isu moral

8
2.0 PERAS UGUT SEBAGAI ISU MORAL 2.1 ESEI SATU Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan penting ke arah pembentukan sahsiah pelajar. Menurut ‘Dictionary of Education’, disiplin adalah peraturan secara langsung bagi mengawal tingkah laku murid-murid melalui hukuman atau ganjaran. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendidikan (1979), disiplin didefinisikan sebagai kesanggupan seseorang itu bekerja ataupun membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, masalah disiplin adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan oleh pihak sekolah. Isu peras ugut bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah sahaja, malah menular kepada murid-murid sekolah rendah. Dalam satu kes yang dilaporkan, murid Tahun Satu cedera parah ditikam di sekolahnya. Dia turut dipukul dengan kayu dan dibaling dengan batu oleh sekumpulan murid lelaki, dipercayai kerana enggan memberikan mereka wang RM 10 (Utusan Malaysia, 2000). Masalah peras ugut kian meruncing dewasa ini. Ia adalah salah satu komponen kecil daripada buli yang bermaksud tingkah laku agresif sama ada fizikal atau psikologikal yang dilakukan berulang kali ke atas mangsa yang bertujuan mendatangkan perasaan tidak seronok (Noran 2

Upload: wan-nor-faezah

Post on 29-Jun-2015

8.741 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU MORAL

2.0 PERAS UGUT SEBAGAI ISU MORAL

2.1 ESEI SATU

Dalam sesebuah institusi persekolahan, disiplin memainkan peranan penting

ke arah pembentukan sahsiah pelajar. Menurut ‘Dictionary of Education’,

disiplin adalah peraturan secara langsung bagi mengawal tingkah laku murid-

murid melalui hukuman atau ganjaran. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet

Mengenai Pendidikan (1979), disiplin didefinisikan sebagai kesanggupan

seseorang itu bekerja ataupun membuat sesuatu dengan cukup tertib,

kesanggupan menghormati hak individu lain dan kesanggupan membaiki

keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup

berkhidmat kepada masyarakat.

Walau bagaimanapun, masalah disiplin adalah suatu perkara yang tidak

dapat dielakkan oleh pihak sekolah. Isu peras ugut bukan sahaja melibatkan

pelajar sekolah menengah sahaja, malah menular kepada murid-murid

sekolah rendah. Dalam satu kes yang dilaporkan, murid Tahun Satu cedera

parah ditikam di sekolahnya. Dia turut dipukul dengan kayu dan dibaling

dengan batu oleh sekumpulan murid lelaki, dipercayai kerana enggan

memberikan mereka wang RM 10 (Utusan Malaysia, 2000).

Masalah peras ugut kian meruncing dewasa ini. Ia adalah salah satu

komponen kecil daripada buli yang bermaksud tingkah laku agresif sama ada

fizikal atau psikologikal yang dilakukan berulang kali ke atas mangsa yang

bertujuan mendatangkan perasaan tidak seronok (Noran Fauziah Yaakub,

2006). Biasanya kumpulan pelajar yang memeras ugut ini mempunyai

kumpulan tersendiri yang disebut ‘gangster’. Kumpulan ini mengugut anak

orang kaya ataupun pelajar yang menjadi kebencian mereka. Dalam hal ini,

mereka memeras ugut dengan meminta wang, jika tidak mereka pasti

mencederakan mangsa. Hal ini kebiasaannya dirujuk kepada pihak polis

untuk diselesaikan.

Mengikut perangkaan pada tahun 1994, seramai 138, 358 pelajar atau 9.82%

daripada 1, 408, 672 pelajar sekolah menengah di seluruh negara terlibat

dengan pelbagai salah laku jenayah dan tabiat buruk yang mana 2, 578 kes

2

Page 2: ISU MORAL

melibatkan tingkah laku jenayah termasuk peras ugut. Walaupun perangkaan

di atas diambil pada tahun 1994, ia jelas menunjukkan isu moral bukanlah

perkara yang boleh dipandang ringan. Tiada guna kita memekik-mekik slogan

masyarakat progresif lagi berdisiplin sedangkan di sekolah dan di rumah jelas

sekali kelonggarannya.

