issue no. 12 institut integriti malaysia • the...

16
INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY DECEMBER 2016 ISSUE NO. 12 CURRENT AWARENESS SERVICE

Upload: lamdan

Post on 21-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITYdecember 2016Issue No. 12

CURRENT AWARENESS SERVICE

2

EDITORIAL / EDITORIAL

03 2016: Penanda aras baharu INTEGRITIs

nEws / bERITA

04 INTEGRITI anjurkan perbincangan Kajian Penilaian Keberkesanan dasar Awam dan undang-undang

05 INTEGRITI bangunkan dashboard INTEGRITI

06 INTEGRITI-Arkib eratkan kerjasama menerusi mou

07 semakan semula Pelan Integriti Nasional dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI

08 Timba pengalaman, kunjungan ke Toto malaysia dan sahabat Ikhtiar retort

Advisor

dr. Anis Yusal Yusoff

Editor

Zubayry Abady sofian

Assistant Editors

Nor Azni Ahmad Husairi (malay)Aimi Farhana mohd Amin (english)

COnTEnTs / KANDUNGAN

EDITORIAL TEAM / SIDANG PENGARANG

staff writer

Norsheeda din

07 08 1505

FEATUREs / RENcANA

09 malaysia mengikut impian kita

10 budaya berintegriti: dekati komuniti IPT

12 melestari bulan integriti penjawat awam

nEw BOOKs In OUR LIBRARY / bUKU bAHARU PUSAT ILMU INTEGRITI

14 buku-buku baharu di Pusat Ilmu INTEGRITI

gALLERY / GALERI

15 berita bergambar tentang aktiviti-aktiviti lain di INTEGRITI

Published monthly byInsTITUT InTEgRITI MALAYsIAmenara Integriti, Persiaran Tuanku syed sirajuddin, off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, malaysia. Tel: +603-6209 2000 Website: www.integriti.my

Photographers

rosalizawati Arshad Izal Ariff Zahrudin

Cover

Aryzam rahim

Contributors

Zarina mohamad Amin rajesh KrishnanHj. Hamilye sham HarunFara Hasda suhaimiNorliana Ali AkbarAnuar Hj. Ahmad

0604

3

EDITORIAL / EDITORIAL

selamat tinggal 2016, selamat datang 2017. ungkapan ini amat klise setiap kali tiba ke penghujung tahun dan bersedia melangkah ke tahun baharu. dan seperti

lazim juga ramai dalam kalangan kita mula menetapkan pelbagai azam baharu yang ingin dicapai pada tahun 2017 nanti. Namun ramai yang lupa untuk melihat ke belakang dan melakukan analisis terhadap pencapaian sepanjang tahun 2016 agar ia boleh dijadikan rujukan dan panduan dalam penetapan azam baharu.

melihat ke belakang, sepanjang tahun 2016, INTeGrITI telah berjaya melaksanakan beberapa perkara baharu yang boleh dijadikan penanda aras dalam usaha membudayakan integriti masyarakat malaysia.

Atas kepercayaan bahawa melentur buluh biarlah dari rebung, maka INTeGrITI telah mengambil inisiatif menggubal modul Integriti Prasekolah (mIPs). berkonsepkan fun learning dan interaktif, mIPs diharap dapat menjadi alat bantu dalam proses menyuburkan benih integriti dalam diri kanak-kanak. maskot INTeGrITI bernama sAm, singkatan kepada saya Anak malaysia turut dilancarkan. modul Integriti Agensi Penguatkuasaan turut dibangunkan yang antara objektif utamanya ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan pegawai penguat kuasa di negara ini mengenai integriti.

menyedari tentang pentingnya penilaian integriti individu diadakan, INTeGrITI telah menandatangani persetujuan dengan mImos untuk menjadi Technology Recipient kepada Malaysian Integrity Profilling (mIP). mIP adalah satu instrumen penilaian integriti individu yang dibangunkan oleh mImos bermula tahun 2009 lagi. selain disifatkan sebagai instrumen istimewa yang berorientasikan pengalaman antarabangsa, ia juga merupakan satu kaedah saintifik bagi menerangkan kebolehpercayaan, kejujuran dan kecenderungan seseorang untuk menegakkan integriti secara konsisten.

sebagai kelangsungan kepada usaha mempromosikan integriti dalam kalangan masyarakat misalnya, INTeGrITI telah melancarkan projek rintis Community Integrity Building (cIb) bersama dengan tiga pihak berkuasa tempatan (PbT) iaitu majlis bandaraya melaka bersejarah (mbmb), majlis Perbandaran subang Jaya (mPsJ) selangor dan majlis daerah Ajil, Terengganu. selain PbT, projek jangka panjang ini turut membabitkan secara langsung pihak-pihak lain seperti jawatankuasa penduduk di kawasan berkaitan. cIb berkonsepkan closing the loop, yang memberikan

kaedah bagaimana komuniti setempat boleh bekerjasama dengan pihak PbT dalam merumuskan dan melaksanakan penyelesaian yang praktikal dan pemantauan berterusan.

2016 juga merupakan tahun penutup kepada Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai Pembiayaan Politik (JKNmPP) dengan siapnya buku Laporan JKNmPP yang telah menggariskan enam prinsip utama iaitu keluhuran undang-undang, meningkatkan penyertaan masyarakat, perlindungan hak awam, ketelusan, akauntabiliti dan integriti serta persaingan politik yang sihat. Laporan ini juga turut mengesyorkan 32 cadangan yang merangkumi proses pelaksanaan, keperluan undang-undang baharu dan kandungannya, serta isu-isu yang lebih luas dan bersifat jangka panjang.

