isu pemulihan khas

Upload: che-siti-wismail

Post on 02-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Isu pemulihan khas

    1/10

    Isu-Isu Dalam Pendidikan Khas

    1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan

    Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997.

    Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman.

    Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah

    Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan

    keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun harapan

    kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid normal,

    namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan

    murid khas dan murid normal berada pada tahap yang rendah atau minima.

    Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang timbul.

    Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam program

    intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program

    intergrasi ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang

    berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid

    berkeperluan khas dengan normal ini.

    Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja. Hal

    ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali dan memahami murid-murid yang

    istimewa ini. Akibatnya murid-murid yang normal ini tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas

    ini dengan sebaiknya.

    Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak kurang upaya ini.

    Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pelabelan bermaksud mengecap seseorang sbg

    (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan

    sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap

    sesuatu perkara.

    Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara sedemkian juga wujud

    di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini kerana terdapat murid-murid normal yang

    memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Merekamenggelarnya sebagai orang sepet. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak -kanak sindrom down tadi

    berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah.

    Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan yang berlaku terhadap

    kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali diletakkan sebagai kumpulan yang asing di

    sekolah. Menurut kamus Dewan dan Bahasa dan Pustaka ,pengasingan bermaksud perihal atau perbuatan

    yang mengasingkan atau pun melibatkan pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam Pendidikan Khas

    bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-kanak normal di dalam sistem pendidikan

    dan juga dari aspek pengajaran dan pembelajaran

    Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanak-kanak berkeperluan khas di program

    intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun diasingkan daripada rakan-rakan semasa berada di

    dalam kelas. Walaupun sebenarnya tindakan guru adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan

    pengajaran yang dikehendaki oleh beliau namun beliau harus sedar akan kesan buruk terhadap kanak-kanak

    berkenaan. Menurut guru di situ, tujuan kanak-kanak itu diasingkan adalah bagi mengelakkan kanak-kanak

    itu mengganggu rakan sekelasnya. Disebabkan itulah kanak-kanak itu diasingkan jauh daripada meja rakan-

    rakan yang lain.

    1.2 Isu: Penglibatan Ibu Bapa

  • 7/27/2019 Isu pemulihan khas

    2/10

    Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa

    depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat

    dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana

    terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan

    untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka

    wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus

    menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi

    bebanan kembali kepada keluarga masing-masing.

    Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa pentingnya

    memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri atau kemahiran hidup kepada anak-anak yang

    istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan

    kebolehan anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan

    menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka

    berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya

    semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan

    perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan.

    Isu ini juga berkait dengan isu yang melanda di sek A ini. Melalui pemerhatian didapati penglibatan

    ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah masih dalam tahap sederhana. Hal ini

    kerana masih terdapat ibu bapa yang tidak yakin dan tidak mahu memberi peluang kepada anak mereka ini

    mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contohnya, aktiviti renang yang dijalankan pada hari Jumaat ( 2 kali

    sebulan) ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pihak ibu bapa. Disebabkan

    itulah hanya sedikit ibu bapa yang membayar yuran untuk aktiviti renang ini. Apabila perkara ini berlaku

    maka program terapi berenang yang sepatutnya dijalankan untuk semua murid tidak dapat dijalankan. Maka

    murid-murid akan tidak mempunyai keseronokan untuk mengikuti aktiviti luar.

    Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata

    sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam aspek pengurusan diri.

    Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di

    tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran

    dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanaktersebut semasa berada di dalam kelas.

    1.3 Isu: Stigma Masyarakat (Isu Sistem Sosial)

    Negara kita sememangnya mempunyai beberapa kelas lapisan sosial yang tertentu. Walaupun

    wujudnya jurang sosial antara golongan berada dan golongan pertengahan, masing-masing masih dapat

    berinteraksi dengan baik dan hidup dengan hormone. Namun begitu, bagi golongan yang tidak

    berkeupayaan atau pun dikenali sebagai orang kurang upaya, masyarakat di negara kita masih lagi

    memandang rendah dan mendiskriminasi golongan berkenaan.

