helaian data keselamatan - petron.com.my · komposisi dan maklumat mengenai ramuan bahan kimia...

16
HELAIAN DATA KESELAMATAN Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 1 dari 16 BAHAGIAN 1 PENGENALAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN PEMBEKAL Helaian Data Keselamatan ini mematuhi peraturan di Malaysia berdasarkan tarikh semakan yang tercatat di atas. PRODUK Pengecam Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE Keterangan Produk: Hidrokarbon dan bahan tambahan Kod Produk: 708436 Kegunaan yang dibenarkan: Bahan api untuk enjin gasolin Kegunaan yang dilarang: Kegunaan bukan bahan api Nama Dagang Nama Dagang Nama Dagang 95 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE (YELLOW) 97 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE (RED)* 100 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE (DARK RED)* BLAZE 95 (Yellow) BLAZE 97 (Red)* BLAZE 100 (Dark Red)* * Memenuhi Spesifikasi Euro 4M PENGENALAN SYARIKAT Pengilang: Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd Port Dickson Refinery Batu 1.5 Off Jalan Pantai, 71009 Port Dickson MALAYSIA Pembekal: Petron Subsidiaries in Malaysia Menara I&P, Tower 1, No. 46, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur MALAYSIA Panggilan Kecemasan: 1800 806 211 (24 jam) +603 2082 8400 (waktu pejabat KL) +606 646 6000 (waktu pejabat PD) Pusat Racun Negara: +604 657 0099 (waktu pejabat) +6012 430 9499 (selepas waktu pejabat) BAHAGIAN 2 PENGENALAN BAHAYA KLASIFIKASI GHS Cecair mudah terbakar, Kategori 1 Kakisan atau kerengsaan kulit, Kategori 2 Kemutagenan sel germa, Kategori 1B Kekarsinogenan, Kategori 1B Ketoksikan Pembiakan, Kategori 2 Ketoksikan organ sasaran khusus Pendedahan tunggal, Kategori 1 (paru-paru, buah pinggang) Kategori 3 (kesan narkotik) Ketoksikan organ sasaran khusus Pendedahan berulang, Kategori 1 (sistem saraf) Kategori 2 (salur darah) Bahaya aspirasi, Kategori 1 Berbahaya kepada persekitaran akuatik (Bahaya kronik), Kategori 2

Upload: lamnga

Post on 18-Jul-2019

320 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 1 dari 16

BAHAGIAN 1 PENGENALAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA DAN PEMBEKAL

Helaian Data Keselamatan ini mematuhi peraturan di Malaysia berdasarkan tarikh semakan yang tercatat di atas.

PRODUK

Pengecam Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE Keterangan Produk: Hidrokarbon dan bahan tambahan Kod Produk: 708436 Kegunaan yang dibenarkan: Bahan api untuk enjin gasolin Kegunaan yang dilarang: Kegunaan bukan bahan api

Nama Dagang Nama Dagang Nama Dagang

95 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE (YELLOW)

97 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE (RED)*

100 RON UNLEADED MOTOR GASOLINE (DARK RED)*

BLAZE 95 (Yellow) BLAZE 97 (Red)* BLAZE 100 (Dark Red)*

* Memenuhi Spesifikasi Euro 4M PENGENALAN SYARIKAT

Pengilang: Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd Port Dickson Refinery

Batu 1.5 Off Jalan Pantai, 71009 Port Dickson MALAYSIA

Pembekal: Petron Subsidiaries in Malaysia Menara I&P, Tower 1, No. 46, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur MALAYSIA

Panggilan Kecemasan: 1800 806 211 (24 jam) +603 2082 8400 (waktu pejabat KL)

+606 646 6000 (waktu pejabat PD)

Pusat Racun Negara: +604 657 0099 (waktu pejabat) +6012 430 9499 (selepas waktu pejabat)

BAHAGIAN 2 PENGENALAN BAHAYA

KLASIFIKASI GHS Cecair mudah terbakar, Kategori 1

Kakisan atau kerengsaan kulit, Kategori 2

Kemutagenan sel germa, Kategori 1B

Kekarsinogenan, Kategori 1B

Ketoksikan Pembiakan, Kategori 2

Ketoksikan organ sasaran khusus – Pendedahan tunggal,

Kategori 1 (paru-paru, buah pinggang)

Kategori 3 (kesan narkotik)

Ketoksikan organ sasaran khusus – Pendedahan berulang,

Kategori 1 (sistem saraf)

Kategori 2 (salur darah)

Bahaya aspirasi, Kategori 1

Berbahaya kepada persekitaran akuatik (Bahaya kronik), Kategori 2

Page 2: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 2 dari 16

Perlabelan GHS

Piktogram bahaya

Kata Isyarat

Pernyataan Bahaya

Bahaya

H224 H315 H340 H350 H370 H336 H372 H373 H361fd H304 H411

Cecair dan wap paling mudah terbakar Menyebabkan kerengsaan kulit Boleh menyebabkan kecacatan genetik Boleh menyebabkan kanser Menyebabkan kerosakan organ (paru-paru, buah pinggang) Boleh menyebabkan mengantuk dan kepeningan (kesan narkotik) Menyebabkan kerosakan pada salur darah melalui pendedahan berpanjangan atau berulang Boleh menyebabkan kerosakan salur darah melalui pendedahan berpanjangan atau berulang Disyaki merosakkan kesuburan. Disyaki merosakkan janin Boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki saluran pernafasan Toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan

PERNYATAAN LANGKAH PERLINDUNGAN

Pernyataan Berjaga-jaga – Pencegahan

P201 Dapatkan arahan khas sebelum menggunakan produk. P202 Jangan kendalikan bahan sehingga semua langkah berjaga-jaga keselamatan telah dibaca dan difahami. P210 Jauhkan daripada haba/percikan api/nyalaan terbuka/permukaan panas – Dilarang merokok. P233 Pastikan bekas ditutup dengan ketat. P240 Bumikan/ikat bekas dan kelengkapan terimaan. P241 Gunakan kelengkapan elektrik/pengalihudaraan/pencahayaan yang tahan letupan. P242 Gunakan hanya alat yang tidak mengeluarkan percikan api. P243 Ambil langkah berjaga-jaga terhadap nyahcas statik. P260 Jangan sedut habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan. P261 Elakkan daipada tersedut habuk/wasap/gas/kabus/wap/semburan. P264 Basuh tangan sebersih-bersihnya selepas mengendalikan bahan. P270 Jangan makan, minum atau merokok semasa menggunakan produk ini. P271 Gunakan hanya di luar bangunan atau di dalam kawasan yang dialihudarakan dengan baik. P273 Elakkan pelepasan bahan ke persekitaran. P280 Pakai sarung tangan pelindung/pakaian pelindung/perlindungan mata dan muka. P281 Gunakan kelengkapan pelindung diri seperti yang diperlukan.

