isu 1

18
Isu 1 : Salah Laku Guru Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya.Di samping itu mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru seharusnya pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu perlu menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Guru bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan

Upload: donny-tuah

Post on 17-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Isu 1

Isu 1 : Salah Laku Guru

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga

kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang

bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

(JERIS) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi

menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan

tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan

dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak

tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang

sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina

masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar

bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu

mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya.Di

samping itu mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya

secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang

berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru seharusnya pakar atau

profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang

guru itu perlu menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran,

pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).

Guru bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap,

tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian

Pendidikan telah berusaha sejak dari dulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan

ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai

Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan

Page 2: Isu 1

supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila

Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya.

Namun begitu, sehingga ke hari ini masih mendengar berita-berita yang tidak

menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang

melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion

perguruan ini. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara

dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman. Etika Profesion Perguruan harus

dikaji semula. (Najib, 1971).

Pengamalan EPP dalam kalangan guru adalah penting demi memartabatkan

profesion perguruan supaya sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Kejayaan

dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap

tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah termaktub

dalam ikrar seperti berikut;

“Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju

ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan

berkebolehan....

... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab bimbingan anak muda untuk

mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila

berikut sebagai panduan.”

Dari penyataan ikrar dan kod EPP di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan.

Page 3: Isu 1

  Salah laku Guru

Hukuman terhadap murid

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran,

keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai

kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan

kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang

guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah

contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.

Namun sejak akhir-akhir ini kita dihidangkan tentang berita mengenai guru

mencederakan pelajarnya dengan alasan yang tidak munasabah seperti datang

lewat ke sekolah, tidak membawa buku latihan, tidak menyiapkan kerja sekolah dan

beberapa kesalahan kecil yang lain yang dilakukan oleh pelajar. Kita sedar bahawa

guru bertindak sedemikian kerana ingin mendidik pelajar supaya pelajar tidak lagi

mengulangi kesalahan yang sama tetapi perbuatan guru yang mendenda pelajar

dengan keterlaluan sehingga mendatangkan kecederaan yang serius merupakan

satu tindakan yang melampau malah turut menimbulkan kemarahan ibu bapa.

Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej profesion

keguruan turut menerima tempiasnya.

Page 4: Isu 1

Cabaran dalam bidang pendidikan kini semakin besar dan mencabar.

Tanggungjawab seorang guru semakin bertambah kerana guru bukan sahaja

sebagai pendidik tetapi turut menjaga murid di sekolah. Bebanan guru makin

banyak turut menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat.

Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang

terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun, hari ini

sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru

mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf

hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal

dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama

keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari

kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri

dalam mendidik anak-anak. Guru sudah hilang kuasa dalam mendidik melalui rotan

kerana ibu bapa pada masa kini yang terlalu memanjakan anak-anak.

Pada pandangan saya, sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya

mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar

menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji.

Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik

semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh

ditegur walaupun melakukan kesalahan. Corak pendidikan pada suatu ketika dahulu

yang begitu tegas sehinggakan murid takut untuk meniru, tidak menyiapkan kerja

sekolah apatah lagi datang lewat ke sekolah. Suatu ketika dahulu, sekiranya ada

murid melakukan kesalahan murid-murid akan mendapat ganjaran dan hukuman

yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan.

Page 5: Isu 1

Namun, sedarkah kita didikan guru pada masa lalu yang membentuk masa depan

kita pada hari ini? Kerana rotan cikgu, saya berjaya. Tindakan tegas seorang guru

hanyalah untuk mendidik anak didiknya supaya berjaya di masa hadapan. Ibu bapa

pada ketika itu menyerahkan kuasa merotan kepada guru-guru untuk membentuk

anak-anak mereka. Kalau kita menyoroti peristiwa lampau, tidak ada kes yang

melibatkan guru menampar dan menyepak murid. Malah, tiada kes guru disaman

pun pada ketika itu walhal murid yang nakal selalu dirotan di sekolah.

