islam bukan punca pembunuhan demi maruah, islam adalah ... · pdf filekepada kes jenayah...

9
Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah sebahagian daripada penyelesaian. Jonathan Brown

Upload: ledan

Post on 06-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah ... · PDF filekepada kes jenayah maruah. Hukuman ini masih digunakan di dalam undang-undang Lubnan, Syria, dan sebahagian kecil

Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah sebahagian daripada penyelesaian. Jonathan Brown

Page 2: Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah ... · PDF filekepada kes jenayah maruah. Hukuman ini masih digunakan di dalam undang-undang Lubnan, Syria, dan sebahagian kecil

Author Bio Jonathan Brown, seorang professor di Fakulti Perkhidmatan Luar, Georgetown University dan Ketua Editor Oxford Encyclopedia of Islam and Law.

DISCLAIMER: Please note that these are community based translations and are not officially endorsed by Yaqeen Institute for Islamic Research.

Page 3: Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah ... · PDF filekepada kes jenayah maruah. Hukuman ini masih digunakan di dalam undang-undang Lubnan, Syria, dan sebahagian kecil

| Islam is not the cause of Honor Killings. It’s part of the solution 1

Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah sebahagian daripada penyelesaian.

Pembunuhan demi maruah tidak pernah lekang dari kacamata media. Clarion Fund yang terkenal dengan pendapat yang menjurus kepada Islamofobia telah menerbitkan Honor Diaries, sebuah dokumentari yang mengulangi tuduhan bahawa Islam menyokong pembunuhan demi maruah dan perbuatan sebegini adalah perkara yang sentiasa berlaku dalam kalangan masyarakat Islam.

Namun hakikat sebenarnya adalah jauh dari itu. Islam tidak pernah menggalakkan tindakan tersebut; malah Islam menegahnya sama sekali.

Pembunuhan demi maruah sebenarnya bukanlah masalah yang spesifik kepada orang Islam. Banyak kes-kes sebegini langsung tidak pernah melibatkan umat Islam. Kurangnya pengetahuan tentang agama Islam dan kaitannya dengan keganasan terhadap wanita membawa kesan yang amat serius. Pertama, menyalahkan keganasan berkaitan maruah ke atas agama Islam telah menyebabkan umat Islam dipandang serong. Hal ini menjadi subjek utama kepada suara proksi barat dan imperialis budaya yang mengiyakan negara-negara Islam mengabaikan hak asasi manusia. Kedua, ketaksuban terhadap Islam menyebabkan (orang ramai/ manusia) mengabaikan realiti keganasan terhadap wanita adalah suatu masalah global yang merentasi doktrinisasi salah satu agama ataupun budaya. Akhir sekali, ketaksuban terhadap tuduhan yang menyatakan Islam menerima perbuatan jenayah maruah bukan sahaja, telah membutakan mata orang bukan Islam, malah telah menular dalam kalangan orang Islam sendiri. Hakikatnya, Nabi Muhammad sendiri mengutuk perbuatan tersebut dan ianya juga menyalahi undang-undang syariah.

Pembunuhan demi maruah tidak pernah berpunca dari Islam ataupun tidak pernah digalakkan dalam Islam

Pembunuhan demi maruah tidak pernah berpunca atau digalakkan dalam Islam

Tragedi keganasan terhadap wanita telah berleluasa dan telah lama lama berlaku serta telah menjadi produk dari mana-mana agama mahupun sesebuah budaya. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kekerapan mengikut tempat, serta menimpa pelbagai masyarakat. Komuniti patriarki, kadangkala memberikan alasan bahawa keganasan sebegini merupakan akibat daripada kemarahan yang berpunca dari ‘jenayah keghairahan’. Lain-lain keganasan terhadap wanita, seperti pembunuhan maruah, lazimnya melibatkan perancangan dan penglibatan lebih dari seorang pelaku, malah ia mungkin juga melibatkan saudara wanita mangsa tersebut. Di negara-negara dimana keganasan sebegini berlaku, sistem

Page 4: Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah ... · PDF filekepada kes jenayah maruah. Hukuman ini masih digunakan di dalam undang-undang Lubnan, Syria, dan sebahagian kecil

| Islam is not the cause of Honor Killings. It’s part of the solution 2

perundangan mereka juga menunjukkan toleransi secara rasmi ataupun tidak rasmi kepada pelaku lelaki yang melakukan jenayah tersebut.

Jenayah Maruah hanyalah secebis daripada fenomena femicide, ataupun pembunuhan seseorang wanita atas alasan yang berkaitan dengan jantina beliau. Wanita-wanita dan anak-anak gadis mangsa keganasan sebegini, diserang kerana mereka dituduh melanggar peraturan yang telah ditetapkan ke atas mereka oleh komuniti mereka sendiri. Di kawasan Mediterranean, khususnya di Timur Tengah dan Afrika Utara, termasuk Asia Selatan, ‘maruah’ wanita itu atau keluarganya lazimnya dikaitkan sebagai punca kepada jenayah ini. United Nations Population Fund (UNFPA) telah menganggarkan sekurang-kurangnya 5,000 wanita menjadi mangsa pembunuhan maruah. Di India dan Pakistan, kes-kes ini melibatkan anak perempuan atau adik/kakak yang dibunuh kerana mereka telah terlibat dalam hubungan cinta yang ditentang oleh keluarga dan selalu terjadi dalam kalangan rakyat yang beragama Hindu dan Islam. Femicide juga wujud dalam pelbagai bentuk di negara lain. Pada tahun 2012, laporan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) menyatakan terdapat beberapa bahagian di Afrika Selatan, Asia Selatan, dan Asia Tenggara, ratusan wanita telah dibunuh setiap tahun kerana dituduh mengamalkan ilmu sihir. Pembunuh-pembunuh mereka pula hanya dikenakan hukuman yang ringan.

Walaupun pembunuhan maruah mendapat liputan meluas media, ia bukanlah bentuk femicide yang paling kerap berlaku. Jumlah pembunuhan maruah samada berlaku di negara Islam ataupun negara-negara yang lain, tidak dapat dibandingkan dengan jenayah-jenayah femicide yang lebih serius, pembunuhan mas kahwin (dowry killing) yang lazimnya terjadi dalam kalangan penganut agama Hindu di India. Pembunuhan mas kahwin, merupakan pembunuhan seorang isteri oleh suaminya atau keluarga suaminya, atas alasan beliau gagal memberikan mas kahwin yang mencukupi kepada mereka, mengambil semula hadiah mas kahwin ataupun wanita tersebut gagal mencapai jangkaan atau standard kepada apa yang ditetapkan sebagai tanggungjawab seorang isteri. Malah kes-kes sebegini selalunya melibatkan mangsa dibakar hidup-hidup. Statistik untuk kes ini amat mengejutkan. Laporan dari UN pada tahun 2012 menunjukkan 8,383 kes pembunuhan dowry berlaku di India pada tahun 2009, jumlah ini meningkat daripada 4,836 pada tahun 1990. Walaupun kerajaan India telah mengharamkan amalan pemberian mas kahwin puluhan tahun yang lalu, dan juga telah mengenal pasti pembunuhan dowry sebagai masalah jenayah, pemberian mas kahwin kekal sebagai amalan yang sangat penting di dalam budaya mereka dan kes kematian meragukan seseorang isteri jarang disiasat. Pihak polis selalunya mengandaikan kematian tersebut sebagai kemalangan di dapur.

Page 5: Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah ... · PDF filekepada kes jenayah maruah. Hukuman ini masih digunakan di dalam undang-undang Lubnan, Syria, dan sebahagian kecil

| Islam is not the cause of Honor Killings. It’s part of the solution 3

Organisasi - organisasi pro-Islamofobia menyalahkan negara-negara Islam serta undang-undang di negara-negara tersebut, dengan alasan mereka mengabaikan atau tidak mengendahkan kes-kes pembunuhan sebegini. Malang sekali, mereka tidak salah untuk tuduhan kedua. Sistem perundangan mereka sememangnya bermasalah dan ianya telahpun merebak di Timur Tengah. Undang-undang negera Mesir sebagai contoh, sekiranya seorang lelaki membunuh isterinya atau kekasih isterinya setelah mereka ditangkap ketika melakukan hubungan seks (in flagrante delicto) hanya akan dihukum penjara berbanding dengan hukuman bunuh. Undang-undang Maghribi, Kuwait, Lubnan, Syria, Yaman, Oman, Emiriyah Arab Bersatu dan Jordan juga memberikan hukuman yang ringan kepada pelaku pembunuhan yang sama (walaubagaimanapun Emiriyah Arab Bersatu dan Jordan telah membenarkan alasan yang sama digunakan oleh wanita yang telah menangkap suami mereka ketika melakukan hubungan seks dengan wanita yang lain).

