isu kesantunan

14
Isu Kesantunan Pengenalan Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s1390, perkataan kesantunan membawa maksud perihal ( sifat dsd ) santun, kesopanan,kehalusan ( budi bahasa atau budi pekerti ). Isu-isu semasa yang telah berlaku dalam kalangan remaja sebenarnya mempunyai kaitan dengan nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat. Kekurangan pengamalan nilai kesantunan akan menyebabkan remaja masa kini sering melakukan tingkah laku yang kurang sopan dan secara tidak langsung akan terjerumus dalam gejala sosial seperti pembuangan bayi, ponteng sekolah, vandalisme, gengsterisme dan lari dari rumah. Hal ini demikian kerana remaja kurang memahami konsep nilai kesantunan serta kepentingan pengamalan nilai kesantunan dalam kehidupan. Remaja lari dari rumah Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s894, perkataan lari membawa maksud meninggalkan sesuatu tempat, pekerjaan dan lain-lain tanpa kebenaran dan biasanya pergi ke mana- mana supaya tidak dapat dikesan. Secara umumnya, kejadian lari dari rumah biasanya akan dilakukan oleh remaja di negara Malaysia. Kejadian remaja lari dari rumah telah mengakibatkan ibu bapa remaja berasa amat bimbang kerana takut anak-anak akan lari dari rumah. Perbuatan remaja untuk lari dari rumah merupakan satu perbuatan yang tidak ada nilai kesantunan kerana remaja telah menyebabkan ibu bapa mereka bimbang akan keselamatan anak-anak mereka.

Upload: fiona-yong

Post on 20-Jan-2015

750 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Isu kesantunan

Isu Kesantunan

Pengenalan

Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s1390, perkataan kesantunan membawa maksud

perihal ( sifat dsd ) santun, kesopanan,kehalusan ( budi bahasa atau budi pekerti ).

Isu-isu semasa yang telah berlaku dalam kalangan remaja sebenarnya mempunyai

kaitan dengan nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat.

Kekurangan pengamalan nilai kesantunan akan menyebabkan remaja masa kini sering

melakukan tingkah laku yang kurang sopan dan secara tidak langsung akan terjerumus

dalam gejala sosial seperti pembuangan bayi, ponteng sekolah, vandalisme,

gengsterisme dan lari dari rumah.

Hal ini demikian kerana remaja kurang memahami konsep nilai kesantunan serta

kepentingan pengamalan nilai kesantunan dalam kehidupan.

Remaja lari dari rumah

Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s894, perkataan lari membawa maksud meninggalkan

sesuatu tempat, pekerjaan dan lain-lain tanpa kebenaran dan biasanya pergi ke mana-

mana supaya tidak dapat dikesan.

Secara umumnya, kejadian lari dari rumah biasanya akan dilakukan oleh remaja di

negara Malaysia.

Kejadian remaja lari dari rumah telah mengakibatkan ibu bapa remaja berasa amat

bimbang kerana takut anak-anak akan lari dari rumah.

Perbuatan remaja untuk lari dari rumah merupakan satu perbuatan yang tidak ada nilai

kesantunan kerana remaja telah menyebabkan ibu bapa mereka bimbang akan

keselamatan anak-anak mereka.

Page 2: Isu kesantunan

Faktor Berlakunya Kes Remaja Lari dari Rumah

Kebanyakan remaja telah mengambil keputusan yang terburu-buru dengan melarikan

diri dari rumah setelah dihalau dari rumah atas perbuatan yang telah mereka lakukan.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Mohd Fadzil berkata berdasarkan kajian

Laporan Khas 2010, beliau telah mendapati bahawa sebanyak 37.2 peratus daripada

379 remaja yang pernah melarikan diri dari rumah menyatakan mereka berbuat

demikian kerana pernah dihalau keluar rumah selepas melakukan kesalahan.

Sebenarnya ibu bapa juga ada salahnya kerana telah mengeluarkan kata-kata yang

kasar seperti menghalau anak-anak keluar dari rumah setelah mereka membuat

kesalahan dan telah menyebabkan anak-anak membuat tafsiran serta mengambil

keputusan yang salah dengan melarikan diri dari rumah.

