islam, iman & ehsan

Upload: tokwan

Post on 07-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Islam, Iman & Ehsan

    1/7

    Islam, Iman & Ehsan

    by Tokwan Um on Saturday, August 27, 2011 at 10:27pm

    Jika ada orang yang bertanya Apakah agama kamu? maka kita akan menjawab saya

    beragama Islam. Kita tidak akan menjawab Saya beragama Iman atau Saya

    beragama Ehsan. Islam Iman dan Ehsan adalah tiga sumber yang telah menjadi

    rukun yang mengesahkan agama seseorang itu.

    Tidak sah agama seseorang itu jika hanya mengambil salah satu daripada tiga sumber

    tersebut. Jika Islam sahaja diambil, Iman dan Ehsan dibuang maka jadilah orang yang

    beramal zahir sahaja tanpa mengetahui kemana dan kepada siapa ia

    beramal. Walaupun nampak cantik zahirnya namun roh amalannya hampa, kosong.

    Begitu juga sebaliknya jika diambil Iman atau Ehsan sahaja dan meninggalkan Islam

    sama seperti orang yang tiada beragama kerana tiada nyata pekerjaan agamanya maka

    tiada sah jualah agamanya.

    Islam Iman dan Ehsan telah menjadi Rukun Agama. Ulama mengistinbatkan ketiga-

    tiga rukun ini dari sebuah hadis nabi yang bermaksud,

    Dari Umar r.a, beliau berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk di dekat

    Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul seorang laki-laki yang berpakaian sangat putih dan

    rambutnya sangat hitam. Pada dirinya tidak tampak bekas dari perjalanan jauh dan

    tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Kemudian ia duduk di

  • 8/4/2019 Islam, Iman & Ehsan

    2/7

    hadapan Nabi s.a.w, lalu merapatkan kedua lututnya ke lutut Nabi, dan meletakkan

    kedua tangannya di atas kedua pahanya, kemudian berkata:

    Wahai Muhammad, terangkanlah kepadaku tentang Islam. Kemudian Rasulullah

    s.a.w menjawab: Islam yaitu: hendaklah engkau bersaksi tiada tuhan yang haq

    disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah.

    Hendaklah engkau mendirikan sholat, membayar zakat, berpuasa pada bulan

    Ramadhan, dan mengerjakan haji ke rumah Allah jika engkau mampu

    mengerjakannya.Engkau benar. Kami menjadi heran, karena dia yang bertanya

    dan dia pula yang membenarkannya.

    Orang itu bertanya lagi: Lalu terangkanlah kepadaku tentang iman.Hendaklah

    engkau beriman kepada Allah, beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya,

    para utusan-Nya, hari akhir, dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik

    dan yang buruk.Orang tadi berkata: Engkau benar.

    Lalu orang itu bertanya lagi: Lalu terangkanlah kepadaku tentang ehsan. (Beliau)

    menjawab: Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-

    Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya,

    sesungguhnya Ia melihat engkau.

    Orang itu berkata lagi: Beritahukanlah kepadaku tentang hari kiamat. (Beliau)

    mejawab: Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.

    Orang itu selanjutnya berkata: Beritahukanlah kepadaku tanda-tandanya. (Beliau)

    menjawab: Apabila budak melahirkan tuannya, dan engkau melihat orang-orang

    Badui yang bertelanjang kaki, yang miskin lagi penggembala domba berlomba-lomba

    dalam mendirikan bangunan.

    Kemudian orang itu pergi, sedangkan aku tetap tinggal beberapa saat lamanya. Lalu

    Nabi s.a.w bersabda: Wahai Umar, tahukah engkau siapa orang yang bertanya

    itu ?. Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Lalu beliau

    bersabda: Dia itu adalah malaikat Jibril yang datang kepada kalian untukmengajarkan agama kalian.(HR. Muslim).