Tahun 2016 juga telah menjadi gelanggang kepada INTeGrITI untuk menganjurkan beberapa program-program antarabangsa seperti Global Integrity Leadership Course (GILc), International Conference on Political Integrity dan sesi High-Tea with Foreign Embassies. Program-program ini dianjurkan dengan tujuan untuk memberi maklumat dan gambaran sebenar kepada masyarakat antarabangsa tentang usaha pemantapan integriti yang telah malaysia laksanakan. Program berkala seperti “Breakfast Talk”, Perbincangan meja bulat, Perbincangan Penyelidikan dan “Integrity Art Night” pula semakin mendapat perhatian pelbagai pihak.

Namun dalam kita gembira melihat percikan bunga api menyambut ketibaan 2017 dan galak bercerita tentang kejayaan tahun 2016, masih terdapat banyak perkara, ruang dan peluang yang boleh dilakukan untuk mempertingkatkan lagi peranan dan fungsi INTeGrITI. Tahun 2017 sudah pasti menjanjikan seribu satu cabaran baharu kepada INTeGrITI. boleh sahaja sekali-sekala kita menoleh ke belakang, namun yang utama pandang lah jauh ke hadapan. Perjalanan kita masih jauh dan panjang. benih integriti perlu terus disemai dan disuburkan.

sekian.

Integriti di Hati.

Zubayry Abady sofian

2016: Penanda aras baharu INTEGRITI

4

integriti anjurkan Perbincangan kajian Penilaian keberkesanan dasar awam dan undang-undangOleh Zarina Mohamad Amin

selari dengan matlamat untuk menjadi sebuah institut pemikir perdana berkaitan hal ehwal pengukuhan integriti negara, Institut Integriti malaysia (INTeGrITI) bersama-

sama dengan bantuan penyelidik dari Institut Transformasi sosial dan pembangunan Wilayah (TrANsForm) telah mengambil inisiatif menjalankan kajian bertajuk ‘Penilaian Keberkesanan dasar Awam dan undang-undang’.

sejak kajian itu dilaksanakan bermula pada April 2016, sebanyak enam bengkel melibatkan perbincangan meja bulat di enam zon iaitu Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, sabah dan sarawak telah diadakan bagi membincangkan maklum balas kajian berkenaan kualiti hidup yang lebih baik serta penyampaian awam yang lebih efisien.

rentetan daripada itu, satu perbincangan lanjut telah diadakan pada 7 disember 2016 di INTeGrITI. Perbincangan ‘kumpulan berfokus’ ini dianjurkan bagi mendapatkan maklum balas dengan lebih mendalam berkaitan maklumat terkumpul yang diperoleh di kesemua zon. Proses ini penting kerana ia merupakan salah satu kaedah pengutipan data terakhir selain daripada kaji selidik, temu bual dan perbincangan meja bulat.

sesi diskusi berkenaan dihadiri oleh enam wakil daripada majlis bandaraya shah Alam (mbsA), majlis bandaraya Johor bahru (mbJb), suruhanjaya Pencegahan rasuah (sPrm) Negeri Terengganu dan Institut Latihan sektor Awam Negeri sabah (INsAN). Turut hadir ialah empat penyelidik TrANsForm.

semasa sesi berlangsung, semua peserta diberikan penerangan ringkas berkaitan ulasan dan hasil perbincangan keseluruhan yang diperoleh daripada keenam-enam zon. Ia kemudiannya membincangkan pelbagai isu lain. Antara yang mendapat fokus utama ialah perihal perumahan dan perancangan. Isu perbincangan dibahagikan kepada lima elemen yang masing-masing meberikan tumpuan utama kepada dasar awam, undang-undang, dan tatacara pengendalian piawaian (soP).

Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi input, sekali gus diangkat sebagai salah satu cadangan dalam penggubalan undang-undang serta polisi awam sedia ada di negara ini. semoga cadangan kajian ini bakal memberikan penambahbaikan kepada dasar awam yang diguna pakai oleh kerajaan agar lebih efisien dan sistematik.

nEws / bERITA

sebahagian daripada peserta perbincangan

5

integriti bangunkan DASHBOARD integritiOleh Hj. Hamilye Sham Harun dan Fara Hasda Suhaimi

seiring dengan hasrat untuk menjadi sebuah institut rujukan integriti dalam negara dan serantau, Institut Integriti

malaysia (INTeGrITI) bakal membangun dan menghasilkan sebuah dashboard INTeGrITI.

Pembangunan Dashboard ini penting dalam usaha untuk mengenal pasti aspek penambahbaikan dan pelaksanaan program serta aktiviti integriti di negara ini. Ini sekali gus dapat membantu kerajaan menangani isu serta cabaran integriti pada masa hadapan. malahan, dengan dashboard ini juga, orang ramai berpeluang melihat dan menilai tahap semasa integriti rakyat negara ini pada masa kini.

Dashboard INTeGrITI merupakan suatu bentuk paparan analisa maklumat dan

pemetaan program-program dan aktiviti-aktiviti integriti yang telah dilaksanakan di seluruh negara oleh pelbagai jabatan, agensi, dan institusi awam serta swasta. di samping itu, ia turut memaparkan dapatan Kajian Persepsi Integriti Nasional (KPIN) yang telah dijalankan pada tahun 2015. bagaimanapun, untuk membangunkan dashboard ini, kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak amat penting.

oleh itu, INTeGrITI telah mengadakan beberapa mesyuarat penyelarasan dengan rakan-rakan kolaborasi INTeGrITI bagi menjayakan pembangunan dashboard INTeGrITI di menara Integriti. Antara yang hadir ialah ketua-ketua dan pegawai-pegawai daripada unit Integriti Pejabat setiausaha Kerajaan Negeri (suK) dan Institut Integriti Negeri (IIN). Turut serta

dalam mesyuarat tersebut ialah wakil-wakil daripada Institut Latihan dan Kepimpinan Integriti Negeri serta ketua-ketua unit Integriti di beberapa organisasi swasta.

dalam mesyuarat terbaharu pada 21 disember 2016 lalu, Presiden dan Ketua Pegawai eksekutif INTeGrITI, dr. Anis Yusal Yusoff menjelaskan bahawa menerusi data-data yang bakal dipaparkan pada dashboard INTeGrITI, permasalahan dan isu integriti yang berlaku dapat dilihat dengan lebih mendalam.