Perbuatan ibu bapa tersebut sebenarnya tidak mengamalkan nilai kesantunan kerana

telah mengeluarkan kata-kata yang kasar kepada anak-anak.

Statistik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan statistik pada tahun 2010 yang

menunjukkan bahawa kes remaja yang lari dari rumah telah meningkat dengan angka

mencatatkan sebanyak 4097 remaja yang terlibat seawal usia 13 hingga 17 tahun.

Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM telah menunjukkan peningkatan dalam kes

remaja lari dari rumah. Perbezaan peratusan kes lari dari rumah antara remaja bandar

dengan remaja luar bandar juga dapat dibuktikan melalui kajian Prof. Mohd Fadzil.

Beliau menyatakan bahawa sebanyak 61.5 peratus remaja dari bandar dan 38.5 peratus

remaja dari luar bandar telah lari dari rumah.

Kejadian ini telah menimbulkan pelbagai konflik serta rasa bimbang dalam kalangan

masyarakat yang akhirnya akan mengganggu kesejahteraan dan keamanan negara

Malaysia.

Page 3: Isu kesantunan

Kesan Remaja Lari dari Rumah

Remaja lari dari rumah akan menyebabkan kes jenayah dalam kalangan masyarakat

meningkat.

Hal ini demikian kerana apabila remaja lari dari rumah, remaja akan mengalami masalah

kewangan.

Kejadian ini telah mendorong remaja untuk melakukan perbuatan yang tidak mempunyai

nilai kesantunan seperti melakukan pelbagai kes jenayah.

Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan

Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah) Jeevan S. Ramamurthy percaya bahawa remaja

yang lari dari rumah akan mendorong mereka terlibat dalam kes jenayah.

Hal ini akan menyebabkan masyarakat sentiasa hidup dalam ketakutan.

Negara akan kehilangan tunggak negara kerana remaja yang lari dari rumah ini

merupakan generasi baru yang akan membangunkan negara kelak.

Secara tidak langsung nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat Malaysia juga

akan semakin terhakis dan akhirnya akan mempengaruhi perkembangan serta

pembangunan negara Malaysia.

Langkah Mengatasi Masalah Remaja Lari dari Rumah

Ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama kepada remaja sejak kecil lagi bagai

“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Remaja yang mempunyai didikan agama yang mencukupi mampu menguruskan

tekanan masing-masing dengan baik tanpa membawa sebarang padah kepada mereka

pada masa hadapan.

Remaja yang mempunyai didikan agama sejak kecil akan lebih berfikiran matang serta

positif dan tidak mudah terpengaruh oleh orang lain untuk melakukan sesuatu perbuatan

yang negatif serta tidak mempunyai nilai kesantunan yang akhirnya akan memusnahkan

masa depan diri sendiri.

Remaja yang mempunyai didikan agama yang tinggi akan lebih memahami konsep nilai

kesantunan dan secara tidak langsung remaja tersebut akan mengamalkan nilai

kesantunan dalam kehidupan seharian.

Page 4: Isu kesantunan

Oleh itu, didikan agama amat penting bagi remaja dalam pengamalan nilai kesantunan

serta sebagai strategi pencegahan gejala sosial berlaku dalam kalangan remaja.

Pembuangan bayi dalam kalangan remaja

Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s 208, perkataan ‘buang’ membawa maksud iaitu

mencampakkan, melemparkan, menghapuskan dan menghilangkan.

Manakala, perkataan ‘bayi’ bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu. Maksud

‘pembuangan bayi’ adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil

yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan.

Kejadian pembuangan bayi ini tidak mengira status ataupun kekayaan seseorang

terutamanya bagi kalangan remaja.

Perbuatan pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini amat kejam dan perbuatan ini

tidak santun bagi setiap lapisan masyarakat kerana bayi merupakan anugerah Tuhan.

