isu 2

36
ISU 2 : GURU STRESS oleh ANIS BINTI ZAKARIA ULASAN ARTIKEL PENDAHULUAN Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994), Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang. Tambahan pula, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar. Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009), tindakbalas tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara positif. Daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, maka boleh dikatakan tekanan terbukti mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan jalanraya dan sebagainya yang berkaitan

Upload: amad-fuad

Post on 22-Jul-2015

73 views

Category:

Healthcare


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu 2

ISU 2 : GURU STRESS oleh ANIS BINTI ZAKARIA

ULASAN ARTIKEL

PENDAHULUAN

Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas

permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan

menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap

tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu

terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994), Kenyataan ini

disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai kebangkitan minda

dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri

seseorang. Tambahan pula, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa tekanan adalah satu

bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta

seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan

tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan

bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan

fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya

individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang

datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya

akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar.

Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009), tindakbalas tekanan ini adalah satu

perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi tekanan.

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan

kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan

perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran,

terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan

sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak

diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka

yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang

kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima

tekanan tersebut secara positif.

Daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, maka boleh dikatakan tekanan terbukti

mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini bermaksud

persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap perhubungan dengan manusia

lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan jalanraya dan sebagainya yang berkaitan

Page 2: Isu 2

dengan kehidupan seharian manusia. Faktor dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi

seseorang di dalam menangani faktor-faktor luaran tadi seperti tahap kesihatan fizikal dan mental,

emosi dan perasaan serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang

tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang remeh-temeh adalah

rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala mereka yang

mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk mengalami tekanan dan

bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil akibat ketahanan mental dan fizikal

yang lemah.

Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh

mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha

dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem

pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan

tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan

untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan

kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan

guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti

pendidikan dan juga profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha

mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan

kegemilangan mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007). Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja

di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa guru berada pada

tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti

jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa

dan mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Satu kajian telah dijalankan oleh

Mohamad Abdillah Royo dan Woo Sew Fun dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya bagi mengenalpasti

punca sebenar dan jalan penyelesaian bagi masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai

perkara yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini antaranya bebanan tugas, kerenah murid,

kurang motivasi dan sebagainya.

PERKEMBANGAN HUJAH-HUJAH

Stress boleh berlaku kepada semua guru samada guru sekolah menengah mahupun rendah. Satu

kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya dan Norliza Othman mengenai punca sebenar berlakunya

masalah stress dalam kalangan guru matematik di negeri Johor. Hasil kajian mendapati bahawa faktor

yang paling mempengaruhi stress adalah faktor masalah disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min

keseluruhan tertinggi iaitu 3.83. Kajian juga dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009

menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang

kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru

Page 3: Isu 2

termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula,

tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan bersikap biadap dengan guru. Perkara ini

menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan

masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib

seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran

yang waras. Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan

emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah kejadian

di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak yang telah

dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh warden asrama mereka

disebabkan masalah disiplin (Utusan Malaysia, 28 Julai 2007). Setahun sebelum itu,seorang guru disiplin

di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali di

kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) ( Berita Harian, 20 Mei 2006 ).

Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi juga

berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi kepada para guru

untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat dibuktikan menerusi

kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan

tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu

untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama

juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab untuk

mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan anak mereka memperoleh

keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan

dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2007 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya

akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata

tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang

vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan

banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan

bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.

Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-guru mengalami

masalah stress. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang

bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada

pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk menyediakan maklumat-maklumat

untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti

tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat

persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan

Pendidikan Negeri dan sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia

Page 4: Isu 2

merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai

jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari.

Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan

guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga. Ia menjadi menjadi satu

masalah yang besar dan dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu

Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau banyak. Menurut Ketua Pengarah

Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don yang mempengerusikan jawatankuasa itu, beberapa cadangan

sudah dikenalpasti bagi menangani masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi

maklumbalas terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)

terhadap bebanan tugas guru dalam satu sidang media yang diadakan pada tarikh 30 Mac 2010. Ini

membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan bebanan tugas guru yang semakin mencabar.

Bagi pekerja di setiap organisasi, etika kepimpinan seseorang pemimpin atasan memainkan

peranan yang penting dalam memajukan organisasi tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah

apabila etika kepimpinan pengetua atau guru besar yang memainkan peranan yang sangat penting di

dalam kemajuan dan pembangunan sekolah serta sumber manusianya. Guru sememangnya bergantung

harap kepada guru besar untuk memastikan kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga

kenajiakn mereka sebaik-baiknya. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami tekanan

kerana persekitaran tempat kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam

perkhidmatan. Hal ini kerana, adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah, terdapat

corak pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah. Malahan, ada juga program

yang diatur bukanlah untuk kepentingan sekolah atau pelajar sebaliknya untuk kepentingan peribadi

pengetua semata-mata. Keputusan-keputusan tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan

kerap berubah juga akan membangkitkan ketidakpuasan hati guru. (Hamedah binti Wok Awang, 2004).

Selain itu, ada juga pengetua yang menyalahgunakan peruntukan sekolah untuk kegunaan peribadi

seperti hanya menumpukan usaha membesar dan mencantikkan bilik guru besar sahaja walaupun

peruntukan tersebut sebenarnya harus digunakan untuk pembangunan fizikal sekolah serta kebajikan

kakitangan dan pelajar. Isu ini telah dilaporkan oleh BERNAMA pada 17 Februari 2000, apabila

Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan segera terhadap pengetua yang menyalahgunakan

kuasa mereka termasuk yang terlibat dalam rasuah. Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, hal ini

kerana terdapat beberapa kes yang diterima oleh pihak kementerian setiap tahun yang menyebabkan

tindakan tegas perlu diambil secara serta merta. Hal ini secara langsung akan mengundang tekanan

emosi terhadap guru kerana mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan yang

dibuat tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila keadaan ini semakin berlarutan,

ianya akan menghakis kepercayaan guru terhadap kredibiliti dan ketelusan pengetua terbabit. Akhirnya

perasaan hormat guru akan hilang dan mereka akan kehilangan motivasi untuk terus berkhidmat

dengan cemerlang.

IMPLIKASI HUJAH-HUJAH

Page 5: Isu 2

Punca-punca seperti yang dinyatakan di atas akan membawa kepada tekanan terhada guru dan

menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan

akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah

melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan.

Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan ( Akhiar

Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ). Perkara ini dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh

akhbar Berita Harian bertarikh 12 Disember 2009 iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan

penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja di mana ada sesetengahnya yang tidak

hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac

2008 menyebutkan isu seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari

30 hari tanpa alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan

mengambil tindakan disipilin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat beliau dari

perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru

yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang

panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan

menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti -aktiviti ko kurikulum di sekolah.

Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar

dari perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar

akan mendapat impak yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan

peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan umum seperti

UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar.

Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan tindakan yang

lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Tekanan-

tekanan yang datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan

tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya

utama mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah

dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi boleh

mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang

sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada

jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus (2000), beliau mendapati 50 peratus daripada guru

yang menjawab borang soal selidik mengakui bahawa mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan

yang berlebihan di sekolah. Pada pandangan saya, adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar

sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi masalah tekanan ini meneruskan niat untuk meletakkan

jawatan kerana ianya akan mengganggu keseluruhan proses pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan

Page 6: Isu 2

juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk memberi

latihan kepada guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut.

Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stress dalam kalangan guru yang

semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan-

golongan guru di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd

Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru

dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stress semasa bertugas. Program ini telah berjaya

dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan

135 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah

tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak memberi

kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stress di tempat kerja.

Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan tumpuan

kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP, Hashim bin Adnan, beliau mengatakan

bahawa pada hari ini, kita dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar sebaliknya

melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh

individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian

yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini .Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu

bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan

untuk mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi,

menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan

mahupun ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya guru tidak mempunyai masa yang

cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah-masalah di

luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan mengganggu pula komitmen

mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan menjadi semakin serius apabila murid-murid

mendapat implikasi negatif seperti gagal dalam peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami

kerugian besar terhadap penghasilan sumber manusia.

CADANGAN DAN RUMUSAN

Seorang guru yang gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas akan memberi mudarat kepada seluruh

generasi ( Chek Mat, 2008 ). Guru yang baik mestilah sentiasa sedar akan kepentingan di ri dan amanah

yang dipikul mereka. Oleh yang demikian, guru mestilah memastikan diri mereka terlepas dari masalah

stress yang memudaratkan ini.

Page 7: Isu 2

Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap

kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan

mereka kerana hal ini memberikesan yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru

yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stress di sekolah sekaligus

memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara khususnya. Guru juga perlu

meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan-rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang

masalah berkaitan tugas di sekolah. Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi

oleh guru. Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru

lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka

tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana,

tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu

kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah tanggungjawab guru

dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat kepada para guru di sekolah.

Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak

pengorbananyang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar.

Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan

punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh

dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-

cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru

bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan

yang mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar

ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik,

sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-

tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang

berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu

berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan

tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan

yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.

Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan

pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk

semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang

untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik.

Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi

Page 8: Isu 2

memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris

negara berterusan dan tidak terhenti.

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi akhirnya tugasan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung

terutamanya pensyarah, Puan Salina binti Mokhtar.

Pada mulanya, tugasan ini dilihat sebagai satu tugasan yang sangat mencabar buat saya. Saya ditugaskan

untuk menganalisis satu artikel dan membina satu laman blog untuk memuatkan artikel yang dihasilkan.

Tugasan ini sangat mencabar kerana ini merupakan pengalaman pertama saya menghasilkan blog,

apatah lagi blog yang bersifat ilmiah seperti ini. Namun Alhamdulillah, tugasan berjaya disiapkan

sepenuhnya. Kami berganding bahu mempelajari cara-cara membuat blog dengan menggunakan aplikasi

atas talian yang sangat banyak di laman sesawang. Kami bersama-sama meneroka maklumat-maklumat

dan tutorial yang disediakan dan akhirnya tugasan tersebut berjaya dijalankan. Kami juga meminta

bantuan rakan-rakan yang mahir dalam bidang ini untuk mengajar kami cara menghasilkan sebuah

laman blog yang menarik dan berkualiti.

Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah apabila berlaku kekangan masa dalam usaha

menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, cuti hari raya yang diperuntukkan agak padat dengan jadual -

jadual lain menyebabkan saya tergesa-gesa menyiapkan tugasan ini. Namun, berkat sokongan dan

dorongan rakan-rakan sekumpulan, saya berjaya mengatasi masalah ini. Saya juga berpuas hati kerana

berjaya menghasilkan satu penulisan artikel yang pada hemat saya sebuah artikel yang baik untuk

menjadi rujukan semua pembaca.

Pelbagai kemahiran baru yang diperolehi dalam tugasan ini. Antaranya ialah kemahiran menggunakan

ICT sebagai medium menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakat. Selain itu, kemahiran yang

saya perolehi ialah kemahiran menganalisis sesuatu isu menggunakan bukti-bukti kukuh bagi

memantapkan hujah-hujah yang dilontarkan atau lebih dikenali sebagai penulisan ilmiah. Kemahiran ini

juga sangat penting buat saya dalam usaha untuk menyelesaikan penulisan kajian tindakan pada

semester ini.

Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi saya semangat baru untuk lebih giat menulis artikel ilmiah

setelah memasuki alam kerjaya kelak. Seterusnya, menggunakan medium ICT sebagai wadah untuk

menyebarkan idea dan penulisan tersebut. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pendidikan,

tetapi juga membantu memajukan diri sendiri dalam bidang yang menjadi pilihan ini. Penulisan artikel

Page 9: Isu 2

ilmiah juga merupakan satu cara terbaik bagi seorang guru meluahkan masalah-masalah dan

mengetengahkan isu-isu pendidikan kepada masyarakat umum.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengendalian Disiplin Remaja di Sekolah dan di Rumah.

Penerbitan Multimedia. Kuala Lumpur

Azizi Yahya & Norliza Othman (2010), Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah

Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Kuala Lumpur

Azrul Hisham Abdul Manaf (2009), Faktor-Faktor Tekanan Dan Kesannya Kepada Guru Sekolah

Menengah Kebangsaan : Satu Kajian Di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. UPM. Kuala Lumpur

Chek Mat (2008). Ujian Psikologi & Pengurusan. Unipress Printer Sdn Bhd. 2008

Dr Sapura Sipon (2007). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru-Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Kerajaan

Dan Sebuah Sekolah Menengah Swasta. Kertas Projek Bacelor Sains: Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Erkutlu, H.V. & Chafra, J. (2006), Relationship Between Leadership Power Bases And Job Stress Of

Subordinates : Example From Boutique Hotels. Journal Management

Research News, London

Esah Sulaiman (2003), Modul Pengajaran : Asas Pedagogi. Skudai: Jabatan Asas

Page 10: Isu 2

Fontan, D. (1989), Managing Stress. British Psychological Society & Routledge Ltd

Hamedah Wok Awang. (2004), Cerita-Cerita Motivasi Untuk Guru. PTS Millenia Sdn Bhd. Kuala Lumpur

Ho, J. (1997), Corporate Wellness Programmes in Singapore: Effect on Stress,

Ibrahim Ahmad Bajunid (1995). Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca Stress di Kalangan Guru Sekolah

Sabak Bernam. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Jaafar Muhammad, (2003), Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur. Leeds Publications

Mohd Abdillah Royo & Woo Sew Fun (2010), Faktor-Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja ( Stress ) di

Kalangan Guru-Guru SJK(C) : Satu Kajian. Universiti Teknologi Mara. Selangor

Smither, R. (1994). Stress and teachers: Old wine in new bottle. Urban Education,London

Smither, R.D. (1994), The Physchology of Work And Human Performance (2nd ed.). Journal of

Managerial Psychology

Guru Alami Tekanan Mental & Emosi, Kata NUTP. (18 Ogos 2005). BERNAMA

Kementerian Akui Ada Masalah Kekurangan Guru. (17 Disember 2003). BERNAMA

Tip Mengatasi Stres. (25 Jun 2006). Utusan Malaysia

Guru Di Bandar Lebih Tertekan. (18 Disember 1997).Utusan Malaysia

Page 11: Isu 2

Tuala Wanita: 200 Pelajar Direndam Dalam Kolam Kotor. (28 Julai 2007). Utusan

Malaysia.

Ibu Bapa Punca Guru Tertekan. (23 Februari 2007). Berita Harian

Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres .( 20 Mei 2006), Utusan Malaysia

Lima Peratus Penjawat Awam Ponteng Kerja. (21 April 2009). Berita Harian

Guru Ponteng Sebulan Boleh Diberhenti Kerja. (12 Mei 2008). Berita Harian

Guru Ponteng : Tindakan Tegas akan Diambil. (12 Mei 2008). Berita Harian

Pengetua Sekolah Yang Langgar Arahan Akan Dikenakan Tindakan Disiplin. (1 Jun

1997). BERNAMA

Pengetua Salahguna Kuasa Akan Dikenakan Tindakan. (4 Mac 2000). BERNAMA

Page 12: Isu 2

stres di kalangan guru- faktor dan cara menangani

1.0 PENGENALAN

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh

amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi

turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk

membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang

sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah

secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan

tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan

guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.

Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar

di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru

berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari

segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada

profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.

Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa

mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan

pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada

akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres

dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar

seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga

mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan

emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka daripada

melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).

2.0 DEFINISI STRES

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang

membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.

Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas

keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental

dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu

menahan dan menanggungnya lagi.

Page 13: Isu 2

Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa,

yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi.

Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di

dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit,

seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut.

Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia.

Secara keseluruhannya stres adalah :

· Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.

· Gangguan fungsi kehidupan.

· Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan

hidup.

· Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.

· Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu.

· Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh.

3.0 FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU

Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan

kepada lima faktor utama;

· Faktor diri.

· Faktor interpersonal.

· Faktor organisasi.

· Faktor kekurangan sumber.

3.1 Faktor diri

Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan

mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari

pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.

Page 14: Isu 2

Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai

profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera,

peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih

profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana

beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang

lumayan disamping cuti yang banyak.

Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan

sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi

seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup

berkorban.

3.2 Faktor Interpersonal

Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal stres

dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu,

rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari

rakan guru yang lain.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam

sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping

menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba

mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.

3.3 Faktor Organisasi

Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan guru. Faktor ini

juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor stres yang

dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;

· Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.

· Tugasan kerja berterusan (kronik).

· Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.

· Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.

· Perubahan dasar yang drastik.

Page 15: Isu 2

Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah

menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban

Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan

kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.

3.4 Faktor kekurangan Sumber.

Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang dihadapi

dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar

diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres

guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta

peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang

banyak.

Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka terpaksa melakukan

tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak

akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.

4.0 MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU

Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil

perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan.

Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan

agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk

mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru

sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

4.1 Kenal pasti reaksi emosional.

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara

yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di

sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua

itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa

tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh

pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan

pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu

perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

Page 16: Isu 2

4.2 Komitmen sosial.

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya.

Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

4.3 Kehidupan fizikal.

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang

berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti

musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.

Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani

stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri.

Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal

seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan

suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.

Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa

yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu.

Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah

menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan

masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak,

berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.

4.4 Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka

kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya

dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai

pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-

rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka lebih mudahlah untuk

seseorang guru mengurus tekanannya.

Page 17: Isu 2

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting

untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang

menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan

hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan

datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut

mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar

tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru

tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap

masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)

b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)

c) Motivasi Kendiri (self-motivation)

d) Empati

e) Kemahiran Sosial (social skills)

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui

perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan

dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai

penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya

memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh

mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif

mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.

Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam

menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh

membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.

Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam

keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat

berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain.

Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu

dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan,

Page 18: Isu 2

kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey,

Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan

lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu

memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa

bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills).

Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai

emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan

jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai

kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping

berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik

darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan

rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada

pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah

menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini

kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan,

memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.

Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan

fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress

menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah

bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah

penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

5.0 KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES

Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan

mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam

yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru.

Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya sebagai agen dakwah dengan

melakukan segala perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya,

amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk

mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah. Allah SWT berfirman dalam

surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,

Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".

Page 19: Isu 2

Perkataan “aflaha” atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah berjaya juga di akhirat.

Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh khusyuk dan ketenangan dalam kehidupan

dan minda mereka. Malah seruan azan juga turut mengaitkan solat dengan kejayaan. Marilah bersolat

dan marilah menuju kejayaan.

Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu ialah pengagungan terhadap

Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh pe rhatian

dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina

jati diri seseorang muslim yang taat dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan yang ikhlas dalam

tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres.

Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal

ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh

ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang

yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu,

tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam surah al -Baqarah, 2:152 yang

bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".

Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang kepada jiwa.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al -Quran adalah penawar kepada

kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak

kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca al -Quran".

Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai kaedah tersendiri

dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang mengalami stres khususnya di

kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi

kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.

Page 20: Isu 2

6.0 PENUTUP

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa

bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya mewujudkan stres kepada guru-

guru.

Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan mencabar. Guru bukan sahaja

perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti

kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-

kerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan

pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam

keadaan yang kodusif.

Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada

cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru

bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion

keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan

kemajuan bidang pendidikan negara.

disediakan oleh : ahmad faiz bin Malek Sifulazan

Page 21: Isu 2

Stres dalam Kalangan Guru Sekolah

Pendahuluan

Di zaman yang serba mencabar ini, pelbagai tekanan yang dihadapi oleh setiap manusia dan tidak

terkecuali profesion keguruan. Tekanan ini wujud sama ada dalam bentuk fizikal, sosial atau psikologikal.

Kesan tekanan ke atas individu bergantung kepada ciri-ciri atau sikap bagaimana seseorang individu itu

menanganinya.

Falsafah Pendidikan semakin hari semakin bermutu dengan perangkuman pelbagai kriteria dan tuntutan

yang perlu diterapkan dalam objektif pendidikan. Perubahan semasa di kalangan arus modenisasi dan

globalisasi menjadikan keperluan bidang pendidikan perlu dipertingkat dan dipertambahkan cakupannya

kepada pengkayaan multi-bidang. Berdasarkan permintaan yang tinggi tersebut, kita terpaksa

membayar harganya yang wujud dalam bentuk bebanan terhadap pelaksanaan dan menghadapi

permasalahan sampingannya. Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para profesional pendidikan

untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut.

Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau sekurang-

kurangnya pernah merasa tertekan dengan permintaan tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini. Hasilnya,

secara tidak sedar para guru mengalami tekanan yang dianggap sebagai suatu keuzuran berpotensi

mengganggu kelancaran operasi pendidikan. Justeru, simptom ketegangan atau tekanan di kalangan

guru ini adalah suatu fitrah semulajadi kemanusiaan yang perlu ditangani dengan bijak dan bertimbang

rasa. Adalah suatu tindakan yang rasional untuk memikir dan melaksanakan resolusi penyelesaian bagi

masalah-masalah guru di samping melaksanakan pelbagai pelan peningkatan terhadap pendidikan.

Kini profesion perguruan mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikan. Pelbagai dasar dan

sistem pendidikan digubal atau diubahsuai sejajar dengan ledakan pengetahuan dan perkembangan

dalam bidang sains dan teknologi. Ini menyebabkan bidang tugas seorang guru semakin bertambah dan

membebankan. Ini kerana guru merupakan “amanah” yang diberi tanggungjawab untuk menyampaikan

ilmu kepada anak didiknya. Sama ada rela atau tidak, mereka dituntut untuk menyesuaikan diri dengan

sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan dalam bidang pendidikan yang berlaku dari semasa ke

semasa. Situasi ini secara umumnya mengakibatkan guru-guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai

tanggungjawab yang lebih mencabar dan semakin kompleks.

Pendapat ini disokong oleh Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998) yang mengatakan selain daripada

mengajar dan berdepan dengan pelbagai karenah pelajarnya, seseorang guru juga dituntut untuk

Page 22: Isu 2

melaksanakan pelbagai tugasan lain yang menjadi rutin pekerjaan mereka seperti mengutip yuran,

mengemaskini kedatangan pelajar, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan dan lain-lain lagi.

Adakalanya, tugas guru bukan sekadar pengurus di sekolah sahaja, malah mereka juga menjalankan

tugas di peringkat daerah dan negeri. Jelaslah kepada kita bahawa guru mempunyai tugas harian,

mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion perguruan ini sebenarnya sukar,

meletihkan dan membosankan (Faridah Karim dan Zubaidah Aman, 1998).

Peranan guru sebagai pendidik disanjung tinggi oleh masyarakat dan mereka meletakkan harapan yang

tinggi agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam mendidik anak bangsa. Dalam usaha

ini, mereka terdedah kepada pelbagai cabaran, risiko dan kerumitan. Oleh itu stres yang dialami oleh

guru merupakan satu isu yang patut diberi perhatian yang wajar kerana pengelakan (burnout) mereka

dalam memberi sumbangan kepada proses pendidikan akan meninggalkan kesan negatif terhadap

pembangunan akademik dan kesejahteraan diri generasi muda secara amnya. (Tang dan Yeung, 1999)

Pernyataan Masalah

Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru memainkan peranan yang paling

penting untuk mendidik murid-murid di sekolah menuju ke arah pembentukan warganegara yang

berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan

strategi Kementerian Pendidikan Malaysia demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan seterusnya membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Walau bagaimanapun tugas dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna

sekiranya para guru menghadapi tekanan kerja. Menurut Kyriacou (1987), jumlah kajian yang semakin

meningkat tentang tekanan guru di seluruh dunia menunjukkan keseriusan masalah ini. Gold dan Roth

(1993) berpendapat salah satu punca yang menyebabkan guru mengalami tekanan adalah disebabkan

oleh perubahan dalam sesuatu dasar. Pada tahun 2003, guru dikejutkan dengan dasar kerajaan Malaysia

yang telah memperkenalkan pengajaran dalam Bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan

Matematik (PPSMI). Ini memberi impak yang besar kepada guru pada masa itu kerana mereka perlu

bersedia dari segi mental dan emosi untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun dasar

tersebut akan digantikan dengan dasar baru yang dikenali sebagai dasar memartabatkan Bahasa

Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Page 23: Isu 2

Fenomena ini menyebabkan guru mengalami tekanan kerana terpaksa mengubah corak pengajaran

mereka daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Mereka juga dituntut untuk mempersiapkan

diri bagi melaksanakan dasar ini mulai tahun depan. Keadaan ini akan mengundang stres apatah lagi

mereka belum bersedia untuk menghadapi perubahan yang drastik ini.

Memandangkan isu stres kerja boleh mengancam tahap profesionalisme guru-guru, maka pengkaji ingin

mengambil kesempatan ini dengan membuat kajian yang lebih lanjut mengenai masalah ini dan juga

faktor-faktor penyebab yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan akan melepaskan tekanan kepada pihak

yang lain, umpamanya pelajar. Sementara dalam diri guru tersebut, dia kehilangan dirinya, sukar

menghadapi kenyataan, bimbang yang berlebihan dan bertindak luar kawalan tanpa disedari. Sebagai

seorang pendidik yang berdedikasi, akauntabiliti guru yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah,

tingkah laku kendiri, murid dan profesion telah memberi tekanan yang berat kepada guru.

Definisi

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak

dapat lari daripada tekanan tang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik

dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak

bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya.

Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan

terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan

seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi

definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan

seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan

tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif.

Stres diambil daripada perkataan Greek iaitu ‘Stringere’ yang bermaksud ketat atau tegang (Cox, 2000).

Selye, seorang ahli perubatan merupakan perintis dalam menjalankan kajian tentang stres ini. Menurut

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan

kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini (Azizi, Jamaludin dan Mazeni, 2010).

Kajian yang dilakukan oleh Institute Of Stress di New York, mendapati pada tahun 2002 terdapat 90%

Page 24: Isu 2

daripada lelaki dewasa mengalami stres yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala

25% lagi mengalami stres setiap hari.

Stres boleh didefinisikan sebagai satu keadaan emosi yang kompleks dan satu reaksi fisiologi dan

psikologi yang berlaku pada seseorang apabila ia bertindak balas kepada faktor-faktor luaran di

persekitaran seperti keadaan tempat kerja, sikap rakan, hubungan dengan subordinat dan tekanan

kerja.

Menurut Cox dan Brockley (1984), stress merupakan satu persepsi yang wujud dari satu

perbandingan di antara arahan yang diberikan oleh seseorang dengan kebolehan untuk melakukan

arahan tersebut dengan jayanya. Schafer (1992) pula mentafsirkan stres sebagai kebangkitan minda dan

badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Sekiranya seseorang itu

dapat menyesuaikan mindanya dengan menangani permintaan itu, maka tekanan tersebut akan

mendatangkan kesan yang positif.

Manakala stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif, tekanan

serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka. (Kyriacau & Sutcliffe, 1978). Guru yang

tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendididikan akan mengalami stres.

Kebanyakkan guru pada masa kini terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian, menyedia alat bantu

mengajar, menghadiri kursus sepanjang minggu dan terpaksa melakukan penyesuaian terhadap tugasan

dan ini sedikit sebanyak telah menganggu emosi dan minda mereka. Stres kerja pada tahap yang tinggi

akan membawa kepada rasa ketidakpuasan kerja, sering mengelakkan diri dan mengabaikan kerja.

Kyricaou (1987) kemudiannya mentakrifkan tekanan guru sebagai pengalaman yang dialami oleh guru

berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti ketegangan, kekecewaan, kebimbangan,

kemarahan dan dukacita yang disebabkan oleh aspek-aspek pekerjaan sebagai seorang guru.

Tekanan guru juga boleh didefinisikan sebagai kesan tindak balas negatif seperti kemarahan dan

tekanan oleh seseorang guru. Ia kebiasaannya merangsang potensi perubahan fisiologi seseorang guru

seperti peningkatan kadar degupan jantung dan perembesan hormon tertentu ke dalam salur darah.

Seterusnya ia memberi kesan terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan

menjalankan tugas, keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.

Page 25: Isu 2

Dunham (1976) melaporkan hasil kajiannya mengenai tekanan guru berdasarkan analisis data yang

mengandungi 658 orang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di United Kingdom. Para

responden, iaitu guru diminta untuk menerangkan situasi tekanan yang dihadapi dan bagaimana mereka

mengatasi masalah tersebut.

Daripada kajian tersebut, kesimpulan yang boleh dibuat ialah ‘lebih banyak guru yang mengalami

tekanan guru’, ‘hanya angka sedikit sahaja dalam kalangan guru yang tidak mengalami tekanan guru’.

Tekanan dihadapi terutamanya dalam organisasi, konflik yang dialami dalam pembahagian tugas, dan

keadaan tempat kerja. Untuk itu, antara tindakan guru yang menghadapi tekanan guru yang berlebihan

telah memillih langkah untuk meletakkan jawatan dalam sesuatu organisasi; guru memilih untuk

mengajar pelajar yang kurang kemampuan belajar atau kelas yang kurang cerdik. Komunikasi dalam

kalangan guru semakin kurang berkesan dan guru memilih untuk mendiamkan diri. Guru yang memiliki

karakter atau personaliti yang baik berubah sama sekali kepada seseorang yang langsung tidak dikenali

dan kepuasan kerja yang rendah.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa tekanan guru telah dikaitkan dengan penyakit sakit mental.

(Fletcher dan Payne, 1982). Menurut Blase’s (1982) berdasarkan jurnal yang ditulis oleh Kyriacou (1987),

sebilangan besar guru menunjukkan tahap penglibatan kerja yang rendah akibat tekanan yang

berlebihan. Tenaga tidak digunakan untuk meneruskan kerja berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya

melepaskan tenaga secara tindakan fizikal atau melepaskan geram terhadap pelajarnya. Sesetengah

guru yang tidak melepaskan geram pula memilih jalan dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan

guru yang berlebihan. Tekanan dalam kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya masalah salah

guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh

mengakibatkan penderaan.

Konsep tekanan telah digunakan secara meluas untuk menerangkan peningkatan motivasi pekerjaan

dan penurunan kepuasan kerja. Tekanan boleh memberikan kesan sama ada positif atau negatif. Fisher

(1994), percaya bahawa mereka yang mengalami masalah tekanan pekerjaan adalah kurang efisyen.

Mengalami sikap kemurungan, kerisauan atau kegelisahan, kemarahan dan fobia merupakan tanda-

tanda tertekan yang mungkin berpunca daripada persekitaran luar atau faktor-faktor kognitif individu.

Kepentingan Kajian

Kajian ini amat berguna kepada guru dan pentadbir sama ada di peringkat sekolah, daerah, zon

mahupun di peringkat Jabatan pelajaran. Bagi guru, ia diharap dapat menjadi panduan untuk mengatasi

masalah ketegangan ini agar dapat menjalani suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih selesa

dan harmoni.

Page 26: Isu 2

Bagi pihak pentadbir di peringkat sekolah, daerah dan zon, hasil kajian ini diharap dapat dijadikan

panduan untuk membuat perancangan yang lebih khusus dalam perancangan aktiviti-aktiviti staf di

sekolah.

Manakala bagi pihak Jabatan Pelajaran, kajian ini diharap dapat memberi maklumat bagi merangka

program yang lebih jitu dan tersusun kepada guru dalam menangani masalah stres supaya mereka dapat

bekerja dalam keadaan yang lebih tenang dan selesa.

Batasan Kajian

Oleh kerana pengkaji mempunyai masalah dari segi kekangan masa, maka kajian hanya dapat dijalankan

di dua buah negeri sahaja iaitu Perak dan Selangor. Responden yang terpilih adalah seramai 10 orang

guru yang terdiri daripada guru siswazah dan bukan siswazah. Tumpuan utama kajian adalah untuk

melihat tahap stres yang dialami oleh guru-guru tersebut dalam urusan seharian mereka.