Pernyataan Berjaga-jaga – Respon

P301 + P310 JIKA TERTELAN: Segera hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan. P302 + P352 JIKA TERKENA KULIT: Basuh dengan sabun dan air yang banyak. P303 + P361 + P353 JIKA TERKENA KULIT (atau rambut): Segera tanggalkan/buka semua pakaian yang

tercemar. Basuh kulit dengan air/pancuran air.

Page 3: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 3 dari 16

P304 + P340 JIKA TERSEDUT: Pindahkan mangsa ke kawasan berudara segar dan biarkan mangsa dalam keadaan rehat supaya mangsa dapat bernafas dengan selesa.

P307 + P311 JIKA terdedah: Hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan. P308 + P313 JIKA terdedah atau terkena bahan: Dapatkan nasihat/rawatan perubatan. P312 Hubungi PUSAT RACUN atau doktor/pakar perubatan jika anda rasa tidak sihat P314 Dapatkan nasihat/rawatan perubatan jika anda rasa tidak sihat. P331 JANGAN paksa muntah. P332 + P313 Jika berlaku kerengsaan kulit: Dapatkan nasihat/rawatan perubatan. P362 Tanggalkan pakaian tercemar dan basuh sebelum menggunakannya semula. P370 + P378 Jika berlaku kebakaran: Gunakan kabus air, bahan kimia kering atau karbon dioksida

(CO2) untuk memadamkan kebakaran.

Pernyataan Berjaga-jaga – Penyimpanan

P403 + P233 Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Pastikan bekas ditutup dengan

ketat. P403 + P235 Simpan di tempat yang dialihudarakan dengan baik. Simpan di tempat sejuk. P405 Simpan di tempat berkunci. Pernyataan Berjaga-jaga – Pelupusan

P501 Lupuskan kandungan/bekas menurut undang-undang tempatan/ daerah/ kebangsaan/

antarabangsa

BAHAGIAN 3 KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA

Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks

Nama Nombor CAS Kepekatan*

GASOLIN 86290-81-5 > 99 %

Komponen Berbahaya Terkandung Di Dalam Bahan Rumit

Nama Nombor CAS Kepekatan*

BENZENA 71-43-2 0.1 – 5% (R95) 0.1 – 3.5% (R97 and R100)

BUTANA 106-97-8 1 - 5%

ETIL BENZENA 100-41-4 1 - 5%

ISOPENTANA 78-78-4 5 - 10%

n-Heksana 110-54-3 < 3%

PSEUDOKUMENIA (1,2,4-TRIMETILBENZENA) 95-63-6 5 - 10%

TOLUENA 108-88-3 > 3 %

XILENA 1330-20-7 5-10%

*Semua kepekatan dinyatakan sebagai peratus berat, kecuali ramuan berkenaan adalah gas. Kepekatan gas dinyatakan sebagai peratus isipadu.

NOTA: Komposisi mungkin mengandungi sehingga 0.5% bahan tambah prestasi dan/atau pewarna. Kepekatan komponen yang ditunjukkan di atas mungkin berbeza-beza. Di negara tertentu, kandungan benzena mungkin dihadkan pada paras yang lebih rendah. Oksigenat seperti tertiari-amil-metil eter, etanol, di-isopropil eter dan etil-tertiari-butil eter mungkin ada. Disebabkan kemeruapan produk, wap gasolin mungkin mengandungi kepekatan komponen yang berbeza daripada kepekatan komponen dalam gasolin cecair. Komponen utama wap gasolin ialah:

Page 4: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 4 dari 16

butana, isobutana, pentana dan isopentana. Peratus komponen boleh lapor, ditunjukkan dalam bahagian Maklumat Kawal Selia, berdasarkan penilaian API bagi campuran gasolin biasa.

BAHAGIAN 4 LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

TERSEDUT Segera pindahkan mangsa daripada terdedah terlalu lama. Bagi mereka yang memberikan bantuan, elakkan diri sendiri atau orang lain daripada terdedah kepada produk. Gunakan perlindungan pernafasan yang sesuai. Jika berlaku kerengsaan pernafasan, kepeningan, mual atau tidak sedar diri, segera dapatkan bantuan perubatan. Jika pernafasan terhenti, berikan bantuan penguadaraan dengan alat mekanikal atau resusitasi mulut ke mulut.

TERKENA KULIT Basuh kawasan kulit yang terkena dengan sabun dan air.

Tanggalkan pakaian yang tercemar. Basuh pakaian yang tercemar sebelum menggunakannya semula. Jika produk disuntik ke dalam atau di bawah kulit, atau ke dalam mana-mana bahagian badan, tanpa mengira rupa atau saiz luka, orang itu hendaklah diperiksa semula oleh pakar perubatan dengan segera sebagai kes kecemasan pembedahan. Walaupun simptom awal daripada suntikan tekanan tinggi mungkin minimum atau tiada, rawatan pembedahan awal dalam tempoh beberapa jam pertama boleh mengurangkan tahap kecederaan utama dengan ketara.

TERKENA MATA Jirus bersih-bersih dengan air selama sekurang-kurangnya 15

minit. Dapatkan bantuan perubatan. TERTELAN Dapatkan rawatan dengan segera. Jangan muntahkan. CATATAN UNTUK DOKTOR Jika tertelan, bahan mungkin disedut ke dalam paru-paru dan

menyebabkan pneumonitis kimia. Rawat dengan sewajarnya. Bahan ini yang berhidrokarbon ringan, atau sebagai komponen, boleh dihubungkait dengan pemekaan jantung jika pendedahan secara berpanjangan (melebehi kadar batasan pendedahan pada tahap pekerjaan biasa) atau pada pendedahan berterusan kepada tahap stres yang tinggi atau bahan rangsangan-jantung seperti adrenalina. Pengambilan bahan-bahan tersebut mestilah di elakkan.