    Di sekolah ini misalnya, masih wujud pandangan negatif mengenai kanak-kanak berkeperluan khas

    ini. Perkara ini dapat dibukti dengan wujudnya ejekan yang mengatakan budak kanak-kanak khas ini sebagai

    budak lembam dan bodoh. Malah terdapat murid-murid normal yang tidak mahu berkawan dengan kanak-

    kanak sedemkian disebabkan dikhuatiri menjadi seperti kanak-kanak berkeperluan khas ini.

    1.4 Kepelbagaian Kompetensi Murid

    Setiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan

    keupayaan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti yang diterangkan oleh Howard Garner

    (1983) yang mengatakan setiap manusia ini mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai.Menurut Gardner,

    kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.

  • 7/27/2019 Isu pemulihan khas

    3/10

    Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk

    mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

    Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian kompetensi tersendiri.

    Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai IQ yang sederhana berbanding dengan

    kanak-kanak sindrom down yang mempunyai IQ yang rendah. Hal ini adalah disebabkan kebiasaannya

    kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal sejak lahir lagi.

    Melalui pemerhatian saya ialah, di Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah A wujudnya

    penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid-murid. Sebagai contohnya,

    terdapat murid yang mempunyai keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid

    yang mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ rendah itu akan

    lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya kanak-

    kanak tadi tidak lagi berminat untuk menumpukan perhatian dan belajar dengan baik di dalam kelas. Maka

    dengan disebabkan itulah terdapatnya murid yang tidak menumpukan perhatian dan mengganggu rakan

    disebelahnya.

    1.5 Isu: Pelaksanaan Pengajaran dan Pengajaran.

    Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan perkara yang sangat berkaitan dalam aspek

    pendidikan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan mencapai matlamat

    pembelajaran atau hasil pembelajaran seperti yang dihasratkan.(Noriati Abd Rashid & etc, 2011). Definisi

    bagi pengajaran menurut Kamus Dewan dan Bahasa Pustaka edisi keempat ialah berkaitan dengan perihal

    mengajar dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Manakala menurut (Slavin ,1997)

    pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman.

    Perubahan akibat perkembangan (seperti mengalami pertambahan ketinggian) bukanlah pengajaran.

    Manakala menurut (Crow & Crow ,1983) pembelajaran adalah pemerolehan tabiat dan sikap. Pembelajaran

    melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berkait percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau

    menyesuaikan diri kepada situasi baru.

    Sebagai guru kita hendaklah bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

    dengan tahap murid. Hal ini adalah demikian bagi memastikan guru melaksanakan pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan di sekolah. Isu yang seringkali timbul semasa pelaksanaan pengajaran danpembelajaran di sekolah ialah metodologi dan pedagogi yang digunakan oleh pihak guru dalam memastikan

    murid-murid dapat mencapai matlamat objektif yang telah ditetapkan.

    Berdasarkan artikel Perancangan Pengurusan Kakitangan Profesional Pemangkin Kejayaan oleh En

    Mohd Isa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidakberkesanan pengajaran. Antaranya adalah

    disebabkan sikap oleh guru sendiri. Ini kerana guru tidak mempamerkan sikap profesionalisme sebagai input

    yang menjamin kejayaan aktiviti akedemiknya. Akibatnya wujud segelintir guru yang tidak mahu

    meningkatkan ilmu dan disiplin yang diajar serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran. Maka

    kesannya teknik pengajaran yang dilakukan tidak berjaya menarik perhatian murid. Akibatnya murid menjadi

    bosan dan tidak berminat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

    Penggunaan secara kekerasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid

    berkeperluan khas juga perlu diambil kira. Perkara ini sepatutnya tidak boleh diamalkan oleh. Sepanjang

    pengalaman saya di situ, saya dapati wujud unsur kekerasan yang digunakan oleh guru semasa mengajar

    murid. Murid-murid berkeperluan khas ditakutkan dengan rotan dan mereka juga dipukul kerana tidak

    mendengar arahan guru. Isu ini sangat serius kerana boleh menyebabkan murid menjadi takut dan menjadi

    lebih degil dan tidak mendengar kata.

    Apa yang diperhatikan, terdapat satu ketika di mana pembantu pengurusan murid (PPM)

    menakutkan murid yang nakal dengan besi yang panas. Walaupun niat beliau mungkin hanya untuk

    memberitahu bahawa besi itu panas namun tidak seharusnya beliau membiarkan kanak-kanak berkeperluan

  • 7/27/2019 Isu pemulihan khas

    4/10

    khas yang nakal tadi menyentuh besi tersebut. Perkara yang lebih membimbangkan seperti kecederaan

    boleh berlaku. Ini sekaligus akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap sekolah.

    1.6 Isu: Profesionalisme Guru

    Dewasa kini, isu hangat yang seringkali diutarakan mengenai profesionalisme guru. Perkara ini

    berkaitan dengan sikap guru yang tidak bermoral, malas dan tidak mempunyai kemahiran pedagogi yang

    baik semasa mengajar di dalam kelas. Sebagai guru sepatutnya, perlu sedar bahawa pentingnya menjaga

    profesionalisme guru. Ini kerana profesion keguruan bukanlah satu profesion yang tidak tinggi malah telah

    pun diiktirafkan sebagai professional.

    Dalam pendidikan khas, isu yang berkaitan guru ialah kekurangan guru khas yang terlatih.

    Akibatnya pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru aliran perdana ke dalam aliran

    pendidikan khas. Apabila ini berlaku maka sudah pastilah akan wujud pertentangan kaedah pengajaran guru

    tadi terhadap kanak-kanak khas. Kesannya guru atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu

    menghayati dengan perasaan gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam

    kelas.

    Pemilihan kriteria guru yang tidak telus semasa temuduga juga boleh menyebabkan masalah dalam

    mendidik bakal guru yang betul-betul layak menjadi guru Pendidikan Khas kelak. Kesannya mungkin hanya

    dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak namun hakikatnya kesannya boleh menyebabkan nasib yang

    malang kepada murid-murid. Cuba bayangkan sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam mendidik

    anak didiknya. Maka sudah tentulah akan menyebabkan murid-murid tadi terabai dan sekaligus mendorong

    masalah yang lain seperti masalah keciciran dan sosial.

    Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih juga seringkali hangat disebut dalam kalangan pendidik dan juga

    golongan akademik yang lain. Di sebabkan itulah kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah seperti

    mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (akhbar utusan,27/07/2011). Namun apa

    yang menjadi persoalan di sinikah apakah kesan terhadap murid-murid yang menerima pengajaran dan

    pembelajaran daripada guru yang tidak terlatih tadi semasa mereka dalam proses pembelajaran. Seperti

    sedia maklum guru yang tidak terlatih ini langsung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai

    ilmu perguruan maka sudah tentulah akan berlaku juga kepincangan dan kelemahan dalam mendidik anak-

    anak murid. Dalam Pendidikan Khas misalnya, kurangnya pengetahuan mengenai kanak-kanak berkeperluankhas boleh menyebabkan guru menggunakan kaedah dan teknik yang salah. Disebabkan itulah wujudnya

    guru Pendidikan Khas yang merotan dan memukul murid. Perkara ini sangatlah memalukan golongan guru

    kerana guru tidak mampu memahami keperluan dan ketidakupayaan murid-murid berkeperluan khas itu tadi

    Kejadian sebegini juga sebenarnya berlaku di sekolah yang saya jalani praktikal yang lalu. Terdapat

    murid yang dipukul dan dirotan oleh guru semasa guru mengajar di dalam kelas. Pada pandangan saya

    tindakan ini tidak sesuai kerana murid berkeperluan khas adalah murid yang istimewa. Maka sudah tentulah

    layanan yang diberikan kepada mereka sepatutnya lebih istimewa dan bukannya dikasari dengan sewenang-

    wenangnya.

    1.7 Isu: Ujian pentaksiran

    Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,

    merekod , memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan

    tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000). Segala maklumat yang diperolehi yang diperolehi oleh

    pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.

    Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid

    tersebut.

    Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Pentaksiran

    dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Tujuan pentaksiran juga adalah

  • 7/27/2019 Isu pemulihan khas

    5/10

    untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa

    dan pihak sekolah dapat mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan.

