isotop p&f 2

10
a KOLEJ VOKASIONAL TAWAU MATEMATIK SAINS VOKASIONAL DIPLOMA (TAHUN 1) SEMESTER 1 MEMAHAMI ISOTOP DAN KEPENTNGANNYA NAMA PELAJAR: MUHAMAD SYAZWAN BIN AHMAd TARMIZI :MUHAMMAD FATHAN BIN ABDULLAH KURSUS :PEMESINAN INDUSTRI DISEMAK OLEH :PUAN ROSALIN BIN AB HATTA

Upload: mohd-zakir-syamsu

Post on 25-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kimia bab 1

TRANSCRIPT

Page 1: ISOTOP P&F 2

a

KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

MATEMATIK SAINS VOKASIONAL

DIPLOMA (TAHUN 1)

SEMESTER 1

MEMAHAMI ISOTOP DAN KEPENTNGANNYA

NAMA PELAJAR: MUHAMAD SYAZWAN BIN AHMAd TARMIZI

:MUHAMMAD FATHAN BIN ABDULLAH

KURSUS :PEMESINAN INDUSTRI

DISEMAK OLEH :PUAN ROSALIN BIN AB HATTA

ISI KANDUNGAN

Page 2: ISOTOP P&F 2

BIL. ISI MUKA SURAT

1. MAKSUD ISOTOP 12. 3 UNSUR YANG MEMPUNYAI

ISOTOP2

3. BILANGAN ZARAH SUBATOM BAGI ISOTOP

3-4

4. CONTOH PENGGUNAAN ISOTOP DALAM KEHIDUPAN: 1: BIDANG PERUBATAN 2: BIDANG PERTANIAN 3: BIDANG PERINDUSTRIAN

5-6

5. Lampiran 7-96. Rujukan 10

MAKSUD ISOTOP

Isotop merupakan variasi sesuatu unsur kimia. Walaupun hampir semua isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, setiap isotop mempunyai bilangan neutron yang berbeza. Perkataan isotop berasal dari perkataan Yunani isos (yang bermaksud persamaan) dan topos (yang bermaksud tempat). Oleh itu, perkataan isotop bermaksud "persamaan dalam tempat yang sama" yang merujuk kepada isotop sesuatu unsur yang mempunyai posisi yang sama dalam jadual berkala. Bilangan proton dalam atom sesuatu nukleus digunakan untuk

Page 3: ISOTOP P&F 2

mengenal pasti sesuatu unsur, namun begitu sesuatu unsur secara prinsip boleh mempunyai bilangan neutron yang berbeza. Nombor neukleon atau nombor jisim (iaitu jumlah proton dan neutron) untuk setiap isotop turut berbeza.

3 CONTOH UNSUR YANG MEMPUNYAI ISOTOP

• Isotop ialah atom-atom bagi unsur yang sama yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.

• Isotope juga dapat ditakrifkan sebagai atom-atom bagi unsur yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbaza.

• Isotop-isotop bagi unsur yang sama mempunyai sifat kimia yang sama.

Contoh-contoh isotop ialah:

• Nama hydrogen-1 ialah PROTIUM

• Nama hydrogen-2 ialah DEUTRIUM

• Nama hydrogen-3 ialah TRITIUM

BILANGAN ZARAH SUBATOM BAGI ISOTOP

Bilangan proton dalam atom sesuatu unsur tertentu adalah tetap (Moseley) tetapi bilangan neutron yang terkandung dalamnya boleh berbeza. Perkara ini telah menimbulkan satu

Page 4: ISOTOP P&F 2

keadaan di mana atom-atom unsur yang sama (mempunyai nombor atom yang sama) mempunyai jisim yang berlainan disebabkan bilangan neutron yang berlainan.

