ingin berzakat? - maij.gov.my · menyedari aktiviti berbasikal sebagai satu bentuk keseronokan,...

4
SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu- alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tel /Fax 07-222 8591 Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan tiga bulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 6 bulan sekali. Nota 2.5% ANDA KAMI AGIH ASNAF YANG LAYAK KEPADA Zakat kita bahagiakan mereka Sila hubungi : Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected] INGIN BERZAKAT? Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549) MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209) BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357) SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179) KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542) PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395) KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859) MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946) TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209) KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214) PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105) Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.” -Hadis Sahih Muslim- Zakat kita bahagiakan mereka 4 buletin Al-Infaq

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INGIN BERZAKAT? - maij.gov.my · MENYEDARI aktiviti berbasikal sebagai satu bentuk keseronokan, seramai 60 peserta mengambil bahagian dalam Program “Fun Ride” Insaniah Ziarah

SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber

berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya

membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di mana sahaja. Anda boleh

menghubungi kami melalui: Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan

Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tel /Fax 07-222 8591

Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan tiga bulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian

Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan

dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 6 bulan sekali.

Nota ✍

2.5% ANDA KAMI AGIH

ASNAF YANGLAYAKKEPADA

Zakat kita bahagiakan mereka

Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected]

INGIN BERZAKAT?Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)

PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)

Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah

SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat

mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka

hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”

-Hadis Sahih Muslim-

Zakat kita bahagiakan mereka

4buletinAl-Infaq

Page 2: INGIN BERZAKAT? - maij.gov.my · MENYEDARI aktiviti berbasikal sebagai satu bentuk keseronokan, seramai 60 peserta mengambil bahagian dalam Program “Fun Ride” Insaniah Ziarah

buletin

Al-InfaqBil.23

Terbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor

Johor Bahru: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. Sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib menimpa penduduk Pasir Gudang yang terkesan akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, MAINJ mengagihkan 200 bungkusan makanan kepada waris mangsa di Bilik Gerakan Hospital Sultan Ismail (HSI) baru-baru ini. Sumbangan disampaikan oleh Ahli Majlis MAINJ, Dato’ Haji M.Tahrir Dato’ Kiyai Haji Samsudin. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim dan Ketua Penolong Pengarah

Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Khirul Nizam Mat Said. Pada 7 Mac lalu negara dikejutkan dengan insiden pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di Pasir Gudang mengadu kesukaran bernafas, mual, muntah dan bau yang tidak menyenangkan. Insiden tersebut berlarutan di beberapa buah sekolah sehingga Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup susulan pencemaran sisa kimia tersebut. Sehingga kini, tiada kes kematian dilaporkan dan negara dikhabarkan kerja-kerja pembersihan sungai menggunakan jentera sepanjang 1500 meter telah selesai dijalankan.

MINDA PENGARANGKebanyakan negeri di Malaysia telah mempunyai peruntukan khusus berkenaan kesalahan memungut zakat tanpa lantikan atau diberikuasa oleh Majlis agama Islam negeri. Walaubagaimanapun, peruntukan yang telah digubal adalah berbeza-beza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Tidak kurang juga negeri yang mempunyai peruntukan undang- undang yang terlalu

Jan-Mac 2019/1440 H

(sisipan Buletin Majlis)

Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.* Nisab ialah kadar

minima yang ditetapkan oleh syarak bagi

sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.KA

DA

R N

ISA

B Z

AK

AT:

umum berkaitan kesalahan ini yang merangkumi semua jenis pungutan yang dibenarkan oleh enakmen negeri dan terdapat juga negeri yang tidak menjadikan ia sebagai kesalahan di bawah mana-mana enakmen yang ada di negeri itu. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep persekutuan atau federalism, perlembagaan negara secara jelas telah membahagikan kuasa di antara kerajaan persekutuan atau kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Perkara yang paling ketara adalah hal-ehwal agama Islam. Oleh yang demikian, Perlembagaan telah memperuntukkan

kuasa kepada Dewan Undangan negeri untuk menggubal undang- undang khusus yang berkaitan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing. Walaubagaimanapun, Oleh kerana perkara berkaitan zakat seperti kutipan, pengagihan zakat, baitulmal, perlantikan amil adalah termasuk dibawah hal-ehwal agama Islam, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang menjalankan kuasa bagi pihak sultan berdasarkan enakmen pentadbiran negeri, mempunyai kuasa ataupun autoriti untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut.“BERBAHAGI ITU

INDAH”

Z KATKEPADA PEMBAYARTerima Kasih

1buletinAl-Infaq

AGIH BUNGKUSAN MAKANUntuk Waris Mangsa Sungai Kim Kim

RM14,529.57JanuariFebruari

MacRM14,690.20RM14,690.20

Page 3: INGIN BERZAKAT? - maij.gov.my · MENYEDARI aktiviti berbasikal sebagai satu bentuk keseronokan, seramai 60 peserta mengambil bahagian dalam Program “Fun Ride” Insaniah Ziarah

MAINJ segera turun padang menghulurkan bantuan sumbangan bencana bagi meringankan beban keluarga mangsa kebakaran di Lorong Imam Sujak Batu 6 3/4 Kampung Sungai Raya Muar.

TERIMA KASIH... Penyerahan sumbangan bantuan kebakaran kepada Encik Fadel Ahmad di Taman Pasak Indah, Kota Tinggi, baru-baru ini.

PEDULI... Sumbangan keperluan makanan harian sebanyak 130 bungkus kepada gelandangan di bawah seliaan Anjung Singgah sempena Program Tautan Kasih Bersama Sahabat Jalanan dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negeri Johor. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi PBSM Negeri Johor merangkap Ahli Majlis MAINJ, YB Dato’ Mohd Rashidi Mohd Nor.

2buletinAl-Infaq

Batu Pahat: Gabungan kerjasama penduduk

dan agensi kerajaan merealisasikan program khidmat masyarakat perlu terus disuburkan dalam kalangan masyarakat bagi memastikan warisan budaya itu tidak luput ditelan zaman. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor, YB Tuan Haji Aminolhuda Hassan, berkata, aktiviti seperti ini, mampu menjadi platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di peringkat kampung, sekali gus

mengeratkan hubungan sesama mereka. “Menerusi program ini, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan antaranya, baikpulih rumah asnaf, membersih tanah perkuburan dan menimba ilmu mengurus jenazah serta mendapat pemeriksan kesihatan percuma di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia daerah Batu Pahat. “Mudah-mudahan, melalui tumpuan program seperti ini, kita dapat memberi hebahan kepada masyarakat mengenai kewajiapan berzakat dan juga mengenal pasti asnaf-asnaf yang layak menerima zakat,” katanya.

“Justeru, saya berharap umat Islam akan terus berzakat dan Johor akan terus mengalami pertumbuhan ekonomi.” “Dari segi kutipan zakat, kita dapat lihat ada peningkatan pada setiap tahun.Ia mencerminkan pertumbuhan ekonomi Johor yang inklusif,” katanya. “Pada 2018 lalu, MAINJ berjaya mensasar pungutan zakat sebanyak RM280 juta,” katanya. Beliau berkata dalam ucapannya di Majlis Persamian Program Bersama Masyarakat (Insaniah) di Kampung Parit Yob, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim dan Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Khirul Nizam Mat Said serta pemimpin setempat. Katanya lagi, Zakat mempunyai nilai kemanusiaan yang mendalam dan melalui zakat ia dapat mewujudkan perpaduan selain mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat dengan mengagihkan kekayaan kepada golongan miskin memerlukan.” Program diserikan dengan penyerahan sumbangan makanan dan wang tunai kepada 50 orang asnaf fakir dan miskin.

BUDAYA KHIDMAT MASYARAKAT Subur Terserlah

Sekitaraktiviti MAINJ

Page 4: INGIN BERZAKAT? - maij.gov.my · MENYEDARI aktiviti berbasikal sebagai satu bentuk keseronokan, seramai 60 peserta mengambil bahagian dalam Program “Fun Ride” Insaniah Ziarah

MENYEDARI aktiviti berbasikal sebagai satu bentuk keseronokan, seramai 60 peserta mengambil bahagian dalam Program “Fun Ride” Insaniah Ziarah Asnaf Berbasikal 2019 yang berlangsung di Daerah Tangkak. Program ini adalah anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Tangkak yang bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal dan penyerahan sumbangan kepada asnaf memerlukan. Penganjuran “Fun Ride” meliputi laluan sepanjang 35 kilometer melibatkan empat laluan iaitu Kampung Simpang Lima Darat, Serom 8, Kampung Sri Jaya Dan Kampung Bukit Banjar.

3buletinAl-Infaq

TAMBAH BAIK... YB Dato’ Dr. Haji Nooh Gadot mengetuai Bengkel Kemaskini Dasar Pemberian Bantuan Zakat MAINJ Di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

TERBELA... Kadi Daerah Tangkak, As Sheikh Haji Mohd Nasri Rahman menyampaikan sumbangan MAINJ kepada asnaf daerah Tangkak di Program “Fun Ride” Insaniah Ziarah Asnaf Berbasikal 2019.

TAHNIAH.. seramai 47 penerima agihan zakat (asnaf) MAINJ berjaya menerima bantuan atau geran berjumlah RM3,000 melalui program BizFair Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2018.

Seramai 130 orang pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) menghadiri Program Taklimat Menyambung Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2019 Di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor.

Sekitaraktiviti MAINJ