    Di Malaysia, ujian pentaksiran kebiasaanya dijalankan bagi tujuan membantu murid untuk

    penempatan kelas khas atau pun sebagai salah satu cara untuk mengetahui tahap kebolehan murid-murid

    tersebut. Apa yang menjadi isu di sini ialah, keberkesanan pentaksiran yang dilakukan terhadap kanak-kanak

    berkeperluan khas ini. Kebanyakan ujian pentaksiran yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas

    ini adalah secara umum dan bersifat meluas. Hal ini mungkin disebabkan kita banyak mengambil contoh-

    contoh ujian pentaksiran daripada negara luar untuk dilaksanakan kepada murid-murid di sini. Akibatnya

    mungkin setengah ujian yang diberi sebenarnya tidaklah bersesuaian dengan pengetahuan murid-murid di

    Malaysia.

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksesuaian itu , antaranya adalah disebabkan

    persekitaran yang berbeza. Persekitaran yang berlainan sememangnya mampu memberi impak yang besar

    terhadap kebolehan dan pengetahuan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu persekitaran yang berbeza

    juga akan memberi perbezaan mengenai bagaimana murid itu mengurus diri. Contohnya di negara beriklim

    sejuk, cara membersihkan diri mungkin berbeza dengan cara membersihkan diri di iklim negara panas. Maka

    ujian yang ingin dilaksanakan mestilah bersesuaian dan dapat diterima secara universal oleh murid-murid

    berkeperluan khas.

    Kekurangan bahan yang mencukupi semasa melakukan pentaksiran juga mampu menjejaskan

    kepercayaan hasil pentaksiran yang dijalankan. Bahan yang baik perlulah disediakan bagi membantu ibu

    bapa, guru atau pihak sekolah yang ingin melakukan pentaksiran terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.

    Sebagai contoh, untuk mentaksir kemahiran membaca, selain daripada mempunyai buku-buku yang

    bersesuaian guru juga sepatutnya memerlukan bilik atau ruang yang sesuai untuk menjalankan ujian

    terhadap murid. Keadaan yang tidak sesuai atau buku yang tidak sesuai dengan tahap pengetahuan murid

    akan menjejaskan sedikit hasilnya nanti.

    Isu yang berkaitan pentaksiran di sekolah saya ialah mengenai ujian bulanan yang dilakukan oleh

    pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah membuat ujian bulanan terhadap murid istimewa ini

    berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada pandangan saya seharusnya ujian ini perlulah dilakukan

    berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dab bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang

    telah disediakan oleh pihak sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran nanti mungkin tidak dapat memberigambaran kebolehan yang sebenar murid-murid berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam memperolehi

    keputusan pentaksiran hasil penilaian boleh menyebabkan guru salah merancang strategi yang sesuai bagi

    meningkatkan kebolehan murid itu lagi.

    Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi masalah kepada kanak-kanak yang

    berkeperluan khas ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan bahawa dengan mengambil ujian ini anak

    mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak. Memang benar terdapat murid istimewa memperolehi

    keputusan yang baik namun hanya beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula untuk

    kanak-kanak khas. Walaupun ujian ini boleh dipilih sama ada hendak menduduki atau tidak namun kesan

    pandangan ibu bapa terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini hendaklah diubah dengan cara yang lain.

    1.8 Isu: Bahasa dan Komunikasi.

    Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan interaksi antara dua pihak.

    Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dengan baik disamping berkongsi

    maklumat Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari,

    yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Abdullah Hassan (1998)

    berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut.

    Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya

    sebagai alat perhubungan.Dengan itu bahasa dan komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani bersama.

  • 7/27/2019 Isu pemulihan khas

    6/10

    Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah kesukaran untuk

    berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas. Murid yang kategori autism misalnya

    sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru atau rakan sebaya yang lain. Hal ini adalah disebabkan kanak-

    kanak autism ini lebih cederung untuk berada dalam dunia mereka sendiri. Selain itu mereka juga

    mempunyai bahasa sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip. Kesan

    daripada itu, guru dan rakan sebaya sangat sukar memahami mereka.

