isu (2)

2
Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa masalah disiplin pelajar adalah tanggungjawab bersama.Oleh itu, semua pihak harus menghentikan pertikaian siapakah yang bertanggungjawab.Sebaliknya mereka mesti tepuk dada tanya selera, adakah mereka telah menunaikan kewajipan dengan sepenuh hati mengikut kehendak agama, ataupun sekadar memenuhi tuntutan hidup semata-mata? Hal ini demikian kerana, apabila isu ini dapat diatasi maka, suatu suasana yang aman dan hormani dapat diwujudkan antara pihak sekolah, murid, guru dan ibu bapa. Pihak sekolah harus memainkan peranan yang penting dalam memulihkan keadaan. Contohnya, mewujudkan suasana budaya saing yang positif dan sihat dalam kalangan murid. Selain itu, pihak sekolah juga berperanan mewujudkan suasana yang harmoni agar murid dapat belajar dengan selesa, tiada tekanan serta dapat memberikan fokus yang seratus-peratus ketika belajar. Suasana yang ceria dan kondusif akan menggalakan minat murid hadir ke sekolah dan akan mengelakkan murid terlibat ke dalam kancah yang negatif. Keadaan ini akan memberikan kesan yang positif terutamanya dalam menjaga reputasi pihak sekolah sama ada dalam prestasi akademik mahupun kokurikulum sekali gus dapat mencapai hasrat inflasi kes disiplin. Apabila sesuatu sekolah mempunyai reputasi yang baik maka tidak hairanlah bahawa ramai ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Hal ini demikian kerana, ibu bapa mempunyai kepercayaan yang tinggi dengan pihak sekolah dan juga ke atas guru bahawa mereka

Upload: yingying1102

Post on 23-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Isu (2)

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa masalah disiplin pelajar adalah

tanggungjawab bersama.Oleh itu, semua pihak harus menghentikan pertikaian

siapakah yang bertanggungjawab.Sebaliknya mereka mesti tepuk dada tanya selera,

adakah mereka telah menunaikan kewajipan dengan sepenuh hati mengikut kehendak

agama, ataupun sekadar memenuhi tuntutan hidup semata-mata? Hal ini demikian

kerana, apabila isu ini dapat diatasi maka, suatu suasana yang aman dan hormani

dapat diwujudkan antara pihak sekolah, murid, guru dan ibu bapa.

Pihak sekolah harus memainkan peranan yang penting dalam memulihkan

keadaan. Contohnya, mewujudkan suasana budaya saing yang positif dan sihat dalam

kalangan murid. Selain itu, pihak sekolah juga berperanan mewujudkan suasana yang

harmoni agar murid dapat belajar dengan selesa, tiada tekanan serta dapat

memberikan fokus yang seratus-peratus ketika belajar. Suasana yang ceria dan

kondusif akan menggalakan minat murid hadir ke sekolah dan akan mengelakkan murid

terlibat ke dalam kancah yang negatif. Keadaan ini akan memberikan kesan yang positif

terutamanya dalam menjaga reputasi pihak sekolah sama ada dalam prestasi akademik

mahupun kokurikulum sekali gus dapat mencapai hasrat inflasi kes disiplin. Apabila

sesuatu sekolah mempunyai reputasi yang baik maka tidak hairanlah bahawa ramai ibu

bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut.

Hal ini demikian kerana, ibu bapa mempunyai kepercayaan yang tinggi dengan

pihak sekolah dan juga ke atas guru bahawa mereka akan dapat mendidik dan

mendisiplinkan anak-anak mereka dengan baik. Secara tidak langsung, ibu bapa akan

memberikan komitmen yang tinggi dan akan menyokong tindakan guru di sekolah.

Keadaan ini dapat mengelakkan berlakunya kes-kes pertelingkahan antara pihak

sekolah dan pihak ibu bapa lagi. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga akan mula memainkan

peranan mereka dalam menolong pihak guru untuk memotivasikan murid-murid dalam

menjaga tingkah laku dan disiplin.

Selain itu, para guru juga dapat berkhidmat dengan sepenuh hati dan

berdedikasi ketika mengajar murid-murid kerana mereka berasa selamat di sekolah

tersebut. Apabila guru mempunyai hubungan yang baik dengan murid, maka sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar serta objektif pengajaran

Page 2: Isu (2)

juga akan tercapai. Guru akan berasa gembira untuk mengajar dan tidak akan terasa

tertekan. Di samping itu, keadaan ini akan dapat meningkatkan KPI (Key Performance

Index) seseorang guru.