  • 8/4/2019 Islam, Iman & Ehsan

    3/7

    Al-Quran

    kitabullah, Kalamullah

    Sebahagian ulama meletakkan hadis ini sebagai Induk (Ibu) Sunnah kerana

    kesimpulan daripada keseluruhan sunnah nabi terhimpun kepada hadis ini. Maka

    selayaknyalah Jibril sendiri datang kepada jemaah sahabat-sahabat Rasulullah dalam

    rupa bentuk manusia demi mengajar tentang apa itu yang dikatakan agama. Ilmu

    mengenai agama sebenarnya sudah termaklum kepada Rasulullah s.a.w. Kalaulah

    Jibril tidak ditakdirkan datang kepada Rasulullah untuk mengajarkan Agama kepada

    para sahabat, sebenarnya batang tubuh Rasulullah itu adalah contoh Agama itu sendiri.

    Lihatlah betapa besarnya hadiah yang Allah Taala kurniakan kepada umat

    Muhammad dengan memperlihatkan wakilnya dari alam malaikat untuk mengajarkan

    Agama. Kalau wakil dari sebuah sekolah datang ke rumah membawa hadiah kepadakita mungkin itu perkara biasa tapi kalau wakil dari Kementerian Pelajaran datang ke

    rumah dan menyampaikan hadiah itu agak luar biasa dan sangat istimewa.

    Islam Iman dan Ehsan adalah seperti satu anggota atau tubuh badan Agama. Kalau

    Agama itu kita ibaratkan sebagai satu orang manusia dan manusia itu mempunyai

    jasad, akal (hati) dan batin hati (roh qudus), maka begitu jualah Agama mesti ada

    Islam, Iman dan Ehsan. Kalau pada jasad manusia itu tempat zahirnya segala

    perbuatan manusia maka Agama itu mesti ada Islam tempat zahirnya segala

    pekerjaan syariat agama. Kalau pada manusia itu ada hati dan akal untuk

    membezakan atau memilih yang baik atau yang buruk, yang hak dan yang batil, yangqodim dan yang muhdis maka Agama itu mesti ada Iman yakni tempat menerima

    kepercayaan. Kalau manusia itu mempunyai Roh tempat menerima Amar Tuhan

    (suruh tuhan) maka Agama itu mesti ada Ehsan tempat penyaksian Zat, sifat, afal dan

    nama-nama tuhan. Jadi yang dikatakan Agama itu bukan sekadar menyempurnakan

    pekerjaan syariat Islam semata-mata, malah mestilah disertai dengan ada kepercayaan

    atau pegangan itiqod yang benar dan mesti ada kesedaran serta penyaksian ketuhanan

    pada roh (jiwa).

  • 8/4/2019 Islam, Iman & Ehsan

    4/7

    Islam Adalah Simbol Agama

    Mengapa bila disebut Agama hanya dirujuk kepada Islam sahaja yakni Agama Islam,

    tidak Agama Iman atau Agama Ehsan?. Islam Iman dan Ehsan saling memerlukan

    untuk membentuk Agama. Sudah diterangkan di atas bahawa Agama itu ibarat

    daripada satu anggota badan. Orang akan mengenal kepada seseorang itu ialah

    melalui rupa dan bentuk tubuh badan itu sendiri. Si Ahmad dapat dikenal dengan rupa

    dan bentuk badannya, berbeza pula dengan rupa dan bentuk si Zaid. Jadi orang akan

    mengenal satu-satu agama itu dari rupa bentuk zahir dan pekerjaan agama itu. Kalau

    Agama Islam mestilah di atas tanda pekerjaan syariat Islamnya yang membezakan

    dengan Agama Kristian, Buddha, Hindu contohnya. Ada pun Iman dan Ehsan tiada

    tanda khusus untuk dikenali. Iman dan Ehsan adalah syariat nabi yang batin,

    manakala Islam adalah syariat nabi yang zahir. Jadi Islam itu menzahirkan ketandaan

    seseorang itu beriman. Orang yang mengerjakan syariat Islam adalah orang yang

    menzahirkan ketaatan kepada agama. Orang yang taat kepada perintah agama adalah

    orang yang mempunyai keimanan dan ketauhidan pada umumnya. Masalah sekuat

    atau selonggar mana keimanan dan ketauhidan seseorang itu masalah lain. Yang

    penting apabila disebut agama Islam maka sudah tersimpul pada agama itu Iman dan

    Ehsan.

    Rukun Islam, Rukun Iman Dan Rukun Ehsan

    Bersumbarkan Hadis di atas apabila Rasulullah ditanya oleh Jibril terangkanlah

    kepadaku tentang Islam. Kemudian Rasulullah s.a.w menjawab: Islam yaitu:

    hendaklah engkau bersaksi tiada tuhan yang haq disembah melainkan Allah dan

    sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah engkau mendirikan sholat,

    membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji ke rumah

    Allah jika engkau mampu mengerjakannya.

    Telah muafakat sekalian ulama bersandarkan hadis tersebut meletakkan lima perkara

    yang disebutkan oleh Rasulullah itu telah menjadi rukun, maka ia disebut sebagai

    Rukun Islam. Hukum mempelajari perkara-perkara yang menjadi rukun dalam Islamini menjadi Fardhu Ain kepada setiap mukallaf. Jadi ilmu bagi mempelajari tentang

    rukun Islam ini disebut sebagai Ilmu Fekah. Maka had mempelajari ilmu fekah ini

    ialah sekira-kira mengesahkan amal seseorang.

    Setelah itu Jibril bertanya lagi kepada Rasulullah Lalu terangkanlah kepadaku

    tentang iman. Rasulullah menjawab Hendaklah engkau beriman kepada Allah,

    beriman kepada para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, hari akhir,

    dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir yang baik dan yang buruk. Maka

  • 8/4/2019 Islam, Iman & Ehsan

    5/7

    dengan sabda Rasulullah s.a.w mengenai iman ini telah diistimbat oleh para ulama

    bahawa Rukun Iman itu enam perkara sebagaimana sabda. Bila ia sudah menjadi

    rukun kepada dasar keimanan seseorang maka hukum mempelajari dan mendalami

    ilmu mengenai rukun iman ini menjadi fardhu ain. Adapun ilmu yang membicarakan

    perkara keimanan ini di panggil Ilmu Usuluddin atau Ilmu Kalam atau Ilmu Tauhid.

    Serta had mempelajari ilmu usuluddin ini ialah bagi mengesahkan keimanan serta

    mengesahkan itiqod atau pegangan seseorang.

    Seterusnya Rasulullah ditanyai oleh Jibril mengenai Ehsan, maka Rasulullah

    menjawab Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-

    Nya. Namun jika engkau tidak dapat (beribadah seolah-olah) melihat-Nya,

    sesungguhnya Ia melihat engkau. Inilah dia intipati bagi segala amalan hidup

    beragama, yakni merasa seolah-olah melihat Allah dan merasa sentiasa diawasi oleh

    Allah dalam setiap amalan, setiap saat, setiap detik serta setiap masuk dan keluarnya

    nafas hamba. Di sini terdapat dua perkara yang menjadi rukun Ehsan, yakni pertama

    Hendaklah engkau beribadat seolah-olah melihat Allah disebut dengan istilah

    MUSYAHADAH. Keduanya pula Jika engkau tidak dapat melihatnya sesungguhnya

    ia (Allah) melihat engkau, diistilahkan sebagai MUROQABAH. Ilmu yang

    membicarakan perkara yang berkaitan dengan Musyahadah dan Muroqabah inidikenali sebagai ILMU TASAWWUF. Ini bermakna mempelajari ilmu tassawwuf

    juga adalah fardhu ain bagi setiap mukallaf.

    Mempelajari ilmu fekah bagi mengesahkan pekerjaan amal (syariat) manakala

    mempelajari usuluddin bagi mengesahkan itiqod atau pegangan hati dan

    mempelajari tasawwuf itu bagi melepaskan daripada syirik khafi dan jali sertamengesahkan pahala amal seseorang.

    Di zaman Rasulullah belum timbul istilah Fekah, Usuluddin dan Tasawwuf, tetapi

    kehidupan beragama yang mengandungi Islam Iman dan Ehsan sudahpun ditunjukkan

    oleh Rasulullah dan telah diamali oleh para sahabat. Perkataan-perkataan dan amalan

    yang menjurus kepada kehidupan Tasawwuf sudah sebati dengan jiwa para sahabat.

    Bilal ibni Rabah walaupun disiksa oleh kafir Quraish dengan berbagai seksaan namun

    kelazatan musyahadah beliau terhadap tuhan yang Ahad telah menghilangkan segala

    kesakitan jasad beliau. Saiyidina Ali apabila panah tertusuk ke badan beliau meminta

    para sahabat beliau mencabut panah tersebut sewaktu beliaubersembahyang. Musyahadah terhadap zat tuhan telah menghilangkan rasa sakit pada

    jasad beliau sewaktu panah dicabut. Saiyidina Abu Bakar setelah habis kesemua

    hartanya dibelanjakan pada jalan Allah, lantas nabi bertanya Apa yang tinggal pada

    engkau wahai Abu Bakar? Abu Bakar menjawab Allah dan Rasul. Ini membawa

    maksud pada pandangan mata hati Abu Bakar dirinya sendiri tidak ada yang ada

    hanyalah Allah dan Rasulnya sahaja. Selanjutnya Rasulullah berkata ..Sesiapa yang

    ingin melihat mayat berjalan lihatlah pada Abu Bakar. Yang dimaksudkan dengan

    mayat di sini Diri yang tiada mempunyai wujud hakiki. Rasulullah dapat

    memandang jauh ke dalam lubuk hati Abu Bakar bagaimana Musyahadahnya Abu

    Bakar terhadap Zat Allah yang Wajibalwujud.

  • 8/4/2019 Islam, Iman & Ehsan

    6/7

    Kehidupan bertasawwuf ini dapat juga kita lihat dari perkataan-perkataan para sahabat

    mengenai pandangan Basyirah (Musyahadah) mereka kepada zat Allah. Telah berkata

    Abu Bakar Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat Allah dahulunya Maka

    berkata pula Umar Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat Allah

    kemudiannya. Berkata pula Uthman Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat

    Allah sertanya. Ali pula berkata Tiada aku lihat sesuatu melainkan aku lihat di

    dalamnya Allah. Berkata lagi Saidina Ali k.w.j Aku duduk pada pintu hati ku dan

    selain daripada Allah Taala tiada aku beri masuk di dalam hati ku, jikalau ada selain

    Allah di dalam hati nescaya telah meletak oleh berhala besar dan berhala keci (dalam

    hati)l. Berkata Umar, Hatiku melihat tuhan ku dengan cahaya dari tuhan ku. Ali

    pula berkata, Aku tidak beribadah kepada tuhan yang tidak aku lihat (dengan mata

    hati).

    Ternyata para sahabat nabi mempunyai Musyahadah yang berlainan tingkatan

    martabatnya, namun pokok pangkalnya mereka tidak memandang selain Allah. Inilah

    setinggi-tinggi pencapaian makrifat kepada Allah dalam hidup beragama. Kalau di

    syurga akhirat nikmat yang paling tinggi ialah melihat zat Allah dengan mata kepala,maka di atas dunia ini melihat Allah dapat dicapai dengan Mata Hati yakni

    BASYIRAH. Pengelihatan Basyirah ini ialah dengan melalui

    MUSYAHADAH. Firman Allah, Katakanlah (Ya Muhammad) Ini adalah jalan ku.

    Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang Jelas (Basyirah). Aku dan para

    pengikut ku.

    MengikutSyeikh Abdul Qadir Jailani Basyirah yang disebut dalam Quran itu adalah

    dari ruh asli (Ruhil qudus) yang terbuka pada mata hati bagi auliya. Basyirah tidak

    akan terbuka dengan ilmu zahir sahaja, tetapi untuk membukanya haruslah dengan

    ilmu batin yakni ilmu ladunni (ilmu yang langsung dari Allah), sesuai dengan firmanAllah: Kepada dia ku berikan ilmu yang lansung dari aku . Mengikut Syeikh

    Abdul Qadir Jailani lagi untuk menghasilkan pembukaan Basyirah manusia mesti

    mengambilnya dari Ahli Basyirah yakni dengan mengambil Talqin dan Baiah dari

    seorang Wali Mursyid yang dapat menunjukkan pembukaan Alam Lahut.

    Wallahu alam

    Zikir, Fikir, Ikhtiar Tak putus2 24 jam 6.666 hari = seminggu 365hari... sampai mati...

    Sumber: http://tibbilqulub.wordpress.com/2010/07/08/mari-tegakkan-negara-islam-

    iman-ehsan-1/

  • 8/4/2019 Islam, Iman & Ehsan

    7/7