isl pbl

26
Kaedah Pengajaran Sejarah KULIAH 1 GURU SEJARAH BERKESAN Latar belakang Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme clan kesefahaman antarabangsa. Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah. Guru Sejarah berkesan : 1. mempunyai latar belakang pengetahuan sejarah yang kukuh; 2. mempunyai latihan profesional yang mencukupi, terutama dalam bidang kurikulum dan pedagogi sejarah; 3. mempunyai sikap yang positif terhadap peranannya sebagai guru sejarah dan sentiasa mencari jalan untuk melengkapi dirinya dengan isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran Sejarah; 4. mempunyai daya imaginasi, kreatif, kritis dan inovatif, 5. mempunyai ciri-ciri peribadi yang menarik, aktif dan daya kecindan (sense of humour); 6. berupaya mengenal pasti perbezaan latar belakang murid agar dapat menggunakan pendekatan Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) dalam pengajaran; 7. berupaya menyediakan sokongan persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk menjayakan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD);

Upload: sivapriya-gopi

Post on 04-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

pbl

TRANSCRIPT

Page 1: isl pbl

Kaedah Pengajaran Sejarah

KULIAH 1

GURU SEJARAH BERKESANLatar belakangSejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme clan kesefahaman antarabangsa. Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.

Guru Sejarah berkesan :1. mempunyai latar belakang pengetahuan sejarah yang kukuh;2. mempunyai latihan profesional yang mencukupi, terutama dalam bidang kurikulum dan pedagogi sejarah;3. mempunyai sikap yang positif terhadap peranannya sebagai guru sejarah dan sentiasa mencari jalan untuk melengkapi dirinya dengan isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran Sejarah;4. mempunyai daya imaginasi, kreatif, kritis dan inovatif,5. mempunyai ciri-ciri peribadi yang menarik, aktif dan daya kecindan (sense of humour);6. berupaya mengenal pasti perbezaan latar belakang murid agar dapat menggunakan pendekatan Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) dalam pengajaran;7. berupaya menyediakan sokongan persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk menjayakan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD);

8. menyedia dan memberi peluang belajar kepada murid untuk menghayati mata pelajaran Sejarah;9. berusaha menggunakan sumber pembelajaran dan keupayaan yang maksimum;10. sentiasa membuat penilaian kendiri dan kajian tindakan berdasarkan kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran;11. mempunyai kemahiran:• mengurus bilik darjah dengan cekap dan berkesan;• mengurus kerja projek, lawatan dan pengajaran secara kumpulan dengan berkesan;• melaksanakan pembelajaran berasaskan aktiviti (activity based learning) dan pembelajaran berasaskan pemikiran (brain based learning);• mengurus bahan pembelajaran yang diperlukan dan• merancang program atau aktiviti secara sistematik.

Page 2: isl pbl

12. peka kepada perubahan terkini seperti penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Pembelajaran Bestari, dan Pembelajaran Kontekstual.

KULIAH 2PENGURUSAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Pengurusan mata pelajaran Sejarah merupakan aspek penting dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan mata pelajaran Sejarah berasaskan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan panitia serta persatuan mata pelajaran.

1. Panitia Mata PelajaranPanitia mata pelajaran Sejarah hendaklah ditubuhkan di sekolah untuk mempertingkat pengurusan panitia dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 KP(BS) 8591/J1d.11(44) bertarikh 13 Mac 1986.

1.1 Latar belakang1.1.1 Kejayaan murid dalam pembelajaran, motivasi dan minat mereka terhadap mata pelajaran Sejarah, mempunyai hubung kait yang rapat dengan kebolehan, kemampuan dan keberkesanan guru yang mengajar. Oleh itu, guru mempunyai tanggungjawab dan peranan yang penting dalam menentukan matlamat pencapaian murid di sekolah.1.1.2 Guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah hendaklah menggembleng tenaga dan menyelaraskan aktiviti. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi ilmu, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaik kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah berupaya mencari penyelesaian masalah dalam bidang pengajaran bahkan juga berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar murid.1.2 Struktur Organisasi Panitia Mata Pelajaran Sejarah1.2.1 Panitia mata pelajaran Sejarah adalah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah.1.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh guru kanan mengajar mata pelajaran Sejarah (beropsyen Sejarah) dilantik sebagai ketua panitia. Seorang setiausaha dilantik dalam kalangan guru Sejarah, sementara pengetua menjadi penasihat.1.2.3 Ketua Panitia mata pelajaran Sejarah secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.3

1.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran1.3.1 Memperbaik, meningkatkan kualiti serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.1.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk menguasai strategi pengajaran berinovatif yang dapat mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid terhadap pembelajaran sejarah.1.3.3 Mempertingkat pencapaian prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan Nilai Letak Kerja (Take Off Value - TOV) murid ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan dalam

Page 3: isl pbl

rancangan akademik sekolah.1.3.4 Mewujudkan kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan sejarah bagi menyokong dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.1.3.5 Mempertingkat tahap profesionalisme ahli panitia Sejarah dalam penguasaan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini.1.3.6 Menyemai nilai-nilai murni dan kemahiran pemikiran sejarah supaya dapat melahirkan murid yang peka, menghayati sejarah tanah air dan dunia serta berfikiran kritis, analitis dan bersemangat patriotisme.1.4 Pengurusan Panitia Sejarah1.4.1 Dokumen panitia hendaklah sistematik, lengkap dan kemas kini serta mudah diakses.1.4.2 Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali sepenggal.1.4.3 Prosedur mesyuarat seperti memberitahu tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat, diedarkan kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah.1.4.4 Mesyuarat perlulah ada kesinambungan dengan agenda mesyuarat yang lepas iaitu mengandungi agenda mengesahkan minit mesyuarat dan perkara berbangkit sebelum agenda mesyuarat yang baru dibincangkan.1.4.5 Selepas sesuatu mesyuarat diadakan, minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada setiap ahli panitia tidak lewat daripada tujuh hari selepas mesyuarat berkenaan dijalankan. (Sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil.2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan untuk memperoleh mak-lumat berkaitan pengendalian mesyuarat berkesan).

1.5. Peranan Panitia Mata Pelajaran Sejarah1.5.1 Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli-ahli panitia.

1.5.2 Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan Sejarah dengan mengambil kira takwim persekolahan clan tahap pencapaian murid.1.5.3 Memastikan murid mempunyai buku teks Sejarah.

1.5.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.

1.5.5 Merancang menambah bahan bantu mengajar dibilik darjah seperti perisian TMK, sama ada dengan cara membeli, merekacipta atau mengubahsuai.1.5.6 Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan, berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang disediakan bagi setiap tingkatan.1.5.7 Menggunakan dapatan analisis ujian atau peperiksaan bagi tujuan merancang program penambahbaikan.1.5.8 Mengambil inisiatif merancang dan melaksanakan program atau aktiviti ke arah

Page 4: isl pbl

meningkatkan profesionalisme panitia melalui latihan-latihan berterusan, bimbingan, penyeliaan klinikal, perkembangan staf dan perbincangan profesional sesama ahli panitia.1.5.9 Merancang, melaksana, memantau dan menilai program atau aktiviti panitia serta mengambil tindakan penambahbaikan.1.5.10 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah berhampiran dan menyelaras projek-projek kajian sejarah.1.5.11 Membimbing Persatuan Sejarah sekolah dalam merancang dan mengatur program atau aktiviti terutama aspek yang berkaitan dengan kajian sejarah.1.5.12 Menyediakan Laporan Tahunan Panitia dan Persatuan Sejarah untuk makluman clan tindakan pihak pengurusan sekolah.

1.5.13 Mewujudkan jaringan kerja dengan bahagian dan jabatan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta agensi-agensi kerajaan yang lain.1.5.14 Mendapatkan maklumat ikhtisas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sejarah dan pensejarahan seperti jurnal sejarah, Surat Pekeliling Ikhtisas, kertas-kertas kerja dan lain-lain yang berkaitan.1.5.15 Mengoptimumkan penggunaan bahan sumber yang sedia ada.1.5.16 Mengkaji dan melaksanakan projek-projek panitia yang mempunyai ciri¬ciri yang praktikal, boleh diubahsuai mengikut situasi dan berfaedah.1.5.17 Memain peranan menjamin kualiti kerja bertulis murid.1.5.18 Mewujud dan memanfaatkan sudut mata pelajaran Sejarah di bilik darjah.1.5.19 Bekerjasama dengan persatuan-persatuan sejarah (seperti Persatuan Sejarah Daerah dan Persatuan Sejarah Negeri); mewujudkan galeri sejarah di sekolah bagi memupuk minat murid terhadap mata pelajaran ini.1.5.20 Menyediakan belanjawan panitia berdasarkan peruntukan yang ditetapkan.1.5.21 Merancang dan mengaturkan pelbagai aktiviti seperti Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan.1.5.22 Merancang kajian keperluan panitia.1.6 Penutup1.6.1. Tugas mengajar bukan sahaja mementingkan isi pelajaran semata-¬mata tetapi juga unsur-unsur moral, akhlak, perpaduan, kebudayaan, kewarganegaraan serta pemikiran logik, kritis dan kreatif. Usaha ini akan dapat melahirkan warganegara yang berpengetahuan, bermoral tinggi, berdisiplin, bersatu padu dan berguna kepada masyarakat.1.6.2. Menyedari hakikat ini, jelaslah bahawa tanggungjawab utama panitia mata pelajaran Sejarah bukan hanya setakat mencapai kecemerlangan bidang akademik tetapi juga membantu menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme.

Persatuan SejarahPersatuan Sejarah sekolah hendaklah ditubuhkan selaras dengan keperluan gerak kcrja kokurikulum sekolah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985, KP(BS)8591/J1d.11(29) bertankh 2 Januari 1985: Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah.2.1 Latar belakang2.1.1 Penubuhan Persatuan Sejarah adalah berasaskan konsep bahawa gerak kerja kokurikulum

Page 5: isl pbl

adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Gerak kerja kokurikulum khususnya Persatuan Sejarah, boleh menyediakan pengalaman tersebut bagi perkembangan intelek, minat, bakat, sosial, jasmani dan rohani.2.1.2 Melalui aktiviti persatuan murid dapat mempelajari kaedah menangani sesuatu masalah dan mengamalkan nilai-nilai murni.2.2 Struktur Organisasi Persatuan Sejarah Sekolah2.2.1 Pengetua melantik seorang guru penasihat Persatuan Sejarah sekolah.2.2.2 Guru Penasihat Persatuan Sejarah secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Persatuan Unit Kokurikulum Sekolah.2.2.3 Keahlian persatuan adalah terbuka kepada semua murid.2.2.4 Perlembagaan Persatuan Sejarah hendaklah digubal.2.2.5 Sebuah jawatankuasa dibentuk terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari dan beberapa orang ahli jawatankuasa dalam kalangan murid.2.4 Tujuan Penubuhan Persatuan Sejarah Sekolah2.4.1 Mewujudkan semangat kerjasama antara Persatuan Sejarah dengan panitia sejarah.2.4.2 Mewujudkan kerjasama antara Persatuan Sejarah dengan persatuan lain dalam usaha menjayakan sesuatu projek atau program untuk kepentingan bersama.2.4.3 Mempertingkat minat dan penglibatan murid dalam pembelajaran sejarah melalui program dan aktiviti anjuran persatuan.2.4.4 Memberi peluang kepada murid untuk belajar Sejarah melalui gerakerja seperti pengkajian, temu ramah dengan orang sumber, lawatan ke tempat-¬tempat bersejarah, muzium, arkib dan lain-lain yang berkaitan.2.4.5 Memupuk dan menonjolkan bakat murid dalam program dan aktiviti persatuan.

2.4.6 Memupuk semangat kerjasama dan bekerja secara sepasukan.2.4.7 Berusaha menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan patriotisme seperti beradab, bertatasusila, taat, bertanggungjawab, jujur, berdisiplin clan sebagainya dalam diri murid.2.4.8 Melatih murid memperkukuh ciri-ciri kepemimpinan, kesanggupan berusaha dan memperbaik diri sendiri, sifat demokratik di samping meningkatkan minat, bakat dan kemahiran murid dalam sesuatu bidang yang diceburi.2.4.9 Mengukuhkan interaksi dn integrasi dalam kalangan warga sekolah.2.4.10 Memastikan keseimbangan perkembangan intelek dengan emosi, sosal, jasmani dan rohani.2.5 Pengurusan Persatuan Sejarah2.5.1 Perlantikan ahli jawatankuasa dibuat bagi setiap tahun akademik dalam mesyuarat agung.2.5.2 Mesyuarat Jawatankuasa digalakkan sekurang-kurangnya tiga kali setahun iaitu pada awal, pertengahan dan akhir tahun.2.5.3 Sebelum mengadakan mesyuarat, surat panggilan mesyuarat yang mengandungi agenda hendaklah diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa. Sesalinan surat diserahkan kepada guru penasihat persatuan.2.5.4 Keputusan mesyuarat hendaklah diminit, difail dan diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa dan sesalinan diberikan kepada guru penasihat persatuan.2.5.5 Sesalinan senarai ahli jawatankuasa dan ahli yang didaftar, diserahkan kepada guru penasihat.2.5.6 Sebarang perubahan terhadap perlembagaan dan pendaftaran ahli hendaklah dimaklumkan kepada pengetua.

Page 6: isl pbl

2.6 Peranan Persatuan Sejarah2.6.1 Jawatankuasa persatuan hendaklah merancang aktiviti-aktiviti dan projek yang boleh dijalankan adalah seperti:i. Peraduan mengarang atau menulis Kajian Sejarah Tempatan serta tajuk-tajuk sejarah yang berkaitan.

ii. Lawatan sambil belajar ke muzium, arkib dan tempat- tempat bersejarah yang lain.iii. Menganjurkan kuiz sejarah di peringkat sekolah.iv. Membuat koleksi bahan-bahan sejarah seperti gambar, filem slaid¬, video, artifak, keratan akhbar dan sebagainya.V. Membina model.vi. Rakaman wawancara dengan orang sumber.vii. Mengadakan lakonan atau pementasan yang berteraskan peristiwa sejarah.viii. Mengadakan pameran sejarah di peringkat sekolah.ix. Menghias dan melengkapkan bilik atau galeri sejarah di sekolah dengan bahan-bahan sumber, rujukan dan hasil-hasil yang telah diusahakan oleh persatuan (sekiranya pihak sekolah mempunyai kemudahan dan tempat yang mencukupi).X. Menganjurkan sesi seminar, bengkel, ceramah dan sebagainya dengan tujuan meningkatkan pembelajaran Sejarah.xi. Mendokumenkan peristiwa-peristiwa sejarah sekolah dan persekitarannya. .X11. Mengadakan permainan tradisional seperti gasing, congkak, wau, ting-ting dan lain-lain.xiii. Merekacipta laman web sekolah.2.6.2 Jawatankuasa merancang dan menentukan jadual perjumpaan ahli persatuan pada hari-hari tertentu dalam sesuatu minggu serta tarikh menjalankan program yang dirancang.2.6.3 Mencatatkan kehadiran ahli persatuan dalam semua sesi perjumpaan dan program.2.6.4 Membuat penilaian impak terhadap semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan supaya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan bagi tujuan penambahbaikan.2.6.5 Membentangkan prestasi persatuan dan kedudukan kewangan dalam mesyuarat agung.2.6.6 Bekerjasama dengan persatuan sejarah di sekolah-sekolah yang berhampiran dalam semua aspek yang berkaitan.2.6.7 Menyediakan laporan kegiatan dan kehadiran ahli dalam program persatuan P seperti yang dikehendaki dalam buku panduan pengurusan kokurikulum sekolah.

2.7 PenutupSebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab. Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada murid, bahkan melahirkan murid yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatu padu, bertoleransi dan berdisiplin. Justeru, sekolah adalah tempest bagi melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang baik serta dapat menghayati nilai-nilai murni berasaskan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Perancangan program dan aktiviti Persatuan Sejarah yang disediakan secara terancang dan teliti dapat membantu memenuhi hasrat yang diharapkan.

Page 7: isl pbl

KULIAH 3

3. BAHAN SUMBERSejarah boleh dijadikan mata pelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran, penggunaan bahan sumber, peristiwa semasa dan penjelasannya dapat dimanfaatkan kehidupan seharian murid.

3.1 Penggunaan Bahan Sumber3.1.1 Pengajaran dan pembelajaran mestilah berasaskan pemahaman Sejarah. Murid boleh memahami secara imaginatif dan kreatif tentang aktiviti.3.1.2 Bagi membolehkan keadaan seperti ini berlaku murid perlu diberikan pengalaman secara langsung tentang peranan dan pengalaman sejarawan melalui kaedah pembelajaran konstruktivisme* dan kontekstual**. Dalam konteks ini, pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlu menggunakan bahan-bahan sumber yang sesuai dengan keupayaan dan kebolehan pemikiran murid. Dengan bimbingan guru, murid diharap dapat mengemukakan soalan-soalan dan mencari jawapan-jawapan yang tepat, membuat ramalan dan kajian masa depan.3.1.3 Penggunaan bahan sumber yang betul dan sesuai dapat membantu merangsang tahap imaginasi dan kreativiti murid dalam mata pelajaran Sejarah.3.1.4 Penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlu diseimbangkan dengan penggunaan pelbagai kaedah lain yang sesuai dengan tajuk yang diajar.3. 1.5 Penggunaan bahan sumber dapat mempertingkat dan memperkembang Kemahiran Pemikiran Sejarah***.3.1.6 Pengajaran Sejarah berbantukan bahan sumber akan dapat memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran. Murid dapat memahami pelajaran dengan lebih mudah lagi. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.3.2 Jenis-Jenis Bahan SumberTerdapat dua jenis bahan sumber yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah iaitu bahan sumber primer dan bahan sumber sekunder.

3.2.1 Bahan Sumber PrimerBahan Sumber Tempat diperoleh• orang sumber• artifak • Arkib Negara.• dokumen • Arkib Negeri• gambar • Muzium Negara• peta • Muzium Negeri• salinan gambar atau gambar bercetak • • Memorial Kemerdekaan• akhbar yang diperoleh dalam bentuk asal • • Memorial Tunku Abdul Rahman• • Memorial Tun Abdul Razak• • Memorial Tun Hussein Orin

Page 8: isl pbl

Dokumen sejarah, antaranya adalah: • • Galeri Perdana• laporan oleh saksi yang hadir dan • • Galeria Seri Perdanamelihat sendiri perkara yang berlaku • • Galeri Pendidikan• laporan rasmi • • Muzium Lenggong (Perak Man)• surat-surat persendirian • • Lembah Bujang• surat-surat rasmi • • Gangga Negara• surat-surat perjanjian, persetujuan dan • • Kota Portugis• pengisytiharan • • Kota Belanda• • Bukit Malawati• gambar asal • Bukit Kepong• gambar pameran dinding • gambar slaid dan tempat-tempat lain• gambar lukisan

3.2.2 Bahan Sumber SekunderBahan Sumber Tempat diperolehBahan-bahan bercetak seperti: • • Pusat Sumber Sekolah• buku teks • • Pusat Akses Sekolah• buku rujukan • • Makmal Komputer Sekolah• buku Sejarah • • Perpusatakaan Awam Daerah• majalah• akhbar • Perpustakaan Awam NegeriPerpustakaan Negara• internet • • Jabatan Penerangan• laman web • • Persatuan Sejarah Negeri• CD dan CD ROM • •• • Persatuan Sejarah MalaysiaPerbadanan Kemajuan Pelancongan Negeri

• Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan ynag tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik (Brooks & Brooks, 1993).

Page 9: isl pbl

** Pembelajaran kontektual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

*** Kemahiran Pemikiran Sejarah meliputi kemahiran memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi, membuat rasionalisasi.