Faktor Berlakunya Pembuangan Bayi

o Pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku kerana remaja kurang mendapat

didikan agama sejak kecil lagi.

o Remaja tidak tahu apa yang halal ataupun haram dalam agama masing-masing.

o Contohnya, agama Islam menyatakan pembuangan bayi merupakan dosa yang besar.

o Remaja yang kurang didikan agama tidak akan tahu pembuangan bayi merupakan dosa

yang besar serta perbuatan tersebut tidak santun dalam pandangan masyarakat.

o Remaja yang kurang beriman ini sukar untuk mengawal hawa nafsu dan akan

melakukan perbuatan yang tidak santun seperti berzina dan akhirnya akan membawa

kepada kejadian pembuangan bayi.

o Menurut Imadu al-Din Muhammad bin al-Husain dalam bukunya, Kehidupan Hati untuk

Sampai kepada Tuhan yang Dikasihi (2005), hawa nafsu sentiasa mencari “kelazatan”

dengan tidak berfikir panjang tentang akibatnya.

Page 5: Isu kesantunan

o Orang yang berakal (beriman) akan berfikir terlebih dahulu baik-buruk sesuatu

perbuatan dan menolak daripada dikongkong oleh hawa nafsu.

Statistik Pembuangan Bayi

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes pembuangan bayi telah

meningkat mengikut negeri dari tahun 2005 hingga 2009 adalah sebanyak 407 kes.

Negeri Selangor telah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes kes

diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes manakala Perlis

mencatatkan jumlah kes terendah dengan 1 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dan Melaka

dengan 2 dan 3 kes masing-masing.

Statistik ini telah menunjukkan bahawa kejadian pembuangan bayi ini semakin

berleluasa dari semasa ke semasa dalam kalangan remaja tanpa mengira tempatnya

serta status keluarga masing-masing.

Fenomena ini telah mengakibatkan kebimbangan berlaku dalam kalangan masyarakat di

negara Malaysia.

Hal ini telah jelas terbukti bahawa pengamalan nilai kesantunan dalam kalangan remaja

semakin berkurangan.

Kesan Berlakunya Pembuangan Bayi

Masyarakat akan digelar sebagai masyarakat tidak bertamadun sekiranya pembuangan

bayi dalam kalangan remaja semakin berleluasa kerana masyarakat akan dianggap

tidak mengamalkan nilai kemanusiaan serta nilai kesantunan dalam kehidupan seharian.

Masyarakat tetap akan dipandang hina oleh orang ramai walaupun hanya terdapat

segelintir remaja yang melakukan perbuatan pembuangan bayi kerana pak kata

perpatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Page 6: Isu kesantunan

Imej negara juga akan terjejas kerana pembangunan sesebuah negara biasanya

bergantung kepada akhlak remaja atau lebih dikenali sebagai generasi masa depan.

Secara tidak langsung pembangunan serta perkembangan negara Malaysia tidak dapat

dijalankan dengan lancar serta tidak mampu untuk merealisasikan Wawasaan 2020

akibat gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa ini.

Hal ini dapat dibuktikan bahawa betapa pentingnya pengamalan nilai kesantunan dalam

kalangan remaja terhadap masyarakat dan negara.

Langkah Mengatasi Masalah Pembuangan Bayi

Masyarakat telah memainkan peranan yang sangat penting pada masa kini untuk

membendung gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja.

Hal ini demikian kerana masyarakat merupakan insan yang paling dekat dengan remaja

selain daripada ibu bapa mereka.

Masyarakat boleh berganding bahu untuk menerapkan nilai kesantunan dalam kalangan

remaja bagi mengelakkan gejala pembuangan bayi terus berleluasa.

Masyarakat seharusnya sentiasa memerhatikan tingkah laku remaja untuk mengelakkan

remaja daripada melakukan perbuatan pembuangan bayi.

Masyarakat juga seharusnya menerapkan nilai kesantunan pada diri sendiri supaya

dapat menjadi modal insan serta dapat mengajar remaja tentang nilai kesantunan ini.

Biasanya, perkembangan sesebuah masyarakat akan dipengaruhi oleh pengamalan

nilai kesantunan dalam kalangan masyarakat.

Page 7: Isu kesantunan

Gengsterisme dalam kalangan remaja

Kamus Dewan Edisi 4,(2005) m/s458, maksud perkataan gengster ialah merupakan ahli

atau anggota kumpulan jenayah atau samseng.

Gengsterisme pula didefiniskan sebagai kegiatan gengster.

Secara umumnya, gejala gengsterisme merupakan satu gejala negatif yang akan

membahayakan nyawa seseorang dan dianggap sebagai perbuatan yang tidak

mempunyai nilai kesantunan.

Faktor berlakunya Gensterisme dalam Kalangan Remaja

Kekurangan kasih sayang ibu bapa telah mengakibatkan remaja terlibat dalam gejala

gengsterisme.

Ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada remaja sejak

kecil lagi.

Tindakan ibu bapa yang kurang memberikan kasih sayang kepada anak-anak

merupakan sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai nilai kesantunan.

Segala tindakan ibu bapa terhadap anak-anaknya sudah pastilah akan mempengaruhi

perkembangan remaja terhadap penerapan nilai kesantunan dalam kehidupan seharian.

Ibu bapa seharusnya mengetahui bahawa anak merupakan harta bagi setiap keluarga

yang telah dikurniakan oleh Tuhan kepada setiap keluarga.

Oleh itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada

remaja sejak kecil lagi.

Statistik

Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) telah mendapati

pembabitan pelajar sekolah dalam kes jenayah semakin serius dari semasa ke

semasa.

Page 8: Isu kesantunan

Sebanyak 1,996 pelajar ditahan kerana terbabit dalam 881 kes jenayah bagi tempoh

enam bulan pertama tahun 2003.

Manakala statistik kes rogol yang telah membabitkan pelajar di Kedah sepanjang

tahun 2008 berada pada tahap yang membimbangkan dengan 226 kes direkodkan

daripada keseluruhan 309 kes.

Hal ini jelas membuktikan kepada kita bahawa sebenarnya kadar jenayah dalam

kalangan remaja di peringkat sekolah berada dalam tahap yang kritikal.

Statistik ini jelas tebukti bahawa gejala gengsterisme dalam kalangan remaja akan

mengakibatkan pelbagai kes jenayah berlaku.

Kesan Berlakunya Gengsterisme dalam Kalangan Remaja

o Kewujudan budaya takut akan berlaku dalam kalangan masyarakat akibat gejala

gengsterisme dalam kalangan remaja.

o Masyarakat akan takut untuk keluar kerana akan diragut ataupun dirompak oleh ahli

gengster tersebut serta nyawa masyarakat akan terancam.

o Imej negara Malaysia juga akan terjejas berpunca daripada gejala gengsterisme dalam

kalangan remaja.

o Secara tidak langsung ekonomi negara juga akan terjejas kerana pelancong asing takut

untuk melancong di negara kita.

o Tanpa ekonomi yang kukuh, bagaimana negara Malaysia hendak maju dan mencapai

Wawasan 2020?

Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme dalam Kalangan Remaja

Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah serta

nilai kesantunan remaja sejak kecil lagi bagi membendung gejala gengsterisme dalam

Page 9: Isu kesantunan

kalangan remaja dengan memberikan ajaran agama kerana “mencegah lebih baik

daripada mengubatinya”.

Remaja yang mempunyai pegangan agama yang teguh tidak akan mudah termakan

pujukan kawan lain untuk terlibat dalam gejala gengsterisme kerana mereka tahu

perbuatan tersebut tidak santun serta akan memusnahkan masa depan mereka.

Remaja yang berfikiran matang serta positif secara tidak langsung akan membawa

kemakmuran kepada negara Malaysia dan negara Malaysia dapat mencapai Wawasan

2020 nanti.

Remaja yang mempunyai didikan agama yang tinggi secara tidak langsung juga akan

mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan.

Ponteng sekolah

Kamus Dewan Edisi 4, (2005), m/s 1225, perkataan ponteng didefinisikan sebagai lari

daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.

Ponteng sekolah merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak

menghadiri ke semua ataupun sesetengah kelas.

Ponteng sekolah merupakan satu gejala sosial yang lebih tertumpu kepada pelajar

sekolah terutamanya bagi pelajar sekolah menengah.

Fenomena ponteng sekolah ini telah berlaku di seluruh negeri di negara Malaysia dari

semasa ke semasa.

Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai

ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang

munasabah.

Page 10: Isu kesantunan

Faktor Berlakunya Gejala Ponteng dalam Kalangan Remaja

Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin meletakkan gejala ponteng

sebagai isu utama.

Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua,

pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor

penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan , 2006).

Hal ini jelas terbuktilah bahawa persekitaran dalam sekolah akan mempengaruhi kadar

ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah.

Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah

yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang

baik di kalangan pelajar.

Oleh itu, pihak sekolah seharusnya menyediakan suasana yang kondusif kepada pelajar

sekolah dalam usaha membendung gejala ponteng sekolah terus berleluasa dalam

kalangan pelajar sekolah.

Statistik

Sepanjang tahun 2002 sehingga 2004 didapati sebanyak 5,807 pelajar telah diperiksa

dalam operasi ponteng sekolah (Ops Sayang) yang dijalankan polis di seluruh Negara

Malaysia.

Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar lelaki dan 1,710 pelajar perempuan telah

terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi berkenaan.

Sebanyak 299 Ops Sayang dilancarkan di Perak diikuti Johor (92), Pahang (83), Sabah

(80), Negeri Sembilan (31), Kuala Lumpur (30), Kedah (22), Perlis (7), dan masing-

masing lima operasi di Kelantan dan Pulau Pinang.

Statistik ini jelas menunjukkan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar ponteng

sekolah dalam kalangan pelajar sekolah bagi melahirkan generasi muda yang bersopan

santun serta mampu mengamalkan nilai kesantunan dalam kehidupan.

Page 11: Isu kesantunan

Kesan Berlakunya Gejala Ponteng Sekolah dalam Kalangan Remaja

Masyarakat akan digelar sebagai masyarakat yang berilmu rendah serta akan

dipandang rendah.

Hal ini demikian kerana pelajar yang selalu ponteng sekolah akan menghadapi

masalah dalam pelajaran yang akan menjejaskan tahap pencapaian mereka di

sekolah semasa peperiksaan.

Secara tidak langsung kadar pengamalan nilai kesantunan dalam kalangan remaja

akan semakin berkurangan kerana remaja yang berilmu cetek akan mengalami

kesukaran untuk memahami konsep nilai kesantunan.

Imej negara Malaysia juga akan terjejas serta negara tidak dapat dibangunkan

dengan pesat.

Sekiranya remaja atau lebih dikenali sebagai generasi masa depan berilmu cetek

seperti “katak di bawah tempurung”, bagaimana negara Malaysia dapat dimajukan

serta dibangunkan dengan pesat dan mencapai Wawasan 2020?

Langkah untuk Mengatasi Gejala Ponteng Sekolah dalam Kalangan Remaja

Sekolah seharusnya menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta

kemudahan yang pelbagai di sekolah supaya remaja tidak akan berasa bosan ketika

belajar di dalam kelas.

Suasana yang kondusif dapat memupuk minat seseorang untuk belajar dan secara tidak

langsung gejala remaja ponteng sekolah dapat dikurangkan secara beransur-ansur.

Remaja telah menghabiskan banyak masa di sekolah setiap hari dan sebab itulah

sekolah telah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membentung gejala

ponteng sekolah dalam kalangan remaja yang akhirnya akan membawa pelbagai gejala

negatif kepada remaja tersebut.

Nilai kesantunan juga dapat diterapkan oleh pengajaran guru di dalam kelas melalui

penyediaan kelas yang kondusif oleh pihak sekolah.

Page 12: Isu kesantunan

Vandalisme dalam Kalangan Remaja

Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah yang dikenali

sebagai Vandal.

Kamus Dewan Edisi 4, (2005), m/s1787, vandalisme didefinisikan sebagai perbuatan

membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian.

Vandalisme biasanya merujuk kepada sesuatu perbuatan untuk merosakkan harta

benda awam seperti tandas awam, papan tanda dan telefon awam.

Vandalisme telah dianggap sebagai satu cara bagi remaja untuk melepaskan geram

dan menghilangkan tekanan ataupun bosan.

Punca Berlakunya Vandalisme dalam Kalangan Remaja

Punca berlakunya vandalisme dalam kalangan remaja ialah ibu bapa kurang memberi

perhatian kepada remaja.

