islam memperkukuh perpaduanmuktamar.pas.org.my/wp-content/uploads/slide... · muqaddimah.مملأا...

197
1

Upload: others

Post on 20-Oct-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

  • “ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

    2

  • MUQADDIMAH

    . من األمماحلمد هلل الذي أكرمنا بنعمة اإلسالم وفضلنا على كثريمد وهو أشهد أن ال إله إال هللا وحده ال شريك له، له امللك وله احل

    لدجى على كل شيء قدير، وأشهد أن حممدا عبده ورسوله البدر اله وصحبه والصالة والسالم على رسول هللا، وعلى آ. والسراج املنري

    .ومن تبعه ونصره ووااله3

  • Yang Dihormati Tuan Pengerusi Tetap;

    Yang Dihormati Sohibul Fadhilah Dato'

    Mursyidul ‘Am, Yang Amat Berhormat Dato’

    Bentara Kanan Timbalan Mursyidul ‘Am, dan

    Ahli-Ahli Majlis Syura Ulama;

    Yang Berhormat Dato’ Sri Timbalan Presiden,

    Naib-Naib Presiden, Dato’ Setiausaha

    Agung, serta Ketua-Ketua Dewan Ulamak,

    Pemuda, Muslimat, dan DHPP;4

  • Yang Dikasihi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat,Pesuruhjaya PAS Negeri dan Pengerusi Al-Sabiqun;

    Yang Berhormat Ahli Dewan Negara, AhliDewan Rakyat dan Ahli Dewan UndanganNegeri;

    Yang Diraikan Pimpinan Tertinggi PerikatanNasional, Muafakat Nasional dan GagasanSejahtera;

    5

  • Yang Diraikan Para Tetamu, Dif Kehormat,

    Kedutaan Luar, NGO serta Rakan Media;

    Yang Berusaha Panitia Muktamar dan Badan

    Perhubungan PAS Negeri Kelantan sebagai

    Tuan Rumah; seterusnya,

    Yang Dikasihi Para Perwakilan dan Pemerhati

    yang dirahmati Allah sekalian.

    6

  • Dengan penuh rasa ukhuwwah saya

    ucapkan “Ahlan Wa Sahlan Wa

    Marhaban Bikum,” Selamat Datang dan

    Selamat Bermuktamar kepada semua

    perwakilan, pemerhati dan tetamu yang

    hadir bagi menjayakan Muktamar

    Tahunan PAS kali ke-66 bagi tahun 1442

    Hijrah bersamaan 2020 Masihi,7

  • Dalam suasana norma baharu

    mendepani wabak COVID-19, yang kita

    mohon perlindungan berterusan kepada

    Allah supaya dihapuskannya.

    8

  • Firman Allah SWT:

    9

  • “Dan taatlah kamu kepada Allah danRasulNya, dan janganlah kamu saling

    bantah membantah; jika tidak nescaya

    kamu menjadi lemah semangat dan

    hilang kekuatan kamu, dan sabarlah

    (menghadapi segala kesukaran dengan

    cekal hati); sesungguhnya Allah bersama

    orang-orang yang sabar.”

    Surah al-Anfal: 4610

  • Rantaian tema muktamar terdahulu,

    “Islam Memimpin Perpaduan” adalah

    berkonsepkan perpaduan ummah

    mengikut petunjuk daripada Allah SWT,

    telah kita terjemahkan melalui tindakan

    yang diambil sebelum ini.

    11

  • Konsep Perpaduan Ummah yang

    berpandukan ketaatan kepada Allah

    SWT dan Rasulullah SAW, adalah

    berteraskan kepada Aqidah keimanan

    yang dibuktikan dengan Amal Soleh iaitu

    perjuangan dalam menegakkan Islam

    yang berdaulat.

    12

  • Pada masa yang sama, kekuatan umat

    Islam hendaklah dijana agar mampu

    memimpin Masyarakat Majmuk demi

    menghayati keadilan untuk semua.

    13

  • 14

  • TEMA MUKTAMAR

    Tema yang diangkat dalam Muktamar

    kita pada tahun ini:

    “ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

    15

  • Tema inilah yang telah dibuktikan oleh

    Rasulullah SAW pada permulaan ketika

    berjuang menegakkan Islam dalam diri,

    keluarga, jamaah dan masyarakat.

    16

  • Perjuangan yang menjadikan umat

    Baginda Nabi SAW berkuasa, sehingga

    mampu memimpin dunia selama

    beberapa abad lamanya.

    17

  • Pada waktu itu lahirnya satu Tamadun

    Islam yang memberi sumbangan dan

    jasa besar dalam segala aspek

    kehidupan manusia sehingga berterusan

    ke seluruh pelosok dunia pada hari ini.

    18

  • Hasil dan tinggalan daripada tamadun

    Islam diambil manfaat oleh pihak bukan

    Islam dengan cara yang tidak sempurna,

    kerana mereka menganut konsep

    sekularisme yang memisahkan kehidupan

    manusia daripada agama, khususnya

    dalam aspek aqidah dan akhlak.

    19

  • Akibat pemisahan agama daripada

    kehidupan manusia, maka ia telah

    menjadi punca masalah yang sedang

    dihadapi oleh dunia pada masa kini,

    sehingga manusia menghadapi suatu

    krisis nilai yang membakar diri sendiri.

    20

  • 21

  • “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala

    bencana di darat dan di laut dengan sebab

    apa yang telah dilakukan oleh tangan-

    tangan manusia; (timbulnya yang demikian)

    kerana Allah hendak merasakan mereka

    sebahagian daripada balasan perbuatan-

    perbuatan buruk yang mereka telah lakukan,

    supaya mereka kembali (insaf dan

    bertaubat).