KULIAH 4

PENILAIANPenilaian hendaklah dilihat sebagai satu usaha untuk mengesan pencapaian dan prestasi murid. Penilaian juga dapat menunjukkan kebolehan murid dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari.4.1 Tujuan Penilaian4.1.1 Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, strategi pengajaran dan pembelajaran telah dikaji semula dan salah satu aspek yang diberi penekanan penting ialah dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani clan intelek murid. Oleh itu, guru perlu mengubahsuai kaedah dan cara penilaian prestasi murid.4.1.2 Selain menguji murid mengenai fakta, tarikh dan definisi, guru menguji murid aspek kognitif yang lebih tinggi seperti menganalisis, mensintesis dan membuat penilaian yang berterusan mengikut pentaksiran terkini.4.1.3 Sejarah adalah mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran. Mata pelajaran ini membolehkan murid melihat secara empati dan menganalisis bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan. Pemahaman Sejarah pula dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bermaksud memahami secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia masa silam dan kini. Pemahaman ini boleh diperoleh jika kesemua aspek dikaji dan dianalisis.4.1.4 Sejarah melibatkan penyelidikan dan inkuiri. Penyelidikan memberi ruang yang lugs kepada murid untuk menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta Sejarah secara rasional. Hal ini dapat direalisasikan melalui satu sistem penilaian yang baik dan terancang. Dalam membuat penilaian, guru harus mengambil kira kepelbagaian tahap kecerdasan murid.

4.2 Jenis-Jenis Penilaian 4.2.1 Penilaian FormatifPenilaian formatif bertujuan untuk mengesan perkembangan pembelajaran murid secara berterusan. Penilaian ini dijalankan pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran. Hasil penilaian direkodkan oleh guru bagi menunjukkan murid sudah menguasai pengetahuan,

Page 10: isl pbl

kemahiran dan nilai. Hasil penilaian itu boleh digunakan untuk merancang langkah¬-langkah tertentu dalam pengajaran berikutnya seperti teknik pemulihan, teknik pengayaan clan sebagainya.4.2.2 Penilaian SumatifPenilaian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pencapaian murid secara keseluruhan dalam satu tempoh yang ditetapkan. Penilaian ini dijalankan secara berkala mengikut arahan pihak sekolah. Hasil penilaian direkod, dianalisis dan dijadikan asas dalam merancang pengajaran clan pembelajaran serta program peningkatan prestasi murid seterusnya.

Soalan Dalam Penilaian

Penyoalan merupakan satu aspek penting dalam proses penilaian. Penyoalan boleh dilakukan sama ada secara lisan atau bertulis. Penggunaan soalan secara bijak dapat menggalakkan pembelajaran berkesan. Soalan boleh digolongkan kepada beberapa peringkat. Mengikut Bloom (1956), soalan harus berdasarkan aras yang boleh mencabar daya pemikiran murid. Aras soalan mengikut Taksonomi Bloom adalah seperti jadual berikut:

A. Soalan BerstrukturUjian ini memerlukan jawapan yang pendek dan padat. Tiap-tiap jawapan diberi markah. Soalan-soalan menjurus kepada tajuk kecil dan boleh dikemukakan sebaik sahaja pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

4.4.2 Kaedah LisanPenilaian secara lisan lazim dilakukan oleh guru. Antara kebaikan penilaian ini adalah:i. pengetahuan murid dapat diketahui serta-merta;ii. boleh dijalankan sama ada secara formal atau tidak formal; iii. memberi peluang kepada murid berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya; daniv. boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti temu ramah. perbualan dan sebagainya.

4.4.3 Kaedah PemerhatianCara ini adalah paling sesuai untuk mengesan nilai-nilai murni melalui tingkah laku, sikap dan penghayatan murid terhadap pelajaran. Penilaian ini dilakukan secara senyap dengan memerhatikan tingkah laku murid tanpa mengira masa, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Penilaian ini haruslah dilakukan secara tidak formal. Guru henclaklah mempunyai senarai semak tentang perkara yang hendak dinilai. Contohnya dalam komponen Kajian Sejarah Tempatan, aspek-aspek inisiatif, kerjasama, kepimpinan dan keupayaan mengelola boleh dinilai dengan kaedah ini.

Penilaian yang berkesan dapat dicapai jika guru benar-benar memahami semua urusan pembinaan alat penilaian serta dapat mentadbir dan membuat pentafsiran secara tepat.

KULIAH 5PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANProses pengajaran dan pembelajaran mencakupi aspek-aspek perancangan pelajaran, persediaan awal, penyampaian, perkembangan pelajaran dan teknik penyoalan guru. Di samping itu, penglibatan murid, peneguhan, pemeriksaan latihan dan tugasan murid, penilaian di bilik darjah

Page 11: isl pbl

dan penutupan pengajaran turut diberi perhatian.1. Rancangan PelajaranRancangan pelajaran mempunyai dua unsur iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Guru perlu menyediakan RPT dan RPH selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, KP(BS) 8591/J1d.XV/(3) bertarikh 4 Januari 1999.1.1 Rancangan Pelajaran TahunanPenulisan RPT disediakan sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula berdasarkan:a. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran terkini;b. tahap kebolehan murid;c. merangkumi sepanjang tahun persekolahan semasa; dand. aspek-aspek penggunaan buku teks, bahan bantu mengajar yang sesuai dan takwim persekolahan (tarikh-tarikh ujian dan peperiksaan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian).1.2 Rancangan Pelajaran Harian1.2.1 Penyediaan RPH perlu mengandungi sekurang-kurangnya tiga perkara iaitu:ObjektifObjektif merupakan kenyataan yang tepat dan jelas tentang perubahan tingkah laku yang diharapkan pada murid setelah selesai rnempelajari sesuatu tajuk. Objektif pengajaran bagi sesuatu pelajaran hendaklah:i. realistik, sesuai dan boleh dicapai berdasarkan tahap keupayaan murid;ii. ditulis secara jelas tentang apa yang diharapkan daripada murid;iii. merangkumi bidang kognitif, afektif dan psikomotor; dan mengambil kira konsep-konsep spesifik, boleh diukur, tepat. munasabah dan tempoh masa (SMART- Specific, Measurable. Accurate, Reasonable, Time Frame)