Metodologi

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Azizi et al. (2007), penyelidikan deskriptif

merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang

berlaku. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap

stres dalam kalangan guru-guru di dua negeri iaitu Perak dan Selangor. Data yang diperoleh dengan

menggunakan soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terpilih untuk mewakili populasi, iaitu

guru-guru di dua buah negeri iaitu Perak dan Selangor.

Responden kajian ini terdiri daripada 10 orang guru dari Sekolah Menengah Doktor Megat Khas (Sekolah

Gred A) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang (Sekolah Gred A). Sekolah-sekolah

tersebut terletak di Kinta Utara, Perak dan Selangor. Pemilihan sampel ini dibuat secara sampel rawak.

Instrumen penyelidikan

Dalam kajian berkaitan dengan ketegangan guru sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah

rendah, kami menggunakan kaedah soal selidik yang lebih kepada jawapan yang memerlukan ‘Ya’ atau

‘Tidak’. Kaedah soal selidik ini mengandungi satu set soalan sebanyak 13 item. Kaedah ini membolehkan

kumpulan kami untuk mengumpulkan maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan

kajian.

Page 27: Isu 2

Biasanya, bidang pendidikan menggunakan kaedah soal selidik. Kumpulan kami memilih kaedah ini

disebabkan soal selidik ini dapat dibina pada kos yang rendah dan masa yang diperlukan adalah singkat

bagi menjawabnya. Tambahan pula, kami dapat memperolehi data-data atau maklumat dari jumlah

responden yang lebih ramai dan cepat. Justeru, kaedah soal selidik ini dilakukan di dua buah sekolah

iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Megat Khas, Ipoh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,

Rawang. Disebabkan kekangan masa, sampel kajian kami hanya melingkungi seramai 10 responden

daripada sekolah-sekolah tersebut. Di dalam kajian ini, kami hanya membuat analisa data bertumpukan

peratusan.

Prosedur Kajian

Soalan soal selidik yang diberikan kepada responden akan disertai dengan arahan yang jelas pada

bahagian soalan tersebut. Semua responden akan menjawab soalan soal selidik dengan bantuan

penyelidik di dalam keadaan yang selesa dan tidak tertekan. Soal selidik akan dikutip sebaik sahaja

responden selesai menjawab soalan.

Analisa Data

Kajian ini menggunakan Self Report Teacher Stress oleh Dunham (1992) pula digunakan untuk mengenal

pasti kedudukan faktor-faktor utama seperti teguran pihak pentadbir, beban tugas, kekangan masa dan

sumber, dan hubungan interpersonal yang mempengaruhi tekanan kerja guru. Responden diminta

menandakan darjah persetujuan terhadap faktor yang menyebabkan tekanan kerja berdasarkan kaedah

soal selidik yang berpandukan ̀ Ya' atau `Tidak’.

Jadual 1 : Tahap Tekanan Guru

Tahap Tekanan

Bilangan Guru

Peratus Tekanan

Tahap Tekanan Tinggi

3

30%

Tahap Tekanan Sederhana

5

Page 28: Isu 2

50%

Tahap Tekanan Rendah

2

20%

Jadual 2 : Tahap Ketegangan guru Berdasarkan persoalan.

Persoalan

Tahap Ketegangan Guru

Hilang ‘mood’ bekerja apabila ditegur oleh pengetua

40%

Suka pergi ke sekolah &

Suka bekerja di sekolah

60%

Rela buat kerja tambahan apabila

diarahkan oleh pihak pentadbir

60%

Bebanan kerja agak meletihkan

40%

Masih ada masa untuk mengeratkan

silaturahim di kalangan guru

80%

Agihan tugas bagi guru dilakukan

secara adil

90%

Page 29: Isu 2

Namun kesemua kajian di atas, pada Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan terdapatnya peratusan yang

signifikan antara faktor-faktor organisasi dengan kepuasan kerja dan ketegangan guru, secara

perbandingan persepsi terhadap beban tugas, polisi organisasi dan kemudahan di tempat kerja yang

hanya pada tahap memuaskan sahaja. Oleh hal yang demikian, faktor-faktor yang disebutkan di atas

wajar sekali diberikan pertimbangan yang serius dalam merancang, merangka dan melaksanakan

program bagi mempertingkat tahap kepuasan kerja dan seterusnya mengurangkan ketegangan guru

dalam sesebuah organisasi sekolah.

Secara keseluruhannya, peratusan bagi objektif kajian iaitu mengkaji tahap ketegangan guru sederhana

adalah sebanyak 50%. Dengan ini para guru tidak mungkin akan menghadapi masalah untuk

meningkatkan prestasi kerjaya diri mereka untuk terus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh

pada masa akan datang agar kualiti pendidikan dan kecemerlangan dapat dimajukan dalam sektor

pendidikan negara ini.

Selain itu, terdapat sebahagian besar iaitu 60% responden bersetuju bahawa mereka berasa suka

bekerja di sekolah mereka. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Mallilo (2007) di mana

pekerja-pekerja mengakui secara umumnya kerja mereka menyeronokkan. Ini menunjukkan mungkin

terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka seronok bekerja. Sebagai pendidik, mereka harus

sentiasa mempunyai perasaan seronok bekerja ini agar para pelajar juga tidak bosan untuk menerima

pelajaran mereka.

Responden juga mengaku bahawa mereka merasa selesa dengan kerja mereka. Sebanyak 60%

responden yang menyokong penyataan ini. Ia menggambarkan para guru ini sebenarnya memahami

tugas mereka dengan baik. Maka mereka juga akan merasakan yang kerja mereka ini adalah satu kerja

yang baik dan seterusnya akan menghasilkan kepuasan atas kerjaya yang mereka lakukan dan

ketegangan dalam kalangan guru akan berkurangan.

Namun hanya 40% sahaja yang menyokong pernyataan yang mungkin menyebabkan sebahagian guru

rasa letih dengan kerja mereka disebabkan bebanan tugas. Selebihnya menyatakan mereka tidak berasa

tertekan. Mungkin disebabkan kerana mereka berasakan sudah menjadi tanggungjawab mereka

memikul beban sebagai seorang guru dan sentiasa berfikiran terbuka untuk mengatasi semua

permasalahan. Kenyataan ini disokong oleh kajian Marriot dan Sexton dalam Saleha (2001) guru-guru ini

berorientasikan tanggungjawab yang konsisten.