Isu peras ugut yang tidak ditangani dengan sempurna akan terus menular

dan menjadi duri dalam daging bagi masyarakat. Gangsterisme adalah

masalah paling sinonim yang dapat dikaitkan dengan peras ugut. Sekolah

menjadi pusat aktiviti geng dan bukan lagi tempat untuk mendapatkan ilmu

disebabkan pengambilan ahli-ahli baru untuk lebih mengukuhkan kumpulan

mereka. Trump (1993) mengatakan kehadiran geng ini akan menyebabkan

pelajar dua kali ganda lebih takut menjadi mangsa keganasan berbanding

dengan pelajar di sekolah yang tidak mempunyai geng.

Gangsterisme adalah tingkah laku yang melanggar norma dan batasan

undang-undang atau berkelakuan yang tidak boleh diterima oleh sosial.

Menurut Thrasher (1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian

gangsterisme mengutarakan bahawa pada awal remaja golongan ini

berkemampuan untuk mewujudkan geng ataupun persatuan. Golongan

remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat

mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka. Thrasher

(1961) juga mendefinisikan geng sebagai satu persatuan yang mempunyai

cirri-ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama, perjumpaan secara

bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan.

Thraser (1963) menyatakan bahawa kewujudan ‘gangster’ adalah hasil

daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenil yang

bertukar kepada perlakuan devian (perkumpulan samseng).

Menurut statistik yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

pada tahun 2008, seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun

ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah. Daripada

jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan. Faktor yang menyumbang

kepada tercetusnya gejala ini dan menjadi trend di seluruh dunia masih

samar. Beberapa faktor seperti media, rakan sebaya dan keadaan setempat

3

Page 3: ISU MORAL

turut diutarakan. Walau bagaimanapun, Bodinger-de-Uriarte (1993)

mendapati faktor mendapatkan kuasa dan status merupakan penyebab

utama para remaja menyertai gangster jalanan di Amerika Syarikat.

Dalam peringkat global, gangsterisme yang tidak dikawal akan mencetuskan

keganasan dan peperangan. Apa yang dapat kita lihat adalah keganasan

merupakan salah satu komponen masalah sosial yang terdiri daripada tingkah

laku jenayah dan keganasan domestik yang berlaku akibat gangsterisme

dalam masyarakat. Peperangan pula merupakan satu bentuk keganasan

kolektif yang melibatkan keganasan secara tersusun oleh mereka yang ingin

melaungkan keinginan dan menolak polisi dan amalan sosial yang dirasakan

menekan (Sullivan, 1997).

Kebanyakan individu akan melihat peperangan sebagai konflik bersenjata

antara duan buah negara atau dua pihak dalam sesebuah negara. Walau

bagaimanapun, para ahli sosiologi mendefinisikan peperangan dalam konteks

yang lebih luas, bukan hanya yang melibatkan perang yang diisytiharkan

antara negara dan parti malahan juga peperangan yang tidak diisytiharkan

seperti perang am, perang gerila, operasi tertutup dan sebahagian bentuk

keganasan (Wright, 1964). Peperangan adalah satu keadaan yang

mengakibatkan keganasan iaitu tingkahlaku dengan niat mendatangkan

kesakitan, kecederaan fizikal dan tekanan psikologi kepada manusia atau

merosakkan harta benda (Sullivan, 1997).

Kesan peperangan yang dapat dilihat secara langsung ialah kehilangan

nyawa dan meninggalkan kesan fizikal dan psikologi yang serius kepada

mereka yang masih hidup. Sebagai contoh, dalam Perang Bosnia yang

melibatkan pertumpahan darah antara puak Serb dan Muslim, pihak Serb

telah membunuh hampir kesemua penduduk lelaki di Srebrenica ketika

mereka mengambil alih kawasan tersebut pada Julai 1995. 30, 000 penduduk

yang masih hidup yang majoritinya kaum wanita dan kanak-kanak terpaksa

tinggal di kem-kem pelarian.

Trend ke arah lebih banyak kehilangan jiwa penduduk awam yang bermula

ketika Perang Dunia Kedua telah berterusan ke beberapa perang yang lain

termasuk Perang Vietnam dan Perang Teluk (Ehrenreich, 1997). Hospital

4

Page 4: ISU MORAL

yang dibom pula tidak dapat lagi digunakan untuk merawat pesakit dan ini

menambahkan lagi bilangan kematian.

Dalam konteks keganasan kolektif, terrorisme mempunyai beberapa

persamaan dengan peperangan. Kedua-duanya membawa ancaman kepada

kestabilan dunia dan keselamatan domestik. Menurut Vetter dan Perlstein

(1991), pengganas banyak menggunakan taktik seperti pengeboman,

penculikan, menahan tebusan, rampasan kapal terbang, pembunuhan dan

penyeksaan. Ini tiada bezanya dengan peras ugut dan gangsterisme yang

melanda negara ini melainkan ianya dilakukan di peringkat global dan

mendatangkan akibat yang lebih buruk.

Ahli psikologi sosial kontemporari secara umumnya percaya bahawa faktor

individu dan persekitaran boleh menjelaskan mengapa individu pergi

berperang atau melakukan keganasan. Manusia lebih cenderung untuk

bersikap ganas apabila mereka diletakkan di posisi yang mempunyai kuasa

dan hak yang lebih besar berbanding orang lain (Milgram, 1974).

Untuk mengatasi masalah ini, adalah lebih baik jika kita mula mencegahnya

daripada akar umbi, iaitu sebelum berlakunya peras ugut terutamanya di

peringkat sekolah. Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah sosial

adalah penting. Ibu bapa perlu menyedari bahawa pendidikan anak-anak

bermula di rumah dan bukannya di sekolah. Oleh itu, jenis dan corak alam

persekitaran yang disediakan oleh para penjagalah yang menjadi pengajar

utama yang dapat menjadi perangsang kepada anak-anak.

Kawalan ketat ke atas anak-anak dapat menghindarkan mereka daripada

terjebah ke kancah sosial. Selain daripada itu, penglibatan aktif ibu bapa

dalam persekolahan anak-anak membolehkan mereka mengesan masalah

yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab

dalam mewujudkan suasana yang stabil di rumah supaya anak-anak tidak

terganggu dari segi emosi. Keadaan kucar kacir dan penceraian pasti

meninggalkan kesan mendalam ke atas anak-anak (Jagdish Raj Sharma,

1982).

5

Page 5: ISU MORAL

Penekanan kepada aspek keagamaan juga perlu diutamakan oleh ibu bapa.

Jika ibu bapa tidak berkesempatan mengajar asas-asas agama kepada anak-

anak, wajar bagi mereka untuk menghantar anak-anak mengikuti kelas fardhu

ain. Sekiranya ibu bapa boleh menghantar anak ke pusat tuisyen untuk

berjaya dalam peperiksaan, mengapa pula anak-anak tidak dihantar ke kelas-

kelas agama untuk menjalani kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat?

Menyentuh peranan guru, guru adalah golongan yang paling hampir dengan

murid selepas ibu bapa. Malah dalam Islam, orang kedua yang perlu

dihormati selepas ibu bapa ialah guru. Sikap guru yang penuh dedikasi dalam

menyampaikan pengajaran secara berkesan bukan sahaja dapat

menghapuskan masalah disiplin, malahan meningkatkan tahap akademik

murid.

Guru Besar pula harus memastikan hukuman yang dikenakan mestilah

bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Murid-murid harus

disedarkan bahawa hukuman dikenakan kepada kesalahan, bukannya

kepada mereka. Guru dan Guru Besar haruslah sentiasa bertindak dalam

pasukan dan tidak ‘menikam belakang’ dalam melaksanakan tugas.

Usaha membentuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah satu bentuk

kerjasama yang baik bagi mengatasi masalah sosial. Namun begitu, peranan

yang dimainkan PIBG sering dipertikaikan. Hal ini kerana kurangnya

penglibatan ibu bapa dan minat disebabkan urusan lain. Keadaan ini dapat

diperbaiki jika semua pihak tidak mementingkan diri dan memberi perhatian

dan kerjasama dalam membentuk murid berakhlak mulia.

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu sentiasa mengemas kini pekeliling dan

petunjuk tertentu dalam menangani masalah moral di sekolah. Pihak polis

dan Jabatan Kebajikan juga berperanan dalam menempatkan pegawai-

pegawai tertentu bagi menghadapi masalah disiplin, belia dan pelajar.

Kerajaan juga perlu sedar kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan

remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan fikiran

mereka. Paparan di media massa dan elektronik juga harus dikawal dengan

sebaiknya oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dengan nilai Islam.

6

Page 6: ISU MORAL

7