    Surah al-Rum: 4122

  • Kesilapan yang berlaku bukan

    disebabkan oleh Islam, tetapi kerana

    mereka tidak melaksanakan ajaran Islam

    yang sempurna. Maka umat Islam yang

    terpengaruh dengan kerosakan itu juga

    menerima akibat yang sama, apabila

    mempunyai integriti yang lemah.

    23

  • Oleh itu, sudah menjadi kewajipan

    kepada kita untuk mengembalikan umat

    Islam kepada petunjuk Allah SWT bagi

    meletakkan Islam memimpin semula.

    24

  • Islam bukanlah sekadar menjadi agama

    yang dianuti oleh individu masing-

    masing, sekadar berjamaah di masjid

    dan surau, atau semata-mata berhimpun

    menunaikan haji dan umrah sahaja.

    25

  • Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada

    kita ajaran Islam yang sempurna termasuk

    beramal dengan semua aspek kehidupan

    seperti perjuangan politik bagi menegakkan

    negara.

    26

  • Perjuangan itu bermula dengan tarbiah

    secara individu, keluarga, berjemaah

    atau berparti, dengan konsep

    perpaduan umat Islam yang memimpin.

    27

  • Kemudian diikuti dengan penyertaan

    masyarakat majmuk, berbagai bangsa

    dan agama.

    28

  • Semua golongan ini berjaya

    disatupadukan di bawah konsep Negara

    Berkebajikan yang paling sempurna dan

    bermasyarakat madani yang berpijak di

    bumi kenyataan, bukan seperti khayalan

    ahli falsafah yang mencipta berbagai

    ideologi dan teori yang gagal di

    pertengahan perjalanan masing-masing.

    29

  • Kini kegagalan ideologi itu dapat

    dibuktikan dengan keruntuhan sosialisme,

    komunisme dan merudumnya liberal

    kapitalisme.

    30

  • Demokrasi yang dijadikan slogan

    kononnya “Suara rakyat suara keramat”

    oleh mereka, sebenarnya hanya menipu

    dan menyesatkan rakyat.

    31

  • Slogan tersebut diilhamkan daripada

    demokrasi Greek Purba:

    Vox populi, vox dei (Latin), “The voice of

    the people is the voice of God.” (Suara

    rakyat itu suara tuhan).

    32

  • Islam juga berbeza dengan konsep

    teokrasi kerana Islam tidak memberi

    kuasa mutlak kepada Umara’ dan

    Ulama’, tidak sebagaimana diberikan

    kuasa mutlak kepada paderi atau sami.

    33

  • 34

  • Rasulullah SAW menyatukan bangsanya

    yang buta huruf dan paling jahil. Bangsa

    Arab yang tinggal di padang pasir yang

    paling keras hati, sudah menjadi

    kebiasaan mereka berperang, saling

    bunuh membunuh sesama sendiri dan

    membunuh anak perempuan yang

    dianggap tidak boleh membantu untuk

    berperang.35

  • Hanya Islam dapat melembutkan hati

    bangsa Arab yang lebih keras daripada

    batu dan menyatukan mereka yang

    porak-peranda dengan mukjizat ilmu al-

    Quran dan kebijaksanaan Sunnah

    Rasulullah SAW.

    36

  • 37

    Baginda Nabi SAW memulakan misi

    dakwah dengan menyatupadukan

    penganut Islam di kalangan bangsa

    sendiri, sebahagian besarnya terdiri

    daripada kumpulan Muhajirin dari

    Makkah dan kumpulan Ansar dari

    Madinah.

  • Kelompok Ansar terdiri daripada

    kalangan Aus dan Khazraj, penduduk

    Madinah yang sentiasa berperang,

    namun mereka disatukan menjadi satu

    kumpulan yang digelar dengan Ansar.

    38

  • Kemudian misi penyatuan disertai oleh

    kalangan penganut Islam bukan Arab,

    dan diikuti bukan Islam yang tidak

    ekstrem daripada berbagai agama.

    39

  • Golongan bukan Islam ini bencikan

    kezaliman dan kehidupan yang tidak

    bermoral mengikut fitrah serta tabii

    manusia termasuklah menolak manusia

    yang melampau di luar tabii.

    40

  • Perpaduan yang dilakukan itu diikat

    dengan Sahifah Madinah (Piagam

    Madinah) yang menjadikan Allah SWT

    dan Rasulullah SAW sebagai penyatu

    umat dan penyelesai masalah.

    41

  • Antara kandungan yang terdapat di

    dalam Sahifah yang bersejarah itu ialah:

    وإنه ما كان بني أهل هذه الصحيفة من حدث أو اشتجار خياف فساده فإن مرده إىل هللا عز وجل،

    وإىل حممد رسول هللا صّلى هللا عليه وسلم.

    42

  • “Dan bahawa sesungguhnya segala

    perkara dan pertelingkahan yang

    berlaku di kalangan semua pihak yang

    terlibat dalam piagam ini yang

    dibimbangi boleh merosakkan,

    hendaklah dirujuk kepada Allah SWT dan

    Muhammad SAW (al-Quran dan al-

    Sunnah).”

    Sirah Ibn Hisyam, jld.1, ms. 28043

  • Setelah termeterai Piagam Madinah,

    maka bermulanya titik tolak penubuhan

    Negara Islam Madinah yang mencipta

    masyarakat madani hidup secara

    majmuk,

    44

  • Sehingga membina sebuah tamadun

    baru yang menyelamatkan manusia

    dengan Futuhat Islamiyyah (Pembukaan

    Islam), berbeza dengan konsep

    penjajahan yang bercirikan perhambaan

    sesama manusia dan merosakkan alam.

    45

  • Menerusi Negara Madinah, dibina

    sebuah tamadun Islam yang bercirikan

    ilmu wahyu, kebijaksanaan Sunnah

    Nabawiyyah dan semua kaum yang

    berada di bawah naungan Islam.

    46

  • Kita mengalami zaman kejatuhan umat

    Islam akibat dijajah kerana mereka mula

    meninggalkan Islam sebagai panduan.

    47

  • Allah SWT telah memberikan amaran

    terhadap bangsa yang cuai terhadap

    Islam, bahawa mereka akan diganti

    dengan bangsa yang lebih berpegang

    teguh dengan Islam dan berusaha untuk

    menegakkannya.

    48

  • 49

  • 50

  • Sekarang inilah giliran kita pula,

    sekiranya ditegakkan Islam oleh Bangsa

    yang berpegang teguh dengan Agama

    sehingga layak memimpin bersama

    Islam.

    51

  • Kita telah berusaha dan berjuang setelah

    lebih setengah abad mencapai

    kemerdekaan daripada penjajah Barat.

    52

  • Walaupun kemerdekaan yang diperolehi

    hanya sekadar penjajah asing keluar

    pulang ke negeri asalnya, tetapi

    pengaruh mereka masih bertapak dalam

    pemikiran dan kefahaman masyarakat.

    53

  • Kejutan dalam Pilihan Raya Umum ke-14

    yang lalu, telah berjaya menggerakkan

    usaha perpaduan ummah.

    54

  • Bermula dengan perpaduan bangsa

    menerusi penubuhan Muafakat Nasional

    antara PAS dan UMNO, kemudian diikuti

    kerjasama dengan gabungan kedua-

    dua parti.

    55

  • Penyatuan terus berlangsung dengan

    penyertaan Gabungan Parti Sarawak

    (GPS), kumpulan Islam yang

    meninggalkan PH dan juga kalangan

    bukan Islam yang tidak ekstrem.

    56

  • Usaha penyatuan membuahkan hasil

    apabila Putrajaya berjaya diambil alih

    setelah ditinggalkan oleh Pakatan

    Harapan (PH) yang tidak mampu

    bertahan, kerana kerajaan mereka

    diruntuhkan oleh diri sendiri akibat

    tangan-tangan mereka yang saling

    bercakaran sesama sendiri.

    57

  • Langkah yang dilakukan adalah

    mengikut saluran Demokrasi Berparlimen

    melalui Wakil Rakyat dan Raja

    Berperlembagaan.

    58

  • Perpaduan Islam dimulakan dengan

    menggabungkan PAS dan UMNO terlebih

    dahulu bagi menegakkan kepimpinan

    Islam, sehingga UMNO meminda

    Perlembagaan mereka dengan

    meletakkan Islam di hadapan kerana

    semangat Muafakat Nasional.

    59

  • Kemudian diikuti oleh Parti Pribumi

    Bersatu Malaysia (PPBM) dan pecahan

    daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),

    Gabungan Parti Sarawak (GPS), parti

    yang mewakili pelbagai kaum dan

    agama termasuk parti bukan Islam yang

    menerima konsep perpaduan nasional.

    Akhirnya Kerajaan Perikatan Nasional

    (PN) berjaya ditubuhkan.60

  • Maka langkah mengambil alih kerajaan

    yang dikosongkan oleh PH bukan

    langkah spontan ataupun segera, tetapi

    langkah sebelumnya yang panjang dan

    langkah selepasnya yang berwawasan

    melangkaui Wawasan 2020 yang telah

    tamat perjalanannya.

    61

  • Kerajaan Perikatan Nasional hari ini

    menyambung suatu wawasan baharu

    yang sedang diisi dalam masa terdekat

    dan singkat menerusi kerajaan

    sementara ini, serta bersedia untuk

    membina sebuah kerajaan yang lebih

    kukuh melalui demokrasi dan menjadi

    pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum

    ke-15 kelak.62

  • Kita wajib menghadapi PRU-15 dengan

    usaha perpaduan yang sedang dibina

    hari ini. Jangan wujud sebarang

    perpecahan bagi menghadapi pilihan

    raya kali ini supaya kita tidak menjadi

    laksana lesung dan alu berlaga, ayam

    pula yang kenyang.

    63

  • Sekarang kita sudah tangkap ayam yang

    makan beras padi yang tumpah dahulu,

    maka jangan diulang lagi dalam PRU-15

    sehingga ayam pula terlepas, tangan

    pula berbau tahi.

    64

  • Mari sama kita berakit,

    Kita sambut datang membeli,

    Teguh bersatu laksana bukit,

    Anjing menyalak jangan dipeduli.

    65

  • Semestinya menjadi suatu kewajipan,

    perpaduan yang telah kita bina ini

    diteguhkan lagi, agar memenuhi syarat-

    syarat kemenangan yang telah dijanjikan

    oleh Allah SWT kepada sesiapa yang

    menegakkan agamaNya.

    66

  • Firman Allah:

    67

  • Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami

    berikan mereka kekuasaan memerintah di

    bumi nescaya mereka mendirikan

    sembahyang serta memberi zakat, dan

    mereka menyuruh berbuat kebaikan serta

    melarang dari melakukan kejahatan dan

    perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi

    Allah kesudahan segala urusan). (41).”

    Surah al-Hajj: 40-4168

  • Ayat ini menjelaskan permulaan

    pembinaan negara Madinah dengan

    hijrah Rasulullah SAW dan berjuang

    menegakkan negara bersama

    masyarakat majmuk serta mendapat

    pertolongan Allah SWT,

    69

  • sehingga berjaya menegakkan sebuah

    negara yang bercirikan pemimpin

    bersyakhsiah, ekonomi yang adil kepada

    semua, berkebajikan, kehebatan

    undang-undang dalam mencegah

    kemungkaran dan berwawasan akhirat.

    70

  • Hijrah pada zaman kini bukanlah menjadi

    pelarian yang kalah, kerana kita sudah

    mempunyai tanah air yang merdeka dan

    berdaulat.

    71

  • Hijrah hari ini ialah berpindah daripada

    fahaman dan pendekatan yang salah,

    kembali semula kepada Islam yang kita

    tinggalkan kesempurnaannya kepada

    Islam yang sempurna, kerana perintah

    Allah SWT:

    72

  • 73

  • Selain itu, berhijrah daripada kejahilan

    kepada berilmu. Amirul Mu’minin, ‘Umar

    bin al-Khattab RA menegaskan:

    74

  • واف َّههووا ق بلل أ نل توس وهدو ت “Berilmu dan fahami ilmu itu sebelum

    kamu dijadikan pemimpin (bukan kamu

    sendiri mengangkat diri menjadi

    pemimpin).”

    Riwayat al-Bukhari 256

    75

  • Imam al-Mawardi, seorang ulama’ dalam

    Mazhab Syafi’i serta para ulama’ yang

    lain telah menegaskan syarat-syarat bagi

    seseorang yang menjadi pemimpin:

    76

  • Pertama: Adil (عدالة ) dengan syarat-syarat

    yang mencukupi (integriti, akhlak dan

    maruah).

    Kedua: Ilmu yang matang boleh

    berijtihad dalam hukum dan menangani

    masalah semasa dalam segala aspek

    bernegara.77

  • MENGAPA PERPADUAN MELAYU ISLAM TERLEBIH DAHULU?

    78

  • 79

  • 80

  • Walaupun Nabi Musa AS dan Nabi Harun

    AS diutuskan bagi menghadapi Firaun

    yang zalim, namun Allah SWT menegaskan

    bahawa kaum mereka terlebih dahulu

    perlu diselamatkan daripada kesesatan

    dengan menggunakan ilmu melalui

    bahasa kebangsaan masing-masing.

    81

  • Allah SWT juga berfirman kepada Nabi

    Muhammad SAW agar menyeru kepada

    seluruh manusia, tetapi dimulakan dengan

    Marhalah Makkiyyah. FirmanNya:

    82

  • “Dan berilah peringatan serta amaran

    kepada kaum kerabatmu yang dekat.”

    Surah al-Syu’ara': 214

    83

  • Rasulullah SAW menceritakan kisah Nabi

    Lut yang tidak mempunyai sokongan

    daripada kaum sendiri yang

    bersamanya, Baginda SAW bersabda:

    84

  • 85

  • Rasulullah SAW juga turut berwasiat melalui

    satu hadith, sabda Baginda SAW:

    .األ ِئمهةو ِمنل ق ور يلش “Para pemimpin paling hadapan mestilah

    daripada bangsa Quraisy.”

    Riwayat al-Thabrani dalam Mu’jam al-Awsath

    6610

    86

  • Para ulama’ Fiqh Siyasah menegaskan

    kepimpinan yang paling berpengaruh

    didukung daripada bangsa yang

    menganut Islam, dan bangsa yang

    mendominasi dalam masyarakat pada

    masa itu ialah bangsa Arab Quraisy.

    Maka Allah berfirman kepada bangsa

    Arab yang awal menganut Islam itu:87

  • 88

    “Dan jika kamu berpaling (daripada

    menegakkan Islam) Dia akan menggantikan

    kamu dengan kaum yang lain; setelah itu

    mereka tidak akan berkeadaan seperti

    kamu.”

    Surah Muhammad: 38

  • Maka kepimpinan umat Islam bertukar

    antara kaum dan bangsa yang

    menganut Islam secara silih berganti,

    kerana risalah Islam hendaklah

    disampaikan kepada seluruh manusia.

    Inilah hukum fiqh politik Islam mengikut

    Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah.

    89

  • Adapun mazhab yang menolak peranan

    pengaruh bangsa dan kaum pada

    zaman awal Islam ialah Mazhab Khawarij

    dan majoriti daripada kalangan

    Muktazilah yang dianggap ijtihad mereka

    itu adalah salah, kerana tidak menepati

    Maqasid al-Syariah, Siyasah Syar’iyyah

    serta menyalahi ijtihad para sahabat

    selepas kewafatan Rasulullah SAW.90

  • Namun Islam adalah rahmat Allah

    kepada seluruh alam yang merupakan

    satu-satunya penyelesaian masalah umat

    yang teguh, anjal dan tidak hanyut,

    selagi beristiqamah dengan prinsip dan

    konsep yang berpandukan Hidayah

    (petunjuk), bukannya Jibayah (harta

    cukai).91

  • Maka bangsa yang bersama Islam wajib

    bangkit supaya tidak dihanyutkan oleh

    pengaruh bukan Islam yang

    menghilangkan jati diri sendiri.

    92

  • Bangsa itu juga mungkin diselamatkan

    oleh kaum lain yang menganut dan

    menerima Islam tanpa membiarkan

    mereka ditenggelamkan oleh kaum

    bukan Islam yang haram diizinkan

    menjadi wali atau pemimpin kepada

    orang Islam, berdasarkan firman Allah

    SWT:

    93

  • 94

  • Dalam hal ini, hak bukan Islam tetap

    dijamin. Islam mengizinkan mengadakan

    hubungan dengan masyarakat majmuk

    bukan Islam dengan sempadan yang

    kukuh dan teguh, bagi menjaga Islam

    sebagai aqidah negara.

