isl -mingggu 3

Upload: shaerah

Post on 05-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Isl -Mingggu 3

    1/8

    Mingggu 3

    Tugasan ISL: Implikasi kepelbagaian budaya di Malaysia dan kesannya

    terhadap usaha-usaha mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional

    Di Malaysia perbezaan dan kepelbagaian sosio budaya memang tidak boleh

    dinafikan kerana masyarakatnya wujud dalam kelompok yang berbilang etnik iaitu

    melayu, cina dan india yang menjadi majoriti besar serta kaum peribumi sabah dn

    asarawak serta orang asli dan kaum-kaum yang lain yang menjadi minority. Setip

    atnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi oleh dari nenek moyang

    yang terdahulu. Dr. Mohd Arshad Hj Taib (Bekas Professor Madya UITM) telah

    menyatakan maksud sosio budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan

    perdaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri

    masyarakat dalam pelbagai bidang hidup untuk member kepuasan dan

    merangsasang pembangunan hidup maasyarakat tersebut.

    Dalam konteks pendidikan kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan

    sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga turut

    merangkumi skop yang lebih luas. Menurut papalia (2001) individu manusia itu

    berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesiahatan, tahap tenaga, personality dan

    emosi. Manakala slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konyeks

    pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian murid terdapat

    dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik budaya, kelas sosial,

    bahasa, jantina, bakat dan minat. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid

    member implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Pendekatan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dilihat

    suatu usaha yang tepat dalam usaha memupuk semangat kesatuan yang menjadi

    penerimaaan budaya pelbagai etnik yang tinggal di bumi Mlaysia ini. Pendekatan

    yang memperlihatkan unsur-unsur keadilan dan tidak berat sebelah kepada mana-

    mana pihak menerusi satu jaminan yang berikan oleh Perdana Menteri kita. Tiada

    ahli masyarakat yang akan berasa terpinggir kerana semua pihak tanpa mengira

  • 8/2/2019 Isl -Mingggu 3

    2/8

    latar belakang agama, sosioekonomi dan budaya dijanjikan satu pembelaan yang

    sewajarnya oleh pentadbiran Malaysia.

    Kepelbagaian budaya di negara kita mempunyai kekuatan yang tersendiri

    dimana golongan pendidik haruslah memastikan setiap kanak-kanak menyedari

    potensi dan kekuatan yang ada pada diri mereka walaupun mereka dripada pelbagai

    kaum tanpa mengira bangsa dan keturunan demi kepentingan bersama. Guru perlu

    membuktikan bahawa sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan dalam masa

    yang sama tidak memperkecilkan kedudukan sekolah jenis kebangsaan.

    Kebimbangan dari ibu bapa terhadap kualiti sekolah kebangsaan harus dipulihkan

    dengan segera supaya sekolah kebangsaan menjadi pilihan ibu bapa menghantar

    anak-anak mereka ke sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan pada yang

    sama anak-anak mereka mendapat pendidikan yang berkualiti.

    Golongan pendidik khususnya guru mestilah mereka yang benar-benar

    memahami kepelbagaian budaya yang wujud disekolah mahupun didalam bilik

    darjah. Perbezaan budaya ini mestilah menjadi kekuatan kepada guru dalam

    menyampaikan ilmu di dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak dapat memahami

    kepelbagaian budaya ini dengan baik mana mungkin pengajaran dan pembelajaran

    didalam kelas dapat berlangsung dalam keadaan yang harmonis. Sikap

    menghormati budaya yang wujud di sekolah mahupun pada murid-murid yang

    berlainan bangsa dan agama serta bersikap adil dan tidak berat sebelah mesti

    dtunjukkan oleh guru supaya ia menjadi ikutan kepada setiap murid-murid.

    Penglibatan semua murid tidak mengira kaum atau agama dalam aktiviti

    kurikulum dan kokurikulum mampu memberikan banyak ruang dan peluang untuk

    masyarakat sekolah yang berbilang kaum ini bercampur gaul dan mengalakkan

    interaksi perhubungan sosial antara mereka. Guru memainkan peranan penting

    dalam mewujudkan persefahaman budaya antara mereka justeru itu dapat

    meningkatkanlagi perpaduan dan integrasi kaum disekolah dan dalam masa yang

    sama menghakis segala unsur perkauman benci-membenci antara pelabagai kaum

    yang wujud di sekolah.

    Perpaduan, merupakan asas kekuatan sesebuah negara. Semua ini dapat

    dicapai melalui dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa

  • 8/2/2019 Isl -Mingggu 3

    3/8

    Kebangsaan, Dasar Kebudayaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hasrat

    kerajaan melalui dasar, pelan dan program yang sistematik ini perlu difahami oleh

    pelajar yang akan menjadi tonggak negara kelak. Perpaduan kaum akan dapat

    diwujudkan melalui beberapa aktiviti di sekolah.

    1. Melalui kegiatan-kegiatan kurikulum

    Dalam hubungan ini, peranan guru-guru sangat penting. Para guru mesti

    menunjukkan contoh yang baik. Guru-guru harus menyedarkan para pelajar betapa

    pentingnya perpaduan kaum. Pertentangan antara kaum tidak menguntungkan

    sesiapa. Para pelajar harus sedar, Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh. Hakikat

    ini perlu disedari dan dihayati bersama. Di dalam kelas, semua kegiatan kurikulum

    hendaklah melibatkan semua pelajar tanpa mengira kaum. Mereka harus digalakkan

    berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti seperti perbincangan,

    diskusi, forum dan kegiatan akademik yang lain perlu disertai oleh semua pelajar.