    Apa yang saya perhatikan di dalam kelas khas Sekolah A, isu yang berkaitan bahasa dan

    komunikasi adalah berkaitan dengan pembantu murid dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini. saya

    dapati pembantu murid tidak dapat memahami dengan jelas mengenai bahasa isyarat tangan yang

    ditunjukkan oleh sesetengah murid. Hal ini menyebabkan murid-murid seringkali menjerit atau menangis

    sekiranya ingin ke tandas. Selain itu juga, terdapat murid-murid yang langsung tidak boleh berkomunikasi

    disebabkan masalah aphasia yang dihadapi. Aphasia adalah disebabkan kecederaan atau pun kecacatan

    pada otak yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk berbahasa. Akibat daripada itu, murid yang

    mengalami Aphasia iaitu D seringkali ditinggalkan dan agak ketinggalan di dalam kelas. Murid-murid lain

    juga sukar memahami dan berinteraksi dengan beliau. Keadaan ini sekaligus boleh memberi kesan yang

    lebih buruk kepada kanak-kanak ini.

    1.9 Isu:Kemudahan Fizikal

    Kemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan

    pembelajaran di dalam kelas. Menurut Woolfolk (200:427) persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang,

    susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua

    faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah lantai. Di negara kita, isu

    yang seringkali timbul mengenai kemuddahan bilik darjah adalah seperti kelas yang sempit, bahan

    kemudahan fizikal yang digunakan dan kedudukan ruang fizikal yang diguna pakai dalam system bilik darjah.

    Perkara sedemikian juga berlaku di Sekolah A Masih banyak kemudahan yang perlu ditingkatkan.

    Kemudahan jalan kerusi roda masih belum dibina dan disediakan di sekolah ini. Seharusnya pihak sekolah

    perlu peka akan keperluan murid-murid berkeperluan khas yang menggunakan kerusi roda. Akibatnya akan

    menyusahkan pembantu murid dan juga murid itu sendiri.

    Keadaan kelas yang sempit dan tidak selesa menggangu proses pembelajaran dan pengajaran guru.Sepatutnya bilik dan kelas perlu dibina secara berasingan. Akan tetapi disebabkan kurangnya kemudahan

    kelas yang kosong maka satu bilik yang besar itu telah pun dipisahkan dengan hanya menggunakan papan

    lembut sebagai pembahagi bagi setiap kelas. Hal ini jelas tidak mampu mengawal kelantangan suara yang

    dilontarkan oleh guru atau pun murid di kelas yang bersebelahan. Akibatnya murid kelihatan terganggu dan

    terpinga-pinga untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru.

    Selain itu saya juga dapati bahawa sekolah ini sangat kekurangan alatan permainan yang sesuai

    untuk diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas. Seharusnya alatan permainan untuk kanak-kanak

    istimewa ini mestilah bersifat lebih selamat dan tidak merbahaya. Alatan itu mestilah lebih bersifat ringan

    dan lembut. Akan tetapi saya dapati, guru di sekolah berkenaan menggunakan alatan bola yang keras dan

    berat. Bola sebegini jelas tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

    Kita sedia maklum bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak semuanya mampu menggunakan alatan

    yang serupa dengan murid yang normal. Sebagai contoh murid B yang mempunyai kemahiran motor halus

    yang rendah tidak mampu menangkap bola yang keras dan kasar. Jadi ini akan menyebabkan kecederaan

    kepada murid-murid berkeperluan khas.

    1.10 Isu: Kewangan

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberi peruntukan sebanyak rm150 sebulan kepada

    setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Elauan yang diberi ini adalah bertujuan untuk membantu golongan

    kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang tidak berkeupayaan ini untuk menampung kos hidup mereka.

  • 7/27/2019 Isu pemulihan khas

    7/10

    Selain itu elaun ini juga bertujuan untuk meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang

    kurang upaya ini. Seperti yang sedia maklum perbelanjaan untuk menampung kanak-kanak berkeperluan

    khas sebenarnya agak memerlukan jumlah wang banyak. Hal ini termasuklah kos perubatan dan juga terapi

    yang melibatkan pertuturan atau pun fisioterapi.

    Namun begitu, apa yang menjadi isu di sini ialah penyalahgunaan wang elaun yang diberikan

    kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa yang menggunakan wang elaun

    tersebut untuk urusan peribadi dan kemudahan keluarga masing-masing. Seharusnya perkara itu tidak harus

    berlaku dan perkara ini seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk menjaga wang saku yang

    diberi oleh kerajaan dengan sebaiknya.

    Elaun yang hangat diperkatakan dalam dunia Pendidikan Khas juga ialah berkaitan dengan elaun

    khas yang diberikan oleh kerajaan kepada guru-guru pendidikan khas. Tujuan elaun ini diberikan adalah

    sebagai ganjaran kepada guru-guru pendidikan khas yang bersabar dan tabah menghadapi karenah murid-

    murid khas di sekolah. Namun elaun yg diberikan ini seringkali diambil oleh kesempatan oleh pihak tertentu.

    Misalnya wujud guru-guru aliran perdana yang memohon masuk ke aliran khas dengan bertujuan untuk

    mendapatkan elaun khas itu bagi kepentingan diri. Akibat daripada itu, maka akan wujudlah kurangnya

    kualiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki beliau. Disebabkan itulah terdapat

    pengabaian terhadap murid-murid khas ini disebabkan oleh sikap guru yang sedemikian. Jelas di sini

    membuktikan bahawa pemberian elaun khas kepada guru juga boleh menyebabkan guru-guru bekerja

    semata-mata untuk mendapatkan elaun sahaja.

    Perkara yang berkaitan kewangan juga seringkali dikaitkan peruntukan yang diberikan kepada

    sekolah dalam menjayakan program di sekolah bagi membantu golongan kanak-kanak berkeperluan khas.

    Misalnya penggunaan terapi di sekolah masih lagi tidak meluas disebabkan kekurangan wang atau bajet

    untuk menampung tenaga pakar daripada ahli terapi yang berkebolehan. Disebabkan itulah murid-murid di

    sekolah terutama di luar bandar kurang memperoleh peluang untuk mengikuti mana-mana terapi kerana

    desakan wang atau pun peruntukan.

    Kemudahan yang tidak lengkap disebabkan kekurangan wang juga sering menghantui mana-mana

    sekolah yang mempunya program intergrasi di sekolahnya. Jika kita lihat di kebanyakan sekolah yang

    mempunyai program pendidikan khas, kebanyakannya mempunyai kemudahan fizikal yang asas sahaja.

    Keperluan fizikal yang berbentuk sampingan seperti bilik terapi, bilik snoozlen dan kolam mini renang tidakdapat disediakan akibat bajet yang kurang dan tidak mencukupi.

    Hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di sekolah yang pernah saya menjalani praktikal yang lalu iai tu

    Sek A. Di dapati di sekolah itu, kemudahan bilik terapi, bilik mainan dan bilik snoozlen masih tidak

    disediakan. Apabila disoal penyelaras disitu, belia mengatakan bahawa peruntukan tidak mencukupi. Selain

    itu kewangan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga berada dalam keadaan minima. Maka banyak

    program bagi membantu murid-murid berkeperluan khas ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

    Akibat daripada itu, maka kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat dalaman sahaja

    kerana memerlukan belanjawan yang rendah. Namun kesan kepada murid pula mungkin murid akan mudah

    bosan dengan kaedah yang sama sahaja digunakan oleh pihak guru di sekolah berkenaan.

    1.11 Isu:Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah

    Pentadbir adalah merupakan orang yang mentadbir dan mengurus sekolah atau pun sesuatu

    institusi. Dalam bidang pendidikan pentadbir adalah seperti guru besar atau pun pengetua. Manakala

    pentadbiran pula melibatkan delegasi tugas yang bersangkutan dengan tanggungjawab kesemua kakitangan

    yang berada di sekolah atau pun institusi.

    Dalam bidang Pendidikan Khas pentadbir memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai

    program dan rancangan yang menarik untuk disediakan kepada Program Intergrasi Pendidikan Khas di

  • 7/27/2019 Isu pemulihan khas

    8/10

    sesuatu sekolah. Walaupun begitu terdapat beberapa isu yang seringkali berkait rapat dengan pentadbir dan

    pentadbiran sekolah dengan dunia Pendidikan Khas hari ini.

    Antara isu yang hebat diperkatakan di kebanyakan sekolah ialah mengenai isu petempatan kanak-

    kanak berkeperluan khas ini ke dalam system Pendidikan Khas di sekolah. Hal ini adalah kerana terdapatnya

    murid yang tidak layak dimasukkan ke dalam program intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi antara

    ibu bapa dan pihak tertinggi pengurusan di sekolah (sama ada di aliran perdana atau aliran khas) , murid ini

    diberi peluang untuk mendudukan Program Pendidikan Khas di sekolah. Kesannya akan menyusahkan guru

    terutama dalam menyediakan Pengurusan Tingkah Laku dan merancang intervensi kepada murid berkenaan.

    Selain membebankan guru sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan tidak akan memberi komited

    sepenuhnya kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk akan berlaku kepada murid itu dan juga guru.

    Kesilapan penempatan murid dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan buruk kepada

    murid berkenaan. Sebagai contoh murid yang mengalami masalah pendengaran dimasukkan bersama

    dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid sudah pasti ketinggalan dan tidak mengikuti proses

    pembelajaran dan pengajaran dengan sempurna.

    Menurut temuramah dengan guru Pendidikan Khas di sekolah yang saya jalani praktikum itu iaitu

    Puan B, beliau mengatakan bahawa pentadbiran di sekolah ini tidak begitu membantu program Pendidikan

    Khas di situ. Hal ini mungkin disebabkan pihak pentadbiran beranggapan bahawa murid-murid ini tidak pun

    mampu menyumbang kepada peratus kenaikan sekolah. Di sebabkan itulah kurangnya pemerhatian dan

    dana diberikan kepada program Pendidikan Khas di sekolah berkenaan.

    .

    Dicatat oleh wanie azmie di8:09 AM0 ulasan

    Sunday, September 11, 2011

    Isu Isu Yang Berkaitan Pendidikan Khas

    Salam..hye entry ari ni short jek..sbb x sempat nk ringkaskan dengan teliti..insyaAllah di masa akan datang akan

    disediakan dengan lebih lengkap..sebarang penambaikan sila komen yer...

    Isu Yang Berkaitan Pendidikan Khas

    Kemudahan Fizikal

    -kekurangan bilik-bilik terapi ( bilik snoozlen, bilik muti sensori, bilik toys), jadi terapi yang penting untuk

    perkembangan deria motor kasar dan halus tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin

    -tiada kemudahan jalan untuk pengguna wheelchair akibatnya menyusahkan pengguna wheelchair dan memerlukan

    bantuan org lain untuk bergerak

    -ruang kelas yang sempit / hanya dibahagikan dengan petisyen kesannnya menyebabkan gangguan yang bisingkepada murid di ruang sebelah yang lain

    Profesionalisme guru

    -sikap guru yang malas dan tidak bersungguh-sungguh mengajar murid-murid yang bermasalah pembelajaran

    sekaligus menyebabkan murid-murid terabai dan ketinggalan

    http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/updates-isu-isu-dalam-pendidikan-khas.htmlhttp://yushazwani.blogspot.com/2011/09/updates-isu-isu-dalam-pendidikan-khas.htmlhttp://yushazwani.blogspot.com/2011/09/updates-isu-isu-dalam-pendidikan-khas.htmlhttp://yushazwani.blogspot.com/2011/09/isu-isu-yang-berkaitan-pendidikan-khas.htmlhttp://yushazwani.blogspot.com/2011/09/isu-isu-yang-berkaitan-pendidikan-khas.htmlhttp://yushazwani.blogspot.com/2011/09/isu-isu-yang-berkaitan-pendidikan-khas.htmlhttp://yushazwani.blogspot.com/2011/09/updates-isu-isu-dalam-pendidikan-khas.htmlhttp://yushazwani.blogspot.com/2011/09/updates-isu-isu-dalam-pendidikan-khas.html
  • 7/27/2019 Isu pemulihan khas

    9/10

    -guru pendidikan khas seringkali dianggap tidak mempunyai kerja yang banyak akibatnya guru pendidikan khas

    kerap disuruh melakukan aktiviti untuk murid-murid di aliran perdana. Contoh membuat aktiviti sukan sekolah

    tahunan. Akibatnya bebanan guru pendidikan khas bertambah

    -wujudnya guru sandaran tidak terlatih dalam program pend khas akibat daripada itu kanak-kanak khas menjadi

    mangsa guru yang tidak terlatih (di marah atau diherdik dan dipukul)

    Kewangan

    -isu kewangan berkaitan elaun kanak kanak khas yang disalahgunakan oleh ibu bapa. Akibatnya terdapat murid

    yang tidak membayar yuran atau tidak dapat membayar wang untuk mengikuti apa apa program yang dianjurkan

    -elaun guru pendidikan khas menarik perhatian ramai guru aliran perdana, akibat daripada permohonan guru aliran

    perdana ke aliran khas mampu menyebabkan kualiti terjejas

    -bajet yang tidak mencukupi menyebabkan banyak alatan kemudahan fizikal tidak dapat disediakan, program juga

    tidak dapat dijalankan dengan lebih banyak. Murid akan ketinggalan dan tidak merasa keseronokan kerana bosan

    terpakasa mengikuti pnp di kelas sahaja.

    Program Intergrasi/ pengasingan

    -tidak mampu mengintergrasikan keseluruhan murid dengan sepenuhnya akibaat daripada perbezaan jadual waktu

    rehat dan belajar

    -pengasingan kelas bilik darjah di sekolah

    -pengasingan aktiviti seperti aktiviti sukan. Hanya antara murid-murid berkeperluan khas sahaja dan sebaliknya

    Program inklusif

    -bebanan guru aliran perdana bertambah kerana terpaksa cuba memahami karenah kanak-kanak berkeperluan khas.

    Akibatnya guru tidak akan dapat mengajar kanak-kanak itu dengan sebaiknya.

    -wujud pendiskriminasian antara murid yang normal dan murid yang berkeperluan khas. Akan wujud perbezaan

    ruang sosial kerana kurangnya sifat menghormati terhadap golongan ini

    Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah

    -tidak mementingkan akan kebajikann murid di program intergrasi kerana beranggapan murid ini tidak menyumbang

    kepada kenaikan peratus prestasi sekolah-murid-murid pendidikan khas tidak diberi galakan sepatutnya untuk mengambil peperiksaan awam kerana dikhuatiri

    peratus sekolah menurun

    -isu penempatan murid yang tidak layak dimasukkan sekolah atas dasar peribadi antara ibu bapa dan pihak tertinggi

    sekolah. Akibatnya menyusahkan pihak guru di program intergrasi.

    -kesilapan penempatan murid, sebagai contoh murid yang mengalami masalah pendengaran dimasukkan bersama

    dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid itu tadi akan dipinggir.

    Pelabelan

    -isu melabel kanak-kanak khas seperti mata sepet kepada kanak-kanak sd. Boleh menyebabkan mereka berasa

    rendah diri dan malu

    -melabel kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak cacat. Boleh mewujukan jurang sosial antara kanak-kanak normal dengan khas.

    Pentaksiran dan Penilaian

    -terdapat pentaksiran yang dijalankan tidak sesuai dengan keupayaan murid kerana menggunakan ujian pentaksiran

    daripada negara luar.

    -penilaian yang tidak telus akibat sikap pilih kasih daripada guru boleh memberi kesan yang buruk. Sebagai contoh,

    penilaian yang tidak telus semasa membahagikan murid mengikut kelas berdasarkan aras kebolehan memberi kesan

    buruk kepada murid semasa mengikuti proses pnp di kelas.

    -diskriminasi terhadap kanak-kanak khas untuk mengikuti peperiksaan awam

  • 7/27/2019 Isu pemulihan khas

    10/10

    Penglibatan ibu bapa

    -wujud ibu bapa yang tidak mengambil berat dan hanya mengharapkan sekolah semata-mata. Contoh aspek

    pengurusan diri tidak ajar anak di rumah dengan sebaiknya. Akibatnya anak-anak mungkin akan kencing di dalam

    kelas dan tidak tahu membersihkan diri

    -ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka mengikuti apa jua program kerana dikhuatiri memberikecederaan kepada anak-anak mereka

    -kurangnya sikap yakin ibu bapa terhadap anak-anak mereka.