“melalui data tersebut, kita boleh tentukan di kawasan atau di daerah mana program integriti perlu dilaksanakan dan juga bentuk program yang hendak dibuat,” ujarnya lanjut.

Justeru, data berkenaan jelas bermanfaat kepada semua pegawai di unit Integriti sebagai panduan dalam merancang serta melaksanakan program dan aktiviti pada masa hadapan. malahan, mana-mana pihak seperti jabatan mahupun kementerian boleh menganalisa data-data tersebut bagi menilai keberkesanan program dan aktiviti integriti yang telah dianjurkan. suasana sepanjang mesyuarat penyelarasan

nEws / bERITA

6

nEws / bERITA

Hubungan baik dan usaha sama antara Institut Integriti malaysia (INTeGrITI) dengan Arkib Negara

malaysia (Arkib) telah lama terjalin. bagi mengukuhkan lagi hubungan sedia ada, satu memorandum persefahaman (mou) telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 20 disember lalu.

dokumen mou ini telah ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Pegawai eksekutif INTeGrITI, dr. Anis Yusal Yusoff serta Ketua Pengarah Arkib, en. Azemi Abdul Aziz. Acara ini turut

integriti-arkib eratkan kerjasama menerusi mouOleh Rajesh Krishnan dan Azni Husairi

RM50A National Integrity System

A National Integrity System is needed to provide the overarching framework that would be useful reference by all sundry. It could also be made workable by introducing some key elements and corresponding instruments that measure the progress, or lack of, in the integrity agenda framing and

monitoring.

For queries and purchase, kindly contact Pusat Ilmu INTEGRITI at 03-6209 2038 (Wan Kamaliah Wan Dagang) or 03-6209 2039

(Mohd Fadzly Mohd Poad) or email [email protected]

disaksikan oleh Pengerusi INTeGrITI dan Ketua setiausaha Negara, Tan sri dr. Ali Hamsa serta Ahli Lembaga Pengarah INTeGrITI, termasuklah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam malaysia, Tan sri mohamad Zabidi Zainal.

Kandungan mou berkenaan memuatkan persetujuan kolaborasi kedua-dua pihak secara terperinci dalam melaksanakan pelbagai program berkaitan dengan sejarah INTeGrITI. Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk melaksanakan projek sejarah

lisan berkaitan perjuangan tokoh-tokoh berintegriti, perintis Pelan Integriti Nasional, projek pendokumentasian dan penerbitan.

Hasrat untuk menandatangani mou adalah susulan daripada mesyuarat kerjasama pelaksanaan projek sejarah Lisan yang diadakan antara INTeGrITI dan Arkib Negara pada 7 september 2015. Kerjasama yang utuh antara kedua-dua pihak ini penting kerana ia bakal memanfaatkan banyak pihak, terutama dari sudut pendokumentasian sejarah berkaitan integriti dalam negara.

7

nEws / bERITA

(berdiri dari kiri) Tan sri mohamad Zabidi Zainal, Prof. emeritus dato’ dr. Ibrahim bin Ahmad bajunid, Tan sri datuk Amar (dr) Hamid bugo, dr. Anis Yusal Yusoff, Tan sri dato’ seri ranjit Ajit singh, Tan sri Haji Ambrin buang dan datuk dzulkifli Ahmad. (duduk dari kiri) Tan sri dr. Ali Hamsa dan dr. chandra muzaffar

Oleh Norliana Ali Akbar dan Azni Husairi

semakan semula Pelan integriti nasional diPersetujui ahli lembaga Pengarah integriti

menutup tirai tahun 2016, Institut Integriti malaysia (INTeGrITI) telah melangsungkan

mesyuarat Lembaga Pengarahnya yang terakhir bagi tahun berkenaan di bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Ia dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi INTeGrITI, Ketua setiausaha Negara, Tan sri dr. Ali Hamsa.

Hadir dalam mesyuarat yang berlangsung pada 20 disember itu ialah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah INTeGrITI iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam malaysia, Tan sri mohamad Zabidi Zainal; Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara, Tan sri Haji Ambrin buang; Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya Pencegahan rasuah malaysia (sPrm), datuk dzulkifli Ahmad; Pengarah bebas bukan eksekutif sime darby berhad, Tan sri datuk Amar (dr) Hamid bugo; Pengerusi suruhanjaya sekuriti malaysia (sc), Tan sri dato’ seri ranjit Ajit singh; Prof. emeritus dato’ dr. Ibrahim Ahmad bajunid, INTI-Laureate International; Presiden Pergerakan Keadilan sedunia (JusT), dr. chandra muzaffar. Tidak ketinggalan dalam mesyuarat tersebut ialah Presiden dan Ketua Pegawai eksekutif INTeGrITI, dr. Anis Yusal Yusoff.

sepanjang dua jam mesyuarat berjalan, pelbagai isu dan agenda integriti telah diperbincangkan. Antara yang disentuh secara mendalam ialah cadangan mengkaji dan menyemak semula Pelan Integriti Nasional (PIN) agar selari dengan perkembangan terkini dan isu-isu semasa yang melatari

negara ini. bagaimanapun, usaha ini wajar mengambil kira kemunculan new players dalam konteks koordinasi program integriti.