Unsur Isotope Nombor nukleon

Nombor proton

Bilangan proton

Bilangan neutron

Bilangan

elektron

hidrogen Hydrogen 1 (protium)

1 1 1 0 1

Hydrogen 2 (deuterium)

2 1 1 1 1

Hydrogen 3 (tritium)

3 1 1 2 1

oksigen Oksigen 16 16 8 8 8 8

Oksigen 17 17 8 8 9 8

Oksigen 18 18 8 8 10 8

karbon Karbon 12 12 6 6 6 6

Karbon 13 13 6 6 7 6

Karbon 14 14 6 6 8 6

CONTOH JADUAL SUBATOM BAGI ISOTOP HIDROGEN, OKSIGEN DAN KARBON

Contoh penggunaan isotope dalam kehidupan

Ciri-ciri yang berlainan bagi radioisotop yang berbeza menentukan kegunaan radioisotop untuk tujuan yang berlainan dalam bidang perubatan, pertanian, dan perindustrian.

Perubatan

Sinar gama dari kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel-sel barah dalam rawatan radioterapi. Sinar gama ini juga digunakan untuk membunuh kuman dalam proses pensterilan alat perubatan seperti termometer, jarum dan picagari suntikan, alat pembedahan dan sebagainya. Radioisotop natrium-24 disuntik ke dalam salur darah pesakit untuk mengesan

Page 5: ISOTOP P&F 2

kedudukan di mana salur darah disumbat oleh pembekuan darah. Radioisotop fosforus-32 disuntik ke dalam darah pesakit untuk menentukan kedudukan tumor otak. Radioisotop iodin-131 digunakan untuk menentukan aktiviti kelenjar tiroid. radioisotop ferum-59 digunakan sebagai unsur penyurih peredaran besi dalam darah. teknetium-99m (m bermaksud metastabil) merupakan satu penyurih yang sesuai digunakan di dalam badan manusia sebab :-

(a) memancarkan sinar gama sahaja. Sinar gama boleh dikesan dari luar badan dan tidak menyebabkan banyak pengionan semasa melalui tisu badan.

(b) mempunyai setengah hayat yang pendek (6 jam). Selepas 1 hari, keaktifannya tinggal 1/16 daripada nilai asalnya sahaja.

Pertanian

Kadar dan kuantiti penyerapan baja oleh tumbuhan ditentukan dengan mencampurkan fosfat yang radioaktif ke dalam baja. Selepas suatu masa, tumbuhan itu diuji dengan pembilang Geiger-Muller. Sinaran radioaktif daripada radioisotop digunakan untuk membunuh sertangga perosak. Serangga perosak juga boleh dibiakkkan di makmal. kumudian didedahkan kepada sinar gama. Mutasi berlaku di mana serangga itu boleh menjadi mandul dan tidak dapat membiak.

Perindustrian

Dalam pembuatan kertas,kepingan plastik, dan kepingan logam, pengawalan ketebalan secara automatik boleh dicapai dengan ,meletakkan sumber zarah beta di sebelah kepingan dan pengesan di sebelah yang lain. Jika kepingan itu terlalu nipis, pembilangan yang dicatat oleh pengesan bertambah dan isyarat akan dihantar ke penggelek supaya tekanan pada kepingan dikurangkan.

Page 6: ISOTOP P&F 2

LAMPIRAN

Page 7: ISOTOP P&F 2
Page 8: ISOTOP P&F 2

RUJUKAN

1.http://www.macdaily.co/finder/?rt=bilangan+zarah+subatomik+bagi+isotop

Page 9: ISOTOP P&F 2

2.http://offer.alibaba.com/event.html?imp=5b1aop19cdadcktttal&xp=L4b0SYmBF4ybMlhgkO-0oMhbBLVfC4cbU6e7-W7FPnnrJIJPpwxs1937RMR5N09XMA5zHnEoN76RcVERvr7zPiwxt5qccAirBxMQBFPntL4&pid=176681&td=Matomy&cv=003&aff_id=187342735&ct=1&size=000_000&cn=150433&an=100006&bm=cpa&tp1=20PIl70sJAlzqtTw16lBvi1yeUjg000.&src=saf

3.http://en.wikipedia.org/wiki/Isotope

4.Yew Gin Gee & Sulaiman Hassan,Buku Teks Kimia Tingkatan 4 KBSR, Cetakan kelapan 1997.

5.Kertas penerangan MSV modul 1