isu-1

23
1.0 PENGENALAN Dewasa ini, peranan guru tersangat penting. Tugas sebagai seorang guru merupakan domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan yang pesat dalam bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah yang menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres. Hasil kajian yang dipetik daripada Utusan Online dalam bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk “Guru Lebih Stres”, mendapati bahawa guru berada pada kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima. Stres dalam kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres dalam kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres

Upload: lavendar-craft

Post on 12-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isu

TRANSCRIPT

Page 1: ISU-1

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, peranan guru tersangat penting. Tugas sebagai seorang guru

merupakan domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses

penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut

mengheret kemajuan yang pesat dalam bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga

pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan

bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari

masa ke semasa.

Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa

berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan

semakin terbeban. Situasi inilah yang menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah

kepada risiko tinggi untuk mengalami stres. Hasil kajian yang dipetik daripada Utusan Online

dalam bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk

“Guru Lebih Stres”, mendapati bahawa guru berada pada kedudukan keempat dalam kerjaya

yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai

penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada atas daripada profesion tentera yang

menduduki tempat ke lima.

Stres dalam kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan

oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres dalam kalangan guru dilaporkan meningkat

pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan

masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada

kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dalam kalangan

guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya.

Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-

permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan

dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan

tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).

Page 2: ISU-1

Ketidakupayaan memenuhi tuntutan

persekitaran.

Gangguan fungsi kehidupan.

Perubahan dinamik yang menyebabkan individu

berdepan dengan masalah, kekangan dan

desakan hidup.

Peristiwa atau keadaan persekitaran yang

mendatangkan akibat yang negatif.

Tekanan yang mengakibatkan

kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada

individu

Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas

kimia dalam tubuh

1.1 Konsep Tekanan Stres

Stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini

seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada

tugasnya sebagai seorang guru. Justeru, stres merupakan tindak balas fizikal yang biasa

terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.

Berikut merupakan konsep lain tentang stres yang perlu dicegah oleh seorang guru :

Berdasarkan konsep stres yang telah dikenal pasti, terdapat beberapa isu emosi guru

yang telah dihuraikan dan diulas bersama langkah-langkah menangani permasalahan stress

dengan berkesan. Bukan semua guru mengalami stress dan berdasarkan satu kajian yang

telah dilakukan pada tahun 2012, yang mengatakan bahawa guru merupakan golongan

keempat yang mengalami stress selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Guru yang

tidak mampu bertahan dengan beban kerja yang ada sahaja akan berasa stress namun ada

stress yang boleh membawa kepada kebaikan da nada yang sebaliknya bergantung kepada

cara seseorang guru mengawal stress yang mereka alami. Antara beban kerja yang biasa

dialami oleh guru sehingga membawa kepada keadaan stress ialah, kerja-kerja pengkeranian

yang terlalu banyak, mengejar pencapaian yang diharapkan oleh pihak pentadbir, tekanan

Page 3: ISU-1

daripada murid sendiri, dan sebagainya. Segala beban yang dirasai oleh guru ini sebenarnya

boleh dikurangkan jika cara yang digunakan betul.

2.0 ISU 1 : RAMAI GURU SAKIT JIWA

Berdasarkan rencana utama yang diperoleh daripada akhbar KOSMO! ONLINE, (rujuk

lampiran), suatu isu besar telah ditemukan. Tajuk “Ramai Guru Sakit Jiwa” merupakan isu yang

sangat serius bagi profesionalisme keguruan. Rencana utama ini menceritakan kisah dua

orang guru yang mengalami tekanan perasaan sehingga mereka tidak dapat menangani

permasalah stress dengan berkesan. Berikut merupakan ringkasan punca stres dua orang guru

berkenaan tanpa menggunakan nama sebenar :

Cerita 1 : Zaimah

Zaimah merupakan seorang guru J-QAF. Antara punca yang menyebabkan beliau

mengalami tekanan perasaan ialah pengurusan sekolah yang menyamakan guru J-QAF

seperti guru-guru lain. Tekanan kerja yang sangat berat menyebabkan beliau seolah bekerja

selama tujuh hari seminggu. Pegawai yang bertanggungjawab pula tidak memantau lebihan

tugas yang diterima oleh Zaimah. Di samping itu, suami Zaimah ingin berkahwin lain dengan

alasan isterinya terlalu sibuk dengan kerja. Sememangnya, Zaimah banyak menghabiskan

masa disebabkan komitmen kerja berbanding bersama keluarga. Anak-anak beliau juga

terkesan dengan keadaan Zaimah semasa sakit sehingga mereka menjauhkan diri

daripadanya. Tekanan perasaan Zaimah bertambah teruk disebabkan masalah keluarga yang

dihadapinya. Zaimah pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga tidak

mampu untuk mengajar. Kecelaruan bipolar ialah kewujudan pelbagai karakter yang

berlawanan dengan keadaan guru yang sebenarnya. Beliau telah dirawat dan direhatkan

selama enam minggu.

Cerita 2 : Noreha

Noreha merupakan seorang guru yang berusia 46 tahun. Beliau ditemui di Wad

Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Beliau menghadapi tekanan disebabkan

karenah pengetua sekolah tempatnya bertugas. Noreha sering mengambil cuti rawatan

Page 4: ISU-1

berserta surat bukti daripada doktor psikiatri. Namun, pengetuanya sering mempertikaikan cuti

yang Noreha pohon sehingga sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah. Terdapat

sebahagian rakan sejawatan yang mengatakan beliau gila dan terlalu mengikut perasaan.

Rakan sejawat tidak berpuas hati kerana Noreha sering memohon cuti dan beliau sering

menjadi buah mulut rakan-rakannya. Selain itu, Noreha juga telah mengalami masalah

keluarga. Beliau tidak tahan dengan karenah anak-anak dan bermasalah dengan suaminya.

Secara umumnya, Noreha mengalami masalah jaringan sosial bermula dengan pihak

pentadbir sekolah, rakan-rakan sejawat dan juga keluarganya. Noreha merupakan seorang

guru yang cemerlang dan minat mengajar. Namun, tekanan jiwa yang dihadapi Noreha

menyebabkan beliau dirawat dengan lebih kerap lagi.

Berdasarkan ringkasan cerita daripada rencana bertajuk “Ramai Guru Sakit

Jiwa”, beberapa punca permasalah stres telah dikenal pasti seperti berikut :

Page 5: ISU-1

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI STRESS (ISU 1)

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh guru apabila menghadapi stres ialah

mendekatkan diri kepada Allah. Seorang guru yang beragama Islam harus memainkan

peranannya sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam

terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu

sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam

kehidupan sekaligus menangani segala masalah. Di samping itu, amalan berzikir juga mampu

menenangkan jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan

bahawa mereka yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Amalan

membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang kepada

jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran adalah

penawar kepada kesakitan minda" (Hadis riwayat Bukhari).

PUNCA GURU SAKIT JIWA

Tekanan masa dan

beban kerja

Dinilai oleh pihak lain

Pihak pentadbiran

dan pengurusan

Konflik rakan

sejawat

Komitmen profesional dan pribadi

Masalah keluarga

Page 6: ISU-1

Berdasarkan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai kaedah tersendiri

dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stress. Individu yang mengalami stress

khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa

berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu

menjadikan diri seorang guru sihat zahir dan batin.

Langkah kedua yang perlu dilakukan oleh seorang guru yang mengalami terlalu

banyak beban kerja dan tugas sehingga berlanjutan kepada masalah memberi komitmen

kepada urusan peribadi dan profesional ialah belajar dan berani untuk mengatakan “tidak”

atau “tidak mahu” kepada urusan yang dirasakannya tidak mampu untuk dilaksanakan.

Contohnya situasi antara guru dan pentadbir, sekiranya guru merasakan bahawa pihak

pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak berdasarkan kemampuannya, maka

seharusnya daripada peringkat awal penyerahan tugas, guru perlu berterus terang dengan

pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana kemampuan dirinya. Jika guru hanya

menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir, tanpa memikirkan

kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan menghadapi tekanan kerana

ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang diberikan. Hasilnya, bukan

sahaja mutu tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama hubungan baik antara guru

dan pihak pentadbir mungkin terjejas. Guru berasa tertekan kerana diberikan tugasan yang

banyak, manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak mendapat maklum balas

tugasan yang berkualiti.

Guru perlu menolak tanggungjawab tambahan jika beliau tidak dapat atau tidak

mampu untuk menghadapinya. Menanggung sesuatu tugas tambahan yang tidak terdaya akan

menyebabkan seorang guru stress. Stres jenis ini merupakan stres yang boleh disingkirkan.

Berdasarkan rencana kisah cikgu Noreha dan Ustazah Zaimah, mereka perlu berani untuk

berterus terang kepada pihak pengurusan dan pentadbiran atau mana-mana pihak yang

berkaitan tentang beban tugas yang mereka hadapi justeru stres disebabkan beban kerja dapat

diselesaikan. Apabila stres beban kerja dan masa disingkirkan masalah antara keluarga juga

dapat dipulihkan kerana masa peribadi untuk keluarga dapat diperuntukkan.

Langkah seterusnya bagi punca permasalahan stres daripada jaringan sosial

seperti rakan sejawat, pihak pentadbir, suami, anak-anak dan keluarga ialah cuba

mengelakkan berhubungan dengan individu yang boleh menyebabkan stres kepadanya.

Page 7: ISU-1

Guru perlu mengurangkan masa berhubungan dengan individu yang menyebabkannya

menghadapi stres untuk seketika. Sebaliknya, tambah dan kuatkan hubungan dengan

rakan-rakan sekerja yang rapat dan memahami permasalahan untuk melindunginya daripada

perasaan stres. Selain rakan sejawat, guru perlu meluahkan perasaan dan berkongsi rasa

dengan ahli keluarga yang boleh dipercayai. Ibu bapa merupakan orang yang paling

memahami dan melindungi perasaan tidak selamat dan permasalahan yang dihadapi oleh

anak-anak khususnya guru.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama rakan-rakan sejawat ialah makan

bersama, membantu rakan secara sukarela, bersiar-siar dan melibatkan diri dalam kumpulan

perbincangan bagi mewujudkan perasaan kebersamaan antara beliau dan rakan-rakan yang

lain. Guru juga boleh melibatkan diri dalam forum guru di Internet bagi meluahkan perasaan

atau meminta pendapat daripada guru lain yang lebih berpengalaman dan membina jaringan

atau hubungan dengan mereka.

Selain aktiviti bersama rakan sejawat, guru juga perlu mengatasi masalah dengan

keluarga contohnya hubungan dengan suami dan anak-anak. Hal demikian kerana, keluarga

memberikan kesan yang lebih besar dalam menangani stres. Jika hubungan guru dengan

keluarga sendiri bermasalah, beliau berisiko besar untuk mengalami tekanan jiwa kerana

keluarga merupakan individu paling penting yang perlu ada di sisi seorang guru untuk

memberikan semangat dan perlindungan kepadanya. Kisah Cikgu Noreha dan Ustazah

Zaimah merupakan iktibar yang boleh diambil oleh para guru. Perhatian kepada keluarga

perlu diberikan dengan cara pandai menguruskan masa antara komitmen peribadi dan

profesional.

Selain itu, langkah lain yang boleh mengelakkan stres ialah sentiasa menjaga

kesihatan mental dan fizikal. Guru perlu bersenam dan menjaga pemakanan kerana

mereka perlu sentiasa bertenaga bagi menjalankan amanah dan tanggung jawab mendidik

anak bangsa. Antara senaman yang boleh dilakukan khususnya untuk menghilangkan rasa

stres ialah yoga, tai-chi dan regangan otot-otot. Selain itu, berkunjung ke taman rekreasi

serta melancong ke tempat-tempat yang menarik dan indah dapat melapangkan fikiran dan

membebaskan guru daripada tekanan kerja. Antara pemakanan sihat yang perlu guru makan

contohnya ialah makanan-makanan sunnah Rasulullah seperti kurma, madu, kismis, delima dan

Page 8: ISU-1

sebagainya yang sememangnya terbukti mempunyai pelbagai khasiat berbanding ubat-ubat

yang mengandungi bahan kimia dan boleh menjejaskan kesihatan.

Guru juga perlu bijak menangani perasaan stres seperti menguruskan masa dan

tugas dengan terancang. Guru perlu mempunyai perasaan yakin diri yang tinggi di

samping mempunyai fikiran yang positif dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya

yang menggunung tinggi. Berfikiran positif setiap hari dan berniat ikhlas untuk mendidik akan

membimbing fikiran seorang guru ke arah yang lebih baik. Guru perlu meletakkan

pergantungan kepada Allah dalam setiap perkara agar beliau tidak kecewa jika sebarang

usahanya menemui kegagalan.

Page 9: ISU-1

ISU 2 : Guru Jadi Kerani Di Sekolah

Isu guru sebagai kerani di sekolah merupakan isu yang sering menjadi bualan hangat

dalam kalangan warga pendidik. Melalui artikel ini, penulis telah memberikan beberapa contoh

tentang bagaimana kerja guru yang dipandang sebagai kerani di sekolah dan hal ini melibatkan

beban kerja yang ditanggung dari aspek kerja pengkeranian. Secara hakikinya, semua orang

tahu bahawa seorang guru itu ditugaskan untuk memberi didikkan kepada murid-murid untuk

meningkatkan pengetahuan mereka dalam pelbagai aspek, bukannya, guru ke sekolah untuk

menjadi seorang kerani yang tidak lekang dengan kerja mengisi borang, mencari buku teks

untuk murid, menelefon ibu bapa jika murid bermasalah ataupun mengisi data yang sentiasa

berubah-ubah bergantung kepada sistem.

