isl tajuk 2

6
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA DISLEKSIA Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan. Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun (Psychological Society, 1991 dan Hammond dan Hughes, 1996) Faktor Biologi juga dikesan antara punca disleksia yang berlaku. Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum. Kesukaran ibu semasa dilahirkan seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi ibu semasa proses kelahiran. Semua faktor ini berkemungkinan menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan pada otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia (Hammond dan Hughes, 1996; 11).

Upload: peggylau9318

Post on 09-Aug-2015

40 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isl tajuk 2

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA DISLEKSIA

       Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan

Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;

            Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza

daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap

disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada

biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku

semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian

perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar

belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah

yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah

keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan

oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun

(Psychological Society, 1991 dan Hammond dan Hughes, 1996)

Faktor Biologi juga dikesan antara punca disleksia yang berlaku. Sejarah kanak-

kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan

oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi

punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada

kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan

kerosakan ini minimum.

Kesukaran ibu semasa dilahirkan seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan

oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi ibu semasa proses kelahiran.

Semua faktor ini berkemungkinan menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan

pada otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia

(Hammond dan Hughes, 1996; 11).

Page 2: Isl tajuk 2

Dejerine (1892) (disunting oleh Spatford dan Grosser) telah membuat

kesimpulan bahawa disleksia adalah berpunca daripada kerosakan pada ‘Corpus

Callosum’ dan ‘Visual Cortex’ dalam otak manusia.

Faktor Kematangan murid-murid yang menghadapi masalah disleksia ini,

biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia. Ada kanak-

kanak yang lebih lambat perkembangannya pada bahagian-bahagian tertentu dalam

sistem saraf jika dibandingkan dengan rakan sebayanya.

“Ini kerana otak mereka tidak memproses dan menerima maklumat seperti kanak-kanak

normal. Sistem impuls otak yang bergerak ke kiri dan ke kanan tidak sama. Dan, mereka

juga tidak mempunyai bahagian otak yang dominan,” jelas Pensyarah Kanan Psikologi

Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Dr. Samsilah Roslan.

Disleksia disebabkan oleh kelainan di dalam struktur dan fungsi otak, malah ia boleh

diwarisi dari ahli keluarga. Namun begitu, kajian masih tidak dapat memastikan punca

sebenar yang menyebabkan kondisi ini.

Statistik menunjukkan lebih 500,000 kanak-kanak Malaysia menghadapi cabaran hidup

disleksia. Pecahan peratusan sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus mendapati kanak-

kanak mengalami masalah disleksia pada tahap ringan manakala empat peratus di

tahap yang teruk.

Walaupun dislesksia merupakan masalah yang dihadapi sepanjang hayat, kanak-kanak

yang mengalaminya masih dapat diatasi dengan dorongan, sokongan dan bantuan yang

sewajarnya.

“Sekiranya mendapati anak-anak mengalami masalah dislesksia, segeralah dibawa

berjumpa pakar atau guru pendidikan khas. Ini kerana jika tidak dibendung pada tahap

awal masalah ini akan melarat sehingga dewasa.

Page 3: Isl tajuk 2

“Kesannya, kanak-kanak menerima sumber maklumat yang terhad, keyakinan diri

semakin menurun kerana rasa malu dan bodoh, tidak bijak dalam pelajaran dan sukar

untuk menjadi individu yang profesional,” ujar Dr. Samsilah yang memberitahu kanak-

kanak disleksia tidak boleh berasa cemas dan takut.

Selain itu,faktor penyumbang berlakunya kanak-kanak disleksia ini kerana

dinyatakan bahawa, kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak

perempuan. Perkembangan kematangan kanak-kanak lelaki secara umumnya berlaku

secara mendadak dan tidak berperingkat seperti kanak-kanak perempuan. Kelewatan

kematangan merupakan antara kemungkinan punca kanak-kanak mengalami disleksia.

Bagaimana Disleksia terjadi?

Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan

kesilapan yang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak.

Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan

menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan

menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran

membaca dan menulis.

Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut.

Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan

kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi

masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.

Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-

kanak perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak

tanggungjawab berbanding orang perempuan.

Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang

sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau

Page 4: Isl tajuk 2

dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian

otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.

Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai

kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai

bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf

kepada kanak-kanak ini.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah disleksia adalah

disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang

hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu

kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia.

 Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-

kanak itu. Kanak-kanak di ajar komunikasi secara tidak betul. Masalah pelat berlaku di

kalangan kanak-kanak seperti ini kerana dalam anggota keluarga gemar menggunakan

komunikasi secara pelat. Ini menyebabkan komunikasi kank-kanak ini tidak berkesan,

kurang keyakinan, tidak mahu kehadapan, menyendiri dengan kesilapan yang sering di

ulan-ulang. Akibat tidak berani untuk bertanya dan lebih gemar mendiamkan diri

kesilapan yang sama dilakukan maka mereka melakukan masalah disleksia ini dalam

penulisan.

Page 5: Isl tajuk 2

Jenis-Jenis Disleksia

1) Disleksia Visual

Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya

ianya bermakna. Perkataan –perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik.

Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol.

Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta

konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk

diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian

perkataan adalah secara terbalik.

2) Disleksia Auditori

Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi

huruf yang diperdengarkan padanya. Sukar mengingati bunyi huruf, memahami bunyi

mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut

perkataan.

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata

perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan

perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan.

Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia

auditori.

3) Disgraphia

Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis

dengan baik dan tulisannya dapat dibaca. Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini

disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio