isl elm 3043e

4
PISMP BM 1 SEMESTER 06 ISL ELM 3043E ISU-ISU MORAL PERINGKAT GLOBAL: TERORISME Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran. Faktor – faktor: 1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri Perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun. 2. Sikap tamak yang menguasai diri Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti. 3. Lambang kemegahan

Upload: nur-ezzati

Post on 18-Jan-2016

333 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MORAL

TRANSCRIPT

Page 1: Isl Elm 3043e

PISMP BM 1 SEMESTER 06 ISL ELM 3043E

ISU-ISU MORAL PERINGKAT GLOBAL: TERORISME

Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan

penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan

oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa

sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Faktor – faktor:

1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri

Perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal

bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau

kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak

yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah

individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan

sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri

Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah

timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang

dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk

mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang

sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli

akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

3. Lambang kemegahan

Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri

sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja

untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi

untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat

peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan

Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

Page 2: Isl Elm 3043e

PISMP BM 1 SEMESTER 06 ISL ELM 3043E

Kesan – kesan:

1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan

Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh

pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya

melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar

seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan

rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan

Sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang

tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik

pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan

yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan

pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham

seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan

Perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak

orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang

dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas.

Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-

negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan

hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri

Mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk

mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas

jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-

ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga

kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak

ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Page 3: Isl Elm 3043e

PISMP BM 1 SEMESTER 06 ISL ELM 3043E

Langkah – Langkah & Cara Mengatasi:

1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan

Pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga

harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang

kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-

negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap

pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang

membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam

keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan

Pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada

kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah

diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan

keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana

pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan

ekonomi negara.

3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan

Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa.

Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang

diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak

tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

ISU-ISU MORAL GLOBAL: SENJATA NUKLEAR