KEADAAN PERUBATAN PRAWUJUD YANG MUNGKIN SEMAKIN TERUK AKIBAT PENDEDAHAN

Mengandungi Benzena - Individu yang menghidap penyakit limpa mungkin lebih mudah terdedah kepada kesan toksik.

BAHAGIAN 5 LANGKAH-LANGKAH PEMADAMAN KEBAKARAN

BAHAN PEMADAM API

Bahan Pemadam Api yang Sesuai: Gunakan kabus air, bahan kimia kering atau karbon dioksida

(CO2) untuk memadam api Media Pemadam yang Tidak Wajar: Pancutan Air Terus

Page 5: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 5 dari 16

MEMADAM KEBAKARAN

Arahan Memadam Kebakaran: Pindahkan orang daripada kawasan berkenaan. Jika kebocoran

atau tumpahan belum tercucuh, gunakan semburan air untuk menyebarkan wap dan melindungi kakitangan yang cuba menghentikan kebocoran. Jangan biarkan air larian daripada kawalan kebakaran atau pencairan memasuki anak sungai, pembetung atau bekalan air minum. Pemadam kebakaran hendaklah menggunakan kelengkapan pelindung yang standard, dan di kawasan tertutup, pakai alat pernafasan serba lengkap (SCBA). Gunakan semburan air bagi menyejukkan permukaan yang terdedah kepada kebakaran dan bagi melindungi pekerja.

Bahaya Kebakaran yang Luar Biasa: AMAT MUDAH TERBAKAR. Mengandungi bahan berbahaya.

Ahli bomba dan penyelamat kebakaran hendaklah menggunakan kelengkapan pelindung yang dinyatakan dalam Bahagian 9. Wap mudah terbakar dan lebih berat daripada udara. Wap boleh bergerak di seluruh tanah dan mencapai sumber pencucuhan jauh, menyebabkan bahaya kebakaran flashback.

Hasil Pembakaran Berbahaya: Asap, wasap, aldehid, oksida sulfur, produk pembakaran tidak

lengkap, oksida karbon SIFAT-SIFAT MUDAH MENYALA

Takat Kilat, ASTM D56: - 430C

Had Mudah Menyala (Anggaran % isi padu di udara): LEL: 1.2 UEL: 8.2

Suhu Pengautocucuhan: Tidak Ditentukan

BAHAGIAN 6 LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA

PROSEDUR PEMBERITAHUAN

Sekiranya berlaku tumpahan atau pelepasan yang tidak disengajakan, maklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan menurut semua peraturan terpakai.

LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN

Hindarkan daripada terkena bahan tumpah. Penduduk di kawasan sekitar dan di bawah arah tiupan angin harus diberi amaran atau dipindahkan jika perlu kerana ketoksikan atau kemudahnyalaan bahan. Lihat Bahagian 5 untuk maklumat memadam kebakaran. Lihat Seksyen Pengenalpastian Bahaya untuk Bahaya Utama. Lihat Bahagian 4 untuk Langkah Pertolongan Cemas. Lihat Bahagian 8 untuk nasihat minima keperluan kelengkapan pelindung diri. Kelengkapan pelindungan diri tambahan mungkin diperlukan bergantung keadaan spesifik dan/atau pertimbangan pakar dari tindakbalas kecemasan. Bagi anggota bantuan kecemasan: Perlindungan pernafasan: Alat pernafasan separa muka atau seluruh muka dengan penapis wap organik dan H2S atau Alat Pernafasan Serba Lengkap (SCBA) boleh digunakan apabila perlu, bergantung kepada saiz tumpahan dan tahap pendedahan yang mungkin berlaku. Jika pendedahan tidak dapat dicirikan sepenuhnya atau atmosfera

Page 6: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 6 dari 16

yang rendah oksigen dijangka boleh berlaku, SCBA adalah disyorkan. Sarung tangan kerja yang tahan hidrokarbon aromatik adalah disarankan. Catatan: sarung tangan yang diperbuat daripada polivinil asetat (PVA) tidak kalis air dan tidak sesuai untuk digunakan semasa kecemasan. Gogal kimia adalah disyorkan jika ada kemungkinan terpercik atau terkena pada mata. Tumpahan kecil: Pakaian kerja antistatik yang biasa lazimnya memadai. Tumpahan besar: sut pelindung tubuh lengkap yang diperbuat daripada bahan yang tahan kimia dan antistatik adalah disyorkan.

PENGURUSAN TUMPAHAN Tumpahan Tanah :

Buang semua sumber pencucuhan (dilarang merokok, jauhkan suar, percikan api, atau nyalaan dari kawasan sekitar). Hentikan bocoran jika dapat melakukannya tanpa risiko. Semua peralatan yang digunakan semasa mengendalikan produk mestilah dibumikan. Jangan sentuh atau berjalan melalui bahan yang tertumpah. Jangan biarkan tumpahan memasuki jalan air, pembetung, aras bawah tanah atau kawasan tertutup. Busa penyekat wap boleh digunakan untuk mengurangkan wap. Gunakan alat bersih yang tidak mengeluarkan percikan api untuk mengumpulkan bahan yang terserap. Serap atau tutup dengan tanah kering, pasir atau bahan lain yang tidak boleh terbakar, dan pindahkan ke dalam bekas. Tumpahan Besar: Semburan air mungkin mengurangkan wap; tetapi mungkin tidak mencegah pencucuhan dalam ruang tertutup.

Tumpahan Air :

Buang semua sumber pencucuhan (dilarang merokok, jauhkan suar, percikan api, atau nyalaan dari kawasan sekitar). Hentikan bocoran jika dapat melakukannya tanpa risiko. Jangan kepung di kawasan tumpahan. Para penghuni dan perkapalan di kawasan bawah angin harus dimaklumkan tentang bahaya kebakaran dan ledakan, dan diingatkan supaya menjauhinya. Biarkan cecair sejat daripada permukaan. Minta nasihat seorang pakar sebelum menggunakan bahan penyebar. Saranan bagi tumpahan dalam air dan tumpahan di darat adalah berdasarkan senario tumpahan yang paling mungkin bagi bahan ini; walau bagaimanapun, keadaan geografi, angin, suhu, (dan dalam keadaan tumpahan dalam air) arah gelombang dan arus serta kelajuan mungkin banyak mempengaruhi tindakan sewajarnya yang patut diambil. Untuk tujuan ini, sila rujuk pakar tempatan. Perhatian: Peraturan tempatan mungkin menetapkan atau mengehadkan tindakan yang patut diambil.

LANGKAH PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR

Tumpahan Besar: Bina benteng jauh dari kawasan tumpahan cecair supaya tumpahan dapat dikumpulkan dan dilupuskan kemudian. Jangan biarkan tumpahan memasuki jalan air, pembetung, aras bawah tanah atau kawasan tertutup.

Page 7: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 7 dari 16

BAHAGIAN 7 PENGEDALIAN DAN PENYIMPANAN

PENANGANAN

Hindarkan semua sentuhan diri. Cegah pendedahan kepada sumber pencucuhan, misalnya dengan menggunakan perkakas tanpa bunga api dan peralatan yang kalis letupan. Wasap/wap yang berpotensi toksik/merengsa boleh dihasilkan daripada bahan yang dipanaskan atau dikocak. Jangan sedut melalui mulut. Gunakan dengan pengalihan udara yang cukup sahaja. Tidak boleh digunakan sebagai pelarut cucian atau bahan api bukan jentera lain. Untuk digunakan sebagai bahan api jentera sahaja. Meletakkan bahan api di dalam bekas yang tidak diluluskan adalah berbahaya dan/atau menyalahi undang-undang. Jangan isi bekas dengan bahan semasa bekas di dalam kenderaan. Elektrik statik boleh mencucuhkan wap dan menyebabkan kebakaran. Letakkan bekas di atas tanah semasa mengisi dan pastikan muncung menyentuh bekas. Jangan gunakan alat elektrik (termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon selular, komputer, kalkulator, alat kelui atau alat elektrik lain dan sebagainya) di mana-mana kawasan atau sekitar mana-mana kawasan pengendalian atau penyimpanan bahan api melainkan alat tersebut pada asasnya disahkan selamat oleh agensi pengujian kebangsaan yang diluluskan dan mematuhi piawaian keselamatan yang dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan kebangsaan dan/atau tempatan. Elakkan berlakunya tumpahan kecil dan kebocoran untuk mengelakkan bahaya tergelincir. Bahan boleh mengumpul cas statik yang boleh menyebabkan pencucuhan. Gunakan pencantuman dan/atau prosedur pembumian yang betul. Bagaimana pencantuman dan pembumian tidak akan menhapuskan bahaya dari pengumpulan statik. Dapatkan nasihat dari pihak piawaan tempatan yang berkenaan untuk nasihat.Rujukan tambahan termasuk dari American Petroleum Institute 2003 ("Protection Against Ignition Arising out of Static, Lightning and Stray Currents") atau National Fire Protection Agency 77 ("Recommended Practice on Static Electricity) atau CENELEC CLC/TR 50404 ("Electrostatic - Code of Practice for the avoidance of hazard due to static electricity").

Pengumpul Statik Bahan ini adalah pengumpul statik. Cecair pada asasnya tidak mengalirkan elektrik, pengumpul statik jika pengalirannya adalah dibawah 100 pS/m (100x10E-12 Siemens per meter segi), dan dianggap sebagai separa mengalir, pengumpulan statik jika pengalirannya adalah kurang dari 10,000 pS/m. Samaada cecair tidak mengalir letrik atau separa, langkah berjaga jaganya adalah sama. Beberapa faktor, sebagai contoh suhu cecair, kehadiran bahan cemar, additif anti-statik dan penurasan boleh mempengaruhi pengaliran dalam cecair.

PENYIMPANAN

Bekalan air kebakaran yang cukup harus disediakan. Sistem pemercik/simbahan tetap adalah disarankan. Pemilihan bekas, sebagai contoh bekas penyimpanan, mungkin memberi kesan pengumpulan statik dan penghapusahan. Bekas hendaklah ditutup. Kendalikan bekas dengan berhati-hati. Buka bekas perlahan-lahan untuk mengawal pelepasan tekanan yang mungkin berlaku. Simpan bahan di tempat yang dingin dan baik

Page 8: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 8 dari 16

pengalihan udaranya. Penyimpanan di luar atau terpisah lebih diutamakan. Bekas harus dinyahcaskan ke bumi dengan tatacara yang sewajarnya. Bekas penyimpanan tetap, bekas pemindahan dan peralatan berkaitan harus dibumikan dan dirangkaikan demi mencegah penimbunan cas statik.

BAHAGIAN 8 KAWALAN PENDEDAHAN DAN PERLINDUNGAN DIRI

NILAI HAD PENDEDAHAN

Had/piawai pendedahan (Catatan: Had pendedahan adalah bukan bahan tambahan)

Nama Bahan Had / Piawai Catatan Sumber Tahun

BENZENA PEL 1.6 mg/m3 0.5 ppm PEL Malaysia 2000

BENZENA STEL 2.5 ppm Kulit ACGIH 2011

BENZENA TWA 0.5 ppm Kulit ACGIH 2011

BUTANA PEL 1900 mg/m3 800 ppm PEL Malaysia 2000

BUTANA TWA 1000 ppm ACGIH 2011

ETIL BENZENA PEL 434 mg/m3 100 ppm PEL Malaysia 2000

ETIL BENZENA TWA 20 ppm ACGIH 2011

ISOPENTANA PEL 1770 mg/m3 600 ppm PEL Malaysia 2000

ISOPENTANA TWA 600 ppm ACGIH 2011

N-HEKSANA PEL 176 mg/m3 50 ppm Kulit PEL Malaysia 2000

N-HEKSANA TWA 50 ppm Kulit ACGIH 2011

PSEUDOKUMENIA (1,2,4- TRIMETILBENZENA)

TWA 25 ppm ACGIH 2011

TOLUENA PEL 188 mg/m3 50 ppm Kulit PEL Malaysia 2000

TOLUENA TWA 20 ppm ACGIH 2011

XILENA PEL 434 mg/m3 100 ppm PEL Malaysia 2000

XILENA STEL 150 ppm ACGIH 2011

XILENA TWA 100 ppm ACGIH 2011

CATATAN: Had/piawai yang ditunjukkan adalah sebagai panduan sahaja. Ikut peraturan yang berkaitan.

