isl minggu 10

2
Jangkaan Masalah semasa Pelaksanaan Projek 1. Memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan Murid-murid dan guru terpaksa meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan projek ini. 2. Mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan Ini kerana aktiviti secara berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini, ia akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru untuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. 3. Keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang

Upload: tieng-huang

Post on 10-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sjh3073

TRANSCRIPT

Jangkaan Masalah semasa Pelaksanaan Projek

1. Memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan Murid-murid dan guru terpaksa meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan projek ini.

2. Mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan Ini kerana aktiviti secara berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan ini, ia akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan kepada pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para guru untuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, daya intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan menyebabkan sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap pengajaran yang diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya.

3. Keyakinan dan kesungguhan pelajar untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus berkurang menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu pengetahuan terhadap aspek yang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar mengambil bahagian dalam tugasan yang diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil bersoal jawab dengan setiap pelajar dalam kumpulan.

4. Melibatkan kos yang tinggi Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatan seperti pensil warna, Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna dan banyak lagi.

5. Memerlukan guru yang serba boleh dan menambah beban tugas guru Peranannya amat penting dalam menjayakan sesuatu projek.