PIN sedia ada dibangunkan pada 12 tahun lalu berdasarkan Laporan kajian Persepsi Awam Terhadap rasuah yang dilaksanakan pada tahun 2002. Justeru, isu, masalah, dan cabaran yang menjadi rasional kepada kewujudan PIN berkemungkinan tidak lagi relevan pada masa kini.

selain itu, beberapa usul lain turut dibentangkan yang antara lain akan menjadikan INTeGrITI sebagai sebuah institusi unggul yang menerajui pelaksanaan agenda integriti negara. dalam menjalankan usaha ini dengan kekangan ekonomi negara yang tidak begitu memberangsangkan, sudah

pasti faktor kewangan menjadi cabaran utama kepada INTeGrITI. sehubungan dengan itu, INTeGrITI disyorkan untuk menjana sumber kewangan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada peruntukan kewangan atau geran yang diberi oleh kerajaan setiap tahun.

Turut dibentangkan dan dibincangkan ialah beberapa program teras INTeGrITI yang dilihat akan menjadi pemangkin kepada perubahan pengamalan integriti masyarakat malaysia. Antara yang menjadi tumpuan ialah malaysian Integrity Profile (mIP) iaitu sebuah ujian psiko metrik yang difokuskan kepada kakitangan awam dan swasta yang memegang jawatan berisiko seperti keselamatan dan penguatkuasaan serta kewangan dan perolehan.

8

nEws / bERITA

sebagai persediaan melangkah ke tahun baru, baru-baru ini warga kerja Institut Integriti malaysia

(INTeGrITI) telah menghadiri Kursus Pengurusan strategik dan Perancangan organisasi di Port dickson, Negeri sembilan. Namun, bak sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau, INTeGrITI bertuah kerana berpeluang menimba ilmu dan pengalaman di dua buah syarikat sewaktu dalam perjalanan menuju ke destinasi kursus.

Toto malaysia sdn bhd, sebuah syarikat Jepun yang terletak senawang Industrial Park, Negeri sembilan merupakan tempat persinggahan INTeGrITI yang pertama. syarikat berkenaan merupakan antara pengeluar kelengkapan bilik air yang terkenal di peringkat antarabangsa.

banyak perkara menarik yang dipelajari di sana. Antaranya ialah tahap disiplin yang ditonjolkan oleh para pekerja. Ketika dibawa meninjau di sekitar kilang, semua pekerja kelihatan begitu tekun. uniknya, terdapat sistem lampu isyarat dan laluan pejalan kaki disediakan di dalam kilang bagi melancarkan pergerakan ‘lalu lintas’ di dalam kawasan tersebut.

Toto malaysia juga mengamalkan konsep ruang pejabat terbuka. Ini bermakna, tiada bilik khas untuk pegawai atasan, sekali gus memberi ruang kepada warganya bekerja sebagai satu keluarga besar yang rapat. Pengurus Tanggungjawab sosial Korporat, Pn. siti Tan berkata, hubungan yang akrab turut dibina dengan menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (csr) di luar premis bersama-sama yang lazimnya dilakukan di luar waktu bekerja.

destinasi kedua INTeGrITI ialah sahabat Ikhtiar retort sdn bhd di senawang New Industrial Park,

syarikat yang menawarkan khidmat pembungkusan dan penyediaan makanan dengan menggunakan teknologi retort. Ketika dibawa melawat ke dalam kilang, Pengurus operasinya, Hj. Zulkifli osman memberitahu disiplin kriteria yang amat penting ketika melaksanakan operasi di kilang. Ini bagi memastikan kualiti makanan yang dibungkus berada dalam keadaan baik.

Walaupun singkat, kunjungan ke dua-dua syarikat ini memberikan INTeGrITI idea dan pengalaman dari pelbagai sudut. Antaranya meliputi pengurusan perancangan strategik syarikat dan

timba Pengalaman, kunjungan ke toto malaysia dan sahabat ikhtiar retort Oleh Azni Husairi dan Hj. Hamilye Sham Harun

Pn. siti Tan memberikan penerangan sebelum membawa warga INTeGrITI melawat sekitar bangunan Toto malaysia

dr. Anis Yusal Yusoff menerima cenderahati daripada Hj. Zulkifli osman, sahabat Ikhtiar retreat sdn bhd

suasana ketika mengunjungi Toto malaysia

pendekatan serta konsep tadbir urus terbaik. selain itu, ia turut merangsang warga INTeGrITI agar meningkatkan lagi kebolehan dan daya fikir yang berinovasi dalam usaha merencana pelbagai inisiatif unik dan berimpak tinggi bagi mendepani isu dan cabaran getir integriti pada masa depan.

9

malaysia mengikut imPian kitaOleh Dr. Anis Yusal YusoffDisiarkan dalam BH Online, 13 Disember 2016

setiap orang mempunyai impian tersendiri mengenai malaysia yang bagaimana yang kita impikan. Ada yang mahu malaysia makmur, harmoni, maju dan setanding

dengan negara maju lain. Ada berkeinginan malaysia bebas rasuah. Ada yang harap agar negara kita bebas daripada puak ekstremis yang mengguna agama untuk kepentingan peribadi. Lebih bahaya apabila ada antara individu ini merasakan diri lebih mulia dan hebat daripada orang lain.

Negara kita sudah berusia hampir 60 tahun. Pada waktu ini kita menghadapi pelbagai cabaran yang mendepani masa depan negara yang kita cintai ini. dalam banyak cabaran yang menanti, tiga cabaran penting untuk kita fikir bersama.

Pertama, cabaran ekonomi dan pengurusan kewangan. Keadaan ekonomi tidak stabil boleh menyukarkan kita untuk berjaya mencapai hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi. Kedua, cabaran dalam konteks perpaduan antara pelbagai etnik, terutama untuk menentukan kesepaduan sosial dapat dipertingkatkan dengan program penyatupaduan agar kita terus jadi negara berbilang kaum dihormati di dunia.

Ketiga, dan mungkin cabaran yang paling getir adalah cabaran dalam konteks kerakusan manusia yang jadi perasuah, penerima rasuah dan yang menyalah gunakan kuasa dan kedudukan. Tiga cabaran ini sekiranya tidak kita tangani segera akan membawa negara kita ke belakang. Asas permasalahan yang menyebabkan tiga perkara ini menjadi masalah adalah kerana ramai daripada kita hanya mendidik akal untuk menjadi bijak pandai, tetapi kita gagal mendidik hati menjadi orang yang baik dan pekerti.

