isu-isu kekeluargaan - poligami

14
POLIGAMI Disediakan oleh: Muhammad Fadhil bin Ismail

Upload: fadhil-ismail

Post on 04-Jul-2015

778 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Isu - Isu Kekeluargaan - Poligami

TRANSCRIPT

Page 1: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

POLIGAMI

Disediakan oleh:

Muhammad Fadhil bin Ismail

Page 2: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

ISI KANDUNGAN

Pengenalan Poligami

Poligami Menurut Islam

Isu-isu Berkaitan Poligami

Kesimpulan

Page 3: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

PENGENALAN POLIGAMI

Sejarah Poligami

• Amalan poligami telah wujud semenjak sebelum kedatangan Islam lagi.

• Amalan ini merupakan sebahagian daripada tradisi kehidupanmasyarakat Rom, Yunani yang dilakukan secara tidak teratur dan tanpabatas.

• Dalam nilai budaya mereka amalan poligami menjadi kebanggaan danukuran yang menentukan ketinggian darjat dan kehormatan seseorang.

• Kedatangan Islam telah merubah senario amalan poligami yang sediawujud ini dengan mengehadkan bilangan isteri yang boleh dikahwinikepada empat sahaja, dan pelaksanaannya terikat pada syarat-syarattertentu

Page 4: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

PENGENALAN POLIGAMI

Definisi Poligami

• Poligami juga boleh ditakrifkan sebagai perkahwinan

yang melibatkan lebih daripada seorang isteri.

• Dari segi takrif perkataan yang paling sesuai ialah

‘poligni’ namun istilah yang menjadi kebiasaan dalam

masyarakat ialah ‘poligami’ yang bermaksud seorang

lelaki boleh mempunyai lebih daripada seorang isteri.

Page 5: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

PENGENALAN POLIGAMI

Dalil Keharusan Berpoligami

• Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam

keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam

surah an-Nisa’, ayat 3:

• Maksudnya: :

“Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap

(hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu

mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain)

yang kamu senangi, dua, tiga, atau empat”.

Page 6: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

PENGENALAN POLIGAMI

Kebaikan Berpoligami

• Apabila lelaki tertarik kepada seorang wanita, maka bolehlah

dia menikahinya walaupun dia sudah mempunyai isteri. Ini

adalah jalan yang lebih baik daripada terlibat dengan maksiat.

• Poligami dapat menghindari skandal dan kemerosotan

akhlak di kalangan masyarakat, seperti kelahiran anak-anak

luar nikah, penyakit kelamin dan renggangnya hubungan

kekeluargaan.

Page 7: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

PENGENALAN POLIGAMI

Keburukan Berpoligami

• Masalah biasanya terjadi apabila seorang suami yang

berpoligami tidak berlaku adil terhadap semua isteri dan

anaknya. Perkara ini menimbulkan perasaan iri hati di

kalangan isteri dan anak sehingga ke tahap ingin membalas

dendam. Terdapat sesetengah madu yang menganiaya madu

mereka dari segi fizikal atau mental. Anak-anak pula menjadi

mangsa yang tersepit dalam konflik yang berlaku di antara

kedua ibu bapa serta ibu tiri.

Page 8: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

PENGENALAN POLIGAMI

Kesalahan Dalam Pelaksanaan Poligami

• Kesalahan dalam menggunakan kebenaran ini seringkali

menimbulkan akibat-akibat yang membahayakan

rumahtangga. Sebagai akibat dari perhatian yang lebih

terhadap isteri baru dan menzalimi isteri yang lama.

• Bapa tidak mampu berlaku adil di hadapan anak-anaknya,

dan tidak memberi persamaan dalam tunjuk ajar dari segi

harta dan adab.

Page 9: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

POLIGAMI MENURUT ISLAM

Hukum Poligami

• Sunat

Jika isteri pertamanya mandul sedangkan suami

berkemampuan adil terhadap isteri-isterinya.

• Makruh

Bukan kerana keperluan tetapi hanya menambahkan

keseronokan.

• Haram

Tidak yakin mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya

Page 10: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

POLIGAMI MENURUT ISLAM

Syarat-syarat Poligami

• Berkemampuan menanggung nafkah isteri-isteri.

• Berlaku adil terhadap isteri-isteri.

• Adil dalam menyediakan kediaman

• Adil dalam giliran bermalam

Page 11: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

POLIGAMI MENURUT ISLAM

Hikmah Disyariatkan Poligami

• Menjaga kesucian agama.

• Menjaga keturunan dan kehormatan.

• Mendirikan rumahtangga lebih baik dari membujang.

• Memenuhi keinginan untuk mempunyai zuriat.

• Mendapat keredhaan Allah.

Page 12: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

POLIGAMI MENURUT ISLAM

Keadaan Yang Membenarkan Poligami

• Suami inginkan anak dan isterinya mandul serta tidak

boleh melahirkan anak.

• Suami yang berkeinginan kuat terhadap isteri sedangkan

isterinya enggan secara semulajadi atau kerana sakit.

• Membenarkan suami mengahwini wanita lain lebih baik

dari mudarat dan bahaya jika membiarkan suami dalam

kemaksiatan.

Page 13: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

ISU BERKAITAN POLIGAMI

DI MALAYSIA

Kaitan Antara Poligami & Penceraian

• Penceraian berlaku berpunca dari poligami.

• Ada suami yang mengambil keputusan untukmenceraikan isterinya agar bebas mengahwiniperempuan lain.

• Ada juga isteri yang membuat tuntutan keranakecewa dengan sikap suami yang tidak berlaku adil.

• Sesi kaunseling juga memainkan peranan yang penting.

Page 14: Isu-isu Kekeluargaan - Poligami

KESIMPULAN

Poligami tidak semudah yang disangkakan. Kaum LELAKI perlu

ambil perhatian serius tentang perkara ini.

Amalan poligami ini tidak seharusnya dipandang serong atau disalah

ertikan kerana terdapat hikmah apa yang telah Allah S.W.T. syariatkan.

Poligami hanyalah dibenarkan apabila pihak lelaki atau pihak suami

mampu dan akan berlaku adil dan hanya boleh memperolehi bilangan

empat orang isteri sahaja dan tidak lebih daripada itu