b. AktivitiAktiviti untuk mencapai objektif hendaklah:i. selari dengan objektif pelajaran yang ditetapkan;ii. berdasarkan tahap potensi murid;iii. sesuai dengan peruntukan masa;iv. ada aras pemeringkatan tajuk (ansur maju);v. mengambil kira penglibatan murid secara menyeluruh;vi. kepelbagaian aktiviti; danvii. aktiviti dikaitkan dengan hands-on dan minds-on.

c. RefleksiKenyataan sejauh mana objektif tercapai atau refleksi memerlukan guru membuat penilaian kendiri untuk mengetahui keberkesanan pengajaran clan pembelajaran. Justeru, guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan bagi merancang tindakan penambahbaikan.

1.2.2 Penyediaan RPH adalah untuk membolehkan guru:i. merancang dengan jelas matlamat dan objektif pengajaran, pemilihan

Page 12: isl pbl

isi pelajaran, kaedah dan teknik mengajar serta penggunaan bahanbantu mengajar. Penerapan nilai murni dan unsur patriotisme jugaperlu diberi penekanan;ii.. memaksimumkan penggunaan masa melalui kaedah yang terancang dan sistematik;iii. menentukan isi pelajaran yang mencukupi untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan;iv. menghadapi murid dengan penuh keyakinan; danv. menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih berkesan, menarik danmenyeronokkan.2. Persediaan AwalSebelum memulakan pengajaran, guru hendaklah memahami dengan jelas langkah yang akan diambil berdasarkan perancangan yang telah disediakan. Perkara-perkara berikut dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran:2.1 objektif yang hendak dicapai pada akhir pengajaran perlu jelas, spesifik dan berasaskan Taksonomi Bloom;2.2 mengenal pasti Nilai Letak Kerja (Take Of Value - TOV) murid. Maklumat TOV dapat membantu guru merancang aktiviti pengajaran clan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid;2.3 pengajaran clan pembelajaran Sejarah merupakan kesepaduan pengetahuan, nilai dan kemahiran seperti kemahiran belajar, kemahiran pemikiran sejarah dan penghayatan nilai-nilai murni. Oleh itu, aspek ini perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran;2,4, guru perlu mendedahkan pemahaman dan penghayatan idea serta konsep Sejarah yang relevan dengan kehidupan harian agar murid merasakan mereka terlibat dengan peristiwa sejarah berkenaan;2.5 semasa pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah berusaha memupuk nilai dan semangat patriotik serta iktibar melalui rentetan peristiwa sejarah. Berdasarkan kaedah sebab dan akibat, kajian masa depan dan sebagainya, guru dapat menanam sikap patriotik dalam kalangan murid.2.6 pengajaran guru yang berkesan dapat meningkatkan kemahiran dan minatbelajar dalam kalangan murid melalui pelbagai kaedah. Antaranya:

2.7 Penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat:

2.8 Memastikan bahan bantu mengajar bersesuaian disedia dan dimanfaatkan secara optimum (buku teks, majalah, cetakan laman web, bahan maujud, kemudahan TV Pendidikan dan sebagainya).3 . Penyampaian dan Perkembangan Pelajaran3.1 Guru hendaklah melaksanakan set induksi yang dapat menarik perhatian, merangsang dan memotivasikan minat murid. Set induksi hendaklah menjurus ke arah kesediaan minda mereka seperti mengaitkannya dengan pelajaran lepas, isu-isu semasa dan pengalaman serta persekitaran murid.3.2 Bagi men menjelaskan konsep sejarah, guru perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira kaedah penyampaian daripada mudah kepada kompleks, dekat kepada jauh dan konkrit kepada abstrak. Di samping itu, guru perlu menghubungkaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian dan persekitaran murid. Aktiviti yang dilaksanakan perlu memperlihatkan pemeringkatan dan perkembangan pelajaran.3.3 Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan secara optimum serta