Bina karakter baik

maka proses dari TAdIKA ke sekolah sehingga ke universiti hanya fokus kepada pembinaan tahap keintelektualan. Tetapi, jarang kita mendidik hati untuk membina karakter yang baik dengan nilai murni. Pendidikan pada hati untuk bina jati diri, disiplin dan menjadikan seseorang itu insan yang berintegriti, bukan hanya boleh kita peroleh dalam bilik kuliah.

Pengalaman peribadi penulis sendiri, banyak perkara yang penulis belajar daripada melihat tindak-tanduk kedua-dua ibu bapa. mereka tidak pernah beri ceramah atau kuliah definisi perkataan integriti, akauntabiliti ataupun ketelusan. Tetapi, mereka tunjuk melalui amalan, apa yang mereka maksudkan mengenai konsep pada perkataan itu. Ini perlu diteladani.

Ketika menuntut di maktab Tentera diraja pula, penulis dibentuk menjadi orang berdisiplin. belajar erti akauntabiliti dalam konteks tanggung dan jawab. Kita harus berani mengambil tanggungjawab. Penulis juga dididik menghormati semua kaum,

agama dan faham maksud sebenar meritokrasi. Hati penulis diisi, karakter dibentuk, minda dipenuhi dengan ilmu, dan nilai kemanusiaan penulis diberi makna sebenar.

Akal dan hati harus dididik sama penting. sekiranya hati tidak disentuh, maka kita akan berdepan manusia yang ‘heartless’ - tidak berhati perut. Ini sangat bahaya untuk negara berbilang kaum seperti malaysia.

Tulisan ini adalah hasil pemerhatian sejak penulis mula berminat memahami bagaimana sesebuah negara dan rakyatnya dibentuk lebih 25 tahun lalu. rancangan malaysia Kedua yang dilancarkan pada 1970 menjadi pelan perancangan memperbetulkan permasalahan dihadapi negara waktu itu. Ini rancangan pasca mei 1969.

dalam konteks hari ini, negara mempunyai Pelan Integriti Nasional (PIN) yang perlu difahami semua dan dilaksanakan agensi pelaksana dalam PIN. usaha murni oleh agensi Institut Integriti malaysia, perlu diberi perhatian dan sokongan oleh semua lapisan masyarakat. Harapan masa depan negara ini terletak kepada sejauh mana kita dapat melahirkan rakyat berintegriti.

Tanpa integriti diri di hati, cabaran yang disebut awal tadi akan cepat menjadi kenyataan dan merosakkan negara yang kita cintai ini. Negara tidak akan mencapai hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi sekiranya kita mempunyai orang lebih mementingkan diri daripada mementingkan negara.

Perpaduan tidak akan tercapai selagi sifat dengki, iri hati dan pentingkan kaum dan diri masing-masing mengatasi kepentingan negara dan rakyat pelbagai kaum. masalah rasuah akan hanya jadi bahan laporan di dada akhbar kerana antara orang yang ingin memperbetulkan keadaan, mereka juga terdedah dengan risiko menjadi penerima rasuah apabila temptation menjadi terlalu tinggi.

Melahirkan insan berintegriti

semua ini membuatkan penulis lebih percaya dan yakin bahawa kita harus beri keutamaan kepada usaha mengubat hati untuk melahirkan manusia berintegriti dan hanya orang yang amanah, jujur dan boleh dipercayai, negara ini akan terus maju dan makmur.

Kepada semua ibu bapa di luar sana, teruslah beri panduan dan galakan untuk anak-anak berada pada jalan yang benar. Kepada guru dan pensyarah yang mencurah bakti membentuk modal insan dalam negara ini, sama-samalah kita berdoa semoga anda diberi kekuatan untuk terus tabah mendidik anak bangsa. selitkan ilmu membentuk hati integriti.

FEATUREs / RENcANA

10

FEATUREs / RENcANA

baru-baru ini, Institut Integriti malaysia (INTeGrITI) dengan kerjasama Razak School of Government berjaya menganjurkan Konvensyen Integriti Nasional

(KIN) 2016 sempena bulan Integriti.

KIN 2016 adalah salah satu daripada siri program yang telah diaturkan untuk direalisasikan sepanjang bulan November. Ia telah menyaksikan penyertaan aktif pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan jawatan. Lebih 400 peserta, sebahagian besar kalangan penjawat awam telah menjayakan konvensyen kesembilan itu.

Integriti berpegang pada keperluan utama bahawa usaha memupuk budaya berintegriti sewajarnya terdiri daripada pelbagai kaedah dan pendekatan yang berbeza agar selari dengan ciri-ciri anggota masyarakat itu sendiri.

masing-masing kumpulan mempunyai kehendak, keperluan dan keinginan yang berlainan. Justeru, setiap kumpulan sasaran harus didekati dengan cara tersendiri agar mereka dapat dengan mudah menerima, memahami dan menghayati budaya berintegriti dalam setiap tindakan masing-masing dengan efektif tanpa gagal.

meskipun KIN 2016 dikhususkan untuk menyentuh

budaya berintegriti: dekati komuniti iPtOleh Loganathan VeerasamyDisiarkan dalam Sinar Online, 21 Disember 2016

perspektif perkhidmatan awam tetapi wakil pelbagai sektor telah berkongsi pengalaman dan pandangan membina tentang cara mana terbaik untuk memperkukuh budaya berintegriti dalam perkhidmatan awam.

susulan KIN 2016 yang dilihat telah mendatangkan manfaat awal kepada anggota sektor awam, Persidangan Integriti Pendidikan Tinggi di Institut Kepimpinan dan Pembangunan universiti Teknologi mara di Nilai, Negeri sembilan bertemakan Persidangan Integriti Pendidikan Tinggi: memperkasa Pendidikan Tinggi Negara dilangsungkan pada 24 November lalu.

Persidangan ini diadakan dengan matlamat utama berkongsi pengalaman dan idea usaha-usaha pembudayaan integriti yang dijalankan di institusi pendidikan tinggi (IPT) negara, untuk memperkukuh kolaborasi dalam membina jaringan antara Integriti dengan institusi pendidikan tinggi dan hasil perbincangan dijadikan bahan rujukan pelaksanaan program integriti di IPT dalam negara.

dalam usia Integriti dan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang sudah lebih 12 tahun, pelbagai usaha terus diambil untuk membudayakan integriti warganegara termasuk IPT negara.

Apa yang perlu diingatkan adalah di hujung setiap kelas atau kuliah, ingatkan kepada pelajar agar ilmu yang mereka terima itu jangan disalahgunakan untuk kerja penipuan dan hanya untungkan diri sendiri sahaja. Anak-anak kita ini perlu dididik agar terus mencari ilmu terutama ilmu mengubat hati bagi

menentukan ilmu dunia ini, diseimbangi bagi menjadikan mereka adalah orang yang cekal, utuh dan tidak mudah dijual beli.

semoga negara kita dilindungi dan dipelihara oleh Yang maha esa.

* Penulis ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI

11

FEATUREs / RENcANA

dalam usaha menerapkan mesej integriti dalam kalangan penuntut IPT sejak 2005, Integriti telah menganjurkan pertandingan debat perdana integriti antara pusat-pusat pengajian tinggi dengan kerjasama majlis debat Antara universiti malaysia.

bagi meningkatkan kesedaran kepentingan pengalaman dan penghayatan integriti dalam kalangan warga baharu IPT, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran belia Negara (IKbN), Integriti menganjurkan sesi ceramah integriti.

Pada 2010, Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama dan sokongan Integriti telah menubuhkan rakan Integriti mahasiswa sebagai saluran untuk mempromosi budaya integriti dalam kalangan mahasiswa.

untuk berkongsi pengalaman negara-negara Asean dalam usaha penerapan integriti melalui pengajian tinggi, pada 2015, Integriti dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan suruhanjaya Pencegahan rasuah malaysia (sPrm) telah menganjurkan dialog Integriti Asean (AId) 2015.

Program ini telah membuka ruang untuk Kementerian Pendidikan Tinggi dan universiti sains malaysia (usm) berkongsi pengalaman mengenai langkah-langkah penerapan integriti. Pada 2017, Integriti akan menganjurkan AId bagi kali kedua.

Integriti yakin usaha-usaha perlu diperluaskan bagi menerapkan budaya berintegriti dalam tindakan melibatkan institusi pendidikan tinggi masing-masing dalam lima bidang utama iaitu tadbir urus dan pembangunan sumber manusia, pengurusan kewangan dan penjanaan kekayaan, pengurusan akademik, pengurusan hal ehwal pelajar, dan pembangunan komuniti dan kesukarelawan. bidang-bidang ini akan dikupas menerusi lima sesi selari yang diadakan pada persidangan kali ini.

sebagai gedung ilmu dan pusat pembentukan cendekiawan, institusi pendidikan tinggi memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan sosioekonomi negara dan pembangunan modal insan. dengan cabaran globalisasi, semua institusi pendidikan tinggi perlu mempunyai daya saing dan daya tahan supaya dapat berada dalam kelompok universiti terbaik dunia.

dalam konteks ini tumpuan khusus perlu diberikan kepada pembangunan modal insan dan tadbir urus baik yang mencerminkan integriti.

Integriti telah membangunkan beberapa instrumen untuk membantu organisasi menilai kekuatan dan kelemahan ke arah mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang tersebut.

Pertama, ujian Penilaian Integriti (IAT) bagi membantu organisasi menilai kekuatan dan kelemahan rangka kerja undang-undang, pentadbiran dan ekonomi berhubung dengan integriti dan rasuah.

Kedua, Profil Integriti malaysia (mIP) [nota: kita masukkan terma rasmi dalam bm], mekanisme yang dibangunkan dengan kerjasama mimos bhd, bagi mengadakan penilaian psiko metrik berasaskan kertas ujian atau talian untuk menilai sama ada pemohon dan pekerja sedia ada boleh dipercayai untuk bertindak dengan berintegriti demi kepentingan organisasi.

Ketiga, pelan intervensi integriti yang membantu organisasi membangunkan strategi integriti korporat sendiri secara menyeluruh.

Pendekatan ini akan membantu meningkatkan akauntabiliti dengan memfokuskan kepada ketelusan dan outcome yang disasarkan. Almarhum sultan Azlan shah pernah menegaskan pentingnya pihak universiti merangka kandungan pendidikan holistik merangkumi aspek agama, intelek, nilai murni dan integriti untuk menghasilkan graduan berilmu, beretika, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan, dan pada setiap masa bersifat jujur lagi ikhlas agar mendapat keredaan Ilahi.

Tokoh maal Hijrah 2009, Prof dr Yusuf al-Qardhawi juga pernah mengatakan, “apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.”

ungkapan dan kata-kata ini dengan sendiri membayangkan kepentingan peranan pendidikan masa kini dalam mencorakkan rupa generasi akan datang.

Peranan institusi pendidikan tinggi tidak hanya melahirkan generasi ‘baik’, sebaliknya perlu membentuk modal insan berkualiti. Amalan integriti adalah asas kepada tadbir urus yang baik.

maka, usaha meningkatkan integriti perlu diamalkan secara konsisten oleh setiap daripada kita khususnya generasi muda.

Integriti juga telah menggubal kurikulum bagi kanak-kanak

12

FEATUREs / RENcANA

* Penulis ialah Penyelaras Program Institusi Agama INTEGRITI

melestari bulan integriti Penjawat awamOleh Anuar AhmadDisiarkan dalam Utusan Online, 8 Disember 2016

mungkin ramai rakyat ma laysia tidak menye dari bahawa November la lu adalah sambutan bulan Integriti pada setiap tahun yang ditetapkan selepas pelancaran Pelan

Integriti Nasional pada 23 April 2004. sesuatu yang boleh kita banggakan adalah majoriti daripada 746 buah kementerian, jabatan dan agensi kerajaan telah mengambil kesempatan ini untuk mengadakan pelbagai program bagi memberikan kesedaran tentang pentingnya integriti dalam kehidupan, bukan sahaja sebagai penjawat awam tetapi sebagai rakyat negara ini keseluruhannya.

sambutan bulan Integriti juga agak sinonim dengan sambutan beberapa hari lain di peringkat antarabangsa yang agak berkait rapat dengan integriti iaitu International Day For Tolerance yang disambut pada 16 November, International Day For Elimination of Vio lence Against Women (25 November) dan World Anti-corruption day pada 9 disember setiap tahun.

selaku agensi pemantau dan pelaksana Pelan Integriti Nasio-nal, Institut Integriti malaysia (INTeGrITI) telah mengadakan empat program utama bagi melestarikan proses pembudayaan inte griti dalam kalangan masyarakat iaitu melalui pembentangan teater berjudul ‘Plastik Hitam’ hasil kerjasama dengan Pusat Kebudayaan universiti malaysia. Pembentangan teater karya dan arahan sutradara muda syahrul musa hasil lakonan

para siswazah ini membongkar tentang kepen tingan untuk menentang budaya keganasan dan prasangka buruk sesama manusia.

Pengumuman Global Terrorism Index 2016 oleh Institute for Economic and Peace, Australia baru-baru ini menunjukkan ancaman keganasan global di malaysia ber ada pada tahap sederhana iaitu pada tangga 61/130 dengan skor indeks 2.691/10 dengan angka 10 sebagai negara yang paling terdedah kepada ancaman keganasan.

Laporan itu menyebut bahawa Iraq mendahului dunia sebagai negara yang paling terdedah kepada keganasan dengan skor 9.96/10 dan diikuti oleh negara-negara yang setara dengannya iaitu Afghanistan, Nigeria, Pakistan, syria dan Yemen menduduki enam tangga teratas.

sementara itu, Turki dan Pe rancis yang baru mengalami beberapa siri pengeboman berada di tangga ke-14 (6.739/10) dan tangga 29 (5.603/10). Amerika syarikat dan united Kingdom tersenarai sebagai negara yang terdedah kepada ancaman pengganas iaitu di tangga ke-34 dan 36 dunia. dalam pada itu, Vietnam dan uruguay melengkapkan senarai sebagai negara paling selamat daripada ancaman keganasan dengan skor indeks sifar.

prasekolah. Projek perintis sukatan ini sedang dilaksanakan. Integriti berpandangan usaha membudayakan integriti di kalangan penuntut institusi pendidikan tinggi harus dipergiatkan.

Jika usaha ini dipertingkatkan diyakini akan membantu ke arah usaha memantapkan integriti sama ada dalam pelaksanaan

dasar atau program.

Kesedaran memperkasa integriti pendidikan tinggi negara berupaya membentuk generasi berilmu, berakhlak mulia dan berintegriti.

13

FEATUREs / RENcANA

sambutan bulan integriti tahun ini turut diisi dengan Konvensyen Integriti Nasional yang diadakan baru-baru ini bertemakan ‘Integriti dan Tadbir urus: memperkasa Imej Perkhidmatan Awam’.

Konvensyen dimulakan de ngan ucaptama Ketua setiausaha Negara, Tan sri dr. Ali Hamsa dengan mengupas tajuk ‘Ke Arah Perkhidmatan Awam Yang berintegriti Tinggi’ yang memberi amaran kepada penjawat awam yang tidak berintegriti bahawa salah laku rasuah dan penyelewengan mereka kini adalah terdedah kepada liputan media setiap kali tangkapan dibuat oleh suruhanjaya Pencegahan rasuah malaysia (sPrm) dan tidak sekadar diletakkan di dalam ‘pool’ di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja seperti amalan dulu.

Tindakan-tindakan drastik seumpama ini adalah amat penting bagi memulihkan imej perkhidmatan awam. Pengenalan dasar Pemisah (Exit Policy) juga adalah wake up call kepada penjawat awam yang selama ini mengambil remeh akan soal prestasi kerja dan kegagalan dalam me menuhi sasaran Kerja Tahunan (sKT) yang ditetapkan. bersempena dengan konvensyen itu juga Ali menyerahkan modul Latihan Pe ngukuhan Integriti Institusi Pe nguatkuasaan yang diterima oleh Pengerusi suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (eAIc), datuk Yaakop md. sam untuk dipanjangkan pelaksanaannya kepada 21 agensi penguatkuasaan yang terdapat dalam negara.

sambutan bulan Integriti ini disusuli dengan seminar Pe-ngukuhan Integriti Kepimpinan Pelajar yang berlangsung pada 24 November lalu di universiti Teknologi mara (uiTm) Kampus cawangan Nilai, Negeri sembilan. matlamat utama program adalah menyedarkan golongan mahasiswa akan kepentingan integriti dalam kehidupan mereka selaku pewaris kepada kepimpinan negara di masa depan.

Penyebaran khutbah Jumaat yang menyentuh tentang kepen tingan integriti juga diusahakan bagi menyedarkan lebih lapan juta jemaah yang membanjiri 6,391 buah masjid di seluruh negara.

mudahan-mudahan melalui empat program utama yang di-usahakan oleh Integriti bagi me nyedarkan tiga golongan uta ma

iaitu para karyawan seni melalui teater, penjawat awam melalui konvensyen integriti, golongan pelajar IPT melalui seminar kepimpinan berintegriti dan masyarakat Islam umumnya melalui khutbah Jumaat akan membantu negara dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang berakhlak mulia menjelang 2020.