Page 30: Isu 2

Majoriti responden iaitu 80% setuju bahawa walaupun sentiasa ada kerja untuk dilakukan tetapi mereka

masih mempunyai masa terluang untuk merehatkan minda sekurang-kurangnya sebelum memulakan

kelas yang baru dan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru dengan mengadakan jamuan

makan.

Responden sebanyak 90% menyatakan pentadbir sentiasa menegur tentang kerja mereka, sentiasa ada

bila diperlukan dan memberikan arahan tambahan melalui `contact-time’. Ini menunjukkan para

pentadbir ini menjalankan tugas mereka dengan teliti dan penuh konsisten. Ini juga memberi gambaran

kepada responden bahawa pentadbir mereka mengetahui tugasnya dengan baik. Kenyataan ini disokong

dengan kajian yang dibuat oleh Jaafar (1995) di mana keputusan kajian beliau menunjukkan bahawa

aspek penyelia menjadi punca utama kepuasan kerja yang dapat mengurangkan ketegangan guru.

Perbincangan

Tahap Ketegangan Guru

Dapatan kajian terhadap 10 orang responden mengenai tahap ketegangan guru menunjuk bahawa

sebahagian kecil responden berada di tahap ketegangan tinggi (tiga orang) dan sebahagian besar

responden berada di tahap ketegangan sederhana (lima orang) manakala dua orang sahaja berada di

tahap ketegangan rendah. Di dalam kajian Tan (1996) yang mendapati bahawa sebahagian besar

daripada guru sekolah rendah dan menengah yang dikajinya mengalami tekanan kerja sederhana dan

sebilangan kecil sahaja yang mengalami tahap tekanan kerja yang serius. Kajian di luar negara oleh

Abouserie (1996) dan Capel (1991) menyokong dapatan kajian ini di mana majoriti daripada responden

yang dikaji mengalami tekanan yang sederhana dan sebilangan kecil mengalami tekanan kerja yang

tinggi.

Faktor-Faktor Lain yang Menghasilkan Ketegangan Guru

Faktor Salah Laku Pelajar

Faktor ini merupakan faktor utama yang menyebabkan guru menghadapi tekanan di sekolah. Sikap

biadap atau tidak menghormati dan menghargai guru ketika guru sedang mengajar seperti membuat

bising, berbual-bual, tidak membuat latihan yang diberikan selain keluar kelas tanpa kebenaran guru

yang sedang mengajar. Bagi pelajar-pelajar yang suka ponteng kelas bagi mata pelajaran yang diajar oleh

guru itu juga telah menyebabkan tekanan emosi kepada guru tersebut. Ini adalah kerana tindakan

pelajar yang sebeginilah telah menyebabkan prestasi sesuatu mata pelajaran itu merosot dan ini juga

memberi suatu tekanan kepada guru-guru di sekolah.

Page 31: Isu 2

Faktor Beban Tugas

Kebanyakan guru berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain yang banyak selain daripada

mengajar. Selain itu, pengagihan tugas yang tidak saksama dan seimbang dalam kalangan guru juga

telah menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan guru. Guru yang memegang jawatan penting

seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat, sama seperti guru-guru lain. Sebagai cadangan

guru disiplin tidak seharusnya diberikan waktu mengajar yang padat kerana guru ini berperanan

membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin murid sepanjang masa persekolahan. Jika perkara

ini dibiarkan tentunya guru ini akan berasa tertekan disebabkan beban tugas mengajar dan tugas

mengawal disiplin murid di sekolah.

Faktor Kekangan Masa dan Sumber

Faktor kekangan masa dan sumber seperti mengadakan ujian bulanan yang terlalu kerap telah

menyebabkan guru-guru tidak berkesempatan untuk menghabiskan sukatan pelajaran kerana masa

yang terlalu singkat. Guru itu juga harus memeriksa kertas jawapan pelajar dan membuat analisis

keputusan ujian tersebut. Namun begitu, apabila terlalu rapat masa ujian tersebut, maka guru itu akan

berasa tertekan kerana tugas menyemak kertas baru sahaja selesai dilakukan.

Faktor Kekurangan Sumber

Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer, komputer dan

perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang memerlukan peralatan tersebut untuk

pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran yang diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat

tersebut. Sekiranya kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang

bersemangat dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.

Faktor Hubungan Interpersonel

Faktor hubungan interpersonel ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan pihak pentadbir

sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua bidang mata pelajaran, Penolong Kanan

Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua

sekolah. Hubungan yang kurang baik di antara guru biasa juga berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di

antara guru lama dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat menghormati dalam kalangan guru

ketika menjalankan tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka mencampuradukkan urusan peribadi

dengan tugas di sekolah yang boleh menjejaskan hubungan dalam kalangan guru-guru.

Page 32: Isu 2

Pendedahan Menangani dan Mengawal Tekanan

Sebagaimana para profesional dalam bidang lain, para guru juga perlu diberi pendedahan untuk

menangani tekanan sebagai usaha bekerjasama menyelesaikannya sendiri. Selye (1978) menyatakan

bahawa tekanan hidup adalah tidak harus dielak kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena

yang dapat menyiapkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau bahaya dengan cara berada dalam

tahap berjaga-jaga.

Pertamanya, para guru perlu diberi pengetahuan mengenai kemahiran mengenal pasti dan peka

terhadap punca-punca yang menyebabkan tekanan. Patterson (1986) dan Janis (1982) menyarankan

kaedah inokulasi tekanan. Kaedah ini bertujuan meningkatkan pertahanan terhadap tekanan yang akan

dihadapi oleh seseorang. Teori ini mengandaikan bahawa apabila seseorang itu telah bersedia untuk

menghadapi tekanan atau sebarang bentuk perubahan emosi, maka kesan yang diakibatkan oleh

perubahan itu adalah tidak begitu teruk jika dibandingkan dibandingkan dengan mereka yang tidak

bersedia untuk menghadapinya. Dengan itu, para guru perlu diberi pendedahan mengenai risiko-risiko

yang bakal dihadapinya dalam profesion perguruan.

Teknik tenang diri juga boleh didedahkan kepada para guru di mana teknik ini adalah baik untuk

mengurangkan tekanan harian.

Salah satu teknik yang dicadangkan adalah Teknik Pengenduran Otot-otot Secara Progresif (Progressive

Muscle Relation oleh Dr. Edmund Jacobson, 1902) dan juga beberapa amalan berkaitan pengisian

rohani guru seperti meditasi, zikir, solat dan ibadat umum. Amalan pemakanan guru juga perlu diberi

panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi,

rohani dan inteleknya. Tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek

tersebut.