Page 9: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 9 dari 16

KAWALAN KEJURUTERAAN Tahap perlindungan dan jenis kawalan yang perlu akan berbeza-beza mengikut keadaan pendedahan yang mungkin berlaku. Langkah kawalan yang perlu dipertimbangkan: Gunakan peralatan pengudaraan kalis ledakan supaya sentiasa berada di bawah had pendedahan

PERLINDUNGAN DIRI Pemilihan kelengkapan pelindung diri berbeza-beza mengikut keadaan pendedahan yang mungkin berlaku seperti penggunaan, prosedur pengendalian, kepekatan dan pengalihudaraan. Maklumat pemilihan kelengkapan pelindung untuk digunakan dengan bahan ini, seperti yang diberikan di bawah, adalah berdasarkan penggunaan biasa yang ditetapkan

Perlindungan Pernafasan: Jika kawalan kejuruteraan tidak dapat mengekalkan tahap kepekatan bahan cemar bawaan udara pada tahap yang sesuai untuk melindungi kesihatan pekerja, maka alat pernafasan yang diluluskan mungkin sesuai digunakan. Pemilihan, penggunaan dan penyenggaraan alat pernafasan mestilah menurut keperluan kawal selia, jika berkaitan. Jenis alat pernafasan yang akan dipertimbangkan bagi bahan ini termasuk: Keperluan khusus tidak diperlukan dalam keadaan penggunaan biasa dan dengan pengudaraan yang mencukupi. Bagi tahap kepekatan bawaan udara yang tinggi, gunakan alat pernafasan bekalan udara yang diluluskan, yang dikendalikan dalam mod tekanan positif. Alat pernafasan bekalan udara dengan botol pelepasan mungkin sesuai apabila paras oksigen tidak mencukupi, ciri amaran gas/wap tidak berfungsi dengan baik, atau jika keupayaan/pengkadaran penapis penulenan udara melebihi had yang ditetapkan.

Perlindungan Tangan: Sebarang maklumat tertentu yang diberikan tentang sarung

tangan adalah berdasarkan maklumat yang diterbitkan dan data pengeluar sarung tangan.Sarung tangan yang bersesuaian dan ketentuan waktu lusuh bergantung kepada penggunaannya. Hubungi pembuat sarung tangan untuk mendapat nasihat tertentu tentang pemilihan sarung tangan dan waktu lusuh untuk keadaan penggunaan anda. Periksa dan tukar sarung tangan lusuh dan rosak. Jenis sarung tangan yang perlu dipertimbangkan termasuk: Disarankan memakai sarung tangan pelindung terma yang kalis bahan kimia. Jika produk mungkin terkena lengan bawah, pakai sarung tangan gauntlet. Nitril, Viton

Perlindungan Mata

Jika produk mungkin terkena mata, disyorkan memakai kaca mata keselamatan dengan pelindung sisi.

Perlindungan Kulit dan Tubuh:

Sebarang maklumat khusus yang diberikan tentang pakaian adalah berdasarkan maklumat yang diterbitkan atau data pengilang. Jenis pakaian yang akan dipertimbangkan bagi bahan ini termasuk: Pakaian kalis bahan kimia/minyak disarankan.

Page 10: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 10 dari 16

Langkah Kebersihan Khusus:

Sentiasa patuhi langkah kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan selepas mengendalikan bahan dan sebelum makan, minum dan/atau menghisap rokok. Sentiasa basuh pakaian kerja dan kelengkapan pelindung untuk menanggalkan bahan cemar. Buang pakaian dan kasut yang tercemar yang tidak boleh dibersihkan. Amalkan prosedur penyelenggaraan yang baik

Kawalan Alam Sekitar

Rujuk bahagian 6, 7, 12 dan 13.

BAHAGIAN 9 SIFAT FIZIKAL DAN KIMIA

Catatan: Sifat-sifat fizikal dan kimia disediakan untuk keselamatan, kesihatan dan alam sekitar pertimbangan sahaja dan mungkin tidak mewakili sepenuhnya spesifikasi produk. Rujuk kepada Pembekal dalam Bahagian 1 untuk mendapatkan data tambahan. MAKLUMAT AM

Keadaan Fizikal: Cecair Warna: Jernih (Mungkin Berwarna) Bau: Petroleum/Pelarut Ambang Bau: Tidak Ditentukan

MAKLUMAT KESIHATAN, KESELAMATAN, DAN ALAM SEKITAR YANG PENTING

Ketumpatan Relatif (pada 15°C): 0.72 – 0.78 Takat Kilat, ASTM D56: - 43°C

Had Mudah Menyala: LEL: 1.2 UEL: 8.2 (Anggaran % isi padu di udara) Suhu Pengautocucuhan: Tidak Ditentukan

Takat Didih / Julat: 34°C

Ketumpatan Wap (Udara = 1): Tidak Ditentukan

Tekanan Wap: [Tidak Berkenaan pada 20ºC] 69 kPa (517.5 mm Hg) pada 34°C

Kadar Penyejatan (n-butil asetat = 1): > 10

pH: Tidak Berkenaan

Log Pow (n-Oktanol/Pekali Sekatan Air): > 3 Keterlarutan dalam Air: Diabaikan

Kelikatan: <1 cSt (1mm2/saat) pada 40°C Sifat-Sifat Mengoksida: Lihat Bahagian Pengenalan Bahaya

MAKLUMAT LAIN

Takat Beku: Tidak Ditentukan Takat Lebur: Tidak Berkenaan

Page 11: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 11 dari 16

BAHAGIAN 10 KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

KESTABILAN: Bahan stabil di bawah keadaan biasa

KEADAAN YANG PERLU DIELAKKAN: Elakkan haba, percikan api, pembakaran terbuka dan sumber tenaga nyalaan.