Contoh pertama yang dinyatakan oleh penulis ialah, berkaitan dengan guru biasiswa

dan kebajikan yang sentiasa sibuk dengan urusan kebajikan murid. Guru kebajikan boleh

dikatakan melibatkan semua guru kerana semua guru akan menjaga kebajikan murid-murid

mereka, namun tidak bagi guru biasiswa. Guru biasiswa yang sentiasa terbeban dengan kerja-

kerja mengisi borang, mencari murid miskin, melihat jenis biasiswa yang mana sesuai dengan

murid dan sebagainya. Kerja guru tersebut seperti tidak pernah habis ataupun selesai kerana

sentiasa ada hal kebajikan murid untuk mendapatkan biasiswa perlu diuruskan. Namun,

kenapa kerja tersebut tidak boleh dilakukan oleh kerani sekolah?. Hal ini yang menjadi

persoalan namun tidak dapat dirungkai jawapannya dengan baik. Apabila seseorang guru

biasiswa perlu melakukan semua kerja yang tidak ada kaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran serta adakalanya mengganggu sesi pengajaran, maka sudah semestinya

tekanan dapat dirasai oleh guru tersebut. Hal ini tidak lagi membabitkan kerjasama murid yang

menimbulkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan biasiswa. Guru biasiswa dengan

borang, bagai irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.

Seterusnya, kelab dan persatuan di sekolah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan

kerana sentiasa bertambah dari semasa dan ditubuhkan atas dasar untuk selesaikan masalah.

Contoh kedua berkait dengan guru kelab dan persatuan yang perlu menguruskan aktiviti murid

kelab tersebut setiap minggu, sedangkan fungsi sebenar kelab dan persatuan ditubuhkan

hanya untuk selesaikan masalah social di sekolah. Contohnya, masalah dadah berlaku, maka

tubuhkan kelab anti dadah, masalah jenayah pula menyusul, maka tubuhkan kelan anti

jenayah, seterusnya masalah tidak hormat pada negara, maka tubuhkan pula tata negara.

Page 10: ISU-1

Namun, persoalannya, siapa yang akan menguruskan kelab tersebut?. Hal ini juga akan

melibatkan tekanan guru kerana mereka hanya menurut pihak atasan, dan lagi tertekan apabila,

murid lansung tidak memberi kerjasama yang akhirnya, guru seorang sahaja yang datang pada

waktu perjumpaan kelab dan persatuan tersebut.

Seterusnya, guru data yang kerja hanya mengadap komputer untuk masukkan pelbagai

maklumat guru, maklumat keputusan peperiksaan dan sebagainya yang melibatkan data.

Memang mudah kerja apabila semua boleh dilakukan hanya di hujung jari, namun jika

berlanjutan hingga pukul 3 atau 4 pagi, tiada lagi mudahnya kerja itu. Hal ini menyebabkan

guru data tertekan, mereka mempunyai dateline yang perlu diikuti tetapi biasanya kerja di akhir

masa akan berlaku kerana masih banyak kerja lain yang perlu diselesaikan. Selain itu, guru

kelas atau tingkatan merupakan antara golongan yang paling merasai beban kerja yang ketara.

Biasanya,semua insan yang bergelar guru akan merasai tugas sebagai guru kelas mahupun

guru tingkatan.

Melalui artikel yang dipilih, mengatakan bahawa guru tingkatan antara orang yang paling

sakit kepala di sekolah kerana semua guru akan bekerja melalui guru kelas atau tingkatan.

Untuk dapatkan markah murid, untuk dapat maklumat keluarga, untuk edarkan surat dan

sebagainya, semua melalui guru kelas atau tingkatan. Namun, guru kelas atau tingkatan masih

mempunyai masa untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan jumlah

yang sama seperti guru lain. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan guru yang sering mengelak

dan mencari alas an untuk tidak memegang tugas sebagai guru kelas atau tingkatan walaupun

hanya setahun sahaja.

Berdasarkan bebanan kerja yang ditanggung oleh guru melalui kerja-kerja pengkeranian

ini, boleh dikatakan memang masalah tekanan akan timbul sehingga menimbulkan masalah

yang lain seperti masalah keluarga, masalah antara rakan sekerja dan juga masalah dengan

pentadbir. Namun, bukan sesuatu yang mudah untuk golongan guru mengatasi masalah ini

hanya dengan sabar dan terima semua perkara sebagai takdir kerana untuk memupuk

kesabaran merupakan perkara yang tertinggi boleh dicapai dalam hidup seorang manusia. Di

mulut mungkin boleh perkataan sabar itu diujarkan, namun, dalam hati hanya ALLAH yang tahu

betapa peritnya hidup dalam tekanan.

Page 11: ISU-1

Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani beban kerja sebagai kerani dari

aspek pentadbiran, emosi dan sosial. Langkah pertama ialah, berbincang dengan pihak

pentadbir tentang pembahagian tugas yang boleh dilakukan. Mungkin boleh wujudkan guru

bantu bagi setiap kelas untuk membantu tugas guru-guru kelas namun masih bergantung

kepada jumlah guru di sekolah tersebut. Sebagai pentadbir, mereka perlu tahu dan pantau

bagaimana gerak kerja yang guru mereka lakukan, apa masalah guru tersebut dan apa yang

boleh ditolong untuk meringankan beban guru tersebut. Selain itu, pentadbir juga boleh

memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan sosial dengan agensi-agensi luar

yang dapat membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya yang

melibatkan jenayah, dadah, buli dan sebagainya. Hal ini boleh meringankan beban guru dan

dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah disiplin murid apabila pihak sekolah

melibatkan agensi-agensi luar yang sememangnya mempunyai kemahiran tentang menangani

masalah tersebut.

Seterusnya, dari segi emosi pula, seorang manusia yang dibebani dengan kerja

memang akan mengalami tekanan tidak kira dalam bidang apa sekalipun pekerjaannya.

Namun, cara mereka menguruskan emosi mereka merupakan salah satu terapi untuk hilangkan

tekanan yang dirasa. Sebagai seorang guru, pengurusan emosi memang perlu dilakukan

dengan baik, jika tidak tahu untuk uruskan emosi tersebut, mereka boleh mengikuti kursus atau

membaca bahan-bahan yang bercakap tentang pengurusan emosi. Emosi boleh diurus dengan

pelbagai cara, contohnya, sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Adakalanya,

beban kerja yang dirasai boleh dibuat dengan pengurusan masa yang betul namun kerana

sentiasa leka, maka kerja tertangguh dan bila tertangguh, tekanan akan dirasai terutamanya

apabila didesak oleh pihak pentadbir. Jika diteliti dengan lebih mendalam, tekanan atau

sebarang masalah adalah satu pilihan, jika kita merasakan tekanan itu sukar untuk kita hadapi,

maka berusaha untuk tidak melakukan sebarang perlakuan yang boleh mendatangkan tekanan.

Selain itu, langkah untuk menangani masalah tekanan dalam menguruskan kerja-kerja

pengkeranian juga boleh dilakukan melalui bersosial. Seorang guru boleh libatkan diri dalam

aktiviti-aktiviti sukan, riadah dan sebagainya untuk menghilangkan rasa tertekan. Ubat paling

mudah didapati apabila rasa tertekan ialah meluahkan. Setiap insan diciptakan dengan

pelbagai kelebihan dan kekurangan dan mungkin di antara insan disekeliling kita, ada yang

mempunyai kelebihan untuk sudi mendengar luahan yang kita ingin ceritakan, maka

Page 12: ISU-1

berceritalah dengan siapa yang bersedia untuk menerima cerita tentang tekanan tersebut.

Kadang kala, hanya dengan bercerita, tekanan itu hilang begitu sahaja di bawa angina lalu jika

kita tidak jadikan tekanan tersebut sebagai fokus utama dalam hidup. Hal ini terbukti,

kebanyakkan individu yang mempunyai masalah mental adalah kerana suka memendam rasa

dan sentiasa fokus untuk terus memikirkan sesuatu masalah yang membawa kepada tekanan.

Cuba untuk sentiasa berfikiran positif dan tanamkan dalam diri dan minda kata-kata ‘let it go’

akan sesuatu tekanan supaya perkara tersebut tidak terus menghantui fikiran kita.

KERJA

PENGKERANIAN YANG

PERLU GURU

LAKUKAN :

Isi borang biasiswa Isi data murid Uruskan kelas Uruskan kelab dan

persatuan Uruskan sistem rekod

guru Isi kad 001 Isi kad gigi murid Uruskan surat

menyurat tentang semua makluman dari sekolah

Lengkapkan sistem keputusan markah ujian murid.

Isi kad kesihatan murid.

Daftar murid untuk mendudukki peperiksaan awam.

KESAN :

Guru

tertekan dengan

beban kerja yang

melibatkan kerja-

kerja pengkeranian

sehingga

mengganggu masa

untuk pengajaran

dan pembelajaran.

LANGKAH ATASI :

Pentadbiran

- Pantau kerja guru- Sediakan guru bantu- Jaga kebajikan guru

Emosi

- Berfikiran positif- Mengikuti kursus

pengurusan tekanan dan banyakkan membaca bahan yang berkaitan pengurusan tekanan.

- Elakkan pendam perasaan

Sosial

- Bersukan dan beriadah

- Meluahkan tekanan yang ada pada orang yang memahami

Page 13: ISU-1

Isu 3 : ‘Anak Emak’ Punca Murid Tidak Boleh Dijentik

Ibu bapa, guru, dan murid merupakan satu rangkaian yang tidak dapat dipisahkan

kerana saling melengkapi untuk membina keperibadian seorang murid. Apabila berlaku

sebarang masalah melibatkan murid, sudah pasti guru dan ibu bapa akan terlibat dan biasanya

masalah diselesaikan dengan bantuan pihak pentadbir. Namun, dunia hari ini tidak seperti

suatu hari dahulu kerana semua perkara sudah berubah, baik dari aspek pemikiran mahupun

perlakuan. Jika dahulu, guru merotan murid tidak menjadi satu isu yang boleh menjadi tajuk

utama di akhbar-akhbar tempatan, malah, murid yang dirotan akan dirotan lagi oleh ibu bapa

setelah pulang ke rumah. Tetapi hari ini, murid lansung tidak boleh disentuh, dijentik apatah

lagi dirotan sedangkan murid hari ini lebih banyak kerenah jika dibandingkan dengan suatu

ketika dahulu.

Isu ‘anak emak’ yang menjadi punca murid tidak boleh dijentik mula mendapat perhatian

khalayak apabila banyak kes yang melibat murid dirotan dan sebagainya. melalui artikel yang

dibaca, seorang ibu yang bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat berkata bahawa, isu

anak dirotan merupakan sesuatu yang sangat sensitive untuk dibincang. Beliau memberi

respon sebagai seorang ibu, katanya, apabila kita menghantar anak ke sekolah, dan apabila

anak balik dari sekolah dalam keadaan ada kesan-kesan dirotan, maka sudah pasti ibu akan

berasa sangat kecewa dan akan bertindak untuk bertanyakan kepada guru. Namun biasanya

pertanyaan tersebut bukan dalam keadaan yang tenang kerana ada rasa tidak puas hati dalam

diri si ibu. Persoalannya sekarang, kenapa guru dahulu yang menjadi mangsa untuk menjawab

persoalan seorang ibu?, kenapa bukan anaknya?. Hal ini sering terjadi dan guru yang akan

menjadi individu pertama disalahkan. Perkara seperti ini boleh menambahkan tekanan seorang

gru sedangkan dia ada sebab yang kuat untuk menyentuh muridnya, namun dalam dunia hari

ini, guru tidak akan menang bicara kerana tiada siapa yang akan pertahankan haknya

melainkan dirinya seorang diri.

Page 14: ISU-1

Selain itu, murid hari ini ibarat raja yang menaiki tahta negeri. Segala perkara yang

didamkan akan diperoleh dengan mudah dari ibu bapa mereka terutamanya jika dia datang dari

keluarga yang senang dan mewah dalam kehidupan. Setiap yang dilakukan oleh seorang anak

biasanya akan betul semua, tidak ada salah walaupun sebesar kuman, dirumah, mereka akan

dimanja,sentiasa dipujuk bila merajuk, sentiasa ada mata yang sudi memberikan perhatian

buatnya dan sebagainya. Tetapi, di sekolah semua murid akan dilayan sama rata sahaja, tidak

ada lebih dan tidak ada kurang. Jika murid tersebut lakukan kesilapan seperti tidak menyiapkan

kerja sekolah, maka hukuman tetap diberikan. Namun, hari ini bentuk hukaman rotan tidak lagi

relevan mengikut pandangan ibu bapa. Seorang guru hanya boleh memberi nasihat dan

teguran tanpa sebarang sentuhan fizikal kepada murid. Perkara ini sangat memberi tekanan

kepada guru dari aspek mental dan emosi.

Tekanan yang guru rasai berpunca apabila, murid melakukan kesalahan tetapi guru

hanya boleh menegur dan terus menegur benda yang sama tetapi murid tidak lansung

menunjukkan perubahan. Mungkin jika mereka yang tidak bergelar guru boleh mengatakan

bahawa, sabar itu perlu untuk kita mendidik seseorang murid namun bukan mudah untuk sabar

di hadapan murid yang berani mencabar guru mereka. Sehingga ada murid yang boleh

menyatakan kepada guru mereka dengan ayat sebegini,

“cikgu boleh buat apa kalau saya tak siap kerja sekolah? Nasihat je kan..rotan

atau denda memang tak boleh..sebab cikgu takut nama cikgu akan dipanggil pihak

atasan kan..setakat nasihat cikgu..saya dah hadam”.

Bayangkan, ayat begini sudah biasa dalam kalangan murid sekolah kepada guru

mereka. Mereka lansung tidak kisah dan akan terus ulang kesalahan kerana mereka tahu, guru

itu patung, tidak boleh buat apa dari terus berleter memberi pengajaran.

Situasi begini, yang akan menjatuhkan keyakinan guru dan memberi tekanan dalam

kehidupannya. Apabila murid malas, guru tidak boleh rotan atau denda, murid mendudukki

peperiksaan yang akhirnya gagal, ibu bapa akan datang lagi kepada guru untuk bertanya,

“kenapa anak saya gagal?”. Memang boleh “gila” seorang guru apabila semua perkara ini perlu

dihadapi tidak termasuk lagi beban-beban kerja yang lain. Justeru itu, isu ‘anak emak’ juga

menjadi satu punca guru boleh tertekan. Hal ini tidak berlaku dahulu kala, ibu bapa zaman

Page 15: ISU-1

dahulu menyerahkan sepenuh nya anaknya untuk dididik tidak kira bagaimana cara sekalipun,

dan hasilnya, anak itu akan menjadi seorang yang hebat. Namun, hari ini apabila guru merotan

atau mendenda murid, maka mereka akan terus disalahkan dan tindakan yang tidak relevan

akan diambil berdasarkan peraturan-peraturan tertentu.

Seterusnya, pihak sekolah dan guru hari ini lebih terdedah kepada tindakan undang-

undang sekiranya gagal mengawal perasaan dalam menjatuhkan hukuman terhadap murid.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru sahaja yang perlu tahu kawal emosi dalam apa jua

keadaan walaupun salahnya terang dan jelas kepada murid. Apabila isu murid dirotan, maka

akan timbul juga isu guru tidak tahu kawal kemarahan, tidak tahu kawal emosi dan guru

tertekan kerana murid. Sedangkan sepatutnya, pihak yang terlibat menyiasat dahulu, kenapa

guru tersebut melakukan perkara sedemikian, adakah salah pelajar atau guru melepaskan

tekanan kepada pelajar. Bahayanya seorang guru tertekan memang sangat menakutkan

kerana apabila kita tertekan, kita mampu lakukan sesuatu di luar kawalan otak normal kita

berfikir. Namun apabila sedar, semua sudah terlambat dan kesannya sangat buruk. Justeru

itu, seorang guru memang perlu kuat mental dan fizikal untuk hidup di dunia pendidikan abad ini

kerana murid yang akan dihadapi sukar untuk dikawal dan diajari.

Selain itu, antara langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang

melibatkan emosi guru tertekan dengan kerenah ‘anak emak’ ialah, seorang guru itu perlu

membina hubungan yang akrab dengan ibu bapa murid sebelum mereka merotan atau

memberi hukuman kepada murid tersebut. Jalinkan hubungan yang baik sehingga mereka

percaya bahawa anda seorang guru yang betul-betul akan mendidik anak mereka menjadi

insan yang berguna. Guru juga boleh meminta kebenaran seawal mungkin untuk menghukum

murid tersebut jika mereka melakukan kesalahan. Hal ini pasti membuatkan murid tersebut

tidak akan berani untuk mendabik dada depan gurunya kerana dia tahu, guru dan ibu bapanya

umpama kawan baik. Dalam hal, guru boleh mulakan sesi perkenalan atau persahabatan

dengan ibu bapa murid supaya senang untuk berbincang tentang anak mereka.

Seterusnya, guru juga boleh berbincang dengan pentadbir tentang masalah murid

sebelum mengambil sebarang tindakan supaya jika berlaku sesuatu, pihak pentadbir sudah

tahu ceritanya bagaimana. Perbincangan dengan pentadbir tentang murid yang bermasalah

Page 16: ISU-1

merupakan satu cara yang baik untuk kurangkan tekanan yang ditanggung kerana masalah

tersebut bukan kita sahaja yang hadapi. Selain itu, perbincangan dengan ibu bapa juga perlu

sebelum mengambil sebarang tindakan, cuba kepilkan bukti seperti gambar dan rakaman video

tentang kelakuan atau perangai murid yang bermasalah itu supaya ibu bapanya tahu bahawa

guru tidak mereka cerita dan menghukumnya bersebab. Jika sesuatu berlaku dan guru hanya

mempertahankan diri menggunakan air liur sahaja, sudah pasti guru yang akan menyembah

bumi namun jika ada bukti yang kukuh, maka hal sebaliknya akan berlaku. Biasa terjadi,

apabila ibu bapa datang ke sekolah dan mendapat bukti yang kukuh tentang kesalahan anak

mereka, dan jelas anak mereka salah, akhirnya mereka yang malu sendiri dan saman yang

dikenakan ke atas guru ditarik balik.

Guru juga boleh mengurangkan tekanan dengan isu disiplin murid melalui bantuan

pakar kaunseling. Minta bantuan untuk kaunseling menasihati murid dan dalam masa yang

sama guru juga menerima kaunseling. Mungkin cara kaunseling tidak sama dengan cara guru

yang biasanya akan menasihati dalam nada yang marah atau tidak puas hati terhadap murid

tersebut. Guru boleh berjumpa dengan kaunselor pentadbir untuk menguruskan tekanan

mereka supaya lebih berhemah dalam memberi tindakan, membuat keputusan dengan betul

dan relevan serta tidak menjalankan tugas dalam keadaan emosi yang terganggu. Setiap

perlakuan yang telah dilakukan tidak boleh dibatalkan, justeru itu guru perlu sentiasa ingat

bahawa tugas mendidik bukan mudah dan banyak cabaran maka bersabarlah dan uruskan

beban kerja dengan baik. Jangan biarkan tekanan menguasai diri sendiri tetapi lebihkan

pemikiran yang positif dalam melakukan apa jua kerja yang diberikan.

Langkah tangani ‘anak

emak’

Jadikan ibu bapa sebagai rakan guru dan boleh bawa berbincang.

Berbincang dengan pentadbir tentang masalah murid.

Minta kebenaran ibu bapa sebelum memberi hukuman.

Sediakan bukti yang kukuh untuk hadapi sebarang tuduhan.

Mendapatkan khidmat pakar kaunseling utuk atasi tekanan.

Page 17: ISU-1

KESIMPULAN

Tuntasnya, isu menangani emosi guru yang banyak berpunca daripada beban tugas

yang berlebihan sebenarnya merupakan sesuatu besar untuk dibincangkan dan

pengakhirannya tidak pasti. Guru perlu sentiasa ingat bahawa tekanan-tekanan yang dihadapi

oleh guru akan menjadi kekangan untuk melahirkan murid yang cemerlang pada masa akan

datang. Jelas menunjukkan bahawa, tekanan kerja yang banyak mengganggu kehidupan

harian sebagai seorang guru dan turut menjejaskan hasil penyampaian pengajaran dan

pembelajaran, maka guru perlu berusaha untuk sentiasa mendapatkan ilmu untuk kawal emosi

supaya tidak mudah melatah dalam beban kerja yang ada. Jika seorang jurutera penat

membina bangunan, guru pula penat membina kemenjadian manusia. Silap ajaran guru, satu

generasi akan musnah, namun silap ubat yang diberikan doktor, hanya seorang pesakit

menerima kesannya. Maka berusaha untuk menjadi seorang guru yang sentiasa positif dalam

apa jua keadaan sama susah atau senang.

Ramai yang kata bahawa pekerjaan seorang guru itu mudah, namun apabila memegang

sendiri tugas tersebut, baru mereka tahu bahawa tugas guru sangat menduga. Ada kalanya

guru boleh bekerja sebagai tukang kayu untuk baiki perabot rosak, seterusnya menjadi tukang

jahit untuk menjahit langsir kelas dan alas meja, menjadi tukang kebun kerana ingin ceriakan

sekolah, menjadi pelukis untuk siapkan mural di dinding kosong dan sebagainya. jika

disenaraikan tugas seorang guru, perlu pasti aka nada kesudahannya kerana tugasnya begitu

meluas. Namun, dalam apa jua beban kerja yang dihadapi, guru perlu peka dan ingat bahawa

mereka telah ditakdirkan untuk hadapi ujian ini kerana ALLAH tahu mereka mampu.

Bukan semua orang boleh jadi guru, hanya mereka yang betul-betul kuat mental dan

dan fizikal sahaja yang akan bertahan dalam bidang ini. Ikhlas juga sangat penting untuk

menjamin bekerja dalam keadaan yang sifar tekanan. Setiap masalah akan ada jalan

penyelesaiannya, begitu juga dengan masalah beban kerja guru. Semua pihak yang

sepatutnya harus bekerjasama bagi menangani isu ini supaya masalah beban kerja guru tidak

terus kekal menghantui insan yang bergelar guru. Seorang guru akan menjadi hebat dan

cemerlang jika dia mampu mengawal tekanan yang dihadapi terutamanya apabila berhadapan

dengan murid atau pelajar.