Kepentingan integriti dalam dunia perniagaan pula terserlah dengan kejayaan seorang tokoh perniagaan India, mukesh Ambani yang mengetuai syarikat gergasi reliance Group yang mempu nyai tenaga kerja melebihi 50,000 orang di seluruh dunia.

beliau yang baru dinobatkan sebagai lelaki terkaya di India pada 2016 sejak 10 tahun berturut-turut dengan aset dianggarkan bernilai As$22.6 bilion yang sewaktu diwawancara oleh media mengatakan sentiasa melihat profil integriti seseorang kakitangan dari peringkat pengurusan hingga peringkat bawahan sebelum seseorang pekerja itu diambil untuk bekerja di syarikat miliknya.

mengikis persepsi buruk masyarakat terhadap penjawat awam adalah satu cabaran utama yang perlu diberikan tumpuan.

sejajar itu, unit Komunikasi Korporat yang ditubuhkan di setiap kementerian hendaklah melipat gandakan usaha meng-adakan kerjasama strategik dengan pihak media cetak dan elektronik serta media sosial untuk membuat pelaporan positif terhadap pencapaian perkhidmatan awam agar mereka tidak semata-mata mensensasikan kes-kes tangkapan rasuah yang hanya melibatkan segelintir kecil daripada keluarga besar penjawat awam yang berjumlah 1.61 juta itu.

Justeru, penulis ingin mengingatkan kepada seluruh warga penjawat awam khususnya dan seluruh masyarakat agar sentiasa mengingati akan pengajaran ayat terakhir yang diturunkan oleh Allah sWT kepada rasulullah sAW iaitu sembilan hari sebelum kewafatan baginda yang bermaksud: “dan peliharalah diri kamu dari azab Allah (kiamat) iaitu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedangkan seorang pun tidak akan dikurangkan balasan nya (dianiaya) sedikit pun.”

* Penulis ialah Penyelaras Program Institusi Pentadbiran INTEGRITI

14

nEw BOOKs In OUR LIBRARY/ bUKU bAHARU DI PUSAT ILMU INTEGRITI

citizenship and Accountability of Government: An Islamic Perspective is the final volume in Prof. m. H. Kamali’s series on fundamental

rights and liberties in Islam. It includes discussions of: the definitions of citizenship; the rights of citizens; the duties of citizens; citizenship laws; the concepts of dar al-Islam (abode of Islam), dar al-harb (abode of war) and the dar al-‘ahd (abode of treaty); the ummah and the nation-state; government as a trust; the selection of officials; the relationship between authority and citizens; corruption and the misuse of public funds; despotism and dynastic misrule; the right of complaint; the limits of obedience; impeachment of officials and heads of state; the foundation of institutions of accountability.

In addition to the topics of citizenship and accountability of government, this volume contains a discussion of freedom of movement in Islam, which is the last of the fundamental rights in Prof. m. H. Kamali’s series.

Publisher: Harvard University Press

Published: 2014

Writer: Zephyr Teachout

Publisher: Ilmiah Publisher

Published: 2013

Writer: Mohammad Hashim Kamali

corruPtion in america

When Louis XVI presented benjamin Franklin with a snuff box encrusted with diamonds and inset with the King’s portrait, the gift troubled Americans: it

threatened to “corrupt” Franklin by clouding his judgment or altering his attitude toward the French in subtle psychological ways.

Zephyr Teachout, a professor at Fordham university Law school and a candidate in this year’s democratic primary for governor of New York writes, “corruption in America,” which includes plenty of the juicy stories that make the genre so much fun to read. We learn, for example, about a diamond-studded snuffbox that Louis XVI gave benjamin Franklin, then our ambassador to France, and how the revolutionary generation regarded this gift - the result of a noncontroversial custom in europe - as a possible threat to republican virtue. Also, we learned that in 2010, one of the most consequential court decisions in American political history gave wealthy corporations the right to spend unlimited money to influence elections.

With unlimited spending transforming American politics for the worse, Zephyr Teachout warns citizens united and mccutcheon were not just bad law but bad history. If the American experiment in self-government is to have a future, then we must revive the traditional meaning of corruption and embrace an old ideal.

citizenshiP and accountability of government: an islamic PersPective

15

gALLERY / GALERI

siaran langsungPada 22 disember lalu, Penyelaras Program Kanak-Kanak, Pelajar dan belia, Pn. roziah Harun dijemput menghadiri sesi temu bual secara langsung bersama selamat Pagi malaysia (sPm) oleh radio Televisyen malaysia 1 (rTm1) bagi mengulas berkaitan modul Integriti Prasekolah (mIPs) yang lalu. Turut bersama dalam temu bual tersebut ialah maskot INTeGrITI.

Presiden dan Ketua Pegawai eksekutif INTeGrITI, dr. Anis Yusal Yusoff telah dijemput oleh dewan bahasa Pustaka (dbP) untuk merasmikan majlis pelancaran minggu Integriti dbP 2016, sekali gus menjadi salah seorang panel dalam forum bertajuk ‘Integriti budaya Kita’.

Pelancaranmajlis

temu bual sempena pelaksanaan projek sejarah Lisan bersama perintis Pelan Integriti Nasional (PIN), INTeGrITI bersama dengan Arkib Negara malaysia telah mengadakan sesi temu bual bersama Prof. rahimah Abd Aziz pada 22 disember. dalam sesi yang berlangsung di Arkib, beliau telah ditemu bual oleh Pengarah Kanan INTeGrITI, en. mohammad diah Hj. Wahari

integrit i .my @integrit idotmy integrit i .my

www.integrit i .my