isl

5
EDU3106 ISL M3 Halangan yang dihadapi dalam mewujudkan integrasi kaum dlm kalangan murid CABARAN INTEGRASI DAN PERPADUAN MELALUI DASAR PENDIDIKAN Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing. Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza- beza juga menjadi salah satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum. Pola kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan sistem pecah dan perintah (divide and rule). Di mana kedudukan ini dapat dilihat orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampung-kampung. Orang Cina pula di tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh ladang getah dan menetap di estet-estet. Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum, jarak kedudukan kaum ini menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Penempatan murid daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah atau kawasan mungkin dapat dilaksanakan sekiranya selepas kemerdekaan, kerajaan dapat mengubah keadaan ekonomi iaitu mewujudkan pelbagai pekerjaan yang menghapuskan pengenalan kerja mengikut kaum. Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat. Oleh itu aspek guru juga menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir

Upload: chuahm61

Post on 20-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oo

TRANSCRIPT

EDU3106ISL M3Halangan yang dihadapi dalam mewujudkan integrasi kaum dlm kalangan murid

CABARAN INTEGRASI DAN PERPADUAN MELALUI DASAR PENDIDIKANIntegrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing.Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza juga menjadi salah satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum. Pola kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan sistem pecah dan perintah (divide and rule). Di mana kedudukan ini dapat dilihat orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampung-kampung. Orang Cina pula di tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh ladang getah dan menetap di estet-estet. Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum, jarak kedudukan kaum ini menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Penempatan murid daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah atau kawasan mungkin dapat dilaksanakan sekiranya selepas kemerdekaan, kerajaan dapat mengubah keadaan ekonomi iaitu mewujudkan pelbagai pekerjaan yang menghapuskan pengenalan kerja mengikut kaum.Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat. Oleh itu aspek guru juga menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana. Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang salah menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai. Oleh itu pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman kepada setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya segala perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan datang lahir sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan membudayakan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.Media massa juga menjadi agen penyampai matlamat tentang dasar-dasar kerajaan termasuklah dasar pendidikan. Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Media massa ini pula perlu peka apabila menyampaikan sesuatu dasar itu, lebih-lebih lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

http://coretanummicikgu.blogspot.com/2012/05/integrasi-dan-perpaduan-kaum-melalui.html

Halangan dalam mewujudkan integrasi kaum. Sosial Tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup dan masalah-masalah hidup kaum yang lain. Menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai antara kaum. Wujudnya masalah perkauman yang mengundang kepada permusuhan kaum. Sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah. Bagi ibu bapa, mereka juga lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Ini kerana mereka tidak begitu yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu. Kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di satu kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama kaum. Contohnya di Kuala Lumpur, penduduk Cina lebih banyak tertumpu di kawasan Pudu, kaum India di kawasan Brickfield dan Sentul manakala kaum Melayu pula di kawasan Kampung Baru. Ekonomi Perbezaan pekerjaan merupakan salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada perpaduan dari segi ekonomi. Dasar pecah dan perintah British sebelum zaman kemerdekaan turut mempengaruhi nilai-nilai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia hingga kini. Agama Dan Budaya Proses pemasyarakatan yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri. Cara hidup kaum-kaum lain tidak diketahui dan ia akan menjadi penghalang kepada pembinaan hubungan baik antara kaum. Proses pemasyarakatan ini merangkumi pendidikan di sekolah serta asuhan ibu bapa. Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu. Ada yang berpendapat, bahawa kejahilan terhadap agama yang dianuti oleh segolongan masyarakat menyebabkan salah tafsiran dan membuat kesimpulan mereka perlu memerangi individu dan kelompok masyarakat yang berbeza pegangan dan agama dengan mereka. Politik Sikap orang Melayu yang dianggap lemah ialah budaya politik wang yang semakin berleluasa di kalangan parti politik Melayu itu sendiri. Amalan politik wang yang berlaku di Malaysia memperlihatkan ketidak tulusan parti politik dalam memperjuangkan hak kaum kaum di Malaysia. Seperti senario politik di serata pelosok dunia, parti politik di Malaysia tidak terlepas dari amalan politik wang sehingga menyebabkan pegangan dan prinsip parti diketepikan demi kepentingan sesuatu individu. Pemisahan fizikal Pemisahan fizikal merupakan masalah jarak antara wilayah yang jauh seperti semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itu, golongan etnik di Semenanjung Malaysia tidak dapat mengenali kehidupan etnik lain yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Dengan itu prasangka, mementingkan kaum sendiri dan etnosentisme semakin menebal dalam diri setiap etnik.