isu kekeluargaan

Upload: aishah-sharina

Post on 18-Jul-2015

376 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Topik

10

Isu Isu Kekeluargaan

HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan punca keruntuhan rumah tangga; 2. Mengenal pasti jenis penderaan; 3. Menghuraikan kesan penderaan; dan 4. Mengenal pasti jenis undang undang kekeluargaan.

PENGENALANSuatu ketika dahulu institusi kekeluargaan adalah organisasi kecil dalam komuniti yang dihormati kerana keberkesanannya dalam membentuk individu yang berakhlak dan bermaruah. Komuniti meletakkan harapan kepada institusi kekeluargaan untuk melahirkan generasi yang mampu berganding bahu dalam membangunkan negara dan mewarisi segala aspek sosial yang baik dalam kehidupan berkelompok manusia. Namun mandat institusi kekeluargaan kian pudar. Satu demi satu gejala sosial negatif yang membolosi masyarakat dilihat sebagai hasil daripada institusi kekeluargaan yang gagal. Kita mula beralih kepada kementerian, agensi atau institusi lain untuk mengembalikan bisa institusi kekeluargaan. Pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga diminta menghadiri kursus praperkahwinan sebagai persediaan membentuk sebuah keluarga di negara kita.

AKTIVITI 10.1Bagaimanakah institusi kekeluargaan membentuk generasi yang sihat dari aspek mental, rohani dan sosial?

110

TOPIK 10

ISU-ISU KEKELUARGAAN

10.1

KERUNTUHAN RUMAHTANGGA

Keruntuhan rumahtangga merujuk kepada keadaan satu unit organisasi keluarga yang terlerai daripada ikatan sama ada secara sah atau tidak. Keruntuhan yang sah dimeterai oleh undang-undang dengan bukti bahawa pasangan berkahwin telah bercerai. Keruntuhan yang tidak sah merujuk kepada pasangan yang berpisah secara tidak rasmi. Banyak aspek yang perlu diteliti dalam isu keruntuhan rumahtangga. Kehidupan kita pada masa kini jauh berbeza daripada kehidupan masyarakat pada suatu masa dahulu. Kita hidup dalam era kerapuhan sokongan sosial. Kita sendiri memilih untuk keluar daripada lingkungan sosial yang saling menyokong. Misalnya kita kurang berminat untuk hidup dalam keluarga yang luas. Kita lebih cenderung memilih untuk hidup dalam keluarga nuklear. Kita terpaksa merangka program untuk memaksa semangat saling menyokong dihidupkan semula. Contohnya melalui Program Kejiranan Mesra. Selain daripada ancaman perubahan sosial, faktor lain yang turut menyumbang kepada keruntuhan rumahtangga ialah:

Rajah 10.1: Faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumahtangga

Mari kita bincangkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas secara mendalam.

TOPIK 10

ISU-ISU KEKELUARGAAN

111

10.1.1

Kurang Penghayatan Terhadap Konsep Kekeluargaan

Kehidupan berkeluarga memerlukan perkongsian bijak dimana pasangan saling mempercayai, hormat-menghormati, bertolak-ansur, saling bermaafan, amanah dan komited dalam apa jua tanggungjawab. Namun sebagai dua insan yang dilahirkan berbeza, perbezaan tetap wujud. Hanya berbekalkan ketabahan, pengetahuan dan kemahiran berinteraksi serta bertindak balas kepada setiap perubahan mampu mengekalkan perkongsian yang mulia ini. Apabila sesuatu keluarga dibina atas dasar cinta mengikut nafsu semata-mata dan kurang persediaan dalam aspek lain, pasangan akan berdepan dengan kejutan kehidupan berkeluarga. Perubahan seperti pertambahan ahli keluarga serta komitmen akan mempengaruhi keutuhan rumahtangga yang dibina. Walaupun pasangan telah menjalani kursus pra-perkahwinan, ternyata kursus tersebut tidak mencukupi untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Malah kerajaan membentuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu keutuhan institusi keluarga. Walau bagaimanapun segala rentak bergantung kepada pasangan yang mengemudikan keluarga tersebut. Pelbagai perkhidmatan disediakan oleh kerajaan melalui agensi tertentu untuk membantu mengurangkan masalah keruntuhan rumahtangga. Misalnya program yang dirangka oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara yang menjurus kepada isu menghayati peranan keluarga dalam membentuk penduduk yang bukan sahaja sihat dari aspek fizikal tetapi juga mental, emosi, sosial dan rohani.

10.1.2

Konflik Peranan dan tanggungjawab

Peranan lelaki dan wanita pada masa kini jauh berbeza berbanding dengan pada nenek moyang kita. Dalam negara yang meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga, sejak dahulu lagi lelaki memainkan peranan memastikan ekonomi dan sosial keluarga sentiasa sempurna. Lelaki perlu bekerja untuk menyara keluarga. Isteri atau ibu berperanan menjaga anak dan menguruskan kerja rumah. Namun peranan dan tanggungjawab ini semakin berubah. Ramai wanita bersama-sama lelaki bekerja untuk mencari sumber ekonomi dan membantu kesejahteraan keluarga. Terdapat juga isteri yang berpendapatan lebih daripada suami mereka.

112

TOPIK 10

ISU-ISU KEKELUARGAAN

Rajah 10.2: Contoh konflik peranan dan tanggungjawab Diubahsuai daripada: www.markstivers.com

Cuba lihat Rajah 10.2, adakah anda rasa masalah kecil seperti diatas boleh mabawa kepada keretakan rumahtangga? Mungkin boleh. Pangagihan tugas dalam menguruskan rumahtangga adalah penting. Wanita berharap suami mereka akan bersama-sama membantu menguruskan rumahtangga. Bagi lelaki yang menganggap peranan itu bukannya kebiasaan bagi mereka, ini akan menimbulkan masalah. Pasangan suami isteri mungkin tidak sehaluan. Adakalanya wanita berdepan dengan konflik sama ada memilih untuk menjadi suri rumahtangga atau bekerja. Taraf pendidikan yang dimiliki wanita serta desakan untuk mencari pendapatan yang lebih dalam memenuhi keperluan keluarga mendorong wanita melupakan peranan tradisional ini. Beban tugas di tempat kerja dan peranan membesarkan anak serta menguruskan rumahtangga menyebabkan wanita rasa terteka. Keadaan menjadi lebih buruk jika suami enggan atau kurang membantu dalam urusan rumahtangga. Tekanan boleh menyebabkan hubungan antara pasangan menjadi tegang. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, pasangan suami isteri akan berpisah dan mengakhiri ikatan sebuah keluarga.

10.1.3

Kemiskinan

Kemiskinan adalah masalah sosial yang sering wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat walaupun sesebuah negara diiktiraf sebagai negara maju. Kemiskinan biasanya ditafsir berdasarkan jumlah pendapatan yang ditetapkan

TOPIK 10

ISU-ISU KEKELUARGAAN

113

sebagai di bawah garis kemiskinan. Di negara kita pendapatan di bawah garis kemiskinan ialah RM687 untuk bandar dan RM698 untuk luar bandar. Isu kemiskinan dilihat tertumpu di kawasan luar bandar sahaja pada suatu masa dahulu. Namun, kemiskinan di bandar akan menjadi nyata apabila masyarakat tidak lagi mampu berlumba seiring dengan kemajuan di bandar. Penghijrahan ke bandar tanpa pendidikan dan kemahiran yang mencukupi membataskan seseorang mendapat pekerjaan yang menawarkan pendapatan lumayan. Pendapatan yang tidak mencukupi akan memaksa mereka melakukan kerja sampingan lain. Ini akan menjejaskan kualiti kerja serta kehidupan mereka. Bekerja dalam jangka masa yang lama menyebabkan taraf kesihatan fizikal dan mental terjejas. Mereka terdedah kepada pelbagai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung kerana mengabaikan senaman dan membiarkan tekanan dalam kehidupan mereka.

Rajah 10.3: Anak-anak menjadi mangsa akibat keruntuhan rumahtangga Sumber: www.bible.ca

Desakan kemiskinan yang memaksa ibu bapa melakukan kerja sampingan akan menyebabkan peranan keibu bapaan dalam keluarga diabaikan. Keadaan ini akan menambah burukkan gejala sosial negatif di kalangan anak. Gejala negatif sosial anak boleh menjadi punca pasangan bertegang urat. Masa yang singkat membataskan peluang ahli keluarga untuk duduk bersemuka dan menyelesaikan masalah.

114

TOPIK 10

ISU-ISU KEKELUARGAAN

Kemiskinan juga mungkin akan memaksa anak-anak terjerumus ke dalam aktiviti yang kurang sihat seperti perlakuan delekuen. Mereka mungkin mencuri atau pecah rumah untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

10.2

PENDERAAN

Penderaan adalah gejala sosial negatif yang turut melanda masyarakat kita. Penderaan boleh berlaku dalam bentuk fizikal, seksual, ekonomi, mental atau emosi. Penderaan terhadap kanak-kanak akan mempengaruhi keperibadiannya kanak-kanak apabila dewasa kelak. Kanak-kanak mungkin akan menganggap perlakuan mendera sebagai perkara biasa. Anggapan begini akan mendorong mereka untuk mengulangi perbuatan mendera ke atas orang lain.

10.2.1

Keganasan terhadap pasangan

Keganasan terhadap pasangan bukan suatu perkara baru. Keganasan biasanya akan menyebabkan kecederaan malah kematian. Keganasan meninggalkan kesan kesakitan bukan sahaja fizikal tetapi mental seseorang. Mangsa keganasan biasanya adalah wanita. Keganasan tidak mengenal individu. Berpendidikan tinggi atau berpangkat tinggi tidak menjanjikan wanita tidak dikasari oleh pasangan mereka. Seseorang menjadi ganas terhadap pasangan disebabkan oleh pelbagai faktor sifat semula jadi. Namun, terdapat juga faktor luaran yang menyumbang kepada keganasan seperti ketagihan arak, penagihan dadah, judi atau sekadar kerana telah menemui pasangan baru. Keganasan fizikal berlaku apabila pasangan dipukul, ditampar, disepak, dicekik atau ditolak. Keganasan turut berlaku secara lisan iaitu memaki hamun, melabel secara negatif, menjerit, mengkritik atau tidak memberi respons dalam hal berkaitan. Keganasan juga boleh berlaku secara seksual iaitu memaksa pasangan melakukan hubugan seks dan perlakuan seks yang tidak disukai oleh pasangan. Keganasan seumpama ini boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga. Anakanak akan turut terjejas dari aspek emosi dan sosial apabila berhadapan dengan perlakuan ibu bapa seperti ini.

TOPIK 10

ISU-ISU KEKELUARGAAN

115

10.2.2

Gangguan seksual dan sumbang mahram

Gangguan seksual merujuk kepada apa-apa perlakuan yang berkaitan dengan seksual tanpa kebenaran mangsa. Gangguan boleh berlaku dalam bentuk sentuhan fizikal yang tidak diingini. Menunjukkan gambar atau memaksa menonton aksi lucah turut dianggap sebagai gangguan seksual. Mengeluarkan kata-kata lucah juga disifatkan sebagai gangguan seksual. Sumbang mahram adalah perbuatan menjalinkan hubungan seksual dengan ahli keluarga sendiri. Gangguan seksual adalah gejala sosial negatif yang bukan sahaja berlaku dalam masyarakat umum tetapi turut berlaku dalam sesebuah keluarga. Kes kanakkanak dan remaja yang dirogol oleh ahli keluarga sendiri bukannya perkara baru dalam masyarakat kita. Gangguan seperti ini boleh menyebabkan keretakan sesebuah keluarga. Anak yang menjadi mangsa akan lari dari rumah. Jika mangsa membuat aduan polis dan membawa masalah gangguan ke pihak atasan, pemangsa mungkin akan dihukum. Jika pemangsa adalah suami, maka keluarga akan kehilangan ketua yang sepatutnya menanggung keluarga. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika ibu tidak bekerja. Jika pemangsa dipenjarakan, secara tidak langsung sebuah keluarga telah diketuai oleh ibu tunggal. Dilema seumpama ini adakalanya menyebabkan ibu tidak bertindak walaupun mengetahui perlakuan sumbang-mahram yang berlaku dalam keluarga. Selain itu, rasa malu dan tidak tahu tempat untuk mengadu akan menyebabkan masalah sosial ini masih berlaku dalam masyarakat. Masalah yang lain pula akan timbul jika mangsa hamil. Keluarga terpaksa menanggung anak yang dilahirkan. Masa depan mangsa akan terjejas. Pengalaman pahit yang dilalui tetap akan menghantui emosi dan mental mangsa.

10.2.3

Penderaan kanak-kanak

Penderaan ke atas kanak-kanak bukannya perkara baru. Kita kerap dikejutkan dengan berita seperti kanak-kanak dibunuh, mati akibat pendarahan otak akibat didera dan badan kanak-kanak dicucuh dengan api rokok. Penderaan boleh didefinisikan sebagai layanan yang tidak baik terhadap mereka yang di bawah 18 tahun oleh ibu bapa, penjaga, ahli keluarga atau masyarakat sekeliling. Penderaan boleh berlaku dari pelbagai aspek.

116

TOPIK 10

ISU-ISU KEKELUARGAAN

Penderaan fizikal adalah yang paling kerap berlaku. Penderaan fizikal boleh berlaku dalam bentuk perlakuan memukul, mencucuh dengan api, menggigit, menampar dan mencekik. Penderaan fizikal mungkin boleh menyebabkan patah, kecacatan malah kematian. Kanak-kanak juga didera secara emosi. Misalnya sentiasa menghalang atau menidakkan permintaan mereka tanpa berunding. Emosi mereka juga terganggu apabila kanak-kanak sering menjadi bahan lawak, ejekan atau ketawa. Penderaan seksual di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah di antara isu masyarakat yang sering berlaku. Penderaan seksual boleh berlaku dalam bentuk rabaan, sentuhan yang tidak diingini, orang dewasa menunjukkan genital kepada kanak-kanak, memaksa kanak-kanak melihat gambar lucah atau menonton cerita lucah, merogol serta perlakuan sumbang mahram. Pengabaian terhadap kanak-kanak juga boleh disifatkan sebagai satu bentuk penderaan. Kanak-kanak tidak diberi makanan, pakaian dan tempat tinggal yang sempurna. Keselamatan mereka tidak dijaga dan tidak diberi rawatan semasa sakit. Penderaan ke atas kanak-kanak meninggalkan kesan buruk dalam pertumbuhan serta perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial kanak-kanak. Mereka mungkin akan terdedah kepada pelbagai penyakit yang berpunca daripada kekurangan makanan dan taraf kesihatan yang diabaikan. Jika kanak-kanak adalah mangsa penderaan seksual, mereka terdedah kepada risiko kehamilan remaja atau dijangkiti penyakit jangkitan seksual. Mereka mungkin akan membesar sebagai individu yang bersifat berdendam dan pendera.

10.3

UNDANG-UNDANG KEKELUARGAAN

Undang-undang kekeluargaan bertujuan untuk mencegah atau menghindarkan berlakunya perceraian, kelahiran anak tidak sah taraf dan keluarga berpecah belah. Undangundang kekeluargaan juga bertujuan untuk mempastikan kesejahteraan dan kestabilan institusi kekeluargaan sentiasa terjaga. Walaupun porak peranda dan pecah belah dalam keluarga tidak diingini, ia tetap berlaku. Dalam aspek ini undang-undang kekeluargaan akan mencuba dan memulihkan keadaan atau membantu mangsa-mangsa yang terlibat (Mimi Kamariah Majid, 1992). Undangundang kekeluargaan di Malaysia memiliki ciri-ciri tertentu berbanding dengan

TOPIK 10

ISU-ISU KEKELUARGAAN

117

negara-negara lain. Ini disebabkan latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada berbilang kaum, agama, kepercayaan dan budaya. Salah satu ciri utama undang-undang kekeluargaan di Malaysia ialah ia tidak seragam di antara satu negeri dengan negeri lain. Hanya statut tertentu yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak mempunyai statutstatut tersendiri. Di antara masalah kekeluargaan yang disentuh oleh undangundang ialah berkaitan dengan perkahwinan, pembatalan perkahwinan, perceraian, kesahtarafan, pengangkatan, penjagaan, pemberian nafkah serta pembahagian harta. Terdapat undang-undang kekeluargaan yang berbeza untuk masyarakat Islam dan bukan Islam serta antara negeri. Rajah 10.4 menunjukkan undang-undang kekeluargaan seperti akta, enakmen and ordinan.

Rajah 10.4: Undang-undang kekeluargaan

Berikut adalah beberapa contoh ordinan, enakmen dan akta yang digunapakai di beberapa negeri.

10.3.1

Ordinan

Administration of Estates Ordinance di Sarawak adalah berkaitan pembahagian harta. Harta si mati hendaklah dibahagi menurut wasiatnya atau menurut undang-undang yang diiktiraf. Sekiranya tidak ada adat yang terpakai, maka undang-undang Inggeris akan digunakan (Mimi Kamariah Majid, 1992).

118

TOPIK 10

ISU-ISU KEKELUARGAAN

Intestate Succession Ordinance 1960 di Sabah pula digunakan untuk hartapesaka tidak berwasiat. Ia tidak terpakai kepada harta pusaka mana-mana anak negeri atau orang Islam.

10.3.2

Enakmen

Enakmen keluarga Islam meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai peruntukan yang seakan-akan sama (Mimi Kamariah Majid, 1992). Antaranya ialah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Johor dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan. Ia merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan berkeluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri.

10.3.3

Akta

Pada 1 Mac 1982, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwnan dan Perceraian) 1976 (AMU) telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Statut ini terhad kepada perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan sahaja. Pada umumnya, semua orang bukan Islam tertakluk kepada Akta ini (Mimi Kamariah Majid, 1992). Akta Pewarisan (Peruntukan Keluarga) 1971:Akta ini terpakai di seluruh Malaysia tetapi tidak termasuk harta orang-orang Islam atau anak negeri di Sabah dan Sarawak. Akta Perempuan Bersuami 1957: Dalam akta ini membolehkan seseorang perempuan yang sudah berkahwin dan bersuami layak memegang harta dan menjual hartanya seolah-olah dia belum bersuami.

AKTIVITI 10.2(a) (b) Apakah kesan kemiskinan ke atas kesejahteraan sesebuah keluarga? Huraikan bentuk penderaan yang kerap berlaku dalam sesebuah keluarga. Apakah pendapat anda tentang peranan kerajaan, masyarakat dan agama dalam mengatasi masalah penderaan?

TOPIK 10

ISU-ISU KEKELUARGAAN

119

Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut: Keruntuhan rumahtangga boleh berpunca daripada kurang penghayatan terhadap konsep kekeluargaan. Konflik peranan dan kemiskinan menyumbang kepada masalah keruntuhan rumah tangga. Penderaan seperti gangguan seksual, keganasan terhadap pasangan serta penderaan kanak-kanak menjadi isu yang perlu diberi perhatian. Undang-undang kekeluargaan bertujuan untuk membantu dan memulihkan keluarga dan mangsa akibat berlakunya perpecahan dalam sesebuah keluarga.

Keruntuhan Rumahtangga Konsep kekeluargaan Konflik peranan Kemiskinan Penderaan Keganasan

Gangguan seksual Ordinan Enakmen Akta Statut

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Modul Promosi Keluarga Sihat. Kuala Lumpur. Mimi Kamariah Majid (1992). Undang-Undang Keluarga Di Malaysia. Butterworths Asia: Kuala Lumpur.

Domestic Violence. Child

Retrived: Dicapai pada http://www.yesican.org/DV/DV03.html

15

August

2007

dari

Abuse Defined. Dicapai pada: http://www.yesican.org/defined.html

15

August

2007

dari: