isl minggu 12
DESCRIPTION
untuk rujukan sahajaTRANSCRIPT
ISL Minggu 12
PERLAKSANAAN 5P DALAM PENGAJARAN PSV
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai
bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan
satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan
untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak
dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.
Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna
kepada murid-murid.Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan
perkembangan murid- murid secara seimbang dan menyeluruh.
Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran, pengabungjalinan kemahiran daripada
mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.
Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran
melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira,
melukis, mewarna dan lain-lain. Contohnya cikgu menyuruh pelajar melukis lima
buah-buahan tempatan kemudian mewarna buah-buahan tersebut Oleh itu
pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah
kemahiran berfikir, melukis dan mewarna. Kemahiran utama yang cikgu tersebut
hendak fokuskan ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan
pembelajaran. Manakala kemahiran sampingan ialah kemahiran yang
digabungjalinkan dengan kemahiran utama iaitu kemahiran mewarna dan
berfikir.
ISL Minggu 12
Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan
kemahiran daripada mata pelajaran yang lain. Penggabungjalinan antara satu
mata pelajaran dengan mata pelajaran lain amatlah penting untuk meningkatkan
kemahiran murid. Contohnya kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual boleh
digabungjalinkan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan. Bagi mata pelajaran
Kajian Tempatan, pelajar perlu megenali peta Malaysia. Oleh itu pelajar perlu
melukis dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat
di Malaysia. Kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual seperti melukis dan
mewarna digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
Bentuk penggabungjalinan yang terakhir ialah penggabungjalinan
merentas kurikulum. Penggabungjalinan ini melibatkan kemahiran - kemahiran
belajar untuk belajar, kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan dan kemahiran
generik. Penggabungjalinan merentas kurikulum bermaksud kemahiran diluar
pembelajaran. Contohnya dalam menghasilkan kraf tangan, pelajar haruslah
berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana hendak menghasilkan kraf yang
menarik.
Penyerapan Pengetahuan
Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke
dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan
pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.
Kelebihan Penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah
aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yg
hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.Kelebihan ke dua ialah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yng lebih produktif dan efektif. Kelebihan
seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata
pelajaran lain,murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif.
ISL Minggu 12
Terakhir, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang
dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata
pelajaran lain. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh
menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit
mengenai sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu,
guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan
melukis sahaja
Penerapan Nilai-Nilai Murni
Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Penerapan nilai ini
berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan
eksplisit.
Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan
sesuatu nilai. Contohnya, guru berpakaian bersih dan kemas apabila mengajar
dan secara tidak langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan dan
kekemasan untuk dijadikan contoh kepada pelajar.
Pendekatan eksplisit ialah mengadakan suatu peraturan, arahan dan
sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan. Penerapan
secara eksplisit adalah lebih terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan
serta penilaian yang jelas.
Dalam konteks pendididikan seni visual, guru tersebut boleh meminta
sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah. Secara tidak langsung ini
dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, ambil berat dan sikap
toleransi.
ISL Minggu 12
Pengayaan
Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar
disamping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke
arah perkembangan dan bakat diri. Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar
berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan
mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti
menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.
Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk
mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta
dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga
masyarakat.
Dalam Pendidikan Seni Visual, guru boleh mempelbagaikan aktiviti
pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan dan
menambah minat pelajar dalam mata pelajaran seni. Aktiviti tersebut haruslah
mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan
daya kreattviti tersendiri.
Pemulihan
Pemulihan bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui
pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan
yang lebih berbanding pelajar lain. Contohnya, dalam Pendidikan Seni Visual,
pelajar yang kurang kemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik
yang sesuai secara berulang kali.
Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba menggembangkan
potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mecuba ke tahap
yang lebih maju.