Ibu bapa zaman sekarang terlalu mementingkan nilai kebendaan sehingga

mengabaikan anak-anak.

Ibu bapa yang biasanya berminat kepada nilai kebendaan tidak akan mementingkan

nilai kesantunan dalam kehidupan kerana ibu bapa lebih suka harta benda berbanding

dengan nilai kesantunan.

Ibu bapa akan bekerja dari awal pagi hingga ke larut malam untuk mendapatkan wang

yang lebih.

Tugas untuk mengasuh anak-anak telah terjatuh di tangan pengasuh ataupun pembantu

rumah.

Oleh itu, remaja tidak berpeluang untuk mengenali serta mengharyati nilai kesantunan

dalam kehidupan.

Oleh sebab remaja tidak mendapat perhatian serta kasih sayang daripada ibu bapa

mereka akan melakukan vandalisme untuk meluahkan perasaan mereka dan perbuatan

ini menunjukkan remaja tidak berfikiran matang serta tidak mempunyai nilai kesantunan.

Page 13: Isu kesantunan

Statistik

o Laporan satistik telah mencatatkan kerugian akibat vandalisme di sekolah menengah

bagi pertengahan 2000 ialah RM40446.00 yang membabitkan perbuatan merosakkan

peralatan seperti meja, kerusi, pagar dan tandas.

o Kerugian yang telah dicatatkan ialah RM31384.00 bagi tempoh Januari-Julai 2000.

o Statistik ini telah membuktikan bahawa kerajaan perlu mengeluarkan wang yang banyak

untuk memperbaiki kerosakkan bagi memastikan pelajar dapat belajar di suasana

sekolah yang kondusif.

o Statistik ini jelas menunjukkan peningkatan kadar kes vandalisme di negara Malaysia

terutamanya bagi golongan remaja.

Kesan Vandalisme dalam Kalangan Remaja

Masyarakat tidak dapat menggunakan kemudahan awam seperti telefon awam apabila

berada dalam kesusahan.

Hal ini kerana kemudahan awam ini telah dirosakkan oleh remaja akibat gejala

vandalisme.

Kejadian tersebut akan membahayakan nyawa orang lain terutamanya individu yang

mengalami kecederaan semasa kemalangan.

Bagaimana masyarakat hendak menyelamatkan orang yang cedera sedangkan telefon

awam telah rosak ?

Negara juga akan mengalami kerugian yang banyak akibat gejala vandalisme ini.

Hal ini demikian kerana negara perlu mengeluarkan jutaan ringgit setiap tahun untuk

memperbaiki kerosakkan kemudahan awam bagi menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

Secara tidak langsung ekonomi negara akan terjejas kerana kerajaan telah

menggunakan wang yang banyak untuk memperbaiki kerosakan kemudahan awam.

Page 14: Isu kesantunan

Langkah Mengatasi Vandalisme dalam Kalangan Remaja

Kerajaan seharusnya mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti kempen anti-

vandalisme dengan slogan Hak Awam Hak Bersama kepada semua lapisan

masyarakat di negara Malaysia supaya masyarakat akan mendapat ilham serta

kesedaran tentang betapa pentingnya kegunaan kemudahan awam dalam kehidupan

seharian mereka.

Kempen-kempen sebegini juga boleh membantu masyarakat untuk mengetahui serta

memahami tentang keburukan pengamalan gejala vandalisme dalam kalangan remaja

di masyarakat yang majmuk ini.

Masyarakat sudah pastilah akan membantu kerajaan untuk membanteras gejala

vandalisme ini sekiranya masyarakat mengetahui keburukannya.

Secara tidak langsung kempen-kempen kesedaran ini juga mampu menerapkan nilai

kesantunan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan remaja.

menjelang tahun 2020 nanti. Oleh itu, sebagai warga Malaysia, kita seharusnya memikirkan

satu jalan penyelesaian bagi menangani isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan remaja

agar negara Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang maju dan saintifik di peringkat

antarabangsa dengan mengamalkan nilai kesantunan mulai hari ini. Sebagai kesimpulannya,

nilai kesantunan adalah amat penting dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam

pembangunan negara Malaysia.