Walaubagaimanapun, tiada satu dari undang - undang ini mempunyai asas daripada undang-undang syariah mahupun ajaran agama Islam. Malah, undang-undang ini asalnya diimport dari negara barat. Undang-undang jenayah di Timur Tengah yang digunakan masa kini adalah berasaskan Kod Jenayah Uthmaniyyah 1858, yang telah diusulkan sebagai sebahagian dari usaha kurang berkesan Kerajaan Uthmaniyyah meniru saingan merekan dari Eropah. Kod ini hanyalah salinan terjemahan Kod Jenayah Perancis 1832, yang turut menyalin hukuman ringan kepada kes jenayah maruah. Hukuman ini masih digunakan di dalam undang-undang Lubnan, Syria, dan sebahagian kecil Maghribi (yang tidak berkaitan dengan Empayar Uthmaniyyah). Kod undang-undang Perancis dan Uthmaniyyah juga telah digunakan sebagai inspirasi kepada undang-undang Mesir.

Di Pakistan, sebuah lagi negara yang sinonim dengan jenayah maruah, kita dapat melihat situasi yang sama dengan undang-undang British. Walaupun negara ini mengamalkan undang-undang yang dipengaruhi undang-undang Syariah, undang-undang jenayah Pakistan kekal berasaskan kod tahun 1860 yang telah digunakan oleh British ketika menjajah India. Undang-undang ini memberi hukuman ringan kepada suami yang membunuh isterinya atas alasan ‘provokasi teruk dan mengejut.’ Pakistan telah memansuhkan undang-undang tersebut pada tahun 1990 untuk mendekatkan undang-undang mereka kepada undang-undang Syariah. Malah Mahkamah Syariah Persekutuan Pakistan telah menyatakan, “mengikut ajaran Islam, provokasi, tidak kira betapa teruk dan mengejut sekalipun, tidak mengurangkan keseriusan jenayah bunuh”. Namun, mahkamah-mahkamah Pakistan, masih menghukum pesalah yang melakukan pembunuhan maruah dengan hukuman yang ringan kerana hakim-hakim yang menghakimi kes-kes sebegini

Page 6: Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah ... · PDF filekepada kes jenayah maruah. Hukuman ini masih digunakan di dalam undang-undang Lubnan, Syria, dan sebahagian kecil

| Islam is not the cause of Honor Killings. It’s part of the solution 4

masih lagi menggunakan alasan “provokasi mengejut dan teruk” kepada pesalah tersebut - ayat yang sama dari undang-undang British.

Undang-undang syariah mempunyai pendapat yang kukuh tentang pembunuhan maruah, mengambil terus dari sabda Nabi Muhammad sendiri: seorang suami yang membunuh isteri dan/atau kekasihnya telah melakukan jenayah bunuh sama seperti jenayah bunuh yang lain, walaupun beliau telah menangkap mereka berdua di dalam keadaan yang bersalah. Kenyataan seperti mempunyai asas daripada hadis, atau kata-kata Nabi Muhammad sendiri. Apabila baginda ditanya apa yang patut dilakukan sekiranya seorang suami menemui isterinya bersama seorang lelaki yang lain, baginda menjawab, suami itu tidak boleh membunuh lelaki tersebut, melainkan si suami membawa empat orang saksi yang juga menyaksikan kejadian itu berlaku. Al-Quran juga telah menyatakan prosedur yang praktikal untuk suami atau isteri yang mengesyaki kecurangan serta mereka yang telah menangkap suami atau isteri mereka curang tanpa saksi: pasangan tersebut perlu berhadapan dengan hakim, bersumpah atas nama Tuhan sebanyak lima kali bahawa tuduhan mereka adalah benar. Tetapi jika pasangan yang dituduh tersebut bersumpah lima kali bahawa tuduhan tersebut tidak benar, tiada hukuman diberikan kepada kedua-dua pihak tetapi pasangan tersebut dianggap bercerai (Quran 24:6-7).

Ilmuan Islam memang arif tentang bahaya keganasan terhadap wanita. Ilmuan terkenal Yaman, al-Shawkani (d. 1834 CE) pernah menulis salah satu perkara yang mewajarkan seorang lelaki membunuh wanita dihukum mati adalah kerana fenomena keganasan lelaki terhadap wanita yang diangggap sebagai membela maruah. Beliau merumuskan bahawa, “Sikap tidak endah ke atas perkara ini adalah salah satu punca terbesar yang menyebabkan kemusnahan hidup mangsa-mangsa yang terlibat, khususnya mereka yang berada di kawasan Badwi, yang memang terkenal dengan sifat-sifat kasar dan terlalu berpegang kuat kepada maruah dan harga diri”.

Undang-undang Shariah: Suami yang telah membunuh isterinya telah melakukan jenayah, walaupun isterinya terlibat di dalam…

Ketiadaan pembunuhan maruah di dalam sistem perundangan syariah menunjukkan bahawa, ilmuan perundangan Islam sememangnya sepakat tentang isu ini. Apabila Ilmuan Islam dilemparkan dengan tohmahan pada awal pemerintahannya, Kalifah Umar pernah menyatakan bahawa suami-suami yang membunuh isteri mereka yang telah terlibat dengan hubungan luar nikah tidak akan dihukum, ilmuan-ilmuan Islam mentafsirkan bahawa Kalifah Umar bermaksud mereka tidak akan dihukum di Akhirat. Ini adalah kerana undang-undang syariah

Page 7: Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah ... · PDF filekepada kes jenayah maruah. Hukuman ini masih digunakan di dalam undang-undang Lubnan, Syria, dan sebahagian kecil

| Islam is not the cause of Honor Killings. It’s part of the solution 5

telah menyifatkan mereka sebagai pumbunuh. Pada zaman sekarang, ulama-ulama ternama dari pelbagai mazhab dan fahaman, seperti Yūsuf al-Qaraḍāwī dan ʿAbdallāh al-Ghumārī (d. 1993) serta Muḥammad Ḥusayn Faḍlāllāh (d. 2010), termasuk sekumpulan imam-imam dari Kanada, Majlis Islam Britain, dan juga imam dari Amerika Syarikat, Zaid Shakir.

Kita boleh terus menerus mengulang ayat-ayat lemah yang menyatakan Islam menyokong pembunuhan maruah. Atau kita boleh menunjukkan dengan nyata bahawa ajaran Nabi Muhammad dan undang-undang syariah mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan maruah. Keganasan terhadap wanita dan kegagalan sistem perundangan dalam menghukum jenayah seperti itu adalah masalah yang sangat serius di negara Islam seperti Afghanistan dan Pakistan. Islam dan Syariah sepatutnya menjadi penentang kepada tuduhan-tuduhan seperti ini daripada dituduh sebagai punca kepada keganasan terhadap wanita. Jumlah pembunuhan mas kahwin atau dowry dalam kalangan penganut agama Hindu di India jauh lebih tinggi dari pembunuhan maruah, dan negara yang paling teruk di dalam ranking Femicide UN adalah El Salvador, sebuah negara bukan pengamal sistem syariah, dan juga mempunyai majoriti penduduk Katolik. Realiti ini, termasuk fakta yang menyatakan undang-undang di negara-negara Islam yang menyokong pembunuhan maruah ini adalah diimport dari Eropah, sepatutnya mengingatkan kita kepada sesuatu yang selalu terlepas pandang oleh masyarakat kita iaitu keganasan ke atas wanita adalah masalah sejagat, dan ia juga wujud di mana-mana termasuklah di negara-negara barat.

Keganasan ke atas wanita adalah masalah sejagat, dan ia juga wujud di mana-mana termasuklah di negara-negara barat

* Terdapat pengecualian yang nyata kepada penolakan pembunuhan maruah mengikut syariah. Undang-undang Empayar Uthmaniyyah mewujudkan ruang untuk ia dilakukan berdasarkan penyongsangan terhadap ajaran Nabi Muhammad ketika disoal tentangnya. Salah satu dari hadisnya menyatakan, hukuman bunuh kepada seorang suami atau isteri yang melakukan zina hanyalah sah jika si penuduh boleh membawa empat orang saksi untuk mengesahkan tuduhan tersebut, kerana ini adalah lazimnya bukti yang dituntut untuk menghukum mereka yang terlibat dengan zina. Oleh kerana hakim-hakim ketika itu sukar memahami syarat yang hampir mustahil ini, (kesemua empat saksi lelaki yang terhormat yakni jujur, perlu melihat perlakuan seks itu berlaku), sebahagian daripada mereka telah menggunakannya untuk mendapatkan kelonggaran untuk jenayah pembunuhan maruah. Walaubagaimanapun undang-undang Uthmaniyyah masih ada hadnya. Ia hanya melepaskan lelaki yang telah membunuh isteri atau anak perempuan

Page 8: Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah ... · PDF filekepada kes jenayah maruah. Hukuman ini masih digunakan di dalam undang-undang Lubnan, Syria, dan sebahagian kecil

| Islam is not the cause of Honor Killings. It’s part of the solution 6

mereka, hanya bila mereka membunuh lelaki yang terlibat dengan zina untuk menghalang mereka dari melengkapkan perlakuan zina itu. Ini sebenarnya masih melanggar apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad seperti yang di jelaskan oleh Saʿd b. ʿUbāda, dimana beliau sendiri tidak bersetuju dengan perintah baginda, oleh kerana perasaan bangga dan maruah beliau, tetapi berkata, jika beliau menemukan seorang lelaki bersama isterinya, beliau tidak akan mengubah kedudukan mereka “sehinggalah aku mendapatkan empat orang saksi. Dan demi Allah, aku tidak akan membawa mereka sehingga lelaki itu selesai.” Kelonggaran yang luar biasa yang diberikan oleh undang-undang Uthmaniyyah kepada pembunuhan maruah tersebut memberikan menjelaskan bagaimana Empayar itu menerima pakai undang-undang Perancis yang membenarkannya pada tahun 1858.

Page 9: Islam bukan punca pembunuhan demi maruah, Islam adalah ... · PDF filekepada kes jenayah maruah. Hukuman ini masih digunakan di dalam undang-undang Lubnan, Syria, dan sebahagian kecil

| Islam is not the cause of Honor Killings. It’s part of the solution 7

Nota

[1] Rudolph Peters, Crime and Punishment in Classical Islamic Law (Cambridge: Cambridge University Press, 2005), 124..

[2] It has been found that, in upper Egypt, Coptic families are as likely as Muslims to commit honor killing; Recep Dogan, “Is Honour Killing a ‘Muslim Phenomenon’? Textual Interpretation and Cultural Representations,” Journal of Muslim Minority Affairs 31, no. 3 (2011): 423-440.

[3] Sohail Akbar Warraich, “‘Honor Killings’ and the law in Pakistan,” in ‘Honour’: Crimes, Paradigms, and Violence against Women, ed. Lynn Welchmann and Sara Hossain (London: Zed Books, 2005), 84-97.

[4] Hadith riwayat Abū Hurayrah dimana Saʿd b. ʿUbāda bertanya kepada baginda Rasul, “Bagaimana jika aku menemukan seorang lelaki dengan isteriku? Perlukan aku menunggu sehingga aku membawa empat orang saksi? (a-ra’ayta in wajadtu maʿa imra’atī rajulan a-umhiluhu ḥattā ātiya bi-arbaʿat shuhadā’).” Baginda Rasul menjawab, “Ya.” Ṣaḥīḥ Muslim: kitāb al-liʿān; Sunan Abī Dāwūd: kitāb al-diyāt, bāb man wajada maʿa ahlihi rajulan a-yaqtuluhu. Mālik’s Muwaṭṭā’: kitāb al-aqḍiya, bāb man wajada maʿa imra’atihi rajulan; Musnad Aḥmad Ibn Ḥanbal (Maymaniyya print), 1:238-39.

[5] Muḥammad b. ʿAlī al-Shawkānī, Nayl al-Awṭār, ed. ʿIzz al-Dīn Khaṭṭāb, 8 vols. (Beirut: Dār Iḥyā’ al-Turāth al-ʿArabī, 2001), 7:24.

[6] Abū Sulaymā Ḥamd al-Khaṭṭābī, Maʿālim al-sunan, 3rd ed., 4 vols. (Beirut: al-Maktaba al-ʿIlmiyya, 1981), 4:19; al-Suyūṭī, al-Ashbāh wa’l- naẓā’ir, ed. Muḥammad al-Muʿtaṣim al-Baghdādī (Beirut: Dār al-Kitāb al-ʿArabī, 1414/1993), 746.

[7] Musnad Ibn Ḥanbal, 1:238