BAHAN UNTUK DIELAKKAN: Halogen, asid kuat, alkali, pengoksida kuat

PRODUK PENGURAIAN BERBAHAYA: Bahan tidak mengurai pada suhu ambien

PEMPOLIMERAN BERBAHAYA: Tidak akan berlaku

BAHAGIAN 11 MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

Ketoksikan Akut

Gasolin (86290-81-5) Tikus oral LD50 14063 mg/kg ATSDR (1995); Kulit nilai LD50 > 3750 mg/kg IUCLID (2000)

Toluena (108-88-3) Penyedutan LC50 Tikus 12.5 mg/L 4 jam; Penyedutan LC50 Tikus >26700 ppm 1 jam; Oral LD50 Tikus 636 mg/kg; Kulit LD50 Arnab 8390 mg/kg; Kulit LD50 Tikus 12124 mg/kg

Butana (106-97-8) Penyedutan LC50 Tikus 658 mg/L 4 jam

Xilena (1330-20-7) Penyedutan LC50 Tikus 5000 ppm 4 jam; Penyedutan LC50 Tikus 47635 mg/L 4 jam; Oral LD50 Tikus 4300 mg/kg; Kulit LD50 Arnab >1700 mg/kg

Iso-pentana (78-78-4) Penyedutan LC50 (Tikus): 280 mg/L 4 jam

1,2,4-trimetil-Benzena (95-63-6) Penyedutan LC50 Tikus 18 g/m3 4 jam; Oral LD50 Tikus 3400 mg/kg; Kulit LD50 Arnab >3160 mg/kg

Etilbenzena (100-41-4) Penyedutan LC50 Tikus 17.2 mg/L 4 jam; Oral LD50 Tikus 3500 mg/kg; Kulit LD50 Arnab 15354 mg/kg

Benzena (71-43-2) Penyedutan LC50 Tikus 13050-14380 ppm 4 jam; Oral LD50 Tikus 1800 mg/kg

Heksana (110-54-3) Penyedutan LC50 Tikus 48000 ppm 4 jam; Oral LD50 Tikus 25 g/kg; Kulit LD50 Arnab 3000 mg/kg

Kakisan/kerengsaan kulit

Gasolin (86290-81-5) 4 jam ujian hubungan ejen ke atas kerengsaan kulit arnab dengan menggunakan cara Draize (Skor Draize 4.8); IUCLID (2000)

Kenyataan umum: Boleh dikatakan tidak toksik jika diserap berikut pendedahan akut (tunggal). Boleh menyebabkan kerengsaan kulit dengan sentuhan yang berpanjangan atau berulang-ulang. Cecair boleh diserap melalui kulit dalam jumlah yang toksik jika kawasan besar kulit terdedah berulang kali.

Kerosakan/kerengsaan mata yang serius

Gasolin (86290-81-5) Mata dirangsang oleh pendedahan wap gasolin pada manusia ACGIH (2001); tetapi, tidak merengsakan dalam ujian kerengsaan mata arnab ATSDR (1995)

Kesan gasolin dan takat didih rendah aliran naphtha terhadap mata telah disiasat ke atas arnab menggunakan beberapa sampel. Tiada sampel yang diuji menunjukkan lebih daripada kemerahan minimum dan bengkak, yang diselesaikan dengan cepat (ARCO, 1986d).

Page 12: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 12 dari 16

Pemekaan pernafasan

Gasolin (86290-81-5) Tiada laporan yang tersedia untuk menunjukkan bahawa gasoline atau takat didih rendah naphtha mempunyai potensi untuk menyebabkan pemekaan pernafasan (CONCAWE 2012)

Pemekaan kulit

Gasolin (86290-81-5) Ujian pada tikus Belanda dengan gasolin dan beberapa aliran naphtha menunjukkan tiada bukti pemekaan kulit (ARCO, 1986c).

Kemutagenan sel germa

Penyataan Am Produk Produk ini boleh menyebabkan kecacatan genetik

Gasolin (86290-81-5) Negatif dalam ujian ‘lethality dominant’ menggunakan tikus IUCLID (2000)

Negatif dalam sel sumsum tikus dalam ujian kromosom penyimpangan IARC 45 (1989)

Benzena (71-43-2) Gasolin dan naphtha takat didih rendah mengandungi benzena, satu daripada komponen yang dikelaskan sebagai mutagen sel kuman (API, 1977; API, 2005).

Kekarsinogenan

Penyataan Am Produk Boleh menyebabkan kanser. IARC telah menetapkan bahawa gasolin dan ekzos gasolin adalah berkemungkinan karsinogenik pada manusia. Pendedahan penyedutan kepada gasolin tanpa plumbum mengewap sepenuhnya menyebabkan kanser buah pinggang pada tikus jantan dan tumor hati dalam tikus betina. U.S EPA telah menetapkan bahawa tumor buah pinggang lelaki adalah spesis khusus dan tidak relevan untuk penilaian risiko kesihatan manusia. Kepentingan tumor dilihat dalam tikus betina tidak diketahui. Pendedahan kepada hidrokarbon ringan dalam julat didih yang sama seperti produk ini telah dikaitkan dalam kajian haiwan dengan kesan kepada pusat dan periferi sistem saraf, hati dan buah pinggang. Kepentingan model haiwan ini untuk meramalkan tindak balas manusia sama dengan gasolin adalah tidak menentu.

Produk ini mengandungi benzena. Kajian kesihatan manusia menunjukkan bahawa pendedahan berlebihan yang berpanjangan dan / atau berulang-ulang kepada benzena boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem darah- membentuk (terutamanya tulang sum-sum), dan gangguan darah yang serius seperti anemia aplastik dan leukemia. Benzena desenaraikan sebagai karsinogen manusia oleh NTP, IARC, OSHA dan ACGIH.

Gasolin (86290-81-5) ACGIH: A3 – Disahkan Haiwan Karsinogen yang tidak diketahui relevannya kepada manusia.

Toluena (108-88-3) ACGIH: A4 – Tidak diklasifikasi sebagai karsinogen manusia IARC: Monograf 71 [1999]; Monograf 47 [1989] (Kumpulan 3 (Tidak boleh diklasifikasi))

Xilena (1330-20-7) ACGIH: A4 – Tidak diklasifikasi sebagai karsinogen manusia IARC: Monograf 71 [1999]; Monograf 47 [1989] (Kumpulan 3 (Tidak boleh diklasifikasi))

Etilbenzena (100-41-4) ACGIH: A3 – Disahkan Haiwan Karsinogen yang tidak diketahui relevannya kepada manusia.

IARC: Monograf 77 [2000] (Kumpulan 2B (berkemungkinan karsinogenik kepada manusia))

Benzena (71-43-2) ACGIH: A1 – Disahkan Karsinogen Manusia

Page 13: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 13 dari 16

OSHA: 5 ppm STEL (Kanser bahaya, Mudah Terbakar, Lihat 29 CFR 1910.1028, 15 min); 0.5 ppm Tahap Tindakan; 1 ppm TWA

NIOSH: potensi karsinogen pekerjaan

NTP: Dikenali Karsinogen Manusia (Pilih Karsinogen)

IARC: Monograf 100F [persediaan]; Tambahan 7 [1987]; Monograf 29 [1982] (Kumpulan 1 (karsinogen kepada manusia))

Ketoksikan pembiakan

Informasi Produk Umum Produk ini disyaki menjejaskan kesuburan atau bayi belum lahir

Gasolin (86290-81-5) Mana-mana ketoksikan pembiakan tidak dikenalpasti dalam tempoh dua kajian pembiakan generasi dengan mendedahkan selama dua minggu sebelum mengawan ke atas tikus jantan/betina dan semasa mengandung IUCLID (2000)

Toluena (108-88-3)

Heksana (110-54-3)

Walau bagaimanapun, gasolin dan takat didih rendah naphtha boleh mengandungi jumlah toluena dan / atau n-heksana, komponen yang dikelaskan sebagai reprotoxicants. CONCAWE 2012

Ketoksikan organ sasaran khusus – Pendedahan tunggal

Informasi Produk Umum Produk ini menyebabkan kerosakan kepada organ-organ (paru-paru, buah pinggang), boleh menyebabkan rasa mengantuk dan pening (kesan narkotik)

Gasolin (86290-81-5) Keterangan pendedahan penyedutan dalam kepekatan yang tinggi dalam manusia menyebabkan pneumonitis PATTY (5, 2001)

Keterangan pengambilan oral dalam kepekatan yang tinggi dalam manusia menyebabkan gangguan ATSDR buah pinggang (1995)

Koma dan anestetik oleh pendedahan penyedutan kepada manusia PATTY (5, 2001)

Ketoksikan organ sasaran khusus – Pendedahan berulang

Informasi Produk Umum Produk ini menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf melalui pendedahan berpanjangan atau berulang, boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah melalui pendedahan yang berpanjangan atau berulang-ulang

Gasolin (86290-81-5) Hidrokarbon C4-C7 dalam gasolin boleh menyebabkan pemekaan otot jantung, perencatan pusat akut dan kekurangan pernafasan pada manusia PATTY (5, 2001)

Atrofi vascular dan nekrosis telah diperhatikan ke atas tikus dalam kajian penyedutan jangka panjang PATTY (5, 2001)

Bahaya Aspirasi

Gasolin (86290-81-5) Gasolin dan takat didih rendah naphtha adalah kelikatan rendah, cecair hidrokarbon mudah alih dengan kelikatan pada 40°C <7 mm2/s. Manusia mengakibatkan pernafasan pneumonia oleh pengambilan oral gasolin HSDB, 2004

Maklumat tambahan boleh disediakan jika diminta.

BAHAGIAN 12 MAKLUMAT EKOLOGI

Maklumat Am Produk

Toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan

Bahaya Akuatik Akut (jangka pendek)

96 jam LC50=82mg/L Cyprinodon variegatus IUCLID (2000)

Kajian ketoksikan akuatik akut dengan ikan, invertebrata dan alga pada

Page 14: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 14 dari 16

sampel gasolin dan aliran naphta takat didih rendah menunjukkan nilai ketoksikan akut pada julat 1-10 mg/l. Ujian-ujian ini telah dijalankan ke atas pecahan air menginap, dan dalam sistem tertutup untuk mengelakkan kehilangan penyejatan CONCAWE 1996

Bahaya Akuatik Kronik (jangka panjang)

Kajian ketoksikan kronik pada ikan dan daphnids terdedah kepada sampel naphtha takat didih rendah yang ada, dengan nilai NOEL rendah sebanyak 2.6 mg/l (Springborn Laboratories, 1999).

Keterusan/Keterdegradasikan

Naphtha takat didih rendah adalah hidrokarbon UVCB. Ujian piawai untuk biodegradasi / biopenimbuhan adalah bertujuan untuk bahan-bahan tunggal dan tidak sesuai untuk bahan-bahan kompleks. Berdasarkan maklumat yang ada dan komposisi diukur atau data diramal pada komponen utama, gasoline dan gasoline naphtha dijangka tidak memenuhi kriteria untuk keterdegradasikan bersedia tetapi sememangnya terbiodegradasikan.

Biopenimbuhan

Komponen naphtha takat didih rendah diukur atau diramalkan nilai untuk log Kow lebih besar daripada 4 dan dianggap berpotensi biopenimbuhan

Mobiliti dalam Tanah

Tiada maklumat yang diperolehi

BAHAGIAN 13 MAKLUMAT PELUPUSAN

Saranan pelupusan berdasarkan bahan yang dibekalkan. Pelupusan mestilah menurut undang-undang dan peraturan yang pada sesuatu masa, dan ciri bahan pada masa pelupusan. SARANAN PELUPUSAN Produk ini sesuai dibakar di dalam loji pembakar bertutup dan terkawal untuk

mendapatkan nilai bahan apinya atau dilupuskan secara pembakaran yang diselia pada suhu yang sangat tinggi bagi mengelakkan pembentukan produk pembakaran yang tidak dikehendaki.

Amaran Bekas Kosong Bekas yang kosong mungkin mengandungi sisa produk dan mungkin

berbahaya. Jangan cuba mengisi semula atau membersihkan bekas tanpa

arahan yang wajar. Dram kosong harus disalirkan isinya hingga habis dan

disimpan dengan selamat hingga dipulihkan atau dilupuskan dengan

sewajarnya. Bekas kosong harus dibawa untuk kitar semula, pemulihan, atau

pelupusan melalui kontraktor berlesen atau yang memiliki kelayakan sesuai dan

sejajar dengan peraturan kerajaan. Jangan kenakan tekanan, potong, kimpal,

pateri keras, pateri, gerudi, canai, atau dedahkan bekas sedemikian kepada

haba, api, bunga api, elektrik statik, atau sumber pencucuhan lain. Bekas

boleh meletup dan menyebabkan kecederaan atau kematian.

Page 15: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 15 dari 16

BAHAGIAN 14 MAKLUMAT PENGANGKUTAN

DARAT

Nama Pengangkutan Bahan : SPIRIT MOTOR atau GASOLIN atau PETROL Kelas Bahaya: 3 Kod Hazchem: 3YE Nombor UN: 1203 Kelas Pembungkusan (PG): II Label / Mark(s): 3

LAUT (IMDG)

Nama Pengangkutan Bahan: SPIRIT MOTOR atau GASOLIN atau PETROL

Kelas dan Bahagian Bahaya: 9 Nombor EMS: F-E, S-E Nombor UN: 1203 Kelas Pembungkusan (PG): II Pencemaran Marin YA Label: 3 Nama Dokumen Pengangkutan: UN1203, SPIRIT MOTOR atau GASOLIN atau PETROL, 3, PG II,

(-40oc c.c.), PENCEMARAN LAUT

UDARA (IATA)

Nama Pengangkutan Bahan: SPIRIT MOTOR atau GASOLIN atau PETROL

Kelas dan Bahagian Bahaya: 3 Nombor UN: 1203 Kelas Pembungkusan (PG): II Label: 3 Nama Dokumen Pengangkutan: UN1203, GASOLIN,3, PG II

Label Cecair Mudah Terbakar

Pelekat Mudah terbakar/ 1203

Bahan Berbahaya Tidak Berkenaan

Maklumat Penghantaran Gasolin, 3 (Cecair Mudah Terbakar), UN 1203, PGII, Pencemaran Marin

BAHAGIAN 15 MAKLUMAT PENGAWAL SELIAAN

Bahan ini diklasifikasikan sebagai bahan kimia berbahaya di bawah: Peraturan- Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 Peraturan- Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013

STATUS PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG TERPAKAI Mematuhi persyaratan inventori kimia negara/rantauan yang berikut: AICS, KECI, PICCS, EINECS, TSCA, DSL, ENCS

Page 16: HELAIAN DATA KESELAMATAN - petron.com.my · KOMPOSISI DAN MAKLUMAT MENGENAI RAMUAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA Bahan yang boleh dilaporkan Berbahaya atau Bahan Kompleks Nama Nombor CAS

HELAIAN DATA KESELAMATAN

Nama Produk: UNLEADED MOTOR GASOLINE MALAYSIA Tarikh Semakan: 19 Julai 2016 Halaman 16 dari 16

BAHAGIAN 16 MAKLUMAT LAIN

Rujukan yang digunakan untuk menyediakan SDS ini:

CONCAWE – The oil companies’ European organization for Environment, Health and Safety Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard 2013

N/D = Tidak ditentukan, N/A = Tidak berkenaan HELAIAN DATA KESELAMATAN INI MENGANDUNGI SEMAKAN BERIKUT: 7 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Maklumat dan cadangan yang terkandung di sini adalah berdasarkan data dan sumber yang tepat dan betul yang boleh dipercayai dan Petron tidak membuat sebarang jaminan tersurat atau tersirat mengenai ketepatan maklumat atau kesesuaian cadangan yang terkandung di dalam SDS ini. Anda adalah bertanggungjawab untuk menghubungi Petron untuk memastikan bahawa dokumen ini adalah yang terkini daripada Petron. Maklumat dan cadangan yang diberikan adalah untuk pertimbangan dan penelitian pengguna. Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan sendiri bahawa produk adalah sesuai untuk tujuan kegunaan dan untuk memastikan pengendalian dan penggunaan produk dengan selamat. Jika pengguna membungkus semula produk ini, pengguna adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat tentang kesihatan, keselamatan dan maklumat lain yang perlu adalah disertakan bersama dengan dan/atau pada bekas tersebut. Amaran dan prosedur pengendalian selamat yang sewajarnya perlu diberikan kepada pengendali dan pengguna. Dilarang sama sekali membuat apa-apa pengubahsuaian pada dokumen ini. Petron tidak akan menerima apa-apa tanggungjawab dan menafikan kesemua liabiliti untuk apa-apa kesan mudarat akibat daripada pembelian, penjualan semula, kegunaan, pendedahan atau pelupusan produk tersebut. Pengguna harus mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan tempatan. Tidak dibenarkan, melainkan setakat yang diperlukan oleh undang-undang, menerbitkan semula atau menyiarkan semula, keseluruhan atau sebahagiannya, dokumen ini. Perkataan "Petron" digunakan sebagai rujukan, dan boleh merujuk kepada mana-mana satu atau lebih Petron Corporation, Petron Oil & Gas International Sdn Bhd atau mana-mana anggota gabungan yang memegang apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung. Dalam apa keadaan sekalipun, Petron atau pembekalnya adalah tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangan keuntungan secara langsung atau tidak langsung atau untuk apa-apa kerosakan khas, secara tidak langsung atau berbangkit, dan tanggungan liabiliti Petron terhadap mana-mana tuntutan ke atas kerosakan yang timbul atau berkaitan dengan penjualan, penghantaran atau penggunaan produk yang dibeli adalah tidak melebihi harga belian produk tersebut.