Page 13: isl pbl

melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid. Murid digalakkan memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru. Guru turut melaksanakan pendekatan integrasi merentasi kurikulum serta menerapkan kemahiran berfikir dengan berpusatkan murid.3.4 Pengajaran yang berkesan bukan sahaja menggalakkan daya ingatan semata-¬mata tetapi turut mengambil perhatian kepada minat dan kefahaman murid.3.5 Pengajaran yang berkesan, memerlukan guru bijak menggunakan masa dengan optimum bagi membolehkan tajuk yang diajar dapat disempumakan mengikut perancangan. Di samping itu, guru perlu menggunakan laras bahasa dan istilah yang tepat bagi memudahkan idea yang ingin disampaikan dapat difahami oleh murid.3.6 Guru yang berkesan akan menyampaikan pengajaran secara fleksibel mengikut situasi. Pengajaran dan pembelajaran tidak perlu terikat kepada kaedah pengajaran yang terhad.3.7 Guru membuat penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengenal pasti penguasaan kefahaman murid secara individu bagi merancang tindakan penambahbaikan.4. Teknik Penyoalan4.1 Dalam pengajaran dan pembelajaran, soal jawab memainkan peranan yang penting untuk:i. merangsang dan menimbulkan minat murid kepada tajuk yang diajar;ii. mendapatkan pandangan atau maklumat daripada murid; iii. memberi penekanan kepada fakta-fakta yang kurang jelas;iv. memperkenalkan suatu tajuk yang baru;v. menarik semula perhatian murid kepada perkara yang dibincangkan; terutama apabila idea yang dibangkitkan oleh murid menyimpang daripada arah perbincangan; danvi. mempengaruhi fokus perbincangan4.2 Guru mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif, antaranya berdasarkan Taksonomi Bloom, menyusun soalan dari aras rendah kepada aras tinggi, mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah serta mengikut tahap kebolehan murid. Guru menyebarkan soalan ke seluruh kelas, memberi masa untuk murid berfikir dan mengikut rentetan peristiwa sejarah (kronologi). Justeru, guru perlu mempelbagaikan cara penyoalan supaya terdapat soalan:i. umum yang diarahkan kepada kelas seluruhnya;ii. spesifik, maksud yang jelas dan mudah difahami; iii. diajukan semula kepada murid yang menyoalnya; daniv. soalan murid dijawab pula oleh murid lain4.3. Soalan perlu dirancang bagi mengelakkan jawapan "Ya" atau "Tidak". Guru boleh menyediakan soalan-soalan bermula dengan "Apakah", "Bilakah”, "Di manakah", "Siapakah", "Mengapakah" dan "Bagaimanakah" serta aras kesukaran soalan berdasarkan tahap kebolehan murid.4.4. Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dan harus mengelak daripada memberi jawapan kepada soalan yang dibangkitkan. Sebaliknya, guru memberi galakan dan bimbingan supaya dijawab oleh murid sendiri.4.5 Guru hendaklah menggunakan contoh atau pandangan yang pernah dibangkitkan oleh murid. Contoh dan pandangan murid dapat membantu mengukuhkan kefahaman, kepercayaan diri clan minat mereka bagi memantapkan daya ingatan.4.6 Guru perlu memberi respons dan peneguhan yang sesuai terhadap jawapan murid untuk menambah minat dan motivasi belajar.4.7 Guru boleh membimbing dengan mengemukakan soalan, tetapi soalan berkenaan bukanlah jenis soalan yang menjurus kepada jawapan. Contohnya:

Page 14: isl pbl

i. Pada pendapat kamu, mengapakah Rancangan Briggs dilaksanakan bagi menghalang kegiatan komunis?ii. Pada pendapat kamu, bukankah dengan penempatan kaum Cina di kampung baru bertujuan untuk menghalang kegiatan komunis?(Soalan i adalah lebih baik daripada soalan ii kerana soalan tersebut tidak menjurus kepada jawapan).5. Penglibatan Murid5.1 Pengajaran Sejarah yang berkesan memerlukan penyertaan aktif murid supaya mereka melalui proses pengalaman pembelajaran. Dalam hal ini, pembelajaran lebih penting daripada pengajaran. Pembelajaran berlaku apabila murid turut terlibat secara aktif.5.2 Dalam pengajaran clan pembelajaran, guru merangsang minda dan minat murid bagi menggalakkan mereka terlibat dalam proses pembelajaran.

5.3 Murid membuat persediaan awal dengan membawa peralatan atau bahan yang diperlukan. Mereka juga digalakkan membuat catatan dan rujuk secara spontan daripada pengajaran guru.5.4 Murid berinteraksi secara aktif dengan guru, murid lain dan bahan sumber pembelajaran. Mereka perlu memberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan termasuk bahan latihan interaktif TMK bagi mewujudkan interaksi yang berkesan.5.5. Galakkan penglibatan murid secara aktif dalam kumpulan. Mclalui aktiviti kumpulan, murid dapat :i. berbincang dalam kumpulan tentang pengalaman dan pengetahuan berdasarkan tajuk yang diberi;ii. Saling membantu untuk mengemukakan hasil kerja kumpulan yang berkualiti; daniii. menyediakan laporan dan membentangkan hasil kumpulan.

5.6 Pelaksanaan AktivitiPelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam pengajaran Sejarah dengan melibatkan murid supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Antara aktiviti tersebut adalah perbincangan berdasarkan gambar, buku teks dan bahan-bahan bacaan, mengkaji peta, mengkaji jadual dan graf, merujuk laman web, perbahasan dan lakonan.Kaedah EAP membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih bermakna dan menggembirakan. Kaedah ini mengambil kira aspek penglibatan murid secara aktif dan koperatif dalam aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

5.8.3 Pembelajaran Secara KontekstualPembelajaran Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini memerlukan guru mengaplikasikan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pembelajaran akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru yang bermakna dalam rangka minda mereka. Pembelajaran menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Penekanan juga perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan

Page 15: isl pbl

Saturday, January 7, 2012

KAEDAH PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH

Pembelajaran luar bilik darjah ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pembelajaran sejak tahun 2000 lagi.  Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah.Ia juga merangkumi pembelajaran yang progresif. Selain itu, ia memberi fokus mengenai perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.             Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari , atau sebagai satu proses mempelajari.  Domain pembelajaran  terdiri daripada tiga iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran.  Selain itu, dapt mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan.  Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat.  Akhir sekali, dapat menerapkan nilai-nilai murni.              Terdapat tiga Model PLBD iaitu Model PLBD 1 merupakan pembelajaran di luar bilik darjah iaitu di kawasan sekolah seperti makmal komputer, makmal sains dan taman sekolah.  Model PLBD 2 pula ialah berhampiran kawasan sekolah seperti taman permaianan, kawasan kampung dan luar pagar sekolah.  Model PLBD 3 ialah pembelajaran jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) merupakan satu lawatan yang terancang dan berintegrasi ilmu).  Kawasan tersebut ialah kawasan sekolah lain, taman sains, universiti, pusat sukan dan taman rekreasi.            Perancangan PLBD dilakukan sebelum, semasa dan selepas.  Sebelem pembelajaran, tujuan dan objektif PLBD.  Hasil pembelajaran  tajuk atau konsep dalam sukatan atau sikap dan kemahiran.  Ia juga perlu memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD, dan ibu bapa.  Kemudian, ia juga perlu diberi taklimat berkenaan keselamatan, peraturan dan tanggungjawab guru serta murid. Sebelum memulakan pembelajaran perlu menyediakan peralatan untuk aktiviti.  Semasa aktiviti pembelajaran perlulah menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga.  Menggalakkan murid membuat pertanyaan untuk mendapat maklumat.  Membuat perhatian secara langsung dan memberi bantuan kepada yang memerlukan, mengumpul dan merekod maklumat, mematuhi peraturan  lawatan serta bekerjasama dalam kumpulan.              Selepas aktiviti PLBD, guru perlu memberikan maklumat tambahan jika diperlukan murid, membimbing murid membuat rumusan, menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD, menyusun maklumat yang terkumpul, menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan.

PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK

Page 16: isl pbl

            Pengajaran Berasaskan Projek

          Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada murid serta sumbangan kepada pembelajaran.

          Suatu isu yang tidak kurang penting juga ialah kesesuaian projek dilaksanakan dalam semua jenis pesekitaran sekolah. Hal ini merangkumi bukan hanya persekitaran terdekat sesebuah sekolah malah lokasi atau tempat yang jauh dari sekolah. Maka kajian ini cuba mendapatkan maklumat berkaitan kesesuaian projek dilakukan di sekolah dengan mengambil kira pelbagai kekuatan dan kelemahan persekitaran sesebuah sekolah dari segi keterdapatan bahan, sumber serta keperluan peralatan dalam pelaksanaan projek.

           Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru.

           Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.

 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek         Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka sendiri. Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek yang merangkumi:

Amalan Pengajaran Berasaskan Projek         Di Singapura kerja berasaskan projek diberi penekanan pada tahun 1999 sebagai susulan daripada kemajuan pesat ekonomi negara itu dan ekonomi dunia (Murphy, 2003.110). Ini menunjukkan pelaksanaan kaedah projek dalam pembelajaran di Singapura telah lama ditekankan. Ia menunjukkan kepentingannya sebagai penjana ilmu ke arah pembangunan ekonomi dan masyarakat negara tersebut.  Di Negara Malaysia kaedah ini

Page 17: isl pbl

juga mendapat perhatian yang mendalam dalam sistem pendidikan Negara. Dengan konsep sekolah bestari dan usaha melahirkan tenaga manusia kelas pertama, kerajaan telah meningkatkan usaha dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan kepada pelbagai pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar lebih berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut cabaran wawasan pendidikan negara.

          Antara projek yang telah di buat di Malaysia ialah Projek Koperatif RECSAM_SMK Raja Permaisuri Bainun yang merupakan projek 3 tahun bagi meningkatkan pencapaian matapelajaran Sains, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Inggerisi , Matematik dan Matematik Tambahan bagi peringkat Penilaian Menengah Rendah & Sijil Pelajaran Malaysia dari tahun 1997-1999. (Hajira Bee Abdul Rahman, Ong & Michael, 2000 mukas surat 61-62). Dalam sukatan matapelajaran di sekolah banyak unsur projek sudah diterapkan melalui penyempurnaan komponen kerja kursus oleh pelajar.

          Melalui penelitian tentang kajian-kajian serta tulisan-tulisan yang lalu didapati kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bersaskan Projek ini memang telah lama diamalkan dan merupakan kaedah yang semakin dititikberatkan. Kaedah ini didapati amat sesuai dalam konteks demokrasi dalam pendidikan kerana ia memberi autonomi yang luas kepada pelajar untuk meneroka dunia sebenar dalam menimba ilmu pengetahuan. Kaedah ini juga dapat memberi kualiti pemerolehan ilmu yang tinggi bagi pelajar melalui penglibatan aktif pelajar. Selain itu ia memberi bimbingan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan keupayaan berdikari dalam membuat kajian tentang sesuatu perkara.

Definisi Pengajaran Berasaskan Projek Project Based Learning/PBL)merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.

Page 18: isl pbl