    Para guru tidak seharusnya mengamalkan diskriminasi dan memperlihatkan

    sikap perkauman. Mereka harus membimbing pelajar-pelajar agar bermesra dan

    berinteraksi secara positif. Kerjasama dan komitmen para guru dan sekolah

    merupakan faktor utama yang dapat membendung masalah perkauman antara

    pelajar.

    2. Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum

    Di samping kegiatan di dalam bilik darjah, kerjasama antara pelajar berlainan

    bangsa boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah atau aktiviti-aktiviti

    kokurikulum. Dalam hubungan ini, para pelajar perlu digalakkan untuk menceburi

    bidang sukan dan permainan, aktiviti kelab dan persatuan dan aktiviti unit

    beruniform.

    a. Aktiviti permainan dan sukan

    Selain menyihatkan tubuh badan, sukan boleh meneguhkan lagi pembentukan

    sikap kenegaraan dan moral, misalnya melalui permainan bola sepak dan bolatampar, pelajar berpeluang:

  • 8/2/2019 Isl -Mingggu 3

    4/8

    (i) Berinteraksi dengan pelbagai kaum.

    (ii) Mendisiplinkan diri mematuhi peraturan.

    (iii) Bekerjasama dalam pasukan.

    (iv) Mengamalkan sikap toleransi terhadap rakan.

    b. Aktiviti kelab dan persatuan

    (i) Pelajar dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

    (ii) Berpeluang memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama dan

    semangat kekitaan.

    (iii) Perpaduan dalam usaha menjayakan projek-projek yang dirancang

    oleh kelab dan persatuan mereka.

    c. Aktiviti Unit Beruniform

    (i) Membentuk sikap kenegaraan melalui aktiviti kawat, berkhemah,

    gotong-royong, latihan kecemasan dan lain-lain.

    (ii) Menyemai sikap kerjasama, memupuk nilai murni dan semangat

    kemasyarakatan.

    (iii) Mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar fikiran.

    Kesimpulannya, penglibatan para pelajar dalam kegiatan berpersatuan, kelab

    dan pasukan beruniform akan mengajar mereka berbincang dan bertukar-tukar

    fikiran. Kegiatan-kegiatan ini akan menggalakkan mereka bergaul mesra dan tahu

    menghargai pendapat atau pandangan rakan. Melalui kegiatan kokurikulum dapat

    menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-pelajar antara kaum.

    3. Melalui program-program yang dianjurkan oleh sekolah

    Selain daripada aktiviti kurikulum dan kokurikulum ini, demi memperkukuhkan

    keharmonian dan perasaan muhibah antara kaum dalam kalangan pelajar mereka

    boleh didorong untuk bergaul melalui kerja-kerja berkumpulan atau berpasukan.

    Contohnya, pelajar perlu diberi kesempatan untuk merancang aktiviti-aktiviti penting

    di sekolah. Mereka boleh diberi peluang untuk merancang program sambutan Hari

    Guru, temasya sukan tahunan dan pesta-pesta kebudayaan lain. Penglibatan pelajar

    ini sudah tentu mendorong mereka untuk berinteraksi dan bergaul. Mereka dapat

    bertukar-tukar idea dan saling memahami.

  • 8/2/2019 Isl -Mingggu 3

    5/8

    Selain itu, para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatan sambil

    belajar, perkhemahan dan perkelahan. Aktiviti-aktiviti seperti ini sudah tentu

    menggalakkan mereka untuk bergaul mesra. Sehubungan dengan itu, para pelajar

    juga boleh digalakkan mengadakan jamuan di dalam kelas. Pada musim-musim

    perayaan seperti Hari Raya Puasa, pelajar-pelajar Islam patut mengadakan jamuan

    Aidilfitri di dalam kelas, begitu juga dengan perayaan-perayaan lain seperti Tahun

    Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Merayakan perayaan kaum-kaum lain,

    memberikan impak yang kukuh dalam hubungan persahabatan antara kaum.

    Sesungguhnya aktiviti-aktiviti seperti ini, dapat menjalinkan hubungan mesra antara

    pelajar berlainan kaum tanpa perasaan curiga dan prasangka.

    4. Melalui kegiatan gotong-royong dan kerja amal

    Para pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong-menolong dan toleransi.

    Contohnya kegiatan gotong-royong yang dianjurkan diperingkat sekolah dapat

    mewujudkan semangat yang sayangkan sekolah, cintakan kebersihan dan memupuk

    semangat muhibah antara pelajar. Melalui kerja-kerja amal pula seperti mengadakan

    pungutan derma bagi mereka yang memerlukan bantuan dan melancarkan tabung

    kebajikan sekolah adalah satu usaha murni. Hal ini sangat sesuai untuk

    menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada pelajar dalam

    perkara-perkara kemasyarakatan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.

    5. Memupuk kesedaran sivik

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan dalam KBSM. Melalui

    pendidikan Sivik, pelajar dididik supaya menghormati hak orang lain, membentuk

    peribadi mulia dan menjadi model kepada rakan-rakan, mempamerkan sifat-sifat

    mulia di sekolah dan di luar sekolah. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan

    yang diajar di sekolah akan mewujudkan semangat kekitaan dan sikap

    bertanggungjawab pelajar terhadap diri, sekolah, masyarakat dan negara.

    Contohnya mereka tidak akan membuang sampah merata-rata te,pat di sekolah

    demi menjaga keselesaan orang lain dan alam sekitar. Hal ini akan mendorong

    wujudnya hubungan baik sesame insane dan secara tidak langsung hubungan dapat

    dipererat.

  • 8/2/2019 Isl -Mingggu 3

    6/8

  • 8/2/2019 Isl -Mingggu 3

    7/8

  • 8/2/2019 Isl -Mingggu 3

    8/8

    Minggu 3

    Banding beza dengan menggunakan borang pengurusan grafik (PG) tentang implikasikepelbagaian sosio-budaya dari aspek guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat