, muka surat 50.

2 Ng, Cecilia; Leng, Chee Heng. Asian Journal of Women's Studies; Seoul 2 (Oct 31, 1996): 192. Muka

Surat 4.

3 Laman Web UNESCO. http://en.unesco.org/countries/malaysia . Diakses pada 15 Mei, 2017

4 Jadual 9.5, Indeks Jurang Gender Global Bagi Asean Dan Negara-Negara Terpilih,2015, Perangkaan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2015.pdf, muka surat 133

Page 2: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

2

Pada hari ini, wanita Malaysia berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi. Bahkan peratusan kemasukan mereka ke universiti juga mengatasi kaum lelaki.5 Tidak

hairanlah, peratusan wanita yang terlibat dalam bidang profesional juga adalah lebih tinggi

daripada lelaki.6

Dalam sektor awam, golongan wanita juga kian ramai mengetuai bidang pengurusan dan

pentadbiran. Peratusan mereka yang menjadi Ketua Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan

ketua pengarah juga meningkat sebanyak 1.4 peratus dalam tempoh setahun sepanjang tempoh

2014 hingga 2015.7 Bukan itu sahaja, keterlibatan wanita di sektor swasta dan korporat juga

tidak menghampakan. Walaupun jumlah mereka tidak ramai berbanding lelaki, namun

kewujudan mereka tetap terserlah dan diyakini akan meningkat dari tahun ke tahun. Secara

puratanya, keterlibatan ahli lembaga pengarah wanita bagi syarikat yang berdaftar dengan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mencatat peratusan sebanyak 29.4 peratus.8 Peratusan

ahli lembaga wanita di sektor perbankan juga meningkat pada tahun 2015 iaitu sebanyak 8.8

peratus berbanding 7.9 peratus pada tahun 2014.9

Hari ini, wanita di Malaysia sudah tidak dipandang dan dinilai dari sudut gender,

sebaliknya telah menjadi sebahagian anggota masyarakat yang mempunyai peranan dalam

struktur sosial di negara kerana mereka telah menjadi sebahagian daripada agenda

pembangunan negara sejak beberapa dekad yang lalu.

Agenda pembangunan wanita telah mula disentuh dalam Rancangan Malaysia Ketiga

(1976-1980) dan seterusnya diberi penekanan melalui satu bab khusus perancangan

5 Jadual 3.1, Enrolmen Pelajar di Institusi Pendidikan Kerajaan dan Bantuan Kerajaan Mengikut Peringkat

Pendidikan, 2008-2014, Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2015.pdf, muka surat 57

6 Jadual 2.7, Bilangan Penduduk yang Bekerja Mengikut Industri dan Jantina, 2014, Perangkaan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat 2015.pdf, muka surat 46

7 Jadual 6.1, Wanita sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah, 2014 -

2015, Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2015.pdf, muka surat 91

8 Jadual 7.2, Peratusan Ahli Lembaga Pengarah bagi Syarikat yang Berdaftar dengan Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM) Mengikut Jantina, 2015, Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

2015.pdf, muka surat 104

9 Jadual 7.1, Ahli Lembaga Wanita di Sektor Perbankan, 2014 - 2015, Perangkaan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat 2015.pdf, muka surat 105

Page 3: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

3

pembangunan wanita dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995). Agenda pembangunan

wanita ini diteruskan melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), yang antara lain,

memberi fokus kepada peningkatan penyertaan tenaga kerja wanita kepada 55 peratus pada

tahun 2015 dan peningkatan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan. Sasaran ini

diteruskan lagi dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) iaitu bagi meningkatkan

kadar penyertaan tenaga kerja wanita kepada 59 peratus dan untuk mencapai sasaran 30

peratus penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor korporat menjelang tahun

2020.10

Sebelum kedatangan Islam, wanita pada zaman patriarki jahiliah pernah dianggap

sebagai hamba, harta peribadi dan dikatakan mempunyai sifat-sifat lebih rendah daripada lelaki.

Kedudukan wanita tidak terbela dan tidak diberi hak sewajarnya serta nilai dan maruah wanita

dianggap rendah. Pada zaman Jahiliah Arab sebelum kedatangan Islam, wanita dianggap hina.

Suami bagi wanita yang hamil anak perempuan akan terlebih dahulu membuat persediaan

menggali lubang untuk menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup untuk mengelakkan

mendapat malu dan menanggung bebanan hidup dan kemiskinan di kemudian hari. Amalan

membunuh anak perempuan hidup-hidup bagi Arab Jahiliah adalah suatu kebaikan dan anak

lelaki adalah satu kebanggaan dan kegembiraan.11

Sejarah juga telah membuktikan bahawa terdapat beberapa tamadun lain di dunia yang

turut tidak memuliakan dan mengiktiraf wanita. Berdasarkan kepada History of Woman Suffrage,

kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad ke-18 telah menegaskan bahawa gerakan

liberty dan hak asasi wanita adalah semata-mata untuk mencari keadilan bagi wanita sebagai

seorang manusia yang diiktiraf. Seorang perantau di bumi Greece menyebut wanita adalah lebih

baik daripada keldai bagi mengangkat barang-barang dagangan. Wanita-wanita di Greece, para

ibu mereka berkedudukan rendah sehingga apa yang bersangkut-paut dengan kehidupan

mereka, kegembiraan mereka dan hak-hak mereka adalah ditentukan oleh orang lelaki di dalam

keluarga mereka. Lantaran itu, mereka dilihat tidak berupaya dan terkongkong di dalam budaya

pemikiran pada ketika itu. Undang-undang Rome pada era tersebut juga menganggap wanita

10 Teks Ucapan YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat, 22 Mei 2016. PDF. Diakses pada 15 Mei, 2017.

11 Che Zarrina Sa’ari dan Joni Tamkin Borhan (2006), Peranan Wanita Dalam Pengukuhan Akidah Umat

Islam, Jurnal Usuluddin bil 23-24. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, muka surat

36-40.

Page 4: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

4

bukan sebagai manusia, akan tetapi sebagai barang dagangan. Seorang misionari Kristian dari

Perancis turut mengkhabarkan sesuatu yang lebih tragik, iaitu golongan wanita di China percaya

bahawa jika mereka menjalankan kehidupan secara benar dan setia dengan hubungan ketika

hidup di dunia ini nescaya mereka akan dibangkitkan semula sebagai lelaki kerana percaya

bahawa wanita adalah ciptaan tanpa jiwa. 12

Selepas kedatangan Islam, martabat wanita seolah-olah menemui suatu sinar baru. Hak

dan peranan mereka dijamin dan diangkat oleh Islam ke tempat yang mulia. Menurut Syeikh

Maududi, hak asasi wanita yang dijamin dalam Islam memastikan tiada berlakunya penindasan

ke atas mereka di dalam rumah tangga mahupun sepanjang interaksi sosial mereka dalam

komuniti yang didiami. Selain itu, mereka bebas untuk mengembangkan kebolehan semula jadi

yang ada semaksimum yang mungkin dan berpeluang menyumbang di dalam kerangka sosial

yang ada bagi membina sebuah tamadun yang berjaya. Islam membolehkan para wanita

memegang status setinggi yang mampu, sesuai dengan kewanitaan mereka. Undang-undang

Islam tidak membezakan lelaki dan wanita berkaitan pemilikan harta, pengiktirafan dan

reputasi.13 Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud, “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh,

baik lelaki mahu pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan

berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan beri balasan kepada

mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”14

Dari sudut pendidikan pula, Syeikh Maududi turut mengatakan bahawa Islam bukan

sahaja membenarkan para wanita mendapatkan pendidikan agama dan perkara-perkara cabang

daripadanya, bahkan pendidikan adalah perkara yang wajib bagi mereka sebagaimana

diwajibkan kepada lelaki. Di samping mewajibkan pendidikan kepada semua orang Islam yang

merdeka, Rasulullah s.a.w turut menggalakkan memberi pendidikan kepada hamba sahaya

wanita.15 “Jika seseorang mempunyai seorang hamba wanita, maka dia mengajarnya dengan

12 2 Elizabeth Cady Stanton, et al., History of Woman Suffrage 756 (1881) Chapter XXVI American

Woman Suffrage Association [chapter] History of Woman Suffrage. HeinOnline.

13 Maulana Abul ‘Ala Maududi (1939). Terjemahan kitab al-Hijab: Purdah and The Status of Woman in

Islam. Muka surat 98. http://www.khilafahbooks.com/wp-content/ebook-

download/english/khilafah/purdah_status_women_islam.pdf

14 Surah an-Nahl: 97

15 Maulana Abul ‘Ala Maududi (1939). Terjemahan kitab al-Hijab: Purdah and The Status of Woman in

Islam. Muka surat 99. http://www.khilafahbooks.com/wp-content/ebook-

download/english/khilafah/purdah_status_women_islam.pdf

Page 5: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

5

akhlak yang baik dan memberi pendidikan kepadanya, kemudian membebaskannya serta

mengahwinkannya, dia beroleh dua pahala (dari Tuhannya).16

Emansipasi wanita di barat bermula terlebih awal berlanjutan daripada apa yang dialami

oleh mereka dalam kerangka corak pemikiran yang diwarisi dari Greece dan Rome. Wanita di

barat khususnya di Eropah mula menyertai bidang guna tenaga buruh seawal abad ke-18,

namun bukti yang tepat tentang penyertaan mereka sukar untuk diketahui kerana ketiadaan

maklumat yang sahih melainkan beberapa buku yang mengupas tentang pekerjaan mereka

pada tahun 1841.17 Menurut Clara E. Collet, terdapat aduan dari pekerja wanita dalam tahun

1892 di London bahawa masa bekerja bagi mereka adalah terlalu panjang, menjangkau 77 jam

seminggu dengan waktu rehat yang pendek sehingga menyebabkan ramai daripada mereka

yang jatuh sakit.18 Pada tahun 1974 di Amerika Syarikat, para wanita yang bekerja hanya

mendapat gaji sebanyak 57 sen berbanding 1 Dolar gaji yang diperoleh oleh pekerja lelaki.

Wanita perlu bekerja sekurang-kurangnya 9 jam sehari untuk mendapat gaji yang sama dengan

pekerja lelaki, berbanding lelaki yang hanya perlu bekerja selama 5 jam sehari.19 Walaupun

Amerika Syarikat tidak menerima pakai Convention on the Elimination of All Forms of

Discrimination Against Women (CEDAW), kewujudan CEDAW boleh menjadi gambaran

bagaimana gerakan feminisme di barat mula memperjuangkan emansipasi wanita. CEDAW

adalah hasil perjuangan selama 30 tahun di bawah United Nations Commission on the Status of

Women, iaitu sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk memantau nasib

wanita-wanita dan mempromosi hak-hak asasi wanita. Usaha ini menghasilkan pelbagai

deklarasi dan konvensyen, namun CEDAW adalah dokumen induk dan yang paling

komprehensif,20 Selepas daripada CEDAW, Deklarasi Beijing turut dibentuk lanjutan daripada

Pertemuan Wanita Sedunia Kali Ke-4 pada tahun 1995. Pelan tindakan yang diperkenalkan turut

16 Sahih al-Bukhari: Hadith 2547 (Buku 49, Hadith 31)

17 Professor Pat Hudson. Retrieved by 29 th March 2011. Women’s Work: The evidence of women's work.

http://www.bbc.co.uk/history/british/victorians/womens_work_01.shtml. Diakses pada 15 Mei, 2017.

18 1 Eliza Orme, et al., The Employment of Women 1 (1893), Collet, Clara E. Report on conditions of work

in London. HeinOnline.

19 U.S Department Labour, Employment Standards Administration, Women’s Bureau (1976). Earnings Gap

between Women and Men, h. 1-12. HeinOnline.

20 Australian Human Rights Commission. https://www.humanrights.gov.au/convention-elimination-all-

forms-discrimination-against-women-human-rights-your-fingertips-human. Diakses pada 22 Mei, 2017.

Page 6: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

6

memberi fokus kepada usaha untuk menghentikan segala bentuk penindasan dan keganasan

terhadap wanita.21

Jika dilihat segala usaha yang dilaksanakan oleh dunia ke arah mempromosi hak-hak

wanita pada masa kini, Islam sebenarnya telah terlebih dahulu mempromosi peranan wanita dan

menjamin hak-hak mereka sejak 1400 tahun yang lalu. Memetik kata Syeikh Maududi,

emansipasi wanita di Barat masih lagi dibayangi kisah silam bahawa hak mereka telah

diabaikan. Pengiktirafan yang ingin diperoleh hanya merujuk kepada wanita yang sebolehnya

mahu menjalankan hidup menandingi lelaki. Kesannya, apa yang diraikan itu adalah sifat

kelelakian itu sendiri dan bukan fitrah wanita22 sedangkan dalam Islam, wanita itu mampu

mencapai tahap yang tertinggi tanpa apa-apa halangan dan dalam masa yang sama fitrah

wanita itu masih dihargai dan terpelihara.

Jika dilihat pendekatan di Malaysia sendiri, hak golongan minoriti dan wanita telah

dipelihara dengan baik. Golongan wanita di Malaysia telah mendapat semua hak utama yang

berhak dimiliki oleh seseorang warganegara Malaysia, antaranya, termasuklah hak untuk

mendapat peluang pendidikan bermula daripada peringkat paling rendah hingga ke peringkat

paling tinggi, peluang menceburkan diri dalam bidang pekerjaan, penyertaan dalam transaksi

jual beli dan sektor ekonomi secara amnya, penglibatan dalam politik, peluang pemilikan harta,

peluang untuk bersuara dalam menyatakan hak-hak wanita dan sebagainya. Golongan wanita di

Malaysia merupakan golongan yang istimewa jika hendak dibandingkan dengan golongan

wanita di beberapa negara Islam yang lain. Golongan wanita di Malaysia tidak berhadapan

dengan isu diskriminasi jantina dan mereka mendapat hak yang sama dengan golongan yang

lain. Bahkan, kerajaan Malaysia juga telah menetapkan bahawa menjelang tahun 2020,

sebanyak 30 peratus daripada pembuat dasar kerajaan adalah terdiri daripada golongan wanita.

Selain itu, di Malaysia juga telah ditubuhkan kementerian yang khusus menjaga hak dan

pembangunan wanita di negara ini.

21 The advocates of Human Rights. Beijing Declaration and Platform for Action. Retrieved by 22nd May,

2017. http://www.stopvaw.org/beijing_declaration_and_platform_for_action. Diakses pada 22 Mei, 2017

22 Maulana Abul ‘Ala Maududi (1939). Terjemahan kitab al-Hijab: Purdah and The Status of Woman in

Islam. Muka surat 103. http://www.khilafahbooks.com/wp-content/ebook-

download/english/khilafah/purdah_status_women_islam.pdf. Diakses pada 22 Mei, 2017

Page 7: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

7

Prinsip menghormati dan mengangkat hak serta martabat wanita telah dinyatakan di dalam

Perlembagaan Persekutuan23 bahawa semua orang adalah sama rata dan berhak mendapat

perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Jelas di sini bahawa Perlembagaan

Persekutuan mengiktiraf semua golongan di Malaysia tanpa membezakan antara agama,

bangsa dan jantina seseorang. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam era moden pada hari ini,

penglibatan wanita di berbagai-bagai sektor tidak lagi merupakan suatu pilihan, bahkan ia telah

pun menjadi satu keperluan seperti dalam bidang perubatan, perguruan, sains dan teknologi,

keselamatan dan termasuklah bidang yang pada kebiasaannya dipelopori oleh kaum lelaki, iaitu

bidang perundangan dan kehakiman.

PENGLIBATAN WANITA DALAM SISTEM PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN DI

MALAYSIA

Secara umumnya, penglibatan wanita dalam bidang perundangan dan kehakiman telah lama

bermula di negara ini terutama dalam sistem perundangan dan kehakiman sivil. Sejarah telah

membuktikan bahawa wanita pernah dan telah dilantik untuk menjawat beberapa jawatan

penting dan utama dalam sistem perundangan dan kehakiman sivil di Malaysia seperti

pelantikan wanita sebagai Peguam Negara Malaysia, Peguam Cara Negara, Penggubal

Undang-undang Parlimen, Penasihat Undang-undang Negeri-negeri, Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan dan Pengarah Mahkamah Negeri. Malah penglibatan wanita dalam

sistem kehakiman sivil pada hari ini adalah cukup membanggakan kerana 3 daripada 11 orang

Hakim Mahkamah Persekutuan adalah wanita, 12 daripada 26 orang Hakim Mahkamah Rayuan

adalah wanita, 27 daripada 63 orang Hakim Mahkamah Tinggi adalah wanita dan 11 daripada 35

orang Pesuruhjaya Kehakiman adalah wanita.24 Jumlah ini tidak termasuk jawatan Hakim

Mahkamah Sesyen dan Majistret yang turut mempunyai penglibatan yang tinggi di kalangan

wanita. Ini membuktikan bahawa penglibatan kaum wanita dalam bidang perundangan dan

kehakiman sivil bukanlah sesuatu yang baharu.

Senario ini mungkin nampak sedikit berbeza jika dibandingkan dengan sistem perundangan dan

kehakiman Syariah. Umumnya, wanita sebenarnya telah turut terlibat dalam sistem perundangan

23 Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan

24 Rujuk Laman Web Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar di http://www.kehakiman.gov.my/node/46,

http://www.kehakiman.gov.my/node/47 , http://www.kehakiman.gov.my/?q=node/460 dan

http://www.kehakiman.gov.my/node/51. Diakses pada 20 Ogos 2017.

Page 8: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

8

dan kehakiman Syariah di Malaysia sejak ia mula diwujudkan. Namun, penglibatan tersebut

bukanlah secara langsung sebagai seorang hakim, sebaliknya lebih banyak menjurus kepada

jawatan pentadbiran seperti jawatan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Penolong Pendaftar, Pegawai

Sulh, Pegawai Penyelidik dan jawatan-jawatan sokongan lain. Selain itu, terdapat ramai juga

golongan wanita yang melibatkan diri dalam profesion guaman Syarie sama ada di firma

guaman swasta mahupun yang berkhidmat dengan kerajaan iaitu sebagai Peguam Syarie di

Biro Bantuan Guaman (kini dikenali sebagai Jabatan Bantuan Guaman). Penglibatan wanita

tersebut telah turut diperluaskan kepada jawatan Pendakwa Syarie, Ketua Pendakwa Syarie dan

Penolong Penasihat Undang-undang Syariah di Kamar Penasihat Undang-undang di beberapa

buah Negeri di Malaysia.

Penglibatan wanita secara spesifik sebagai Hakim Syarie hanya bermula pada tahun 2010

apabila 2 orang Pegawai Syariah wanita yang berkhidmat di Mahkamah Syariah Wilayah

Persekutuan telah melakar sejarah apabila mereka dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah

Syariah Wilayah Persekutuan. Pelantikan tersebut telah mengubah landskap sistem kehakiman

Syariah di Malaysia kerana selepas daripada pelantikan itu beberapa Negeri telah turut

mengambil inisiatif yang sama dengan melantik beberapa orang Pegawai Syariah wanita yang

berkhidmat di Negeri tersebut sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Negeri tersebut

termasuklah Negeri Melaka, Perlis, Sabah, Kelantan, Pahang, Selangor, Kedah dan

Terengganu.

Seterusnya, inisiatif ini diteruskan di peringkat yang lebih tinggi pada tahun 2016, apabila buat

pertama kalinya 2 orang Pegawai Syariah wanita di Selangor telah dilantik sebagai Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Pelantikan tersebut juga merupakan pelantikan yang

pertama di Malaysia.

PELANTIKAN HAKIM SYARIE WANITA MENURUT HUKUM SYARAK DAN UNDANG-

UNDANG

Isu pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie ini telah lama diperdebatkan di Malaysia terutama

dalam perkara yang melibatkan kedudukannya menurut hukum Syarak. Isu ini juga telah menjadi

tajuk perbincangan dalam beberapa persidangan dan seminar yang dianjurkan di Malaysia.

Berbagai-bagai pandangan dan hukum juga telah dikeluarkan hasil daripada perbincangan

tersebut. Malahan isu ini juga turut dibincangkan di muzakarah fatwa sama ada di peringkat

Page 9: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

9

kebangsaan mahupun di peringkat Negeri. Ini kerana hukum pelantikan wanita sebagai Hakim

telah tidak dinyatakan secara khusus dan secara qat’ie dalam al-Quran mahupun hadis.

Pada umumnya, para ulama’ berselisih pendapat mengenai bilangan syarat yang ditetapkan

untuk menjadi seorang hakim iaitu sama ada empat syarat, enam, tujuh, lapan dan sepuluh

syarat. Walau bagaimanapun, perselisihan tersebut hakikatnya adalah saling melengkapi antara

satu sama lain.25 Antara syarat tersebut adalah seorang hakim itu mestilah beragama Islam,

baligh, berakal, merdeka, adil, seorang mujtahid, sempurna pancaindera dan merupakan

seorang lelaki.

Jumhur Fuqaha’ yang terdiri daripada al-Syafi’iyyah26, al-Hanabilah27 dan al-Malikiyyah28

termasuklah Ibn Qudamah berpendapat bahawa pelantikan wanita sebagai hakim atau Qadi

adalah tidak sah walaupun pelantikan itu hanya untuk menghakimi kes-kes yang menerima

kesaksian wanita. Bahkan, turut dikatakan bahawa pelantikan itu menjadi satu dosa kepada

pihak yang berkuasa melantiknya dan hukuman atau keputusan yang dikeluarkan oleh para

hakim wanita ini dianggap sebagai tidak sah, terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Pandangan mereka adalah berpandukan kepada dalil al-Quran dalam Surah Annisa’ ayat 34:

م ن أمواله بعضهم على بعض وبما أنفقوا م ل للا امون على الن ساء بما فض جال قو الر

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum

perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa

25 Mahmud Saedon A. Othman, Kadi Pelantikan Perlucutan dan Bidangkuasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Cetakan Pertama 1990, muka surat 26. 26 Abu Ishaq al-Syirazi (1976), Al-Muhazzab, Jld. 2, Matba’ah al-Babi al-Halabi wa Auladihi, hlm. 107 dan lihat juga Ahmad Ibn Hajar al-Haithami (1315H), Tuhfah al-Minhaj Syarh al-Minhaj, dicetak bersama Hamisy al-Allamatain; al-Syarwani wa al-Ibadi, Jld. 1, Mesir, muka surat 106.

27 Ibn. Qudamah (1970), Al-Mughni, Jld. 11, Maktabah al-Qahirah, hlm. 208 dan al-Bahuti (1982),

Kasysyaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’, Jld. 4, Dar al-Fikr, Beirut, muka surat 368.

28 Ibn farhun al-Maliki (1986), Tabsirah al-Hukkam fi Usul al-Aqdiah wa Manahij al-Ahkam, Jld. 1, Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyyah, hlm. 24 dan lihat juga al-Dasuqi (t.t), Hasyiah al-Dasuqi ‘an al-Syarh al-Kabir, Jld. 4, Matba’ah Isa al-Halabi, Mesir, muka surat 126.

Page 10: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

10

keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah

membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…”.

Dalam mentafsirkan konsep “ ل للا dalam ayat di atas, al-Mawardi telah berpandangan bahawa ”فض

“kelebihan” lelaki itu adalah dalam aspek intelektual dan akal fikiran.29 Oleh yang demikian, lelaki

lebih layak menjadi hakim kerana untuk menjadi seorang hakim, seseorang itu mestilah terdiri

daripada orang yang benar-benar bijaksana, bukan sekadar dalam hukum Syarak malah dalam

berbagai-bagai disiplin ilmu pengetahuan.

Para ulama tersebut juga telah merujuk kepada hadis dari Abu Bakrah:

عن -رضى هللا عنه -وعن أبي بكرة ي { رو هم امرأة"وم ولوا أمر ق "لن يفلح قال: }- عليه وسلم صلى هللا - النبي اه البخار

Rasulullah (ملسو هيلع هللا ىلص) telah bersabda: "Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang menyerahkan

urusan pentadbirannya (pemerintahan) mereka kepada wanita.” [Riwayat al-Bukhari].30

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasullah (ملسو هيلع هللا ىلص) menerangkan tentang kegagalan yang akan

dihadapi oleh sesuatu kaum yang melantik wanita sebagai ketua negara mereka. Oleh yang

demikian, tindakan melantik wanita itu hendaklah dielakkan. 31

Para ulama ini juga telah berpandangan bahawa wanita tidak pernah dilantik sebagai hakim

pada zaman Rasullah (ملسو هيلع هللا ىلص) dan zaman para sahabat.

Walau bagaimanapun, menurut pendapat mazhab Hanafi, mereka mengharuskan pelantikan

wanita sebagai hakim dalam semua kes kecuali kes Hudud dan Qisas, manakala, Ibnu Qassim

29Al-Mawardi, Abu al-Hassan, Al-Ahkam al-Sultaniah wa al-Wilayah al-Diniyah, Maktabah Dar Ibnu

Qutaibah, Tahqiq: Dr, Ahmad Mubarak al-Baghdadi, Kuwait university, Kuwait, First Publication, 1989, pg.

88.

30Sahih al-Bukhari.Book of al-Fitan.Chapter 18. No. 7099

31Hafiz Mohamad Anuar, Wilayah al-Mar’ah fi al-Fiqh al-Islami, Dar Balnasiah, Riyadh, First Publication,

1420H, pg. 232.

Page 11: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

11

daripada Mazhab Maliki mengharuskan pelantikan selain dalam kes jenayah. Dengan kata lain,

pelantikan wanita sebagai hakim adalah harus bagi kes-kes mal sahaja.32

Pandangan ini adalah berdasarkan kepada qias bahawa wanita mempunyai hak untuk memberi

kesaksian dalam kes-kes selain kes Hudud dan kes Qisas. Oleh yang demikian, wanita juga

layak untuk menjadi hakim dalam kes yang sama. Para ulama ini juga telah merujuk kepada

Surah al-Baqarah, ayat 282:

جالكم فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ن ر يدين م دوا شه ن م واستشه ن الش هداء أ ترضون م ر إحد م ل إحداهما فتذك اهما الخرى ن تض

"Dan bersaksikanlah dengan dua orang saksi daripada orang-orang lelaki antara kamu,

jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua perempuan dari

saksi-saksi yang kamu redai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi

mengingatkannya.”.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa, seperti lelaki, wanita juga mempunyai kelayakan untuk

menjadi saksi. Mereka juga boleh memberi kesaksian di mahkamah. Oleh yang demikian,

seseorang yang memiliki kelayakan untuk menjadi saksi (ahliyyatussyahadah) adalah turut

memiliki kelayakan untuk menjadi hakim (ahliyyatulqadha’). Dalam hal ini, wanita hanya boleh

menjadi hakim dalam perkara-perkara yang mereka boleh menjadi saksi. Ulama Mazhab Maliki

telah menyenaraikan kes-kes yang boleh dibicarakan oleh wanita ialah kes-kes yang melibatkan

tuntutan kewangan, pertikaian harta dan kes-kes yang tidak dikendalikan oleh lelaki seperti kes

kelahiran anak dan pengesahan kelahiran.33

Seterusnya, merujuk kepada pandangan ulama yang lebih kontemporari iaitu Dr. Yusuf Al-

Qardhawi, beliau bersetuju dengan pandangan Abu Hanifah yang mengharuskan pelantikan

hakim wanita sebagaimana Ibnu Jarir al-Tabari dan Ibnu Hazmin al-Zahiri mengharuskan

pelantikan wanita sebagai hakim secara umum. Ini menunjukkan bahawa tiada nas syarak yang

jelas yang melarang wanita daripada dilantik sebagai hakim kerana sekiranya ada, sudah pasti

Ibnu Hazmin akan melarang pelantikan tersebut.

32 Al-Qurtubi al-Andalusi, Bidayah al-Mujtahid, Juzuk 6, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut, Cetakan Pertama

1996, muka surat 205.

33 Hafiz Mohamad Anuar. Op. cit., pg. 222

Page 12: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

12

Dalam konteks pandangan yang lebih kontemporari di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa

Majlis Fatwa Kebangsaan Kali ke-73 bertarikh 6 April 2006, telah memutuskan satu ketetapan

mengenai keharusan pelantikan Hakim Syarie di kalangan wanita bagi mengadili kes-kes

Syariah selain yang berkaitan hudud dan Qisas; dengan syarat hakim wanita tersebut hendaklah

memiliki cukup kebolehan, kewibawaan, kebijaksanaan dan kelayakan serta pengalaman yang

luas dalam bidang kehakiman dan menguasai prinsip-prinsip Syariah.

Seterusnya, Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 26 dan 27 Jun 2006 telah memutuskan

bahawa wanita boleh dilantik sebagai Hakim Syarie dan boleh membicarakan kes-kes selain kes

Hudud dan Qisas. Beberapa negeri lain juga turut mengeluarkan fatwa yang hampir sama yang

mengharuskan pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie.

Selain itu, pelantikan Hakim Syarie dari kalangan wanita juga adalah tidak bertentangan dengan

undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri-negeri. Sebagai contoh, subseksyen 59(1)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 telah menyatakan bahawa Duli

Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, melantik Hakim-hakim

Mahkamah Rendah Syariah dari kalangan anggota perkhidmatan awam am Negeri atau

Persekutuan.

Seterusnya subseksyen 58(1) Enakmen yang sama34 telah memperuntukkan bahawa Duli Yang

Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie boleh melantik Hakim-hakim

Mahkamah Tinggi Syariah. Dalam masa yang sama subseksyen 58(2) Enakmen yang sama35

juga telah menggariskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi melayakkan seseorang itu

dilantik sebagai seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Namun, tiada satu pun syarat

tersebut yang menyatakan bahawa seseorang yang hendak dilantik sebagai Hakim Mahkamah

Tinggi Syariah mestilah seorang lelaki.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada kedudukan hukum Syarak, fatwa dan undang-undang

yang wujud, inisiatif pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie telah dilaksanakan di beberapa

Negeri di Malaysia. Pelantikan ini bukanlah semata-mata kerana isu gender, sebaliknya ia

34 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Page 13: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

13

disebabkan oleh keperluan yang wujud dan setelah semua syarat-syarat kelayakan yang

ditetapkan dipatuhi terlebih dahulu.

CABARAN PELANTIKAN WANITA SEBAGAI HAKIM SYARIE

Memandangkan penglibatan atau pelantikan pegawai-pegawai wanita sebagai Hakim Syarie

masih terlalu baru jika dibandingkan dengan penglibatan pegawai-pegawai lelaki, sudah pasti

pelantikan ini berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran terutama bagi Hakim Syarie yang

dilantik tersebut. Cabaran tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Mengubah stereotype jawatan hakim yang selama ini didominasikan oleh kaum

lelaki

Bermula daripada kemasukan Islam di Asia Tenggara dan di Tanah Melayu pada sekitar

Abad ke-7 Masihi hinggalah tahun 2010 (tahun wanita dilantik sebagai Hakim Syarie buat

kali pertama) jawatan Hakim Syarie atau Qadhi hanya dilantik dari kalangan kaum lelaki

sahaja. Ditambah dengan pandangan-pandang sesetengah mazhab yang tidak

mengharuskan pelantikan wanita sebagai hakim, maka jawatan ini sudah pasti telah

menjadi begitu stereotype atau dilihat menjadi milik kepada kaum lelaki.

Oleh yang demikian, apabila wanita mula dilantik sebagai Hakim Syarie, masyarakat, pihak

yang berurusan dengan mahkamah dan orang di sekeliling akan cenderung untuk

membuat perbandingan dalam semua aspek antara hakim lelaki dan juga hakim wanita.

Perbandingan ini termasuklah dalam perkara-perkara yang melibatkan kemahiran dan

tahap kemampuan dalam mengendalikan sesuatu kes, kemahiran dalam menguasai

semua aspek perundangan termasuk prosedur dan hukum Syarak, kebijaksanan dalam

membuat sesuatu keputusan, kekuatan dalam mengawal emosi dan tekanan semasa

berhadapan dengan karenah pihak-pihak yang hadir di depan hakim tersebut termasuk

karenah peguam yang kadang-kadang dilihat sengaja ingin menguji hakim yang baru

dilantik tersebut. Tidak kurang juga golongan yang masih memandang rendah dan sangsi

dengan kemampuan wanita untuk menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Hakim

Syarie.

Page 14: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

14

Semua ini menjadi satu cabaran yang cukup berat kepada para Hakim Syarie wanita yang

dilantik kerana mereka perlu bijak dalam mengendalikan cabaran ini dan perlu mempunyai

kekuatan dalaman sama ada secara mental mahupun fizikal agar segala tanggapan

negatif tersebut dapat diketepikan.

2. Ketiadaan peluang yang lebih awal untuk menimba pengalaman dan membina

kemahiran sebagai Hakim Syarie dari peringkat bawah

Jawatan Hakim Syarie adalah merupakan salah satu jawatan yang boleh disandang oleh

Pegawai Syariah sama ada dari skim perkhidmatan Pegawai Syariah lantikan Negeri

mahupun dari Skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah (lantikan Persekutuan).

Syarat pelantikan sebagai Pegawai Syariah secara umumnya ialah memiliki Ijazah Sarjana

Muda Syariah dan diploma lepasan ijazah dalam bidang pentadbiran kehakiman Syariah

seperti Diploma Pentadbiran dan Kehakiman Islam dari mana-mana institusi pengajian

tinggi di Malaysia yang diiktiraf. Pelantikan Pegawai Syariah tidak meletakkan syarat

jantina tertentu. Oleh yang demikian, ia boleh dilantik dari kalangan lelaki mahupun wanita.

Mengambil kira kepada dominasi graduan wanita dalam pencapaian akademik pada hari

ini di mana-mana institusi pengajian tinggi, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai

pegawai wanita yang mempunyai kelayakan akademik yang jauh lebih baik jika

dibandingkan dengan pegawai lelaki. Namun begitu, memandangkan pada peringkat

awal, dasar pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie ini masih terikat dengan pandangan-

pandangan yang tidak mengharuskan pelantikan tersebut, maka pegawai wanita hanya

diberi peluang untuk menjawat jawatan Hakim Syarie pada tahun 2010 sahaja. Malah

jumlah pegawai yang dilantik juga adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan

jumlah pelantikan Hakim Syarie lelaki di seluruh Malaysia. Ini menyebabkan pegawai

wanita mempunyai peluang dan ruang yang lebih terhad untuk belajar dan menimba

pengalaman sebagai seorang Hakim Syarie jika dibandingkan dengan pegawai lelaki.

Oleh yang demikian, wujud cabaran besar yang perlu dihadapi oleh Hakim Syarie wanita

yang dilantik terutamanya dalam aspek kemahiran dan pengalaman dalam membicarakan

kes-kes di dalam dewan perbicaraan mahkamah. Apatah lagi jika pegawai wanita tersebut

terus dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi tanpa pernah menjawat jawatan sebagai

Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Sudah pasti cabaran yang dihadapi adalah lebih besar

Page 15: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

15

jika dibandingkan dengan cabaran menjawat jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah

kerana bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah adalah jauh lebih kompleks, sukar dan

mencabar jika dibandingkan dengan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

Oleh yang demikian, Hakim Syarie wanita perlu diberi peluang untuk melalui proses

menimba pengalaman, kemahiran dan kepakaran sebagai Hakim Syarie tanpa perlu

dibanding-bandingkan dengan pencapaian Hakim Syarie lelaki.

3. Ekspektasi dan persepsi masyarakat

Tidak dapat dinafikan bahawa masih wujud segolongan masyarakat yang sentiasa

memandang rendah dan mempunyai persepsi yang negatif terhadap Mahkamah Syariah.

Sesetengah golongan, terutama wanita yang merasakan dirinya teraniaya berpandangan

bahawa Mahkamah Syariah tidak memberi keadilan kepada kaum wanita dan sering

bersifat bias kerana para hakimnya didominasi oleh golongan lelaki. Oleh yang demikian,

golongan ini beranggapan bahawa dengan pelantikan wanita, isu berat sebelah atau bias

terhadap wanita ini akan dapat diselesaikan.

Selain itu, terdapat persepsi masyarakat yang beranggapan bahawa pelantikan Hakim

Syarie wanita akan menyebabkan golongan lelaki teraniaya dan sukar mendapat keadilan

kerana Hakim Syarie wanita sudah pasti akan memihak kepada pihak wanita.

Ekspektasi dan tanggapan ini adalah merupaka satu cabaran bagi Hakim Syarie wanita

kerana pada hakikatnya seseorang hakim tidak kira lelaki atau wanita perlu mengendalikan

sesuatu kes berdasarkan kepada fakta, undang-undang dan hukum Syarak. Pengendalian

sesuatu kes tidak dibuat berdasarkan kepada sentimen untuk mempertahankan sesuatu

golongan kerana ia akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan.

Oleh yang demikian, sebarang keputusan oleh seseorang Hakim Syarie wanita dalam

sesuatu kes yang dibuat berdasarkan kepada fakta, undang-undang dan hukum Syarak

yang mungkin menyebelahi pihak wanita atau yang tidak menyebelahi wanita akan

menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan yang mempunyai pandangan dan

ekspektasi yang tidak tepat tersebut.

Page 16: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

16

4. Fitrah, tanggungjawab dan peranan wanita di rumah

Antara alasan yang digunakan oleh jumhur ulama untuk tidak membenarkan pelantikan

hakim wanita ialah untuk menjaga kehormatan wanita daripada terdedah dengan fitnah-

fitnah permusuhan dan memelihara fitrahnya yang asal.36 Ulama ini berpandangan

bahawa urusan kehakiman akan memerlukan percambahan kecerdikan dan kepintaran,

keluasan pemikiran dan akal sedangkan fitrah wanita itu adalah kurang terdedah dengan

urusan-urusan luaran yang lebih teknikal dan operasional, ditambah dengan tabii

tahunan dan bulanan (haid dan nifas) yang mana sedikit sebanyak melemahkan jasad

dan kefahamannya sehingga tidak mampu menanggung beban kes yang bertambah dan

berat.37

Hujah ini pada dasarnya mempunyai asas yang logik untuk diterima. Tambahan pula,

wanita, sekalipun berkerjaya pada kebiasaannya akan tetap menjalankan tanggungjawab

dan rutin sebagai seorang isteri dan juga sebagai seorang ibu di rumah sekalipun jika

mereka menjawat jawatan Hakim Syarie. Oleh yang demikian, kombinasi tanggungjawab

sebagai pengurus rumah tangga dan tanggungjawab sebagai seorang Hakim Syarie

bukanlah suatu tugas yang mudah untuk digalas. Oleh yang demikian, Hakim Syarie

wanita yang turut bertanggungjawab menjadi isteri dan juga ibu perlu bijak serta pandai

dalam mengatur jadual dan masa untuk memastikan bahawa kedua-dua tanggungjawab

tersebut dapat dilaksanakan dengan baik dan cemerlang.

KESIMPULAN

Wanita telah memainkan peranan yang penting dalam sistem perundangan dan kehakiman

Syariah. Oleh yang demikian, peranan tersebut wajar diperluaskan kepada semua jawatan yang

ada termasuklah jawatan Hakim Syarie. Pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie adalah

merupakan satu pengiktirafan terhadap kemampuan dan pencapaian wanita terutama dalam

bidang akademik. Ia merupakan suatu tindakan tranformasi dalam sistem perundangan dan

kehakiman Syariah dan membuka ruang pengembangan kerjaya yang sama kepada golongan

36 Hafiz Muhammad Anuar.1420 H. Wilayatul Mar’ah fil fiqhil islamiy. Cetakan Pertama. Muka surat 237.

Riyadh: Dar Balansiah.

37 Sahih Bukhari: Hadith 4828.

Page 17: HAKIM WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN · PDF filebersekolah bagi kanak-kanak dan remaja perempuan. Walau ... Pada hari ini, ... kertas cadangan konvensyen di Amerika pada abad

17

wanita yang berkhidmat sebagai pegawai Syariah di semua Negeri di Malaysia. Memandangkan

pelantikan wanita sebagai Hakim Syarie hanya dilaksanakan bermula pada tahun 2010, masih

terlalu awal untuk menilai prestasi para Hakim Syarie wanita yang telah dan pernah dilantik.

Justeru, sebarang bentuk perbandingan berhubung dengan pencapaian Hakim Syarie wanita

dengan para Hakim Syarie lelaki adalah tidak wajar untuk dilakukan dan perlu dielakkan.

Mengambil kira usia pelantikan Hakim Syarie wanita yang masih terlalu muda jika dibandingkan

dengan pelantikan lelaki sebagai Hakim Syarie, usaha bagi memperkasakan prestasi dan

perkhidmatan Hakim Syarie wanita wajar diberi perhatian yang serius. Ruang yang lebih luas

untuk berdiskusi dan bimbingan daripada para Hakim Syarie yang lebih berpengalaman perlu

disediakan agar semua Hakim Syarie yang ada boleh berkongsi pandangan dan pengetahuan

masing-masing demi memastikan kesinambungan dan kecemerlangan perkhidmatan para

Hakim Syarie wanita.

Mengambil kira faktor kecemerlangan ramai graduan wanita dalam bidang akademik pada hari

ini, inisiatif untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada wanita untuk dilantik

sebagai Hakim Syarie sama ada diperingkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi

Syariah mahupun di peringkat Mahkamah Rayuan Syariah perlu dilaksanakan secara terancang

dan teratur. Ini bagi memastikan para Hakim Syarie yang bakal dilantik lebih bersedia dan

mampu melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sebagai Hakim Syarie secara lebih

berkesan dan cemerlang.

Inisiatif pelantikan Hakim Syarie wanita juga dilihat boleh membantu menyelesaikan masalah

kekurangan calon Hakim Syarie yang layak di Negeri-negeri dan ia secara tidak langsung akan

membantu menyelesaikan masalah kekurangan hakim yang menyumbang kepada masalah kes-

kes tertunggak di Mahkamah Syariah dengan penambahan pelantikan Hakim Syarie yang terdiri

dari kalangan wanita.

Semoga penglibatan lebih ramai wanita secara aktif dalam sistem perundangan dan kehakiman

Syariah di semua Negeri di Malaysia akan membantu usaha untuk meningkatkan lagi kualiti

penyampaian perkhidmatan mahkamah Syariah dan seterusnya membantu usaha untuk

memperkasakan sistem perundangan dan kehakiman Syariah termasuklah semua institusi-

institusinya yang lain. Wallahu a’lam.