Cadangan

Kajian ini boleh dilaksanakan dengan lebih lanjut dengan membuat kajian tentang perbandingan umur

guru, jantina, lokasi sekolah dan kelayakan guru terhadap ketegangan guru. Kajian ini juga perlu dilihat

daripada aspek min dan sisihan piawai. Selanjutnya pengkaji perlu membuat Ujian T yang menunjukkan

skor min terhadap tekanan kerja dengan gred sekolah. Didapati juga sampel yang dipilih bagi kajian ini

adalah terlalu sedikit maka perlu ditambahkan bilangan sampel kajian. Akhirnya, perlu juga membuat

kajian berdasarkan kaedah soal selidik yang menggunakan lima mata Skala Likert. Dengan itu, kejituan

kajian ini memberi makna yang lebih mendalam tentang ketegangan guru.

Page 33: Isu 2

Rumusan

Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang

tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa semua bidang mampu menyebabkan tekanan kepada

individu. Tetapi tidak bermakna bahawa tekanan pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan

pada operasi pendidikan itu perlu dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara ini perlu diberi

perhatian sekurangkurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat.

Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan mengurangkan masalah tekanan dalam kalangan guru

demi kebaikan perjalanan pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang tidak terkawal boleh memberi

kesan negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan yang tidak terkawal antara lainnya akan

memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi berdaya tindak, sokongan sosial dan konsep kendiri

guru.

Memandangkan tugas guru adalah mencabar, ‘anggapan’ bahawa menjadi seorang guru adalah mudah

perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak. Begitu juga dengan anggapan bahawa tugas mendidik

adalah hanya tanggungjawab guru dan guru perlu memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Demikian

adalah fakta atau alasan yang tidak relevan untuk digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat

diabaikan. Di antara cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan tekanan dalam

kalangan guru adalah seperti mengkaji semula beban tugas guru.

Keinginan juga turut berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Kepuasan kerja merupakan

perasaan dalaman seseorang pekerja terhadap pekerjaan yang dilakukannya hasil interaksi dengan

persekitaran. Perasaan puas ini akan mendorong seseorang itu rela datang ke tempat kerja dengan rasa

tanggungjawab. Justeru, dapat mengurangkan ketegangan dalam kalangan guru.

Masalah ketegangan dalam kalangan guru dapat dikurangkan jika pihak pentadbir dapat meningkatkan

motivasi pekerja. Hal ini dapat dilaksanakan dengan memastikan sistem dan prosedur kerja berkesan

dan senang difahami. Sebagai contoh, semua pekerja termasuk pekerja baru perlu diberitahu sejelas -

jelasnya mengenai tugas-tugas yang harus dibuat dan prosedur untuk melakukannya. Seterusnya, sistem

insentif perlu dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja. Selanjutnya, perlu memastikan keberkesanan

saluran komunikasi (perhubungan). Setiap pentadbir dan penyelia perlu dilatih menggunakan cara

Page 34: Isu 2

efektif dalam perhubungan dengan pekerja bawahan agar dapat membantu mewujudkan suasana

harmoni di dalam pekerjaan.

Ketegangan guru juga boleh dikurangkan apabila membuat perancangan program latihan dan

pembangunan guru yang tepat, mencukupi dan secara menyeluruh. Pada masa yang sama perlu

mengenal pasti objektif-objektif latihan dan pembangunan yang perlu dicapai. Dengan itu, guru-guru

yang mahir dalam menjalankan tugasnya akan menjadi lebih bermotivasi. Tambahan pula, perlu

mengadakan gaya dan cara kepimpinan di dalam organisasi sekolah yang dapat membantu

meningkatkan motivasi pekerja.

Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan

mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan kepentingan semua pihak yang terlibat. Meningkatkan

mutu pendidikan bukan bermakna perlu mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak.

Tetapi perlu dengan usaha serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan setiap pihak yang

terlibat. Penyelesaian yang ditekankan perlu merangkumi penglibatan semua pihak termasuk

kementerian, sekolah dan individu guru itu sendiri. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan

memartabatkan status pendidikan Malaysia.

Page 35: Isu 2

Rujukan

Azizi Yahya, Jamaludin Ramli, Mazeni Ismail (2010), Stress Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah di

Empat Buah Negeri Di Malaysia, Asia Pasific Journal Of Educators and Education, Vol 25, pp103-136.

Abdul Wahid Nuruddin (1996). Stres Pekerjaan di Kalangan Guru: Satu Kajian Kes. Tesis (B.Ed), Sintok:

Universiti Utara Malaysia.

Abouserie. R. (1996). Stress, Copying Strategies and Job Satisfaction in University Academic Staff

Educational Psychology. 16(1): 49-56.

Borg, M.G. and Riding, R.J. (1993). Teacher Stress And Cognitif Style. British Journal of Educational

Psychology. 65: 49-67.

Dunham, J. (1976). Stress Situations and responeses in National Association of Schoolmasters (Ed.).

Stress in schools. Hemel Hempstead: National Association of Schoolsmasters.

Page 36: Isu 2

Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998). Implikasi Burnout di Kalangan Guru Terhadap Sistem

Pendidikan. Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. November 26 – 27. Malaysia: Universiti

Kebangsaan Malaysia, 317-333

Fisher, S. 1994. Stress in academic life. The mental assembly line. The Society for Research into Higher

Education & Open University Press.

Fontana, D. (1989). Managing Stress. British Psychological Society & Routledge Ltd.

Gold, Y. dan Roth, R. A. (1993). Teachers Managing Stress and Preventing Burnout - The Professional

Health Solution. London: The Falmer Press.

Schafer, W. (1992). Stress Management For Wellness (2ndEd.). Orlando : Harcourt Brace.

Smither, R. D. (1994). The Psychology Of Work And Human Performance (2nd ed.). New York : Harper

Collins College Publishers.

Smither, R. (1994). Stress and teachers: Old wine in new bottle. Urban Education, 19, 39–51.

Tang, Tak On dan Yeung, Alexander Seeshing (1999). Hong Kong Teachers’ Sources of Stress, Burnout,

and Job Satisfaction. International Conference on Teacher Education. Februari 22 – 24. Hong Kong:

Educational Resources Information Center, 1 – 22.

Zakiah Arshad. (2003). Stres kerja di kalangan guru-guru sekolah rendah: Satu kajian di Zon Bandar, Kota

Tinggi, Johor. Unpublished thesis, Universiti Teknologi Malaysia.