Pada pengamatan saya, ibu bapa pada hari inilah memainkan peranan penting

dalam mencorak perubahan tingkah laku murid-murid di sekolah. Tindakan ibu bapa

yang menyorok kesalahan anak menyebabkan murid tidak takut untuk melakukan

kesalahan kerana ibu bapa boleh bertindak sebagai pembela.

Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka

bersalah dan tidak mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Ibu bapa seharusnya

perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah

atau membuat pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran

masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan

bijaksana.Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan

pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang

dilakukan.

Page 6: Isu 1

Punca Berlaku Masalah Ini

Setiap perkara yang berlaku pasti ada punca atau penyebab berlakunya sesuatu

perkara. Guru juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang berbeza.

Guru bertindak diluar batasan juga berpunca dari sikap ibu bapa yang terlalu

membela anak sehinggakan di sekolah juga pelajar berani melanggar peraturan dan

arahan guru, tidak menghormati guru kerana sikap pembela ibu bapa yang tidak

bertempat. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada perubahan sikap seorang

guru daripada seorang guru yang lemah lembut menjadi pembengis di sekolah.

Selain itu, tekanan kerja merupakan kedua yang menyebabkan guru melakukan

kesalahan yang boleh mencalarkan imej guru. Tugas guru bukanlah satu tugas yang

mudah untuk dipikul. Tuntutan kerja merupakan tuntutan yang berat lebih-lebih lagi

menjadi guru pada zaman teknologi dan dunia tanpa sempadanini. Tugas guru

bukan hanya mendidik, mengajar dan membimbing pelajar. Selain daripada itu, guru

juga banyak menerima tekanan daripada ibu bapa, masyarakat, kerajaan,

pertubuhan, pihak atasan dan juga masalah peribadi. Masyarakat melihat tugas guru

adalah mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula berasa beban

kerja yang terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masa yang

tidak dihargai. pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan segelintir

guru kecewa. Tekanan yang diterima ini akan menyebabkan guru cepat melenting

dan melepaskan kemarahan terhadap pelajar.

Page 7: Isu 1

Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini

memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai

pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini,

peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran.

Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan

situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak

untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal

guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca

pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah

ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan

komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun,

kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan

maklumat yang betul.

Selain itu, guru harus berperanan untuk

mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat

penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar,

kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya

keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua

sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa

Page 8: Isu 1

guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas

daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan

kedaerahan.

Aspirasi Kami

Halaman Utama Penulis Aspirasi

Isu 1 : Salah Laku Guru Isu 2 : Aplikasi Pendidikan Holistik

Isu 2 : Aplikasi Pendidikan Holistik

Aplikasi Pendidikan Holistik Dapat Menyumbang Kepada Pembangunan Negara.

Pendidikan ialah proses pembangunan insan sepanjang hayat. Pendidikan adalah salah

satu bentuk perwujudan kebudayaan manusia yang dinamis dan sarat dengan

perkembangan. Perubahan atau perkembangan pendidikan adalah perkara yang

seharusnya dilakukan seiring dengan perubahan budaya kehidupan manusia yang sentiasa

berubah-ubah. Perubahan pendidikan yang menuju kearah pendidikan yang jitu, padu dan

sempurna pada semua peringkat perlu terus menerus dilakukan sebagai intipati kepentingan

masa depan negara. Maka ia tidak boleh diserahkan kepada satu ajensi sahaja. Pendidikan

tidak formal dalam masyarakat melalui berbagai saluran dan pendidikan formal disekolah

semuanya mempunyai saham tertentu dalam pembangunan modal insan( Kamal Hassan,

1988).

Page 9: Isu 1

Pendidikan yang mampu mendukung pembangunan di masa hadapan adalah

pendidikan yang mampu mengembangkan potensi individu seseorang pelajar dan bukannya

menilai individu berasaskan keputusan gred semata-mata, sehinggalah individu tersebut

mampu menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah kehidupan yang bakal

dihadapinya. Pendidikan harus menyentuh potensi rohani mahupun potensi kompetensi

seseorang pelajar. Mengikut teori Dr. Howard Gardner, beliau menyatakan setiap individu

mempunyai kecerdasan dan potensi yang berbeza-beza yang berkaitan dengan berbagai

fungsi. Semua kecerdasan tersebut dipergunakan tetapi pada kadar-kadar yang berlainan

dan mestilah berada dalam keadaan yang aktif untuk membolehkan proses penjanaan idea-

idea baru. Maka teori kecerdasan Gardner ini telah merevolusikan pengajaran dan

pembelajaran pada masa kini serta boleh dijadikan panduan untuk perubahan ke arah

perkembangan pendidikan negara.

Justeru, konsep pendidikan haruslah mengalami perubahan seiring dengan

perubahan budaya kehidupan manusia. Apa yang berlaku pada masa kini

adalah,masyarakat terlalu berkehendakkan pendidikan yang mampu mengikuti kehendak

mereka dimana pendidikan tidak lagi dipandang sebagai suatu wadah yang mampu

membina keutuhan masyarakat, kerana Semua ini berlaku akibat sentimen kebendaan yang

semakin menular akibat daripada pengaruh sekularisma dan arus perubahan globalisasi

( Edupres Jurnal, 2011). Bertitik tolak dari inilah terasa semakin penting apabila seseorang

pelajar yang akan membesar memasuki kehidupan bermasyarakat dan berkerjaya, kerana

mereka harus mampu menerapkan apa yang dipelajari di sekolah untuk menghadapi

masalah dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan sehari-hari mereka mahupun yang

akan datang.

Pendidikan merupakan proses sistematik untuk meningkatkan martabat manusia

secara holistik. Justeru itu, kerajaan haruslah mengambil satu langkah baru sebagai inisiatif

untuk melakukan perubahan dalam bidang pendidikan. Ditambah pula dengan sejarah

menunjukkan sistem pendidikan negara kita sudah lama tidak dirombak iaitu sejak 1979 lagi.

Rombakan menyeluruh dasar pendidikan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini

memberi seribu satu makna kepada sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

Pada asasnya, sistem pendidikan negara tidak boleh sesekali statik, sebaliknya perlu

sentiasa dinamik mengikut keperluan pada masa kini dan hadapan. Untuk merealisasikan

Page 10: Isu 1

dasar pendidikan yang baru ini, satu langkah harus dibuat iaitu dengan menerapkan

pendidikan secara holistik bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia

ada bagi mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran seharian dan masa hadapan

mereka.

Kajian yang dilakukan oleh Tonia T. Lennox dalam tesis beliau yang bertajuk “

Education Towards Integration: An Alternative Programme, 2009 ” menyatakan, sistem

pendidikan yang lama haruslah mengalami perubahan dalam menghadapi cabaran

globalisasi pada masa kini. Beliau berpendapat pendidikan secara holistik amat membantu

dimana pendidikan ini menekankan aspek matlamat seseorang individu, pembelajaran

melalui pengalaman serta, nilai sensitiviti perhubungan sesama manusia dan alam sekitar.

Manakala berbeza dengan Kaedah pendidikan tradisional, digambarkan sebagai yang

dikawal oleh kalendar dan jadual waktu, di mana peluang kepada pelajar adalah terhad

serta menggalakkan kaedah pembelajaran hafalan buku teks atau lembaran kerja berjilid

dan berpusatkan guru.

Ini amat bertepatan dengan pendapat berdasarkan daripada satu rencana yang

penulis baca dari Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac 2012, bertajuk “ Kearah sistem

pendidikan Holistik “ yang dikarang oleh Rohami Shafie, Pensyarah Kanan di Kolej

Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Beliau menyatakan bahawa masih terdapat

kelemahan dalam sistem pendidikan negara. Paling ketara sistem pendidikan negara terlalu

menumpukan aspek kejayaan meritokrasi melalui penilaian berasaskan peperiksaan

semata-mata dengan meminggirkan aspek akhlak mulia para pelajar. Beliau berpendapat

perkara inilah yang perlu dikaji sedalam-dalamnya dan bukan sekadar melahirkan generasi

muda yang dikatakan amat berjaya mengikut acuan sistem meritokrasi sedia ada. Beliau

mengesyorkan agar sistem meritokrasi ini dikaji secara menyeluruh kerana tidak mustahil ia

boleh membawa bahana kepada negara. Dengan menerapkan sistem pendidikan yang lebih

holistik dan menyeluruh kelemahan sistem pendidikan negara yang ada sekarang dapat

dikurangkan dan diatasi secara tidak langsung. Ini kerana pendidikan holistik merupakan

suatu konsep yang memastikan setiap individu merasai dan menikmati kehidupan mereka

serta menghargai dan menilai semula pembelajaran, potensi dalaman seperti kecerdikan,

kreativiti dan nilai-nilai kerohanian.

Page 11: Isu 1

Pendidikan holistik adalah satu bidang pendidikan yang sangat mendalam untuk

dikaji. Terdapat ramai tokoh-tokoh pendidikan yang membahaskan dan mencetuskan

pendapat dalam konsep pembelajaran secara holistik ini. Antaranya ialah Ron Miller (2005),

beliau berpendapat pendidikan holistik merupakan suatu falsafah pendidikan yang terwujud

daripada pemikiran bahawa pada dasarnya seorang individu dapat menemukan identiti,

makna dan tujuan hidup melalui hubungannya dengan masyarakat, lingkungan alam, dan

nilai-nilai spiritual. Jelas beliau juga pendidikan holistik ini berkeupayaan menanam

kecintaan terhadap pembelajaran. Secara historis, pendidikan holistik sebenarnya bukan

perkara yang baru. Pendidikan holistik berkembang sekitar tahun 1960-1970 akibat daripada

keprihatinan terhadap krisis ekologi,pencemaran nuklear, kimia dan radiasi, serta

kehancuran keluarga dimana hilang dan hancurnya nilai-nilai tradisional serta institusinya.

Tujuan pendidikan holistik adalah membantu mengembangkan potensi individu

dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan dan menggairahkan, demoktarik

dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan melalui pengalaman dalam berinteraksi dengan

persekitarannya. Melalui pendidikan holistik juga, pelajar diharapkan dapat menjadi dirinya

sendiri dalam erti kata lain dapat memperolehi kebebasan psikologi, mengambil keputusan

yang baik, belajar melalui cara yang sesuai dengan dirinya, memperoleh kecekapan sosial,

serta dapat mengembangkan karakter dan emosionalnya (Basil Bernstein, 2000).

Pendidikan holistik sebenarnya membabitkan pelbagai aspek seperti proses pembelajaran,

cara berfikir, kemahiran berkomunikasi, proses pengajaran lebih menarik seperti menerusi

permainan dan pengendalian aktiviti luar, disiplin diri, keyakinan diri, tanggungjawab,

pemikiran kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah.

 

Hasil pembacaan dan pengamatan penulis, boleh dirumuskan bahawa terdapat

elemen-elemen yang terkandung dalam pendidikan holistik di mana pendidikan ini

Page 12: Isu 1

menitikberatkan kepada potensi setiap individu dari aspek kepandaian, emosi, sosial, fizikal,

kesenian, kreatif dan keupayaan rohani. Jelas menunjukkan bahawa, pendidikan holistik ini

masih sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia yang mana pendidik perlu

berusaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi, sosial

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Hujahan ini dapat disokong lagi dengan laporan yang penulis baca daripada laporan

berita pendidikan Berita Harian, bertajuk “ Pendidikan Holistik “ yang diberitakan oleh

wartawan Noor Azlina Zainudin. Rangkuman maklumat berita tersebut beliau perolehi di

Perbincangan Meja Bulat Mengenai Pendidikan Holistik anjuran Institusi Pendidikan Kanak-

kanak dan Remaja, WynKids di Kota Damansara. Panel-panel yang terlibat di dalam

perbincangan ini rata-rata berpendapat bahawa sistem pendidikan negara sekarang adalah

berasaskan peperiksaan dan perlu diperbaiki. Situasi yang berlaku mengakibatkan pelajar

diarah mendengar penerangan guru dalam kelas, bukan bertanya apabila tidak faham.

Keadaan ini menyebabkan pelajar berasakan bertanya soalan adalah satu kesalahan dan

mereka cuma perlu mendengar, mengumpul seberapa banyak pengetahuan termasuk

menunggu maklumat. Apabila berada di institusi pengajian tinggi, mereka terpaksa bekerja

keras mencari maklumat sendiri, tanpa bantuan guru. Justeru, sebahagian besar pelajar

tidak mampu berdikari dan akhirnya menemui kegagalan.

Justeru, menurut mereka, hanya pelaksanaan pendidikan holistik pada peringkat

awal mampu melahirkan generasi muda serba boleh dan membantu perkembangan

keseluruhan pelajar dalam pelbagai aspek dan bukan sekadar kecemerlangan akademik.

Pelaksanaan pendidikan secara holistik perlu membabitkan penyertaan pelbagai pihak

termasuk pelajar, guru, ibu bapa, masyarakat dan kerajaan sebagai usaha memastikan

generasi muda memperoleh manfaat sepenuhnya. Ini kerana pendidikan holistik atau

menyeluruh bukan menekankan kecemerlangan akademik semata-mata tetapi membabitkan

perkembangan dan peningkatan potensi lain dalam diri setiap pelajar.

Selaras dengan dasar pendidikan yang baru diumumkan kerajaan, Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang

dihasratkan dalam Misi Nasional. satu langkah yang boleh dibuat ialah dengan menerapkan

Page 13: Isu 1

pendidikan secara holistik bersama-sama dengan pendidikan arus perdana yang tersedia

ada. Penulis amat bersetuju dengan langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan

memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan sistem

peperiksaan sedia ada yang juga sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

Ini kerana Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran

membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu

pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika

dan moral yang tinggi. PBS merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang dianggap

berkemampuan menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor

(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR).

Selaian daripada itu, Untuk mengubah sistem pendidikan sedia ada kepada

pendidikan holistik, metodologi pengajaran sangat penting dan guru perlu dilatih

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran membabitkan penyertaan pelajar

secara aktif, bukan sekadar pendengar dan menghafal apa yang diajar. Justeru, kurikulum

yang dirancang juga harus diarahkan untuk mencapai tujuan pembentukan manusia secara

holistik. Pendidikan holistik dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran dengan

beberapa cara, diantaranya dengan menerapkan Integrated Learning atau pembelajaran

terintergrasi atau terpadu iaitu suatu pembelajaran yang menggabungkan berbagai elemen

yang berkaitan holistik dalam satu bidang pembelajaran. Tujuan pembelajaran ini adalah

agar pelajar memahami kaitan di antara satu elemen dengan elemen lainnya, iaitu antara

satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dengan

pengalaman hidup mereka.

Dalam pendidikan holistik, guru juga harus memainkan peranan utama mereka

dengan mengubah sifat yang hanya memimpin dan mengawal, tetapi harus menunjukkan

sikap sebagai kawan, mentor, fasilitator, atau seorang teman yang berpengalaman kepada

pelajar mereka (Forbes, 1996). Kesinambungannya, guru juga harus mengajar mengikut

metodologi pembelajaran yang berbeza dan berpusatkan murid. Kerana cara pembelajaran

setiap individu adalah berbeza. Dengan itu, metodologi pengajaran juga perlulah

bersesuaian dengan keupayaan setiap individu bagi membantu mereka memperolehi

pengalaman, kebijaksanaan dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran di masa

hadapan. Tambahan pula, sektor pekerjaan juga memerlukan warga mahir yang bukan saja

Page 14: Isu 1

memiliki pengetahuan tetapi individu bersifat holistik yang mampu menyelesaikan

permasalahan selain boleh berinteraksi dengan baik dan bekerjasama dalam satu

kumpulan. Walaubagaimanapun, Sekolah ataupun institusi pendidikan juga hendaklah

menjadi tempat pelajar dan guru bekerja secara kondusif agar mencapai tujuan yang saling

menguntungkan. Di mana, dapat mewujudkan suasana komunikasi yang terbuka dan jujur,

serta menghargai perbezaan individu yang wujud dan mengutamakan sifat kerjasama

berbanding sifat untuk bersaing.

Pendidikan holistik juga menganjurkan beberapa strategi yang boleh dijadikan

panduan untuk menangani persoalan bagaimana untuk mengajar seseorang dan

bagaimana seseorang itu belajar. Idea holistik itu sendiri menyokong kepada pendidikan

yang dilaksanakan secara transformasi bukannya melihat pendidikan sebagai satu proses

penghantaran ilmu dan penerimaan ilmu semata-mata. Pembelajaran transformasi

melibatkan perubahan yang dapat dijana oleh pemikiran pelajar itu sendiri. Perubahan ini

dipengaruhi oleh pandangan mata , tabiat minda, dan persepsi mereka terhadap dunia.

Dengan erti kata mudah, pelajar dapat menjana ilmu, nilai-nilai murni dan pengalaman

pembelajaran yang mereka terima dan mengaplikasikan dengan kehidupan harian mereka.

Dengan itu dapat disenaraikan beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan dalam

mengembangkan strategi pembelajaran holistik, antaranya ialah menggunakan pendekatan

pembelajaran transformatif, prosedur kurikulum pembelajaran yang fleksibel, penyelesaian

masalah melalui lintas disiplin ilmu, pembelajaran yang bermakna dan, pembelajaran yang

melibatkan persekitaran individu itu berada.

Secara keseluruhannya, perubahan haruslah dilakukan untuk mencapai satu sistem

pendidikan yang dapat melahirkan insan yang tabah menghadapi cabaran, bertamadun,

serta mampu mendukung pembangunan di masa hadapan, berakhlak mulia, mempunyai

sifat kerohanian yang tinggi dan nilai-nilai moral masyarakat. Justeru itu, untuk melestarikan

sistem pendidikan yang sedia ada, tindakan harus diambil dengan mewujudkan

pembelajaran yang mampu mengembangkan potensi indidivu berbanding akademik semata-

mata. Pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh dan holistik yang diterapkan di

dalam sistem pendidikan negara secara tidak langsung dapat membantu mengatasi

kebejatan sosial masyarakat Malaysia. Selain itu, pendidikan holistik yang dilaksanakan

secara bersepadu membantu negara melahirkan golongan yang bukan terpelajar, tetapi juga

mempunyai pakej lengkap sekali gus penyumbang ke arah pembangunan negara.

Page 15: Isu 1

0 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

0 comments:

Post a CommentHome

Labels

Salah laku (1)

Blog Archive

▼ 2012 (2) o ▼ August (2)

Salah Laku Guru Mukadimah

Followers

About MeFalsafah dan Etika Guru

View my complete profile

Sample Text

Sample text

Ads 468x60px

Social Icons

Popular Posts

Salah Laku Guru

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan indi...

Page 16: Isu 1

Mukadimah

Blog "Aspirasi Kami" ini adalah hasil daripada tugasan kerja projek bagi kursus Falsafah Dan Etika Guru...

Sample Text

Featured Posts

Copyright (c) 2010 Aspirasi Kami. Designed by Blogger Templatesbased on WP theme by Wpthemesfree