    95

  • Peranan bukan Islam dalam politik dan

    negara diizinkan sehingga dibenarkan

    memegang jawatan Menteri Kabinet,

    EXCO Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis PBT

    yang berkait dengan soal pengurusan

    dan pentadbiran yang tidak berkait

    dengan perkara dasar dalam Islam.

    96

  • Apa yang ditegaskan Islam bukan

    bersifat fanatik perkauman, kerana

    kepimpinan Islam juga bertukar bangsa

    yang memimpinnya. Perkara yang paling

    penting adalah Islam menerima hakikat

    fitrah kecintaan kepada bangsa sendiri

    dan secara khusus menjaga keluarga

    sendiri.

    97

  • Perkara ini diberikan penekanan oleh

    para Anbiya’ AS yang sangat sedih

    apabila keluarga dan bangsa mereka

    berada dalam kesesatan tidak

    mendapat hidayah. Allah SWT berfirman

    supaya menjaga keluarga masing-masing:

    98

  • 99

  • Allah SWT meletakkan hubungan

    silaturrahim sebahagian daripada sifat

    taqwa, firmanNya:

    100

  • Alhamdulillah bangsa Melayu yang

    menganut Islam adalah bangsa yang

    paling bertoleransi dan tidak rasis, kesan

    daripada ajaran Islam dalam diri mereka.

    Kita dapat melihat sendiri bagaimana

    sebuah keluarga Cina dan India boleh

    hidup dengan aman di tengah-tengah

    kampung Melayu.

    101

  • Kedai yang diusahakan Encik Leong tidak

    pernah diganggu, manakala anak Encik

    Muthu boleh belajar dan bersukan

    dengan kawan-kawan Melayu.

    102

  • 103

  • PENYELESAIAN MASALAH NEGARA (WINS)

    Maka PAS berpijak di atas landasan

    aqidah Islam sebagai al-Din dan

    menafsirkan Islam sebagai Agama RasmiPersekutuan dalam Perlembagaan.

    104

  • Di samping diberikan hak kepada

    agama lain mengikut Perlembagaan

    termasuk jaminan hak istimewa orangMelayu yang sinonim bersama Islam.

    105

  • Semua pihak telah menyaksikan

    kelemahan peranan Islam yang terdapat

    dalam kerajaan PH sehingga memberi

    semangat kepada kumpulan pelampau

    anti-Islam yang berani bersuara untuk

    mencabar Islam dan umatnya serta

    menghanyutkan orang Islam yang leka

    atau bebal.

    106

  • Kesedaran dan kebangkitan telah

    menyatukan mereka yang peka dalam

    semua parti, NGO Islam dan kalangan

    bukan Islam yang tidak ekstrem kerana

    konsep masyarakat majmuk tidak dapat

    ditangani dengan pendekatan liberal

    dan pragmatik sekular.

    107

  • Maka mereka yang peka dengan

    pendekatan yang sangat negatif itu,

    tetap mencintai perpaduan dan

    keharmonian bermasyarakat majmuk

    supaya kembali semula kepada

    landasan yang betul dan beristiqamah.

    108

  • Marilah kita bersatu padu dalam

    gabungan parti politik yang dibentuk

    sekarang bagi menghadapi PRU-15

    dengan bersedia untuk menang dan

    mengisi kemenangan dengan

    membentuk kerajaan yang lebih kukuh.

    109

  • Begitu juga kerajaan yang mendapat

    sokongan majoriti rakyat secara langsung

    dengan dikembalikan kepada mereka

    melalui pilihan raya umum.

    110

  • Persediaan mengisi kemenangan

    dengan menyediakan pasukan calon

    yang berwibawa bagi memandu masa

    depan negara yang akan menghadapi

    cabaran yang lebih besar dan lebih

    mencabar dari segi politik, ekonomi dan

    budaya.

    111

  • Hal yang demikian disebabkan kesan

    daripada kegagalan ideologi Timur dan

    Barat, serta kesan wabak pandemik

    Covid-19 yang melumpuhkan segala

    kegiatan dan pergerakan. Kita

    sepatutnya memanfaatkan sumber

    tenaga dan kepakaran manusia serta

    hasil perut bumi tanah air kita sendiri.

    112

  • Persediaan sumber manusia perlu melalui

    sistem pendidikan holistik yang

    merangkumi unsur jasadi, rohani dan aqli.

    Termasuk mengatur konsep media yang

    bermoral dan kemajuan teknologi terkini.

    113

  • Begitu juga perancangan ekonomi yang

    menghasilkan peluang pekerjaan dan

    menjana hasil keperluan negara yang

    mencukupi, serta memperkasakan

    kehebatan undang-undang dengan

    memperkenalkan syariat Islam yang

    sempurna.

    114

  • Tambahan lagi, menyediakan jentera

    kerajaan dan pasukan yang

    mewujudkan keselamatan dan

    keamanan negara yang hebat.

    115

  • Perkara yang paling penting juga ialah

    mengukuhkan perpaduan rakyat yang

    bertonggakkan umat Islam bersama

    masyarakat majmuk bagi

    melangsungkan perjuangan yang telah

    ditetapkan oleh Allah SWT melalui

    firmanNya:

    116

  • 117

  • Di samping menjaga ketegasan bersama

    Islam, kita juga diwajibkan

    bermasyarakat madani dan manusiawi

    dengan menerima budaya positif,

    kebijaksanaan dan kepakaran daripada

    semua kaum dan bangsa.

    118

  • Di atas robohan Kota Melaka,

    Pantang Melayu menyerah kalah,

    Datang penjajah ganggu pusaka,

    Membujur lalu melintang patah!

    119

  • 120

  • HUBUNGAN ANTARABANGSA

    Islam menolak pertembungan yang

    mencetuskan ketegangan hubunganantarabangsa, kaum dan negara.

    121

  • Perdamaian hendaklah didahulukan,

    keadilan terhadap semua diutamakan.

    Umat Islam wajib menjadi teladan

    kepada seluruh dunia dengan seruanAllah:

    122

  • 123

  • Pembebasan Palestin akan terus menjadi

    keutamaan. Kita juga perlu sedar

    bahawa kekacauan yang berlaku di

    negara umat Islam adalah kerana

    menjadi mangsa kezaliman oleh pihak

    lain melalui perang proksi.

    124

  • Krisis yang berlaku di Palestin, Kashmir,

    Uighur, Rohingya dan negara-negara lain

    menjadi bukti yang nyata bahawa

    sebenarnya umat Islam terus menjadi

    mangsa kezaliman.

    125

  • Malangnya umat Islam tidak mempunyai

    negara yang kuat bagi menyahut seruan

    Allah:

    126

  • Apapun jua cabaran yang dihadapi, kita

    wajib memanfaatkan kerjasama dalam

    kalangan negara seaqidah, serumpun

    dan bersahabat, di samping terus

    berpegang dengan konsep perdamaian

    hendaklah diutamakan, walaupun

    terhadap musuh yang paling agresif

    kerana Allah berpesan:

    127

  • 128

  • 129

  • PAS DALAM KERAJAAN (BPMS)

    PAS telah mentadbir dua buah negeri

    secara bersendirian iaitu Kerajaan Negeri

    Kelantan dan Terengganu, serta

    memimpin Kerajaan Negeri Kedah dan

    menyertai kerajaan campuran diperingkat Persekutuan dalam Kabinet.

    130

  • Bahkan turut bertanggungjawab di

    bawah Kementerian, GLC dan Majlis

    Mesyuarat Kerajaan Negeri serta

    mempunyai kerusi di beberapa Negeri

    tanpa terlibat dalam kerajaan secara

    langsung.

    131

  • Semua lapangan ini memberi peluang

    kepada kita dengan kadar yang terhad.

    Para ulama’ menetapkan kaedah:

    ما ال يدرك كله ال يرتك كله“Apa yang kita tidak dapat semuanya,

    jangan ditinggalkan semuanya.”

    132

  • Kaedah di atas ialah konsep

    berpandukan firman Allah SWT:

    “Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah

    sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan

    pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akanperintah-perintahNya).”

    Surah al-Taghabun: 16133

  • Sekalipun kita tidak mencapai ke

    peringkat Tamkin (berkuasa sepenuhnya)

    dan masih belum berpuas hati, namun

    semua ahli PAS yang berada di tempat

    masing-masing hendaklah menjalankan

    tugas masing-masing, dengan

    berperanan membawa risalah Islam

    yang kita tegakkan.

    134

  • Sekurang-kurangnya menjadi teladan

    yang baik dari segi syakhsiah (integriti)

    dan kemampuan dalam melaksanakan

    tugas dengan jayanya.

    135

  • Insya-Allah kita tidak menjadi laksana

    tikus yang berada dalam kepuk padi

    atau semut yang mati dalam gula, tidak

    seperti mereka yang tidak beristiqamah

    melompat dan melarikan diri daripada

    PAS sebagai sebuah parti Islam.

    136

  • Allah SWT berfirman menceritakan kisah

    Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS:

    137

  • Semua ahli parti yang berada di tempat

    masing-masing tetap menjadi jentera

    perjuangan yang sentiasa bergerak.

    Marilah kita mengulangi sejarah bahawa

    PAS tidak pernah rugi dalam semua

    kerjasama politik dengan pihak lain

    selagi kita beristiqamah dengan Islam.

    138

  • Hari ini kita berjaya dalam usaha

    Wahdah Ummah (Penyatuan Ummah)

    bersama Islam, maka pertahankan

    perpaduan ini dengan penuh kesabaran

    dalam menghadapi masalah dalaman

    umat dengan meneguhkan titik

    persamaan dan bertoleransi dalam

    perbezaan dengan konsep yang

    disebutkan dalam al-Quran, firman Allah:139

  • “Mereka bersifat lemah-lembut terhadap

    orang-orang yang beriman...”

    Surah al-Ma’idah: 54

    140

  • 141

  • PERSEDIAAN PARTI

    Marilah jentera Parti Islam Se-Malaysia

    (PAS) membuat persediaan bagi

    melunaskan syarat-syarat untuk mencapai

    kemenangan, sebagaimana yang telah

    dijanjikan oleh Allah SWT menerusifirmanNya:

    142

  • 143

  • Allah SWT telah menetapkan ciri-ciri

    kumpulan (parti) yang menegakkan

    agamaNya (Islam):

    1. Mencintai Allah dan Rasul

    (berkonsepkan Islam secara

    menyeluruh).

    144

  • 2. Merendah diri kepada saudara

    seagama dan hebat menghadapi

    musuh Islam. (Sikap yang berbeza

    dalam hubungan sesama umat

    Islam dan bukan-Islam yang

    berdamai, berbanding terhadap

    musuh dan mereka yang

    bersekongkol dengan musuh).

    145

  • 3. Berjihad (pengorbanan diri dan harta)

    dilaksanakan bersama tarbiah

    berkonsepkan amal melalui tafaqquh

    fi al-Din ( الدينفيتفقه )

    4. Berwala’ (memberikan kesetiaan)

    kepada Allah dan Rasul secara

    mutlak.

    146

  • 5. Berwala’ kepada kepimpinan yang

    beramal dengan Islam.

    Ciri yang ke-4 dan ke-5 ini hendaklah

    dilaksanakan melalui proses Tarbiah dan

    Bai’ah.

    147

  • Maka di sini terletaknya peranan Dewan-

    Dewan, Lajnah dan program Tarbiah

    secara khusus yang wajib disalurkan ke

    dalam jentera parti oleh Dewan Ulamak,

    Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan

    Dewan Himpunan Pendukung PAS.

    Peranan ini hendaklah diturunkan pula ke

    seluruh peringkat Negeri, Kawasan, DUN

    dan Cawangan.148

  • Semua peringkat perlu mewujudkan

    jentera Penerangan dan Dakwah yang

    sistematik agar maklumat sampai ke

    sasarannya, dengan mengikuti

    peningkatan teknologi maklumat yang

    pesat dan semasa, serta pendekatan

    berhikmah.

    149

  • Lajnah-lajnah perlu bergerak

    mengadakan hubungan dengan semua

    lapisan rakyat, melalui kebajikan,

    hubungan dengan NGO Islam dan

    bukan Islam, demi membela nasib rakyat

    dan menyelesaikan segala

    permasalahan masyarakat termasuklah

    di bandar, luar bandar, dan

    penempatan FELDA.150

  • Semua perkara tersebut adalah penting

    dalam pendekatan Muwajahah

    Silmiyyah (berdepan secara aman dan

    damai) yang menjadi keutamaan dalam

    ‘Amal Islami (gerak kerja Islam),

    151

  • selaras dengan Budaya Politik Matang

    dan Sejahtera (BPMS) ke arah

    menegakkan Islam yang sinonim dengan

    konsep Demokrasi yang terus menjadi

    pendekatan PAS.

    152

  • 153

  • DEWAN ULAMAK PAS

    Golongan ulama’ merupakan pewaris

    para anbiya’ yang berpengaruh dalam

    masyarakat. Peranan mereka ditegaskan

    oleh Allah:

    154

  • 155

  • Risalah yang disampaikan ialah

    memahami Islam dan memberi

    peringatan. Golongan ulama’

    berperanan menyebarkan ilmu serta

    melakukan Islah dan Tajdid bagi

    menghadapi kehidupan semasa dan

    cabarannya yang membahayakan.

    156

  • Walaupun mungkin terdapat kalangan

    ulama’ yang tidak memenuhi syarat untuk

    berijtihad bagi menghadapi masalah semasa

    yang tidak wujud pada zaman dahulu atau

    hanya mampu mentarjihkan masalah

    khilafiah dalam perkara furu’ (cabang)

    kerana situasi dan realiti yang berubah,

    namun ijtihad boleh dipenuhi secara

    berjamaah.

    157

  • Peranan ulama’ dalam menggerakkan

    Dakwah, Ta’lim dan Tarbiah bukan

    sekadar meramaikan mereka yang hadir

    dalam kuliah dan ceramah dengan

    sekadar berhibur sahaja, tetapi mestilah

    menanamkan kesedaran beragama,

    berpolitik dan mengemukakan

    penyelesaian Islam kepada

    permasalahan masyarakat.158

  • 159

  • DEWAN MUSLIMAT PAS

    Cabaran terkini kaum Wanita ialah

    menjadi sasaran tersebarnya pengaruh

    musuh Islam yang menghilangkan

    syakhsiah umat.

    160

  • Kesan dan pengaruh musuh Islam itu

    sudah memasuki ke dalam rumah dan

    fikiran yang mempengaruhi keluarga dan

    masyarakat, khususnya para pengundi

    yang memilih kerajaan melalui pilihan

    raya melibatkan para wanita dan remajapada masa hadapan.

    161

  • Firman Allah SWT:

    162

  • Undi kaum Hawa tiada bezanya dengan

    undi kaum Adam. Peranan mereka juga

    sudah meluas ke lapangan masyarakat,

    maka mereka tidak boleh melepaskan

    diri daripada Jihad bagi

    mempertahankan Islam yang sudah

    menjadi fardhu ‘ain selepas fardhu

    kifayah dalam keadaan biasa.

    163

  • Muslimat memerlukan petugas yang

    berwibawa untuk menarik sokongan

    rakyat dan kelompok atas pagar, di

    samping menjadi benteng aqidah dan

    akhlak Islam dalam institusi keluarga dan

    masyarakat.

    164

  • 165

  • DEWAN PEMUDA PAS

    Pemuda adalah tonggak dalam gerak kerja

    Islam. Mereka paling ramai bersama para

    Anbiya’ dalam sejarah perjuangan terdahulu.

    Mereka berada di barisan hadapan dan

    menjadi harapan masa depan.

    166

  • Pada masa yang sama, mereka juga menjadi

    sasaran musuh khususnya melalui seranganpemikiran dan budaya.

    167

  • Pengundian secara automatik 18 tahun

    menjadi peranan besar kepada tugas

    pemuda, khususnya dalam persaingan

    media sosial yang perlu dikuasai.

    168

  • Maka pengisian menyediakan pasukan

    kepimpinan dan jentera yang mantap

    perlu dilakukan dengan gigih daripada

    sekarang, dan menjadi model ikutan

    (Qudwah) kepada generasi muda.

    169

  • Khususnya menjadi benteng anak muda

    yang paling menjadi sasaran musuh bagi

    merosakkan umat dan dipergunakan

    bagi menentang Islam, dengan

    membimbing generasi muda

    berpandukan Al-Quran.

    170

  • Firman Allah SWT:

    171

  • 172

  • DEWAN HIMPUNAN PENDUKUNG PAS

    Kita telah berjaya memecahkan tembok

    yang memisahkan kita dengan

    masyarakat bukan Islam yang menjadi

    sebahagian masyarakat majmuk dalam

    medan perjuangan Islam.

    173

  • Tugas kita bukan sekadar berdakwah

    terhadap bukan Islam kepada Islam

    tanpa sebarang paksaan, tetapi

    menyantuni untuk menyelamatkan

    semua manusia agar berada di bawahpayung Islam yang adil kepada semua.

    174

  • Jika masyarakat bukan Islam di sini boleh

    bermati-matian untuk menegakkan

    ideologi asing yang bukan daripada

    bangsa dan agama mereka sendiri, iaitu

    ideologi yang dibawa oleh penjajah

    Barat yang telah merosakkan jati diri

    mereka serta memperhambakan rakyat

    dan negeri yang dijajah.

    175

  • Mengapa mereka tidak boleh bernaung

    di bawah Islam yang tidak

    memperhambakan sesama manusia,

    bahkan menjadikan semua bangsa

    adalah merdeka?

    176

  • Firman Allah SWT:

    177

  • 178

  • PERSEDIAAN PRU-15

    Perlu diketahui bahawa kerja pilihan raya

    bukan semata-mata semangat untuk

    bertanding kerusi yang banyak sahaja,

    tetapi mesti membuat persediaan untuk

    menang sehingga memerintah negaramengikut acuan Islam.

    179

  • Tempat dan lapangan bagi memenangi

    kerusi sebanyak mungkin harus

    disediakan. Maka kerja-kerja seperti

    meningkatkan jumlah ahli, cawangan

    dan penyokong, serta memperkukuhkan

    Wahdah Ummah bersama Islam

    hendaklah diusahakan di tempat masing-

    masing.

    180

  • Jangan hanya sekadar menjadi ahli

    tanpa melakukan kerja, atau

    menubuhkan cawangan tanpa bergerak.

    181

  • Jangan sekadar meletakkan calon tanpa

    mempersiapkan cawangan, jentera dan

    petugas yang berkemampuan untuk

    melakukan kerja pilihan raya bagi

    mencari dan mendapat undi seramai

    mungkin, bukannya meramaikan musuh.

    182

  • Oleh kerana kita mahu memerintah

    negara dan negeri atau menjadi

    pembangkang yang menasihat,

    berdakwah dan berkhidmat kepada

    masyarakat, maka parti perlu

    menyediakan calon daripada kepakaran

    dan latar belakang dengan seimbang

    dan saksama.

    183

  • Kadang-kadang kita menghadapi

    kawasan yang mahukan calon yang

    selesa untuk diri dan tempat masing-

    masing, tanpa mengira bahawa parti

    memerlukan pasukan yang mempunyai

    pelbagai latar belakang berkebolehan

    dan berpengaruh untuk mengisi

    kemenangan.

    184

  • Kepimpinan PAS wajib membuat

    keputusan secara tegas dengan

    mengambil kira supaya PAS dihormati

    dengan kemampuan memimpin serta

    berjaya menyelamatkan negara dan

    umat.

    185

  • Maka seluruh ahli perlu memberikan

    ketaatan dan wala’ terhadap keputusan

    parti yang merupakan syarat dan rukun

    kita berjamaah.

    186

  • Mandatnya diserahkan kepada Majlis

    Syura Ulama’ dan PAS Pusat untuk

    membuat penelitian dan keputusan

    dalam urusan terpenting ini.

    187

  • Golongan yang berwibawa dalam PAS

    tidak akan tercicir kerana konsep

    Kerajaan Teknokrat yang kita telah

    perkenalkan tetap memberi tempat

    masing-masing, tidak semestinya menjadi

    calon dan wakil rakyat sahaja.

    188

  • Manakala mereka yang menjadi calon

    pula sedia berkorban menghadapi

    segala kemungkinan apabila ditugaskan.

    189

  • Kita berjaya memilih calon dan tenaga

    yang beristiqamah melalui tapisan Majlis

    Syura Ulamak dan ikatan Bai’ah yang

    menjadi rukun perjuangan. Maka

    percayalah bahawa mereka yang tidak

    beriman dan budiman akan tetap

    menerima padahnya, kerana firman

    Allah:

    190

  • 191

  • PENUTUPAkhirnya, saya mengucapkan jutaan terima

    kasih dan penghargaan yang setingginya

    kepada Jawatankuasa Panitia Muktamar

    yang dikendalikan oleh pasukan Setiausaha

    Agung dan Badan Perhubungan PAS Negeri

    Kelantan, termasuk semua peringkat jentera

    parti walaupun dalam keadaan dharurat

    wabak COVID-19 yang menguji masyarakatseluruh dunia.

    192

  • Mudah-mudahan kita mendapat fadhilat

    Murabithun yang berada di pengkalan

    masing-masing, berjuang dan bersabar

    dengan penuh keikhlasan semata-mata

    kerana Allah SWT.

    193

  • Firman Allah SWT:

    194

  • “Wahai orang-orang yang beriman!

    Bersabarlah kamu (menghadapi segala

    kesukaran dalam mengerjakan perkara-

    perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah

    kesabaran kamu lebih daripada kesabaran

    musuh, dan bersedialah (dengan bertugas di

    tempat masing-masing) serta bertaqwalah

    kamu kepada Allah supaya kamu berjaya

    mencapai kemenangan.”

    Surah Ali ‘Imran: 200195

  • Saya rasmikan Muktamar Tahunan PAS

    Kali Ke-66 ini dengan menyebut sabda

    Rasulullah SAW:

    سريوا على بركة هللاوهلل احلمد! هللا أكرب! هللا أكرب! هللا أكرب

    196

  • 197